19
Prabacaan NOR SHAHEERA BINTI SAMSUNI WAN NURUL SAKINAH BINTI MOHD YUSOF

Tajuk 1 prabacaan

Embed Size (px)

Citation preview

Prabacaan

NOR SHAHEERA BINTI SAMSUNIWAN NURUL SAKINAH BINTI MOHD YUSOF

Pengenalan

Kemahiran membaca bergantung kepada beberapa faktor. Antara faktor itu ialah;

Persekitaran

Meliputi rumah tempat kediaman, bilik darjah, ruang tamu, ruang dapur yang kondusif

atau boleh merangsang kanak-kanak untuk membaca.

Rakan/teman berbual

Siapa sahaja yang bersama kanak-kanak itu akan menjadi ikutan atau menjadi

idolanya. Mereka akan melihat dan meniru

Amalan makanan dan pemakanan

Makanan seimbang sangat penting dalam tumbesaran fizikal kanak-kanak. Keperluan

badan seperti protin, karbohidrat dan mineral akan mempengaruhi secara tidak

langsung pertumbuhan kecergasan dan kecerdasan. Kestabilan zat makanan dalam

badan akan membantu mereka menguasai semua kemahiran termasuk kemahiran

membaca.

Aktiviti prabacaan meliputi pengamatan penglihatan, pengamatan pendengaran dan

pergerakan jari,tangan dan mata.

Murid-murid perlu dibiasakan dengan aktiviti yang dinyatakan di atas sebelum

diperkenalkan dengan abjad.

Tugas mengajar dan belajar membaca akan lebih mudah apabila murid-murid didedahkan

terlebih dahulu dengan konsep-konsep yang betul.

Konsep prabacaan

Syed Abu Bakar (1994), mengkategorikan aktiviti kesediaan membaca kepada dua iaitu

peringkat prabacaan dan peringkat bacaan. Beliau menyatakan jika tahap kesediaan

membaca tidak dicapai terlebih dahulu, usaha untuk mengajar kemahiran membaca

bukan sahaja sia sia malah boleh menimbulkan kesan yang amat buruk kepada kanak-

kanak, ibu bapa dan guru.

Ismail Zakaria, Salmah Othman dan Elly Choong (1992) berpendapat tahap prabacaan

merupakan satu tempoh menyediakan murid-murid untuk membaca. Dalam hal ini,

Raminah Hj. Sabran dan Rahim Syam (1987) menjelaskan peringkat kesediaan tubuh

badan telah menyediakan muridmurid untuk menerima pengajaran bacaan. Keupayaan

dan penggunaan bahasa seorang anak bergantung pada minat, daya pemusatan, corak

komunikasi dan jenis interaksi yang didapati oleh anak tersebut di rumah sebelum

mereka melangkah ke alam persekolahan.

Objektif Aktiviti Prabacaan

Membantu kanak-kanak menguasai kemahiran melihat iaitu mengenal pasti bentuk-bentuk yang

sama dan berbeza.

Memastikan kanak-kanak menguasai kemahiran mendengar iaitu mengenal pasti bunyi-bunyi

yang sama dan bunyi-bunyi yang berbeza.

Membantu kanak-kanak supaya dapat mencapai kemahiran untuk menghubungkan bentuk

huruf dan bunyi.

Memastikan kanak-kanak dapat mengenal dan menyebut semua huruf kecil dan huruf besar

serta dapat membezakannya.

Menguasai kemahiran menggabungkan bunyi huruf menjadi suku kata dan suku kata menjadi

kata yang bermakna.

Boleh menyebut suku kata tertutup dan terbuka.

Dapat memahirkan mereka mencerakinkan bentuk kata kepada suku kata dan seterusnya huruf dan bunyi.

Dapat menguasai kemahiran pengamatan bentuk-bentuk yang sama dan bentuk-bentuk yang berbeza.

Memastikan kanak-kanak mempunyai kemahiran gerak motor dan laku tangan bagi mengukuhkan

penglihatan dan pengamatan.

.

Faedah aktiviti prabacaan

Murid-murid dapat mencapai kemahiran dan memahami proses membaca dengan baik,

menarik, dan teratur.

Dapat mengukuhkan kemahiran yang telah mereka capai dan membantu mereka

menjadi pembaca yang cekap dan berdikari.

Proses pembacaan lebih mudah diterima dan mampu menguasai pelajaran lebih baik.

Tertarik pada bahan bacaan dan mahir membaca pada usia muda.

Lebih berkeyakinan untuk memulakan alam persekolahn dengan adanya kemahiran

asas iaitu membaca. Hal ini kerana, kebanyakan murid-murid akan berasa rendah diri

sekiranya tidak kenal huruf apabila memasuki alam persekolahan.

Memupuk minat dan keinginan murid-murid untuk membaca.

Dapat membaca dengan cepat dan lancar apabila mereka meneruskan pelajaran ke

peringkat seterusnya di sekolah.

Pelaksanaan Aktiviti Prabacaan

Aktiviti

pengamatan

penglihatan

Aktiviti

pengamatan

pendengaran

Aktiviti

pergerakan jari,

tangan dan

mata.

Bertujuan untuk melatih keupayaan mata.

Murid-murid mengecam, membeza, dan membandingkan bentuk-bentuk gambar,

benda-benda maujud, dan sebagainya mengikut jenis, warna, saiz, dan

seumpamanya.

Merupakan asas penting untuk murid-murid sebelum diperkenalkan dengan huruf.

Aktiviti pengamatan penglihatan

Contoh aktiviti : Memadankan objek mengikut jenis dan kumpulan.

1. Guru menyediakan bahan bantu mengajar.

2. Setiap murid menerima sebuah bentuk daripada pelbagai jenis bentuk yang

dibuat oleh guru melalui polystrene board.

3. Guru akan meletakkan Polystrene board di papan hitam. Kemudian seorang

murid diminta ke hadapan untuk menunjukkan dan menyebut nama bentuk

yang diterima.

4. Seterusnya, murid tersebut diminta memasukkan bentuk yang diterima pada

polystrene board yang disediakan.

1. Mengecam objek mengikut jenis dan kumpulan.

2. Membezakan objek mengikut kumpulan tertentu.

3. Menghimpun dan mengasingkan gambar mengikut kumpulan yang betul.

Objektif

Aktiviti

Bahan bantu mengajar.

1. Polystrene board

2. Kertas warna

3. Gunting

4. Gam

5. Glitter glue.

Aktiviti pengamatan pendengaran

Kemahiran mendengar amat penting kepada semua orang kerana kesilapan mendengar

akan memberi kesan yang besar sama ada kepada orang yang bercakap mahupun kepada

orang yang mendengar.

Kemahiran ini akan membantu murid-murid dalam memberikan fokus kepada pelajaran

dan kepada sebarang pekerjaan yang dilakukan.

Kemahiran ini akan membantu murid-murid dalam memberikan fokus kepada pelajaran

dan kepada sebarang pekerjaan yang dilakukan.

Abd. Aziz Abd. Talib menjelaskan mendengar merupakan asas dalam pembelajaran lisan.

Kemahiran mendengar perlu diajarkan kepada murid-murid di sekolah agar mereka tidak

salah menerima dan menyampaikan pesanan.

Contoh aktiviti Bunyi Haiwan

1. Murid-murid dapat meniru bunyi haiwan-haiwan yang ditunjukkan.

2. Murid-murid boleh mengenal pasti pelbagai bunyi haiwan yang diperdengarkan.

3. Murid-murid boleh membezakan bunyi-bunyi haiwan yang diperdengarkan.

1. Murid-murid melihat slaid gambar-gambar haiwan yang ditunjukkan oleh guru

seperti gambar kucing, ayam, harimau, katak dan anjing .

2. Murid-murid diminta meniru bunyi haiwan-haiwan itu seperti ‘meow..’ (kucing), ‘kok kok

kok..’ (ayam), ‘ngaum ngaum ngaum..’ (harimau), ‘gong gong..’ (anjing).

3. Murid-murid dibahagikan kepada empat kumpulan untuk menguji pendengaran mereka

mengenai bunyi haiwan-haiwan.

4. Murid-murid mendengar rakaman bunyi pelbagai jenis haiwan.

5. Wakil kumpulan diminta menyatakan nama haiwan tersebut manakala ahli kumpulan

akan meniru bunyi haiwan yang disebut.

Objektif

Aktiviti

?

?

?

?

?

Tujuannya adalah untuk membantu murid menguasai kemahiran asas pergerakan

tangan secara kemas, berpandu, terarah dan berfokus.

Meningkatkan kemahiran motor halus dan kognitif murid-murid

.

Aktiviti pergerakan jari, tangan dan kaki

Antara aktiviti yang boleh dijalankan:

Menyambung Titik.

Aktiviti ini memerlukan murid menyambungkan titik-titik mengikut nombor atau abjad pada

gambar dengan membuat garisan bagi menghasilkan sebuah gambar, objek atau huruf

yang lengkap. Oleh itu, guru perlu menyedikan bahan pertama dengan banyak titik, diikuti

dengan sederhana titik dan akhir sekali, kurang titik.

Membuat kolaj

Murid melihat gambar yang ditunjukkan guru menggunakan kaedah pandang dan sebut.

Murid menghasilkan kolaj mengikut bentuk gambar pada helaian kertas yang diberi guru

dengan menampal kertas wrna yang telah dipotong kecil.