Upload
vuongduong
View
328
Download
4
Embed Size (px)
Citation preview
Tanaman Cili Hasilkan KerjasamaProjek PMAK Kampung JenudKerepek Pisang Baling LarisPengurusan Mesyuarat Pertubuhan Peladang
Pada masa kini sibuk diperkatakan tentang masalah global bekalan makanan yang melanda
kebanyakkan negara di dunia. Di Malaysia, walaupun isu kekurangan bekalan makanan belum terjadi tetapi kesannya telah dirasai dengan peningkatan harga bahan makanan seperti beras dan lain-lain keperluan harian.
Bagi mengatasi sebarang kemungkinan yang timbul daripada masalah tersebut, kerajaan telah mengambil langkah proaktif dengan meningkatkan pengeluaran hasil dan membuka ladang-ladang baru yang telah dikenalpasti di Sarawak untuk diusahakan dengan tanaman padi. Selain daripada meningkatkan pengeluaran dan menambah keluasan tanaman, pelbagai langkah juga diambil oleh kerajaan khasnya Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani untuk membendung pergantungan bahan makanan dari luar.
Galakan bagi menambah nilai sumber makanan yang ada merupakan langkah bertepatan dalam mengurangkan pergantungan tersebut. Selain daripada itu usahasama antara syarikat-syarikat swasta dengan petani dalam bidang pertanian menjadikannya mampu berdaya saing.
Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Bukit Awang yang telah lama menjalinkan kerjasama dengan
Syarikat Nestle Sdn. Bhd. bagi membekalkan cili segar untuk diproses menjadi sos. Jika kita lihat di sini, peranan yang dilakukan oleh PPK ini membolehkan satu rantaian makanan lengkap terjadi bermula dari penanam atau pengusaha cili daripada ahli PPK hingga ke pengeluar barangan iaitu Syarikat Nestle Sdn. Bhd.
Walaupun PPK bertindak sebagai pembekal cili tetapi peranan dan tanggungjawab yang dimainkan meliputi peringkat permulaan hingga ke pemasaran cili itu sendiri berkonsepkan ladang kontrak. Konsep Perlaksanaan Ladang Kontrak antara peserta, PPK dan Nestle adalah berdasarkan cirri-ciri tersebut:Peserta· Menyediakan tapak untuk menanam cili (sewa/
tanah sendiri).· Menjaga tanaman supaya sentiasa berkeadaan
baik.
Tanaman Cili Hasilkan KerjasamaOleh: Rohman Jasmani (Ibu Pejabat LPP)Oleh: Rohman Jasmani (Ibu Pejabat LPP)
Syarikat Nestle Sdn. Bhd. bagi membekalkan
2
· Cili-cili yang dihasilkan dijual kepada PPK (Konsep Amanah)
PPK· Merancang penanaman cili mengikut jadual
bekalan ke Nestle.· Menyediakan pelan/ perancangan pengeluaran
yang tersusun untuk 12 bulan.· Menyediakan pusat penyimpanan (bilik sejuk)
dan penggredan cili.· Menyedia kemudahan kredit dan tabung ladang
terselia.· Menyediakan kemudahan pengangkutan.· Pemasaran ciliNestle· Membeli hasil cili yang dikeluarkan oleh PPK
Bukit Awang melalui kuota yang ditetapkan setiap tahun.
· Memberi khidmat nasihat mengenai aspek teknikal dan keselamatan ladang.
Projek tanaman cili dengan kerjasama Syarikat Nestle ini telah mula diusahakan pada tahun 1994 sebagai projek PPRT di kawasan seluas 1.6 hektar dengan peserta seramai empat orang. Pada tahun 1996 kawasan projek telah dikembangkan menjadi 10 hektar dengan penglibatan 25 orang peserta. Pada tahun tersebut kuota pembekalan cili oleh PPK adalah sebanyak 120 metrik tan sahaja. Kuota bekalan cili oleh PPK Bukit Awang kepada Nestle adalah seperti rajah 1.
Di samping itu, dalam memastikan ladang kontrak yang diusahakan ini berjalan lancar PPK, peserta dan pihak Nestle perlu mematuhi syarat-syarat kontrak yang telah dipersetujui bersama. Antara
syarat-syarat tersebut ialah:
Syarat-syarat kontrak PPK-NESTLE· Bekalan – Cili daripada ladang yang berdaftar
dengan PPK.· Kualiti – Mengikut spesifi kasi yang ditentukan
oleh Nestle.· Amalan Pertanian dan Persekitaran –
Penggunaan kimia pertanian mesti mengikut undang-undang Malaysia dan tidak merbahaya kepada kehidupan dan alam sekitar.
· Penghantaran dan Pembungkusan – Menggunakan bakul plastik dengan berat cili 25kg.
Tahun1996199719981999200020012002200320042005200620072008
Kuota (mt)120210240240240300300300300300400400100
Kuota bekalan cili segar yang ditawarkan kepada PPK bermula tahun 1996-2008
Nota : Purata dihantar ke Nestle – 33 mt/bulanKuota 400 mt – 174 ekar
3
Rajah 1
Syarat-syarat kontrak PPK-Peserta· Peserta ahli PPK.· Mengikut jadual pelaksanaan projek.· Hasil dijual kepada PPK.· Mengikut nasihat dan tunjuk ajar pegawai LPP/
PPK.· Input pertanian diperolehi daripada PPK.· Bayaran kredit melalui penjualan hasil.
Projek ini di samping menggalakkan penglibatan ahli dalam bidang pertanian, ia juga mempunyai objektif tertentu. Antara objektif tersebut ialah:· Meningkatkan taraf sosio ekonomi ahli-ahli
peladang.· Membuka peluang pekerjaan kepada ahli dan
keluarga peladang.· Meningkatkan lagi lain-lain aktiviti yang
dijalankan oleh PPK seperti pengangkutan, kredit dan simpanan serta jualan input-input pertanian.
Mengikut persefahaman ladang kontrak yang dipersetujui bersama antara ahli, PPK dan Syarikat Nestle, PPK berfungsi sebagai agen pengusaha, pemasar dan pembekal kepada projek cili tersebut. PPK akan menyediakan kemudahan infrastruktur kepada ahli bagi mengusahakan tanaman cili. Antara kemudahan infrastruktur yang disediakan ialah:· Perkhidmatan ladang seperti khidmat
pembajakan.· Kemudahan ladang seperti benih pokok cili dan
bekalan input pertanian.
Syarat-syarat kontrak PPK-Peserta
· Kemudahan kredit bagi ahli-ahli yang mengusahakan tanaman cili.
· Kemudahan bilik sejuk bagi menyimpan cili · Kemudahan bilik sejuk bagi menyimpan cili sebelum diambil oleh pihak Nestle.
Berdasarkan keperluan yang dikehendaki oleh pihak Nestle, PPK mengambil pendekatan mengusahakan tanaman cili secara berperingkat bagi memastikan bekalan yang diperlukan sentiasa mencukupi. Jika terdapat peringkat tanaman menghasilkan lebihan daripada keperluan, lebihan tersebut akan disimpan dalan bilik sejuk dan akan digunakan bagi menampung kekurangan bekalan pada masa-masa tertentu.
Pengekalan kualiti terhadap cili mengikut standard pihak Nestle juga merupakan antara masalah yang perlu ditangani secara bijak kerana kebanyakan ahli tidak berapa arif tentang perkara tersebut. Penerangan yang berterusan dilakukan bagi memastikan cili yang dihasilkan mengikut spesifi kasi ditetapkan oleh pihak Nestle. Kualiti cili yang dihasilkan mempengaruhi harga yang ditawarkan oleh pihak Nestle. Sehingga kini harga yang ditawarkan oleh pihak Nestle berdasarkan pasaran semasa dan amat berpatutan. Harga yang diberi oleh PPK kepada peserta juga diukur daripada kualiti cili yang dihasilkan. Harga kontrak cili yang ditawarkan adalah seperti rajah 2:
Tahun
1994 - 19951996 - 2000
2001 - sekarang
PPK kepada Peserta
RM 1.20/kgRM 1.20/kgRM 1.20/kg
Nestle kepada PPK
-RM 3.45RM 3.45
Rajah 2
4
Sehingga kini jumlah keluasan kawasan tanaman cili berkonsepkan ladang kontrak semakin berkembang dan ia diusahakan secara berperingkat. Dengan dan ia diusahakan secara berperingkat. Dengan jumlah keluasan 51.5 hektar, PPK mampu menampung keperluan pihak Nestle jika peringkat tanaman tidak menghadapi masalah seperti serangan penyakit. Peningkatan keluasan kawasan tanaman dan hasil boleh dilihat pada rajah 3.
Sementara itu, pendapatan yang diperolehi peserta amat memberangsangkan jika pokok cili yang diusahakan mampu menghasilkan sehingga 2.5 kg cili segar sepokok semusim. Pencapaian hasil yang ditunjukkan dalam rajah 4 membolehkan peserta memperolehi pulangan memuaskan setelah ditolak kos pengeluaran.
Berkat ketabahan, kegigihan dan pengawasan rapi daripada pengurusan PPK, projek ini membawa impak besar kepada PPK dan ahli, antaranya ialah:· Berlaku transformasi penggunaan teknologi
dan amalan pertanian penanaman cili di kalangan peserta.
· Dengan pelaksanaan kredit ladang terselia · Dengan pelaksanaan kredit ladang terselia oleh PPK dan jaminan pasaran daripada Nestle, Projek Cili Ladang Kontrak mampu dikembangkan.
· Bagi memantapkan projek tanaman cili, jawatankuasa penaja penubuhan koperasi penanam cili telah diwujudkan dengan 60 orang ahli.
· Dapat mewujudkan kumpulan pengeluar, ladang contoh daan ladang bimbingan cili.
· Melahirkan peladang-peladang usahawan yang berwibawa.
· Aktiviti ekonomi dan sosial PPK meningkat.
Melihat kepada setuasi semasa, Pengurusan PPK Bukit Awang telah mengambil inisiatif untuk memproses cili bagi menghasilkan cili puri. Perancangan telah dilaksanakan dengan pembinaan bangunan kilang pada tahun 2005 dan pemasangan mesin serta peralatan pada tahun 2006. Bangunan kilang dan kelengkapan peralatan yang melebihi RM1 juta ini mula beroperasi pada Jun 2007 dengan kapasiti pengeluaran 500 kg sejam atau 720 metrik tan setahun. Dengan beroperasinya kilang ini keperluan cili segar turut meningkat dan PPK akan menambah keluasan kawasan tanaman menjadi 80 hektar yang melibatkan 200 orang peserta.
Secara keseluruhannya perancangan, perlaksanaan dan pencapaian PPK Bukit Awang dalam mengusahakan ladang kontrak ini bertepatan dengan saranan kerajaan bahawa “Pertanian Adalah Perniagaan”.
Rajah 3
Rajah 4
5
Prestasi Ladang Kontrak
Kos Pengeluaran Sehektar
Kampung Jenud, Mukim Sega, Raub, Pahang merupakan sebuah kampung tradisional dalam
kawasan pengendalian Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Raub dan terletak kira-kira 30 km dari Bandar Raub.
Hampir keseluruhan penduduk di kampung ini terdiri daripada kaum Melayu. Sebahagian besar penduduk bergantung hidup dengan mengusahakan tanaman getah, kelapa sawit dan tanaman jangka pendek seperti sayur-sayuran.
Memandangkan kampung ini kurang membangun tetapi mempunyai potensi untuk dimajukan, Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) telah memilih Kampung Jenud untuk dibangunkan di bawah Program Pembangunan Manusia Asas Komoditi (PMAK) pada tahun 2001. Bebekalkan masyarakat yang bersatupadu, berdisiplin dan keadaan
kampung yang aman merupakan aset penting untuk pembangunan menerusi PMAK.
Pelbagai projek telah dirangka untuk dilaksanakan di Kampung Jenud seperti ternakan lembu, ternakan ikan dalam kolam dan sangkar serta tanaman sayur-sayuran. Memandangkan Kampung Jenud juga merupakan salah satu unit peladang PPK Raub, segala projek yang dirancang dan dijalankan adalah di bawah penyeliaan PPK.
Pembangunan Unit Peladang Kampung Jenud melalui Program PMAK lebih mementingkan penglibatan ahli dalam menjalankan projek ekonomi. Untuk itu satu jawatankuasa telah ditubuh bagi memastikan projek yang dilaksanakan membawa pembangunan kepada kampung tersebut dan ia diketuai oleh Encik Razlan bin Rahmat sebagai Pengerusi PMAK, merangkap Ketua Kampung
Oleh: Rohman Jasmani (Ibu Pejabat LPP)Oleh: Rohman Jasmani (Ibu Pejabat LPP)
Projek PMAK Kampung Jenud
6
Jenud. Hingga kini pembangunan Kampung Jenud melalui Program PMAK telah melahirkan ramai usahawan dalam pelbagai bidang.
Encik Amran bin Ishak, 42 tahun merupakan salah seorang usahawan yang lahir daripada program tersebut. Beliau yang juga merupakan Setiausaha Projek PMAK mengusahakan ternakan ikan dalam kolam dan sangkar serta tanaman sayur-sayuran bersama-sama pengusaha lain bermula tahun 2001. Ternakan ikan dalam kolam daripada jenis patin, tilapia, keli dan lampam diusahakan bersama 16 orang pengusaha lain di kawasan seluas 3.89 hektar dengan 22 buah kolam. Manakala ternakan ikan dalam sangkar dilakukan di Empangan Arang meliputi kawasan seluas 3 hektar dengan 72 unit sangkar berukuran 3 meter x 3 meter dan melibatkan 12 orang pengusaha. Ikan yang diternak pula terdiri daripada jenis patin dan tilapia merah.
LPP melalui PPK Raub telah memperuntukan sejumlah RM176,303 untuk pembangunan projek PMAK yang diusahakan. Di samping itu keperluan asas, jentera dan bot serta Pusat Pemasaran
Ikan Air Tawar turut disediakan untuk kemudahan pengusaha.
Menurut Encik Amran, kawasan ternakan ikan dalam kolam pada asalnya adalah tanah terbiar yang tiada mempunyai apa-apa kemudahan. Melalui Program PMAK, pembangunan kawasan tersebut dilakukan secara berperingkat dengan penyediaan kemudahan asas seperti pengairan dan jalan. Oleh kerana ternakan ikan dalam kolam menggunakan sepenuhnya sumber air Sungai Arang, kerja-kerja baikpulih empangan dilakukan dengan kerjasama Jabatan pengairan dan Saliran.
Selain itu, pelbagai jabatan dan agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani turut menyalurkan bantuan dalam membangunkan kampung tersebut melalui konsep MoA Inc. Menurut Tuan Haji Mohd Amin bin Sidek, Pengurus Besar PPK, PPK Raub yang bertindak sebagai penasihat kepada projek tersebut sentiasa bekerjasama dengan jabatan dan agensi berkaitan dalam memastikan projek berdaya maju. PPK juga turut menempatkan Encik Mohd Helmi bin Selamat sebagai Pengurus Projek.
7
Ternakan ikan dalam kolam mudah dikendalikan. Pengusaha hanya perlu memantau paras air kolam setelah anak ikan dimasukkan dan memberi makan pellet dua kali sehari iaitu pagi dan petang. Biasanya peratus ikan hidup boleh mencapai tahap 90% kerana jarang diserang penyakit. Berbanding dengan ternakan ikan dalam sangkar pemantauan yang rapi perlu dilakukan kerana faktor-faktor persekitaran sering mempengaruhi perkembangan projek. Sumber air perlu sentiasa diawasi agar tidak tercemar dengan bahan-bahan yang boleh menyebabkan kematian ikan. Ikan juga lebih terdedah kepada penyakit yang disebarkan melalui sumber air. Keadaan sangkar juga perlu kerap diperiksa agar tiada bahan-bahan buangan seperti kayu tersangkut yang boleh menyebabkan sangkar rosak dan ikan terlepas bebas.
Ikan diternak selama 3-4 bulan sebelum ia boleh dipasarkan bergantung pada permintaan. Ikan dipasarkan kepada pemborong untuk edaran sekitar Bandar Raub, Kuala Lipis dan Bentong selain jualan terus di Pusat Pemasaran Ikan Air Tawar yang diwujudkan. Terdapat juga permintaan beberapa peniaga dari Lembah Klang tetapi tidak dapat dipenuhi kerana kekurangan bekalan. Sementara itu pengusaha-pengusaha kolam pancing sekitar Daerah Raub dan Kuala Lipis turut mendapatkan bekalan ikan hidup daripada beliau.
Menurut Amran lagi, harga yang ditawarkan berbeza-beza mengikut jenis dan berat ikan. Bagi ikan yang dijual secara borong harga yang diperolehi adalah sekitar RM10.00 bagi ikan tilapia, RM10.00 bagi ikan patin dan RM6.50 bagi ikan keli. Manakala bagi pengusaha kolam pancing harga yang ditawarkan biasanya lebih tinggi kerana ikan dipasarkan secara
hidup. Secara keseluruhan projek ternakan ikan dalam kolam dan sangkar telah memberi pulangan mencecah RM50,000 pada tahun 2007.
Dalam mempelbagaikan kegiatan ekonomi selaras dengan pembangunan projek PMAK, beliau turut mengusahakan tanaman sayur-sayuran seluas 4 hektar berdekatan kolam ikan yang melibatkan 5 orang pengusaha. Pelbagai sayur-sayuran seperti timun, peria dan sawi ditanam untuk pasaran setempat. Pada tahun 2007 sahaja projek tersebut telah menghasilkan sebanyak 18 metrik tan pelbagai jenis sayur-sayuran yang bernilai RM32,400.
Kesemua projek yang dijalankan di Kampung Jenud melalui Program PMAK ini telah memberi keyakinan kepada Pengurusan PPK Raub bahawa projek tersebut mampu meningkatkan ekonomi penduduk kampung. Selain daripada itu, projek tersebut juga telah memberi impak, antaranya:
· Dapat memberi pendapatan tambahan kepada ahli.
· Menggalakkan jabatan dan agensi terlibat bersama dalam menyalurkan peruntukan.
· Mengeratkan hubungan ahli dengan PPK serta meningkatkan urusniaga ahli/PPK.
· Mengaktifkan Unit Peladang dan menjadi contoh pembangunan kampung di Daerah Raub.
Kejayaan projek melalui Program PMAK ini telah mewajahbarukan Kampung Jenud. Rata-rata penduduk memperolehi manfaat daripada perlaksanaannya di mana taraf hidup semakin baik dan semangat ingin terus maju dalam kegiatan ekonomi terus wujud dalam diri setiap penduduk selaras dengan perlaksanaan PMAK.
8
Kementerian Pertanian dan Indastri Asas Tani sentiasa menggalakkan masyarakat tani sentiasa menggalakkan masyarakat tani
terutamanya di luar bandar bukan sahaja melibatkan diri dalam bidang pengeluaran hasil pertanian, malah turut menumpukan kepada Program Pembangunan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS).
Di bawah Rancangan Malaysia Ke Sembilan (RMK-9), Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) turut menyokong usaha kerajaan untuk membangunkan aktiviti-aktiviti pemprosesan yang melibatkan usahawan PKS. Dalam memastikan ianya mencapai kejayaan, LPP telah mengarahkan semua PPK mengenalpasti dan mewujudkan satu PKS bagi setiap unit peladang.
Menyahut saranan ini, PPK Baling telah membentuk satu Kelompok Peladang-Nita di Unit 12 Kampung Landak bagi menjalankan projek PKS. Komitmen dan rasa tanggungjawab ketua unit telah berjaya mengumpul dan melibatkan golongan wanita di dalam sektor ekonomi setempat. Dengan adanya kelompok pengurusan ini, ianya telah berjaya melibat dan mengaktifkan unit ini di dalam industri berasaskan pertanian.
Unit Peladang 12, Kampung Landak Mukim Kupang, Baling Kedah telah dinobatkan sebagai Kupang, Baling Kedah telah dinobatkan sebagai pemenang bagi Anugerah Unit Peladang Jaya Tahun 2006 Peringkat Negeri Kedah sempena sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Peringkat Negeri. Unit peladang di bawah kawasan pengendalian Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Baling ini mempunyai keahlian seramai 189 orang dengan kebanyakannya mereka adalah masyarakat peladang. Hampir 60 peratus merupakan ahli yang terlibat secara langsung dalam bidang pertanian, 30 peratus dalam bidang industri kecil dan sederhana serta 10 peratus lagi dalam lain-lain bidang. Unit ini telah ditubuhkan pada tahun 1979 dan terletak di bawah pengawasan Sub-Fdc Kawasan, Mukim Kupang, PPK Baling.
Diterajui oleh Encik Saad bin Latif yang bertindak sebagai Ketua Unit 12, beliau kerap berbincang dengan pengurusan pertubuhan peladang kawasan bagi merangka program yang berkaitan pertanian untuk kebajikan ahli. Unit peladang ini amat aktif kerana berjaya menggerak dan mengembleng ahli-ahli unit dalam memajukan pelbagai aktiviti dan projek. Antara projek yang menjadi kebanggaan
Oleh: Ahmad Farhan bin Kamaradin (LPP Kedah)Oleh: Ahmad Farhan bin Kamaradin (LPP Kedah)
KEREPEK PISANG BALING LARIS PELADANG – NITA KAMPUNG LANDAK JANA EKONOMI SETEMPAT
9
unit peladang ini ialah projek tanaman sayuran, ubi kayu, pisang, keledek dan lain-lain tanaman secara kecil-kecilan. Di samping itu, terdapat juga ahli-ahli yang mengusahakan tanaman padi, getah, kelapa sawit, ternakan lembu, kambing dan ayam kampung. Pemprosesan makanan ringan seperti kerepek pisang merupakan antara aktiviti yang dilakukan oleh ahli-ahli bagi menjana pendapatan tambahan.
Menyingkap sejarah awal, unit ini telah membuat permohonan peruntukan kepada LPP melalui PPK Baling mengenai cadangan untuk menjalankan projek pemprosesan kerepek pisang. Projek ini dicadang untuk diusahakan oleh golongan wanita. Dengan komitmen dan semangat yang ditonjolkan oleh unit berkenaan, LPP telah meluluskan peruntukan pada tahun 2007 sebanyak RM 60,000 berbentuk gran bagi menjalankan perusahaan berkenaan. Peruntukan ini merangkumi bantuan pembekalan seperti bengkel perusahaan kerepek, peralatan memasak serta peralatan lain yang berkaitan.
Projek ini telah mula beroperasi pada 24 April 2008. Operasi pemprosesan kerepek pada fasa permulaan hanya dijalankan pada setiap hari Rabu dan Khamis sahaja. Seramai 8 orang peserta terlibat dalam aktiviti ini yang diketuai oleh Puan Hasnah binti Hashim dan disertai oleh Puan Norasiah bt. Hj. Aziz, Puan Wan Som bt. Wan Hussin, Puan Shadiah bt Shaari, Puan Jariah bt Mat Jam, Puan Jariah bt Awang Besar serta Puan Sharipah bt Awang Besar.
Kesemua mereka ini berumur di dalam lingkungan antara 50 hingga 60 tahun.
Menurut Encik Saad Latif, projek ini tidak menghadapi masalah untuk mendapatkan bahan mentah. Keperluan bekalan mudah diperolehi daripada penduduk setempat. Jika sebelum ini, penduduk yang mempunyai pokok pisang disekeliling rumah hanya membiarkan buah pisang masak di pokok dan menjadi habuan kepada burung-burung serta binatang lain, kini senario ini tidak lagi berlaku. Penduduk setempat atau di Daerah Baling kini dapat menambah dan menjanakan ekonomi harian mereka dengan menjual pisang mentah kepada pusat pemprosesan tersebut untuk ditambah nilai bagi dijadikan kerepek pisang. Sebanyak 100 kg bekalan pisang mentah diperlukan dalam sehari. Bekalan pisang mentah akan diperolehi daripada penduduk setempat sehari sebelum pemprosesan dilakukan. Pembelian pisang mentah akan dilakukan secara borong dan penduduk akan dibayar secara tunai pada kadar RM0.50 setiap kilogram.
Pisang yang diperolehi akan dikupas kulitnya terlebih dahulu sebelum proses pemotongan dilakukan. Setelah itu hirisan pisang akan digaul dengan ramuan tertentu bagi menghasilkan citarasa dan aroma yang manarik. Penggunaan ramuan-ramuan seperti garam, gula, kunyit serta marjerin telah menambahkan aroma dan kerangupan kerepek pisang ini. Tempoh masa menggoreng adalah antara 15 hingga 20 minit. Dengan adanya tempoh masa yang tepat dan ditambah dengan ramuan-ramuan yang mesra, membantu kepada penghasilan kerepek yang bermutu. Tahap kebersihan dan
10
keselamatan bengkel juga dititik beratkan di dalam proses pembuatan kerepek. Proses pembuatan menggunakan kaedah manual ternyata memberi kelebihan dalam memenuhi permintaan pasaran. Kaedah pembuatan secara manual ini juga dapat mengekalkan kualiti dan aroma yang menyelerakan. Permintaan terhadap kerepek pisang Peladang-Nita Unit Kampung Landak semenjak ianya beroperasi sangat tinggi dan memberangsangkan.
Projek dilaksanakan mengikut perancangan dan bimbingan PPK dalam usaha meningkatkan hasil pengeluaran serta isipadu perniagaan. Dari segi aspek pengeluaran kerepek pisang, mereka dapat menghasilkan 13 kilogram sehari daripada 100 kilogram pisang mentah. Sehingga kini, unit ini telah berjaya menghasilkan 234 kilogram kerepek pisang semenjak hari pertama bermulanya operasi. Dengan berbekal modal harian sebanyak RM400, belian bahan mentah dilakukan secara tunai daripada penduduk setempat.
Encik Abdul Razak bin Yaakob telah dilantik sebagai penyelia pemasaran kerepek pisang. Pemasaran buat masa ini, dilakukan hanya di sekitar Daerah Baling sahaja. Beliau berharap suatu hari nanti pasaran dapat diperluaskan sehingga diluar Daerah Baling. Selain daripada pengisian ramuan dan kerangupan kerepek pisang ini, harga juga memainkan peranan bagi memastikan pemasaran kerepek pisang ini diterima umum. Bagi jualan secara borong, pembeli akan dikenakan bayaran RM8.00/kg, manakala bagi pembelian secara terus pembeli dikenakan harga antara RM10.00 - 12.00/kg. Permintaan yang tinggi terhadap kerepek pisang ini membolehkan penjualannya dibuat secara terus kepada pemborong. Pemasaran tidak terhad kepada kedai-kedai runcit sahaja, malah terdapat juga pesanan untuk majlis-majlis perkahwinan, keraian
dan kedai-kedai makan. Di dalam menghasilkan kerepek yang bermutu, pandangan pelanggan juga diambil kira. Dengan slogan “ Kalau Sedap Bagi Tahu Kawan, Kalau Tak Sedap Bagi Tahu Kami” juga membantu memajukan aktiviti pemasaran.
Di dalam proses agihan pendapatan pula, pembahagian akan dilakukan mengikut yang telah ditetapkan oleh jawatankuasa unit. Hasil pandapatan diagihkan kepada peserta mengikut ketetapan gaji yang telah diputuskan iaitu sebanyak RM5.00 sehari seorang dan sebahagian lagi akan dimasukkan ke dalam tabung unit dan tabung projek. Ini akan membantu menambahkan duit tabungan unit sebagai modal pusingan balik bagi meneruskan aktiviti tersebut.
Selain terlibat di dalam aktiviti pemprosesan kerepek pisang ini, kebanyakan peserta dan juga ahli-ahli unit ini turut terlibat di dalam aktiviti harian lain. Aktiviti-aktiviti seperti kelas jahitan, kuliah agama, majlis keraian dan lain-lain aktiviti merupakan pemangkin kepada pembentukan aktiviti unit. Aktiviti ini dijayakan pada setiap hari kecuali Rabu dan Khamis. Peserta-peserta dan penduduk setempat didedahkan dengan semangat kerjasama serta perkembangan semasa dalam kehidupan sosial mereka.
Untuk Tempahan dan Keterangan Lanjut, sila hubungi :PPK BalingKompleks IADP, Daerah Baling, KedahTel : 04-4701244e-mail: [email protected] Encik Saad bin Latiff Tel : 019-4023114
11
PENGURUSAN MESYUARAT PERTUBUHAN PELADANG
Mesyuarat Agung Tahunan merupakan kuasa tertinggi dalam menentukan hal ehwal
Pertubuhan Peladang sebagaimana Peraturan 39(1) Peraturan-Peratuan PP 1983 dan Perkara 33 Perlembagaan PP.
Setiap mesyuarat agung hendaklah mengikut perundangan:
i. Hendaklah dilaksanakan setiap tahun mengikut jadual yang ditetapkan dalam peraturan 41(1) Peraturan-Peraturan PP 1983.
ii. Pemberitahuan mesyuarat agung sekurang-kurangnya satu bulan sebelum tarikh mesyuarat. Notis dihantar kepada Pendaftar dan semua ahli yang layak mengundi sebagaimana Peraturan 42(1) dan Perkara 37 Perlembagaan PP.
iii. Korum mesyuarat agung tidak kurang daripada setengah ahli yang layak mengundi. Jika tiada korum, mesyuarat tidak berkuasa memilih pemegang jawatan atau meminda perlembagaan. Pemegang jawatan yang masih berkhidmat akan diteruskan.
Proses Kerja Penyeliaan Mesyuarat Agung PP
a. LPP Negeri mengeluarkan surat peringatan supaya Setiap PP mengadakan mesyuarat agung mengikut perundangan.
b. Menyediakan jadual pengesanan Mesyuarat Agung PP, nama PP, cadangan mesyuarat, notis mesyuarat, pindaan tarikh mesyuarat, tarikh mesyuarat sebenar dan laporan Audit Kewangan PP yang akan dibentangkan.
c. Menerima jadual mesyuarat dan senarai nama Pegawai Penyeliaan Mesyuarat daripada LPP Negeri, membuat semakan dan selaras mengikut perundangan.
d. LPP Negeri mengeluarkan surat perlantikan Perwakilan Kuasa Penyeliaan Mesyuarat Agung bagi pegawai yang telah dilantik.
e. LPP Negeri menerima, merekod dan menyemak setiap notis dan agenda mesyuarat agung mengikut perundangan. Membuat teguran bagi pihak Pendaftar supaya PP mematuhi peraturan.
12
f. Jadual mesyuarat agung dikemukakan ke Bahagian Audit Pertubuhan untuk perancangan pengauditan oleh pihak Audit.
g. Memantau Laporan Penyeliaan Mesyuarat Agung yang dibuat oleh Wakil Pendaftar. Merekod maklumat dan keputusan penting mesyuarat.
h. Menyelaras tindakan-tindakan ke atas Minit Mesyuarat Agung untuk tindakan LPP Negeri, LPP Ibu Pejabat, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani serta Jabatan dan agensi berkaitan.
Tindakan Sebelum Mesyuarat Agung PP
i. Mesyuarat Jemaah Pengarah diadakan sebelum mesyuarat agung bagi membincangkan persediaan mesyuarat dan laporan yang akan dibentangkan.
ii. Mengeluarkan notis satu bulan sebelum tarikh mesyuarat agung kepada Pendaftar dan semua perwakilan.
iii. Nyatakan tarikh dan tempat mesyuarat agung diadakan.
iv. Majlis perasmian mesyuarat agung dan surat jemputan.
v. Laporan dan dokumen mesyuarat agung diedarkan lebih awal kepada semua perwakilan
Tindakan Semasa Mesyuarat Agung PP
i. Memilih ahli-ahli Jemaah Pengarah pada tiap-tiap 2 kali Mesyuarat Agung.
ii. Memilih atau memberhentikan perwakilan ke Mesyuarat Agung Pertubuhan Peladang Negeri.
iii. Memilih calun-calun Jemaah Pengarah bagi Pertubuhan Peladang Negeri.
iv. Mengkaji dan menerima Penyata Tahunan Kewangan yang disediakan oleh Jemaah Pengarah.
v. Mengkaji dan menerima Laporan Audit yang dikemukakan oleh Jemah Pengarah.
13
vi. Mengkaji dan meluluskan laporan-laporan kerja dan perkhidmatan perniagaan.
vii. Mengkaji dan meluluskan program-program perkhidmatan dan Belanjawan Tahunan.
viii. Menetapkan dan meluluskan pembahagian keuntungan.
ix. Menimbang dan meluluskan cadangan had pinjaman luar.
x. Menimbang dan membenarkan pembelian atau penjualan harta.
xi. Memilih juru Audit Luar dan 2 orang Audit Dalam bagi memeriksa kira-kira pertubuhan.
xii. Mengkaji cadangan atau usul yang dikemukakan secara bertulis 14 hari terdahulu dari tarikh Mesyuarat Agung.
xiii. Menimbangkan pindaan-pindaan kepada perlembagaan PP.
xiv. Menetapkan elaun-elaun dan lain-lain bayaran kepada Jemaah Pengarah.
xv. Membuat keputusan atas lain-lain perkara yang tidak bertentangan dengan Akta, Peraturan dan Perlembagaan PP.
Tindakan Selepas Mesyuarat Agung PP
i. Menghantar Minit Mesyuarat Agung PP kepada Pendaftar tidak lewat 2 bulan dari tarikh mesyuarat.
ii. Mengadakan Mesyuarat Jemaah Pengarah pertama selepas mesyuarat.
iii. Mengambil tindakan terhadap keputusan Mesuarat Agung PP dan teguran Pendaftar.
Mesyuarat Jemaah Pengarah PP
Pentadbiran Pertubuhan
Pentadbiran hal ehwal Pertubuhan PP hendaklah diserahkan kepada sebuah Jemaah Pengarah yang mengandungi 11 orang iaitu:-
i. 7 orang yang dipilih oleh Mesyuarat Agung Tahunan PP.
ii. 4 orang yang dilantik oleh menteri.
Tempoh Perkhidmatan Jemaah Pengarah PP
Seseorang ahli Jemaah Pengarah yang dipilih atau yang dilantik boleh berkhidmat selama tempoh masa ia masih dipilih dalam mesyuarat agung perwakilan pada tiap-tiap 2 tahun atau dilantik oleh menteri.
Lantikan Pengerusi Jemaah Pengarah PP
Seseorang Ahli Jemaah Pengarah yang dipilih atau yang dilantik boleh berkhidmat selama tempoh masa ia masih dipilih dalam Mesyuarat Agung Perwakilan pada tiap-tiap 2 tahun atau dilantik oleh menteri. Pendaftar atau wakilnya boleh mempengerusikan atau melantik pengerusi sementara untuk mengendalikan Mesyuarat Jemaah Pengarah yang pertama.
Tugas Pengerusi Jemaah Pengarah PP
i. Memanggil dan mempengerusikan Mesyuarat Jemaah Pengarah, Mesyuarat Agung dan lain-lain mesyuarat.
14
ii. Menjadi wakil PP kepada mana-mana pertubuhan atau mesyuarat yang ditetapkan oleh mesyuarat agung.
iii. Menandatangani dokumen-dokumen, kontrak-kontrak dan lain-lain surat yang penting yang diperlukan dalam perlembagaan ini.
Korum dan Perjalanan Mesyuarat Jemaah Pengarah PP
i. Mesyuarat Jemaah Pengarah hendaklah diadakan sekurang-kurangnya sebulan sekali.
ii. Korum bagi sesuatu Mesyuarat Jemaah Pengarah ialah lima orang.
iii. Jika pengerusi sesuatu mesyuarat tidak hadir, maka ahli-ahli yang hadir boleh, jika korum mencukupi, melantik seorang pengerusi untuk mempengerusikan mesyuarat itu.
Mesyuarat Agung Unit Peladang PP
Pengenalan Unit Peladang PP
Perkara 55 (i) Perlembagaan PP menerangkan semua ahli-ahli perseorangan hendaklah dikumpulkan di dalam satu atau lebih unit ahli.
Pentadbiran Unit Peladang PP
i. Tiap-tiap unit ahli akan ditadbirkan oleh sebuah jawatankuasa kerja yang mengandungi seorang ketua unit dan beberapa orang ahli jawatankuasa.
ii. Ahli jawatankuasa di pilih oleh Mesyuarat Agung Tahunan Unit Peladang.
iii. Unit peladang hendaklah mengandungi sekurang-kurangnya 30 orang ahli.
Mesyuarat Agung Unit Peladang (PP)
i. Pengerusi Jemaah Pengarah atau wakilnya akan memanggil Mesyuarat Agung Unit Peladang tersebut dan hendaklah memimpin mesyuarat agung itu.
ii. Korum bagi sebarang Mesyuarat Agung Unit Peladang ialah ½ daripada jumlah ahli-ahli perseorangan yang layak mengundi.
iii. Unit Ahli Peladang hendaklah mengadakan
Mesyuarat Agung Tahunannya selewat-lewatnya pada 31 hb. Mei tiap-tiap tahun.
Matlamat Unit Peladang PP
Menggerak dan mengaktifkan unit peladang ke arah menyumbang kepada pengeluaran makanan negara melalui penggemblengan Kumpulan Peladang Muda, Peladang Nita dan Kumpulan Pengeluar.
Strategi Unit Peladang PPi. Memperkukuhkan dan mempergiatkan aktiviti
ekonomi dan sosial ahli peladang.ii. Untuk meningkatkan pendapatan ahli-ahli
peladang.iii. Tumpuan kepada projek-projek ekonomi
seperti pengeluaran buah-buahan, sayuran, ternakan, ternakair yang terpilih dan berorientasikan pasaran.
iv. Menyediakan kemudahan IT di unit peladang sebagai pusat sumber maklumat ahli peladang.
v. Mendapatkan khidmat nasihat dan kerjasama daripada agensi kerajaan dan pihak swasta berkaitan modal, kepakaran, teknologi baru dan pasaran.
Faktor Pengurusan Unit Ahli Peladang Yang Berkesan
a. Penyertaan aktif oleh ahli-ahli unit peladang.b. Jawatankuasa unit peladang yang
berwibawa.c. Pengurusan secara professional.d. Projek dan aktiviti unit peladang yang
berterusan.e. Maklumat ahli unit peladang yang kemaskini.f. Kerjasama erat dan sokongan berterusan
kepada PP.g. Mematuhi peraturan dan undang-undang PP.
Pengurusan menyuarat pertubuhan peladang perlu mengikut Perlembagaan PP dan Peraturan PP sedia ada bagi memastikan keputusan yang dibuat semasa mesyuarat boleh digerakkan bagi meningkatkan aktiviti sesebuah PP dan membangunkan ahli selaras dengan matlamat dan objektif PP.
15
Penaung Dato’ Haji Abd. Rahim bin Haji Ahmad
Penasihat Haji Arpan Shah bin Satu
Hajah Mariam Mas bte Yaacob
Ketua Pengarang Haji Abd. Nasir bin Haji Ismail
Penyunting Azizan bin Othman
Rohman bin Jasmani
Edisi InternetHaninah bte Abd. Rahman
Diterbitkan Oleh:Lembaga Pertubuhan Peladang,
Blok C Utara, Pusat Bandar Damansara, Bukit Damansara,
50990 Kuala Lumpur.
Grafi k/IllustratorRohman bin JasmaniKamaruzzan bin Hanif
Berita Transformasi Elektronikboleh dilayari di
http://www.lpp.gov.my