Upload
lyliem
View
244
Download
1
Embed Size (px)
Citation preview
Strategi PengajaranKefahaman Subjektif
Darjah 5
Bentuk Soalan Darjah 5….
Selalunya soalan-soalan akan dimulakan dengan:
� Apakah� Mengapakah� Bagaimanakah� Bilakah� Siapakah
Namun….Terdapat bentuk soalan yangmemerlukan pelajar memberikanpenjelasan tentang sesuatu perkaradengan memberikan contoh, sebab danbukti.
Lantas, pelajar perlu melihat katakunci-kata kunci yang terdapat dalamkesemua soalan dengan teliti.
Jenis-Jenis Soalan Kefahaman
� Soalan Literal ( Aras Mudah )◦ Yang sedia ada dalam teks
• Soalan Inferens ( Aras Sederhana ) � Fikir dan cari� Bukti harus rujuk petikan
� Soalan Penghayatan & Penilaian ( Aras Mencabar )◦ Beri pandangan dengan memberi bukti / alasan
daripada teks
Panduan Menjawab Soalan Literal
� Baca petikan baris demi baris
� Kenal pasti dan susun butir-butir jawapanyang diperlukan dalam soalan
� Berikan jawapan yang tertera secara nyatayang terdapat dalam petikan
Contoh
Berikan bukti bahawa Pak Hamdan sedih.
Pak Hamdan berbaring di atas katil sambil merenungke luar jendela. Wajahnya sugul. Dia langsung tidakmemberikan perhatian kepada jururawat yang sibukmenjalankan tugas. Remuk hati Pak Hamdanmemikirkan nasibnya.
Panduan Menjawab Soalan Inferens
� Baca petikan dengan teliti� Gunakan pengetahuan yang sedia ada
untuk mendapatkan informasi
� Berikan bukti� Sebab & akibat� Meramalkan tindakan
Mesti berdasarkan teks.
Pilih salahsatu
ContohNyatakan sebab utama Imran memberikansaranan agar Pak Hamdan membeli kereta.
“Ayah, Imran cadangkan kita beli kereta. Semuanyamenjadi mudah kalau kita ada kereta. BolehlahImran menghantar ayah ke klinik setiap bulan. Ayah tidak perlu bersusah payah untuk mendapatkan teksipada waktu pagi. Bukankah blok kita jauh daripadajalan raya?........”
Nyatakan sebab utama Imran memberikansaranan agar Pak Hamdan membeli sebuah kereta.
“Ayah, Imran cadangkan kita beli kereta. Semuanya menjadimudah kalau kita ada kereta. Bolehlah Imran menghantarayah ke klinik setiap bulan. Ayah tidak perlu bersusah payahuntuk mendapatkan teksi pada waktu pagi. Bukankah blok kitajauh daripada jalan raya?........”
Jawapan :Kehidupan mereka akan menjadi mudah dengan membelisebuah kereta.
Jenis-jenis Soalan Penghayatan & Penilaian
� Soalan perbandingan� Teknik menjawab soalan perbezaan
� Soalan sifat / sikap� Teknik menjawab soalan sifat / sikap
Cara menjawab soalan pengajaran serupa dengan soalan sifat/sikap
� Soalan kesan/ramalan� Teknik menjawab soalan pandangan
Panduan Menjawab Soalan Penghayatan& Penilaian
� Mengenal pasti kata kunci / frasa kunci dalam soalan
� Memahami kehendak soalan
� Cari maklumat yang berkaitan dengan kata kunci / frasakunci soalan di dalam teks
� Beri pandangan diikuti dengan bukti / alasan daripadateks
� Menjelaskan dengan memberikan bukti / alasan yang relevan
Kesalahan Umum I� Jangan tukilContoh: Berikan bukti bahawa Imran telah menyedari
kesilapannya.Teks◦ “Ayah, maafkan Imran ayah. Imran mementingkan
diri sendiri. Imran tidak sepatutnya mengabaikan tanggungjawab Imran terhadap ayah.”
Salah◦ Buktinya ialah “Ayah, maafkan Imran ayah. Imran
mementingkan diri sendiri.” dan “Imran tidak sepatutnya mengabaikan tanggungjawab Imran terhadap ayah”.
Betul◦ Imran telah meminta maaf daripada ayahnya
kerana mementingkan diri sendiri. Imran juga sedar dia tidak sepatutnya mengabaikan tanggungjawabnya terhadap ayahnya.
Kesalahan Umum 2 � Bukti yang tidak lengkap
� Contoh: “Manusia tidak sepatutnya mudah termakan pujuk.” Berikan contoh untuk menyokong jawapan kamu.
� Teks“Ayah, Imran cadangkan kita beli kereta. Semuanya menjadi
mudah kalau kita ada kereta. Bolehlah Imran menghantar Ayah ke klinik setiap bulan. Ayah tidak perlu bersusah payah untuk mendapatkann teksi pada waktu pagi. Bukankah blok kita jauh dari jalan raya? Tidak banyak teksi yang lalu lalang di sini. Kaki Ayah pula tidak kuat lagi untuk turun naik bas,” pujuk Imran.....
Salah � Tanpa berfikir panjang, Pak Hamdan bersetuju dengan
cadangan Imran. Selain itu....
Kesalahan Umum 2
� Bukti yang tidak lengkap
� Contoh: Manusia tidak sepatutnya mudah termakan pujuk. Berikan contoh untuk menyokong jawapan kamu
Salah � Tanpa berfikir panjang, Pak Hamdan bersetuju
dengan cadangan Imran. Selain itu...
Betul� Tanpa berfikir panjang, Pak Hamdan bersetuju
dengan cadangan Imran untuk membeli kereta walaupun dia memerlukan wang tersebut untuk rawatannya. Selain itu...
Kesalahan Umum 3 � Jawapan yang bercampur-aduk.Contoh : Berikan dua sifat Imran.Salah � Imran ialah seorang anak yang tidak
bertanggungjawab dan mementingkan diri sendiri. Buktinya ialah dia …
Betul� Imran ialah seorang anak yang tidak
bertanggungjawab. Buktinya ialah dia …� Imran juga mementingkan diri sendiri. Buktinya ialah
dia …
Peringatan !!! Apabila MenjawabSoalan Kefahaman Subjektif…..
1. Satu isi = Satu ( sepotong ) ayat2. Gunakan penanda wacana untuk memulakan ayat yang kedua◦ Contoh : Selain itu ataupun Tambahan lagi ataupun Tambahan pula
Contoh JawapanIbu Ikmal langsung tidak peduli tentangnya. Selain itu, Ikmalsering dikerah untuk melakukan kerja rumah yang berat.
3. Boleh juga mulakan jawapan dengan:◦ Pertama……………◦ Kedua……..
Contoh JawapanPertama, ibu Ikmal langsung tidak peduli tentangnya. Kedua, Ikmal sering dikerah untuk melakukan kerja rumah yang berat.
J Terima Kasih Daun Keladi J