of 33 /33
Panduan Menjawab Soalan Kefahaman Subjektif 9 April 2016

Panduan Menjawab Soalan - khengcheng.moe.edu.sgkhengcheng.moe.edu.sg/qql/slot/u572/Our Stakeholders/Parents/2016... · Panduan Menjawab Soalan Kefahaman Subjektif 9 April 2016. Isi

  • Author
    vukien

  • View
    244

  • Download
    9

Embed Size (px)

Text of Panduan Menjawab Soalan - khengcheng.moe.edu.sgkhengcheng.moe.edu.sg/qql/slot/u572/Our...

  • Panduan Menjawab Soalan Kefahaman Subjektif

    9 April 2016

  • Isi

    Maksud Kata Tanya

    Jenis-jenis soalan:

    Literal

    Inferens

    Penilaian

    Penghayatan

    Semantik

  • Kata

    Tanya

    Maksud

    Apa Memerlukan jawapan yang mengandungi informasi

    tentang sesuatu benda, perkara, situasi, perasaan

    atau keadaan

    Siapa Memerlukan jawapan yang mengandungi informasi

    tentang seseorang

    Berapa Memerlukan jawapan yang mengandungi informasi

    tentang jumlah, bilangan atau masa

    Di mana Memerlukan jawapan yang mengandungi informasi

    tentang sesuatu tempat

  • Kata Tanya Maksud

    Mengapa Memerlukan jawapan yang mengandungi informasi

    tentang sesuatu sebab dan akibat

    Bila Memerlukan jawapan yang mengandungi informasi

    tentang masa

    Bagaimana Memerlukan jawapan yang mengandungi informasi

    tentang cara atau keadaan sesuatu perkara

    dilakukan atau berlaku

    Pada

    pendapat

    kamu

    Memerlukan jawapan yang mengandungi informasi

    yang merujuk pendapat, pandangan atau

    pengalaman sedia ada kamu

  • Jenis-jenis Soalan

    1) Literal

    2) Inferens

    3) Penilaian

    4) Penghayatan

    5) Semantik

  • 1) Literal

    berasaskan makna sebenar

  • Literal

    Memerlukan jawapan yang terterasecara jelas dalam teks bacaan tersebut.

    Mengenal pasti dan mengingat kembalibutir-butir yang telah dibaca.

  • Literal

    1) Apa

    2) Mengapa

    3) Bagaimana

    4) Siapa

  • Literal: Apa

    Cara menjawab:

    Cari dan ambil jawapan bulat-bulat dari teks

    Tidak perlu ubah perkataan

    Digalakkan menulis semula batang soalannyadi dalam jawapan

    Jika ada disebutkan nama, tulis semulanamanya dan JANGAN gunakan kata gantinama dia, ia atau sebagainya

  • Contoh Soalan

    Apakah yang membuat Puan Zaidahmengubah fikirannya terhadap keputusanFarah?

    Batang soalan

    Kata Tanya

  • Puan Zaidah tersenyum bangga apabila mendengar nama Farahdiumumkan. Nampaknya Farah tidak mensia-siakan bakat yang dimilikinya. Hasilnya,Farah terpilih sebagai penerima Anugerah Pelukis Muda Antarabangsa Terbaik.

    Sudah tiba masanya aku mengubah pendapatku. Aku tidak sepatutnyamenentang keputusannya dahulu, fikir Puan Zaidah.

    (Dipetik dari kertas PSLE 2015)

    Apakah yang membuat Puan Zaidah mengubah fikirannya terhadap keputusanFarah?

    Jawapan:

    Pemilihan Farah sebagai penerima Anugerah Pelukis Muda Antarabangsa Terbaiktelah membuat Puan Zaidah mengubah fikirannya terhadap keputusan Farah.

    Latihan

    Jawapan

    Batang soalan

  • Literal: Mengapa

    Cara menjawab:

    Batang soalan harus ditulis dahulu

    Kata hubung kerana selepas batang soalan

    Cari dan ambil jawapan bulat-bulat dari teks

    Tidak perlu ubah perkataan

  • Contoh Soalan

    Mengapakah Puan Zaidah mahu Farah menjadi doktor ?

    Kata Tanya

    Batang soalan

  • Sememangnya, Puan Zaidah amat berharap Farah dapat memilih pekerjaanyang menjanjikan masa hadapan yang cerah. Kata Puah Zaidah, kalau Farah menjadidoktor, Farah dapat berbakti kepada masyarakat. Puan Zaidah benar-benar hampaapabila Farah akhirnya menerima tawaran untuk bekerja sebagai pelukis wajah danlengan di Taman Tema Mega.

    (Dipetik dari kertas PSLE 2015)

    Mengapakah Puan Zaidah mahu Farah menjadi doktor?

    Jawapan:

    Puan Zaidah mahu Farah menjadi doktor kerana beliau mahu Farah memilihpekerjaan yang menjanjikan masa hadapan yang cerah dan membolehkan Farah berbakti kepada masyarakat.

    Latihan

    Batang soalan Jawapan

  • Literal: Siapa

    Cara Menjawab:

    Soalan pokok harus ditulis dahulu

    Kata pemeri ialah selepas pokok soalan

    Cari dan ambil jawapan bulat-bulat dari teks

  • Contoh Soalan

    Siapakah anak angkat Puan Shidah dan EncikMalek?

    Kata Tanya

    Batang soalan

  • Zakir melintasi pintu bilik ayahnya. Tiba-tiba, dia terdengarnamanya disebut. Dia pun mendiamkan diri di balik pintu. Perbualanantara ibu dan ayahnya jelas kedengaran. Zakir hampir tidak percayaapa yang didengari. Tidak sangka bahawa Zakir rupa-rupanya anakangkat kepada Puan Shidah dan Encik Malek.

    Siapakah anak angkat Puan Shidah dan Encik Malek?

    Jawapan:

    Zakir ialah anak angkat Puan Shidah dan Encik Malek.

    Latihan

    Jawapan Batang soalan

  • Literal: Bagaimana

    Cara Menjawab:

    Soalan pokok harus ditulis dahulu

    Kata hubung dengan / untuk selepas pokoksoalan

    Cari dan ambil jawapan bulat-bulat dari teks

  • Contoh Soalan

    Bagaimanakah tabiat belajar Aku?

    Kata Tanya

    Batang soalan

  • Aku mengamalkan sifat tidak malu untuk bertanya kepada gurusekiranya aku kurang memahami mana-mana bahagian dalampelajaranku. Aku juga memastikan aku mengulang kaji pelajarankusecepat mungkin agar tidak lupa apa yang telah aku pelajari. Tabiatbertangguh-tangguh tidak sepatutnya diamalkan oleh pelajar keranatabiat itu sangat merugikan.

    Jawapan:

    Tabiat belajar Aku adalah dengan memastikan dia mengulang kaji pelajarannyasecepat mungkin supaya tidak lupa apa yang diajarkan.

    Bagaimanakah tabiat belajar Aku?

    Latihan

    Batang soalan Jawapan

  • Inferens

    Menggunakan pengetahuan sedia adauntuk mendapatkan jawapan bagisoalan

    Memberikan bukti-bukti

    Meneliti sebab dan akibat

    Membuat interpretasi

    Meramalkan tindakan

  • Contoh Soalan

    Berikan dua perkara yang dilakukan olehAyah untuk memperoleh ilmu danpengalaman.

  • Sudah 20 tahun Datuk mengusahakan perniagaan membaiki jam. Sebelumitu, Datuk telah menimba ilmu dan pengalaman dengan bekerja di beberapa buahsyarikat jam. Minat terhadap jam telah mendorong Ayah untuk mengambilpendekatan yang sama. Pada hari-hari dia tidak bekerja pula, Ayah akanmenghabiskan masanya dengan menolong Datuk.

    (Dipetik dari kertas PSLE 2014)

    Berikan dua perkara yang dilakukan oleh Ayah untuk memperoleh ilmu danpengalaman.

    Jawapan:

    Perkara pertama yang dilakukan Ayah ialah Ayah telah bekerja di beberapa buahsyarikat jam.Perkara kedua adalah pada masa yang sama, Ayah membantu Datuk di dalamperniagaannya pada hari-hari Ayah tidak bekerja.

    Latihan

    Jawapan 1

    Jawapan 2

    Batang soalan

  • Penilaian

    Menilai keterangan yang terdapat di dalam teks dengan teliti

    Membuat pertimbangan

    Memberikan pandangan kritis

  • Contoh Soalan

    Yang jelas, Farah tidak menghadapi masalahuntuk mengatasi cabaran-cabaran tersebut Apakah perkara-perkara yang membolehkanFarah mengatasi cabaran-cabaran yang dihadapinya sebagai pelukis muka.

  • Susah untuk melukis rama-rama pada wajah seseorang jika dahinya tidakluas. Terpaksalah Farah mencadangkan lukisan yang sesuai dengan bentuk wajahnya. Ada pula yang mempunyai kulit wajah yang tidak begitu cerah, cerita Farah.

    Nampaknya, Farah juga harus pandai memilih warna yang sesuai denganwarna kulit para pelanggannya. Yang jelas, Farah tidak menghadapi masalah untukmengatasi cabaran-cabaran tersebut. Memang layak Farah meneruskan impiannya.

    (Dipetik dari kertas PSLE 2015)

    Yang jelas, Farah tidak menghadapi masalah untuk mengatasi cabaran-cabarantersebut. Apakah perkara-perkara yang membolehkan Farah mengatasi cabaran-cabaran yang dihadapinya sebagai pelukis muka?

    Jawapan:

    Perkara-perkara yang membolehkan Farah mengatasi cabaran-cabaran yang dihadapinya sebagai pelukis muda ialah pertama, Farah bijak memilih warna yang sesuai dengan warna kulit pelanggannya dan kedua, Farah mahir mencadangkanlukisan yang sesuai dengan bentuk wajah pelanggannya.

    Latihan

    Batang soalan

    Jawapan

  • Penghayatan

    Memberi rumusan atau pengajaran berdasarkanpetikan teks yang diberi

    Menghubungkaitkan pengalaman sedia ada denganmaklumat yang terdapat di dalam teks

    Dapat menjana idea baharu

    Contoh soalan:

    Berikan 1 pengajaran yang kamu raih dari ceritaini.

    Nyatakan satu sifat Siti yang boleh kita contohi

  • Contoh Soalan

    Nyatakan sifat Farah yang ingin dimiliki oleh Puan Zaidah.

  • Sebenarnya, Ibu cemburu akan Farah. Kalaulah Ibu kreatif seperti Farah, tentu masa terluang dapat Ibu isi dengan kegiatan melukis. Tetapi, bukankah lebihbaik Farah jadi doktor? pujuk Puan Zaidah apabila Farah menyuarakan hasrat untukmendalami bidang lukisan dahulu.

    (Dipetik dari kertas PSLE 2015)

    Nyatakan sifat Farah yang ingin dimiliki oleh Puan Zaidah.

    Jawapan:

    Sifat Farah yang ingin dimiliki oleh Puan Zaidah ialah sifat kreatif.

    Latihan

    Batang soalan Jawapan

  • Semantik

    Perlu beri makna/ terangkan maksudbagi perkataan yang berhuruf tebal.

  • Contoh SoalanBerdasarkan petikan karangan di atas, berikan maksud perkataan-perkataan yang berikut dengan menggunakan tidak lebih daripada lima patah perkataan.

    a)i) muramii) keputusaniii) mengenangb)Satu perkataan dalam petikan yang bermaksudteringat akan seseorang atau sesuatu ialah_________________________________.

  • Semenjak Liyana mengetahui bahawa dia seorang anak angkat, dia sentiasatermenung. Beribu-ribu persoalan bermain di mindanya hingga menjejaskanprestasinya di sekolah. Mengapakah ibu kandungnya sanggup memberikannyakepada orang lain? Pernahkah keluarganya terfikir tentang dirinya? Dahulu, Liyanaseorang anak yang periang dan peramah. Kebelakangan ini, Liyana menjadi muramdan pendiam. Ibunya risau melihat perubahan pada diri Liyana dan dia berbincangdengan suaminya. Mereka mengambil keputusan untuk membawa Liyanaberjumpa keluarga kandungnya pada minggu itu. Walaupun Liyana mahu berjumpadengan keluarga kandungnya, dia tetap mengenang jasa baik keluarga angkatnyayang telah mencurahkan sepenuh kasih sayang kepadanya.

    Berdasarkan petikan karangan di atas, berikan maksud perkataan-perkataan yang berikut dengan menggunakan tidak lebih daripada lima patah perkataan.

    i) muram______________________________________________________ii) keputusan______________________________________________________iii) mengenang______________________________________________________

    Latihan

  • Hafiz berasa hampa. Dia tawar hati hendak membantu Dani. Dia terkenang kembali ketika dia pertama kali membantu Dani.

    Satu perkataan dalam petikan yang bermaksud teringat akanseseorang atau sesuatu ialah _________________________________.