21
Disediakan oleh: Cik Noor Azuraida Bt Salleh SYAIR SITI SIANAH PUISI TRADISIONAL

SYAIR SITI SIANAH2.pptx

Embed Size (px)

Citation preview

Disediakan ol

Disediakan oleh: Cik Noor Azuraida Bt SallehSYAIR SITI SIANAHPUISI TRADISIONAL RANGKAP 1Sesetengahnya perempuan terlalu janggalnya,Roma di muka pula dicukurnya,Seperti taji berandam di keningnya,Kemudian memakai dengan selengkapnya.Maksud rangkapMAKSUD: Segelintir wanita berlebih-lebihan ketika berdandan seperti mencukur bulu roma di muka dan membentuk kening. Mereka juga berhias dan memakai pakaian yang selengkapnya.Kosa kata:Janggal : tidak sedap dilihat (didengar), canggung, tidak sesuai

2) Taji :~ bentuk taji yg melengkung bentuknya dipasang pada susuh ayam

TAJI

RANGKAP 2Mengagak mengilai terlaLu suka,Melihat laki-laki ditampakkan muka,Supaya laki-laki boleh menyangka,Ianya elok tiada terhingga.MAKSUD: Terdapat segelintir wanita yang ketawa mengilai-ngilai. Malahan, di hadapan lelaki dia akan menunjuk-nunjukkan mukanya supaya lelaki tersebut terpikat akan kecantikannya.

RANGKAP 3Setengah perempuan sangat pesolek,Berhias berdandan berpakai molek,Di dalam cermin muka ditelek,Kanan dan kiri di belek-belek.MAKSUD: Ada sesetengah wanita yang suka bersolek dan berhias. Mereka juga sanggup membuang masa di hadapan cermin bagi melihat wajah mereka.

RANGKAP 4Meskipun tiada berapa eloknya,Ada yang setengah kembang hidungnya,Serta pula kepik hidungnya,Seperti buaya besar mulutnya.MAKSUD:Segelintir wanita tetap berdandan dan bersolek walaupun mereka tidak cantik dengan hidung yang kembang serta mulut yang besar seperti mulut buaya.

RANGKAP 5Setengah perempuan perangainya cela,Habis dipenuhi rambut di kepala,Rambut yang sikit disiputnya pula,Memakai cemara berjela-jela.MAKSUD: Ada sesetengah wanita yang berperangai buruk. Mereka membuat sanggul siput untuk menutup kekurangan rambut, malahan ada yang sanggup memakai rambut palsu.Kosa kata:1) Cemara : rambut palsu

RANGKAP 6Terkadang muka dibubuh pupuri,Kaki dan tangan, lengan dan jari,Jadilah rupanya putih berseri,Pekerjaan tipu sangat digemari.MAKSUD: Ada juga yang melumuri bedak di kaki, tangan, lengan dan jari sehinnga putih semata-mata untuk mengaburi mata orang yang melihatnya akan kekurangan diri mereka.

RANGKAP 7Setengah perempuan yang makan angkat,Memakai gelang bertingkat-tingkat,Memandang laki-laki matanya lekat,Dengan jantan suka melekat.MAKSUD: Terdapat segelintir wanita yang suka dipuji. Mereka memakai gelang sehingga ke pangkal lengan dengan tujuan untuk menarik perhatian. Mereka juga suka berpeleseran dengan lelaki.

RANGKAP 8Kaki dan tangan dinaikkan pula,Pura-pura dikatakan ubat segala,Hakikatnya diketahui Allah Taala,Supaya lelaki menjadi gila.MAKSUD : Ada juga wanita yang mendedahkan kaki dan tangan dengan alasan untuk berubat. Sebenarnya, niat mereka untuk membuatkan lelaki terpikat kepadanya. Namun, tindakan mereka diketahui Allah.

RANGKAP 9Berlindunglah kita kepada Allah,Daripada perbuatan yang amat salah,Mudah-mudahan dilepaskanlah,Jangan menjadi betina sempolah.MAKSUD: Kita hendaklah memohon perlindungan daripada Allah agar kita akan terselamat daripada segala kemungkaran, malahan dijauhi daripada berperangai seperti perempuan yang tidak berakhlak.RANGKAP 10Setengahnya suka bermain judi,Inilah perangai banyak terjadi,Habislah tergadai intan serudi,Kerana perangai sudah membadi.MAKSUD : Sesetengah wanita suka berjudi sehingga tergadai barang kemas akibat perangai buruknya selama ini.

RANGKAP 11Laki-laki perempuan bertindih lutut,Banyaklah perbuatan yang tidak patut,Sembahyang ibadat sudahlah bantut,Kerana syaitan duduk di buntut.MAKSUD : Pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan akan mengakibatkan berlakunya perlakuan yang tidak senonoh. Mereka juga mengabaikan solat kerana hasutan syaitan.

Nasihat kepada kaum wanita agar menjaga maruah diri, agama dan bangsa atau Nasihat kepada kaum wanita agar tidak melanggar norma kehidupan dan budaya bangsaTEMAPersoalan sikap wanita yang suka berhias hingga melanggar hukum syarak.

Persoalan ketaaatan kepada Allah.

Persoalan kesan buruk perjudian.

Persoalan pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan.

PERSOALANTerdiri daripada _______ rangkap.Setiap rangkap terdiri daripada ________ baris.Jumlah perkataan dalam setiap baris antara 2 hingga 6 patah kata.mudah-mudahan dilepaskanlah (2 perkataan)kaki dan tangan lengan dan jari (6 perkataan)Terdiri daripada 9 hingga 14 suku kata.Rima akhir syair ini ialah __________Syair ini adalah puisi terikat.

BENTUKSesetengah perempuan perangainya celadibelek-belek, berjela-jela molek, cemara, dan sempolah(tidak berguna/sampah masyarakat)Melihat laki-laki ditampakkan muka pengulangan makan angkat - Seperti taji berandam di keningnya , Seperti buaya besar mulutnya

GAYA BAHASAAliterasiSimile AsonansiPeribahasa

Bahasa klasik Kata ganda Nilai kesopananSeseorang wanita yang berada di khalayak ramai perlu bersopan santun seperti jangan ketawa mengilai-ngilai. Nilai kesederhanaanSeseorang wanita perlu bersederhana dalam penampilan diri.Nilai ketaatan kepada agama.Setiap tindakan yang ingin dilakukan oleh seseorang harus berlandaskan agama.Nilai kesyukuran.Bersyukurlah dengan kurniaan Tuhan dan menerima kekurangan diri.NILAISeseorang wanita haruslah menjaga adab dan perilaku agar dihormati oleh orang lain.Seseorang wanita perlu bersederhana dalam penampilan diri, namun tidaklah secara berlebih-lebihan agar tidak menimbulkan fitnah.Kita tidak harus terlibat dengan sebarang aktiviti perjudian agar tidak berlakunya pembaziran.Seseorang wanita haruslah menjaga batas pergaulan dengan golongan lelaki agar terpelihara daripada maksiat.

PENGAJARANLatihan Nyatakan sifat-sifat negatif wanita berdasarkan Syair Siti SianahBerikan dua persoalan yang terdapat dalam Syair Siti Sianah.

JawapanAntara sifat negatif wanita berdasarkan Syair Siti Sianah ialah mencukur bulu roma di muka dan kening. Selain itu, terdapat juga wanita yang ketawa mengilai-ngilai dan berhias dengan tujuan memikat lelaki.Persoalan yang terdapat dalam Syair Siti Sianah ialah persoala sikap wanita yang suka berhias hingga melanggar hukum syarak dan persoalan ketaaatan kepada Allah.