2
Fakulti Pendidikan Faculty of Education Ruj.Kami : FPend – UKMPPS / 2015 / 100 ( 2 ) Tarikh : 28 Oktober 2015 YBrs. Dr. Mohd Radzani bin Abdul Razak Pensyarah, Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia 43650 Bangi, Selangor Yang Berkenaan, Litar Sepang Antarabangsa, Jalan Pekeliling, 64000 KLIA, Selangor Darul Ehsan. Tuan/Puan MEMOHON MENGADAKAN LAWATAN KE LITAR SEPANG ANTARABANGSA Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas. 2. Sukacita dimaklumkan bahawa pelajar-pelajar Sarjana Pengurusan Sukan, Fakulti Pendidikan, UKM ingin memohon kebenaran untuk mengadakan lawatan ke Litar Sepang Antarabangsa bagi memenuhi keperluan subjek Prosedur Pengurusan Sukan (GGGF6213). 3. Untuk makluman, lawatan ini diadakan untuk memberi pendedahan kepada para pelajar menimba pengetahuan dalam bidang pengurusan sukan dan meninjau dengan lebih dekat serta mendapatkan maklumat tentang pengurusan fasiliti yang terdapat di Litar Sepang Antarabangsa . 4. Lawatan ini akan diadakan seperti ketetapan berikut: Tarikh : 14 November 2015 (Sabtu) Masa : 9.00 pagi Jumlah pelajar : 38 orang Jumlah pensyarah : Seorang 5. Oleh itu, saya berharap agar pihak tuan/puan dapat mempertimbangkan dan meluluskan permohonan kami ini. Segala sokongan dan kerjasama daripada pihak tuan/puan amat kami hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih. Sekian. Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan Tel : 603 8921 6232 l Faksimili : 603 8925 4372 l E-mel : [email protected] Laman Web: http://www.ukm.my

Surat Mohon Lawatan Litar Sepang

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Surat Mohon Lawatan Litar Sepang

Fakulti Pendidikan Faculty of Education

Ruj.Kami : FPend – UKMPPS / 2015 / 100 ( 2 ) Tarikh : 28 Oktober 2015

YBrs. Dr. Mohd Radzani bin Abdul RazakPensyarah,Fakulti PendidikanUniversiti Kebangsaan Malaysia43650 Bangi, Selangor

Yang Berkenaan,Litar Sepang Antarabangsa,Jalan Pekeliling,64000 KLIA,Selangor Darul Ehsan.

Tuan/Puan

MEMOHON MENGADAKAN LAWATAN KE LITAR SEPANG ANTARABANGSA

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa pelajar-pelajar Sarjana Pengurusan Sukan, Fakulti Pendidikan, UKM ingin memohon kebenaran untuk mengadakan lawatan ke Litar Sepang Antarabangsa bagi memenuhi keperluan subjek Prosedur Pengurusan Sukan (GGGF6213).

3. Untuk makluman, lawatan ini diadakan untuk memberi pendedahan kepada para pelajar menimba pengetahuan dalam bidang pengurusan sukan dan meninjau dengan lebih dekat serta mendapatkan maklumat tentang pengurusan fasiliti yang terdapat di Litar Sepang Antarabangsa .

4. Lawatan ini akan diadakan seperti ketetapan berikut:

Tarikh : 14 November 2015 (Sabtu)Masa : 9.00 pagiJumlah pelajar : 38 orangJumlah pensyarah : Seorang

5. Oleh itu, saya berharap agar pihak tuan/puan dapat mempertimbangkan dan meluluskan permohonan kami ini. Segala sokongan dan kerjasama daripada pihak tuan/puan amat kami hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

Yang benar,

(MOHD RADZANI BIN ABDUL RAZAK)Pensyarah,Fakulti Pendidikan, UKM

s.k - Fail Timbul

Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM Bangi, Selangor Darul EhsanTel : 603 8921 6232 l Faksimili : 603 8925 4372 l E-mel : [email protected] Laman Web: http://www.ukm.my