24
1/24 DIKEMASKINI : 06 FEBRUARI 2013 SUKAN MALAYSIA XVI, KUALA LUMPUR 2013 PERATURAN PERTANDINGAN FUTSAL (LELAKI / WANITA) 1.0 PERATURAN AM 1.1 Pertandingan adalah tertakluk kepada Undang-undang Am dan Peraturan-peraturan SUKAN MALAYSIA XVI, KUALA LUMPUR 2013 yang sedia ada. 1.2 Selain daripada peraturan-peraturan yang terkandung, pertandingan ini akan dijalankan mengikut Peraturan -peraturan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan Undang-undang Permainan Bolasepak Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA). 1.3 Sekiranya timbul sebarang perselisihan dari segi pentafsirannya, maka undang-undang dalam bahasa Inggeris yang terkini akan dipatuhi. 1.4 Kejadian di luar jangka dan tidak dinyatakan di dalam peraturan berkenaan akan diputuskan seperti berikut:- 1.4.1 Semua kejadian am iaitu perkara-perkara bukan teknikal akan diputus berasaskan kepada PERATURAN AM SUKAN MALAYSIA XIV, KUALA LUMPUR 2013. 1.4.2 Sebarang perselisihan teknikal akan diputuskan oleh Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan Futsal SUKAN MALAYSIA XVI, KUALA LUMPUR 2013 adalah muktamad. 1.5 Semua keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan Futsal SUKAN MALAYSIA XVI, KUALA LUMPUR 2013 adalah muktamad. 2.0 TARIKH PERTANDINGAN 01 – 07 Julai 2013

SUKAN MALAYSIA XVI, KUALA LUMPUR 2013 · PDF file1.1 Pertandingan adalah tertakluk kepada Undang-undang Am dan ... prosedur dan pekeliling mengenai pengurusan dan pentadbiran ... Majlis

  • Upload
    phambao

  • View
    237

  • Download
    3

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: SUKAN MALAYSIA XVI, KUALA LUMPUR 2013 · PDF file1.1 Pertandingan adalah tertakluk kepada Undang-undang Am dan ... prosedur dan pekeliling mengenai pengurusan dan pentadbiran ... Majlis

1/24

DIKEMASKINI : 06 FEBRUARI 2013

SUKAN MALAYSIA XVI, KUALA LUMPUR 2013

PERATURAN PERTANDINGAN FUTSAL(LELAKI / WANITA)

1.0 PERATURAN AM

1.1 Pertandingan adalah tertakluk kepada Undang-undang Am dan

Peraturan-peraturan SUKAN MALAYSIA XVI, KUALA LUMPUR 2013

yang sedia ada.

1.2 Selain daripada peraturan-peraturan yang terkandung,

pertandingan ini akan dijalankan mengikut Peraturan -peraturan

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan Undang-undang

Permainan Bolasepak Persekutuan Bolasepak Antarabangsa

(FIFA).

1.3 Sekiranya timbul sebarang perselisihan dari segi pentafsirannya,

maka undang-undang dalam bahasa Inggeris yang terkini akan

dipatuhi.

1.4 Kejadian di luar jangka dan tidak dinyatakan di dalam peraturan

berkenaan akan diputuskan seperti berikut:-

1.4.1 Semua kejadian am iaitu perkara-perkara bukan teknikal

akan diputus berasaskan kepada PERATURAN AM SUKAN

MALAYSIA XIV, KUALA LUMPUR 2013.

1.4.2 Sebarang perselisihan teknikal akan diputuskan oleh

Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan Futsal SUKAN

MALAYSIA XVI, KUALA LUMPUR 2013 adalah muktamad.

1.5 Semua keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Teknikal dan

Pertandingan Futsal SUKAN MALAYSIA XVI, KUALA LUMPUR 2013

adalah muktamad.

2.0 TARIKH PERTANDINGAN

01 – 07 Julai 2013

Page 2: SUKAN MALAYSIA XVI, KUALA LUMPUR 2013 · PDF file1.1 Pertandingan adalah tertakluk kepada Undang-undang Am dan ... prosedur dan pekeliling mengenai pengurusan dan pentadbiran ... Majlis

2/24

3.0 TEMPAT PERTANDINGAN

Kompleks Sukan Negara (Matsushita), Shah Alam, Selangor

4.0 PENYERTAAN

4.1 Penyertaan adalah terbuka kepada semua negeri dan penyertaan

hendaklah dibuat melalui Majlis Sukan Negeri masing-masing.

4.2 Setiap kontinjen hanya boleh mendaftarkan satu (1) pasukan bagi

kategori Lelaki & satu (1) pasukan bagi kategori Wanita yang terdiri

daripada :-

PERANAN LELAKI WANITA

Pengurus Pasukan 1 orang 1 orang

Jurulatih 1 orang 1 orang

Peserta 14 orang 14 orang

JUMLAH 16 orang 16 orang

4.4 Pegawai dan pemain wajib mempunyai perlindungan insurans

kemalangan diri, hospital dan surgeri.

5.0 KELAYAKAN PESERTA

5.1 Hanya pemain yang dilahirkan pada tahun 1992 dan selepasnya

sahaja layak didaftarkan oleh sesuatu pasukan. Pendaftaran

pemain hanya untuk warganegara Malaysia sahaja.

5.2 Semua pasukan hendaklah mengemukakan dua (2) salinan kad

pengenalan dan tiga (3) keping gambar digital terkini dalam masa

tiga (3) bulan berukuran passport antarabangsa bagi setiap

pemain bersama dengan borang pendaftaran pemain. Bagi

pemain PDRM, kesahihan tarik lahir hendaklah disahkan oleh

Pengerusi/ Setiausaha Majlis Sukan PDRM. Pemain yang dipilih

daripada anggota Angkatan Tentera Malaysia hendaklah

Page 3: SUKAN MALAYSIA XVI, KUALA LUMPUR 2013 · PDF file1.1 Pertandingan adalah tertakluk kepada Undang-undang Am dan ... prosedur dan pekeliling mengenai pengurusan dan pentadbiran ... Majlis

3/24

mengemukakan salinan kad pengenalan BAT C 10 sebagai

pengenalan rasmi masing-masing. Pendaftaran yang

menggunakan salinan dokumen KPPK 1/9 atau KPPK 1/11 adalah

dibenarkan.

5.3 Hanya pemain yang didaftarkan dengan yuran pendaftaran

RM100.00 seorang mengikut Peraturan Am Perkara 6.2 sahaja

yang layak menyertai pertandingan ini. Peserta-peserta gantian

mesti dikemukakan tidak lewat daripada 1 Jun 2013 dengan

disertakan yuran pendaftaran RM100.00 seorang. (Sila rujuk

kepada peraturan Am perkara 4.9)

5.4 Tertakluk kepada Peraturan Am Perkara 21.9, pemain yang

berkhidmat dengan PDRM tidak boleh mewakili mana-mana

kontinjen / negeri kecuali mendapat kebenaran bertulis

daripada Majlis Sukan berkenaan.

5.5 Pemain-pemain yang menuntut di Institusi Pengajian Tinggi (IPT)

yang mendapat tajaan dermasiswa / biasiswa Kerajaan Negeri

hendaklah dibenarkan mewakili negeri yang menaja mereka.

5.6 Kelayakan pemain kebangsaan adalah seperti yang di tetapkan

oleh FAM dan akan di maklumkan kepada semua pasukan

sebelum tarikh pengesahan penyertaan pasukan.

5.7 Tidak tertakluk kepada peraturan Am Perkara 21.11, seseorang

pemain boleh bermain dengan pasukan lain dalam Pertandingan

Futsal SUKMA dengan syarat:

5.7.1 Mendapat Sijil Pepindahan Antara Negeri (SPN),

5.7.2 Sijil tersebut hendaklah dikemukakan bersama-sama dengan

borang pendataran pemain yang dikemukakan sebelum

atau pada tarikh Pendafaran Asal.

5.8 Semua pasukan hendaklah mendaftarkan pemain-pemain terdiri

daripada Warganegara Malaysia sahaja. Pendaftaran pemain-

pemain hendaklah dibuat dalam borang yang disediakan oleh

JKTF.

5.9 Pemain yang telah mendaftar dalam Liga Futsal Malaysia 2013

boleh didaftar dan bermain dalam pertandingan Futsal SUKMA XVI,

Page 4: SUKAN MALAYSIA XVI, KUALA LUMPUR 2013 · PDF file1.1 Pertandingan adalah tertakluk kepada Undang-undang Am dan ... prosedur dan pekeliling mengenai pengurusan dan pentadbiran ... Majlis

4/24

Kuala Lumpur 2013, manakala Pemain-pemain yang didaftarkan

dalam Liga Malaysia 2013 tidak dibenarkan bermain.

6.0 TAKLIMAT PENGURUS PASUKAN.

6.1 Taklimat Pengurus Pasukan akan diadakan satu (1) hari sebelum

perlawanan pertama dijalankan.

6.2 Pengurus-pengurus Pasukan dikehendaki mengemukakan senarai

Pendaftaran Pertandingan yang mengandungi maksimum 15

orang Pemain bersama dengan kad pengenalan, atau BAT C 10,

atau dokumen pendaftaran KPPK 1/9 atau KPPK 1/11 yang asal

bersama-sama SPN untuk disahkan. Sebarang pindaan terhadap

Senarai Pendaftaran Pertandingan ini tidak akan dibenarkan.

6.3 Senarai pemain yang disahkan semasa Taklimat Pengurus Pasukan

adalah muktamad.

6.4 Penggantian, pertukaran atau tambahan atlet TIDAK boleh dibuat

semasa Taklimat Pengurus Pasukan (Sila rujuk kepada Perkara 5.4

dalam Peraturan ini).

7.0 PENDAFTARAN PEMAIN DAN PEGAWAI

7.1 Setiap pasukan dibenarkan mendaftar maksimum 16 orang pemain

termasuk minimum tiga (3) orang Penjaga Gol dan maksimum tiga

(3) orang pegawai di dalam Senarai Pendaftaran Asal.

7.2 Jawatan tiga (3) orang pegawai hendaklah disebutkan di dalam

borang. Ketua Jurulatih hendaklah mempunyai kelayakan minima

Sijil Kejurulatihan Futsal Tahap 1.

7.3 Setiap pasukan hendaklah menghantar Senarai Pendaftaran Asal

30 hari sebelum bermulanya perlawanan atau pada 1 Jun 2013

kepada Jawatankuasa Pengelola SUKAN MALAYSIA IV, KUALA

LUMPUR 2013 dan FAM. Senarai Pendaftaran Asal hendaklah

mengandungi maklumat-maklumat berikut:

7.3.1. Nama penuh pemain, posisi dan nombor jersi 1 hingga 16.

Jersi No.1 adalah khusus bagi Penjaga Gol Utama.

Page 5: SUKAN MALAYSIA XVI, KUALA LUMPUR 2013 · PDF file1.1 Pertandingan adalah tertakluk kepada Undang-undang Am dan ... prosedur dan pekeliling mengenai pengurusan dan pentadbiran ... Majlis

5/24

7.3.2. Nama penuh pegawai dan jawatan serta salinan sijil untuk

Ketua Jurulatih sahaja.

7.3.4. Tarikh dan tempat dilahirkan.

7.3.5. Salinan kad pengenalan atau dokumen yang berkaitan iaitu

KPPK 1/9 atau KPPK 1/11 yang telah disahkan oleh JPN dan

BAT 10 bagi Pasukan Angkatan Tentera.

7.3.6 Borang ini hendaklah disahkan oleh Setiausaha Persatuan

Bolasepak Negeri.

7.4 Pasukan tidak dibenarkan membuat pendaftaran baru dan

pembatalan pemain selepas tarikh tutup Pendaftaran Asal seperti

yang ditetapkan oleh pengelola.

7.5 Setiap pasukan hanya dibenarkan untuk mendaftar maksimum 14

orang pemain dengan minimum dua (2) orang Penjaga Gol dan

tiga (3) orang pegawai di dalam Senarai Pendaftaran

Pertandingan hanya daripada senarai Pendaftaran Asal sahaja

semasa Mesyuarat Pengurus Pasukan.

7.6 Pendaftaran Pertandingan tidak boleh ditukar-ganti semasa

perlawanan peringkat kumpulan.

7.7 Pendaftaran Pertandingan Baru boleh dibuat hanya daripada

senarai Pendaftaran Asal selepas perlawanan terakhir peringkat

kumpulan hingga sebelum perlawanan Peringkat Suku Akhir

sahaja tertakluk kepada syarat-syarat berikut:

7.7.1 Pasukan hendaklah memohon dengan menggunakan

borang-borang tertentu sebelum atau pada tarikh yang di

tetapkan.

7.7.2 Pemain yang masih menjalani hukuman tatatertib tidak

boleh diganti.

7.7.3 Kelulusan Pendaftaran Baru hanya diluluskan oleh JKTF

sahaja.

Page 6: SUKAN MALAYSIA XVI, KUALA LUMPUR 2013 · PDF file1.1 Pertandingan adalah tertakluk kepada Undang-undang Am dan ... prosedur dan pekeliling mengenai pengurusan dan pentadbiran ... Majlis

6/24

8.0 PEGAWAI PERTANDINGAN / TEKNIKAL

8.1 Majlis Sukan Negara akan melantik Ketua Delegat Teknikal,

delegat-delegat teknikal dan pegawai-pegawai teknikal setelah

berunding dengan FAM tertakluk kepada Peraturan Am Perkara

14.2 (i).

9.0 PERKARA AM

9.1 Persatuan Bolasepak Malaysia bertanggungjawab :

9.1.1 Bertanggungjawab di dalam pengelolaan Organisasi Teknikal

dan seluruh kawalan, pengurusan teknikal pertandingan

dengan kerjasama JKP.

9.1.2 Melantik Pengerusi Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan

Futsal SUKMA XVI, Kuala Lumpur 2013(JKTF) yang terdiri

daripada Pengerusi Jawatankuasa Futsal dan Bolasepak

Pantai, FAM (JKF&BSP) dan keahlian JKTF adalah seperti

berikut:

i. Timbalan Pengerusi:

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Futsal dan

Bolasepak Pantai FAM, atau mana-mana ahli JKF&BSP.

ii. Salah seorang ahli JKF&BSP

iii. Seorang wakil dari Majis Sukan Negara, Malaysia,

iii. Ketua Teknikal Delegat, dan

iv. Pengurus Pertandingan sebagai setiausaha JKTF.

9.1.3 Melantik Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib Pertandingan

Futsal SUKMA XVI, Kuala Lumpur 2013 (JKTTFS) yang terdiri

daripada Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib, FAM (JKTT)

atau mana-mana ahli Jawatankuasa Tatatertib semasa FAM,

yang bertanggungjawab menangani semua kes tatatertib

Pengawai dan Pemain mengikut Kod Tatatertib,FAM dengan

keahlian seperti berikut:

Page 7: SUKAN MALAYSIA XVI, KUALA LUMPUR 2013 · PDF file1.1 Pertandingan adalah tertakluk kepada Undang-undang Am dan ... prosedur dan pekeliling mengenai pengurusan dan pentadbiran ... Majlis

7/24

i. Timbalan Pengerusi:

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib, FAM

atau mana-mana ahli JKTT,FAM.

ii. Salah seorang ahli Jawatankuasa Tatatertib, FAM.

iii. Ketua Teknikal Delegat.

iv. Pengurus Pertandingan yang akan menjadi Setiausaha

Jawatankuasa ini.

9.1.4 Melantik Pengerusi Jawatankuasa Pengadil Pertandingan

Futsal SUKMA XVI, Kuala Lumpur 2013 yang terdiri daripada

Pengerusi atau salah seorang ahli Jawatankuasa Pengadil

FAM yang akan bertanggungjawab ke atas pengurusan

Penilai Pengadil, Pengadil 1, Pengadil 2 & Penjaga Masa,

dengan keahlian seperti berikut:

i. Timbalan Pengerusi:

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pengadil,FAM atau

mana-mana ahli JK Pengadil,FAM yang juga akan

bertugas sebagai Penilai Pengadil.

ii. Salah seorang ahli Jawatankuasa Pengadil,FAM yang

juga akan bertugas sebagai Penilai Pengadil.

iii. Ketua Jabatan Pengadil FAM sebagai setiausaha

Jawatankuasa Pengadil Pertandingan Futsal SUKMA

XVI, Kuala Lumpur 2013.

9.1.5 Melantik seorang Ketua Delegat Teknikal yang akan menjadi

Pengarah Pertandingan yang bertanggungjawab untuk

mengelola dan menguruskan perkara- perkara teknikal

pertandingan.

9.1.6 Melantik seorang Penolong Ketua Teknikal Delegat yang juga

akan bertugas sebagai General Koordinator I.

9.1.7 Melantik Pengurus Pertandingan yang bertanggungjawab

penyediaan venue pertandingan dan semua aspek

Page 8: SUKAN MALAYSIA XVI, KUALA LUMPUR 2013 · PDF file1.1 Pertandingan adalah tertakluk kepada Undang-undang Am dan ... prosedur dan pekeliling mengenai pengurusan dan pentadbiran ... Majlis

8/24

pengelolaan tempatan serta juga sebagai Setiausaha JKTF

dab JKTTFS.

9.1.8 Melantik Pegawai-pegawai Perlawanan iaitu Penilai

Pengadil, Pengadil 1, Pengadil 2 dan Penjaga Masa bagi

pertandingan ini.

9.1.9 Melantik dua (2) orang Venue Koordinator dan lain-lain

pegawai daripada FAM untuk menyelaras tindakan

mengelolaan tempatan perlawanan di venue yang

berkenaan.

9.1.10 Melantik Pegawai Penyelaras Petugas yang

bertanggungjawab menyediakan Petugas Gelanggang

serta Pemungut Bola.

9.1.11 Melantik Pegawai Penyelaras Keselamatan yang daripada

salah seorang ahli Jawatankuasa Keselamatan, FAM dan

seorang Penolong Pegawai Keselamatan daripada

Pegawai FAM.

9.1.12 Melantik Pegawai Penyelaras Pasukan Perubatan daripada

FAM.

9.1.13 Menggubal Peraturan Pertandingan Futsal SUKAN MALAYSIA

XVI, KUALA LUMPUR 2013 dan selepas ini dikenali sebagai

Peraturan.

10.0 PEMATUHAN PERATURAN

10.1 Kejujuran dan keikhlasan mematuhi semua peraturan, undang-

undang, syarat, prosedur dan pekeliling mengenai pengurusan dan

pentadbiran dalam penyertaan PERTANDINGAN SUKAN MALAYSIA

XVI, KUALA LUMPUR 2013 adalah menjadi tanggungjawab dan

tertanggungjawab ke atas pasukan, pegawai dan pemain.

10.2 Mana-mana pasukan, pegawai atau pemain yang mengingkari

mana-mana perkara di dalam Peraturan boleh dikenakan tindakan

atau tindakan-tindakan oleh JKTF 2013 atau lain-lain badan yang

berkuasa.

Page 9: SUKAN MALAYSIA XVI, KUALA LUMPUR 2013 · PDF file1.1 Pertandingan adalah tertakluk kepada Undang-undang Am dan ... prosedur dan pekeliling mengenai pengurusan dan pentadbiran ... Majlis

9/24

10.3 Pasukan-pasukan yang menyertai pertandingan secara automatik

mematuhi perkara-perkara berikut:

10.3.1 Mematuhi undang-undang permainan dan peraturan badan

yang mengelola.

10.3.2 Menerima keputusan pentadbiran, disiplin, kepengadilan

berkaitan fakta perlawanan, pegawai-pegawai

pertandingan yang dilantik oleh FAM dan semua

keputusan yang dibuat oleh JKTF.

10.3.3 Menerima semua kemudahan yang disediakan oleh tuan

rumah, penganjur (Majlis Tertinggi SUKAN MALAYSIA XVI,

KUALA LUMPUR 2013), Majlis Sukan Negara dan FAM

berkaitan dengan penginapan dan lain-lain.

10.3.4 Menegakkan ‘Fair Play’.

10.3.5 Semua pegawai / pemain, membenarkan gambar yang

berkaitan dengan pertandingan ini diterbitkan dalam

media massa atau elektronik.

10.3.6 Pegawai dan pemain dilarang sama sekali membuat

kenyataan akhbar mengenai pengurusan dan pengelolaan

pertandingan ini termasuklah keputusan-keputusan fakta

oleh pengadil kecuali dengan kebenaran FAM.

10.3.7 Sebarang perselisihan atau rungutan hendaklah

dikemukakan secara bertulis kepada Setiausaha Pengelola

atau Pengarah Pertandingan.

11.0 VENUE PERTANDINGAN DAN LATIHAN

11.1 Venue pertandingan dan latihan seperti yang ditetapkan oleh JKTF

serta mengikut spesifikasi yang ditetapkan oleh FAM.

11.2 Pengelola hendaklah menyediakan gelanggang futsal untuk

pertandingan dan gelanggang latihan seperti yang ditetapkan

oleh JKTF.

Page 10: SUKAN MALAYSIA XVI, KUALA LUMPUR 2013 · PDF file1.1 Pertandingan adalah tertakluk kepada Undang-undang Am dan ... prosedur dan pekeliling mengenai pengurusan dan pentadbiran ... Majlis

10/24

11.3 Lawatan pemeriksaan gelanggang hendaklah dilakukan selewat-

lewatnya tiga (3) bulan sebelum pertandingan.

11.4 Gelanggang Utama wajiblah mempunyai kelengkapan berikut:

11.4.1 Mempunyai piawai tahap pencahayaan minimum 800 lux.

11.4.2 Mempunyai scoreboard, bilik-bilik persalinan, pengadil,

keselamatan, doping, TV dan Urusetia atau lain-lain bilik

mengikut spesifikasi yang ditetapkan oleh JKTF.]

11.5 Pasukan dibenarkan mengadakan latihan dua (2) hari sebelum

perlawanan selama maksimum 40 minit di gelanggang

pertandingan yang ditetapkan dengan syarat keadaan

gelanggang yang mengizinkan. Keputusan hanya boleh diberi oleh

Pengarah Pertandingan, dan jika padang pertandingan tidak

sesuai, pasukan hanya dibenarkan memeriksa gelanggang

pertandingan.

11.6 Gelanggang perlawanan dan latihan tidak boleh digunakan 7 hari

sebelum pertandingan bermula.

11.7 Pasukan yang mengambil bahagian hanya dibenarkan

menggunakan padang latihan yang telah disediakan dan

dijadualkan oleh JKTF.

12.0 PENTADBIRAN DAN ORGANISASI.

12.1 FAM dan MSN bertanggungjawab diatas penyediaan

gelanggang pertandingan dan gelanggang latihan, peralatan-

peralatan pertandingan mengikut spesifikasi yang terkandung

didalam peraturan FAM dan FIFA.

12.2 FAM akan mengadakan Mesyuarat Pengurus-pengurus Pasukan

sehari sebelum pertandingan.

12.3 Pengarah Pertandingan akan menguatkuasakan Peraturan-

peraturan Teknikal Pertandingan dan juga Oganisasi Teknikal

Perlawanan di dalam pertandingan ini.

Page 11: SUKAN MALAYSIA XVI, KUALA LUMPUR 2013 · PDF file1.1 Pertandingan adalah tertakluk kepada Undang-undang Am dan ... prosedur dan pekeliling mengenai pengurusan dan pentadbiran ... Majlis

11/24

13.0 UNDANG-UNDANG PERMAINAN

Undang-undang permainan hendaklah mengikut undang-undang terkini

yang berkuatkuasa, sebagaimana yang telah diputuskan oleh Lembaga

Persatuan Bolasepak Antarabangsa dan diterbitkan oleh FIFA.

14.0 WARNA DAN NOMBOR JERSI :

14.1 Semua pasukan wajib mendaftar sekurang-kurangnya dua (2) set

jersi yang berlainan warna dan mengisytiharkan warna jersi yang

wajib dipakai semasa menjadi Pasukan Tuan Rumah. Pasukan Tuan

Rumah adalah nama pasukan yang disebut dahulu didalam

jadual pertandingan.Pasukan Pelawat hendaklah memakai warna

jersi berlainan daripada warna jersi Pasukan Tuan Rumah.

14.2 Jika berlaku persamaan warna jersi kerana Pasukan Tuan Rumah

tidak memakai warna jersi yang diisytiharkan, maka Pasukan Tuan

Rumah Wajib menukar warna jersinya. Jika berlaku persamaan

warna jersi kerana Pasukan Pelawat memakai warna jersi yang

sama dengan Pasukan Tuan Rumah, maka Pasukan Pelawat yang

wajib menukarkan warna jersinya. Jika tiada penyelesaian, General

Koordinator atau Penilai Pengadil (PP) bersama-sama Venue

Koordinator (VK) akan membuat keputusan mengenai warna jersi

tersebut dan keputusan adalah muktamad.

14.3 Pasukan Pelawat iaitu pasukan yang disebut namanya kedua di

dalam jadual pertandingan hendaklah membawa dua (2) set jersi

di dalam setiap perlawanan.

14.4 Pemain wajib memakai nombor jersi yang didaftarkan

sahaja.Nombor jersi yang didaftarkan hendaklah bermula daripada

nombor 1 hingga 18 sahaja. Jersi Penjaga Gol mestilahmempunyai

warna yang berlainan daripada pemain-pemain lain, tetapi warna

jersi Penjaga Gol 1 dan 2 hendaklah sama. Nombor 1 & 18 ialah

khusus bagi Penjaga Gol. Nombor jersi di hadapan hendaklah

berukuran 10 cm tinggi. Pemain-pemain yang didapati memakai

nombor jersi lain daripada yang didaftarkan akan dikenakan

tindakan tatatertib. Saiz nombor belakang jersi hendaklah tidak

Page 12: SUKAN MALAYSIA XVI, KUALA LUMPUR 2013 · PDF file1.1 Pertandingan adalah tertakluk kepada Undang-undang Am dan ... prosedur dan pekeliling mengenai pengurusan dan pentadbiran ... Majlis

12/24

kurang 10 inci tinggi, manakala nombor sebelah kanan seluar

hendaklah 2 inci.

15.0 FORMAT DAN JADUAL PERTANDINGAN

15.1 JKTF mempunyai hak menentukan format pertandingan dan

jadualpertandingan berasaskan kepada pengesahan jumlah

pasukan.

15.2 Perlawanan di Peringkat Kumpulan.

15.2.1 Pasukan akan diundi ke dalam empat (4) kumpulan -

kumpulan dengan minimum tiga (3) pasukan atau

maksimum lima (5) pasukan dalam setiap kumpulan.

15.2.2 Pasukan pilihan jika ada hanya akan ditetapkan oleh JKTF

berasaskan prestasi pertandingan peringkat kebangsaan

2013.

15.2.3 Pasukan Tuan Rumah, jika bukan pasukan pilihan boleh

memilih mana-mana kumpulan dengan syarat undian

kumpulan berkenaan belum tamat.

15.2.4 Perlawanan diperingkat kumpulan akan diadakan secara

liga satu pusingan.

15.2.5 Dua (2) pasukan teratas setiap kumpulan atau diputuskan

berlainan oleh JKTPF layak ke peringkat suku akhir.

15.3 Perlawanan Peringkat Suku Akhir :

15.3.1 Perlawanan Peringkat Suku Akhir akan diadakan secara

Kalah Mati Satu Pusingan.

15.3.2 Perlawanan Peringkat Suku Akhir adalah seperti berikut

kecuali diputuskan berlainan oleh JKTPF 2013.

A1 mln D2

B1 mln C2C1 mln B2D1 mln A2

Page 13: SUKAN MALAYSIA XVI, KUALA LUMPUR 2013 · PDF file1.1 Pertandingan adalah tertakluk kepada Undang-undang Am dan ... prosedur dan pekeliling mengenai pengurusan dan pentadbiran ... Majlis

13/24

15.3.3 Pemenang-pemenang dalam Perlawanan Suku Akhir layak

ke Perlawanan Separuh Akhir.

15.4 Perlawanan Peringkat Separuh Akhir :

15.4.1 Perlawanan Peringkat Separuh Akhir akan diadakan secara

Kalah Mati Satu Pusingan.

15.4.2 Perlawanan Peringkat Separuh Akhir adalah seperti berikut

kecuali diputuskan berlainan oleh JKTPF 2013.

A1/D2 mln C1/B2

B1/C2 mln D1/A2

15.4.3 Pemenang-pemenang dalam Perlawanan Separuh Akhir

layak ke perlawanan Akhir.

15.5 Perlawanan Akhir :

15.5.1 Perlawanan Akhir diadakan secara kalah mati satu

pusingan.

15.5.2 Pasukan yang menang dan kalah dalam Perlawanan Akhir

diisytiharkan sebagai Johan dan Naib Johan Pertandingan

Futsal (mengikut kategori) SUKAN MALAYSIA XVI, KUALA

LUMPUR 2013.

15..6 Perlawanan Penentuan Tempat Ke-3 & Ke-4 :

Pasukan-pasukan yang kalah dalam Perlawanan Separuh Akhir

akan bermain dalam perlawanan penentuan tempat ke-3 dan ke-

4.

15.7 Jadual Pertandingan :

Jadual pertandingan seperti yang ditetapkan oleh JKTF yang

wajib dipatuhi oleh semua pasukan. Pasukan wajib mendapat

rehat minimum satu (1) perlawanan selepas sesuatu perlawanan

kecuali diputuskan berlainan oleh JKTF .

Page 14: SUKAN MALAYSIA XVI, KUALA LUMPUR 2013 · PDF file1.1 Pertandingan adalah tertakluk kepada Undang-undang Am dan ... prosedur dan pekeliling mengenai pengurusan dan pentadbiran ... Majlis

14/24

16.0 WAKTU BERMULA SESUATU PERLAWANAN

16.1 Waktu bermula sesuatu perlawanan adalah seperti yang tercatat

didalam jadual pertandingan rasmi dan hanya boleh dipinda

dengan kelulusan JKTF sahaja.

16.2 Jika waktu bermula sesuatu perlawanan hampir atau sama

dengan waktu kedengaran azan, maka perlawanan hendaklah

dimainkan selepas tamat azan tersebut. Jika permainan sedang

dijalankan dan azan kedengaran, permainan hendaklah

dihentikan dan disambung semula selepas azan tamat.

16.3 Waktu bermulanya bagi semua perlawanan terakhir Peringkat

Kumpulan, hendaklah dimainkan pada masa dan tarikh yang sama

kecuali ditetapkan berlainan oleh JKTF.

17.0 BILANGAN PEMAIN YANG MENCUKUPI

17.1 Setiap Pasukan mesti mempunyai tiga (3) pemain termasuk

seorang Penjaga Gol. Sekiranya kurang dari tiga (3) orang pemain

dari salah satu pasukan turun ke padang apabila pengadil

memerintahkan supaya perlawanan dimulakan pada waktu yang

diiklankan, maka pasukan yang mempunyai tiga (3) orang pemain

yang berada di dalam gelanggang, hendaklah diberi

kemenangan percuma dan jaringan 3-0 dan pasukan yang

mempunyai kurang daripada tiga (3) orang pemain akan

dikenakan tindakan atau tindakan-tindakan lanjut oleh JKTF

mengikut peraturan, Perkara 2, Perenggan 2.2.

18.0 PEMBERIAN MATA / PENENTUAN PASUKAN PEMENANG ATAU TERATAS

18.1 Tiga (3) mata akan diberikan bagi pasukan yang menang, satu (1)

mata bagi seri dan tiada (0) mata bagi yang kalah.

18.2 Dalam Pertandingan liga satu pusingan atau peringkat kumpulan,

penentuan Pasukan teratas atau pemenang iaitu setelah tamat

semua perlawanan peringkat liga hendaklah mengikut susunan

hirarki seperti berikut:-

Page 15: SUKAN MALAYSIA XVI, KUALA LUMPUR 2013 · PDF file1.1 Pertandingan adalah tertakluk kepada Undang-undang Am dan ... prosedur dan pekeliling mengenai pengurusan dan pentadbiran ... Majlis

15/24

18.2.1 Pasukan yang mendapat mata yang terbanyak dikira

sebagai pemenang; jika sama;

18.2.2 Pasukan yang mempunyai jumlah perbezaan gol terbanyak

dikira sebagai pemenang; jika sama;

18.2.3 Pasukan yang mempunyai jumlah jaringan gol terbanyak

dikira sebagai pemenang jika sama;

18.2.4 Keputusan perlawanan di antara Pasukan-pasukan yang

terlibat mengikut susunan hiraki berikut;

i. Pasukan yang mendapat mata yang terbanyak, dikira

sebagai pemenang; jika sama;

ii. Pasukan yang mempunyai perbezaan gol terbanyak

dikira sebagai pemenang; jika sama

iii. Pasukan yang mempunyai jumlah jaringan gol

terbanyak dikira sebagai pemenang jika sama;

iv. Diputuskan oleh JKTF dengan kaedah-kaedah seperti

berikut dan keputusan ini adalah muktamad :

a. Sepakan dari tanda penalti mengikut Peraturan FIFA

jika keadaan mengizinkan, atau

b. Pasukan yang mendapat markah Fair Play tertinggi

dikira menang, jika seri

c. Undian mengikut kaedah yang ditetapkan oleh JKTF,

hingga mendapat keputusan.

18.3 Dalam perlawanan kalah mati satu pusingan atau Perlawanan

Akhir satu pusingan, penentu pemenang adalah mengikut hirarki

berikut:-

18.3.1 Pasukan yang menang dalam perlawanan penuh masa

permainan, jika seri;

18.3.2 Pasukan yang menang sepakan dari tanda penalti mengikut

Peraturan FIFA dikira sebagai pemenang.

Page 16: SUKAN MALAYSIA XVI, KUALA LUMPUR 2013 · PDF file1.1 Pertandingan adalah tertakluk kepada Undang-undang Am dan ... prosedur dan pekeliling mengenai pengurusan dan pentadbiran ... Majlis

16/24

18.4 Pada perlawanan penentuan, tempat Ke-3 dan Ke-4 jika

keputusan seri selepas penuh masa perlawanan, pemenang

perlawanan ditentukan dengan sepakan dari tanda penalti

mengikut Peraturan FIFA hingga mendapat keputusan.

19.0 TEMPOH MASA PERLAWANAN

19.1 Masa perlawanan ialah 20 minit bagi separuh masa pertama

dan 20 minit bagi separuh masa kedua dengan dua (2) kali

perhentian masa selama 1 minit di setiap separuh masa permainan.

Rehat pada separuh masa hendaklah tidak melebihi 5 minit kecuali

dengan izin Pengadil.

19.2 Perlawanan akan dimainkan secara ’stopping time’.

20.0 PENGGANTIAN PEMAIN

20.1 Tiada had bagi penggantian pemain ketika didalam sesuatu

perlawanan.

21.0 TINDAKAN TATATERTIB

21.1 Peraturan Tatatertib Persatuan Bolasepak Malaysia akan

dikuatkuasakan.

21.2 Hukuman tatatertib secara automatik ke atas pemain kerana

kesalahan Kad Kuning:-

21.2.1 Pemain yang menerima dua (2) Kad Kuning dalam

perlawanan yang berasingan di peringkat liga atau

kumpulan digantung automatik untuk satu perlawanan

selepas perlawanan di mana dia menerima Kad Kuning Ke-2.

21.2.2 Pemain yang menerima dua (2) Kad Kuning dalam

perlawanan yang berasingan di peringkat kalah mati iaitu

Peringkat Suku Akhir dan Separuh Akhir,digantung automatik

untuk satu perlawanan selepas perlawanan di mana dia

menerima Kad Kuning ke-2.

Page 17: SUKAN MALAYSIA XVI, KUALA LUMPUR 2013 · PDF file1.1 Pertandingan adalah tertakluk kepada Undang-undang Am dan ... prosedur dan pekeliling mengenai pengurusan dan pentadbiran ... Majlis

17/24

21.3 Hukuman tatatertib secara automatik ke atas Pemain kerana

kesalahan Kad Merah:-

21.3.1 Pemain yang menerima Kad Merah atau diperintah

keluar padang kerana melakukan kesalahan menerima

dua Kad Kuning dalam perlawanan yang sama akan

digantung automatik untuk satu (1) perlawanan berikutnya.

21.3.2 Pemain yang menerima Kad Merah atau diperintah keluar

padang kerana mendapat satu Kad Merah, akan digantung

automatik dua (2) perlawanan berikutnya. Jawatankuasa

Tatatertib akan bermesyuarat dalam masa 24 jam untuk

menentukan tindakan tatatertib seterusnya.

21.3.3 Pemain yang menerima satu (1) kad kuning dan selepas itu

menerima satu (1) kad merah, akan digantung perlawanan

berikutnya tetapi kad kuning yang diterima itu masih

berkuatkuasa.

21.4 Hukuman Tatatertib kepada Pegawai :

21.4.1 Mana-mana pegawai yang diperintah meninggalkan

bangku simpanan kerana sentiasa membantah keputusan

Pengadil akan digantung automatik satu (1) perlawanan

berikutnya.

21.4.2 Mana-mana pegawai yang diperintah meninggalkan

bangku simpanan kerana mengeluarkan kata-kata kesat

yang menyinggung perasaan pegawai Perlawanan akan

digantung automatik dua (2) perlawanan berikutnya.

21.4.3 Mana-mana pegawai yang membuat kenyataan akhbar

tanpa kebenaran FAM atau JKTF mengenai Pentadbiran dan

Pengurusan Pengelolaan Pertandingan Futsal SUKAN

MALAYSIA XVI, KUALA LUMPUR 2013 akan digantung secara

automatik dan dua (2) perlawanan serta dirujuk ke

Jawatankuasa Tatatertib FAM untuk tindakan lanjut.

21.5 Tindakan tatatertib ke pegawai atau pemain yang menyerang

Pegawai Perlawanan:

Page 18: SUKAN MALAYSIA XVI, KUALA LUMPUR 2013 · PDF file1.1 Pertandingan adalah tertakluk kepada Undang-undang Am dan ... prosedur dan pekeliling mengenai pengurusan dan pentadbiran ... Majlis

18/24

Pegawai atau pemain yang menyerang pegawai perlawanan

sama ada dengan perbuatan atau niat atau melakukan kesalahan

yang serius seperti mencetuskan pergaduhan antara pegawai

atau pemain dengan pasukan lain atau dengan pegawai

pertandingan atau juga dengan penonton akan digantung

terus daripada pertandingan dan dihadapkan ke Jawatankuasa

Tatatertib FAM.

21.6 Kelakuan ganas/ Kelakuan Tidak Tertib (Pemain, Pegawai dan

Penonton)

Mana-mana Pemain, Pegawai atau Penonton yang dikenalpasti, di

laporkan oleh Pegawai Pertandingan kerana berkelakuan ganas

atau tidak tertib akan di hadapkan ke Jawatankuasa Tatatertib

FAM.

21.7 Lain-lain tindakan kesalahan mengikut sebagaimana yang

diperuntukan dalam Peraturan Tatatertib FAM.

22.0 BANTAHAN

22.1 Bantahan terhadap keputusan atau soal pemain yang tidak layak

mestilah dibuat secara bertulis kepada Setiausaha Pengelola dan

hendaklah diserahkan dalam masa tiga puluh (30) minit selepas

tamatnya perlawanan berkenaan dengan disertai wang tunai

RM250.00 yang dikembalikan jika bantahan itu berjaya.

22.2 Bantahan tidak boleh dibuat terhadap keputusan mengenai

perkara-perkara fakta yang diputuskan oleh Pengadil di

gelanggang permainan.

23.0 JAWATANKUASA TATATERTIB

23.1 Keahlian Jawatankuasa Tatatertib adalah seperti perkara 9.1.3.

23.2 Jawatankuasa Tatatertib berhak mendapatkan sebarang

maklumat daripada mana-mana Pihak yang berkaitan dengan

perkara yang dibincangkan untuk membuat sesuatu keputusan.

Page 19: SUKAN MALAYSIA XVI, KUALA LUMPUR 2013 · PDF file1.1 Pertandingan adalah tertakluk kepada Undang-undang Am dan ... prosedur dan pekeliling mengenai pengurusan dan pentadbiran ... Majlis

19/24

23.3 Jawatankuasa Tatatertib /Bantahan akan bersidang dalam masa

dua (2) jam setelah menerima laporan daripada Pengadil atau

Pegawai Pertandingan dan membuat sesuatu keputusan jika

tindakan tatatertib perlu diambil.

23.4 Semua keputusan yang dibuatoleh Jawatankuasa Tatatertib /

Bantahan Futsal SUKAN MALAYSIA XVI,KUALA LUMPUR 2013 adalah

MUKTAMAD.

24.0 VENUE KORDINATOR (VK)

24.1 Persatuan Bolasepak Malaysia akan melantik dua (2) orang VK bagi

semua perlawanan. Ia adalah wakil JKTF dan bertanggungjawab

ke atas semua pengurusan teknikal perlawanan tersebut serta

dibantu bersama-sama pegawai-pegawai perlawanan yang lain.

25.0 PERLAWANAN YANG DITUNDA ATAU DIHENTIKAN / MENARIK DIRI /

MEMBERI KEMENANGAN PERCUMA.

25.1 Perlawanan yang ditunda atau dihentikan :

25.1.1 Sekiranya Pengadil memutuskan perlawanan tidak boleh

dimainkan atau ditangguh kerana sebab-sebab luar jangka

atau bencana alam, kekurangan kawalan keselamatan

perlawanan atau sebab-sebab teknikal maka JKTF 2013

hendaklah membuat keputusan yang mana keputusannya

adalah muktamad.

25.1.2 Sekiranya Pengadil menghentikan perlawanan kerana sikap

penonton, pegawai atau pemain satu pasukan yang tidak

memuaskan, maka kemenangan akan diberi kepada

pasukan yang satu lagi dengan tiga (3) mata dan jaringan

gol 3-0 atau lebih semasa perlawanan dihentikan.Pasukan

tersebut akan dirujuk ke Jawatankuasa Tatatertib FAM untuk

tindakan selanjutnya.

Page 20: SUKAN MALAYSIA XVI, KUALA LUMPUR 2013 · PDF file1.1 Pertandingan adalah tertakluk kepada Undang-undang Am dan ... prosedur dan pekeliling mengenai pengurusan dan pentadbiran ... Majlis

20/24

26.0 MENARIK DIRI / MEMBERI KEMENANGAN PERCUMA

26.1 Jika pasukan tidak melaporkan diri untuk satu perlawanan atau

gagal menurunkan minimum tiga (3) orang pemain pada masa

permulaan perlawanan yang telah diiklankan,kecuali sebab-

sebabnya kemudian diterima oleh JKTF 2013 atau jika pasukan

tersebut enggan meneruskan permainan atau meninggalkan

padang sebelum tamatnya perlawanan, atau;

26.2 Jika pasukan memberi kemenangan percuma, atau;

26.3 Jika pasukan gagal menamatkan jadual perlawanannya dalam

pertandingan tanpa mendapat persetujuan JKTF 2013. Pasukan

tersebut terkeluar daripada pertandingan dan semua keputusan

mata atau jaringan perlawanan-perlawanan terdahulu tidak dikira

serta pasukan ini akan dihadap ke Jawatankuasa Tatatertib FAM.

27.0 KESELAMATAN

27.1 Pihak pengelola bertanggungjawab di atas penyediaan pegawai

keselamatan kepada pegawai dan pemain semasa permainan

seperti di dalam jadual serta mengambil langkah-langkah

keselamatan terhadap pasukan, pegawai dan pemain sepanjang

kejohanan inI.

27.2 Pengelola wajib menempatkan pegawai keselamatan memakai

‘vest’ di tempat-tempat seperti berikut:-

27.2.1 Minimum empat (4) orang di kawasan bangku Pegawai.

27.2.2 Minimum sepuluh (10) orang di kawasan bangku simpanan

Pasukan Pelawat.

27.3 Kelakuan Ganas / Kelakuan Tidak Tertib (Pemain,Pegawai Dan

Penonton)

Mana-mana pemain, pegawai atau penonton yang dikenalpasti,

dilaporkan oleh Pegawai Pertandingan atau Pegawai

Perlawanan kerana berkelakuan ganas atau tidak tertib akan

dihadapkan ke Jawatankuasa Tatatertib FAM.

Page 21: SUKAN MALAYSIA XVI, KUALA LUMPUR 2013 · PDF file1.1 Pertandingan adalah tertakluk kepada Undang-undang Am dan ... prosedur dan pekeliling mengenai pengurusan dan pentadbiran ... Majlis

21/24

27.4 Fair Play

Pasukan digalakkan mengamalkan konsep Fair Play di dalam

perlawanan di sepanjang kejohanan ini.

28.0 BOLA PERTANDINGAN

28.1 Bola pertandingan seperti yang disediakan oleh pengelola. Setiap

perlawanan hendaklah disediakan sekurang - kurangnya

8 biji bola yang mematuhi Undang-undang 2 permainan

Bolasepak.

29.0 PENGENALAN PEMAIN DAN PEGAWAI

29.1 Semua pemain dan pegawai mesti mempunyai kad akreditasi

yang dikeluarkan oleh pengelola dan tertakluk kepada syarat-

syarat yang ditetapkan.

29.2 Kad ini mesti ditunjukkan kepada Pegawai Perlawanan pada setiap

perlawanan yang disertai.

29.3 Pemain dan pegawai yang gagal menunjukkan kad ini kepada

pegawai perlawanan tidak boleh bermain dalam perlawanan dan

pegawai tidak boleh duduk di bangku simpanan dan berada di

bilik persalinan.

29.4 Kad yang hilang mesti dilaporkan kepada JKTF 2013 dan

pengeluaran kad yang baru tertakluk kepada syarat-syarat yang

ditetapkan.

30.0 PEGAWAI DAN PEMAIN DI BANGKU SIMPANAN

30.1 Maksimum tiga (3) orang pegawai dan sembilan (9) orang pemain

boleh duduk di bangku simpanan.

30.2 Pegawai dan pemain hendaklah sentiasa memakai kad

pengenalan diri / kad akreditasi yang dikeluarkan oleh

pengelola.

Page 22: SUKAN MALAYSIA XVI, KUALA LUMPUR 2013 · PDF file1.1 Pertandingan adalah tertakluk kepada Undang-undang Am dan ... prosedur dan pekeliling mengenai pengurusan dan pentadbiran ... Majlis

22/24

30.3 Pegawai hendaklah mematuhi Undang-undang 3 Permainan

Bolasepak dan keputusan nombor 2 Lembaga Persatuan

Bolasepak Antarabangsa mengenai tingkah laku di dalam

kawasan teknikal.

30.4 Warna pakaian pegawai dan pemain di bangku simpanan

mestilah berbeza dengan pakaian pegawai perlawanan dan

pemain-pemain di dalam padang.

30.5 Kelakuan pegawai di bangku simpanan hendaklah sentiasa

bersopan dan bertanggungjawab.

30.6 Pegawai pasukan dan pemain di bangku simpanan dilarang sama

sekali melakukan perkara-perkara berikut:-

30.6.1 Memasuki padang permainan tanpa kebenaran pengadil.

30.6.2 Provokasi sama ada dengan perkataan atau perbuatan,

mengeluarkan kata-kata yang menyinggung perasaan

atau isyarat lucah kepada pegawai pasukan, pemain serta

pegawai perlawanan.

30.6.3 Membantah keputusan pengadil sama ada dengan

pekataan, perbuatan atau niat yang boleh

menimbulkan keresahan penonton.

30.6.4 Merokok di bangku simpanan atau dalam kawasan

teknikal.

30.6.5 Merosakkan peralatan bangku simpanan atau melakukan

perkara-perkara yang boleh mmerosakkan bangkusimpanan

dan kawasan teknikal serta sebarang peralatan pengelolaan

perlawanan.

30.6.6 Membaling atau melontar sebarang objek ke dalam padang

permainan.

Page 23: SUKAN MALAYSIA XVI, KUALA LUMPUR 2013 · PDF file1.1 Pertandingan adalah tertakluk kepada Undang-undang Am dan ... prosedur dan pekeliling mengenai pengurusan dan pentadbiran ... Majlis

23/24

31.0 PERATURAN TEKNIKAL YANG TIDAK DIPERUNTUKAN

31.1 Segala hal yang berkaitan dengan peraturan-peraturan teknikal

yang tidak diperuntukkan di bawah peraturan-peraturan ini atau

soal perbezaan taksiran akan diputuskan oleh JKTF 2013 dan

keputusan ini adalah muktamad.

32.0 PERATURAN PENTADBIRAN

32.1 Penginapan, Makan Dan Pengangkutan Tempatan

32.1.2 Jawatankuasa Pengelola SUKAN MALAYSIA XVI, KUALA

LUMPUR 2013, akan bertanggungjawab di atas penyediaan

penginapan, makan dan pengangkutan tempatan untuk

semua pasukan-pasukan dan juga pegawai-pegawai

pertandingan dan perlawanan pertandingan ini.

32.1.3 Tempat penginapan Pegawai-pegawai Pertandingan dan

Pegawai-pegawai Perlawanan hendaklah disediakan di

hotel yang bersesuaian atau di tempat berlainan daripada

tempat penginapan pemain.

32.2 Organisasi Teknikal Perlawanan (OTP)

Semua pasukan, pegawai dan pemain wajib mematuhi OTP yang

dikeluarkan oleh FAM bagi pengelolaan perlawanan di dalam

kejohanan ini.

32.3 Kemalangan, Kecelakaan Dan Kehilangan Harta Benda.

Jawatankuasa Pengelola, JKTF 2013, FAM, Pegawai-pegawai

pertandingan dan perlawanan adalah dilepaskan daripada

sebarang tanggungjawab atau ganti rugi jika berlaku kemalangan,

kecelakaan dan kehilangan harta benda pasukan, pegawai dan

pemain sepanjang masa kejohanan ini.

32.4 Kegagalan mematuhi mana-mana Perkara di dalam Peraturan ini :

Mana-mana pasukan, pegawai dan pemain yang gagal

mematuhi mana-mana peraturan di dalam pertandingan ini akan

Page 24: SUKAN MALAYSIA XVI, KUALA LUMPUR 2013 · PDF file1.1 Pertandingan adalah tertakluk kepada Undang-undang Am dan ... prosedur dan pekeliling mengenai pengurusan dan pentadbiran ... Majlis

24/24

dikenakan tindakan oleh JKTF 2013 yang mana keputusannya

adalah muktamad.

32.5 Hadiah / Medal

32.5.1 Hadiah disediakan seperti berikut:-

PASUKAN EMAS PERAK GANGSA

Lelaki 1(14) 1(14) 1(14)

Wanita 1(14) 1(14) 1(14)

JUMLAH 2 (28) 2 (28) 2 (28)

32.5.1 Pemberian pingat-pingat kemenangan dirujuk kepada

Peraturan Tetap Perkara 16.3.

33.0 HAL-HAL YANG TIDAK DIPERUNTUKAN

33.1 Semua hal yang tidak diperuntukkan di bawah peraturan ini atau

semua perkara-perkara di luar jangka atau termasuk sebarang

pengecualian peraturan ini serta termasuklah mengenai

perbezaan tafsiran, akan diputuskan oleh JKTF yang mana

keputusannya adalah muktamad.

Disediakan oleh:-

Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan

SUKAN MALAYSIA XVI, KUALA LUMPUR 2013