16
Diterbitkan oleh: Parti Sosialis Malaysia (PSM) 22A, Jalan Vivekananda, Brickfields, 50470 Kuala Lumpur. Tel: 03-22747791 Faks: 03-87374772 partisosialis.org E-mel: [email protected] Facebook: psm.sosialis RM 1 RM2 HARGA SOLIDARITI BERJUANG BERSAMA RAKYAT SEP-OKT 2015 baca lanjut di m/s 12 & 13 | PQ/PP1505(17864) > m/s 14 > m/s 4 > m/s 7 > m/s 5 baca lanjut di m/s 8 & 9 > m/s 11 150 juta mogok di India Gugat Rejim Apakah Impak BERSIH 4? Catatan lokap: Kisah penangkapan di Rumah Api Skandal bawa masuk 1.5 juta pekerja Bangladesh LOTUS rampas tanah peneroka GATCO Rakyat Jepun kepung Parlimen Malaysia Bankrap? > m/s 10 Pekerja kontrak tidak dibayar gaji

Sosialis (Sept Okt 2015)

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Topik: Bersih 4, 1.5 Juta Pekerja Bangladesh, Parti Malam Ini Lokap Esok Hari, Jepun Bantah Undang-undang Perang

Citation preview

Page 1: Sosialis (Sept Okt 2015)

Diterbitkan oleh: Parti Sosialis Malaysia (PSM) 22A, Jalan Vivekananda, Brickfields, 50470 Kuala Lumpur. Tel: 03-22747791 Faks: 03-87374772partisosialis.org E-mel: [email protected] Facebook: psm.sosialis

RM 1 • RM2 HARGA SOLIDARITI BERJUANG BERSAMA RAKYATSEP-OKT 2015

baca lanjut di m/s 12 & 13

| PQ/PP1505(17864)

> m/s 14

> m/s 4

> m/s 7

> m/s 5

baca lanjut di m/s 8 & 9

> m/s 11

150 juta mogok di India

Gugat RejimApakah Impak BERSIH 4?

Catatan lokap:Kisah penangkapan di Rumah Api

Skandal bawa masuk 1.5 juta pekerja Bangladesh

LOTUS rampas tanahpeneroka GATCO

Rakyat Jepunkepung Parlimen

Malaysia Bankrap?

> m/s 10

Pekerja kontraktidak dibayar gaji

Page 2: Sosialis (Sept Okt 2015)

Sep-Okt 20152 PSM

Parti Sosialis Malaysia (PSM) adalah satu parti politik rakyat Malaysia yang berasaskan prinsip dan ideologi sosialisme yang bersifat Perjuangan Rakyat berteraskan keadilan sosial dan ekonomi; bagi mewujudkan masyarakat demokratik yang aman, makmur, maju, berakhlak mulia dan saksama. Ia berjuang untuk memenuhi keperluan asas rakyat dan membebaskan rakyat daripada sebarang bentuk penindasan dan pemaksaan.

Bendera dan Lambang

Lambang parti ialah genggaman tangan kiri yang melambangkan perpaduan rakyat dan semangat perjuangan. Merah melambangkan perjuangan dan putih melambangkan kesucian dan keikhlasan dalam perjuangan.

Matlamat Parti Sosialis

Mengamalkan prinsip sosialisme sebagai cara hidup.

Mempertahankan masyarakat demokratik dan progresif yang mengutamakan kerohanian, kemanusiaan dan keadilan sebagai asas ke arah pembangunan.

Memastikan strategi pembangunan yang mewujudkan hubungan seimbang antara keperluan sosial dan ekonomi di peringkat individu, masyarakat dan nasional.

Mengagihkan kekayaan secara adil dan saksama, Melaksanakan sistem sosioekonomi yang mempunyai mekanisme dalaman untuk menghalang penindasan dan sifat tamak.

Memberi peluang kepada rakyat berbilang kaum, jantina, agama, usia, pekerjaan dan menyertai proses mewujudkan persefahaman yang lebih jitu di kalangan kaum, agama dan budaya.

Mengukuhkan hak asasi manusia pada setiap peringkat masyarakat dan mendedahkan sebarang bentuk penindasan, nepotisme, hipokrasi dan kepalsuan.

Menghormati Perlembagaan Persekutuan yang menekankan kepada hak demokratik dan toleransi bahasa, budaya dan agama.

Menjamin kebebasan bersuara, berpersatuan dan kecapaian intelektual memberi keutamaan dalam tanggungjawab sosial terhadap kebajikan pekerja dan keluarga menjaminkan hak pekerja untuk menubuhkan kesatuan pekerja memberi keutamaan institusi kekeluargaan khususnya kepada wanita yang mengandung, bayi, kanak-kanak, wargatua dan mereka kurang keupayaan.

Memastikan tidak berlaku penindasan dan diskriminasi di semua peringkat bagi sektor perindustrian dan pertanian.

Mewujudkan rasa saling menghormati, memahami dan tolak ansur di kalangan semua agama dan budaya.

Menyediakan peluang pendidikan percuma di semua peringkat dengan mewajibkan pendidikan di peringkat rendah dan menengah.

Memastikan penyertaan guru dan pelajar dalam proses menentukan haluan sistem pendidikan nasional.

Melindungi alam sekitar daripada pencemaran dan pembinasaan.

Mengurangkan birokasi dan menghapuskan karenah birokasi yang mengekang pembangunan.

Mengapa Kita Perlu Satu Parti Sosialis?

Sistem yang ada kini telah gagal membawa kesejahteraan kepada rakyat yang majoriti.

Sistem kapitalis ini hanya mengutamakan segelintir kecil masyarakat.

Untuk menumbangkan sistem kapitalis ini perlu ada sistem Sosialis yang lebih mementingkan aspek kemanusiaan, keadilan dan pengagihan kekayaan.

Parti Sosialis ini adalah untuk membela nasib majoriti rakyat iaitu para pekerja kilang, petani, nelayan, pekerja ladang, peniaga kecil, orang Asli, pelajar, pekerja semi-profesional dan sebagainya.

Masalah rakyat bukan di antara orang Melayu, Cina dan India atau di antara orang Islam dan bukan Islam. Tetapi orang kaya dan miskin. Kekayaan negara dimiliki dan dibolot oleh segelintir kecil masyarakat, anak dan kroni mereka. Manakala rakyat yang majoriti masih belum menerima bahagian.

Parti Sosialis lebih mementingkan isu-isu asas rakyat seperti pekerjaan, rumah, tanah, alam sekitar dan sebagainya. Parti Sosialis akan menyatukan tenaga semua golongan pekerja untuk mempertahankan hak kita.

Parti Sosialis Malaysia (PSM) adalah sebuah parti yang lahir dari perjuangan rakyat akarumbi di kilang, ladang dan kawasan miskin kota. Parti ditubuhkan sebagai alat untuk kaum pekerja dan golongan berpendapatan rendah dan menengah untuk hak mereka. PSM meneruskan perjuangan menentang rasuah, penyelewengan dan perkauman golongan yang memerintah. Selagi penindasan rakyat ada, perjuangan ini akan berterusan.

Parti Sosialis Malaysia22A, Jalan Vivekananda,Brickfields,50470 Kuala Lumpur.Tel: 603-22747791Fax: 603-87374772Email: [email protected] web: http://partisosialis.org/

Untuk sumbangan, sila buat cek atas nama: Parti Sosialis MalaysiaNo. Akaun Maybank: 512080337313

DASAR PERJUANGAN

PARTI SOSIALIS MALAYSIA

Jika anda mahu AKHBAR SOSIALIS dipos terus kepada anda, maka anda boleh berlanggan terus dengan kami.

Harga solidariti (termasuk harga setem) RM25 setahun (12 keluaran akhbar SOSIALIS Bahasa Melayu)

Nama: ________________________________________

Alamat: _________________________________________________________________________________________________________________________________

Telefon: _____________________________________

Faks: _____________________________________

Cek / Wang Pos / Draf Bank atas nama PARTI SOSIALIS MALAYSIA

Hantar kepada Parti Sosialis Malaysia22A, Jalan Vivekananda, Brickfields50470 Kuala LumpurTel: 603-22747791Fax: 603-87374772Website- http://partisosialis.org/

Langganlah Akhbar

Sekarang!

Rakyat Malaysia mencipta sejarah lagi dengan Himpunan BERSIH 4. Rakyat membanjiri jalanan di Kuala Lumpur, dengan tuntutan pilihanraya yang bebas dan adil, kerajaan yang bersih, hak untuk membantah, memperkukuhkan demokrasi berparlimen serta menyelamatkan rakyat daripada tekanan ekonomi yang semakin teruk. Himpunan BERSIH 4 juga merupakan undi tidak percaya di jalanan terhadap pentadbiran Najib Razak yang dikaitkan dengan pelbagai skandal rasuah dan penyelewengan kuasa.

BERSIH 4 menandakan satu lagi titik tolak baru untuk perjuangan menuntut demokrasi dan keadilan sosial di negara kita, dengan kuasa rakyat yang ditunjukkan dalam penyertaan rakyat yang begitu ramai dalam satu aksi massa. Namun, kita masih perlu menangani cabaran hebat seperti serangan balas daripada rejim penguasa yang mempergunakan politik perkauman dan juga akta-akta zalim yang menindas. Kita hanya dapat menghadapi cabaran-cabaran ini dengan memperkukuhkan gerakan rakyat melalui pemantapan organisasi masyarakat yang merentasi kaum dan sektor, teruskan usaha membina kuasa rakyat dari bawah.

Krisis pemerintahan yang sedang kita hadapi sekarang ini tidak boleh dipisahkan dengan krisis sistem

kapitalis global. Ekonomi kapitalis dilanda krisis demi krisis akibat daripada perlumbaan secara bermati-matian oleh kapitalis untuk mengaut keuntungan tanpa menghiraukan hidup mati rakyat marhaen. Namun, rakyat akan sentiasa dimangsakan setiap kali berlakunya krisis ekonomi. Golongan pemerintah pula cuba melindungi kepentingan puak yang rapat dengan diri mereka semasa krisis ekonomi sehingga wujudnya konflik antara puak-puak dalam kelas pemerintah. Inilah sebabnya terjadinya konflik antara Mahathir dengan Najib, bukan kerana pertembungan prinsip tetapi percanggahan kepentingan. Kita tidak boleh mengharapkan persengketaan antara elit politik itu boleh membawa perubahan sebenar apabila salah satu pihak itu menang, tetapi kita boleh mempergunakan kesempatan atau ruang yang terbuka sebegini untuk menggerakkan perjuangan rakyat ke hadapan.

Rakyat Malaysia perlukan perubahan total untuk membebaskan diri kita daripada belenggu krisis kapitalis dan pemerintahan zalim. Ini hanya dapat dilakukan dengan menggabungkan segala tenaga rakyat yang sedar untuk memperjuangan pembebasan yang sebenar. ##

Page 3: Sosialis (Sept Okt 2015)

Sep-Okt 2015 3PARTI DAN FRON

Jelajah PSM 2.0 bermula di RawangPSM telah memulakan kempen Jelajah PSM 2.0 pada 16 Ogos yang lalu, di kawasan sekitar Rawang, Selangor.

Rombongan PSM telah mengadakan konvoi dan pengedaran risalah di Batu Arang, Bandar Tasek Putri, Rawang, Bukit Sentosa, Batang Kali, Ulu Yam Baru dan pasar malam Country Homes. Sambutan daripada orang ramai amat menggalakkan.

Malam Salam Perjuangan PSM PerakMalam Salam Perjuangan PSM Perak telah diadakan pada 5 September yang lalu di Ipoh. Lebih 1000 orang telah menghadiri majlis makan malam pengutipan dana yang diadakan bersama secara tahunan oleh cawangan-cawangan PSM di Perak.

Antara tetamu khas yang berucap dalam majlis makan malam tersebut termasuklah Dr. Hatta Ramli (Ahli Parlimen Kuala Krai), Dr. Toh Kin Woon (wakil Gabungan BERSIH 2.0), Soma Sundaram (wakil Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia), Chin Kwai Leong (wakil Gabungan Selamatkan Petani Perak) dan Michael Fong Hock Chon (wakil petani Perak). A. Sivarajan (Setiausaha Agung PSM) dan Dr. Jeyakumar Devaraj (Ahli Parlimen

Sungai Siput merangkap AJK Pusat PSM) turut menyampaikan ucapan dalam majlis tersebut.

Sivarajan menegaskan bahawa sekadar pertukaran pimpinan kerajaan dan rejim itu masih tidak mencukupi, kerana hanya perubahan sistem sahaja yang dapat benar-benar mensejahterakan rakyat marhaen di negara kita.

Ahli-ahli PSM juga mempersembahkan dua sketsa yang menarik, di mana salah satu adalah tentang isu penyelewengan yang menghakis hak rakyat, dan satu lagi tentang isu rampasan tanah yang dihadapi oleh para petani di Perak. Para hadirin juga disajikan dengan beberapa persembahan lagu perjuangan.

Para pengamal media dan aktivis sosial telah berhimpun pada 8 Ogos yang lalu di Kuala Lumpur untuk membantah penggantungan permit penerbitan The Edge Weekly and The Edge Financial Daily oleh Kementerian Dalam Negeri kerana melaporkan tentang isu 1MDB yang diselubungi dengan pelbagai skandal.

Mempersoalkan penyelewengan yang melibatkan pemimpin negara bukannya satu jenayah, dan sepatutnya digalakkan jika kita ingin menambahbaikkan pentadbiran negara supaya kerajaan lebih

bertanggungjawab pada rakyat. Namun, tindakan menggantungkan permit penerbitan, menyekat akses kepada laman web yang melaporkan kepincangan kuasa seperti Sarawak Report, dan juga pelbagai usaha untuk menghalang rakyat bersuara secara bebas, merupakan serangan ke atas ruang demokrasi oleh rejim pemerintah yang sedang terdesak untuk pegang pada kuasanya.

PSM menegaskan pendiriannya dalam mempertahankan kebebasan media untuk menegakkan demokrasi.

Solidariti untuk kebebasan mediaMempersoalkan isu 1MDB bukannya satu jenayah

Kes saman terhadap Menteri Kesihatan ditolakKes saman oleh Dr. Jeyakumar Devaraj (Ahli Parlimen PSM Sungai Siput) ke atas Menteri Kesihatan untuk isu peningkatan yuran tinggi bagi migran di hospital kerajaan telah ditolak oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 3 September yang lalu.

Kes ini ditolak daripada didengar atas 3 sebab:1. Belum ada kesan daripada keputusan Menteri itu. Misalnya belum ada orang menghidap apa-apa penyakit akibat keputusan ini.2. Ini adalah dasar kerajaan, maka ia

tidak boleh dipersoalkan di Mahkamah.3. Mandamus tidak boleh dilaksanakan, iaitu tidak boleh diarahkan untuk kerajaan atas dua sebab diatas.

Walau bagaimanapun, PSM bercadang membuat Rayuan Kes ini kerana penolakan ini adalah tidak berasas. PSM memfailkan kes ini kerana dasar kerajaan dalam mengenakan caj tinggi terhadap pekerja migran telah mengancam kesihatan awam.

Page 4: Sosialis (Sept Okt 2015)

Sep-Okt 20154 NASIONAL

Situasi mencabar untuk pembangkangBerikut adalah ucapan Dr Jeyakumar Devaraj, Ahli Parlimen Sungai Siput merangkap AJK Pusat PSM, semasa Majlis Makan Malam PSM di Ipoh pada 5 September yang lalu.

Kawan-kawan, malangnya khabar tidak baik di arena politik negara kita. Memang BN dalam kesusahan sekarang. Tetapi kerosakan BN boleh diperbaiki. Pihak pemimpin UMNO hanya perlu memujuk Najib supaya undur dengan jaminan mereka akan melindunginya daripada sebarang tindakan undang-undang selepas dia undur. Lepas itu, mempromosi PM baru dengan alat-alat media yang dikuasai oleh kerajaan BN, memberi BRIM lebih, dan BN akan bersedia untuk menghadapi PRU-14!

Tetapi situasi untuk pihak pembangkang pula lebih susah untuk diperbaiki! DAP telah lawan dengan PAS. PAS sendiri telah berpecah dua. Keretakan sebegini tidak dapat dipulihkan dengan begitu cepat. Sudah tertimbul kemungkinan pertandingan 3 penjuru di sebahagian daripada kerusi yang biasanya ditandingi oleh PAS. Yang akan untung daripada itu adalah UMNO. Prospek kita dalam PRU-14 tidak begitu baik!!

Mungkin anda sedang bertanya dalam hati anda – mengapa PSM

bersusah hati terhadap situasi politik ini. Parti-parti dalam Pakatan Rakyat tidak melayan PSM dengan begitu mesra dalam PRU-13. Kita telah menghadapi pertandingan 3 penjuru di 3 daripada 4 kerusi yang ditandingi oleh PSM.

Jawapan saya adalah – kerana kita prihatin terhadap masalah rakyat marhaen. Ambil situasi kumpulan-kumpulan petani di Perak sebagai contoh. Usaha kami untuk berdialog

dengan Menteri Besar Perak telah gagal. Surat-surat kami tidak dibalas, rombongan kecil yang pergi ke pejabat MB untuk dapatkan temujanji gagal. Tunjuk perasaan besar pun tidak mendapatkan tarikh untuk berjumpa, malah diguna

sebagai alasan mengapa MB tidak mahu berjumpa petani – kerana “kerajaan tidak akan berbincang dengan sesiapa yang mengugut kami”. Kenapa tidak berbincang apabila petani hantar surat dengan sopan dan lembut?

Adalah jelas MB Perak bersikap angkuh dan tidak berniat untuk berdialog. Beliau telah melupakan konsep “amanah” – bahawa segala kuasa yang dipegangnya adalah diamanahkan oleh rakyat kepadanya untuk buat sebaik mungkin untuk rakyat Perak dan bukan untuk mengkayakan syarikat kroni. Renungilah situasi yang akan wujud

jika BN menang Perak dalam PRU-14 dengan 39 kerusi lawan 20.

Sudah tentu keangkuhan MB Perak akan bertambah! Dan semua lapisan rakyat marhaen yang ingin membawa tuntutan mereka kepada MB tidak akan dilayan.

Inilah sebabnya saya kata sesiapa yang prihatin pada perjuangan rakyat marhaen harus bekerja untuk mewujudkan situasi politik di mana pihak pemerintah menghadapi persaingan kuat daripada pembangkang. Pemerintah harus sentiasa takut pada rakyat – takut dia akan digantikan jika gagal melaksanakan polisi yang baik. Itulah sebabnya saya kata, kita di PSM harus bekerjasama dengan pihak pembangkang untuk lawan BN. Adalah penting juga untuk kita beritahu pada pihak pembangkang tentang tuntutan-tuntutan kita untuk setiap sektor rakyat marhaen yang kita wakili. Dan setelah itu kita harus turun bekerja dengan mereka.

Mungkin hanya tinggal 18 bulan lagi hingga PRU-14 – enam bulan untuk mengundurkan Najib, dan 1 tahun untuk mempromosi penggantinya. Tidak ada banyak masa lagi. Dan kita ada banyak kerja untuk dilaksanakan!

Tidak mustahil untuk memenang balik Perak. Tetapi kita kena selesaikan dua perkara penting.

Yang pertama ialah kita kena elakkan pertandingan 3 penjuru antara kalangan kita. PAS dan GHB harus digalakkan berunding untuk agihkan kerusi antara mereka. Parti-parti lain harus berunding juga untuk memastikan situasi satu lawan satu dengan BN.

Perkara kedua adalah kita harus mengendalikan perasaan kurang yakin terhadap Pakatan Rakyat di kalangan masyarakat Melayu. Ada ramai pengundi Melayu yang khuatir mereka akan dipinggirkan di bawah satu rejim yang mengagungkan pasaran bebas dan meritokrasi. Kita harus menggubal dan mengumumkan program-program yang akan dilaksanakan oleh kerajaan untuk mengendalikan kemiskinan di kawasan desa dan juga di kawasan bandar sekiranya kita dapat menang. Bukan janji dan jaminan secara am, tetapi program-program yang spesifik supaya kita dapat menyakinkan masyarakat Melayu desa bahawa kepentingan mereka telah diambilkira dan mereka tidak perlu khuatir untuk menggantikan rejim yang korup ini.

Situasi politik adalah mencabar. Tetapi kita tidak boleh putus asa. Sikap angkuh kerajaan ini harus dibantah dan dicabar. Marilah kita bersama-sama berganding bahu demi kepentingan rakyat marhaen Negeri Perak. ##

Satu aksi pengedaran risalah tentang isu Gatco telah diadakan serentak pada 16 Ogos yang lalu, mensasarkan premis milik syarikat LOTUS (Thamarai Holdings) di Kuala Lumpur, Petaling Jaya, Klang, Ipoh dan Johor Bahru.

Pada tahun 1970-an, para peneroka GATCO telah menyertai satu skim pengusahaan 4700 ekar tanah untuk penanaman tebu di bawah syarikat

GATCO (Great Alonioners Trading Corp.Bhd). GATCO muflis kerana pengurusan kewangan syarikat itu yang teruk. Syarikat LOTUS (Thamarai Holdings) pula berjaya merampas tanah ini melalui satu lelongan. Peneroka tidak setuju dan lawan LOTUS di mahkamah. Perjuangan hak milik tanah ini masih berterusan tetapi pelbagai taktik kotor telah digunakan untuk merampas tanah ini daripada

peneroka GATCO.

Tuntutan peneroka GATCO adalah:1. Para peneroka diberikan tanah yang sepatutnya iaitu 8 ekar.2. Pihak kerajaan Negeri Sembilan mengadakan dialog secara jujur dengan peneroka & ambil kira tuntutan mereka.3. Pokok getah yang ada sekarang adalah hasil usaha peneroka, maka pihak luar tidak harus menceroboh &

mencuri hasil peneroka.4. Semua pihak harus meghormati keputusan keputusan mahkamah.5. Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) dan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) harus menyiasat sama ada wujudnya salahguna kuasa & rasuah dalam pengendalian isu ini. ##

LOTUS rampas tanah peneroka GATCO

Page 5: Sosialis (Sept Okt 2015)

5ISU RAKYATSep-Okt 2015

Skandal bawa 1.5 juta pekerja BangladeshCadangan kerajaan untuk membawa masuk 1.5 juta orang pekerja Bangladesh telah menimbulkan kontroversi. Persoalannya adalah, adakah negara Malaysia benar-benar perlukan suntikan tenaga kerja sedangkan masih terdapatnya ramai tenaga kerja yang sedia ada dan “terbiar” di negara kita?

Apabila Suruhanjaya Tinggi Pelarian Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNHCR) mencadangkan untuk mengisi kekosongan kerja di negara kita dengan lebih kurang 100,000 orang pelarian yang sudah pun berada di sini sementara menunggu penempatan semula, kerajaan kita terus menolaknya dengan alasan tindakan sebegini akan mengundang kemasukan lebih ramai pelarian ke dalam negara kita. Adalah tidak masuk akal untuk kerajaan tidak menggunakan tenaga kerja yang “terbiar” di negara kita ini dan membawa masuk lebih banyak lagi tenaga kerja dari luar.

Kumpulan-kumpulan masyarakat sivil juga menawarkan satu pilihan kepada kerajaan, iaitu memberikan pengiktirafan di sisi undang-undang untuk hampir 3 juta orang pekerja tanpa dokumen sah yang berada di negara kita sekarang ini, dengan tujuan membolehkan mereka bekerja. Cadangan ini bukannya sesuatu yang luar biasa, kerana pekerja-pekerja tersebut sudahpun berada dan bekerja di negara kita untuk seketika waktu, malah mereka juga sudah biasa dengan kehidupan di negara ni. Kos yang diperlukan untuk mengesahkan pekerja tanpa dokumen ini untuk mereka terus bekerja di negara kita adalah amat kurang berbanding dengan membawa masuk pekerja-pekerja yang baru. Namun, cadangan ini juga ditolak oleh kerajaan tanpa sebab yang kukuh. Menteri Dalam Negeri telah mengumumkan bahawa semua pekerja tanpa dokumen akan dihantar pulang ke negara masing-masing sebelum membawa masuk 1.5 juta pekerja yang baru. Jika kita mengkaji usaha-usaha sebelum ini dalam menghantar pulang pekerja tanpa dokumen, terdapatnya banyak penyelewengan dalam proses dan tidak menjamin keberkesanannya juga.

Satu lagi persoalan adalah, apakah komitmen kerajaan untuk mencapai objektif yang digariskan dalam Rancangan Malaysia ke-11 (RMK11) untuk mengurangkan kebergantungan pada pekerja

migran? Pada masa sekarang, lebih kurang 30% tenaga kerja kita terdiri daripada pekerja migran, dan RMK11 bercadang untuk mengurangkan sebanyak separuh dalam 5 tahun yang akan datang. Cadangan membawa masuk lebih ramai pekerja migran, amat jelas sekali bercanggah dengan apa yang digariskan dalam RMK11.

Sistem ekonomi yang memerasPekerja terus ditindas

Jika kerajaan bersikap serius dalam mengurangkan kebergantungan pada pekerja migran, maka ia perlu menghentikan dakwaannya bahawa pekerja Malaysia tidak bersedia untuk kerja-kerja yang “kotor, bahaya dan susah” (kerja-kerja 3D). Ada ramai pekerja tidak mahir Malaysia yang menetap di Johor, menyeberangi selat untuk pergi kerja di Singapura setiap hari, hanya kerana mereka boleh mendapat pendapatan yang lebih tinggi di sana.

Kerajaan kita perlu mengakui bahawa model ekonomi yang berasaskan pelaburan asing mengundang masalah kepada rakyat kita, khususnya menyebabkan tenaga kerja kita dibayar gaji rendah. Kerajaan perlu menggubal dasar yang lebih bertanggungjawab pada rakyatnya dengan menyediakan subsidi perumahan, pengangkutan dan sebagainya, supaya pekerja yang bergaji rendah dapat menyara hidup mereka secara sederhana dan mampu berdepan dengan kenaikan kos hidup. Dengan gaji yang cukup untuk kehidupan sederhana dan jaminan untuk kesejahteraan, barulah pekerja tempatan dapat dipujuk untuk terus kekal di negara kita dan melakukan kerja-kerja 3D.

Kerajaan juga perlu mencari jalan untuk menyelesaikan masalah pengangguran separa yang dialami oleh mereka yang melakukan “kerja kampung” di kawasan luar bandar dan juga penggangguran anak muda yang semakin meningkat. Ini hanya dapat dilakukan dengan komitmen kerajaan untuk menjaga kepentingan pekerja, bukannya pelabur.

Dasar-dasar kerajaan berkenaan dengan tenaga kerja dan “outsourcing” dipengaruhi hebat oleh kepentingan kapitalis untuk mengaut keuntungan tanpa mempedulikan kesejahteraan rakyat. Keuntungan lumayan boleh diperolehi dengan

membawa masuk tenaga kerja yang meningggalkan kampung halaman mereka untuk mencari rezeki dengan hasrat melepaskan diri daripada kemiskinan. Lebih-lebih lagi, wujudnya jaringan pakatan sulit antara kerajaan dengan kontraktor swasta dalam membawa masuk pekerja-pekerja migran untuk diperas demi keuntungan lumayan.

Pakatan sulit kontraktor dengan kerajaan

Dua syarikat kontraktor pengurusan migran yang wujud sekarang di Malaysia masing-masing mendapat RM 100 juta setiap tahun melalui pengeluaran Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS), iaitu permit kerja yang dikeluarkan oleh Jabatan Imigresen. 1.5 juta pekerja Bangladesh dijangka akan membayar sebanyak RM 3,000 seorang kepada kontraktor untuk tiket penerbangan dan perkhidmatan lain. Jika kontraktor hanya mendapat RM 50 sebagai komisen daripada setiap orang pekerja pun, pelaksanaan awal pembawaan masuk pekerja akan mendatangkan pendapatan sebanyak RM 75 juta.

Yang menjadi tanda tanya adalah jelas wujudnya hubungan rapat antara Kementerian Dalam Negeri dengan syarikat kontraktor pekerja migran. Pada takat kini, pesaing kuat untuk mendapatkan kontrak terbaru untuk membawa masuk 1.5 juta pekerja Bangladesh adalah Real Time Networking, sebuah syarikat yang ditubuhkan oleh Abdul Hakim Hamidi, adik kepada Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri, yang mengetuai kementerian yang meluluskan kemasukan pekerja migran dan kontrak untuk pengurusan migran. Walaupun syarikat adiknya akan mengaut keuntungan berjuta-juta jika mendapat kontrak, tetapi Zahid Hamidi nampaknya tidak menganggapnya ada apa-apa konflik kepentingan atau percanggahan dengan prinsip kebertanggungjawaban dalam isu

ini.

Di Bangladesh pula, Real Time Networking telah menawarkan posisi pengarah kepada wakil BAIRA (Bangladesh Association of International Recruitment Agencies), iaitu salah satu badan perdagangan yang terbesar di Bangladesh, dengan keanggotaan sebanyak 1000 agensi pengambilan kerja yang diluluskan oleh kerajaan Bangladesh. Yang tidak menghairankan adalah, BAIRA telah menyokong sepenuhnya Real Time Networking dan mensyorkannya kepada kerajaan Bangladesh untuk mendapatkan pulangan wang lumayan daripada penjualan murah pekerjanya kepada negara asing. Mereka yang terlibat dalam perniagaan tenaga pekerja migran ini nampaknya langsung tidak mempedulikan kesusahan ratusan ribu pekerja yang terpaksa meninggalkan kampung halaman untuk bekerja di bawah keadaan yang sangat dieksploitasi.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada 9 September yang lalu, Rani Rasiah, AJK Pusat PSM, mengatakan bahawa, satu-satu caranya untuk penyelesaian kontroversi membawa masuk 1.5 juta pekerja Bangladesh adalah memberhentikan rancangan itu. PSM telah menyarankan supaya kerajaan mengeluarkan permit kerja untuk lebih 2 juta pekerja tanpa dokumen yang sudah pun bekerja di sini. Lagipun, kebanyakan pekerja tanpa dokumen ini sebenarnya bermula kerja di sini sebagai pekerja yang berdokumen tetapi menjadi

mangsa kepada ejen-ejen yang tidak bertanggungjawab dan majikan yang menindas. Proses pengesahan pekerja migran tanpa dokumen patut dilakukan secara langsung oleh Jabatan Imigresen, bukannya

dikontrakkan kepada syarikat swasta, supaya tidak lagi mengulangi kegagalan projek 6P. Hanya dengan cara begini, kita dapat menyelesaikan masalah pekerja tanpa dokumen secara membina dan menyelamatkan kerajaan kita daripada terus membazirkan wang serta kehilangan kredibilitinya. ##

Page 6: Sosialis (Sept Okt 2015)

Sep-Okt 20156 PERSPEKTIF

Fasa baru Reformasi Demokratik?(Berikut adalah petikan daripada bahagian pertama teks ucapan S. Arutchelvan dalam satu forum bertema “Fasa Baru Reformasi Demokratik di Malaysia” yang dianjurkan oleh Sahabat Rakyat Johor pada 6 September yang lalu di Johor Bahru.)

Persoalan yang saya timbulkan di sini adalah sama ada kita berada dalam fasa baru atau hanya sekadar pemulihan perjuangan projek terbengkalai fasa sebelum itu – iaitu fasa Pakatan Rakyat. Pakatan Rakyat dalam Pilihanraya Umum (PRU) yang lalu melaungkan slogan UBAH dan Ini Kalilah. Ia juga menampilkan diri sebagai Harapan Rakyat dalam Manifesto PRU yang yang lalu. Walaupun berjaya memenangi undi popular dan menang lebih kerusi Parlimen dalam PRU sebelumnya, tetapi PR terkubur begitu sahaja dan pada kadar begitu cepat sekali.

Ini juga mendedahkan kelemahan yang ada dalam PR sebagai alternatif kukuh kepada UMNO-BN. Saya melihat ini sebagai satu penderhakaan kepada rakyat kerana kepercayaan yang diberikan oleh rakyat telah dihancurkan dengan begitu senang sekali dan tanpa usaha yang banyak untuk mencari penyelesaian. Terdapat lebih usaha untuk mengkuburkan PR daripada menyelamatkannya.

Maka sama ada Fasa Baru atau Fasa Lama amat bergantung kepada Parti Amanah Negara (AMANAH) atau Gerakan Harapan Baru (GHB) atau Pakatan Rakyat 2.0. Jika saya meneliti kenyataan Lim Kit Siang, maka saya hanya boleh mengandaikan bahawa agenda

mereka adalah sama, iaitu AMANAH akan menggantikan PAS dalam Pakatan baru dan cuba memenangi PRU-14. Ini adalah agenda lama dengan perlawanan yang sama. Andaikata satu persefahaman tidak boleh dicapai dengan PAS, maka pertandingan tiga penjuru akan menyebabkan UMNO terus memerintah. Mereka yang akan cedera parah dalam perlawanan ini nanti mungkin adalah PAS, PKR dan AMANAH. DAP dengan agenda bertanding di kawasan majoriti Bukan Melayu akan terus memerintah Pulau Pinang dan akan terus menjadi parti pembangkang paling kuat.

Maka Fasa Baru hanya akan menjadi kenyataan jika politik baru yang dibawa oleh AMANAH dapat menembusi politik perkauman dan memberi alternatif progresif yang menjurus kepada pertukaran sistem. Ini nampaknya adalah sesuatu yang mustahil, maka saya menganggap Fasa ini sebagai keseinambungan Fasa sebelum ini, iaitu proses memulihkan projek terbengkalai.

Oleh itu, fasa sekarang masih adalah fasa mengantikan UMNO-BN dan mewujudkan sistem 2 parti. Pada pandangan saya, Fasa Baru hanya bermula setelah UMNO-BN sudah digantikan.

Fasa baru atau keseinambungan fasa sebelumnya?

Siapa musuh utama? UMNO atau Sistem Kapitalis? “Reformasi demokratik” memberi interpretasi bahawa matlamat akhir adalah untuk menukar rejim UMNO-BN yang dilihat sebagai musuh utama dan bukannya pertukaran sistem pemerintahan ekonomi politik negara. Peranan UMNO dan hegemoni UMNO dilihat sebagai isu pokok, di mana UMNO menjadi punca masalah utama yang membiak politik perkauman. Maka UMNO perlu dihapuskan dahulu. Walaupun saya boleh setuju dengan pandangan ini, tetapi wujudnya persoalan - siapakah kelas pemerintah?

Apakah peranan orang seperti Robert Kuok dan Anatha Krishnan – dua orang paling kaya dalam negara kia di bawah konteks ini?

Apakah peranan Institusi Raja – Raja Berperlembagaan (boneka) atau pesaing kepada kelas pemerintah? Tidak boleh dinafikan bahawa kebanyakan raja dalam negara kita terlibat secara langsung dengan perniagaan dan mereka menjadi sebahagian daripada kelas kapitalis.

Adakah dengan menggantikan UMNO, maka institusi perkauman dan diskriminasi akan berakhir? Pecah dan perintah memang telah membantu kelas pemerintah untuk berkuasa? Adakah kelas pemerintah akan menggantikan UMNO dengan parti baru dengan matlamat mengekalkan status quo pecah dan perintah?Proses Islamisasi di Malaysia

Ada hujah menyatakan bahawa Mahathir Mohamad merupakan pengasas dan pendorong penting dalam “mengislamkan Malaysia”. Kerajaan UMNO-BN di bawah kuasa Mahathir telah giat melaksanakan siri dasar pengislaman yang penting pada awal 1980-an hingga tahun 1990-an. Saya melihat Mahathir sebenarnya membawa Islam liberal berbanding dengan PAS. Dan kita juga tidak boleh lupa bahawa antara orang yang dibawa khas oleh Mahathir untuk melakukan proses pengislaman adalah Anwar Ibrahim. Anwar sendiri telah melakukan banyak perkara termasuk mewujudkan Universiti Islam, unit pendakwaan dan Bank Islam. Proses pengislaman sistem pendidikan, perbankan dan lain-lain banyak wujud melalui pengaruh dan inisiatif Anwar. Dalam konteks ini, adalah menarik untuk melihat jenama apa yang akan dibawa oleh AMANAH.

Adakah AMANAH akan menjadi progresif seperti Hizbul Muslimin yang diasaskan di Gunung

Semanggol. Matlamat Hizbul Muslimin pada masa itu adalah untuk membincangkan masalah ekonomi yang dihadapi oleh golongan Melayu-Muslim dan pada masa yang sama membawa bersama gerakan-gerakan dan pemikir-pemikir Islam yang lebih aktif dan progresif. UMNO pada masa itu memang berasa tidak selesa dengan Hizbul Muslimin yang dirasakan terlalu berunsur revolusioner dan militan. Pemimpin UMNO pada masa itu, Onn Jaafar, mula memberi amaran mengenai "ancaman bahaya dari gunung", yang merujuk kepada Gunung Semanggol. Maka sejauh manakah AMANAH akan membawa Islam progresif dan sejauh manakah keprogresifannya?

Keadaan ekonomi adalah faktor wujudnya keadaan objektif untuk berjuang Saya setuju bahawa Hindraf adalah salah satu faktor utama berlakunya Tsunami Politik 2008, tetapi ia bukan faktor terpenting. Saya masih menggariskan isu ekonomi sebagai isu utama dan kondisi objektif yang membawa kepada kebangkitan rakyat. Ini konsisten dengan masa-masa kebangkitan rakyat dalam sejarah negara kita pada tahun 1969, 1974, 1978, 1987, 1998, 2008 dan sekarang 2015. Semua zaman berlakunya perlawanan atau ancaman kepada pemerintah adalah zaman-zaman di mana wujud krisis

ekonomi yang serius. Pada masa-masa itu, adanya krisis ekonomi seperti kemelesetean ekonomi, krisis matawang, krisis imbangan perdagangan, pengangguran dan lain-lain. Krisis politik dan krisis ekonomi mempunyai hubungan secara langsung. Kehadiran ramai orang untuk BERSIH 4 juga mempunyai hubungan langsung dengan masalah ekonomi yang melanda negara kita dan memberi kesan kepada rakyat biasa.

(sambung di m/s 7)

Page 7: Sosialis (Sept Okt 2015)

7EKONOMISep-Okt 2015

Malaysia bankrap?!Malaysia kini sedang menghadapi pelbagai cabaran ekonomi, politik dan sosial sejak awal tahun 2015 ini. Ramai juga berpendapat bahawa negara kita akan jadi bankrap dengan kejatuhan nilai ringgit, senario ekonomi yang lembap, masa depan kepimpinan politik yang tidak menentu dan sebagainya.

Tetapi, Malaysia kini tidak berada dalam situasi yang sama dengan negara Greece, dan tidak mungkin kerajaan akan menjadi bankrap sekarang.

Namun begitu, apa yang ingin diutarakan dalam penulisan ini adalah, walaupun negara kita tidak bankrap, tetapi rakyat Malaysia sedang bankrap! Bagaimana?

Mengikut laporan terbaru sebuah organisasi antarabangsa S&P, rakyat Malaysia mempunyai jumlah hutang persendirian yang paling tinggi antara 14 negara Asia yang lain. Jumlah hutang persendirian rakyat Malaysia adalah sebanyak 88% daripada Keluaran Dalam Negeri Kasar (GDP). Maksudnya jika kita menjumlahkan beban hutang yang dipikul oleh rakyat Malaysia, maka angkanya mencecah hampir 88% daripada angka GDP negara kita! Ini merupakan suatu peningkatan yang mendadak daripada 60% pada tahun 2008.

Justeru, bilangan rakyat Malaysia yang disahkan bankrap bertambah setiap tahun, terutamanya di kalangan anak muda yang bawah umur 35 tahun. Jabatan Insolvensi Negara mencatatkan seramai 5,547

orang yang berumur 35 tahun dan ke bawah disahkan sebagai bankrap pada tahun 2014.

Di Malaysia, sesiapa yang gagal membayar hutang sebanyak RM30, 000 atau lebih boleh disahkan sebagai orang yang bankrap. Dilema anak muda ini bermula sebaik sahaja mereka selesai belajar di kolej atau Universiti dengan bebanan hutang PTPTN. Kemudahan untuk membiayai kos pendidikan dengan hutang PTPTN ini menyebabkan banyak kolej dan Univerisiti swasta berlumba-lumba menarik pelajar ke institusi mereka kerana jaminan bayaran yuran daripada tabung PTPTN ini.Kolej dan Univerisiti swasta tidak peduli sama ada pendidikan yang berkualiti disampaikan atau tidak, serta mereka juga kurang risau jika pelajar tersebut berjaya memperolehi kerja mengikut bidangnya.

Maka anak muda kini keluar dari kolej dengan beban hutang dan gagal membayar hutang tersebut kerana kesukaran mendapat kerja.

Jika mereka berjaya mendapat kerja, maka mereka terpaksa memperolehi kemudahan pengangkutan dan kediaman. Pihak bank juga menawarkan pelbagai produk pinjaman yang mudah dimohon tetapi sukar untuk menyelesaikan pinjaman. Kehidupan anak muda ini terus dibeban dengan pelbagai hutang kereta, rumah dan peralatan lain.

Apabila mereka gagal membayar

hutang tersebut, maka pihak bank akan terus megambil tindakan mahkamah untuk melelong rumah, merampas kereta dan menjadikan si peminjam itu sebagai orang yang bankrap.

Bilangan anak muda Malaysia yang dijadikan bankrap semakin bertambah.

Kadar bayaran balik pinjaman bagi rakyat Malaysia pada tahun 2014 ialah 43.5%. Maksudnya secara purata rakyat Malaysia menggunakan hampir separuh pendapatan bulanan mereka untuk membayar balik hutang!

Akta Kebangkrapan 1967 (The Bankruptcy Act 1967) harus dirombak semula kerana ianya amat menindas kepada para peminjam yang gagal membayar balik hutang akibat situasi ekonomi yang mungkin melanda kehidupan seseorang. Kini jika seseorang itu disahkan sebagai bankrap, maka dia tidak boleh membuka akaun bank, tidak boleh mengendalikan perniagaannya, tidak boleh membeli rumah atau aset dan juga tidak dibenarkan untuk meninggalkan negara.

Walaupun semua bank dilindungi oleh skim insurans untuk hutang lapuk, tetapi bank-bank biasanya tidak teragak-agak untuk memufliskan seseorang peminjam. Keadaan ini akan melemahkan lagi ekonomi negara, apabila lebih ramai lagi rakyat Malaysia yang terjerumus dalam perangkap bankrap ini. Kuasa beli rakyat akan menurun, seterusnya mencetuskan suatu

kesan rantai dari peniaga kecil runcit sehinggalah peniaga besar. Krisis ekonomi akibat penurunan permintaan agregat akan melanda ekonomi negara kita.

Malangnya, walaupun semua pihak dari sektor pendidikan yang mengawal kolej Universiti swasta, PTPTN, bank swasta, Bank Negara, sehinggalah penyelidik ekonomi dan pentadbir negara di Putrajaya sedar tentang permasalahan ini, tetapi gagal menanganinya. Jika permasalahan kejadian bankrap di kalangan anak muda tidak diselesaikan, maka kita akan menghancurkan generasi yang akan memimpin negara pada masa depan.

(oleh Sivarajan)

(sambung dari m/s 6)

Apakah yang diharapkan daripada Harapan Baru?Saya pernah menulis satu kritikan mengenai Gerakan Harapan baru dalam rencana saya yang bertajuk “Harapan Baru - Masalah lama” (diterbitkan dalam akhbar Sosialis edisi Ogos-Sep 2015). Ramai yang menuduh PAS sebagai punca keretakan dalam PR tetapi DAP juga mempunyai peranan dalam kehancuran PR. Peranan DAP membuat kutukan bertubi-tubi ke atas puak Ulama PAS dan Hadi mempercepatkan proses perpecahan PR. Mungkin ia ada baiknya tetapi cara agresif yang digunapakai oleh DAP tidak baik untuk politik negara kita dalam konteks polarisasi kaum. Sudah tentunya corak DAP akan membuatkan orang Melayu dan muslim marah serta terasa tergugat. Pandangan ini juga dikongsi oleh rakan-rakan dalam GHB kepada saya. Pada satu ketika, nampak sangat bahawa DAP mahu PAS disingkirkan dan semua kenyataan DAP bertujuan memastikan matlamat ini tercapai. Dengan cara ini, DAP terus menjadi wira masyarakat Bukan Islam yang memang mempunyai sentimen benci kepada PAS dan program islam

konservatif yang dibawanya.

Perasaan tidak selamat yang terpendam dalam kaum majoriti Melayu tidak harus dipandang ringan. Pada pandangan kami, ini adalah satu ketakutan yang berasas. Itu sebabnya UMNO terus mendapat sokongan orang Melayu manakala begitu sukar untuk PR menembusi pengaruh UMNO ini. Untuk mendalami isu ini, saya ingin

membuat perbandingan Malaysia dengan negara lain di Asia Tenggara. Di Filipina, 80% populasi adalah Roman Katolik, 10 % kristian Protestan manakala hanya 5% adalah Islam. Di Indonesia, perangkaan pada tahun 2000 menunjukkan 86.1% penduduknya adalah beragama Islam manakala 8.7% adalah Kristian, 3% Hindu dan 1.8% Buddha. Di Thailand pula, 94.7% populasi adalah Buddha manakala 4.6% adalah Islam. Singapura pula adalah 75% Cina, 13% Melayu dan India 9%.

Sekarang keadaan di Malaysia pula adalah, 60 % beragama Islam, 19% Buddha, 9% Kristian dan 6% Hindu. Nisbah golongan majoriti dengan lain hanyalah 1.5:1 dan ini berbeza dengan negara lain di Asia Tenggara. Maka apabila tidak adanya satu majoriti yang jelas, maka mereka akan terasa lebih tergugat. Itulah sebabnya rusuhan Mei 13 berlaku di Pantai Barat dan bukannya Pantai Timur.

James Puthucheary pernah mengutarakan bahawa sebuah negara majmuk seperti Malaya mempunyai pelbagai masalah yang tidak boleh difahami atau diselesaikan dengan pengalaman sosialis di negara-negara lain. Pengalaman golongan sosialis di negara lain berkemungkinan tidak relevan langsung kepada kita kerana pengalaman mereka tidak berkisar daripada permasalahan pembentukan satu masyarakat majmuk.

Kebimbangan ini terus dimanipulasi untuk memastikan rakyat terus mengundi UMNO. Strategi DAP bagus untuk memenangi kerusi bagi DAP sendiri di kawasan tertentu, tetapi bagaimana pula untuk seluruh negara? ##

Page 8: Sosialis (Sept Okt 2015)

Sep-Okt 20158 NASIONAL

Adakah BERSIH 4 bawa impak?Kemeja-T kuning, vuvuzela, Dr. M dan andaoleh S. Arutchelvan

Jika perhimpunan BERSIH 4 tidak mempunyai impak, mengapa Dr. Mahathir sendiri mahu tumpang bersama? Mahathir adalah antara politikus yang paling cerdik dan oportunis. Kehadirannya dalam BERSIH 4 sebenarnya memberikan mesej bahawa dia juga terpaksa tumpang bersama untuk menunjukkan kerelevanannya.

Jika BERSIH 4 tidak mempunyai impak, mengapa Peguam Negara mewartakan arahan untuk mengharamkan kemeja-T kuning BERSIH 4? Ini mungkin tugasan paling utama yang dilakukan oleh Peguam Negara baru dan mungkin kali pertama sehelai kemeja-T kuning boleh disifatkan sebagai ancaman kepada kestabilan negara.

Jika BERSIH 4 tidak mempunyai impak, mengapa kerajaan menyekat laman web gabungan BERSIH 2.0 dan BERSIH global? Kerajaan Malaysia pada ketika dahulu semasa mewujudkan Cyberjaya, menjanjikan bahawa Malaysia tidak akan sekali-kala menapis internet, tetapi BERSIH 4 telah memaksa Kerajaan berbuat demikian.

Jika BERSIH 4 tidak mempunyai impak, mengapa ramai orang pro-UMNO dan pro-Najib hendak buat perhimpunan baju merah untuk menentang BERSIH 4? Jika BERSIH 4 tidak mempunyai impak, mengapa insiden 2 individu memijak gambar Najib dan Tuan Guru Hadi Awang, boleh dijadikan isu paling utama? Mencaci imej pemimpin di negara luar adalah sesuatu yang lazim, dan tindakan dua orang individu itu adalah 0.001 % daripada jumlah kehadiran BERSIH 4, tetapi tindakan mereka berdua juga boleh mencetuskan impak?

Suka atau tidak, memang BERSIH 4 dengan kehadiran lebih 200,000 orang memberikan impak yang begitu besar kepada pihak

pemerintah sehingga pihak polis sendiri sedar bahawa mereka tidak dapat menggagalkan perhimpunan ini. Jika polis bertindak

secara keras, maka tindakan tersebut akan menyemarakkan lagi kebangkitan rakyat terhadap pemerintah. Jika jumlah kehadiran adalah rendah, saya yakin bahawa KDN sudah pastinya memberikan isyarat untuk menyerang perhimpunan tetapi setiap hari menjelang BERSIH4, memang nampak momentum begitu tinggi sehingga gelombang kebangkitan ini tidak dapat diredakan lagi dengan amaran-amaran dan pengumuman-pengumuman rasmi yang dikeluarkan dalam siaran media perdana. Malah dalam satu tindakan yang luar biasa, Perdana Menteri sendiri membuat satu siaran khas untuk mengutuk BERSIH 4 dan cuba mengaitkan BERSIH sebagai anti-nasional dan bermatlamat untuk mencabar perayaan kemerdekaan negara, tetapi pesanan PM langsung tidak mempunyai impak dari segi menyekat kehadiran ribuan rakyat yang turun dengan berani memakai baju kuning.

Kejayaan BERSIH 4Saya menggariskan 12 kejayaan BERSIH 4 di sini.

Yang pertama, antara 4 kali perhimpunan BERSIH, BERSIH 4 kali ini mendapat penyertaan yang paling ramai dari segi jumlah kehadiran. Maka imej BERSIH sebagai gerakan rakyat yang paling besar buat masa sekarang terus kekal.

Yang kedua adalah apa yang saya lihat sebagai kejayaan yang paling besar adalah kebolehan BERSIH 4 melepasi tabu perhimpunan 3 jam, di mana perhimpunan untuk 34 jam iaitu satu rekod baru dari segi jumlah ramai orang yang hadir untuk satu jangkamasa yang panjang. Pada

awalnya, ramai yang kurang yakin rakyat dapat bertahan begitu lama dan terdapatnya andaian bahawa rakyat Malaysia kurang komitmen untuk perjuangan yang lebih serius. Anggapan ini dapat dikuburkan dalam BERSIH 4 dan ini mewujudkan satu teladan baru untuk perhimpunan pada masa hadapan. Ini sudah pastinya meningkatkan piawaian perhimpunan dari 3 jam kepada melebihi 24 jam.

Yang ketiga, BERSIH 4 berjaya menunjukkan kepimpinan gerakan rakyat dalam menjalankan program secara teratur dan aman, di mana kepimpinan Gabungan BERSIH 2.0 dapat mengawal keseluruhan program dengan jumlah penyertaan yang begitu tinggi secara berdisiplin dan teratur, dengan begitu kurang insiden di mana tiada kawalan. Beberapa insiden yang dihebohkan oleh kumpulan anti-BERSIH dan pihak pemerintah adalah amat minimal sekali. Pihak polis juga ada mengatakan bahawa perhimpunan ini amat teratur. Semua spekulasi jahat sebelum ini berjaya ditenggelamkan kerana jaminan keamanan BERSIH 4 dapat dikekalkan dari awal hingga akhir. Ini akan memberi keyakinan terus untuk perhimpunan pada masa depan.

Yang keempat, BERSIH 4 dapat membangkitkan amalan kesukarelawananan dan dapat menyatukan kerjasama dan solidariti

rakyat yang turun dengan amat berjaya sekali. Cara bagaimana makanan dikongsi dan diedarkan, bagaimana trafik dijaga, penyelarasan yang cukup baik antara unit keselamatan, pasukan medik dan peguam. Amat memberangsangkan adalah begitu ramai sukarelawan perubatan dan peguam yang hadir. Sukarelawan menjaga kebersihan juga begitu aktif mengutip sampah dan menunjukkan satu teladan bahawa BERSIH memang kumpulan yang bertanggungjawab. Kebergantungan pada Unit Amal seperti perhimpunan BERSIH sebelum ini tidak lagi menjadi faktor, kerana begitu ramai sukarelawan baru, tua dan muda

yang tampil untuk menjalankan kerja-kerja ini.

Yang kelima, buat pertama kalinya pihak gereja dan kuil yang biasanya tidak terlibat dalam program yang dianggap sebagai “anti-pemerintah” telah mengambil langkah berani dengan menyokong BERSIH 4 dan bersolidariti dengan cara membuka pintu mereka kepada orang awam untuk berehat dan merawat diri. Masjid disebabkan dikawal terus oleh pihak pemerintah, mungkin tidak dapat menjalankan kewajiban yang sama dengan bebas. Namun, peranan yang dimainkan oleh tempat-tempat ibadat ini adalah satu kejayaan besar bagi BERSIH 4.

Yang keenam, pujian harus diberikan kepada kepimpinan BERSIH yang berjaya bertahan, tidak undur daripada matlamat asal apabila mereka diberi tekanan yang begitu kuat oleh pemerintah untuk tukar lokasi, tukar tarikh dan sebagainya. BERSIH dapat menangkis semua tekanan pemerintah dan menunjukkan keyakinan dari segi memimpin program ini tanpa lemah lutut dan sebagainya.

Yang ketujuh, BERSIH 4 mempunyai satu strategi media yang baik, efisyen dan berkesan. Pihak penganjur berjaya membalas sebarang isu dengan kenyataan media pada kadar yang cepat. BERSIH juga berjaya mengadakan sidang akhbar setiap hari, mengeluarkan kenyataan akhbar dan dapat menangkis sebarang kenyataan kerajaan pada kadar yang segera.

Yang kelapan, BERSIH 4 juga mempunyai satu sistem komunikasi yang baik yang dapat berhubung dengan semua pihak dalam perhimpunan dari segi penyebaran maklumat. Informasi ini berjaya disalurkan kepada orang ramai tentang masa berehat, masa sembahyang dan semua perkara penting. Memang ada penyelarasan baik di semua peringkat dalam perhimpunan BERSIH 4.

(sambung di m/s 9)

Page 9: Sosialis (Sept Okt 2015)

9NASIONALSep-Okt 2015

(sambung dari m/s 8)

Yang kesembilan, kepimpinan masyarakat sivil terutamanya kepimpinan golongan wanita dalam BERSIH 4 amat menyerlah sekali. Walaupun ada kepimpinan parti politik memainkan peranan, tetapi kepimpinan daripada aktivis masyarakat sivil dan NGO tidak boleh diketepikan. Mereka telah memainkan peranan utama. Ketidakhadiran Unit Amal PAS langsung tidak memberi impak. Program kali ini pun hampir keseluruhannya diputuskan oleh Jawatankuasa yang terdiri daripada mereka yang bukan parti politik dan ini merupakan satu lagi kejayaan BERSIH.

Yang kesepuluh, BERSIH 4 berjaya mengutip jumlah wang dana yang memadai dalam jangkamasa yang singkat. Ini menunjukkan memang dapat berharap pada rakyat Malaysia untuk menyokong gerakan ini. Begitu banyak sokongan awam menunjukkan BERSIH 4 mempunyai impak dan dipercayai oleh rakyat.

Yang kesebelas, sokongan daripada BERSIH Global, di mana perhimpunan yang serentak berjaya diadakan di lebih 74 buah bandar di serata dunia. Ini sangat menakjubkan. Ini adalah satu kejayaan yang amat membanggakan dan juga merupakan petunjuk bahawa BERSIH mendapat sokongan rakyat Malaysia di seluruh dunia. Ini juga menjadikan isu ini satu isu antarabangsa dan meletakkan nama BERSIH di pentas dunia.

Yang keduabelas, keseluruhan program BERSIH dari awal hingga akhir, tidak ada langsung unsur perkauman yang ditonjolkan oleh penganjur. Keseluruhan program dijalankan tanpa menghina mana-mana kaum dan agama. Pihak penganjur sentiasa membicarakan slogan-slogan yang dapat menyatupadukan rakyat pelbagai kaum dan agama.

Kelemahan BERSIH 4

Antara kelemahan BERSIH 4 yang amat ketara dan tidak dapat dinafikan adalah kegagalan menarik penyertaan ramai orang Melayu ke perhimpunan. Walaupun agenda

BERSIH bukannya rasis atau anti-Melayu, tetapi nampak sangat BERSIH 4 gagal menarik minat orang Melayu dan ini memberi gambaran bahawa seolah-olah BERSIH ini program orang cina. Selain itu, ia juga memberi isyarat bahawa peranan PAS masih ketara dalam memobilisasi massa dan GHB masih baru dan tidak mempunyai jentera organisasi dan juga kekuatan akarumbi seperti PAS dalam mengerah ahli-ahlinya ke perhimpunan raksasa seperti ini.

Selain itu, daripada tinjauan PSM sendiri, ramai kawasan akarumbi Melayu tidak begitu yakin sama ada perlu turun atau tidak. Tiada usaha yang baik oleh GHB dan juga PKR dari segi memobilisasi massa Melayu. Mereka juga keliru dengan matlamat BERSIH 4 dan ini mungkin disebabkan oleh akhbar Bahasa Melayu dan Bahasa Cina memberikan liputan dan perspektif yang berlainan mengenai perhimpunan ini.

Masalah ini memang adalah satu kelemahan parti-parti pembangkang kerana mereka kurang melakukan kerja-kerja akarumbi di kawasan luar bandar majoriti orang Melayu seperti kawasan yang didiami golongan petani, nelayan dan peneroka FELDA, di mana tempat-tempat ini masih didominasi oleh UMNO.

Kelemahan kedua adalah tuntutan BERSIH 4 berubah dari masa ke semasa sehingga ramai keliru apakah tuntutan bersih sebenarnya. Dalam perhimpunan BERSIH sebelum ini, mereka mempunyai tuntutan yang jelas di bawah tema pilihanraya adil dan bersih. Tetapi kali ini tuntutan BERSIH keliru kerana seolah-olah berubah berdasarkan siapa yang berhujah. Sehingga akhirpun , masih ada keliruan tuntutan BERSIH, sama ada 10 atau 5 atau 3, Maka sehingga akhir, ramai yang tidak tahu apakah matlamat sebenar BERSIH 4.

Kelemahan ketiga adalah atmosfera bunyi vuvuzela dan hon yang

digunakan kadangkala terlalu bising, sehingga nampak seolah-olah ia lebih kepada satu pesta berseronok dan tiada program pendidikan atau perbincangan yang serius diadakan. Apakah mesej akhir yang akan dibawa pulang oleh setiap orang dari perhimpunan BERSIH 4? Walaupun ada kepelbagaian dalam BERSIH 4, tetapi kita gagal memantapkan kepelbagaian ini kepada satu tuntutan yang asas. Atmosfera keriangan ini kadangkala hanya menjadi khayalan, sehingga agenda kuasa rakyat dan tuntutan rakyat yang lebih besar dipinggirkan. Tiadanya program membicarakan secara serius atau teratur bagaimana membina masa hadapan gerakan rakyat atau teratur. Walaupun ada rancangan sedemikian, tetapi tidak dapat dilaksanakan secara berkesan.

Kelemahan keempat adalah kemuncak Program BERSIH 4 sebelum tengah malam nampaknya tidak mencapai satu kemuncak. Ucapan penutup oleh Pengerusi BERSIH 2.0, Maria Chin, tiada kemuncaknya atau memberi satu harapan baru untuk masa hadapan. Mungkin ramai penganjur sudahpun letih setelah program yang agak lama dan panjang. Suasana juga agak keliru dan tegang kerana ada ura-ura akan berlaku ancaman pihak luar dan sebagainya. Ini sedikit sebanyak merosakkan mood dan suasana pada akhir program ini. Maka penutupnya sedikit anti-

klimaks memandangkan ia satu kejayaan bersejarah yang besar.

BERSIH dan cabaran masa hadapan gerakan rakyat

BERSIH mempunyai potensi sebagai satu gerakan yang dapat menyatukan bersama rakyat daripada pelbagai kaum dan lapisan masyarakat. Namun demikian, apa yang diperlukan di negara kita adalah satu Gerakan Demokratik yang lebih jelas dan mantap. Gerakan ini harus diwakili oleh rakyat pelbagai sektor dan lokasi, perlunya membentuk satu program yang jelas, demokratik, inklusif dan serius. Ia harus

membentuk tuntutan-tuntutan yang lebih jelas dan melibatkan penyertaan pelbagai kumpulan seperti kesatuan sekerja, persatuan nelayan, persatuan petani, pemandu teksi, artis hiburan dan kolektif-kolektif rakyat yang pelbagai.

Banyak daripada agenda sekarang hanya menjurus kepada pilihanraya dan tukar kerajaan sedia ada tanpa banyak perbincangan apakah isi dan bentuk kerajaan yang patut ada pada masa hadapan. Banyak daripada persoalan politik diletakkan di bahu parti politik yang lebih banyak cenderung berfikir bagaimana menang pilihanraya daripada berfikir kerajaan jenis apa yang kita perlu.

Rakyat biasa dikerah untuk membuat revolusi dan tukar kerajaan, tetapi jarang kepentingan mereka diambilkira apabila kerajaan baru mengambilalih kuasa. Ini adalah pengajaran sejarah di mana kita tidak boleh lalai apabila membina kuasa rakyat untuk melawan rejim yang sedia ada.

Kita juga dengan jelas dan komited bahawa harus membina satu gerakan yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama, untuk melawan institusi dan kerajaan atau parti yang mempromosi perkauman. Hanya satu gerakan yang meliputi semua kaum dan agama sahaja dapat melawan kumpulan/gerakan fasis dan politik perkauman.

BERSIH sudah tentunya membawa tuntutan dan gerakan rakyat satu langkah ke depan. Namun, pihak BERSIH dan pengkritik BERSIH harus memikirkan bagaimana untuk maju ke depan dari sini. Oleh itu, adalah tugasan penting untuk kita mendidik rakyat bukan sekadar turun ke jalanraya tetapi juga membicarakan jenis perubahan yang kita mahu. Apakah sistem ekonomi yang akan menguntungkan rakyat jelata dan bagaimana memastikan kesilapan kerajaan sekarang tidak akan dikitar semula oleh parti baru, kerajaan baru, harapan baru ataupun gerakan baru?

Setiap pengalaman perjuangan, kita guna untuk maju ke depan. Semoga apabila kita sampai ke BERSIH 5 atau perhimpunan raksasa yang baru, ia adalah gerakan yang lebih mantap daripada gerakan sebelumnya. ##

Page 10: Sosialis (Sept Okt 2015)

Sep-Okt 201510 ISU PEKERJA

Pekerja kontrak tuntut tunggakan gajiPekerja-pekerja daripada Syarikat Double Click telah mengadakan satu protes di hadapan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Perak, pada 25 Ogos yang lalu, menuntut supaya tunggakan gaji mereka dibayar segera.

Syarikat Double Click dipilih dan diberi kontrak oleh JPN untuk mengupah pekerja pembersih. Pekerja-pekerja kontrak yang diupah oleh syarikat tersebut membuat kerja-kerja pembersihan di sekolah dan juga JPN itu sendiri. Namun, syarikat tersebut kerap kali tidak membayar gaji kepada pekerjanya mengikut jadual masa, termasuklah baru-baru ini, majikan masih belum lagi membayar gaji untuk bulan Julai dan Ogos!

Lebih kurang 60 orang pekerja menghadapi masalah gaji tertunggak ini. Majikan juga gagal membuat caruman kepada PERKESO dan KWSP. Ini memang jelas satu penyelewengan yang mencabul hak pekerja.

Pekerja-pekerja tersebut terpaksa menderita lebih dua bulan kerana Kementerian Pendidikan masih belum mengeluarkan cek untuk gaji

bulan Julai dan Ogos. Menurut undang-undang pekerjaan, seorang pekerja harus dibayar gaji sebelum 7 haribulan setiap bulan.

Sejurus selepas para pekerja berprotes, pihak JPN telah memanggil pekerja untuk mengadakan perbincangan. Pihak JPN Perak berjanji akan menyiasat aduan daripada pekerja dan memberi maklum balas dalam tempoh masa 14 hari.

PSM Buntong dan Gabungan Pekerja Kontrak telah membantu pekerja-pekerja yang menghadapi masalah ini dan akan terus memantau perkembangan dalam penyelesaian tuntutan mereka.

Dalam satu kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh Mohanarani Rasiah, AJK Pusat PSM, pada 2 September yang lalu, menyarankan supaya gaji Menteri Pendidikan disekat supaya Menteri itu dapat memahami rintihan kaum pekerja yang tidak dibayar gaji. PSM mengutuk Kementerian Pendikan atas tindakan Kementerian yang kurang bertanggungjawab kerana gagal membayar gaji pekerja untuk bulan Julai. PSM menuntut supaya Kementerian Pendidikan mengeluarkan cek untuk gaji bulan Julai dengan serta-merta dan memastikan gaji bulan Ogos tidak dilewatkan. Langkah-langkah harus diambil untuk mengurangkan “red

tape” supaya pekerja dibayar gaji mengikut undang-undang.

PSM juga merakamkan kekecewaannya terhadap sikap Kementerian Pendidikan yang tidak berprihatin pada nasib golongan pekerja yang miskin dan tidak mematuhi undang-undang pekerjaan. Pekerja yang berpendapatan rendah ini bergantung sepenuhnya pada gaji mereka (RM900 setiap bulan) untuk memperolehi keperluan asas hidup, membayar

tambang bas sekolah, menjelaskan bil-bil dan hutang. Tanpa satu bulan gaji, sudah tentu keluarga pekerja banyak menderita. Sejak bulan Februari 2015, PSM telah membangkitkan isu kelewatan dalam membayar gaji untuk pekerja kontrak ini kepada Bahagian Perolehan tetapi Kementerian tidak mengambil berat tentang isu ini. Surat juga telah dihantar baru-baru ini kepada Setiausaha Bahagian Perolehan tetapi masih tiada maklumbalas. Kalau hak asasi pekerja kontrak di pejabat kerajaan sendiri pun tidak terjaga, macam mana pula dengan pekerja kontrak di swasta? ##

Orang Asli Pos Lanai cabar TNB di mahkamahOrang Asli di Pos Lanai, Kuala Lipis, Pahang, sedang membawa kes mereka ke hadapan hakim di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Jawatan Bertindak Tanah dan Wilayah Adat Pos Lanai meminta pada hakim supaya memutuskan dua perkara, iaitu:1. Perlukah kes ini dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Temerloh seperti yang diminta oleh Kerajaan Pahang? Kes saman ini juga difailkan ke atas Tenaga Nasional Berhad (TNB), Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) dan Kerajaan Malaysia.2. Bolehkah injunksi diberikan kepada Jawatankuasa Bertindak untuk memberhentikan TNB daripada membuat kerja-kerja berkaitan Empangan Telom di Pos Lanai?

Kes ini merupakan kali pertama Pusat Khidmat PSM Cameron Highlands membantu Orang Asli dalam mempertahankan tanah adat melalui tindakan mahkamah. Di samping itu, kes ini juga mencungkil persoalan berkenaan halatuju polisi pembangunan sumber tenaga di Malaysia.

Pembangunan sumber tenaga

yang boleh diperbaharui seperti empangan hidroelektrik dialu-alukan; tetapi adakah pembinaan Empangan Telom boleh dianggap sebagai satu projek hidroelektrik yang berguna? Lebih daripada 7600 hektar hutan akan ditenggelamkan untuk menjana kuasa hanya 132 MW! Ini adalah sangat rendah berbanding Empangan Ulu Jelai yang terletak dalam lingkungan 50 km dari Empangan Telom. Empangan Ulu Jelai yang hanya mempunyai keluasan sekitar 500 hektar boleh menjana kuasa 382 MW. Ini adalah kerana Empangan Ulu Jelai dibina di kawasan mencuram, manakala Empangan Telom di atas kawasan mendatar.

Negara kita juga tidak memberikan penekanan ke atas pembangunan tenaga solar atau angin. Namun, apa yang diragui adalah kerakusan pemerintah dan TNB untuk berlumba-lumba membina struktur-

struktur penjanaan tenaga yang besar dan tidak berbaloi seperti Empangan Telom dan juga loji reaktor nuklear yang telah dicadangkan. Adakah kerakusan ini lebih kepada menyediakan sumber tenaga yang boleh diperbaharui atau memberikan kontrak pembinaan kepada kroni-kroni?

Jawatankuasa Bertindak Tanah dan Wilayah Adat Orang Asli Pos Lanai telah mula mempersoalkan tindakan TNB dan Kerajaan Pahang yang telah melakukan kerja-kerja pembinaan Empangan Telom sekitar tahun 2013. Walaupun TNB menjawab kebanyakan memorandum dan surat yang dihantar, namun persoalan utama tidak pernah dijawab. Persoalan tersebut adalah apakah kepentingan untuk membina Empangan Telom yang menjana kuasa 132 MW tetapi menenggelamkan lebih 7600 hektar hutan. Banyak memorandum,

perbincangan, aduan polis dan protes telah dibuat terhadap TNB Pahang, TNB Pusat, Kerajaan Pahang dan Kementerian Tenaga. Namun semua jawapan dan hasil perbincangan hanya menunjukkan bahawa keinginan TNB dan Kerajaan Pahang hanya satu: meneruskan projek Empangan Telom

tanpa mempedulikan apa jua masalah dan penentangan. Apakah dorongan untuk TNB dan Kerajaan Pahang berbuat demikian masih merupakan tanda tanya. Adakah kerana kayu balak atau emas? 7600 hektar kawasan kayu balak untuk ditebang tanpa keperluan permit balak atau desas-desus mengatakan kawasan ini kaya dengan emas? Terdapatnya satu lombong emas hanya terletak dalam lingkungan 30 km dari Empangan Telom.

Dalam keadaan sebegini, Jawatankuasa Bertindak tiada jalan lain selain daripada memfailkan Writ Saman dan injunksi untuk menghentikan Empangan Telom di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Perjuangan ini bukan sahaja perjuangan Jawatankuasa Bertindak orang asli untuk mempertahankan tanah dan wilayah adat mereka, tetapi perjuangan ini juga adalah:1. Perjuangan alam sekitar - mempertahankan lebih 7600 hektar hutan yang akan ditenggelamkan kerana pembinaan empangan yang tidak berbaloi.2. Perjuangan ke arah sumber tenaga selamat dan efisyen - 7600 hektar untuk kuasa elektrik hanya 132 MW? Hampir kesemua empangan hidroelektrik di dunia tidak beroperasi 100%. Ini bermakna kuasa yang akan dihasilkan oleh Empangan Telom lebih rendah daripada 132 MW. ##

Page 11: Sosialis (Sept Okt 2015)

11ANTARABANGSASep-Okt 2015

150 juta pekerja mogokIndia

Seramai 150 juta pekerja India telah bermogok satu hari pada 2 September yang lalu, sehingga melumpuhkan banyak tempat di negara dengan jumlah penduduk yang kedua besar di Dunia.

Mogok besar-besaran yang terbaru ini boleh dikatakan aksi mogok yang terbesar dalam sejarah India. Pada 3 tahun yang lepas, iaitu pada bulan Februari 2012, pekerja-pekerja di seluruh India juga mengadakan aksi mogok yang serupa untuk selama 2 hari.

Aksi mogok terbaru ini dianjurkan oleh 10 persekutuan kesatuan sekerja di negara India, untuk membantah dasar kerajaan pimpinan Narendra Modi yang cuba mendampingi kapitalis besar antarabangsa dengan menghakis hak pekerja. Ini merupakan gelombang bantahan rakyat yang terbesar sejak Modi mengambilalih pentadbiran India sebagai Perdana Menteri pada tahun 2014.

Demi memberangsangkan “pelaburan”, kerajaan pimpinan Modi telah merancang untuk melakukan rombakan hebat ke atas undang-undang buruh di negara India, dengan niat mengurangkan hak pekerja untuk melindungi keuntungan golongan kapitalis. Kerajaan Modi juga bercadang untuk menjual saham badan milik kerajaan, menggadaikan harta awam kepada golongan korporat yang hanya mementingkan keuntungan.

Organisasi-organisasi pekerja yang menyertai mogok umum satu hari ini termasuklah Kongres Kesatuan Sekerja Nasional India (INTUC), Kongres Kesatuan Sekerja Seluruh India (AITUC), Hind Mazdoor Sabha, Pusat Kesatuan Sekerja India (CITU), Pusat Kesatuan Sekerja Bersatu Seluruh India (AIUTUC), Jawatankuasa Penyelarasan Kesatuan Sekerja (TUCC), Persatuan Wanita Kerja Sendiri India (SEWA), Majlis Pusat Kesatuan Sekerja Seluruh India (AICCTU), Kongres Kesatuan Sekerja Bersatu (UTUC) dan Persekutuan Progresif Buruh (LPF). Ini merupakan kali

kedua wujudnya kerjasama antara pertubuhan-pertubuhan pekerja yang terdiri daripada pelbagai aliran ideologi selepas mogok nasional tahun 2012.

Kesatuan pekerja bank dan sektor perkhidmatan yang lain juga menyertai mogok nasional ini. Pekerja yang bermogok terdiri daripada pelbagai sektor, termasuklah pekerja awam di jabatan kerajaan, pekerja sektor swasta, pekerja kontrak dan sebagainya.

Dengan tekanan hebat aksi mogok ini, wakil kerajaan menawarkan pada kesatuan-kesatuan sekerja bahawa kerajaan sudi berkompromi, termasuklah menaikkan gaji minimum dan memperbaiki kebajikan pekerja. Namun, hasrat kerajaan Modi untuk melindungi kepentingan kapitalis itu masih amat kuat dan barangkali kompromi yang dibuat itu hanyalah untuk meredakan sementara kemarahan para pekerja.

Pekerja-pekerja di merata tempat telah turun berdemonstrasi bersempena dengan aksi mogok nasional. Tercetusnya pertembungan antara pekerja dengan pihak berkuasa di banyak tempat, termasuklah di Bengal Barat, Kerala, Karnataka dan Tamil Nadu.

Di wilayah Bengal Barat, penyokong Parti Komunis India (Marxsis) telah bertembung dengan penyokong Parti Kongres Trinamool (parti pemerintah di Bengal Barat) yang cuba menghalang aksi mogok. Di Puducherry, lebih kurang 1000 orang anggota kesatuan ditangkap polis.

Trafik di banyak tempat telah lumpuh kerana mogok pekerja. Banyak kedai tidak menghiraukan arahan daripada persatuan peniaga, dan terus menutup kedai.

Walaupun ekonomi negara India bertumbuh secara pesat sejak beberapa tahun kebelakangan ini, namun jurang perbezaan antara yang kaya dengan yang miskin semakin melebar. “Reformasi ekonomi” yang dibawa oleh kerajaan Modi menjurus kepada melindungi keuntungan kapitalis dengan dasar-dasar anti-pekerja. Dasar kerajaan yang pro-kapitalis ini telah memburukkan lagi ketidaksamarataan ekonomi di

negara India. Di bawah dasar kerajaan yang anti-pekerja, pekerja yang menyumbangkan tenaga mereka untuk pembangunan ekonomi juga semakin susah untuk berorganisasi demi melindungi hak mereka.

Di negara India, sebanyak 85% kilang pembuatan mengupah kurang daripada 50 orang pekerja. Kilang-kilang kecil ini kebanyakannya melakukan kerja “outsourcing” untuk syarikat korporat besar. Separuh daripada pekerja-pekerja yang bekerja dalam kilang-kilang kecil sebegini diupah secara kontrak jangka masa pendek, dan hanya mendapat gaji sebanyak USD 5 sehari. Sekarang ini, kehidupan pekerja India akan terjejas lebih lagi apabila kerajaan Modi cuba menghakis hak pekerja demi melindungi kepentingan pelabur asing.

Mogok besar-besaran yang melumpuhkan ekonomi ini menunjukkan bahawa kuasa pekerja adalah sesuatu yang begitu hebat. Pekerja menuntut pada kerajaan supaya kekayaan yang dihasilkan daripada titik peluh pekerja itu diagihkan secara adil dan samarata, serta hak pekerja dilindungi oleh dasar kerajaan yang lebih berperikemanusiaan. ##

Sambil lalu, ambil tahu

Sejak bermulanya Revolusi Industri, takat asid permukaan air laut telah meningkat sekitar 30 peratus. Takat asid air laut akan memberi impak kepada hidupan marin. Keasidan yang tinggi menyukarkan beberapa spesis untuk membentuk struktur kalsium seperti cangkerang, terumbu, dan kerangka.

Page 12: Sosialis (Sept Okt 2015)

Sep-Okt 201512 BUDAYA

“Parti malam ini, lokap besok hari!”

oleh Shazni Bhai

Lebih kurang 11.30 malam. Aku masih di luar pintu belakang, menikmati malam dengan bunyi muzik yang berkumandang dari dalam rumah. Ramai rakan-rakan di sekeliling bersembang, lalu lalang keluar masuk pintu papan sekeping. Kelihatan van putih yang lalu di jalan sempit belakang rumah itu, mendetik satu perkataan di hatiku, "Polis?"

Tekaanku terbukti benar apabila sebuah lagi van menyusul beberapa saat selepas itu. Sarat dengan anggota berpakaian preman dan ves hijau terang. Tapi aku masih kaku di situ. Suara yang tak terkeluar dari mulutku dizahirkan oleh teriakan seorang rakan sekaligus seperti orang yang nyenyak tidur disimbah air sejuk.

"Polis! Polis! Polis! Polis! Polis! Polis!"

Rakan yang panik berteriak itu lari meluru ke dalam memberi peringatan kepada yang lain. Dia dikatakan naik ke pentas dan merampas mikrofon. "Polis! Polis! Polis! Polis! Polis! Polis!"

Rakan-rakan yang lain kebingungan kerana memikirkan ia adalah satu gimik persembahan.

“Lagu baru?!”

Aku lihat teman yang datang bersamaku menyusup lari. Aku mula membuka langkah untuk mengikutinya. Tapi langkahku dihalang oleh seorang pakcik yang berpakaian preman tetapi tanpa ves hijaunya.

"Semua masuk ke dalam!"

Aku bersama kawan-kawan lain yang ada di luar pintu belakang tercengang. Kami tiada pilihan lain. Arahan tadi diulangi oleh polis itu lalu aku bergegas masuk ke dalam Rumah Api memikirkan mungkin boleh keluar melalui pintu depan. Tetapi pintu depan telah dikepung oleh ramai anggota dari luar.

Ada salah seorang rakan menonggeng demi mengintai keluar melalui celahan bawah pintu.

"Ramai?..."

Dia mengangguk kepada aku.

Kami diminta untuk duduk di lantai dan menyerahkan pengenalan masing-masing. Barangan yang ada pada kami juga diperiksa. Aku memberi kerjasama sepenuhnya, mengeluarkan dan menunjukkan kepada anggota yang memeriksa satu persatu barangan peribadi. Anggota itu kelihatan seperti “orang baru”. Air muka dan bahasa badannya mempamerkan bahawa “aku tidak bersalah, aku jalankan tugas”. Aku mencelah arahan-arahan skema yang diberikannya.

“Ok. Saya akan keluarkan barang satu persatu dan tunjukkan kepada encik. Saya faham, encik jalankan tugas. Saya faham.”

Dia seperti agak terkejut kerana aku berikan kerjasama. Mungkin dia menyangka orang seperti kami hanya tahu memberontak sebarangan sahaja. Setelah habis diperiksa, dia bertanya pula padaku.

“Cakap terus terang, ada hisap apa-apa bahan tak? Sebab lepas ni ada buat ujian

air kencing.”

Aku geleng dengan penuh yakin “Tak ada. Saya 'clean'. Kalau nak periksa, silakan. Takda masalah.”

Tingkat atas Rumah Api turut digeledah. Habis semua barangan dipunggah. Anggota-anggota bersenjata turut berkawal di tingkat atas. Banyak buku, karya seni, dan poster dirampas. Semua alatan muzik dan audio turut dirampas.

Kami tidak diberitahu adakah kami ditahan ataupun sebab mengapa kami ditahan. Kami diarah untuk memasuki trak Black Maria. Aku diberitahu bahawa kami akan dibawa ke Balai Ampang Jaya untuk ujian air kencing. Kami juga diberi amaran agar tidak menggunakan telefon bimbit. Aku sempat menghantar sms dan membuat panggilan kepada beberapa komrad PSM. Selepas itu aku berteriak,

“Dengar sini kawan-kawan, kita akan dibawa ke balai Ampang Jaya. Polis akan jalankan ujian air kencing dan akan minta keterangan daripada kita. Pastikan kamu hanya direkodkan percakapan dalam keterangan 112. Apabila ditanya, hangpa boleh jawab 'saya jawab di mahkamah'. Jangan takut, kita ada hak.”

“OK!” Yang lain menyahut lantas memberi semangat kepadaku.

Balai Ampang Jaya tidak jauh dari Rumah Api. Cuma beberapa kilometer sahaja. Setibanya di sana, setelah turun dari trak, kami disusun beratur dalam bilangan 10 dan mengikut turutan nama yang dipanggil. Satu persatu barisan dipanggil untuk mengambil bekas sampel, menandatangani pengakuan memberi sampel air kencing untuk diuji, ke tandas, dan menguji air kencing dengan 3 keping kertas litmus.

Dalam barisan setelah mengambil bekas sampel, aku tersedar ada seorang anggota sedang menahan ketawa melihat muka aku. Aku pandang tepat ke mukanya.

“Macam Wak Doyok!” dia ketawa ringan.

Air muka aku masih tak berubah. Masih serius.

“Siapa Wak Doyok?”

Terus terhenti riang ria di wajah anggota tadi.

“Tak kenal Wak Doyok ke?”

Dia tersentap kerana tahu lawaknya hambar. Di kaunter yang terdapatnya borang pengambilan sampel air kencing, makcik-makcik yang bertugas bertelingkah kecil sesama mereka.

“Kenapa pula aku yang kena buat? Hantarlah sana.”“Eh ini bukan aku yang punya!”“Tak Tahu. Aku tak tahu. Bukan aku yang buat.”

Perkara kecil seperti tempat untuk dibuang semua sampel yang telah selesai diuji turut digaduhkan sesama mereka. Mungkin mereka tertekan oleh kerana dikerah untuk operasi “khas” malam itu.

Air kencing yang dikumpul dalam bekas yang disediakan dibawa kepada satu lagi kaunter untuk diperiksa. Dua orang

anggota yang bertugas tidak jemu menjelaskan prosedur yang mereka jalankan.

“Ok. Ini ada 3 keping. Amp untuk Amphetamine, K untuk Ketamine, dan satu lagi untuk Morfin. Awak celupkan hujung kertas ke dalam air kencing dalam bekas, dan letak balik atas bekas. Kalau negatif, 2 garis akan timbul di tengah kertas.”

Setelah menunggu, 2 garisan yang disebutkan timbul. Lega.

“Negatif. Pergi semula ke kaunter sana.”

Ada juga seorang yang tidak dikenali telah digari dan diberi ceramah oleh beberapa anggota. Agaknya air kencing dia positif. Hati masing-masing merasa lega kerana air kencing kami bersih, dan tidak sabar untuk keluar dari balai. Lampu simbah bersaiz besar dipasang ke arah kami yang berkumpul semula di atas jalan tar menghadap bangunan balai. Timbul tanda tanya sama ada penahanan kami mungkin disiarkan di TV perdana.

Kami diarahkan pula untuk berpindah ke kawasan parkir motorsikal beberapa meter dari situ. Ketika kumpulan kami dipanggil untuk bergerak, aku merasa lega. Ku fikirkan kami akan dilepaskan kerana tiada dadah dalam air kencing kami.

Rupa-rupanya kami dikumpulkan dan “dikurung” dalam lilitan pita garis kuning yang memagari ruang parkir itu. Kami dipanggil dalam bilangan 5 orang naik ke atas bangunan. Hatiku mencarut, apa lagi yang mereka mahu dari kami? Oleh kerana masa yang diambil agak lama, ada antara kami kepenatan dan tidur sahaja di situ. Aku dan beberapa rakan lain ambil kesempatan untuk menghasut rakan-rakan yang masih berjaga tentang hak mereka.

Ada seorang rakan yang lebih berumur antara kami memberitahu bahawa dia telah ditanya mengenai kaitan antara himpunan Bersih 4 dan gig yang berlangsung malam itu. Kami semakin marah dan risau.

Aku menunggu giliranku dipanggil sehingga hampir 4 pagi. Akibat keletihan, aku pun tidur sahaja di situ. Ketika aku terjaga waktu itu lebih kurang pukul 7 pagi. Giliran kumpulan aku masih belum tiba. Hampir 9 pagi, 5 orang termasuk aku sendiri dibawa naik ke tingkat atas pejabat untuk diambil keterangan. Sedang menunggu, aku terdengar ada anggota yang bertanya kepada rakan yang lain,

“Ni geng Anarki yang mana satu?”

Aku dan seorang lagi rakan dibawa pula ke pejabat paling bawah. Aku tak faham kenapa aku perlu diusung ke situ. Sampai ke pejabat, seperti yang disangka aku dibawa menghadap pegawai Cawangan Khas bahagian politik dan seorang pembantunya yang mencatat dengan komputer.

“Awak ni Melayu atau Pakistan?”

“Saya tak ada bangsa.”

“Eh biar betul. Takkan tak ada bangsa?”

“Melayu atau Pakistan? Melayu Islam kan?”

Seperti biasa mereka

sepatutnya bertanya tentang maklumat asas peribadi dahulu. Tapi dengan hanya bertanya nama penuh dan nombor kad pengenalan, mereka terus mahu mula menyoal tentang kejadian semalam.

“Tunggu dulu. Sebelum saya jawab apa-apa soalan, saya nak tanya. Ini prosedur apa?”

“Tidak apa. Kami cuma mahu rekod saja.”

“Tak. Saya mahu prosedur yang sepatutnya. Saya mahu keterangan 112.”

Kedua-dua anggota itu berpandangan sesama sendiri. Anggota wanita yang berdepan dengan komputer dan aku kemudian bertanya;

“Awak nak soal kami atau awak nak kami soal awak atau macam mana?”

“Tak. Saya tanya, ini prosedur apa? Saya nak yang ada borang keterangan. Bukan hanya catat dalam komputer. Saya mahu hak saya.”

“Ok. Sekejap. Saya panggil pegawai.”

Dia keluar dari pejabat itu. Meninggalkan aku dengan orang atasannya yang duduk bersila di atas sofa. Kepalanya bertutup dengan “hoodie”. Masih muda lagi. Dari matanya terlihat tanda tidak cukup tidur. Gayanya seperti seorang pengedar dadah dalam filem tempatan.

“Awak tahu tak apa awak semua buat tu salah dari segi agama? Ada arak semua tu salah tahu tak? Awak tahu tak pasal Rumah Api ni? Awak tahu sebelum ni nama Rumah Api tu Gudang Noisy? Tempat tu ada rekod sebelum ni. Kami pernah serbu dan jumpa dadah. Saya tahu awak tak bersalah. Tapi awak kena bagi kerjasama. Awak tak bersalah, tapi awak tak tahu dalam kalangan awak semua ada kumpulan subversif. Awak minat muzik jenis apa? Heavy Metal?”

“Apa kaitan jenis muzik dengan kes ini?”

“Ya lah. Muzik jenis Heavy Metal mestilah akan ambil dadah.”

“Awak pernah ditahan sebelum ini kan?”

“Saya tak mahu jawab.”

“Baik. Kalau awak tak mahu cakap. Awak semua akan dapat susah.”

Lebih kurang begitulah apa yang dikatakan dalam bilik itu. Aku berasa amat kurang senang dengan anggota itu kerana tahu dia dari cawangan khas politik. Aku terlihat gambarnya beserta jawatan di pintu pejabat ketika menunggu di atas tadi.

Aku selamat dari terus diserang apabila anggota yang dari luar memanggil aku untuk dibawa kembali ke pejabat di atas tadi. Aku duduk di atas sofa di ruang menunggu di pejabat bersama rakan lain yang telah selesai diambil keterangan. Ada seorang di sebelahku sempat membelek akhbar Utusan dan menunjukkan kepadaku satu berita dengan tajuk,

“Pihak Polis pantau kumpulan Anarkis”

Dalam hati bermain kemungkinan selepas ini boleh keluar dari balai itu dan meneruskan aktiviti lain. Tapi polis memang seperti mahu menghukum kami. Aku mengambil ringan kata-kata anggota Cawangan Khas itu tadi. Kami dibawa berkumpul semula di ruang parkir tadi. Roti dan air mineral diedarkan. Aku dapat lihat kawan-kawan yang masih gigih menanti di luar balai sejak semalam lagi.

(sambung di m/s 13)

Poster acara gig pada malam itu yang dikatakan bersifat subversif. Walhal tajuknya diilhamkan dari “Dance tonight, revolution tomorrow” iaitu sebuah lagu oleh kugiran Orchid.

Page 13: Sosialis (Sept Okt 2015)

13BUDAYASep-Okt 2015

(sambung dari m/s 12)

“Korang ni tak tahu bersyukur! Dah bagi makan minum tak tahu nak kemas tempat ni, buang sampah elok-elok!” Ada seorang anggota memarahi kami semua. Kami masih duduk buat selamba.

“Tunggu apa lagi! Kemaslah! Oh nanti kejap. Semua duduk. Kita bagi kerja kemas-mengemas ni kepada orang perempuan. Ini kerja perempuan!”

Celaka. Seksis. Beberapa orang dari kami yang berasa tidak puas hati bangkit mengutip sampah yang ada. Kami kemudian dikumpulkan pula di atas jalan tar menghadap balai itu seperti mula-mula sampai semalam. Ada ramai anggota yang baru masuk bertugas dan tidak tahu butiran tentang kes kami. Sedang kami berkumpul, ada seorang peguam muda masuk dan mula mengambil butiran dari kami. Peguam-peguam lain mula hadir. Lebih kurang 8 orang semuanya. Ada antara mereka yang memang sudah saling kenal dengan beberapa rakan yang ditahan. Aku mengambil kesempatan untuk memberitahu kepada seorang peguam bahawa ada antara kami yang keliru dan keterangan yang diambil tidak mengikut prosedur yang sepatutnya.

Meja dari dalam pejabat dibawa keluar dan di hadapan kami semua ialah majistret. Kami hanya tahu sebab kami ditahan setelah permohonan reman dibacakan oleh Pegawai Penyiasat, iaitu ASP Jeswant Singh. Kami disiasat bawah Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan, Seksyen 143 Kanun Keseksaan berhubung kesalahan perhimpunan haram, dan Seksyen 6 Akta Hiburan. Kami dikatakan menghasut orang ramai membenci kerajaan dan terlibat dengan aktiviti yang mengancam demokrasi berparlimen.

Ketika itu aku terlihat kelibat komrad Selvam bersama anak-anaknya masuk ke balai, meminta polis memberi penjelasan. Berlaku sedikit pertelingkahan sehingga Pegawai Penyiasat pun turut mencelah.

Pihak peguam bersungguh berhujah mengatakan kami tiada kaitan dengan perhimpunan BERSIH 4 pada hari itu, dan tiada apa-apa yang menghasut atau mengancam demokrasi. Namun majistret berpihak kepada Polis dan membenarkan kami semua direman selama 3 hari, manakala bagi Man dan Wan, yang menguruskan Rumah Api direman 4 hari. Kami dibawa ke lokap. Lebih kurang 20 orang lagi dibawa ke Ulu Klang manakala tahanan wanita dibawa ke Pandan Indah.

Kami ditempatkan dalam 2 lokap. Seramai lebih kurang 30 tahanan dalam satu lokap. Sarat. Keadaan di dalam panas, lembap, dan diharumi segala macam bau. Busuk, hancing, hapak dan hanyir. Lubang tandas pula tiada tangki simbah untuk mencuci. Sejak dari hari pertama, makan tengahari dan malam kami hanyalah nasi dan ikan “jaket” dan air sirap tanpa gula. Yang berbeza hanyalah kuahnya sahaja. Hari pertama - kicap. Hari kedua dan ketiga kuah warna merah. Untuk sarapan kami dihidangkan roti ban yang boleh dibuat bantal. Rakan-rakan di lokap seberang dari kami memasukan roti ban itu ke dalam plastik dan bermain bola dengannya. Kami pula tidak banyak bergerak. Ada antara kami yang menghabiskan masa dengan baring dan tidur. Tetapi ada antara kami yang berpendapat bahawa masa ialah musuh utama kami. Jadi amat tertekan untuk kami berdiam, tidur, dan termenung seorang diri sahaja. Aku mengambil kesempatan memulakan “kuliah” dengan bertanya kepada kepada salah seorang rakan OKT yang kami anggap senior dalam sub-budaya Punk.

“Boss, macam mana budaya Punk mula masuk ke Malaysia?”

Dia bersama rakan sekugirannya pun dengan penuh bersemangat bercerita permulaan segalanya. Dengan analisa gaya akademik dan ada perkaitan dengan kesan penjajahan kolonial British. Dari cerita tentang Punk membawa kepada cerita tentang budaya Pop khususnya dari era 60-an ke 90-an. Kami akan ketawa berdekah jika ada rakan yang berangan-angan dapat makan itu dan ini.

Ada juga rakan aktivis yang ditahan bersama tidak melepaskan peluang untuk terus menghasut rakan-rakan lain tentang kezaliman akta hasutan. Rakan aktivis itu juga sempat berdiskusi tentang sejarah Nusantara. Kami dapat beberapa maklumat dari anggota yang menjaga lokap bahawa unit yang menyerbu Rumah Api ialah Unit Khas Narkotik yang diberi nama “Sting” dari Bukit Aman. Kami juga diberitahu bahawa tiada tangkapan dibuat di perhimpunan BERSIH.

Ramai yang bersorak gembira pada hari ketiga. Pegawai penyiasat memberitahu kepada kami bahawa dia berpuas hati dengan keterangan yang diberikan dan reman tidak akan disambung. Kesemua kami dibebaskan tanpa syarat kecuali 2 orang rakan dari Filipina dan Indonesia yang masih direman atas sebab masalah ralat dalam mencari rekod Imigresen. Kedua-dua mereka masing-masing dibebaskan pada hari keempat dan kelima

setelah ramai kawan-kawan di luar bersolidariti memberi tekanan.

Pada pagi 4 September 2015, Man, iaitu kawan yang menguruskan Rumah Api dipanggil oleh ASP Jeswant. Pada mulanya dia sangkakan hanya perlu pergi memberi keterangan di balai. Tetapi Pegawai Penyiasat itu telah membawa Man ke Mahkamah Majistret Ampang. Man telah mengaku tidak bersalah atas pertuduhan di bawah Akta Hiburan. Dia telah diikat jamin sebanyak RM 2500. Man diminta hadir semula ke mahkamah pada 7 Oktober 2015. Segala barangan yang dirampas masih berada dengan pihak polis.

Bagi kami, walaupun kejadian ini telah berakhir namun tidak mematahkan semangat. Kami menganggap ini adalah suatu pembulian penguasa terhadap anak muda yang mempunyai pemikiran tersendiri. Kami tidak akan berdiam diri apatah lagi dengan layanan terhadap tahanan wanita yang dipaksa untuk menukar tuala wanita di hadapan anggota. Setiap tahanan mempunyai hak. Kejadian ini juga menyedarkan kami untuk lebih giat menjalankan aktiviti mendidik sesama anak-anak muda khususnya penggiat budaya alternatif tentang hak dan undang-undang. ##

Gambar yang sempat dirakam oleh seorang rakan ketika serbuan dijalankan.

Rumah ApiRuang anak muda Punk

Dahulunya dengan nama Gudang Noisy, Rumah Api dikenali oleh golongan Punk dan penggiat muzik alternatif tempatan, malahan dari negara-negara seberang. Rumah kedai yang terletak di pekan Ampang, berhampiran dengan Balai Polis Trafik telah dijadikan satu ruang yang bersifat autonomi dan menggalakkan kesamarataan. Di situ, hirarki tidak diamalkan.

Selain acara gig, banyak lagi akiviti lain yang telah dijalankan. Rumah Api turut terlibat sama dalam panganjuran Food Not Bombs, iaitu

aktiviti memasak dan menghidang makanan untuk gelandangan dan warga miskin kota. Food Not Bombs dijalankan mingguan dan secara gotong-royong. Selain itu ada juga acara Really Really FREE Market yang menyerupai acara pasar jualan komuniti tetapi segalanya percuma.

Di situ juga menjadi tempat untuk kawan-kawan dari luar menumpang berteduh. Banyak buku-buku bagi

menggalakkan idea-idea melawan penindasan dan hak sesama makhluk terdapat di Pustaka di tingkat atas. Sebelum ini Pustaka itu juga telah menjadi tempat untuk diskusi bersama aktivis, pengkarya, dan anak muda.

Rumah Api mengalu-alukan sesiapa saja untuk turut serta dalam aktiviti-

aktiviti mereka. Bagi sesiapa yang mahu ke Rumah Api harus faham pendirian mereka bahawa mereka tidak mengalu-alukan sifat perkauman, seksis, homofobia, dan keganasan.

Ruang seperti ini yang menggalakkan penglibatan anak muda khususnya dalam melawan penindasan dan berkongsi dasar kemanusian haruslah disokong. Oleh kerana prinsip-prinsip bawaannya, tidak mustahil Rumah Api telah menjadi sasaran penguasa. ##

Page 14: Sosialis (Sept Okt 2015)

Sep-Okt 201514 ANTARABANGSA

Rakyat kepung parlimenJEPUN

Bantah undang-undang perangApabila dunia sedang menyambut ulangtahun ke-70 tamatnya Perang Dunia Kedua, fahaman fasis ketenteraan masih berkeliaran di negara Jepun. Rang Undang-undang Perlindungan Keselamatan yang dibawa oleh Perdana Menteri Shinzo Abe, yang mengandungi fasal membenarkan negara Jepun menggunakan “hak pertahanan kolektif”, telah menimbulkan kebimbangan tentang pengembalian militarisme di negara yang mengalami kehancuran peperangan pada 70 tahun yang lepas.

Pada 30 Ogos yang lalu, seramai 120,000 orang rakyat Jepun telah berhimpun di luar bangunan Parlimen Jepun di Tokyo, melaungkan slogan “bantah perang”! Ada juga menjerit, “undur Abe!” Demonstrasi pada skala yang lebih kecil juga berlaku di lebih 200 tempat di seluruh negara Jepun. Di Osaka, seramai 25,000 orang turun ke jalanraya untuk membantah undang-undang keselamatan baru dan menentang kerajaan pimpinan Abe. Ini merupakan demonstrasi jalanan yang terbesar di Jepun sejak beberapa dekad kebelakangan ini.

Dewan Rakyat Jepun telah meluluskan rang undang-undang yang kontroversi tersebut dan diserahkan kepada Dewan Senat untuk perdebatan dan kelulusan. Parti Demokrat Liberal yang dipimpin oleh Abe dan sekutunya Parti Komeito telah menguasai 2/3 kerusi dalam Dewan Rakyat, dan lebih separuh kerusi di Dewan Senat. Oleh itu, Abe berkeyakinan bahawa Rang Undang-undang Perlindungan Keselamatan yang penuh dengan kontroversi itu boleh diluluskan. Rang undang-undang tersebut membenarkan tentera Jepun melibatkan diri dalam operasi ketenteraan antarabangsa walaupun negara Jepun atau rakyatnya tidak menghadapi apa-apa ancaman langsung. Rang undang-undang sebegini telah bercanggah dengan semangat Perlembagaan Jepun pasca Perang Dunia Kedua yang berpegang pada prinsip keamanan.

Penggubalan undan-undang perang ini adalah hasrat puak berhaluan kanan di Jepun selama ini, yang ingin mengembalikan kegemilangan Empayar Jepun dengan penguasaan dari segi ketenteraan. Ini telah menimbulkan ancaman kepada keamanan serantau Asia. Rang undang-undang baru ini disokong oleh sekutu rapat Jepun, Amerika Syarikat, yang sedang mengalihkan semula pengaruhnya ke rantau Asia. Memang kerajaan Amerika Syarikat cuba menyekat negara China dan Rusia dengan menyokong pembangunan ketenteraan Jepun. Tindakan sebegini akan mencetuskan perlumbaan senjata dan menggugat keamanan di rantau Asia.

Satu gelombang anti-perang telah tercetus untuk menentang rang undang-undang perang yang dibawa oleh Abe. Rakyat Jepun yang berusia tua masih tidak dapat lupakan malapetaka yang timbul akibat daripada peperangan, khususnya dua bom atom yang digugurkan oleh tentera AS di bumi Jepun. Mereka tidak mahu kehancuran perang akibat daripada persaingan kuasa-kuasa besar itu berulang lagi. Anak muda dan

pelajar yang dipinggirkan oleh politik aliran utama selama ini turut berorganisasi untuk menentang undang-undang perang. Mereka telah menjadi pencetus utama untuk gerakan anti-perang terbaru ini.

Sekumpulan pelajar universiti telah menubuhkan satu organisasi bergelar “Aksi Kecemasan Pelajar untuk Demokrasi Liberal” (SEALDs) pada bulan Disember 2013 bagi membantah Akta Rahsia Negara. SEALDs telah memainkan peranan penting dalam menggerakkan aksi

anti-perang baru-baru ini. SEALDs telah mengadakan aksi protes membantah undang-undang perang berdekatan dengan bangunan Parlimen sejak beberapa bulan yang lalu. Adanya sekumpulan pelajar mengadakan mogok lapar di hadapan Parlimen.

Ada juga banyak kumpulan masyarakat ditubuhkan untuk membantah perang, seperti kumpulan “Ibu Membantah Perang” yang baru ditubuhkan pada bulan Julai yang lepas. Satu lagi kumpulan yang bergelar “Jawatankuasa Anti-Perang 1000” pula mengutip sebanyak 1.65 juta tandatangan untuk membantah rang undang-undang perang.

Krisis kapitalis antarabangsa merupakan punca kepada krisis perebutan kuasa antara negara imperialis pada awal abad ke-20, sehingga berlakunya dua perang dunia yang meragut jutaan nyawa. Krisis ekonomi kapitalis sedunia sekarang ini juga menimbulkan persaingan ketenteraan antara kuasa-kuasa besar. Ini telah mendatangkan ancaman serius kepada keamanan sedunia. Rakyat Jepun yang cintakan keamanan bertekad untuk meneruskan perjuangan menentang perang imperialis. ##

Page 15: Sosialis (Sept Okt 2015)

15IDEOLOGISep-Okt 2015

Pengenalan kepada Teori Ekonomi Marxsis (1)

Teori Nilai dan Nilai Lebihan

Setiap langkah ke hadapan dalam sejarah ketamadunan diiringi dengan peningkatan dalam produktiviti buruh. Selagi sekumpulan manusia tidak dapat menghasilkan secukupnya untuk terus hidup atau ia sekadar mencukupi untuk hidup sahaja tanpa lebihan, maka adalah mustahil untuk pembahagian buruh dan untuk tukang-tukang, artis-artis dan cendekiawan muncul. Di bawah kondisi ini, syarat-syarat teknikal untuk pengkhususan sebegitu tidak mungkin dicapai.

Dalam situasi produktiviti buruh hanya setakat memenuhi keperluannya sendiri, semua manusia adalah pengeluar dan mereka semua di tahap ekonomi yang sama. Apabila seseorang itu boleh menghasilkan lebih daripada keperluannya, maka kondisi telah wujud untuk satu perjuangan iaitu bagaimana jumlah tambahan ini dikongsikan. Dari titik ini, wujud keadaan di mana sebahagian daripada masyarakat tidak perlu bekerja untuk menyara hidup sendiri.

Apabila situasi ini timbul, sebahagian daripada masyarakat boleh menjadi kelas pemerintah di mana ciri luarbiasa mereka adalah kebebasan daripada bekerja untuk menyara diri sendiri. Berikutnya, buruh pengeluar boleh dibahagi dua. Sebahagian daripada buruh ini terus digunakan untuk menyara hidup pengeluar itu sendiri dan kita panggil ini buruh yang diperlukan; satu lagi bahagian pula digunakan untuk menjaga kelas pemerintah, dan kita namakannya buruh lebihan.

Kita ambil satu contoh, penghambaan di ladang-ladang yang wujud di zaman Rom, Hindia Barat dan pulau-pulau Portugis Afrika sejak kurun ke-17. Di kawasan tropika ini, makanan hamba abdi itu sendiri tidak dibekalkan oleh Tuan Hamba; hamba itu sendiri perlu hasilkannya dengan bekerja di atas satu plot tanah kecil pada hari Ahad

dan hasil daripada tenaga pekerja ini merupakan simpanan makanannya (necessary product). 6 hari dalam seminggu, hamba-hamba itu bekerja di ladang tersebut tanpa menerima sebarang ganjaran. Inilah buruh yang mewujudkan produk lebihan sosial (social surplus product), yang terus diserahkan kepada tuan hamba sebaik sahaja ia dihasilkan dan ia kepunyaan sepenuh Tuan Hamba.

Hari kerja, di mana dalam kes ini 7 hari seminggu, boleh dibahagikan

kepada 2: kerja satu hari, Ahad, terdiri daripada buruh yang diperlukan, buruh yang menghasilkan pengeluaran untuk keperluan mereka dan keluarga; kerja 6 hari lagi adalah buruh lebihan dan segala hasil keluaran mereka diambil oleh Tuan Hamba. Ia menjadi rezeki dan kekayaannya.

Zaman Pertengahan pula memberi kita satu lagi ilustrasi. Tanah di zaman ini

di bahagi 3: tanah komunal yang terdiri daripada hutan, padang rumput, paya bakau dan sebagainya; tanah yang dikerjakan oleh hamba tani (serf) untuk diri dan keluarganya; dan akhirnya tanah yang dikerjakan untuk menyara Tuan Tanah Feudal. Hari kerja biasanya adalah 6 hari seminggu. Biasanya 3 hari hamba tani bekerja untuk dirinya sendiri manakala 3 hari lagi bekerja tanpa ganjaran, membekalkan buruh percuma kepada kelas pemerintah.

Oleh itu, produk lebihan sosial yang dihasilkan oleh kelas pekerja/buruh diperuntukkan kepada kelas pemerintah, tanpa mengira bentuk produk tersebut, sama ada produk semulajadi ataupun komoditi untuk dijual, atau duit.

Nilai Tambahan (surplus value) merupakan produk lebihan sosial dalam bentuk wang. Apabila kelas pemerintah mengambil sebahagian daripada pengeluaran masyarakat yang sebelum ini ditakrifkan sebagai “produk lebihan” yang sekiranya dalam bentuk wang, kita guna istilah “nilai lebihan”.

Pendapatan kelas borjuasi dalam sistem kapitalis adalah berdasarkan nilai lebihan; ia adalah kerja tanpa

ganjaran, buruh tanpa sebab, yang mana pekerja bergaji atau proletariat memberi kepada kapitalis tanpa menerima sebarang nilai sebagai pertukaran.

Komoditi, Nilai Guna dan Nilai Pertukaran

Setiap produk buruh manusia biasanya ada kegunaannya atau utiliti; ia mesti boleh memenuhi keperluan manusia. Oleh itu kita boleh kata, setiap produk hasil buruh ada nilai guna (use value). Istilah ini ada dua pengertian yang berbeza – nilai guna sesuatu komoditi dan produk yang dikeluarkan untuk kegunaan langsung pengeluar itu sendiri atau oleh kelas pemerintah. Hasil pengeluaran buruh juga ada nilai pertukaran (exchange value). Ia mungkin dihasilkan untuk tujuan pertukaran di pasaran, untuk dijual dan bukan untuk kegunaan langsung. Barangan keluaran dalam jumlah besar yang dicipta untuk tujuan penjualan, tidak boleh lagi dianggap sebagai pengeluaran nilai-nilai penggunaan mudah; ia adalah pengeluaran komoditi-komoditi.

Oleh itu, komoditi adalah produk yang dihasilkan untuk pertukaran di pasaran, dan bukannya dibuat untuk kegunaan langsung. Setiap komoditi mesti ada nilai guna dan nilai pertukaran.

Ia mesti ada nilai guna, kalau tidak, tiada siapa nak beli. Suatu komoditi tanpa nilai guna tidak boleh dijual

dan pengeluaran tidak berguna tidak akan ada nilai pertukaran. Sebaliknya, setiap pengeluaran yang ada nilai guna tidak semestinya ada nilai pertukaran.

Asas kepada nilai pertukaran dan pasaran adalah tahap pembangunan atau perkembangan pembahagian tenaga buruh. Bagi memastikan sesuatu produk itu tidak diguna langsung oleh pengeluarnya, adalah penting bahawa semua orang tidak menghasilkan benda yang sama. Jika, satu masyarakat tidak ada pembahagian kerja/buruh atau bentuk pengeluarannya paling asas, maka tidak perlu untuk pertukaran itu wujud. Contohnya, seorang petani gandum tidak ada apa-apa yang nak ditukar dengan petani gandum lain. Sebaik sahaja, pembahagian buruh/kerja wujud, sebaik sahaja ada hubungan antara kumpulan masyarakat yang menghasilkan nilai guna yang berlainan, maka pertukaran akan berlaku, pada mulanya sekali sekala, kemudian secara kekal. Dengan cara ini, sedikit demi sedikit, pengeluaran yang dihasilkan untuk tujuan pertukaran, komoditi, muncul sejajar dengan produk yang dihasilkan untuk kegunaan langsung pengeluar.

Dalam masyarakat kapitalis, pengeluaran komoditi, pengeluaran nilai pertukaran, telah mencapai tahap yang tertinggi. Ia adalah masyarakat pertama dalam sejarah manusia yang mana sebahagian besar pengeluarannya terdiri daripada komoditi. Namun, adalah tidak benar, bahawa semua pengeluaran di bawah kapitalisme adalah pengeluaran komoditi. Dua kelas barangan masih kekal sebagai nilai guna.

Yang pertama terdiri daripada hasil pengeluaran golongan petani untuk penggunaan sendiri. Ia masih wujud di negara-negara maju seperti USA walaupun jumlah pengeluarannya kecil. Kumpulan kedua ialah barangan yang dihasilkan di rumah seperti sup, nasi goreng, kek dan sebagainya. Ia juga pengeluaran tapi bukan untuk jualan.

(Dipetik dari tulisan Ernest Mandel. Diterjemah dari Bahasa English oleh Letchimi Devi)

Page 16: Sosialis (Sept Okt 2015)

Sep-Okt 201516 GALERI

Sudut Komik

Sekitar Himpunan BERSIH 4

Apa lagirakyat mahu?

Pada 29-30 Ogos yang lalu, rakyat membanjiri jalanan di Kuala Lumpur untuk menyertai aksa massa BERSIH 4.

Himpunan BERSIH 4 diadakan berikutan dengan pembongkaran demi pembongkaran tentang skandal penyelewengan yang melibatkan Perdana Menteri Najib Razak. Skandal wang “derma” sebanyak USD 700 juta yang dimasukkan terus ke dalam akaun bank peribadi Najib itu turut menimbulkan pelbagai persoalan tentang kemungkinan wang yang berjumlah begitu besar itu digunakan untuk kempen pilihanraya, sehingga mengancam demokrasi dengan politik wang yang berleluasa.

Institusi demokrasi negara kita juga semakin hari semakin terhakis, dengan penggubalan undang-undang zalim yang baru, penangkapan ke atas aktivis sewenang-wenangnya, dan juga sentimen perkauman yang diapi-apikan oleh

puak pelampau yang berkaitan rapat dengan parti pemerintah UMNO-BN.

Walaupun pihak pemerintah cuba menghalang rakyat daripada menghadiri Himpunan BERSIH 4 dengan pelbagai cara, seperti mengenakan sekatan ke atas laman web Gabungan BERSIH 2.0, mengharamkan baju BERSIH 4 dan menggerakkan kumpulan pelampau perkauman untuk melakukan ugutan keganasan, tetapi rakyat Malaysia daripada pelbagai latar belakang masih turun ke jalanan untuk menyuarakan tuntutan demokratik mereka.

Himpunan BERSIH 4 bukannya satu-satunya aksi rakyat untuk menuntut demokrasi, dan gerakan perjuangan rakyat tidak akan berhenti sekadar ini. BERSIH 4 hanyalah permulaan untuk satu lagi gelombang rakyat dalam memperjuangkan demokrasi dan keadilan sosial. ##