Upload
truongbao
View
237
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
2
“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda”.
Tandatangan : ....................................................................................
Nama Penyelia : ..TN.HJ MEOR IBRAHIM BIN KAMARUDDIN..
Tarikh : .......................24 APRIL 2009..................................
i
HUBUNGAN ANTARA SIKAP PELAJAR TERHADAP
SAINS DENGAN PENCAPAIAN
AZILA BINTI GHANI
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Kimia)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
APRIL, 2009
ii
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.”
Tandatangan :.............................................
Nama Penulis :..AZILA BINTI GHANI...
Tarikh :.........24 APRIL 2009.........
iii
DEDIKASI
Kehadrat Ilahi, Allah s.w.t...
Syukur di atas semangat dan kekuatan ini
Ibu, Hajjah Senin binti Awang & arwah ayah yang dicintai...
Jutaan terima kasih atas segala curahan kasih sayang,
dan segala pengorbanan..
Buat keluarga yang dikasihi...
Doa & sokongan kalian sentiasa mengiringiku
Teman-teman seperjuangan SPC...
Teristimewa buat Aziehan, Ziana & Hidayah
Budi & jasa kalian sentiasa dikenang
Insan teristimewa, Mohd Aminur Rashid...
Terima kasih atas segala pengertian
Kita gapai impian & cita-cita ini bersama
Semoga beroleh keredhaan Allah s.w.t jua....
iv
PENGHARGAAN
Jutaan terima kasih buat insan yang tidak pernah jemu memberikan tunjuk
ajar, Tn.Hj Meor Ibrahim bin Kamaruddin. Segala nasihat dan dorongan
sepanjang menyiapkan kajian ini tidak akan dilupakan. Terima kasih di atas segala
pengalaman yang amat berharga ini. Tidak dilupakan pensyarah-pensyarah Fakulti
Pendidikan, terutama Prof. Madya Aziz bin Nordin dan Prof. Madya Dr. Seth
Sulaiman yang telah banyak membantu.
Khas buat pengetua-pengetua , para guru dan responden di tiga buah sekolah
yang terlibat, ribuan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan atas segala bantuan
dan kerjasama baik yang telah diberikan.
Ucapan terima kasih juga ditujukan khas buat teman-teman seperjuangan
teistimewa SPC atas segala semangat, sokongan dan pengertian kalian sebagai
sahabat. Ukhwah ini biarlah kekal hingga ke akhir hayat.
Buat keluarga, terima kasih atas segala jasa, pengorbanan serta doa yang telah
diberikan. Hanya Allah sahaja yang dapat membalas segalanya. Akhir kata, buat
semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak, terima kasih atas segala-
galanya. Semoga Tuhan merahmati kalian semua.
v
ABSTRAK
Sikap yang positif terhadap sains dan tahap pencapaian yang baik amat
penting dalam pembelajaran sains. Kajian korelasi ini adalah bertujuan untuk
mengkaji hubungan antara sikap pelajar terhadap sains dengan pencapaian. Seramai
170 pelajar aliran Sains Tulen daripada tiga buah sekolah di daerah Pontian telah
dipilih secara rawak sebagai sampel. Aspek sikap yang dikaji adalah minat dan
persepsi pelajar terhadap sains. Manakala, pencapaian pelajar dalam sains adalah
berdasarkan kepada markah yang diperolehi melalui ujian pencapaian sains.
Kebolehpercayaan instrumen ialah α=0.9314. Dua jenis statistik digunakan; min,
kekerapan dan peratusan manakala statistik inferensi pula digunakan untuk melihat
hubungan iaitu korelasi Pearson, r. Hasil daripada kajian mendapati, sikap pelajar
terhadap sains adalah positif (min 4.18). Manakala pencapaian pelajar dalam sains
juga tinggi (min skor 23.81). Hubungan di antara sikap pelajar terhadap sains dengan
pencapaian adalah lemah (r = 0.341). Beberapa cadangan telah dikemukakan di akhir
laporan ini.
vi
ABSTRACT
. Positive attitude towards science and good achievement are important in the
learning of science. The purpose of this correlational research is to investigate the
relationship between students‟ attitude towards science and their achievement. 170
Science Stream students from three schools in Pontian District were randomly
selected as samples. The aspects of attitude towards science investigated were
students‟ interest and perception. While, the level of students‟ achievement were
based on the mark obtained from the science achievement test. The reliability of this
instrument is α=0.9314. Two types of statistics were used; mean, frequencies and
percentage as well as the inferency statistic to find Pearson‟s correlation, r. Research
findings show that the students‟ attitudes towards science is positive (mean 4.18).
While, the student‟s achievement in science was high (mean score 23.81). The
relationship between student‟s attitudes towards science and their achievement in
science is low (r =0.341). Several suggestions were given at the end of this report.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
ISI KANDUNGAN i
SENARAI JADUAL iv
SENARAI SINGKATAN v
SENARAI RAJAH vi
SENARAI LAMPIRAN vii
BAB 1 PENDAHULUAN 1
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 4
1.3 Pernyataan Masalah 6
1.4 Objektif Kajian 7
1.5 Persoalan Kajian 8
1.6 Hipotesis Kajian 8
1.7 Batasan Kajian 8
1.8 Kepentingan Kajian 9
1.9 Definisi Operasional 10
1.9.1 Sains 10
1.9.2 Sikap 10
1.9.3 Sikap Terhadap Sains 11
1.9.4 Pencapaian Akademik 12
1.10 Penutup 12
viii
BAB 2 SOROTAN KAJIAN 13
2.1 Pengenalan 13
2.2 Konsep Sikap 13
2.3 Pengertian Sains 15
2.4 Sikap Terhadap Sains 17
2.5 Pencapaian Akademik 18
2.6 Hubungan Antara Sikap Terhadap Sains 19
Dengan Pencapaian
2.7 Penutup 22
BAB 3 METODOLOGI KAJIAN 23
3.1 Pengenalan 23
3.2 Reka Bentuk Kajian 23
3.3 Populasi Kajian 24
3.4 Sampel Kajian 24
3.5 Instrumen Kajian 25
3.5.1 Soal Selidik 1 25
3.5.2 Soal Selidik 2 26
3.6 Kajian Rintis 28
3.7 Prosedur Kajian 29
3.8 Analisis Data 29
3.9 Penutup 31
ix
BAB 4 ANALISIS DATA DAN PERBINCANGAN 32
4.1 Pengenalan 32
4.2 Latar Belakang Responden 32
4.2.1 Taburan Responden Mengikut Sekolah 33
4.2.2 Taburan Responden Mengikut Jantina 33
4.2.3 Taburan Responden Mengikut Bangsa 34
4.2.4 Taburan Responden Mengikut Gred PMR 34
4.3 Sikap Pelajar Terhadap Sains 35
4.3.1 Taburan Sikap Pelajar Terhadap Sains 35
Daripada Aspek Minat
4.3.2 Taburan Sikap Pelajar Terhadap Sains 38
Daripada Aspek Persepsi
4.4 Pencapaian Pelajar Dalam Sains 40
4.5 Hubungan Antara Sikap Pelajar Terhadap Sains 42
Dengan Penncapaian
4.6 Penutup 43
BAB 5 RUMUSAN DAN CADANGAN 45
5.1 Pengenalan 45
5.2 Rumusan Kajian 45
5.3 Cadangan Tindakan 46
5.4 Cadangan Kajian Lanjutan 49
5.5 Penutup 50
xi
SENARAI JADUAL
NO.JADUAL TAJUK MUKA SURAT
3.1 Item-item Objektif (aneka pilihan) 27
3.2 Sikap Pelajar Terhadap Sains Berdasarkan 30
Min Skor
3.3 Tahap Penguasaan Sains Pelajar 30
3.4 Hubungan Antara Sikap Pelajar Terhadap Sains 31
Dengan Pencapaian
4.1 Kekerapan dan peratusan responden mengikut 33
Sekolah
4.2 Kekerapan dan peratusan responden mengikut 33
jantina
4.3 Kekerapan dan peratusan responden mengikut 34
Bangsa
4.4 Kekerapan dan peratusan responden mengikut 34
gred PMR
4.5 Taburan item 35
4.6 Kekerapan, peratusan dan min skor berdasarkan 35
aspek minat
4.7 Kekerapan, peratusan dan min berdasarkan 38
aspek persepsi
4.8 Kekerapan dan peratusan sikap pelajar terhadap 40
sains
4.9 Kekerapan dan peratusan pencapaian pelajar 41
dalam sains
4.10 Hubungan antara sikap pelajar terhadap sains 42
Dengan pencapaian
xii
SENARAI SINGKATAN
SINGKATAN NAMA PENUH
CGPA Cumulative Grade Point Average
EPRD Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar
Pendidikan
GPA Grade Point Average
ISS International Space Station
JERIS Jasmani, Emosi, Rohani, Intelek & Sahsiah
KBSM Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah
KBSR Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah
KPM Kementerian Pelajaran Malaysia
PMR Penilaian Menengah Rendah
SMK Sekolah Menengah Kebangsaan
SPM Sijil Pelajaran Malaysia
SPSS Statistical Packages For The Social Science
STPM Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia
UPSR Ujian Penilaian Sekolah Rendah
UTM Universiti Teknologi Malaysia
xiv
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT
A (i) Set Soal Selidik 1 57
A (ii) Set Soal Selidik 2 61
B Jadual Krejcie & Morgan 70
C Surat Pengesahan Set Soal Selidik 71
D Surat Kebenaran daripada UTM 72
E Surat Kebenaran daripada EPRD 73
F Surat Kebenaran daripada JPN 75
G Jadual Perancangan Pelaksanaan Tugasan Kajian 76
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Wawasan 2020 ialah sebuah wawasan kerajaan Tun Dr Mahathir Mohamad,
Perdana Menteri Malaysia ketika itu, yang bertujuan untuk meningkatkan Malaysia
menjadi sebuah negara perindustrian dan negara maju sepenuhnya menjelang tahun
2020. Apa yang dimaksudkan sepenuhnya terangkum bukan sahaja di dalam bidang
ekonomi, tetapi juga bidang-bidang politik, sosial, kerohanian, psikologi, serta juga
perpaduan nasional dan sosial, antara lain. Kesemua ini juga melibatkan persoalan
keadilan sosial, kestabilan politik, sistem kerajaan, mutu hidup, nilai sosial dan
kerohanian, maruah bangsa, serta juga keyakinan.
Dalam penyampaian kertas kerjanya, Laluan ke Depan (The Way Forward),
kepada Majlis Perniagaan Malaysia, Mahathir menghuraikan sembilan matlamat utama
Wawasan 2020. Seperti tercatat di dalam Wikipedia (2008), matlamat utama Wawasan
2020 yang keenam ialah untuk mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif,
masyarakat yang mempunyai daya perubahan tinggi dan berpandangan ke depan, yang
bukan sahaja menjadi pengguna teknologi tetapi juga penyumbang kepada tamadun sains
dan teknologi masa depan.
Bagi merealisasikan cita-cita unggul negara ini, tenaga manusia yang
mempunyai tahap kepakaran yang tinggi dalam bidang sains dan teknologi amat
diperlukan. Penghantaran roket Sputnik 50 tahun lalu telah banyak memberi ruang
kepada bidang sains dan teknologi ini untuk terus berkembang pesat. Kejayaan Sputnik
2
telah meningkatkan minat sains angkasawan di kalangan rakyatnya dan juga membuka
mata pihak Amerika Syarikat mengenai kehebatan bidang sains Rusia.
Malaysia kini telah mampu berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan
rakyat-rakyat negara maju. Sejarah telah mencatatkan kejayaan seorang angkasawan
pertama Malaysia iaitu Dr. Sheikh Muszaphar Shukor yang telah menjejakkan kaki di
Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) dan tinggal selama 10 hari sebelum kembali semula
ke bumi pada 21 Oktober 2007. Menurut Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk
Seri Dr. Jamaluddin Jarjis (2007), peristiwa ini merupakan satu kebanggaan negara dan
membuktikan kemampuan rakyat negara ini melakukan sesuatu, sama seperti yang
dilakukan oleh negara Barat.
Dalam kenyataannya lagi, Datuk Seri Dr. Jamaluddin Jarjis ingin menarik
perhatian supaya rakyat Malaysia khususnya generasi muda menanamkan minat
mendalam kepada sains dan teknologi bagi meningkatkan imej negara di mata dunia.
Diharapkan kejayaan Projek Angkasawan ini dapat memberi kesedaran dan melonjak
minat lima juta kanak-kanak di negara ini untuk mendalami bidang sains dan matematik
(Utusan Malaysia, 2007).
Seperti yang diketahui, pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan
untuk memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk
melahirkan insan yang seimbang, harmoni dan bermoral tinggi (Kementerian Pelajaran
Malaysia, 2002). Kerajaan telah mewujudkan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah
(KBSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) untuk melahirkan
warganegara yang seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sahsiah
(JERIS) berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan (Pusat Perkembangan
Kurikulum, 1988).
Selaras dengan itu, beberapa usaha telah dilakukan oleh Kementerian Pelajaran
Malaysia bagi mencapai matlamat tersebut. Misalnya kurikulum sains dan matematik,
sebagai faktor dominan yang mempengaruhi pendidikan di samping faktor guru, pelajar,
persekitaran, budaya dan lain-lain yang turut mengalami perubahan ke arah ini. Bermula
dengan Kurikulum Tradisi berubah kepada Kurikulum Sains Paduan atau Moden (1972),
kemudian kepada Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (1989) dan yang terbaru
3
KBSM yang disemak semula (2002), beberapa pendekatan pengajaran yang dapat
membantu meningkatkan pemahaman pelajar telah dicadangkan. Reformasi kurikulum
sains yang dilakukan adalah selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan
Falsafah Pendidikan Sains Negara (Abu Hassan dan Meor Ibrahim, 2006).
Sains adalah satu bidang yang merangkumi pengetahuan, kemahiran, sikap
saintifik dan nilai murni. Integrasi antara tiga elemen ini amat penting untuk menjamin
mutu pendidikan sains. Sebagai satu bidang ilmu pengetahuan, sains membekalkan satu
rangka konsep yang membolehkan murid memahami alam sekeliling mereka. Sains
juga merupakan satu proses yang mengutamakan kaedah inkuiri dan penyelesaian
masalah. Justeru, ia memperkembangkan kemahiran untuk menyiasat alam sekitar yang
melibatkan kemahiran berfikir dan strategi berfikir serta kemahiran saintifik. Ilmu
pengetahuan diperoleh sebagai hasil sesuatu penyiasatan. Ini selaras dengan kenyataan
Kementerian Pelajaran Malaysia (2003) bahawa inkuiri secara saintifik juga memerlukan
dan membolehkan murid memperkembangkan sikap saintifik dan nilai murni.
Kementerian Pendidikan Malaysia (2001) telah menetapkan nisbah 60:40 iaitu
60% pelajar dalam bidang sains dan teknikal dan 40% pelajar dalam bidang sastera
merupakan salah satu contoh kesungguhan kerajaan untuk membangunkan wawasan
2020. Pada tahun 2000, kedudukan nisbah ini menunjukkan pencapaian dasar ini masih
jauh daripada sasarannya. Hanya terdapat 27.7% sahaja pelajar yang menceburi diri
dalam jurusan sains dan teknikal sementara yang selebihnya dalam jurusan sastera.
Perkara sedemikian berlaku disebabkan kurangnya minat pelajar terhadap bidang sains
dan teknikal. Pencapaian ini masih jauh daripada sasaran Kementerian Pelajaran untuk
mencapai 60% pelajar dalam jurusan sains.
Hasrat kerajaan tidak mungkin akan terlaksana sekiranya pelajar masih tidak
menunjukkan pencapaian yang memuaskan dalam bidang sains. Menurut Azman (2003)
pula, hasrat untuk melihat lebih ramai pelajar menceburi bidang sains atau memilih
kerjaya yang berkaitan dengan sains tidak akan tercapai sekiranya kita gagal untuk
merancang dan membentuk sikap positif pelajar terhadap sains.
Menurut Azizi et al. (1999), sikap memainkan peranan penting untuk mencapai
kejayaan di dalam sesuatu perkara atau usaha. Apabila seseorang itu gagal di dalam
4
sesuatu perkara, ramai orang akan mengatakan dia mempunyai sikap yang salah. Di
sekolah pula, guru-guru sering menyatakan bahawa kegagalan pelajar-pelajar disebabkan
oleh sikap mereka yang negatif seperti malas, tidak berminat dan sebagainya.
Sikap merupakan satu komponen penting yang dapat mempengaruhi mental
seseorang pelajar. Pelajar yang bersedia dengan sepenuhnya atau dengan erti kata yang
lain, bersedia secara fizikal dan mental untuk belajar akan membuahkan kejayaan yang
lebih cemerlang berbanding pelajar yang tidak bersedia sepenuhnya. Pelajar yang tidak
bersedia untuk belajar hanya beranggapan sekolah hanya satu kemestian bukannya
sebagai satu keperluan. Mereka tidak akan menunjukkan minat atau sikap yang positif
untuk mempelajari sesuatu pengetahuan seterusnya tidak bersemangat untuk melibatkan
diri di dalam aktiviti kelas seperti menjalankan eksperimen. Lebih malang lagi, pelajar
seperti ini akan bersikap negatif dan sekadar mahu menjadi pemerhati ketika eksperimen
sains dijalankan.
Ini seperti yang dijelaskan oleh Abu Hassan dan Meor Ibrahim (2006) bahawa
pelajar yang sentiasa bersikap positif terhadap sains akan sentiasa melihat sains dari segi
isi kandungan yang dipelajari, bahan dan peralatan yang digunakan, aktiviti yang
dijalankan, dan sebagainya secara positif. Dengan ini pelajar akan lebih terdorong untuk
mempelajari sains, dengan semangat “ingin tahu” yang tinggi dalam usaha untuk
memperolehi pengetahuan, kemahiran dan nilai yang berkaitan. Melalui sikap yang
positif terhadap sains, pelajar akan merasa seronok semasa menjalankan aktiviti sains,
demi memahami objek, fenomena dan peristiwa yang terdapat dan berlaku di sekeliling.
1.2 Latar Belakang Masalah
Diketahui pendidikan sains pada masa kini mempunyai dua matlamat utama.
Matlamat pertama ialah untuk menghasilkan saintis, pekerja mahir dalam bidang teknikal
dan keduanya untuk melahirkan ahli-ahli masyarakat yang literat sains. Menyedari
hakikat ini, ahli-ahli pendidikan sains di seluruh dunia telah terlibat dalam Reformasi
Pendidikan Sains 1980-an yang berkonsepkan “Sains Untuk Semua”. Cadangan untuk
perubahan dalam kurikulum sains yang disarankan ialah memberi penekanan kepada
5
pengetahuan sains yang berkaitan dengan kehidupan iaitu konsep sains yang kontekstual
(Seth, 2000).
Setiap pelajar semestinya sedar bahawa kejayaan dan kecemerlangan akademik
amat penting untuk kemajuan dan kebaikan masa hadapan. Mohamad Shatar (2005),
dalam penulisannya menjelaskan bahawa sukar untuk mendapatkan kerja yang baik
seterusnya mempunyai taraf hidup yang baik sekiranya pelajar tidak cemerlang.
Akademik yang tidak memberangsangkan menyebabkan era globalisasi akan dihadapi
dengan begitu sukar.
Menurut Rammers dan Gage (1943) pula, dalam menentukan pencapaian
pelajar dalam mata pelajaran tertentu, sikap pelajar terhadap mata pelajaran berkenaan
adalah penting. Pelajar yang bersikap positif terhadap sesuatu mata pelajaran seperti
sains akan lebih bersedia untuk belajar dan seterusnya meningkatkan pembelajaran
masing-masing. Sikap boleh diambil kira sebagai sebahagian daripada cara untuk
meramal penyesuaian pelajar dalam kurikulum sekolah termasuklah pencapaian mereka
dalam bilik darjah.
Kajian telah dibuat oleh Fitt pada tahun 1957 di Auckland, New Zealand dan
mendapati hubungan antara sikap pelajar terhadap mata pelajaran mempunyai kaitan
yang positif dengan pencapaian setelah beliau menggunakan set soal selidik di kalangan
1244 orang pelajar di bandar itu (Azizi et al., 1999).
Banyak kajian yang telah dijalankan telah membuktikan bahawa sikap
mempengaruhi pencapaian pelajar. Di antaranya adalah kajian Nur Ashiqin (2005) yang
melibatkan 404 orang pelajar kolej matrikulasi. Kajian yang dijalankan adalah mengenai
sikap pelajar matrikulasi terhadap pengajaran dan pembelajaran matematik dalam bahasa
inggeris dan hasil dapatan juga menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan
di antara sikap dengan pencapaian matematik. Menurut kajian oleh Abu Bakar (1991)
pula, pencapaian akademik yang tinggi dalam sesuatu mata pelajaran mempunyai
hubungan yang signifikan dengan sikap terhadap mata pelajaran tersebut. Lebih tinggi
pencapaian seseorang itu maka sikapnya terhadap mata pelajaran tersebut juga menjadi
lebih positif.
6
Kajian yang telah dijalankan oleh Adnan Kan dan Ahmet Akbas (2006) ke atas
1000 orang pelajar di sekolah tinggi Mersin, Turki mendapati sikap terhadap mata
pelajaran kimia mempunyai hubungan yang signifikan dengan pencapaian kimia.
Dapatan kajian mereka mendapati bahawa faktor afektif pelajar iaitu sikap dan ‘self-
efficacy’ mempunyai korelasi yang sangat tinggi dengan pencapaian pelajar dalam mata
pelajaran kimia.
Menurut Azizi et al., (1999) pula, kajiannya untuk melihat sejauh mana
hubungan antara sikap dan pencapaian pelajar dalam matematik saling berkaitan
menunjukkan bahawa sikap komitmen pelajar terhadap mata pelajaran matematik
mempunyai hubung kait dengan pencapaian matematik mereka. Manakala sikap
wawasan dan emosi tidak mempunyai pertalian dalam pencapaian matematik. Analisis
data menunjukkan korelasi antara sikap pelajar dan pencapaian adalah lemah.
Persoalan yang timbul di sini, apakah hubungan sebenar di antara sikap pelajar
terhadap sains dengan tahap pencapaian mereka? Masih terdapat kajian lepas yang
bercanggah dan tidak menemui kesimpulan yang tepat bagi memberi jawapan tentang
hubungan sebenar di antara sikap dan pencapaian. Justeru, kajian ini perlu dijalankan
bagi menentukan hubungan antara sikap pelajar terhadap sains dengan pencapaian
mereka.
1.3 Pernyataan Masalah
Sejak kebelakangan ini, sering didengari bahawa terdapat kemerosotan mata
pelajaran sains di kalangan pelajar. Kemerosotan ini sering dikaitkan dengan sikap
pelajar seperti kurang berminat atau menganggap sains sukar, sangat kompleks, rumit
dan susah difahami dan berasa takut semasa mempelajari sains serta persepsi negatif
yang lain. Mereka tidak mampu mengaitkan apa yang dipelajari dengan perkara-perkara
yang berlaku dan terdapat di sekeliling mereka (Mohamad Najib, 1999).
Pada tahun 1992, peratusan pelajar yang mengikuti aliran sains di sekolah
menengah (dan pengajian tinggi) lebih kecil berbanding aliran sastera. Hanya 25%
7
pelajar mengikuti aliran sains di sekolah menengah dan institusi pendidikan tinggi.
Nisbah pencapaian bagi kedua-dua bidang juga tidak memuaskan iaitu 35:65 memihak
kepada bidang sastera, walaupun matlamat negara ialah 60:40. Pada tahun 1995 hanya
20% pelajar tingkatan empat dan lima yang mengikuti aliran sains. Jumlah pelajar
sekolah menengah dalam aliran sains masih gagal mencapai matlamat kerajaan.
Kemerosotan jumlah pelajar dalam bidang sains di peringkat menengah atas, dari 25% ke
20% menunjukkan minat terhadap sains semakin menurun (T.Subahan, 1997).
Kemerosotan pencapaian akademik terutamanya bagi mata pelajaran sains akan
memberi kesan yang negatif terhadap kemajuan negara kita. Negara yang membangun
memerlukan tenaga mahir dalam bidang sains dan teknologi untuk merealisasikan segala
impian dan cita-cita murni kerajaan.
Kajian yang dijalankan ini ialah untuk menentukan hubungan antara sikap
pelajar terhadap sains dengan pencapaian. Sikap berkenaan akan dilihat dari aspek
persepsi dan pemikiran pelajar terhadap sains serta minat untuk mempelajari serta
membina pengetahuan dan kemahiran yang berkaitan dengan sains. Kedua-dua aspek ini
digabung dan ditakrif sebagai sikap pelajar terhadap sains dan dihubungkan dengan
pencapaian sains mereka bagi mendapat jawapan kepada pertalian antara pembolehubah
berkenaan. Kajian ini akhirnya cuba untuk menentukan hubungan sikap terhadap
pelajaran dalam mempengaruhi prestasi akademik pelajar di sekolah.
1.4 Objektif Kajian
Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk:
i) Mengenalpasti sikap pelajar terhadap sains.
ii) Menentukan tahap pencapaian pelajar dalam sains.
iii) Menentukan hubungan antara sikap pelajar terhadap sains dengan
pencapaian dalam sains.