Upload
syafuddin-ali
View
185
Download
4
Embed Size (px)
Citation preview
STAIL C :STAIL BERGANDINGAN(RECIPROCAL STYLE)
HASIL KERJA :MOHAMAD SYAFUDDIN BIN ALI
SITI NAZIRAH BINTI MUSTAPAR KAMAL
PENGENALAN & DEFINISI
OBJEKTIF
ANATOMI
KEBAIKAN KELEMAHAN
DEFINISI KEEMPAT-EMPAT STRATEGIK
IMPLIKASI
PENGENALAN & DEFINISI
DEFINISI
• Mengikut pandangan Palincsar (1986), beliau menjelaskan pembelajaran reciprocal sebagai:
“Satu aktiviti pengajaran atau pendekatan di mana pembelajarannya berbentuk dialog (percakapan antara dua pihak) yang dilahirkan di antara guru dengan murid atau murid dengan guru bergantung kepada teks pembelajaran itu”
Dialog itu dapat dibentukkan bergantung kepada empat strategik iaitu:
RUMUSAN
MEMBANGKITKAN SOALAN
MENJELAS/MENERANG
MEMBUAT RAMALAN
Mengikut pandangan Mosston & Ashworth, beliau menjelaskan bahawa ciri-ciri untuk pembelajaran reciprocal ialah:
“Interaksi sosial, saling memberi/ membalas/ tukar menukar dan memberi maklum balas.”
Beliau juga menyatakan:
• Dalam pembelajaran reciprocal ini, satu kumpulan yang terdiri daripada tiga orang akan diwujudkan dengan masing-masing memainkan peranan sebagai “doer” (pelaku), “oberver” (pemerhati) dan “teacher” (guru).
Anatomi Pembelajaran Reciprocal oleh Mosston & Ashworth :
• Melaksanakan tugas yang diberi.
• Membuat keputusan berpandukan sembilan keputusan dalam stail latihan.
Peranan Pelaku
• Memberi maklum balas kepada pelaku dengan menggunakan kertas kriteria yang disediakan oleh guru.
Peranan Pemerhati
• Membuat keputusan dalam proses ilmu pemindahan.
• Memberi maklum balas kepada pemerhati.
Peranan Guru
Mereka juga menjelaskan: Pada akhir latihan pembelajaran reciprocal yang pertama, peranan pelaku dan pemerhati akan diterbalikkan dengan pelaku 1 akan menjadi pemerhati 2 manakala pemerhati 1 akan menjadi pelaku 2.
OBJEKTIF STAIL
BERGANDINGAN
Objektif pembelajaran reciprocal adalah untuk: mempermudahkan semangat bekerjasama di
antara guru dengan murid ataupun murid dengan murid dalam usaha menyempurnakan tugasan iaitu memahami teks tersebut.
Keempat-empat strategik itu mempunyai tujuan dan definisi yang sendiri dalam konteks pembelajaran.
ANATOMI STAIL
BERGANDINGAN
Murid akan terlibat untuk membuat keputusan dengan lebih kerap, bagi melahirkan satu realiti yang baru dan hubungan yang erat di antara guru dengan murid.
Keadaan ini demikian kerana guru boleh memberi maklum balas yang segera kepada murid-murid dengan berpandukan keputusan yang telah dihasilkan oleh mereka.
Ini bertujuan memberitahu murid-murid pandangan dan penambahbaikan bahan yang telah dihasilkan oleh mereka.
Cara-cara yang paling berkesan untuk melaksanakan pembelajaran reciprocal ialah:
Satu guru membimbing seorang murid (one teacher one to one learner).
Murid-murid akan berkerja dalam kumpulan dengan setiap murid-murid memainkan peranan masing-masing.
Satu murid akan menjadi pelaku (doer-d), dan lain-lain lagi akan menjadi pemerhati (observer-o).
Peranan guru adalah sebagai guru (teacher-t) dan apabila guru melaksanakan pembelajaran reciprocal ini dalam kumpulan tersebut, satu hubungan tiga hala akan dilahirkan.
Pelaku Peranan
Guru
Peranan Pelaku
Berkomunikasi dengan pemerhati
Peranan Pemerhati
Memberi maklum balas kepada pelaku dan
berkomunikasi dengan guru
Peranan GuruMemerhati pelaku
dan pemerhati tetapi
berkomunikasi dengan pemerhati
sahaja.
Dalam kumpulan yang terdiri daripada tiga orang ini peranan mereka ialah:
KEBAIKAN
Kebaikan Pembelajaran Reciprocal
Mengembangkan potensi pelajar.
Belajar tanpa guru.
Meningkatkan kemahiran
komunikasi.
Belajar memberi maklum balas kepada rakan.
Membangunkan kesabaran, toleransi, dan penerimaan perbezaan
orang lain dalam pelaksanaan sesuatu
tugasan.
Belajar memberi dan menerima maklum balas
dari teman-teman sebaya.
Membangunkan ikatan-ikatan sosial serta dapat meluaskan pandangan dalam setiap perkara.
Dapat berinteraksi secara ikhlas / bergaul dan
bersosial dengan orang lain.
Dapat berlatih kemahiran dan kemampuan
berkomunikasi (kelakuan pertuturan) itu serta dapat menjalinkan silarturrahim
yang erat.
Dapat memperluaskan sosialisasi dan kebolehan
serta kemahiran berinteraksi.
Dapat membina dan membangkitkan perasaan
empati.
KELEMAHAN
Kelemahan Pembelajaran Reciprocal
Pelajar tidak dapat mengajar dengan
baik kerana kurang pengalaman.
Perhatian guru hanya pada pelajar
tertentu.
DEFINISI KEEMPAT-EMPAT STRATEGIK
RUMUSAN
MEMBANGKITKAN SOALAN
MENJELAS/MENERANG
MEMBUAT RAMALAN
Rumusan:Membolehkan seseorang
untuk mengenali dan meyatukan maklumat yang
paling penting dalam sesebuah teks itu.
Teks itu boleh dibuat rumusan dengan berpandukan ayat, perenggan dan seterusnya
petikan.
Perhatian ditumpukan kepada merumuskan ayat dan
perengan bagi mereka yang baru belajar.
Setelah telah menguasai, barulah perhatian
ditumpukan kepada peringkat petikan.
Membangkitkan Soalan:Membantu pelajar
mengukuhkan lagi strategik rumusan dan membolehkan
mereka lebih memahami sesuatu aktiviti pemahaman itu.
Strategik ini fleksibel kerana pelajar digalakkan untuk
membangkitkan pelbagai jenis bentuk soalan.
Contoh:Sesetengah sekolah mungkin memerlukan pelajar sendiri
menguasai cara mencari maklumat sampingan dalam sesuatu teks; manakala ada yang memerlukan murid menyimpulkan atau
mengaplikasikan maklumat yang baru itu dalam teks.
Menjelas/ Menerang:Strategik ini penting
mereka yang menghadapi masalah
untuk memahami teks dengan sepenuhnya.
Pelajar menganggapkan membaca hanya bertujuan untuk
mengeluarkan suara dan ejaan yang betul.
Apabila diminta untuk menjelaskan
teks tersebut, mereka tidak dapat
mejelaskan.
Hal ini demikian kerana mereka hanya
mementingkan bacaan yang betul
sahaja.
Strategik ini membolehkan mereka memberikan perhatian kepada tempat yang
penting dalam teks dan lebih memahami maksud yang tepat yang disampaikan menerusi
teks itu.
Menjangka:Pelajar menjangka mesej yang akan disampaikan oleh
pengarang.
Pelajar hendaklah mempunyai
pengetahuan asas bagi petikan tersebut.
Pelajar memastikan fikiran pengarang
ataupun menolakkan pandangan pengarang.
Pelajar menghubungkaitkan
pengetahuan yang sedia ada dengan pengetahuan
yang disampaikan.
Membolehkan pelajar memahami tajukataupun tajuk sampingandengan
keseluruhan.
IMPLIKASI STAIL
BERGANDINGAN
Guru harus menerima interaksi sosial yang diwujudkan di antara pemerhati dengan pelaku bagi menjamin objektif pembelajaran itu.
Guru memahami kepentingan mengajar murid-murid dengan memberi maklum balas yang segera dan tepat kepada mereka.
Guru akan mempelajari untuk menjauhkan diri daripada berkomunikasi terus dengan pelaku dalam tugasan itu.
Guru percaya kepada murid-muridnya dalam membuat keputusan apabila giliran ditukarkan kepada mereka.
GURU
Murid-murid dapat turut serta dalam kedua-dua peranan dalam pembelajaran reciprocal dan dapat membuat keputusan.
Murid-murid dapat memainkan peranan yang berasingan dalam kumpulan iaitu pemerhati dan pelaku.
Murid-murid dapat mengetahui pelbagai peranan guru selain pembelajaran berpusatkan guru dan pembelajaran berpusatkan murid.
Murid-murid dapat menggunakan masa pembelajaran dengan berkesan dalam hubungan reciprocal (menggunakan kertas kriteria yang disediakan oleh guru) tanpa ketampilan guru.
MURID
SEKIAN, TERIMA KASIH