8
Peraturan Am & Undang-Undang Pertandingan Pesta Sukan Kementerian Kewangan BOLA JARING 1.0 NAMA PERTANDINGAN 1.1 Pertandingan ini dinamakan Pertandingan Bola Jaring Pesta Sukan Kementerian Kewangan Ke-41, 2015 yang dikelolakan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia(SC) dan Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan)[KWAP]. 2.0 TARIKH DAN TEMPAT PERTANDINGAN 2.1 Tarikh : 2 – 4 Disember 2015 2.2 Masa : 8.30 pagi – 6.30 petang 2.3 Tempat : Gelanggang Bola Jaring UPM, Serdang 3.0 PERATURAN PERMAINAN 3.1 Selain daripada peraturan ini, pertandingan ini adalah tertakluk kepada Peraturan Am PSKK2015. Pertandingan ini hendaklah dijalankan mengikut Undang-Undang Persekutuan Persatuan Bola Jaring Antarabangsa (IFNA) yang terkini. 4.0 PENDAFTARAN DAN KELAYAKAN PEMAIN | 102-PSKK2015/Peraturan Pertandingan 15

technicalmofgames2015.files.wordpress.com · Web viewArief Amron Ariffin Company Toshiba

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: technicalmofgames2015.files.wordpress.com · Web viewArief Amron Ariffin Company Toshiba

Peraturan Am & Undang-Undang PertandinganPesta Sukan Kementerian Kewangan Ke-41, 2015

BOLA JARING

1.0 NAMA PERTANDINGAN

1.1 Pertandingan ini dinamakan Pertandingan Bola Jaring Pesta Sukan Kementerian Kewangan Ke-41, 2015 yang dikelolakan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia(SC) dan Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan)[KWAP].

2.0 TARIKH DAN TEMPAT PERTANDINGAN

2.1 Tarikh : 2 – 4 Disember 20152.2 Masa : 8.30 pagi – 6.30 petang2.3 Tempat : Gelanggang Bola Jaring UPM, Serdang

3.0 PERATURAN PERMAINAN

3.1 Selain daripada peraturan ini, pertandingan ini adalah tertakluk kepada Peraturan Am PSKK2015. Pertandingan ini hendaklah dijalankan mengikut Undang-Undang Persekutuan Persatuan Bola Jaring Antarabangsa (IFNA) yang terkini.

4.0 PENDAFTARAN DAN KELAYAKAN PEMAIN

4.1 Setiap pasukan boleh mendaftar satu (1) pasukan mengandungi tidak melebihi 12 orang pemain. Hanya pemain yang berdaftar sahaja dibenarkan bermain di sepanjang pertandingan ini.

4.2 Setiap pasukan diwajibkan menurunkan sekurang-kurangnya seorang pemain veteren dalam setiap perlawanan yang sedang berlangsung. Pemain veteren akan ditandakan menggunakan reben untuk membezakan dengan pemain-pemain lain.

| 102- P S K K 2 0 1 5 / P e r a t u r a n P e r t a n d i n g a n15

Page 2: technicalmofgames2015.files.wordpress.com · Web viewArief Amron Ariffin Company Toshiba

Peraturan Am & Undang-Undang PertandinganPesta Sukan Kementerian Kewangan Ke-41, 2015

4.3 Pemain kebangsaan/negeri yang didaftarkan mestilah anggota yang bertaraf tetap sahaja dibenarkan.

4.4 Pasukan yang tidak mematuhi peraturan pendaftaran dan kelayakan pemain, penyertaan pasukan dalam acara ini akan dibatalkan. Semua perlawanan yang telah disertai dianggap tidak sah dan kemenangan percuma akan diberikan kepada pasukan lawan.

4.5 Senarai pemain hendaklah dikemukakan tidak lewat daripada 26 Oktober 2015. Pertukaran nama pemain boleh dibuat semasa mesyuarat Pengurus- Pengurus Pasukan (tarikh, masa dan tempat akan dimaklumkan).

4.6 Pertukaran pemain atau pendaftaran pemain baru selepas penyerahan senarai nama tidak akan dilayan dan tidak dibenarkan.

4.7 Bila seorang pemain mendapat kecederaan atau sakit dan tidak dapat menyambung permainannya, permainan bolehlah diberhentikanselama dua (2) minit untuk menentukan samada pemain itu bolehmenyambung permainannya. Keputusan akan dibuat olehpegawai-pegawai pasukan itu. Hanya dua (2) pegawai yang dibenarkan untuk ke gelanggang pada masa itu.

4.8 Pemain hanya boleh diganti selepas permainan diberhentikan kerana kecederaan atau kesakitan.

4.9 Pertukaran pemain boleh dibuat selepas waktu rehat separuh masa.

5.0 PAKAIAN PERTANDINGAN DAN PERALATAN

5.1 Setiap pasukan hendaklah memakai baju seragam iaitu corak, bentuk dan warna yang sama.

5.2 Penggunaan seluar pendek dan skirt sahaja, tidak dibenarkan.5.3 Setiap pasukan dikehendaki membawa dua (2) set bib berlainan

warna yang ketinggian hurufnya adalah 6 inci.

| 102- P S K K 2 0 1 5 / P e r a t u r a n P e r t a n d i n g a n16

Page 3: technicalmofgames2015.files.wordpress.com · Web viewArief Amron Ariffin Company Toshiba

Peraturan Am & Undang-Undang PertandinganPesta Sukan Kementerian Kewangan Ke-41, 2015

5.4 Sekiranya kedua-dua pasukan memakai bib yang sama warna, maka keputusan pertukaran bib akan dilakukan secara lambungan duit.

5.5 Bola pertandingan akan disediakan oleh pihak penganjur.

6.0 MASA BERMAIN

6.1 Masa permainan perlawanan secara liga dan separuh akhir adalah 15 minit (masa pertama) x 3 minit (rehat) x 15 minit (masa kedua).

6.2 Masa permainan perlawanan akhir akan dijalankan dengan 4 suku masa : 10 minit (masa pertama) x 3 minit rehat x 10 minit (masa kedua) x 3 minit rehat x 10 minit (masa ketiga) x 3 minit rehat x 10 minit (masa keempat).

6.3 Pasukan hendaklah bertukar gol selepas separuh masa permainan.

7.0 SISTEM PERTANDINGAN

7.1 Pertandingan Peringkat Awal akan dijalankan secara LIGA satu pusingan dalam dua kumpulan iaitu Kumpulan ‘A’ dan Kumpulan ‘B’.7.1.1 Pasukan yang berjaya masuk ke peringkat akhir di Pesta

Sukan Kementerian Kewangan Ke–40, 2014 akan menjadi Pasukan Pilihan. Johan akan dimasukkan ke dalam Kumpulan ‘A’ manakala Naib Johan akan dimasukkan ke dalam Kumpulan `B’. Pasukan-pasukan yang lain akan diundi bagi menentukan kumpulan masing-masing.

7.1.2 Pemenang-pemenang Pertama dan Kedua dalam Kumpulan ‘A’ dan ‘B’ layak memasuki peringkat Separuh Akhir seperti berikut:-

‘ A1’ (Johan kump. A) mln. ‘B2’ (Naib Johan Kump. B) | 102- P S K K 2 0 1 5 / P e r a t u r a n P e r t a n d i n g a n17

Page 4: technicalmofgames2015.files.wordpress.com · Web viewArief Amron Ariffin Company Toshiba

Peraturan Am & Undang-Undang PertandinganPesta Sukan Kementerian Kewangan Ke-41, 2015

‘ B1’ (Johan kump. B) mln. ‘A2’(Naib Johan Kump. A)7.2 Pertandingan di peringkat Separuh Akhir dan Akhir akan

dijalankan secara Kalah Mati.7.3 Pemenang-pemenang dalam peringkat Separuh Akhir akan

bermain di peringkat Akhir bagi menentukan Johan dan Naib Johan. Pasukan-pasukan yang kalah dalam peringkat Separuh Akhir akan mendapat tempat Ketiga bersama.

8.0 CARA MEMUTUSKAN KEPUTUSAN KUMPULAN

8.1 Secara Liga 8.1.1 Sistem pemberian mata bagi pertandingan secara LIGA

adalah seperti berikut:-

Menang 3 mataSeri 1 mata

Kalah 0 mata

8.1.2 Jika dua (2) atau lebih pasukan mendapat jumlah mata yang sama, maka pemenang akan ditentukan seperti berikut;(a) Perbezaan gol akan digunapakai iaitu (jumlah

jaringan gol ditolak dengan gol yang kena);(b) Jika masih seri, pasukan yang menjaring gol

terbanyak akan diisytiharkan sebagai pemenang;(c) Jika masih seri, Purata Gol akan menentukan

kedudukan iaitu jumlah jaringan gol dibahagi dengan jumlah gol yang kena.

8.2 Perlawanan Secara Kalah Mati8.2.1 Jika keputusan berakhir dengan seri pada separuh akhir

dan akhir, maka keputusan pertandingan akan ditentukan seperti berikut;

| 102- P S K K 2 0 1 5 / P e r a t u r a n P e r t a n d i n g a n18

Page 5: technicalmofgames2015.files.wordpress.com · Web viewArief Amron Ariffin Company Toshiba

Peraturan Am & Undang-Undang PertandinganPesta Sukan Kementerian Kewangan Ke-41, 2015

(a) Masa rehat akan diberikan selama 3 minit selepas tamat permainan. Penggantian dan/atau pertukaran posisi dibenarkan;

(b) Kedua-dua pasukan akan mengundi semula untuk memilih hantaran tengah atau gol;

(c) Permainan akan diteruskan dengan lima (5) hantaran tengah dibuat secara bergilir-gilir;

(d) Pasukan yang pertama mendapat 3 gol akan dianggap sebagai pemenang.

9.0 KELEWATAN

9.1 Hanya 10 minit sahaja akan diberikan kepada pasukan yang lewat dan selepas masa itu, pihak lawannya akan diberi kemenangan percuma dengan 3 mata dan jaringan 15-0.

10. MENARIK DIRI PENYERTAAN

10.1 Menarik diri tidak dibenarkan. Jika ianya berlaku, pasukan berkenaan dianggap menarik diri daripada keseluruhan pertandingan dan pasukan berkenaan tidak dibenarkan lagi menyertai perlawanan seterusnya serta akan dikenakan denda sebanyak RM 200.00. Kemenangan percuma akan diberi kepada pasukan yang berada di gelanggang dengan 3 mata dan jaringan 15-0.

11.0 PENANGGUHAN

11.1 Sekiranya di atas sesuatu sebab, perlawanan tidak dapat diteruskan, maka Ketua Pengadil dengan persetujuan konvenor berhak menangguhkan perlawanan.

11.2 Perlawanan yang ditangguhkan itu akan ditentukan seperti berikut:-

| 102- P S K K 2 0 1 5 / P e r a t u r a n P e r t a n d i n g a n19

Page 6: technicalmofgames2015.files.wordpress.com · Web viewArief Amron Ariffin Company Toshiba

Peraturan Am & Undang-Undang PertandinganPesta Sukan Kementerian Kewangan Ke-41, 2015

11.2.1Sekiranya perlawanan ditangguhkan pada hari yang sama, maka perlawanan akan disambung mengikut baki masa yang tinggal.

11.2.2Sekiranya perlawanan ditangguhkan ke hari yang lain, maka perlawanan hendaklah dimainkan semula.

11.3 Konvenor mempunyai kuasa untuk menangguhkan atau mengubah sesuatu jadual atau tempat pertandingan dengan terlebih dahulu memberitahu atau diputuskan serta merta.

12.0 BANTAHAN

12.1 Bantahan yang dikemukakan oleh pasukan hendaklah mematuhi kehendak para 7 Peraturan Am Pesta Sukan Kementerian Kewangan Ke-41, 2015.

13.0 JAWATANKUASA PERTANDINGAN DAN TEKNIKAL

13.1 Jawatankuasa Pertandingan dan Teknikal adalah bertanggungjawab dalam membuat keputusan berhubung dengan aspek teknikal pertandingan bagi setiap acara dalam kejohanan PSKK2015.

13.2 Jawatankuasa Pertandingan dan Teknikal adalah berhak untuk meminda/menambah peraturan yang difikirkan perlu.

13.3 Sekiranya terdapat mana-mana peraturan yang tidak dinyatakan dengan jelas dalam peraturan permainan bagi acara yang berkenaan, maka adalah menjadi kuasa mutlak kepada Jawatankuasa Pertandingan dan Teknikal untuk membuat keputusan.

13.4 Sebarang keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Pertandingan dan Teknikal adalah MUKTAMAD.

| 102- P S K K 2 0 1 5 / P e r a t u r a n P e r t a n d i n g a n20

Page 7: technicalmofgames2015.files.wordpress.com · Web viewArief Amron Ariffin Company Toshiba

Peraturan Am & Undang-Undang PertandinganPesta Sukan Kementerian Kewangan Ke-41, 2015

| 102- P S K K 2 0 1 5 / P e r a t u r a n P e r t a n d i n g a n21