13
SOALAN ULANGJI SPM 2011 JAWAPAN boleh didapati di laman web www.afterschool.my Bahasa Melayu Jawapan Bahasa Melayu Kertas 1 Bahagian A Berdasarkan ilustrasi di bawah, huraikan pendapat anda tentang keistimewaan buah-buahan tempatan. Panjang huraian anda hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan. Bahagian B 1. Kitar semula merupakan aktiviti yang mampu menanam kesedaran dalam kalangan remaja agar lebih berdisiplin dan meyayangi alam sekitar. Nyatakan peranan remaja dalam menjayakan program ini. Rangka karangan – karangan bentuk pendapat Pendahuluan – maksud kitar semula/bila program kitar semula mula diaksanakan Isi - Peranan remaja iaitu melatih diri/mendisiplinkan diri mengumpul barangan yang boleh dikitar semula. Mengajak rakan- rakan/adik-adik agar menyertai program ini. Melibatkan diri dalam program yang dianjurkan pihak kerajaan/NGO. Mulakan tabiat mengumpul barang yang boleh dikitar semula di rumah/sekolah. Kesimpulan – harapan agar program ini mendapat sambutan setiap rakyat di Malaysia agar negara bebas daripada ancaman pencemaran dan kepupusan bahan mentah. *kemukakan beberapa peribahasa seperti hendak seribu daya tak hendak seribu dalih. Beringat-ingat sebelum kena, berjimat sebelum habis. 2. Gejala pembuangan bayi berleluasa akhir-akhir ini. Masalah ini dikaitkan dengan kegagalan ibu bapa menerapkan nilai-nilai kekeluargaan dalam diri anak-anak. Berikan pendapat anda langkah-langkah yang perlu dilaksanakan bagi membendung gejala negatif ini daripada merebak. Rangka karangan - karangan berbentuk pendapat Pendahuluan – jenis-jenis gejala sosial/jenis remaja yang telibat/faktor kegagalan ibu bapa. Isi – langkah-langkahnya ialah ibu bapa perlu meluangkan lebih banyak masa dengan anak-anak. Anak-anak perlu dibeekalkan dengan ilmu agama yang mncukupi/ibu bapa wajar mencurahkan kasih sayang kepada anak-anak. Bertanggungjawab terhadap kebajikan/keperluan anak-anak. Memantau pergerakan anak-anak di rumah, sekolah, dan semasa anak-anak keluar dengan rakan-rakan. Mengenali rakan anak-anak. Menunjukkan teladan yang baik Kesimpulan – Ibu bapa perlu mengambil langkah yang drastik/positif dalam membentuk jati diri anak-anak agar terhindar daripada gejala sosial yang semakin membengkak dalam kalangan remaja masa kini. *Peribahasa- duri dalam daging. Seperti menatang minyak yang penuh. Sudah terantuk baru terngadah.

SOALAN ULANGKAJI SPM 2011 Jawapan Bahasa Melayu · PDF fileRangka karangan – karangan berbentuk ulasan- calon perlu ada pengetahuan yang cukup berkenaan kekacauan yang pernah dan

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: SOALAN ULANGKAJI SPM 2011 Jawapan Bahasa Melayu · PDF fileRangka karangan – karangan berbentuk ulasan- calon perlu ada pengetahuan yang cukup berkenaan kekacauan yang pernah dan

SOALAN ULANGKAJI SPM 2011

JAW

APA

N boleh d

idapati d

i laman w

eb ww

w.afterschool.m

y

Bahasa Melayu Jawapan

Bahasa Melayu Kertas 1

Bahagian A

Berdasarkan ilustrasi di bawah, huraikan pendapat anda tentang keistimewaan buah-buahan tempatan. Panjang huraian anda hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.

Bahagian B

1. Kitar semula merupakan aktiviti yang mampu menanam kesedaran dalam kalangan remaja agar lebih berdisiplin dan meyayangi alam sekitar. Nyatakan peranan remaja dalam menjayakan program ini.

Rangka karangan – karangan bentuk pendapat Pendahuluan – maksud kitar semula/bila program kitar semula mula diaksanakan Isi - Peranan remaja iaitu melatih diri/mendisiplinkan diri mengumpul barangan yang boleh dikitar semula. Mengajak rakan-

rakan/adik-adik agar menyertai program ini. Melibatkan diri dalam program yang dianjurkan pihak kerajaan/NGO. Mulakan tabiat mengumpul barang yang boleh dikitar semula di rumah/sekolah.

Kesimpulan – harapan agar program ini mendapat sambutan setiap rakyat di Malaysia agar negara bebas daripada ancaman pencemaran dan kepupusan bahan mentah.

*kemukakan beberapa peribahasa seperti hendak seribu daya tak hendak seribu dalih. Beringat-ingat sebelum kena, berjimat sebelum habis.

2. Gejala pembuangan bayi berleluasa akhir-akhir ini. Masalah ini dikaitkan dengan kegagalan ibu bapa menerapkan nilai-nilai kekeluargaan dalam diri anak-anak. Berikan pendapat anda langkah-langkah yang perlu dilaksanakan bagi membendung gejala negatif ini daripada merebak.

Rangka karangan - karangan berbentuk pendapat Pendahuluan – jenis-jenis gejala sosial/jenis remaja yang telibat/faktor kegagalan ibu bapa. Isi – langkah-langkahnya ialah ibu bapa perlu meluangkan lebih banyak masa dengan anak-anak. Anak-anak perlu dibeekalkan

dengan ilmu agama yang mncukupi/ibu bapa wajar mencurahkan kasih sayang kepada anak-anak. Bertanggungjawab terhadap kebajikan/keperluan anak-anak. Memantau pergerakan anak-anak di rumah, sekolah, dan semasa anak-anak keluar dengan rakan-rakan. Mengenali rakan anak-anak. Menunjukkan teladan yang baik

Kesimpulan – Ibu bapa perlu mengambil langkah yang drastik/positif dalam membentuk jati diri anak-anak agar terhindar daripada gejala sosial yang semakin membengkak dalam kalangan remaja masa kini.

*Peribahasa- duri dalam daging. Seperti menatang minyak yang penuh. Sudah terantuk baru terngadah.

Page 2: SOALAN ULANGKAJI SPM 2011 Jawapan Bahasa Melayu · PDF fileRangka karangan – karangan berbentuk ulasan- calon perlu ada pengetahuan yang cukup berkenaan kekacauan yang pernah dan

SOALAN ULANGKAJI SPM 2011 SOALAN ULANGKAJI SPM 2011

JAW

APA

N b

oleh

did

apat

i di la

man

web

ww

w.a

fters

choo

l.my

3. Sebagai pakar pemakanan anda telah dijemput untuk memberi ceramah bertajuk Pemakanan Seimbang Menjamin Kecerdasan Minda. Sediakan teks ceramah anda selengkapnya.

Rangka karangan – karangan format berbentuk ceramah Pendahuluan – ucapan alu-aluan kepada tetamu kehormat dan hadirin/ucapan penghargaan/tajuk ceramah Isi – Faktor pemakanan seseorang menyebabkan meereka mudah diserang penyakit seperti jantung, buah pinggang,darah

tinggi,kencing manis,barah Masyarakat perlu menjaga pemakanaan yang seimbang bukan sahaja untuk mengelakkan penyakit berbahaya, malah bagi

menjamin kecerdasan minda. Pengambilan makanan yang seimbang iaitu yang mengikut piramid pemakanan. Orang ramai terutama remaja yang sedang membesar perlukan pemakanan seimbang supaya otak berfungsi dengan lebih aktif. Remaja perlukan kesihatan yang baik kerana merekalah bakal peneraju negara.

Penutup – tegaskan perlunya pemakanan seimbang agar masyarakt dapat hidup sihat dan dapat mencurahkan tenaga untuk manfaat kepada diri sendiri dan juga negara. Ucapan terima kasih.

* Peribahasa -badan sihat/cergas otak cerdas. Melentur buluh biarlah dari rebungnya

4. Keganasan dan tunjuk perasaan yang menyebabkan kekacauan dan peperangan di kebanyakan dunia telah mencetus kesengsaraan dan penderitaan dalam kalangan rakyat. Keadaan ini telah menganggu pembangunan sosial dan ekonomi negara.

Ulaskan penyataan di atas.

Rangka karangan – karangan berbentuk ulasan- calon perlu ada pengetahuan yang cukup berkenaan kekacauan yang pernah dan sedang berlaku di seluruh dunia bagi menjawab soalan ini.

Pendahuluan – jenis-jenis kekacauan yang berlaku di seluruh dunia seperti tunjuk perasaan/perang saudara/serangan oleh kuasa luar/besar. Faktor kekacauan dan negara yang terlibat seperti di Iraq yang diserang AS, Mesir, Thailand, dan Libya tunjuk perasaan dan keganasan rakyat, rakyat Palestine yang diserang Israel, Pakistan - ras dan agama

Isi – Penderitaan rakyat – diseksa/kematian/dirogol/kehilangan keluarga/kehilangan tempat tinggal dan harta/kebuluran/penyakit/keciciran dalam pelajaran/pelarian/jenayah. Ekonomi dan kemajuan negara – negara /bangunan/infrastruktur musnah. Pendidikan terbantut. Sumber pendapatan negara berkurangan/tiada. Negara menjadi miskin – setiap isi dikukuhkan dengan bukti negara-negara yang terlibat.

Penutup – jadikan pengajaran/negara-negara lain perlu bantu, PBB perlu tegas,campur tangan,adil. *Peribahasa – gajah sama gajah bergaduh, pelanduk mati di tengah-tengah. Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.

5. Tuliskan sebuah cerpen berdasarkan peribahasa, Belakang parang kalau diasah, lama-lama akan tajam juga. Rangka karangan – bertemakan peribahasa yang membawa maksud walaupun kurang pandai tetapi sekiranya seseorang itu

berusaha, akhirnya dia akan berjaya. Dalam karangan perlu ada tema, persoalan, watak,latar dan plot.

Page 3: SOALAN ULANGKAJI SPM 2011 Jawapan Bahasa Melayu · PDF fileRangka karangan – karangan berbentuk ulasan- calon perlu ada pengetahuan yang cukup berkenaan kekacauan yang pernah dan

SOALAN ULANGKAJI SPM 2011

JAW

APA

N boleh d

idapati d

i laman w

eb ww

w.afterschool.m

y

Rumusan

Pendahuluan

Petikan membincangkan tanggungjawab/tugas (mengikut tema petikan bukan sinonim kepada perkataan) ibu bapa dalam mengalakkan anak-anak bergiat dalam bidang sukan.

Isi tersurat (ambil seperti yang terdapat dalam petikan. Tidak perlu edit atau ubah ayat agar maksud ayat tidak berubah. Peranan ibu bapa sahaja))

1. ibu bapa memberikan galakkan dan sokongan moral 2. mereka/ibu bapa boleh memberi dorongan dengan cara membeli peralatan sukan untuk anak-anak mereka. 3. ibu bapa juga boleh mengalakkan anak-anak untuk menceburkan diri dalam bidang sukan dengan aktif. 4. ibu bapa boleh menasihati anak-anak supaya memperuntukkan masa mereka dalam aktiviti kokurikulum (seperti sukan dan permainan) 5. ibu bapa perlulah memupuk minat anak-anak sejak di bangku sekolah rendah lagi. 6. ibu bapa hendaklah memberi sokongan moral dengan menghantar anak-anak mereka ke tempat latihan atau permainan tersebut dijalankan. 7. mereka/ibu bapa juga boleh menemani anak-anak dan menyaksikan anak-anak mereka berlatih atau bertanding dalam sesuatu acara sukan atau permainan. 8. ibu bapa boleh membelikan anak-anak mereka majalah sukan yang diminati oleh mereka. 9. ibu bapa tidak seharusnya mementingkan aspek kecemerlangan akademik semata- mata/mengetepikan kepentingan sukan kepada anak-anak mereka Isi tersirat (perlukan idea daripada calon sendiri, jangan ambil/cedok daripada petikan) kekangannya kepada anak-anak (kekangan/halangan yang dihadapi oleh anak-anak sahaja)

1. anak-anak/pelajar dibebani kerja rumah 2. anak-anak tidak mendapat galakkan daripada ibu bapa/minat anak-anak dalam bidang sukan ditentang oleh ibu bapa 3. anak-anak lebih berminat bermain peralatan elektronik(play station/game/telefon bimbit) 4. anak-anak tidak mampu membeli peralatan sukan sendiri

Kesimpulan (perlu ada cadangan - kesimpulannya dan harapan - agar)

Kesimpulannya, Ibu bapa perlulah menyokong minat anak-anak dalam bidang sukan agar mutu sukan negara cemerlang/pencapaian anak-anak dalam bidang sukan cemerlang

*pastikan bilangan perkataan tidak melebihi 120 patah perkataan kerana isi selepas 120 patah perkataan tidak akan disemak

Bahasa Melayu Kertas 2

Page 4: SOALAN ULANGKAJI SPM 2011 Jawapan Bahasa Melayu · PDF fileRangka karangan – karangan berbentuk ulasan- calon perlu ada pengetahuan yang cukup berkenaan kekacauan yang pernah dan

SOALAN ULANGKAJI SPM 2011 SOALAN ULANGKAJI SPM 2011

JAW

APA

N b

oleh

did

apat

i di la

man

web

ww

w.a

fters

choo

l.my

2 (a) Jawapan Petikan Umum i. Maksudkan melakar kemenangan ialah mengukir kejayaan (maksud berdasarkan petikan bukan sinonim daripada kamus- 2 markah)

ii. Beberapa langkah yang perlu di laksanakan pada peringkat sekolah bagi menarik perhatian pelajar-pelajar agar berminat untuk menjadikan bidang sukan sebagai salah satu daripada karier profesional pada masa hadapan ialah menyediakan guru khas sukan/permainan agar pelajar didedahkan dengan peraturan permainan/sukan yang betul/menyediakan tempat yang sesuai untuk menjalani latihan/memberi ganjaran yang setimpal dengan kejayaan agar mereka rasa dihargai/ menyediakan kelas-kelas tambahan/tution sekiranya mereka ketinggalan dalam akademik/menyediakan peralatan sukan yang bermutu tinggi. (idea daripada calon sendiri dan tidak boleh dicedok daripada petikan – maksimum 4 isi)

iii. Manfaat yang yang bakal diperoleh sekiranya anak-anak didedahkan dengan infomasi yang terdapat dalam majalah-majalah sukan ialah anak-anak akan lebih berminat untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan bidang sukan tersebut/berusaha untuk menceburi bidang tersebut dengan lebih serius/mereka juga akan mendapat maklumat atau perkembangan terkini dalam bidang sukan melalui majalah-majalah sukan tersebut/kejayaan ahli-ahli sukan antarabangsa yang dipaparkan dalam majalah akan menjadi idola dan pencetus semangat/motivasi kepada anak-anak untuk menjadi ahli sukan yang berjaya. ( Jawapan dari dalam petikan – maksimum 3 isi)

2 (b) Jawapan Petikan Prosa Moden i. Punca-punca yang menyebabkan benteng Kuala Pak Amat jatuh ialah serangan kapal terbang/bom yang digugurkan daripada

kapal terbang tentera Jepun ( Jawapan dari dalam petikan namun perlu diolah supaya jawapan lebih jelas - 2 markah) ii. Beberapa cara agar remaja pada hari ini sedar akan pentingnya mempertahankan kemerdekaan negara dan bersedia untuk

menyertai Program Latihan Khidmat Negara yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan ialah paparkan kesengsaran rakyat menanggung derita akibat peperangan/ keganasan semasa penjajahan Jepun/Inggeris. Jadikan prasyarat kemasukan ke institusi pengajian tinggi atau untuk mendapatkan pekerjaan. Adakan kempen penyertaan beramai-ramai dengan menawarkan ganjaran seperti peluang untuk mendapatkan biasiswa. Mewajibkan semua belia yang telah menamatkan persekolah agar menyertai PLKN. ( Jawapan daripada idea sendiri dan tidak boleh dicedok daripada petikan – maksimun 4 isi)

iii. Satu persoalan yang terdapat dalam petikan ialah kemusnahan akibat penjajahan contoh benteng Kuala Pak Amat telah musnah

akibat dibom @ tabah meneruskan perjuangan walaupun tanpa pemimpin contohnya penduduk Kuala Pak Amat terpaksa meneruskan perjuangan mereka menyelamatkan diri walaupun tanpa Pak Husin yang selama ini dianggap pejuang mereka.

(Pilih satu isi beserta contoh yang terdapat dalam petikan sahaja) Dua persoalan lain yang terdapat dalam keseluruhan cerpen ialah keberanian dan kecekalan dalam menentang musuh/kerjasama antara anggota masyarakat dalam menghadapi kesukaran/mengenang jasa tokoh yang telah berjasa/membina semula kehidupan selepas kesengsaraan hidup/hormat kepada warga tua (Kemukakan dua isi beserta contoh yang bukan terdapat dalam petikan tetapi dalam cerpen- maksimum 2 isi)

Page 5: SOALAN ULANGKAJI SPM 2011 Jawapan Bahasa Melayu · PDF fileRangka karangan – karangan berbentuk ulasan- calon perlu ada pengetahuan yang cukup berkenaan kekacauan yang pernah dan

SOALAN ULANGKAJI SPM 2011

JAW

APA

N boleh d

idapati d

i laman w

eb ww

w.afterschool.m

y

2 (c) Jawapan Petikan Prosa Tradisional (i) Merah Silu mengajak Merah Hasum berpindah dari negeri Semerlanga kerana hanya mereka berdua yang hidup, nenek dan ibu

bapa mereka telah terbunuh, sekiranya mereka terus tinggal di situ mereka tidak akan mendapat apa-apa manfaat dan mereka perlu mencari tempat tinggal yang lebih baik. (maksimum 3 isi)

(jawapan ada dalam petikan namun, calon perlu ubah kepada ayat moden - betapa bicara kita kerana kita ini hanya dua bersaudara tinggal kerana nenek dan ibu bapa kita telah hilang dalam negeri Semerlanga ini! Jikalau kita diam dalam negeri ini, sekali-kali tiada memberi manfaat kepada kita. Baiklah kita pindah dari negeri ini mencari tempat yang baik supaya kita dapat diam di sana)

(i) Sekiranya saya Merah Hasum, saya akan setuju dengan cadangan Merah Silu agar meninggalkan negeri Semerlanga kerana Semerlanga sudah tidak selamat didiami/saya dan Merah Silu mungkin dibunuh oleh musuh/sudah tiada sumber untuk membangunkan kerajaan Semerlanga/keluarga telah tiada/membawa kenangan yang amat menyedihkan/perlu meneruskan hidup dan panjangkan zuriat.

Saya tidak akan setuju kerana saya dan Merah Silu perlu meneraju semula kerajaan Semerlanga yang kematian raja/saya dan Merah Silu sahaja zuriat raja yang tinggal/mesti berani mengalahkan musuh yang membunuh keluarga saya/masih ada pengikut yang berjanji akan taat setia (Boleh pilih sama ada setuju atau tidak – maksimum 3 isi)

(ii) Satu nilai yang terdapat dalam petikan ialah nilai taat setia contohnya rakyat yang mengaku akan taat setia kepada Merah Silu

dan Merah Hasum/nilai kecekalan/keyakinan, Merah Silu dan Merah Hasum berani menghadapi cabaran untuk berhijrah bagi memulakan kehidupan baru/nilai kesepakatan, Merah Silu dan Merah Hasum bersepakat untuk berhijrah (pilih satu nilai dengan satu contoh yang ada dalam petikan sahaja) dan dua nilai yang terdapat dalam keseluruhan cerita ialah nilai murah hati/nilai menghormati tetamu/nilai berdikari/nilai keberanian (pilih dua nilai beserta dua contoh dan tidak boleh diambil daripada petikan – maksimum dua isi daripada keseluruhan petikan)

2(d) Jawapan Puisi Moden i. Berdasarkan rangkap ketiga, penyajak menyeru anak bangsanya agar bangkit daripada lena/lalai supaya mereka tidak menyesal

melihat hasil bumi berkurangan disebabkan pembangunan - (2 markah)

ii. Beberapa usaha yang boleh saya lakukan untuk membantu rakan-rakan yang hanyut dibuai kemajuan teknologi ialah menasihati mereka agar sedar bahawa anak-anak Malaysia perlu berjuang sekiranya tidak mahu negara ketinggalan/bersama-sama menggunakan kemudahan teknologi untuk menghasilkan sesuatu yang memberi manfaat kepada diri atau negara/menggalakkan mereka mengceburi aktiviti riadah/sukan/kebajikan (perlu idea sendiri – maksimum 3 isi)

iii. Tiga pengajaran yang terdapat dalam pantun di atas ialah kita tidak boleh leka walaupun telah merdeka/kita perlu merebut

peluang yang ada di depan mata sekiranya ingin berjaya/kita perlu bersaing dengan bangsa lain sekiranya ingin maju/kita jangan leka kerana kelekaan akan menyebabkan kita ketinggalan (perlu ada huraian ringkas– maksimum 3 isi)

Page 6: SOALAN ULANGKAJI SPM 2011 Jawapan Bahasa Melayu · PDF fileRangka karangan – karangan berbentuk ulasan- calon perlu ada pengetahuan yang cukup berkenaan kekacauan yang pernah dan

SOALAN ULANGKAJI SPM 2011 SOALAN ULANGKAJI SPM 2011

JAW

APA

N b

oleh

did

apat

i di la

man

web

ww

w.a

fters

choo

l.my

Jawapan 3: Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa

(a) Bina satu ayat sahaja dan perkataan yang diuji mesti ada dalam ayat. Boleh bina ayat aktif//ayat pasif/ayat yang menunjukkan maksud perkataan atau ayat perbualan yang lengkap dengan tanda bacaan.

i. Tunggang-langgang -berlari pontang-panting/keadaan tempat (bilik)yang tidak kemas ii. gegap-gempita -keadaan riuh-rendah iii. Kacau-bilau -keadaan yang sangat kacau/tidak tenteram iv. Kusut-masai -kedudukan perkara yang sangat bercelaru/fikiran yang tidak tenteram/keadaan diri yang tidak kemas v. Lintang-pukang -bergerak bertempiaran vi. hiru-biru -keadaan yang bising/kekacauan atau berlaku rusuhan

(b) Jawapan (i) Seorang pelajar (S) telah memenangi hadiah itu (P) (ii) Penyalahgunaan dadah (S)dapat melemahkan tenaga kerja pekerja negara kita(P) (iii) Kebanyakan calon (S)tidak memahami arahan soalan itu walaupun penerangan telah dibuat (P) (iv) Setengah-setengah rumah (S)itu masih kukuh walaupun telah dibina sebelum negara mencapai kemerdekaan lagi (P) (v) Ibu bapa dan kalangan pendidik (S) perlulah memupuk budaya membaca dalam anak-anak sejak mereka kecil lagi (P) (vi) Setiap tuntutan (S) dijamin akan mendapat layanan yang sama rata daripada pihak yang bertanggungjawab (P)

(6 markah) (c) Ada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan imbuhan sahaja. Tulis perkataan yang salah dan perkataan yang telah dibetulkan sahaja.

(i) Ibubapa – (ibu bapa) sering menasihati anak-anak agar menjaga keselamatan apabila jalan (berjalan) bersendirian. (ii) Keretapi (kereta api) itu dijangkakan tiba pada pukul 1.30 petang waktu setempat (tempatan) (iii) Dia memperolehi (memperoleh) pendapatan yang sangat lumayan sehingga mampu mengaji (menggaji) lima orang

pekerja. (6 markah)

(d) Ada satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa sahaja Jangan senaraikan lebih daripada satu kesalahan pengunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Catat perkataan yang salah dan jawapan yang betul sahaja.

(i) Kedua-dua adik-beradik (Kedua-dua beradik) itu sangat bernas (cerdik/pandai/cerdas) dan sering mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan

(ii) Batang pokok itu dipotong kecil-kecil agar mudah digendung (dipikul) oleh para-para pekerja (para pekerja) itu. (iii) Dia berhasrat untuk memperluaskan lagi (memperluas/perluaskan lagi/memperluaskan) perniagaannya agar produk keluarannya itu termashur (terkenal) di seluruh dunia.

(e) Dalam ayat perlu ada peribaha yang diuji dan satu ayat sahaja. Jangan ubah perkataan yang terdapat dalam peribahasa (i) Telinga kuali – pendengaran yang sangat tajam. (ii) Gigit jari – terlepas peluang untuk mendapatkan sesuatu (iii) Kacang hantu – pemuda/remaja yang suka mengganggu ketenteraman awam

Page 7: SOALAN ULANGKAJI SPM 2011 Jawapan Bahasa Melayu · PDF fileRangka karangan – karangan berbentuk ulasan- calon perlu ada pengetahuan yang cukup berkenaan kekacauan yang pernah dan

SOALAN ULANGKAJI SPM 2011

JAW

APA

N boleh d

idapati d

i laman w

eb ww

w.afterschool.m

y

Jawapan Novel Jawapan anda hendaklan berdasarkan novel-novel yang anda pelajari

(i) Azfa Hanani karya Halis Azhan mohd Hanafiah(ii) Papa...Akhirnya Kau Tewas Jua karya Deana Yusof(iii) Renyah karya Gunawan Mohamad(iv) Melunas Rindu karya Hartini Hamzah(v) Interlok karya Abdullah Hussain(vi) Kabus di Perbukitan karya Muhamad Kholid Hamzah(vii) Kembara Amira karya Amer Hamzah L. Kadir(viii) Sutera Dalam lukisan karya Abd. Talib Hassan

(a) Nilai-nilai murni yang dipaparkan oleh watak utama dalam novel yang dikaji ialah (Papa...) nilai bertanggungjawab/nilai belas kasihan/ nilai kasih sayang/nilai hormat-menghormati

(Interlok – nilai kegigihan – Kim Lock sekeluarga gigih menempuhi kehidupan semasa berhijrah dari tempat asal mereka ke Tanah Melayu dan berjaya membuka kedai yang menjual pelbagai barang hasil daripada kegigihan mereka./ nilai cinta akan tanah air – Seman/Kim Lock dan Maniam sama-sama memerangi komunis melalui kerjasama dengan unit keselamatan/ nilai bekerjasama Pak Musa membantu Maniam semasa Maniam dipukul semasa keluar dari Cangkat Lima - (pilih sama ada novel yang dipelajari semasa di tingkatan empat atau lima. Beri kekurang-kurangnya dua isi beserta contoh – 4 markah untuk isi dan 3 markah bahasa =7 markah)

(b) Dua latar masyarakat yang terdapat dalam Papa.. ialah masyarakat bandar yang terdiri daripada golongan elit dan berpendidikan tinggi/masyarakat yang mementingkan kasih sayang dan hubungan kekeluargaan/masyarakat yang mengutamakan pendidikan/masyarakat yang prihatin(4 markah ) manakala dua latar masyarakat dalam Interlok ialah masyarakat majmuk/masyarakat yang suka berhutang/masyarakat yang gigih bekerja/masyarakat yang suka menolong/masyarakat yang mengenang jasa/masyarakat mempercayai akan khabar angin/masyarakat komunis yang zalim – (4 markah) Perlu disokong dengan contoh yang sesuai. Sekiranya calon menyatakan latar daripada satu novel sahaja calon hanya akan mendapat markah maksimum 4 sahaja)

Page 8: SOALAN ULANGKAJI SPM 2011 Jawapan Bahasa Melayu · PDF fileRangka karangan – karangan berbentuk ulasan- calon perlu ada pengetahuan yang cukup berkenaan kekacauan yang pernah dan

9 SOALAN ULANGKAJI SPM 2011

JAW

APA

N b

oleh

did

apat

i di la

man

web

ww

w.a

fters

choo

l.my

Bahasa MelayuAnalysis

[1103/1][1103/2]

ANALISIS SOALAN RUMUSAN SPM

TAHUN 2006 2007 2008 2009 2010TAJUK Cara-cara Melahirkan

Masyarakat Berbudi Bahasa dan kesannya kepada masyarakat

Langkah-langkah mengatasi salah laku pelajar

Faedah-faedah penerokaan angkasa lepas

Tidur dari segi saintifik

Faedah-faedah makan choklat

ANALISIS SOALAN 2006 – 2010

Tahun Soalan (a) Soalan (b)Julai 2006 Pengajaran dalam novel Bandingkan dua nilai kemasyarakatan berdasarkan

dua buah novel yang dipelajariNovember 2006 Pengajaran daripada cerita dalam novel Satu persoalan daripada dua buah novel yang

dipelajariJulai 2007 Dua nilai setia kawan Huraikan tema bagi dua buah novelNovember 2007 Huraikan persoalan maruah Cara watak utama menyelesaikan konflikNov 2008 Dua sebab bahagian permulaan novel menarik minat

andaBandingkan persamaan dan perbezaan satu latar masyarakat dalam dua buah novel yang dipelajari

November 2009 Ketabahan watak utama Nilai kasih-sayang berdasarkan dua buah novelNov 2010 Sebab-sebab novel memberi kesedaran Nilai keberanian berdasarkan dua buah novel

SENARAI NOVEL TINGKATAN 4 DAN TINGKATAN 5 MENGIKUT ZON

Tingkatan 4 Tingkatan 5 Zon AZFA HANANI(Halis Azhan Mohd Hanafiah)

KEMBARA AMIRA(Amer Hamzah L. Kadir)

Zon 1Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak

PAPA...AKHIRNYA KAU TEWAS JUA(Deana Yusof )

INTERLOK(Abdullah Husain)

Zon 2Selangor, Wil. Persekutuan Kuala Lumpur, Wil. Persekutuan Putrajaya, Negeri Sembilan

RENYAH(Gunawan Mohamad)

SUTERA DALAM LUKISAN(Abd Talib Hassan)

Zon 3Melaka, Pahang, Terengganu, Kelantan

MELUNAS RINDU(Hartini Hamzah)

KABUS DI PERBUKITAN(Muhamad kholid Hamzah)

Zon 4Johor, Sabah, Sarawak, Wilayah Persekutuan Labuan

Content

ContributorsBahasa Malaysia Pn Aini Hasninawati Bt.Abu Hashim

English PnTong Kiat MeiMathematics En Mohd Adnan Bin Md. Ali

Sejarah Pn Nur Asiah Bt LongScience Pn Ruslizawati Binti Ahmad

Add. Mathematics Pn Azizah Bt. KamarPhysics En Abdul Rahim Bin Hussain

Chemistry En Rusli Bin IbrahimBiology Pn Poon Cheng Moh

Prinsip Perakaunan En Mohd Razali Bin SelamatPerdagangan Pn Aziah Bt. Abu Ziden

Bahasa Malaysia 9English 15Mathematics 23Sejarah 43Science 51Additional Mathematics 66Physics 76Chemistry 104Biology 122Prinsip Perakaunan 146Perdagangan 158

Publisher;Times Guides Sdn BhdNo.45-2, Jalan PJU 5/20E,The Strand Kota Damansara,PJU 5 Kota Damansara,47810 Petaling JayaTel: 03-6142 8252 Fax: 03-6142 8251Email: [email protected]

Times Soalan Ulangkaji SPM is an annual publication. No part of this publication may be reproduce in any form without the written consent of the publisher. All Right Reserved.

Printed by Swan Printing Sdn Bhd

Page 9: SOALAN ULANGKAJI SPM 2011 Jawapan Bahasa Melayu · PDF fileRangka karangan – karangan berbentuk ulasan- calon perlu ada pengetahuan yang cukup berkenaan kekacauan yang pernah dan

10 SOALAN ULANGKAJI SPM 2011

JAW

APA

N boleh d

idapati d

i laman w

eb ww

w.afterschool.m

y

Bahasa Melayu Kertas 1 [1103/1]

Bahagian A[30 markah]

[Masa dicadangkan 45 minit]Arahan: Berdasarkan ilustrasi di bawah, huraikan pendapat anda tentang keistimewaan buah-buahan tempatan. Panjang huraian

anda hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.

Bahagian B[100 markah]

[Masa dicadangkan 1 jam 30 minit]

Pilih satu daripada soalan di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya lebih daripada 350 patah perkataan.

1. Kitar semula merupakan aktiviti yang mampu menanam kesedaran dalam kalangan remaja agar lebih berdisiplin dan meyayangi alam sekitar. Nyatakan peranan remaja dalam menjayakan program ini.

2. Gejala pembuangan bayi berleluasa akhir-akhir ini. Masalah ini dikaitkan dengan kegagalan ibu bapa menerapkan nilai-nilai kekeluargaan dalam diri anak-anak. Berikan pendapat anda langkah-langkah yang perlu dilaksanakan bagi membendung gejala negatif ini daripada merebak.

3. Sebagai pakar pemakanan anda telah dijemput untuk memberi ceramah bertajuk Pemakanan Seimbang Menjamin Kecerdasan Minda. Sediakan teks ceramah anda selengkapnya.

4. Keganasan dan tunjuk perasaan yang menyebabkan kekacauan dan peperangan di kebanyakan dunia telah mencetus kesengsaraan dan penderitaan dalam kalangan rakyat. Keadaan ini telah mengganggu pembangunan sosial dan ekonomi negara.

Ulaskan penyataan di atas.

5. Tuliskan sebuah cerpen berdasarkan peribahasa, Belakang parang kalau diasah, lama-lama akan tajam juga.

Page 10: SOALAN ULANGKAJI SPM 2011 Jawapan Bahasa Melayu · PDF fileRangka karangan – karangan berbentuk ulasan- calon perlu ada pengetahuan yang cukup berkenaan kekacauan yang pernah dan

SOALAN ULANGKAJI SPM 2011 11 SOALAN ULANGKAJI SPM 2011

JAW

APA

N b

oleh

did

apat

i di la

man

web

ww

w.a

fters

choo

l.my

Rumusan (30 Markah)Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan berkenaan peranan ibu bapa dalam menggalakkan anak-anak bergiat dalam bidang sukan dan kekangannya kepada anak-anak.

Bidang sukan merupakan salah satu bidang penting di negara kita. Hal ini demikian kerana, aktiviti sukan mendatangkan faedah yang banyak kepada masyarakat dan negara kita. Oleh itu, pihak yang bertanggungjawab dalam bidang sukan perlulah memainkan peranan yang berkesan melalui kerjasama dengan semua pihak terutamanya ibu bapa. Sekiranya ibu bapa memberikan galakkan dan sokongan moral, sudah pasti matlamat untuk memajukan bidang sukan di negara kita akan tercapai, ibarat kata di mana ada kemahuan di situ ada jalan malah kejayaan atlet negara dalam bidang sukan akan menjunjung nama Malaysia seantero dunia. Ibu bapa boleh dianggap jurulatih kedua kepada anak-anak mereka. Mereka boleh memberi dorongan dengan cara membeli peralatan sukan untuk anak-anak mereka. Sekiranya anak-anak memiliki peralatan sukan yang lengkap dan sesuai, sudah pasti mereka akan lebih bersemangat untuk bersukan. Sebagai contoh ibu bapa perlu membelikan anak-anak mereka pakaian, kasut, dan alat-alat yang berkaitan dengan permainan yang diceburi anak-anak mereka seperti raket badmintan, squash, dan tenis. Oleh hal yang demikian, minat anak-anak dapat dikembangkan serta mereka mampu melakar kemenangan malah mengharumkan nama sekolah, daerah, negeri, dan negara. Ibu bapa juga boleh menggalakkan anak-anak untuk menceburkan diri dalam bidang sukan dengan aktif. Ibu bapa boleh menasihati anak-anak supaya memperuntukkan masa mereka dalam aktiviti kokurikulum seperti sukan dan permainan. Hal ini demikian kerana aktiviti sukan akan menyihatkan dan mencergaskan badan. Di samping itu anak-anak yang berbakat dalam bidang sukan tertentu boleh melibatkan diri dalam sukan atau permainan yang mereka minati melalui saluran yang betul. Dengan cara inilah maka bakat mereka boleh digilap dan penyertaan mereka akan menjadi perhatian pihak berkenaan untuk ditingkatkan kepada tahap profesional. Oleh itu, ibu bapa perlulah memupuk minat anak-anak sejak di bangku sekolah rendah lagi. Selain itu, ibu bapa hendaklah memberi sokongan moral dengan menghantar anak-anak mereka ke tempat latihan atau permainan tersebut dijalankan. Dengan cara ini, anak-anak mereka lebih bersemangat untuk bergiat aktif dalam bidang tersebut. Mereka juga boleh menemani anak-anak dan menyaksikan anak-anak mereka berlatih atau bertanding dalam sesuatu acara sukan atau permainan. Sudah tentulah perkara ini akan memberikan kesan yang lebih mendalam kepada anak-anak dalam usaha untuk mencapai kejayaan dalam sesuatu permainan. Seterusnya mereka akan berasa lebih yakin untuk mencipta kemenangan pada peringkat yang lebih tinggi. Dalam usaha menanam minat yang lebih dalam diri anak-anak, ibu bapa boleh membelikan anak-anak mereka majalah sukan yang diminati oleh mereka. Impaknya, anak-anak akan lebih berminat untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan bidang sukan tersebut dan berusaha untuk menceburinya dengan lebih serius. Mereka juga akan mendapat maklumat atau perkembangan terkini dalam bidang sukan melalui majalah-majalah sukan tersebut malah, kejayaan ahli-ahli sukan antarabangsa yang dipaparkan dalam majalah akan menjadi idola dan pencetus semangat serta motivasi kepada anak-anak untuk menjadi ahli sukan yang berjaya. Tuntasnya, peranan ibu bapa tidak boleh dikesampingankan dalam usaha untuk menggalakkan anak-anak bersukan. Oleh itu, ibu bapa perlulah diberi kesedaran supaya memainkan peranan yang sepatutnya dalam usaha untuk melahirkan lebih banyak ahli sukan di negara kita. Ibu bapa tidak seharusnya mementingkan aspek kecemerlangan akademik semata-mata dan mengetepikan kepentingan sukan kepada anak-anak mereka kerana anak-anak dilahirkan dengan kecergasan dan minat yang berbeza. Kita mahu agar kecemerlangan akademik dan kecemerlangan sukan bergerak seiring sekiranya mahu negara kita maju dalam pelbagai bidang. Perkara ini akan menjadi realiti jika perpatah, genggam bara api biar sampai jadi arang sentiasa menjadi amalan dalam diri orang yang ingin akan kejayaan.

Dipetik daripada Fokus Karangan SPM 2010 sumber daripada Cikgu Mohd Khir Kassim

Soalan 2 (a) Petikan Umum Jawab soalan-soalan berikut berdasarkan ayat anda sendiri. i. Apakah yang dimaksudkan oleh pengarang dengan melakar kemenangan seperti yang terdapat dalam petikan? [2 markah]

ii. Kemukakan beberapa langkah untuk menarik perhatian anak-anak agar berminat untuk menjadikan bidang sukan sebagai salah satu daripada karier profesional pada masa hadapan. [4 markah]

iii. Nyatakan manfaat yang yang bakal diperoleh sekiranya anak-anak didedahkan dengan infomasi yang terdapat dalam majalah-majalah sukan. [3 markah]

Bahasa Melayu Kertas 2 [1103/2]

Page 11: SOALAN ULANGKAJI SPM 2011 Jawapan Bahasa Melayu · PDF fileRangka karangan – karangan berbentuk ulasan- calon perlu ada pengetahuan yang cukup berkenaan kekacauan yang pernah dan

12 SOALAN ULANGKAJI SPM 2011

JAW

APA

N boleh d

idapati d

i laman w

eb ww

w.afterschool.m

y

Soalan 2 (b) Petikan Prosa ModenBaca petikan cerpen di bawah dengan teliti dan kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya menggunakan ayat anda sendiri

Dialah yang mengetuai kami berpindah. Dialah yang mengusung Jarah. Dia jugalah yang mengumpulkan kami ke pengkalan. Dia segala-galanya. Dia tertinggal dalam saat akhir apabila Pak Ngah memerintahkan kami meninggalkan pengkalan. Tidak ada seorang pun antara kami yang sedar bahawa Pak Husain belum turun ke pengkalan. Ketika perahu kami melewati Tuk Lukup, Pulau Tukang Dolah, Pulau Panjang, dan Sungai Gali, kami belum sedar akan kehilangan Pak Husain Mak Bidah, isterinya juga tidak sedar. Sekarang Mak Bidah mula meraung. Ketiadaan Pak Husain, pahlawan kami menjadi suatu kumpulan fikiran kami bersama-sama. Sebagai lazimnya dalam saat-saat yang menekan maut di mana-mana, kehilangan itu terpaksa ditelan. Tiap-tiap kami hanya mendoakan dalam hati. Kami berkumpul di Dal. Ketika matahari benar-benar mencerahkan seluruh penglihatan kami, mata kami dan pendengaran kami dengan segera tertumpu pada dengungan kapal terbang. Ya, kapal terbang! Kami tidak mendengar sebelum menjelang jam tujuh pagi. Kapal-kapal terbang yang bertanda bulat matahari menggegarkan suasana pagi jam sembilan. Kelajuannya yang seperti lang sewang telah menyemburkan rentetan peluru dan bom. Nyata kepada kami bahawa benteng Kuala Pak Amat sudah jatuh. Secara automatik, aku melihat wajah Pak Husain yang berkecai-kecai dalam batinku. Bagaimana benteng di Dasar dan Sabak? Aku tidak tahu.

Dipetik daripada cerpen Pahlawan Buntung oleh Othman Kelantan dalam Antologi Dirgahayu Bahasaku

i. Apakah punca-punca yang menyebabkan benteng Kuala Pak Amat jatuh. [2 markah]

ii. Cadangkan beberapa cara agar remaja pada hari ini sedar akan pentingnya mempertahankan kemerdekaan negara dan bersedia untuk menyertai Program Khidmat Negara yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan. [4 markah]

iii. Nyatakan satu persoalan yang terdapat dalam petikan, dan dua persoalan lain yang terdapat dalam keseluruhan cerpen. [3 markah]

Soalan 2 (c) Petikan Prosa TradisionalBaca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya menggunakan ayat anda sendiri.

Maka pada ketika yang baik, Raja Ahmad pergi menemui Raja Muhamad. Apabila berhadapan askar kedua-dua itu, mereka pun berperang. Tempik sorak segala hulubalang dan rakyat kedengaran amat hebat. Askar kedua-dua pihak ramai yang mati dan luka sebab beramuk-amuk sesama sendiri. Dalam pergaduhan itu matilah Raja Muhammad dan Raja Ahmad. Tinggallah Merah Silu dan Merah Hasum berdua bersaudara dan saki baki rakyat yang masih hidup. Mereka menyembah mengaku akan taat setia kepada anak raja kedua itu untuk terus tinggal di dalam negeri itu. Tiada berapa lama kemudian, Merah Silu berkata kepada saudaranya, Merah Hasum itu, “Hai saudaraku, betapa bicara kita kerana kita ini hanya dua bersaudara tinggal kerana nenek dan ibu bapa kita telah hilang dalam negeri Semerlanga ini! Jikalau kita diam dalam negeri ini, sekali-kali tiada memberi manfaat kepada kita. Baiklah kita pindah dari negeri ini mencari tempat yang baik supaya kita dapat diam di sana.” Setelah putus bicara dua bersaudara itu, pada ketika yang baik, mereka pun keluar meninggalkan negeri Semerlanga. Mereka mengikut jalan arah arah matahari mati. Mereka berhenti di sebuah tempat, dan kemudian meneruskan perjalanan. Dengan takdir Allah SWT, mereka sampai di sebuah negeri bernama Beruana. Mereka membuka perkampungan dan diam di sana, di sebelah-menyebelah sungai itu.

(Dipetik daripada cerita “Merah Silu dalam Antologi Harga Remaja DBP)

(i) Mengapakah Merah Silu mengajak Merah Hasum berpindah dari negeri Semerlanga. [3 markah]

(i) Sekiranya anda Merah Hasum, setujukan anda dengan cadangan Merah Silu agar meninggalkan negeri Semerlanga. Berikan alasan anda. [3 markah]

(ii) Nyatakan satu nilai yang terdapat dalam petikan dan dua nilai yang terdapat dalam keseluruhan cerita. [3 markah]

Page 12: SOALAN ULANGKAJI SPM 2011 Jawapan Bahasa Melayu · PDF fileRangka karangan – karangan berbentuk ulasan- calon perlu ada pengetahuan yang cukup berkenaan kekacauan yang pernah dan

SOALAN ULANGKAJI SPM 2011 13 SOALAN ULANGKAJI SPM 2011

JAW

APA

N b

oleh

did

apat

i di la

man

web

ww

w.a

fters

choo

l.my

Soalan 2 (d) Puisi ModenBaca sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Bangkitlah

Anak-anak yang sedang lenaBangkitlahMatahari sudah tinggiDi puncak gunung.

Lihat jernihnya pagi iniBurung-burung berterbangan di udaraDan pepohon hijau merendang daunnyaApa kau masih belum bangkit?

BangkitlahJangan sesal nantiMadu bumi yang kekeringanIsi laut kekosongan

Anak-anakEsok apa yang akan kaumakan?Tanah atau batu atau debu?Kau mahu terus nangisTanpa air mata?

Kalau tidakBangkitlah Dan perut belantara menjadi ladangMatahari belum lagi rembangDan burung-burung belum lagi menjamah awan!

Rejab F.I, dalam Antologi Dirgahayu Bahasaku DBP

i. Berdasarkan rangkap ketiga, mengapakah penyajak menyeru agar anak bangsanya agar bangkit? [2 markah]

ii. Cadangkan beberapa usaha yang boleh anda lakukan untuk membantu rakan-rakan anda yang hanyut dibuai kemajuan teknologi. [3 markah]

iii. Nyatakan tiga pengajaran yang terdapat dalam pantun di atas. [3 markah]

Soalan 3: Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa(30 Markah)

Jawab semua soalan.

(a) Tulis satu ayat daripada setiap penggandaan berentak di bawah ini supaya jelas menunjukkan maksudnya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan, serta menggunakan kata itu sebagai peribahasa dan kata nama khas.

i. Tunggang-langgang ii. Gegap-gempita iii. Kacau-bilau iv. Kusut-masai v. Lintang-pukang vi. Haru-biru [6 markah]

(b) Baca ayat di bawah dengan teliti, kemudian tentukan sujek dan predikat ayat berkenaan.

(i) Seorang pelajar telah memenangi hadiah itu. (ii) Penyalahgunaan dadah dapat melemahkan tenaga kerja pekerja negara kita. (iii) Kebanyakan calon tidak memahami arahan soalan itu walaupun penerangan telah dibuat. (iv) Setengah-setengah rumah itu masih kukuh walaupun telah dibina sebelum negara mencapai kemerdekaan lagi. (v) Ibu bapa dan kalangan pendidik perlulah memupuk budaya membaca dalam anak-anak sejak mereka kecil lagi. (vi) Setiap tuntutan dijamin akan mendapat layanan yang sama rata daripada pihak yang bertanggungjawab. [6 markah]

Page 13: SOALAN ULANGKAJI SPM 2011 Jawapan Bahasa Melayu · PDF fileRangka karangan – karangan berbentuk ulasan- calon perlu ada pengetahuan yang cukup berkenaan kekacauan yang pernah dan

14 SOALAN ULANGKAJI SPM 2011

JAW

APA

N boleh d

idapati d

i laman w

eb ww

w.afterschool.m

y

(c) Dalam ayat di bawah terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Bagi setiap ayat anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan atau imbuhan. Anda tidak perlu menyalin petikan itu semula.

(i) Ibubapa sering menasihati anak-anak agar menjaga keselamatan apabila jalan bersendirian. (ii) Keretapi itu dijangkakan tiba pada pukul 1.30 petang waktu setempat. (iii) Dia memperolehi pendapatan yang sangat lumayan sehingga mampu mengaji lima orang pekerja. [6 markah]

(d) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat anda tidak boleh meyenaraikan lebih daripada satu kesalahan pengunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Kedua-dua adik-beradik itu sangat bernas dan sering mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan. (ii) Batang pokok itu dipotong kecil-kecil agar mudah digendung oleh para-para pekerja itu (iii) Dia berhasrat untuk memperluaskan lagi perniagaannya agar produk keluarannya itu termashur ke seluruh dunia. [6 markah]

(e) Bina satu ayat daripada peribahasa di bawah ini. (i) Telinga kuali. (ii) Gigit jari (iii) Kacang hantu [6 markah]

Soalan 4: Novel[15 markah]

Jawab soalan di bawah. Jawapan anda hendaklan berdasarkan novel-novel yang anda pelajari.

(i) Azfa Hanani karya Halis Azhan Mohd Hanafiah (ii) Papa...Akhirnya Kau Tewas Jua karya Deana Yusof (iii) Renyah karya Gunawan Mohamad (iv) Melunas Rindu karya Hartini Hamzah (v) Interlok karya Abdullah Hussain (vi) Kabus di Perbukitan karya Muhamad Kholid Hamzah (vii) Kembara Amira karya Amer Hamzah L. Kadir (viii) Sutera Dalam lukisan karya Abd. Talib Hassan

(a) Nyatakan nilai-nilai murni yang dipaparkan oleh watak utama dalam novel yang anda kaji dengan mengemukakan contoh-contoh yang sesuai. [7 markah]

(b) Huraikan dua latar masyarakat yang terdapat dalam dua buah novel yang anda kaji. [8 markah]