43
Soalan-soalan percubaan negeri 2014 KEDAH a)Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan dua peristiwa menarik pada bahagian peleraian novel tersebut. Novel yang telah saya kaji ialah Melunas Rindu, karya Hartini Hamzah . Antara peristiwa menarik pada bahagian peleraian ialah Fuad dan Farhana dapat menyesuaikan diri bahawa mereka berdua ialah adik-beradik. Walaupun tidak dapat memperisteri Farhana, Fuad tidak bertindak di luar daripada batasan kewarasan akal fikiran. Dia masih mampu menerima suratan takdir daripada yang maha Esa. Dia masih mampu untuk menerima Farhana walaupun sebagai adik kandungnya sama seperti mereka mula kenal sejak dahulu. Farhana mendapat berita gembira apabila rakan sekerjanya iaitu Cikgu Zamani telah bertukar ke sekolah yang lain. Farhana selama ini menganggap Cikgu Zamani sebagai "duri dalam daging" kerana sentiasa mengeji dan memandang rendah bukan sahaja dari segi penampilan fizikalnya bahkan latar belakang pendidikannya. Akhirnya Farhana akan berasa lebih tenang di sekolah tersebut walaupun terpaksa melepaskan Fuad pergi kerana menyambung pelajaran dalam bidang pendidikan. Selain itu, peristiwa kedua ialah Fuad telah diterima untuk mengikuti kursus KPLI di Maktab Perguruan Ilmu Khas untuk melayakkannya menjadi seorang guru yang terlatih. Semasa Fuad menjadi guru terlatih dia mengajar Bahasa Inggeris di situlah mulanya babak Fuad mengenali Farhana. Seterusnya, Fuad membawa ibunya, Pak Ismail dan Mak Salmah mengerjakan umrah. Ayahnya, Robert Lim turut hadir di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur untuk mengucapkan selamat jalan kepada mereka. Robert Lim berpesan kepada Fuad agar menjaga Mariana dengan baik dan dirinya akan menyusul kemudian. Dari sini kita dapat tahu bahawa Robert Lim sudah insaf dan ingin kembali kepada ajaran agama Islam yang dianutinya sebelum ini. Berdasarkan novel tingkatan 5 novel Kabus Di Perbukitan. Antara peristiwa menarik ialah Melina menetap bersama-sama Benny di Dubai dan dikurniai seorang cahaya mata lelaki. Benny hanya boleh bergerak di negaranya sahaja. Anne dan Zain menetap di New Zealand untuk menguruskan perusahaan dan perniagaan Soleh Johnsons yang ditinggalkan dan dikurniai

Soalan Novel Melunas Rindu Dan Kabus Di Perbukitan

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Soalan novel percubaan 2014 dengan skema

Citation preview

Page 1: Soalan Novel Melunas Rindu Dan Kabus Di Perbukitan

Soalan-soalan percubaan negeri 2014KEDAH a)Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan dua peristiwa menarik pada bahagian peleraian novel tersebut. Novel yang telah saya kaji ialah Melunas Rindu, karya Hartini Hamzah. Antara peristiwa menarik pada bahagian peleraian ialah Fuad dan Farhana dapat menyesuaikan diri bahawa mereka berdua ialah adik-beradik. Walaupun tidak dapat memperisteri Farhana, Fuad tidak bertindak di luar daripada batasan kewarasan akal fikiran. Dia masih mampu menerima suratan takdir daripada yang maha Esa. Dia masih mampu untuk menerima Farhana walaupun sebagai adik kandungnya sama seperti mereka mula kenal sejak dahulu.

Farhana mendapat berita gembira apabila rakan sekerjanya iaitu Cikgu Zamani telah bertukar ke sekolah yang lain. Farhana selama ini menganggap Cikgu Zamani sebagai "duri dalam daging" kerana sentiasa mengeji dan memandang rendah bukan sahaja dari segi penampilan fizikalnya bahkan latar belakang pendidikannya. Akhirnya Farhana akan berasa lebih tenang di sekolah tersebut walaupun terpaksa melepaskan Fuad pergi kerana menyambung pelajaran dalam bidang pendidikan.

Selain itu, peristiwa kedua ialah Fuad telah diterima untuk mengikuti kursus KPLI di Maktab Perguruan Ilmu Khas untuk melayakkannya menjadi seorang guru yang terlatih. Semasa Fuad menjadi guru terlatih dia mengajar Bahasa Inggeris di situlah mulanya babak Fuad mengenali Farhana.

Seterusnya, Fuad membawa ibunya, Pak Ismail dan Mak Salmah mengerjakan umrah. Ayahnya, Robert Lim turut hadir di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur untuk mengucapkan selamat jalan kepada mereka. Robert Lim berpesan kepada Fuad agar menjaga Mariana dengan baik dan dirinya akan menyusul kemudian. Dari sini kita dapat tahu bahawa Robert Lim sudah insaf dan ingin kembali kepada ajaran agama Islam yang dianutinya sebelum ini.

Berdasarkan novel tingkatan 5 novel Kabus Di Perbukitan. Antara peristiwa menarik ialah Melina menetap bersama-sama Benny di Dubai dan dikurniai seorang cahaya mata lelaki. Benny hanya boleh bergerak di negaranya sahaja. Anne dan Zain menetap di New Zealand untuk menguruskan perusahaan dan perniagaan Soleh Johnsons yang ditinggalkan dan dikurniai sepasang anak kembar perempuan. Zain kelulusan ijazah dalam pertanian mengetahui selok-belok perniagaan dan pertanian.

Peristiwa yang kedua ialah Faridah dan Soleh Johnsons mengambil keputusan menetap di Malaysia untuk menghabiskan sisa-sisa hidup di Malaysia dan Soleh Johnsons telah bekerjasama dengan Datuk Azrul untuk membangunkan Tanah Tinggi Lojing sebagai kawasan agropelancongan. Faridah bersyukur kerana dapat kembali dan dia bertekad untuk membina jati diri di tanah airnya.

Page 2: Soalan Novel Melunas Rindu Dan Kabus Di Perbukitan

b) Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, bandingkan perwatakan watak utama dalam setiap novel.

Berdasarkan novel yang telah saya kaji iaitu novel Melunas Rindu, Fuad sebagai watak utama manakala novel Kabus Di Perbukitan ialah Faridah mempunyai perwatakan yang sama iaitu kedua-dua watak ini sangat gigih/tabah dalam melakukan sesuatu. Contohnya, kegigihan Fuad dapat dilihat apabila dia berusaha mencari ibu kandungnya, Mariana yang dikatakan telah meninggal dunia tetapi sebenarnya ibunya masih hidup. Kegigihan Fuad dalam menjejak ibu kandungnya membuahkan hasil, akhirnya Fuad berjaya bertemu dengan ibu di Hospital Tengku Ampuan Afzan kerana penyakit lelah. Selain itu, Fuad juga gigih menjalani kehidupan sebagai saudara baru dalam Islam. Contohnya, Fuad yang gigih mendalami agama Islam dengan rajin solat berjemaah dan mengaji dengan Pak Ismail. Manakala dalam novel Kabus Di Perbukitan pula, kegigihan watak utama iaitu Faridah dapat dilihat apabila Faridah gigih menghadapi cabaran tinggal di negara asing yang berbeza budaya dan agama. Faridah tetap gigih mengamalkan adat dan budaya Melayu serta ajaran agama Islam dalam kehidupan mereka sekeluarga walaupun sudah 25 tahun menetap di New Zealand dan berkahwin dengan seorang lelaki Inggeris iaitu Soleh Johnsons.

Seterusnya ialah kedua-dua watak ini taat kepada agama dan perintah Tuhan. Dalam novel Melunas Rindu , Fuad Sebagai saudara baharu dalam Islam, dia tekun mengaji al-Quran sementara menunggu waktu Isyak, dan mendalami ilmu agama daripada Pak Ismail manakala dalam novel Kabus Di Perbukitan ialah Faridah taat pada agama dan sentiasa mematuhi ajaran agama walaupun telah lama tinggal di New Zealand dengan mementingkan didikan agama kepada kedua-dua anaknya dengan menghantar anaknya ke kelas agama .

***Selain itu ,kedua-dua watak utama tabah menghadapi cabaran dalam liku-liku kehidupan. Melalui novel Melunas Rindu ini dapat dibuktikan bahawa Fuad tabah menghadapi kenyataan bahawa orang yang dicintai iaitu Sofia dan Farhana ialah adiknya kandungnya sendiri, Sofia ialah adik kandungnya sebelah ayahnya iaitu Robert Lim manakala Farhana pula ialah adik kandungnya sebelah ibunya Mariana. Melalui novel Kabus Di Perbukitan pula dapat dibuktikan Faridah tabah menghadapi cabaran di rantau orang iaitu New Zealand seorang diri selepas kematian ibu dan diikuti suaminya iaitu Ghazali.

Akhir sekali ialah kedua-dua watak ini mempunyai sifat penyayang. Dalam novel Melunas Rindu dapat dibuktikan bahawa Fuad begitu menyayangi kedua-dua ibu bapa angkatnya sehingga sanggup membeli motosikal dan tanah untuk Pak Ismail dan membawa mereka berdua menunaikan umrah di Mekah untuk mengucapkan rasa syukur dan berterima kasih kerana sanggup menjaganya. Dalam novel Kabus Di Perbukitan pula dapat dibuktikan bahawa Faridah sayang akan ibunya Salmah sehingga sanggup menemani ibunya dan tidak mahu berpindah mengikut suaminya yang bekerja di Kelang.

Page 3: Soalan Novel Melunas Rindu Dan Kabus Di Perbukitan

Fuad seorang pendidik yang bertanggungjawab dalam menjalankan tugas.Fuad seorang pemuda yang suka membantu orang

Faridah seorang yang sangat mencintai tanah air Faridah seorang ibu yang penyayang

Page 4: Soalan Novel Melunas Rindu Dan Kabus Di Perbukitan

Kuching Zon B(a) Berdasarkan sebuah novel yang telah anda pelajari, kemukakan dua peristiwa yang

menyayat hati dalam novel tersebut. [7 markah] Novel yang saya kaji ialah Melunas Rindu hasil karya Hartini Hamzah. Dalam novel

ini, terdapat beberapa peristiwa yang menyayat hati dan menimbulkan kesan yang mendalam dalam hati para pembaca setelah membaca novel tersebut. Antara peristiwa yang menyayat hati para pembaca ialah apabila Mariana ditinggalkan oleh suaminya, Robert Lim. Perkahwinan mereka hanya bertahan selama tiga bulan sahaja. Pada masa itu, Mariana sedang mengandung. Fikirannya berkecamuk apabila terkenang akan sikap tidak bertanggungjawab suaminya itu. Lebih menyayat hati lagi apabila anak Mariana dilarikan orang. Setelah melahirkan Fuad, anaknya itu dipelihara oleh Pak Seman, bapanya. Mariana hanya sempat bersama-sama Fuad selama lima hari sahaja. Setelah tiga hari di rumah Pak Seman, Fuad dilarikan orang pula. Dalam usaha mencari Fuad, Seman pula meninggal dunia akibat dipatuk ular. Mariana semakin tertekan dan hal ini menyebabkan dia gila meroyan. Sudah jatuh ditimpa tangga, begitulah nasib Mariana. Anaknya hilang bapanya pula meninggal dunia. Peristiwa ini amat menyayat hati para pembaca lebih-lebih lagi apabila anak yang dikandung dilarikan orang. Ibu mana yang tidak sayang akan anak sendiri sedangkan binatang pun menyayangi anak.

Satu peristiwa lain yang menyayat hati para pembaca ialah apabila cinta Fuad tidak kesampaian. Peristiwa Fuad kehilangan adiknya Sofia yang merupakan gadis yang dicintainya telah meninggalkan kesan yang mendalam dalam hati para pembaca. Setelah kematian Sofia, Fuad pulang ke kampung dan menerima ejekan daripada penduduk kampung kerana kematian Sofia disebabkan oleh tindakannya. Fuad menerima ejekan dan cacian orang kampung dengan hati yang tabah sehinggalah orang kampung menerimanya kembali. Setelah reda dengan kematian Sofia, Fuad sekali lagi bertemu pintu hatinya untuk becinta kembali. Nama wanita tersebut ialah Farhana yang merupakan rakan sekerjanya di Sekolah Menengah Seri Setia. Farhana dan Fuad mulai akrab setelah mereka ditugaskan untuk bekerjasama dalam menjalankan satu aktiviti berkaitan dengan subjek yang diajar iaitu, Bahasa Inggeris. Setelah lama berkawan, Fuad mula selesa dengan Farhana dan mula bercerita tentang latar keluarga masing-masing. Fuad sangat terkejut apabila nama ibu Farhana sama dengan nama ibu yang dicarinya selama ini iaitu Mariana. Setelah lama mencari, akhirnya rahsia terbongkar. Ibu kepada Farhana ialah ibu kepada Fuad juga. Namun, Farhana dilahirkan setelah Mariana mengahwini lelaki lain iaitu Fakharudin. Hati Fuad berkecai apabila mengetahui rahsia yang begitu menyayat hatinya kerana pada awalnya, Fuad ingin meluahkan perasaannya terhadap Farhana tetapi berlaku di sebaliknya. Peristiwa ini telah menyayat hati para pembaca kerana pada mulanya

Page 5: Soalan Novel Melunas Rindu Dan Kabus Di Perbukitan

pembaca beranggapan bahawa Farhana akan menjadi teman sehidup semati Fuad tetapi berlaku di sebaliknya.

Novel yang saya kaji ialah Kabus Di Perbukitan hasil karya Mohamad Kholid Hamzah. Terdapat beberapa peristiwa yang menyayat hati dan menimbulkan kesan yang mendalam dalam hati saya setelah membaca novel tersebut. Antaranya peristiwa yang menyayat hati saya ialah apabila Faridah terpisah dengan adik kembarnya sejak berusia tujuh tahun lagi. Setelah ibu dan ayahnya berpisah, Faridah tinggal bersama-sama dengan ibunya di Kampung Parit Tiga, Sungai Besar. Manakala Rahayu pula tinggal bersama-sama ayah dan ibu tirinya, Hamidah yang menetap di Pontianak, Indonesia. Belum sempat lagi mereka bertemu Rahayu terlebih dahulu meninggalkan Faridah. Rahayu meninggal dunia setelah Faridah sedar daripada koma. Hasrat Faridah ingin bertemu dengan adik kandungnya tidak kesampaian, pertemuan mereka hanyalah di dalam igauan Rahayu sahaja. Kematian Rahayu memberi tamparan hebat kepada Salmah yang merupakan ibu kandung kepada Faridah dan Rahayu. Peristiwa tersebut menyebabkan ibunya meninggal dunia kerana terlalu merindui Rahayu, anaknya yang telah lama terpisah dengannya. Satu peristiwa yang menyayat hati saya juga ialah apabila Rahayu menahan kesakitan dalam melawan penyakit yang dihidapinya. Penyakit barah paru-paru yang dihidapinya menyebabkan dia tidak dapat meneruskan kuliahnya seperti sediakala. Dia berasa sangat sedih dengan keadaan dirinya yang tidak bermaya lagi. Azrul yang merupakan rakan sekuliahnya sering memberikan semangat kepada Rahayu agar terus kuat dalam melawan penyakitnya itu. Meskipun dia tahu bahawa penyakit yang dihadapi oleh Rahayu semakin serius, namun dia tetap memberikan semangat kepada gadis yang dicintainya itu untuk meneruskan hidupnya. Lebih menyayat hati saya apabila Rahayu kehilangan Suhaila yang menjadi rakannya di wad tersebut telah meninggal dunia. Sebelum meninggal dunia Suhaila ada memberikannya beberapa buah novel cinta untuk dibaca oleh Rahayu ketika dia bosan. Meskipun dalam keadaan yang tidak bermaya, Rahayu tetap mengingati kakaknya Faridah yang masih belum dijumpai.

KLa)Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan dua peristiwa yang dapat dikaitkan dengan persoalan maruah. [7 markah]

Page 6: Soalan Novel Melunas Rindu Dan Kabus Di Perbukitan

Novel yang telah saya kaji ialah Novel “Melunas Rindu” karya Hartini Hamzah. Berdasarkan novel tersebut, terdapat beberapa peristiwa yang dapat dikaitkan dengan persoalan maruah. Dalam novel Melunas Rindu, peristiwa yang dapat dikaitkan dengan persoalan maruah iaitu ketika Fuad melarikan anak angkat kepada Mak Salmah dan Pak Ismail iaitu Sofia. Peristiwa ini bukan sahaja memberikan kesan yang mendalam kepada Mak Salmah dan Pak Ismail malah turut mencemarkan maruah keluarga Mak Salmah dan Pak Ismail.

Seterusnya, peristiwa lain yang dapat dikaitkan dengan persoalan maruah ialah ketika Cikgu Zamani dimarahi oleh pengetua sekolah yang di ajarnya kerana tidak bertanggungjawab sebagai seorang guru. Cikgu Zamani sering ponteng kelas dan menyebabkan beliau ditukarkan ke sekolah lain. Peristiwa ini sudah tentu mencemarkan imej sekolah dan dirinya sebagai seorang guru .

Novel yang saya kaji ialah Novel Kabus di Perbukitan, karya Mohamad Kholid Hamzah. Berdasarkan novel tersebut, terdapat beberapa peristiwa yang dapat dikaitkan dengan persoalan maruah. Antara peristiwa yang dapat dikaitkan dengan persoalan maruah ialah pertama persoalan menjaga maruah diri dan keluarga. Misalnya, walaupun Melina semakin akrab dengan Benny dan Benny berkali-kali mengajaknya ke Malaysia namun Melina keberatan untuk menerima pelawaan Benny tanpa sebarang ikatan perkahwinan yang sah demi menjaga maruah diri dan keluarganya. Namun, harapan Benny itu hanya terlaksana apabila Benny melamar Melina dan mereka mendirikan rumah tangga.

Kedua, persoalan menjaga maruah agama. Misalnya, tindakan Mohamed Attar yang agak ekstrem dalam perjuangannya untuk menegakkan syiar Islam kurang disenangi oleh Ustaz Hassan Syukri. Peristiwa Mohamed Attar ditangkap kerana cuba mengebom sebuah pusat perjudian di Pulau Sentosa, Singapura telah menjatuhkan maruah agama Islam kerana telah memberikan tanggapan negatif kepada masyarakat terutama masyarakat bukan Islam bahawa agama Islam mengajar umatnya melakukan keganasan. Hal ini sudah tentu bertentangan dengan ajaran Islam yang mengutamakan amalan berhemah dalam menyebarkan syiar Islam.

b) Berdasarkan dua novel yang anda pelajari , huraikan pengajaran dalam setiap novel tersebut .

Daripada novel Melunas Rindu yang telah saya kaji di tingkatan 4 karya Hartini Hamzah , pengajaran yang boleh saya huraikan ialah kita harus bertanggunggjawab kepada keluarga . Hal ini dapat dilihat semasa Fuad tinggal di rumah Pak Mail dan Mak salmah sebagai anak angkat , Fuad tetap menunaikan tanggungjawabnya sebagaimana ibu bapa sendiri . Dia telah membeli sebuah motosikal dan sebidang tanah dan menamakannya atas nama Pak Mail .Fuad juga menunaikan tanggungjawabnya kepada apaknya iaitu Peter Lim yang berada di sungai Ruan . Walaupun Peter Lim hanyalah bapa

Page 7: Soalan Novel Melunas Rindu Dan Kabus Di Perbukitan

saudaranya tetapi Fuad mengganggapnya sebagai ibu bapa kerana Peter Lim telah membesarkannya . Dia melawat Peter Lim yang sedang sakit dan membantu menjelaskan yuran Ah Soh dan menanggung semua perbelanjaan persekolahan adik-adik sepupunya .

Pengajaran seterusnya ialah , kita janganlah menyimpan perasaan marah dan dendam kepada orang lain. Contoh pengajaran ini dapat dilihat ketika Mak Salmah sukar untuk menerima Fuad kerana Fuad bertanggungjawab atas kehilangan Sofia . Namun setelah setahun Fuad berada dirumah nya , barulah Mak Salmah memaafkan Fuad .Pak Mail pula tidak pernah berdendam dan menerima Fuad datang ke rumahnya setelah ketiadaan Sofia . Pak Mail juga tidak berdendam dengan Robert Lim yang bertanggungjawab merancang agar Sofia diambil daripada Pak Mail dan Mak Salmah .Ketika Robert Lim datang kerumahnya untuk mencari Fuad , Pak Mail menerima kedatangan Robert Lim dengan baik dan menerima permohonan maaf daripada Robert Lim .

Selain itu, kita janganlah terlalu mengikut perasaan sehingga memudaratkan diri . Pengajaran ini dapat dilihat melalui watak Mariana . Dia rasa tertekan setelah ditinggalkan oleh suaminya Roslan atau Robert Lim . Setelah melahirkan anak dia terus meratap dan menangis sehingga dia menjadi gila meroyan . Keadaan dirinya yang demikian menyebabkan Mariah menyerahkan anak yang dilahirkan kepada ayah Mariana . Mariah telah membawanya ke Bentung agar tekanan perasaan Mariana reda . Setelah sembuh daripada gila meroyan , Mariana menyesal atas perbuatannya sehingga dia terpisah dengan anaknya . Pengajaran ini mengajar kita agar tidak terlalu mengikut perasaan sehingga boleh memudaratkan diri sendiri .

Daripada novel Kabus Di Perbukitan yang telah saya kaji, karya Mohammed Kholid Hamzah , pengajarannya ialah kita mesti berfikiran jauh untuk mencapai kejayaan . Hal ini dapat dilihat ketika Azrul seorang graduan yang bepandangan jauh tentang pertanian negara ini .Azrul juga menyatakan hasratnya untuk menternak kambing selepas menamatkan penggajian kepada ayahnya setelah melihat pasaran kambing yang tinggi bagi majlis akikah , korban ,majlis menyambut kelahiran dan kegunaan masyarakat hindu . 25 tahun kemudian Azrul bergelar Datuk Azrul setelah berjaya memajukan industri pertanian melalui ladang sendiri dan Persatuan Peladang.

Pengajaran yang seterusnya ialah kita jangan terlalu taksub dengan satu-satu pendapat atau pegangan sehingga menjejaskan keselamatan dan keamanan orang lain . Contohnya seperti Mohammed Attar seorang juruterbang helikopter di tempat Benny bertugas ialah seorang yang tahfiz al-Quran . Dia mahir tentang rukun islam , tauhid tetapi amat benci akan Amerika yang dianggap sebagai petualang . Mohammed Attar juga tidak dapat menerima pendapat ustaz Hassan Syukri yang menekankan unsur lemah lembut dalam berdakwah dan menegur orang . Dia juga dipercayai oleh polis republik mahu mengebom sebuah kasino yang baru dibuka di Pulau Sentosa tetapi berjaya ditangkap oleh berkuasa republik tersebut .

Page 8: Soalan Novel Melunas Rindu Dan Kabus Di Perbukitan

Seterusnya, kita mestilah ingat asal usul kita . Pengajaran ini dapat dilihat melalui

watak Faridah . Faridah sering bercerita tentang sawah bendang , pokok kelapa di kampung halamannya yang terletak di Sungai Besar kepada anak-anaknya iaitu Anne dan Melina . Melina ingin ke Sungai Besar untuk melihat kamung halaman ibunya iaitu Faridah dan menjejak warisannya yang dirasakan semakin menghilang . Pengajaran ini mengajar kita untuk terus ingat akan asal usul kita supaya warisan kita dapat terus dikekalkan .

Kelantana) Sesebuah novel dapat menimbulkan kesedaran kepada pembaca. Berdasarkan sebuah

novel yang telah anda kaji, jelaskan sebab-sebab novel itu dapat menimbulkan kesedaran kepada pembaca. [7 markah]

Berdasarkan novel “Melunas Rindu” karya Hartini Hamzah terdapat beberapa sebab novel itu boleh menimbulkan kesedaran kepada pembaca, pertama kesedaran melalui tema novel berkenaan yang menunjukkan kegigihan dan ketabahan dalam menghadapi cabaran sangat penting untuk memperoleh kejayaan. Misalnya, Fuad/ Abdul Halim/ Joshua gigih berusaha untuk mencari ibunya yang telah terpisah sejak dilahirkan. Dia yang dipelihara oleh bapa saudaranya Peter Lim pada awalnya cuba mengesan kubur ibunya yang dikatakan telah meninggal dunia. Namun, berita yang menyatakan ibunya masih hidup amat menggembirakan hatinya. Pencariannya berakhir apabila dia berjaya menemui ibunya yang seterusnya dapat melunaskan rindunya terhadap ibu kandungnya itu. Hal ini memberi kesedaran kepada pembaca bahawa kegigihan dan ketabahan akan menghasilkan kejayaan.

Kedua, kesedaran melalui perwatakan Farhana yang sangat komited melaksanakan

tanggungjawabnya sebagai Ketua Panitia Bahasa Inggeris untuk memastikan murid-murid di Sekolah Menengah Seri Setia dapat menguasai mata pelajaran Bahasa Inggeris dengan baik. Dia selalu berbincang dengan Fuad untuk memantapkan program yang telah dirancang. Melalui perwatakan Farhana ini telah memberikan kesedaran kepada pembaca agar sentiasa komited dan amanah dalam melaksanakan tanggungjawab yang telah diberikan.

Bagi novel Kabus Di Perbukitan karya Mohamad Kholid bin Hamzah juga

terkandung beberapa sebab novel ini boleh menimbulkan kesedaran kepada pembaca, kesedaran yang pertama dapat diperoleh melalui tema novel ini iaitu jati yang kental terhadap bangsa sendiri. Sebagai contoh,Faridah masih mengekalkan identiti bangsa Melayunya walaupun sudah 25 tahun menetap di New Zealand iaitu masih menggunakan nama Idah. Kesedaran kepada pembaca ialah walau di mana kita berada, kita perlu kekalkan jati diri kita.

Kesedaran kedua yang kita peroleh ialah pemeliharaan dan pemuliharaan alam semula jadi agar kerosakan ekologi dapat dikurangkan. Misalnya, Soleh Johnsons dan Datuk Azrul tidak mahu mengusahakan ladang sayur demi kelestarian Tanah Tinggi Lojing,

Page 9: Soalan Novel Melunas Rindu Dan Kabus Di Perbukitan

sebaliknya mengusahakan pusat peranginan berkonsepkan agropelancongan. Peristiwa ini menyedarkan kita bahawa pemeliharaan dan pemuliharaan alam semula jadi menjadi tanggungjawab kita bersama.

Bukan itu sahaja, kesedaran yang saya peroleh dalam novel ini ialah wawasan jauh akan mudah mencapai kejayaan. Seperti Azrul yang merupakan seorang graduan yang berpandangan jauh tentang masa depan bidang pertanian di negara ini. Azrul menyatakan hasratnya untuk menternak kambing selepas tamat pengajian kepada ayahnya setelah melihat pasaran kambing yang tinggi bagi majlis akikah, korban, majlis menyambut kelahiran dan kegunaan masyarakat Hindu.

(b) Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, huraikan satu peristiwa yang menarik hati anda daripada setiap novel tersebut. [8 markah]

Berdasarkan novel Melunas Rindu karya Hartini Hamzah yang telah saya kaji, terdapat banyak peristiwa menarik yang terkandung dalam novel ini. Antara peristiwa menariknya ialah peristiwa Fuad mengetahui ibu kandungnya masih hidup daripada Pak Samsudin iaitu jiran Mariah yang merupakan kakak angkat ibu Fuad. Pak Samsudin juga meyakinkan Fuad bahawa Fuad akan berjumpa dengan ibu kandungnya, Mariana sendiri bukan dengan kuburnya. Peristiwa ini menjadikan perjalanan cerita bertambah menarik dan pembaca ingin mengetahui cerita yang seterusnya.

Seterusnya, peristiwa Fuad menyedari bahawa ibu Farhana ialah ibu kandungnya. Mariana dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan kerana menghidap penyakit asma. Semasa berada di hospital tersebut Fuad mengetahui ibu Farhana iaitu Mariana ialah ibu kandungnya yang dicari selama ini. Fuad tabah menerima kenyataan bahawa ibunya iaitu Mariana ialah ibu Farhana juga dan Farhana, gadis yang dicintai dan ingin dikahwininya ialah adik kandungnya sendiri. Peristiwa ini menarik hati saya kerana walaupun Fuad menghadapi pelbagai masalah dalam perhubungan, dia tetap tabah menghadapi dan dapat menerima kenyataan yang Farhana merupakan adik kandungnya.

Peristiwa watak utama mengetahui bahawa nama dirinya yang sebenar. Fuad mengetahui bahawa nama asal ketika dilahirkan ialah Abdul Halim dan nama Islam bapanya ialah Roslan. Fuad sendiri terkejut mendengarkan perkara itu daripada Pak Ngah Lias. Peristiwa ini memberikan maklumat tentang sejarah hidup Fuad dan mengetahui identiti sebenar Fuad.

Peristiwa watak utama mengetahui siapa ibu kandungnya yang sebenar. Fuad menyedari bahawa ibu Farhana ialah ibu kandungnya. Mariana dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan kerana menghidap penyakit lelah (asma). Semasa berada di hospital tersebut Fuad mengetahui ibu Farhana (Mariana) adalah ibu kandungnya yang dicari selama ini. Fuad tabah menerima kenyataan bahawa ibunya (Mariana) ialah ibu Farhana juga dan Farhana, gadis yang dicintai dan ingin dikahwininya adalah adik kandungnya

Page 10: Soalan Novel Melunas Rindu Dan Kabus Di Perbukitan

sendiri. Peristiwa ini membawa unsur kejutan kepada pembaca dan pembaca berasa simpati kepada Fuad dan Farhana yang baru mula ingin bercinta. Perjalanan cerita menjadi bertambah menarik.

Pertemuan watak utama dengan ayah kandungnya di lapangan terbang. Pertemuan Fuad dengan ayah kandungnya, Robert Lim di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Fuad ingin membalas jasa orang tuanya dengan membawa Mariana (ibu kandungnya), Mak Salmah (ibu angkat) dan Pak Ismail (bapa angkatnya) menunaikan umrah di Mekah. Robert Lim memberikan harapan bahawa dia akan menyusul mereka kemudian dan dia dan Fuad saling berpelukan.Peristiwa ini menandakan Fuad sudah memaafkan bapanya dan hubungan antara kedua-dua beranak itu sudah jernih.

Novel Kabus Di Perbukitan, karya Mohamad Kholid bin Hamzah juga mengandungi pelbagai peristiwa yang menarik. Peristiwa yang pertama ialah ketika Faridah berada dalam keadaan bawah sedar. Faridah berada pada zaman lampau. Faridah berada di suatu tempat asing, iaitu di Bukit Kutu dan Pekan Sungai Kubu. Faridah pergi ke pekan tersebut ditemani oleh Amah Siti.Faridah melihat cara penduduk pada zaman itu begitu asing baginya. Faridah merasakan dia berada pada zaman penjajahan Inggeris sebelum negara mencapai kemerdekaan. Peristiwa ini menggambarkan keistimewaan hubungan kembar antara Faridah dan Rahuyu yang masih boleh berhubung walaupun jasad mereka terpisah jauh.

Operasi mencari mangsa yang hilang dalam kemalangan. Operasi mencari Faridah dan Iqbal yang dinamakan OPS PDK melibatkan banyak pihak seperti Bomba dan Penyelamat, Hospital Daerah, RELA, Perhilitan dan Pejabat Daerah Raub serta Hulu Selangor. Situasi ini menunjukkan kesungguhan pelbagai pihak bekerjasama berusaha mencari dan menyelamatkan dua orang rakyat tempatan yang hilang di Bukit Fraser.

Selain itu, peristiwa mangsa kemalangan ditemui semula. Faridah dan Iqbal ditemui semula di Perkampungan Orang Asli Temuan oleh ayahnya, Mejar (B) Kamarudin dan Buyung dalam keadaan tidak sedarkan diri. Pertemuan ini merungkai misteri kehilangan Faridah dan Iqbal selama dua minggu selepas kemalangan jalan raya di Bukit Fraser.

Akhir sekali ialah Faridah bertemu dengan Zain di banglonya di Rosewood, Christchurch, New Zealand. Pertemuan itu menguatkan lagi keinginan Faridah untuk pulang ke tanah air kerana Zain juga berasal dari Sungai Besar, Selangor. Peristiwa ini menarik minat saya kerana walaupun Faridah sudah lama menetap di New Zealand, dia tetap cinta akan tanah airnya.

Page 11: Soalan Novel Melunas Rindu Dan Kabus Di Perbukitan

N9 (a) Pengarang menggunakan beberapa teknik dalam karyanya untuk membentuk plot

dan menyampaikan ceritanya. Huraikan dua teknik plot daripada sebuah novel yang telah anda pelajari. [7 marl

(b)

Novel yang saya kaji ialah Kabus Di Perbukitan karya Mohamad Kholid Hamzah beberapa teknik untuk membentuk plot digunakan. Antara teknik plot yang terdapat dalam novel ialah teknik imbas kembali. Imbas kembali bermaksud ingatan sesuatu watak terhadap peristiwa atau kejadiaan yang telah berlaku atau yang telah dialaminya. Antara contoh teknik imbas kembali yang digunakan dalam novel ini ialah kenangan Faridah ketika dia dan Rahayu masih kecil. Faridah masih ingat lagi sewaktu dia masih kecil, dia membesar di kawasan pantai Sungai Haji Dorani. Mereka mengutip lala dan kerang di pantai ketika emak mereka berniaga menjual pisang goreng. Keindahan itu tidak lama, ayah datang dan kemudian membawa Rahayu pergi bertahun-tahun lamanya.

Seterusnya teknik pemerian. Pemerian bermaksud penceritaan tentang sesuatu peristiwa atau keterangan sesuatu watak secara langsung oleh pengarang. Antara contoh penggunaan teknik ini ialah suasana di Rosewood, Christchurch, New Zealand “Udara awal musim sejuk berat dan basah. Faridah terbatuk-batuk kecil. Tubuhnya dibalut dengan baju panas daripada kain bulu halus. Hangat, tetapi masih belum lagi menyelesakan. Saban tahun dia akan menghadapi masalah yang sama walaupun telah 25 tahun dia berhijrah ke Negara Baharu ini”.

@

Novel yang saya kaji ialah Melunas Rindu karya Hartini Hamzah. Saya telah memperoleh teknik plot pada novel ini. Antaranya ialah teknik saspens. Sebagai contohnya, peristiwa Fuad memasukkan kad ATM-nya ke dalam mesin wang itu lalu menekan butang penyata baki. Fuad mendapati akaun banknya mengandungi wang lebih daripada dua ratus ribu ringgit telah menimbulkan perasaan ingin tahu para pembaca tentang wang yang begitu banyak terdapat dalam akaun bank Fuad. Melalui situasi itu, pembaca ingin tahu dari mana sumber wang tersebut diperolehnya.

Selain itu, teknik kejutan juga saya telah peroleh melalui novel ini. Teknik kejutan ialah perubahan mendadak yang berlaku secara tiba-tiba dalam binaan plot. Secara kebiasaanya, kesan yang timbul daripada teknik ini berlainan dengan jangkaan pembaca. Contohnya, Fuad terkejut apabila mendapati bahawa emak Farhana bernama Mariana Binti Osman. Peristiwa tersebut mengejutkan para pembaca kerana tidak menyangka bahawa nama ibu Fuad sama dengan ibu Farhana. Hal ini bermakna, mereka berdua ialah adik-beradik kandung.

Page 12: Soalan Novel Melunas Rindu Dan Kabus Di Perbukitan

b)Jelaskan persamaan dan perbezaan latar masyarakat dalam dua buah novel yang telah anda pelajari.

Novel yang telah saya kaji di Tingkatan 4 dan 5 ialah Novel Melunas Rindu karya Hartini Hamzah dan Novel Kabus Di Perbukitan karya Mohamad Kholid bin Hamzah. Saya telah memperoleh persamaan dan perbezaan latar masyarakat dalam dua buah novel tersebut. Persamaan latar masyarakat dalam dua buah novel tersebut ialah masyarakat penyayang.Dalam novel Melunas Rindu,masyarakat penyayang dapat dilihat melalui watak Fuad yang sangat menyayangi ibu kandungnya,Mariana yang disangka sudah meninggal dunia.Fuad tidak pernah berputus asa dalam pencarian pusara ibunya.Manakala,persamaan latar masyarakat bagi novel Kabus Di Perbukitan pula dapat dilihat melalui watak Salmah yang sangat menyayangi anaknya,Rahayu yang telah meninggal dunia kerana barah paru-paru.Salmah sentiasa mengenang arwah Rahayu sehingga beliau meninggal dunia.

Selain itu,persamaan latar masyarakat dalam dua buah novel tersebut ialah masyarakat yang kuat dalam pegangan agama. Dalam novel Melunas Rindu,persamaan tersebut dapat dilihat pada watak Fuad yang tekun mengaji Al-Quran sementara menunggu waktu Isyak dan mendalami ilmu agama dengan Pak Ismail.Fuad juga tidak lupa menunaikan solat walaupun dalam keadaan musafir.Manakala dalam novel Kabus Di Perbukitan,persamaan tersebut dapat dilihat pada watak Faridah dan Salmah yang sentiasa berdoa apabila mengalami tekanan atau masalah kemalangan

Di samping itu,terdapat juga perbezaan latar masyarakat dalam kedua-dua novel tersebut.Dalam novel Melunas Rindu,perbezaan latar masyarakat ialah masyarakat guru. Masyarakat guru dapat dilihat pada watak Farhana yang tidak bersefahaman dengan Cikgu Zamani. Contohnya,Farhana menyindir kelakuan Cikgu Zamani sehingga berlakunya pertengkaran yang agak serius. Manakala bagi novel Kabus Di Perbukitan, perbezaan latar masyarakat adalah masyarakat cinta akan alam sekitar. Masyarakat tersebut dapat dilihat pada watak Azrul yang aktif dalam program-program pemeliharaan alam sekitar. Contohnya, Azrul telah menaja penubuhan persatuan Pencinta Alam dan Hutan.

MP KEDAHa) Jelaskan dua latar masyarakat yang terdapat dalam sebuah novel yang telah anda pelajari

Berdasarkan novel “Melunas Rindu” karya Hatini Hamzah terdapat beberapa latar masyarakat. Antaranya ialah, masyarakat yang tabah menghadapi cabaran hidup. Sebagai contohnya, Fuad sungguh tabah menghadapi sikap dingin Mak Salmah terhadapnya selama beberapa bulan dia tinggal bersama-sama Pak Ismail dan Mak Salmah. Mak Salmah itu beranggapan bahawa Fuadlah punca kematian Sofia, iaitu

Page 13: Soalan Novel Melunas Rindu Dan Kabus Di Perbukitan

anaknya akibat daripada tindakan Fuad melarikan Sofia. Fuad terpaksa bersabar dan sentiasa berusaha mengambil hati Mak Salmah.

Kedua, masyarakat yang mentaati perintah agama. Sebagai contohnya, selepas kembali kepada agama asal keluarganya, Fuad tekun mengerjakan solat termasuklah bersolat berjemaah di surau dan tekun mempelajari al-Quran melalui tunjuk ajar Pak Ismail.

Selain itu, terdapat latar masyarakat yang bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas yang diberikan dengan penuh komited. Misalnya, Farhana juga begitu komited melaksanakan tanggungjawabnya sebagai Ketua Panitia Bahasa Inggeris untuk memastikan murid-murid di Sekolah Menengah Seri Setia dapat menguasai matapelajaran Bahasa Inggeris dengan baik. Dia selalu berbincang dengan Fuad untuk memantapkan program yang telah dirancang.

Di samping itu, masyarakat yang sayang akan ahli keluarga sendiri walaupun berlainan agama. Misalnya, Fuad sangat sayang akan Peter Lim iaitu bapa angkatnya yang telah memeliharanya sejak kecil malah sanggup membiayai persekolahan adik-adik angkatnya walaupun kini dia telah kembali kepada agama asalnya iaitu Islam.

@Berdasarkan novel “Kabus di Perbukitan” karya Mohamad Kholid Hamzah latar

masyakarat yang terdapat dalam novel ialah masyarakat yang tabah menerima ketentuan takdir dengan reda misalnya, Faridah reda menerima ketentuan takdir bahawa dia akan kehilangan insan-insan yang disayangi dalam tempoh yang berdekatan antara satu sama lain. Mula-mula Faridah kehilangan saudara kembarnya yang sangat dirinduinya iaitu Rahayu yang meninggal dunia kerana penyakit barah. Kemudian, ibunya pula meninggal dunia kerana menderita akibat kematian Rahayu. Kemudian, suaminya Ghazali pula meninggal dunia akibat kemalangan jalanraya.

Kedua, masyarakat yang mentaati perintah agama. Soleh Johnsons sangat mentaati perintah agama Islam setelah dia memeluk agama Islam dan berkahwin dengan Faridah. Dia sentiasa bersolat dan menyokong usaha-usaha mengembangkan syiar Islam dengan sentiasa menghulurkan derma. Dia juga sentiasa memastikan penyembelihan haiwan di ladangnya mengikut syariat Islam agar umat Islam di New Zealand memperoleh bekalan daging yang halal.

Selain itu, masyarakat yang mempunyai jati diri yang teguh walaupun di mana-mana pun berada. Faridah yang sudah 25 tahun tinggal di New Zealand tetap mengingati dan menghargai tanah airnya, Malaysia. Dia kemudian telah mengambil keputusan untuk menetap di Malaysia dalam meniti usia tuanya bersama-sama suaminya, Soleh Johnson.

Seterusnya, masyarakat yang gigih berusaha untuk mencapai kemajuan. Misalnya, Azrul yang bertekad untuk menjadi penternak dan petani setelah menamatkan pengajian

Page 14: Soalan Novel Melunas Rindu Dan Kabus Di Perbukitan

di UPM, telah berusaha dengan gigih memajukan projek ternakan kambing dan tapak semaiannya hingga dia berjaya menjadi seorang usahawan tani berjaya.

(b) Teknik kejutan merupakan salah satu teknik yang boleh menarik perhatian pembaca. Huraikan teknik kejutan yang terdapat dalam kedua-dua buah novel yang anda pelajari. [ 8 markah ]

Berdasarkan novel “Melunas Rindu” karya Hartini Hamzah terdapat teknik kejutan. Antaranya ialah, peristiwa pertemuan antara Fuad dengan ibu kandungnya di Hospital Tengku Ampuan Afzan ,Kuantan. Secara kebetulan ketika dia mengunjungi ibu Farhana sangat mengejutkan Fuad dan Farhana. Hal ini mengejutkan dan menarik perhatian pembaca kerana Fuad tidak menyangka bahawa ibu Farhana itu sebenarnya ibu kandungnya juga. Hal ini disahkan oleh bapa Fuad iaitu Robert Lim yang kebetulan mahu menemui Fuad untuk menyerahkan sebentuk cincin yang mungkin boleh membantu Fuad mencari ibunya.

Kedua, peristiwa kehadiran bapa Fuad, Robert Lim di lapangan terbang ketika Fuad, ibunya Mariana, Pak Ismail dan Mak Salmah hendak berangkat mengerjakan umrah di Makkah mengejutkan Fuad dan pembaca. Hal ini mengejutkan Fuad kerana dia tidak menyangka bapanya akan datang malah Fuad lebih terkejut apabila bapanya menyatakan bahawa dia akan menyusul ke Makkah juga seolah-olah bapanya mahu kembali kepada agama Islam.

Berdasarkan novel Kabus di Perbukitan karya Mohamad Kholid Hamzah. Terdapat beberapa teknik. Antaranya ialah, teknik kejutan. Semasa Rahayu terjatuh dan pengsan di lantai telah mengejutkan Azrul dan juga pembaca. Azrul panik dan kehilangan punca.

Page 15: Soalan Novel Melunas Rindu Dan Kabus Di Perbukitan

Beberapa orang pelajar dan pembantu perpustakaan menyerbu menghulurkan bantuan. Rahayu dikejarkan ke pusat kesihatan. Pagi itu, perpustakaan UPM gempar dan pelajar-pelajar membuat penilaiaan sendiri-UPM diserang histeria.

PAHANGa) Teknik plot dalam sesebuah novel memainkan peranan yang penting dalam menghasilkan karya yang menarik. Jelaskan dua teknik plot yang terdapat dalam sebuah novel yang telah anda pelajari. [7 markah]

Novel yang saya kaji di tingkatan 4 ialah Melunas Rindu hasil karya Hartini Hamzah. Terdapat beberapa teknik plot yang telah saya pelajari dalam novel ini. Antaranya ialah, teknik dialog iaitu pertuturan antara watak yang terpapar dalam cerita. Penggunaan teknik dialog dalam sesebuah cerita menjadikan jalan cerita lebih realistik. Antara contoh dialog yang terkandung dalam novel ini termasuklah dialog Robert Lim dengan Pak Ismail Berdasarkan dialog tersebut,pembaca mengetahui tujuan kedatangan Robert Lim ke rumah Pak Ismail,iaitu berjumpa dengan Fuad. Robert Lim turut mengambil kesempatan itu untuk memohon maaf kepada Pak Ismail.Selain itu,pembaca mendapat tahu bahawa Robert Lim masih terasa kehilangan Sofia.

Selain itu, teknik imbas kembali .Imbas kembali bermaksud ingatan sesuatu watak terhadap peristiwa atau kejadian yang telah berlaku atau telah dialaminya. Teknik ini juga digambarkan sebagai penceritaan semula kejadian atau peristiwa yang telah berlaku melalui mimpi, kenangan dan ingatan sesuatu watak.Teknik imbas kembali banyak digunakan dalam novel ini. Antara contoh penggunaan teknik imbas kembali ,iaitu ketika Mariana terkenang akan arwah suaminya,Fakhrudin yang meninggal dunia sebagai akibat pembengkakan di ususnya. Mariana terkenang akan sifat baik arwah suaminya,seorang yang taat setia,dan menerima dia seadanya. Sebelum menghembuskan nafas terakhir,arwah suaminya sempat membeli sebuah rumah untuknya. Selain itu, pengarang menggambarkannya melalui ingatan, kenangan, lintasan atau imbasan sesuatu watak terhadap sesatu peristiwa yang telah berlaku sebelumnya. Sebagai contohnya, Swee Lan teringat akan kepulangan Fuad pada suatu senja lebih setahun yang lalu. @

Teknik plot seterusnya ialah, Imbas kembali merupakan salah satu teknik plot. Imbas kembali merupakan peristiwa lalu yang diceritakan dalam situasi semasa dan yang ada kaitan dengan peristiwa semasa. Imbas kembali disampaikan melalui ingatan, penceritaan dan mimpi. Contohnya, Faridah kembali diulit sunyi, di atas sofa kegemarannya dengan baju panas dan berbungkus selimut tebal merenung jauh ke luar jendela. Telah 25 tahun tanah air ditinggalkannya. Sesekali ada juga perasaan yang menyentuh hati terutama dijeruk rasa kesunyian dan kedinginan musim sejuk. Rintitan peristiwa 25 tahun yang lalu kembali menerjah. Tidak lama selepas ibunya pergi, Ghazali pula kembali ke rahmatullah kerana kemalangan jalan raya. Hidupnya terasa kosong dan sebatang kara. Satu demi satu kehilangan berlaku dalam hidupnya. Walaupun ayahnya masih ada, tetapi dia terasa asing,

Page 16: Soalan Novel Melunas Rindu Dan Kabus Di Perbukitan

tambahan pula mereka tinggal berjauhan. Imbas kembali tersebut menggunakan peristiwa semasa Faridah berada di New Zealand. Dia teringat peristiwa lalu yang menjadi sebab atau punca dia meninggalkan tanah air.

b) Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, huraikan persamaan pengajaran yang terdapat dalam setiap novel tersebut.

Novel yang saya kaji ialah Melunas Rindu hasil karya Hartini Hamzah dan Kabus Di Perbukitan karya Mohammad Kholid Hamzah. Terdapat beberapa persamaan pengajaran dalam kedua-dua buah novel ini. Antaranya ialah kita hendaklah tabah dan reda menghadapi dugaan hidup. Dalam novel Melunas Rindu, Fuad tabah mengharungi dugaan hidup terutama dalam menerima hakikat bahawa gadis yang dicintainya iaitu Sofia dan Farhana ialah adik-adik kandungnya. Fuad hampir-hampir meluahkan perasaan cintanya itu kepada Farhana namun terpaksa membatalkan niatnya itu apabila dia mendapat tahu bahawa ibu Farhana ialah ibu kandungnya. Dalam novel Kabus Di Perbukitan, Faridah tabah meneruskan kehidupannya setelah kematian saudara kembarnya, Rahayu, kemudian ibunya pula meninggal dunia dan diikuti oleh suaminya Ghazali dalam tempoh yang sangat dekat. Faridah menerima ketentuan takdir itu dengan reda.

Selain itu, , terdapat persamaan pengajaran iaitu, kita juga hendaklah mentaati perintah agama. Dalam novel Melunas RIndu, setelah Fuad kembali kepada agama Islam, dia begitu mentaati ajaran agama Islam. Dia sentiasa mengerjakan solat termasuklah solat berjemaah dan mengaji al-Quran melalui tunjuk ajar Pak Ismail.

Dalam novel Kabus Di Perbukitan pula, Soleh Johnsons sangat mentaati perintah agama Islam setelah dia memeluk agama Islam dan berkahwin dengan Faridah. Dia sentiasa bersolat dan menyokong usaha-usaha mengembangkan syiar Islam dengan sentiasa menghulurkan derma. Dia juga sentiasa memastikan penyembelihan haiwan di ladangnya mengikut syariat Islam agar umat Islam di New Zealand memperoleh bekalan daging yang halal.

Bukan itu sahaja, terdapat persamaan pengajaran iaitu, kita perlulah melaksanakan tugas yang diberikan dengan penuh tanggungjawab. Dalam novel Melunas Rindu, Farhana juga begitu komited melaksanakan tanggungjawabnya sebagai Ketua Panitia Bahasa Inggeris untuk memastikan murid-murid di Sekolah Menengah Seri Setia dapat menguasai mata pelajaran Bahasa Inggeris dengan baik. Dia selalu berbincang dengan Fuad untuk memantapkan program yang telah dirancang. Dalam novel Kabus Di

Page 17: Soalan Novel Melunas Rindu Dan Kabus Di Perbukitan

Perbukitan, Salmah sanggup bekerja di sawah bagi menampung kehidupan bersama-sama anak kembarnya, Faridah dan Rahayu setelah Kamarudin meninggalkan mereka.

Terdapat persamaan pengajaran iaitu, kita hendaklah sayang akan ahli keluarga sendiri. Dalam novel Melunas Rindu, Fuad sangat sayang akan Peter Lim iaitu bapa angkatnya yang telah memeliharanya sejak kecil malah sanggup membiayai persekolahan adik-adik angkatnya walaupun kini dia telah kembali kepada agama asalnya iaitu Islam.

Dalam Kabus Di Perbukitan, selepas menerima berita tentang kemalangan Faridah, Kamarudin segera mengambil keputusan untuk pergi ke tempat kemalangan Faridah. Dia menyayangi anaknya dan sanggup meredah hutan untuk mencari anaknya yang hilang. Akhir sekali, kita hendaklah prihatin akan kesusahan orang lain yang berada di sekeliling kita. Misalnya, Azrul sentiasa menemani Rahayu yang sakit di Hospital UKM.Seterusnya, pasukan polis Raub menjalankan operasi mencari Faridah dan Iqbal yang hilang selepas kemalangan. Ghazali seorang majikan yang prihatin akan keselamatan Faridah dan Iqbal. Ghazali bermalam di Rumah Rehat Gap untuk mendapatkan maklumat terkini tentang Faridah dan Iqbal.

MP PPa) Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, terdapat persoalan kasih sayang seorang ibu terhadap anak. Jelaskan dua peristiwa yang dapat dikaitkan dengan persoalan tersebut. [7 markah]

Page 18: Soalan Novel Melunas Rindu Dan Kabus Di Perbukitan

Berdasarkan novel “Melunas Rindu” hasil karya Hartini Hamzah yang telah saya kaji, saya telah mempelajari banyak persoalan yang terdapat dalam novel ini. Saya ingin menghuraikan dua peristiwa yang dapat dikaitkan dengan persoalan kasih sayang seorang ibu terhadap anak. Antara peristiwa bagi persoalan ini ialah, Mariana sentiasa mengingati Fuad. Mariana terkena penyakit gila meroyan selepas bersalin. Mariana sering bersusah hati dan menangis hingga akhirnya dia hilang pertimbangan. Fikirannya menjadi tidak waras sehingga dia terfikir hendak membunuh anaknya kerana terlalu marah kepada suaminya, Robert Lim, yang meninggalkannya tanpa sebarang alasan. Akibatnya, Mariah, kakak kepada Mariana terpaksa menghantar Fuad kepada ayahnya untuk dijaga sementara menunggu penyakit Mariana pulih. Namun, Fuad telah dilarikan oleh orang. Bermulalah kemeranaan Mariana. Dia tidak dapat menerima hakikat bahawa dia kehilangan anaknya yang kemungkinan dilarikan oleh keluarga bekas suaminya. Selepas beberapa bulan dan dia pulih sepenuhnya, Mariana mengecapi kebahagiaan dengan keluarga barunya. Namun ingatannya terhadap Fuad tidak pernah luntur. Ingatan terhadap anaknya itu sentiasa menjadikannya resah kerana tidak mungkin baginya menafikan kewujudan Fuad yang dilahirkan oleh dia sendiri.

Selain itu, Mak Salmah sangat sayang akan Sofia sehingga kehilangan Sofia menyebabkan dia terlantar di hospital. Mak Salmah juga sangat marah terhadap Fuad sehingga tidak mengambil peduli tentang hal-hal yang dilakukan oleh Fuad kerana Fuad yang telah melarikan Sofia dari rumah kerana ingin menghantar Sofia ke pangkuan keluarga kandungnya. Hampir setahun lamanya dia mencuba memulihkan keadaan di Danau Seberang dan menghadapi kebencian Mak Salmah. Mak Salmah tidak dapat memaafkannya atas kehilangan anak perempuan kesayangannya, Sofia.

Berdasarkan novel Kabus di Perbukitan hasil karya Mohamad Kholid Hamzah yang telah saya kaji, kami telah mempelajari banyak persoalan yang terdapat dalam novel ini. Saya ingin menghuraikan dua peristiwa yang dapat dikaitkan dengan persoalan kasih sayang seorang ibu terhadap anak. Peristiwa yang pertama iaitu, Salmah, ibu Faridah terkejut dan berasa sedih ketika menerima berita bahawa Faridah kemalangan dan hilang dari tempat kejadian. Doa Salmah tidak putus-putus dari mulutnya. Salmah berharap benar Faridah yang sudah lama tinggal bersama-samanya itu selamat kerana dia bergantung hidup penuh dengan anaknya itu. Salmah juga meminta Pak Imam Sohod membuat solat hajat untuk memohon kepada Allah agar Faridah selamat walau dimana pun dia berada. Salmah juga seorang ibu yang baik kerana itu dia disayangi anaknya Faridah yang menjaganya. Salmah membantu menjaga Rahayu sewaktu anaknya sakit walaupun terpaksa bertandang ke rumah Kamarudin. Pengorbanan ini adalah pengorbanan untuk anaknya. Salmah seorang ibu yang sanggup berkorban demi anak-anaknya.

Peristiwa yang seterusnya ialah, Hamidah sangat menyayangi Rahayu walaupun Rahayu ialah anak tirinya. Hamidah mendidik Rahayu seperti anaknya sendiri. Ketika dia menerima panggilan telefon dari UPM yang memberitahu bahawa Rahayu dimasukkan ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia, Cheras. Dia bergegas bersiap untuk melawat

Page 19: Soalan Novel Melunas Rindu Dan Kabus Di Perbukitan

Rahayu. Kemudian di hospital dia dipanggil oleh doktor untuk berbincang secara peribadi mengenai penyakit Rahayu, hati Hamidah menjadi tidak keruan kerana dia risau terjadi apa-apa kepada Rahayu. Setelah dibagitahu bahawa kemungkinan besar Rahayu menghadapi ketumbuhan dan perlu menjalankan ujian biopsi, dia memutuskan supaya doktor tersebut melakukan apa yang patut untuk menyembuhkan penyakit Rahayu. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk Rahayu. Sewaktu Rahayu menjalankan rawatan kemoterapi, Hamidah setia menemani Rahayu.

b)Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, huraikan satu peristiwa pada peringkat permulaan novel tersebut. (8m)

Berdasarkan novel Melunas Rindu, karya Hartini Hamzah yang telah saya kaji, saya mengetahui peristiwa-peristiwa yang berlaku pada peringkat permulaan novel ini. Antaranya ialah Fuad tinggal bersama dengan ibu bapa angkatnya, Pak Ismail dan Mak Salmah. Fuad banyak menolong ibu angkatnya dan bapa angkatnya demi membahagiakan mereka. Fuad membeli sebidang tanah milik Awang Sojar untuk diberikannya kepada Pak Ismail dan Mak Salmah. Fuad telah banyak berbuat lebih dari sepatutnya kepada Pak Ismail dan Mak Salmah. Fuad memberikan sepenuh kasih sayangnya, tulang empat keratnya dan wang ringgitnya untuk membahagiakan kedua orang tua itu disamping ingin meminta maaf kepada Mak Salmah. Selain untuk mengambil hati Mak Salmah yang marah kepadanya kerana melarikan Sofia, Fuad turut mendalami ilmu agama dengan bimbingan Pak Ismail. Fuad turut menolong orang-orang kampung agar kehadirannya di kampung itu diterima oleh mereka. Fuad menanggung segala perbelanjaan majlis perkahwinan Borhan dan Masnah untuk menabur bakti kepada pasangan tersebut. Selain itu, Fuad juga menolong Borhan menghantar anaknya yang sakit ke hospital.

Berdasarkan novel “Kabus Di Perbukitan” hasil karya Mohamad Kholid Hamzah yang telah saya kaji, saya dapat mempelajari banyak peristiwa yang terdapat dalam novel ini. Peristiwa pertama yang berlaku dalam novel ini iaitu Rahayu dan Azrul bersarapan di kafeteria yang berdekatan di dalam kampus. Rahayu jatuh pengsan semasa mereka

berdua berada di perpustakaan semasa Ayu ingin menuju ke sudut Malaysiana untuk mencari buku rujukan. Rahayu merasakan dirinya tidak dapat dikawal lagi dan seperti ada skrin besar di hadapannya. Rahayu merasakan dia sedang menuju ke penghadang jalan yang berkecai dilanggarnya dan dia terus menjunam ke dalam gaung. Rahayu telah dibawa ke Pusat Kesihatan dan telah dirawat di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia. Kemudian, Rahayu disahkan menghidap penyakit kanser paru-paru. Ketika Rahayu jatuh pengsan, dia telah ternampak akan gambaran bahawa dia terlibat dalam suatu kemalangan. Sebenarnya, kejadian itu berlaku kepada kakak kembarnya, Faridah.

Pada ketika itu, Faridah ingin menenangkan fikirannya yang runsing akibat putus tunang dengan Azman. Faridah hanya mendapat pesanan melalui mesej sahaja bahawa Azman ingin memutuskan pertunangan mereka tanpa sebab. Faridah juga takut dengan penerimaan ibunya. Harapan ibunya yang ingin menimang cucu secepat mungkin sangat tinggi. Faridah tidak mahu mengecewakan ibunya. Semasa Faridah sedang memandu van,

Page 20: Soalan Novel Melunas Rindu Dan Kabus Di Perbukitan

tiba-tiba Iqbal menepuk bahunya dan perkara tersebut membuatkan Faridah terkejut lalu menekan brek secara tidak sengaja. Van itu bergerak ke kanan dan tidak dapat dikawal lagi. Van melanggar tembok penghadang jalan dan terus menjunam ke dalam gaung. Usaha untuk mencari Faridah dan Iqbal oleh pasukan penyelamat menemukan jalan buntu.

Sabaha)Berdasarkan sebuah novel yang anda kaji, dua peristiwa teknik saspens yang terdapat dalam novel tersebut.

Novel yang saya kaji ialah “Melunas Rindu” karya Hartini Hamzah dan “Kabus Di Perbukitan”. Terdapat dua peristiwa teknik saspens yang saya peroleh dalam setiap novel. Berdasarkan novel “Melunas Rindu” teknik saspens ialah peristiwa Fuad mendapati akaun banknya mengandungi wang lebih daripada dua ratus ribu ringgit telah menimbulkan perasaan ingin tahu para pembaca tentang wang yang begitu banyak yang terdapat di dalam akaun bank Fuad. Wang itu sebenarnya telah dimasukkan oleh ayahnya Robert Lim.

Peristiwa yang kedua ialah Fuad tertanya-tanya sama ada ibu Farhana itu merupakan ibunya juga. Kedatangan Robert Lim adalah untuk menyerahkan cincin supaya memudahkan operasi pencarian ibunya Fuad. Namun,kedatangannya juga telah merungkaikan persoalan selama ini.

Dalam novel Kabus Di Perbukitan pula, teknik saspens yang saya dapati ialah pihak-pihak yang terlibat dalam operasi pencarian Faridah dan Iqbal tertanya-tanya ke manakah hilangnya jasad kedua-dua mangsa.Hal ini telah menarik perhatian para pembaca ke mana hilangnya Faridah dan Iqbal. Pelbagai kaedah telah digunakan untuk operasi tersebut dan akhirnya operasi ini telah diberhentikan kerana telah menemui jalan yang gagal.

Teknik saspens yang seterusnya, ialah kehilangan Benny menimbulkan tanda tanya. Benny sibuk dengan urusan peniagaannya bersama-sama dua orang kawannya, Muhammad Attar dan Mehmod. Muhamed Attar, Mehmod, dan Benny cuba mempengaruhi Ustaz Hassan Syukri agar menyertai perjuangan mereka.Semasa Muhammad Attar ditangkap oleh pihak Interpol, Melina membuat laporan ke balai polis kerana suaminya tidak pulang ke rumah.Melina yang sarat mengandung tertanya ke mana perginya Benny.

Page 21: Soalan Novel Melunas Rindu Dan Kabus Di Perbukitan

Selangora)Huraikan tema novel yang telah anda pelajari

Novel yang saya kaji ialah Melunas Rindu karya Hartini Hamzah. Novel ini bertemakan kegigihan seorang anak yang berusaha untuk mencari ibunya. Fuad yang berusaha mencari ibu kandungnya yang dikhabarkan telah meninggal dunia. Fuad ingin mengetahui dimana terletaknya pusara ibu kandungnya jika ibunya sudah meninggal dunia.Fuad pergi ke Lembah Klau untuk mencari pusara ibunya dan berjumpa dengan Pak Ngah Lias . Usaha Fuad mencari saudara-mara ibunya dan pusara ibunya semakin sukar apabila dia mengetahui bahawa ibunya masih lagi hidup dan tinggal bersama makcik angkatnya iaitu Makcik Mariah. Fuad mendapat berita gembira bahawa ibunya masih hidup telah membakar semangat Fuad untuk terus mencari ibunya. Fuad juga telah meminta bantuan Peter Lim untuk menghubungi bapanya bagi mendapatkan barang-barang peninggalan ibunya untuk memudahkan pencarianya. Pada akhir penceritaan novel ini, Fuad berjaya menemui ibu kandungnya setelah mengetahui nama ibu Farhana sama seperti nama ibunya semasa melawat ibu Farhana yang sedang sakit di Hospital Tengku Ampuan Afzan,Kuantan. Novel Kabus Di Perbukitan bertemakan jati diri bangsa Melayu. Jati diri dan kekuatan pegangan agama menjadikan seorang wanita melayu berupaya menghadapi cabaran hidup dengan tenang tanpa terkikis nilai wanita melayu dan pegangan agama yang setia. Kekuatan diri membentuknya menjadi wanita yang masih sedar akan asal usul dirinya. Contohnya, Faridah yang bermastautin di Rosewood, New Zealand tidak pernah melupai tanah tumpah darahnya, Malaysia walaupun sudah 25 tahun menetap di Rosewood. Selain itu, Faridah masih menggemari masakan melayu iaitu kari yang juga merupakan masakan kegemaran anaknya, Anne. Seterusnya Faridah masih mengekalkan panggilan namanya dengan nama Melayu iaitu Idah. Faridah masih kuat berpegang pada agama Islam yang menjadi pegangan kuat. Faridah dan Soleh Johnsons menghantar anak-anak mereka, Anne dan Melina belajar di sekolah rendah Islam ketika berusia enam tahun di Christchurch yang terletak 30 kilometer dari rumah mereka di Rosewood. Walaupun begitu lama tinggal di negara orang, akhirnya dia dan keluarganya kembali membina kehidupan yang lebih bermakna di Malaysia.

Page 22: Soalan Novel Melunas Rindu Dan Kabus Di Perbukitan

b)Dalam setiap novel terdapat pelbagai latar masyarakat yang boleh kita contohi. Buktikan pernyataan tersebut dengan mengemukakakn tiga contoh yang sesuai berdasarkan sebuah novel yang telah anda pelajari.

Novel yang saya kaji ialah novel Melunas Rindu karya Hartini Hamzah. Masyarakat yang digambarkan oleh pengarang dalam novel ini merujuk kepada masyarakat yang suka menolong orang yang memerlukan pertolongan. Contohnya Fuad menolong kawannya Borhan dengan membawa anak Borhan yang demam panas ke klinik pada suatu malam sekali gus membayar kos perubatan anak Borhan. Fuad juga menumpangkan Farhana balik ke kampung untuk berjumpa dengan ibu Farhana.

Selain itu, mesyarakat yang taat dan patuh akan agama. Contohnya, Fuad dan Pak Ismail tidak pernah mengabaikan solat lima waktu dan mereka kerap pergi ke surau untuk menunaikan solat secara berjemaah. Pak Ismail juga mengajar Fuad mengaji al- Quran sejak Fuad memeluk agama Islam. Pada akhir penceritaan novel ini, Robert Lim iaitu bapa kandung kepada Fuad telah kembali semula kepada ajaran Islam dan berhajat untuk menyusul Fuad, ibu kandungnya, Mak Salmah dan Pak Ismail ke Mekah

Akhir sekali, masyarakat guru yang dedikasi terhadap tugas. Farhana dan Fuad begitu komited dan dedikasi terhadap tugas mereka sebagai guru dan sentiasa berusaha untuk meningkatkan prestasi anak-anak murid mereka secara bekerjasama dalam menyumbang idea. Fuad juga sering membuat kelas tambahan kepada anak-anak muridnya. Cikgu Farhana pula menyusun program untuk meningkatkan prestasi pelajar di sekolahnya.

Novel yang saya kaji ialah Kabus Di Perbukitan karya Mohamad Kholid Hamzah . Berdasarkan novel tersebut, pengarang telah menggunakan pelbagai latar masyarakat bagi menjadikan novel yang ditulis lebih menarik. Antara latar masyarakat yang terdapat dalam novel ialah masyarakat yang mempunyai jati diri yang kukuh. Sebagai contoh Faridah kembali semula ke Malaysia setelah 25 tahun menetap di New Zealand kerana jati dirinya sebagai rakyat Malaysia yang masih utuh. Faridah juga sering mengingati tanah airnya Malaysia dari segi adat, makanan dan budaya di Malaysia semasa di New Zealand.

Selain itu, mayarakat yang mengalami keruntuhan rumah tangga. Contohnya, Kamaruddin yang sudah berkeluarga telah mengadakan hubungan dengan Hamidah. Setelah berkahwin dengan Hamidah, Kamaruddin berpisah dengan Salmah. Penceraian tersebut menyebabkan Rahayu berpisah dengan ibu dan kakaknya.

Page 23: Soalan Novel Melunas Rindu Dan Kabus Di Perbukitan

Seterusnya, masyarakat yang tabah dan reda dalam menerima ketentuan Tuhan . Faridah reda menerima ketentuan takdir bahawa dia kehilangan insan-insan yang disayangi dalam tempoh yang berdekatan antara satu sama lain. Mula-mula Faridah kehilangan saudara kembarnya yang sangat dirinduinya iaitu Rahayu yang meninggal dunia kerana penyakit barah. Kemudian, ibunya pula meninggal dunia kerana menderita akibat kematian Rahayu. Kemudian, suaminya Ghazali pula meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya.

Akhir sekali, masyarakat Melayu yang berhijrah dan menetap di negara asing. Contohnya Faridah yang pada mulanya berkursus selama enam bulan di New Zealand. Di sana Faridah telah bertemu dengan jodohnya iaitu Soleh Johnsons lalu menetap di sana dan dikurniai dua orang puteri kembar, iaitu Anne dan Melina.

YIK a) Latar masyarakat sangat penting dalam sesebuah novel. Huraikan tiga latar masyarakat yang terdapat dalam sebuah novel yang anda kaji.

Berdasarkan novel Melunas Rindu karya Hartini Hamzah yang telah saya kaji, terdapat beberapa latar masyarakat yang terdapat dalam novel tersebut. Antaranya ialah masyarakat yang taat dan patuh akan perintah agama. Contohnya Fuad dan Pak Ismail tidak pernah mengabaikan solat 5 waktu dan mereka kerap pergi ke surau untuk menunaikan solat secara berjemaah. Walaupun Fuad baru belajar mengenali agama Islam, tetapi beliau sudah patuh dan taat mengerjakan suruhan dan meninggalkan larangan yang telah ditetapkan oleh syariat Islam. Selain itu, masyarakat yang penyayang. Mariana mengambil berat tentang perkembangan anak gadisnya, Farhana dan cuba menjejak anak lelakinya yang dilarikan bekas suaminya. Mariana tetap mengingati anaknya Abdul Halim yang telah lama hilang tanpa khabar berita. Selain itu, Fuad menunjukkan sikap penyayang dalam novel tersebut iaitu dengan berusaha bersungguh-sungguh untuk mencari ibunya yang dia tidak pernah temui selama ini. Fuad juga menyayangi Sofia dan Farhana sebagai adiknya dan berjanji untuk menjaga kebajikan Farhana dan ibunya.

Di samping itu, masyarakat yang suka menolong orang yang memerlukan pertolongan. Contohnya, Fuad menolong kawannya Borhan dengan membawa anak Borhan yang demam panas ke klinik pada suatu malam. Fuad sering menghulurkan bantuan kepada individu yang menghadapi kesusahan. Fuad sanggup menanggung belanja persekolahan adik-adik sepupunya iaitu Mei Lin,Ah Soh dan Guan. Pak Ismail juga turut membantu Fuad dalam usaha dia mencari ibunya.

Berdasarkan novel Kabus Di Perbukitan karya Mohamad Kholid Hamzah yang telah saya pelajari terdapat beberapa latar masyarakat dalam novel tersebut. Antaranya ialah masyarakat yang prihatin. Haji Awang sentiasa menyuruh Khadijah, anaknya

Page 24: Soalan Novel Melunas Rindu Dan Kabus Di Perbukitan

menemani Melina di rumah Melina semasa ketiadaan Benny demi keselamatan Melina yang tinggal seorang diri.

Seterusnya, masyarakat Melayu Islam yang cinta akan keamanan dan kesederhanaan. Contohnya, Ustaz Syukri Hassan menyampaikan ajaran Islam kepada Benny dan Mohd. Attar dengan cara lembut. Selain itu, Faridah dan Soleh Johnsons menganjurkan majlis rumah terbuka untuk semua penduduk dan komuniti di tempat tinggalnya semasa hari raya secara kesederhanaan.

Di samping itu, masyarakat yang kuat berpegang pada jati diri bangsa Melayu. Jati diri orang Melayu begitu terserlah pada watak utama, iaitu Faridah. Meskipun sudah lama berada di perantauan, iaitu 25 tahun di New Zealand, Faridah tidak lupa akan asal usulnya. Dalam pergaulan dan kehidupan masyarakat setempat di New Zealand, Faridah tetap mengamalkan budaya dan adat Melayu dalam kehidupannya. Faridah masih makan masakan melayu dan menyediakan masakan kari untuk keluarganya di New Zealand. Faridah juga sentiasa bercerita tentang Sungai Besar dan asal usulnya kepada kedua-dua orang anaknya.

(b) Berdasarkan dua buah novel yang anda telah pelajari, huraikan satu konflik yang dialami oleh watak utama dalam setiap novel dan bagaimanakah cara watak utama itu menyelesaikan konflik yang dialami olehnya.

Dalam novel Melunas Rindu karya Hartini Hamzah,terdapat satu konflik yang dialami oleh Fuad iaitu watak utama dalam novel tersebut. Fuad terpaksa menghadapi kebencian ibu angkatnya iaitu, Mak Salmah. Fuad tabah menghadapi sikap Mak Salmah yang membencinya kerana dia dikatakan punca kematian Sofia. Sejak Peristiwa itu, Mak Salmah bersikap dingin terhadap Fuad, dia enggan makan semeja dengan Fuad walaupun tinggal serumah. Cara Fuad mengatasi konflik tersebut ialah, dia tetap bersabar menghadapi kemarahan Mak Salmah. Selain itu, Fuad juga sentiasa membantu penduduk kampung serta sentiasa mengikut Pak Ismail ke Masjid untuk mendalami ilmu agama. Akhirnya, Fuad sentiasa berdoa kepada Tuhan agar Mak Salmah memaafkannya dan sikap Fuad telah melembutkan hati Mak Salmah untuk memaafkannya.

Berdasarkan novel Kabus Di Perbukitan karya Mohamad Kholid Hamzah yang telah saya kaji, terdapat konflik yang dialami oleh watak utama dalam novel tersebut. Konflik yang dialami oleh Faridah ialah cabaran menghadapi kehilangan orang yang tersayang. Faridah kehilangan adik kembarnya, Rahayu akibat penyakit kanser. Selang beberapa

Page 25: Soalan Novel Melunas Rindu Dan Kabus Di Perbukitan

tahun, dia kehilangan ibunya akibat terlalu merindui arwah Rahayu. Bertambah malang lagi, suaminya Ghazali turut meninggal dunia akibat ditimpa kemalangan. Cara Faridah mengatasi masalah dan dugaan yang dialaminya adalah dengan sentiasa bersabar dengan ketentuan Ilahi. Faridah juga sentiasa berdoa agar dikuatkan lagi hatinya menempuhi cabaran yang akan datang. Akhir sekali, dia sentiasa berfikiran ke hadapan dan tidak menjadikan masalahnya sebagai penghalang untuk dia terus hidup.

Johora) Berdasarkan novel yang anda pelajari, huraikan dua kepincangan masyarakat yang terdapat dalam novel tersebut.

Berdasarkan novel yang saya kaji Melunas Rindu karya Hartini Hamzah terdapat beberapa peristiwa yang menunjukkan kepincangan yang berlaku dalam masyarakat. Antaranya ialah masyarakat yang tidak amanah dalam melaksanakan tanggungjawab yang telah diberikan. Hal ini terbukti melalui sikap Cikgu Zamani yang tidak menunaikan tanggungjawabnya sebagai seorang guru yang berdedikasi. Misalnya, dia kerap menghabiskan masa berbual-bual di kantin malah bertindak memburuk-burukkan rakan sekerja iaitu Farhana. Dia juga kerap tidak masuk ke kelas untuk mengajar sehingga menyebabkan suasana kelas menjadi riuh-rendah.

Seterusnya, masyarakat yang tidak bertanggungjawab sebagai ketua keluarga. Hal ini terbukti melalui watak Robert Lim yang tidak bertanggungjawab apabila meninggalkan Mariana yang baru dikahwininya selama tiga bulan sedangkan pada ketika itu Mariana telah pun mengandung. Perbuatan Robert Lim yang tidak bertanggungjawab itu telah menyebabkan Mariana tertekan lalu mengalami penyakit gila meroyan malahan, Fuad mahu dibunuhnya.

Berdasarkan novel yang saya kaji Kabus Di Perbukitan karya Mohamad Kholid Hamzah terdapat beberapa peristiwa yang menunjukkan kepincangan yang berlaku dalam masyarakat. Antaranya ialah, masyarakat yang mementingkan diri. Hal ini terbukti kerana tindakan Kamarudin melarikan anaknya Rahayu daripada jagaan Salmah. Kamarudin diarahkan bertugas sebagai Atase Keselamatan di Pejabat Kedutaan Malaysia di Pontianak, Indonesia. Di sini mulanya perpisahan pasangan kembar tersebut. Kamarudin telah membawa Rahayu tinggal bersama-samanya, manakala Faridah dijaga oleh Salmah.

Selain itu , kepincangan yang berlaku dalam masyarakat ialah sikap masyarakat yang tidak kuat pengangan agama. Hal ini terbukti perbuatan Benny yang gemar minum arak walaupun dia seorang yang beragama Islam. Benny seorang lelaki yang longgar pegangan agama walaupun seorang Muslim. Dia masih minum arak dan sering berfoya-foya.

Page 26: Soalan Novel Melunas Rindu Dan Kabus Di Perbukitan

b)Terdapat pelbagai peristiwa menarik yang dapat memikat hati pembaca dalam sesebuah novel. Berdasarkan sebuah novel yang telah anda kaji, jelaskan tiga peristiwa menarik dalam novel tersebut. Berikan alasan anda.

Berdasarkan novel Melunas Rindu karya Hartini yang telah saya kaji, terdapat beberapa peristiwa menarik yang dipaparkan dalam novel Melunas Rindu. Antaranya ialah, peristiwa apabila Fuad tiba di Hospital Tengku Afzan Ampuan untuk melawat ibu Farhana yang dirawat di tingkat 4 di hospital itu. Fuad terkejut apabila melihat nama ibunya dan nama ibu Farhana yang tertera pada kad rawatan ibu Farhana adalah sama iaitu Mariana Binti Osman. Ketibaan Robert Lim dan Pak Ismail mengesahkan bahawa mereka berdua merupakan adik-beradik seibu. Saya sebagai pembaca, peristiwa ini dianggap menarik kerana Fuad mengetahui bahawa ibu Farhana ialah ibu kandung Fuad juga walaupun mengetahui bahawa mereka saling mencintai antara satu sama lain. Selain itu, peristiwa yang paling menarik dalam novel Melunas Rindu ialah kenyataan bahawa Fuad dan Farhana adalah adik-beradik. Sebelum itu, Fuad telah menyimpan perasaan cinta terhadap Farhana sehingga dia berhasrat untuk menjadikan Fahana sebagai pasangan hidupnya, tetapi akhirnya Fuad mengetahui bahawa Farhana dan dirinya adalah adik-beradik walaupun hal ini agak menyedihkan. Fuad harus menerima kenyataannya dengan reda. Sebagai pembaca, peristiwa ini dianggap menarik kerana Fuad dapat menerima kenyataan tersebut dengan reda dan dapat hidup bahagia dengan adiknya, Farhana.

Berdasarkan novel Kabus Di Perbukitan karya Mohammad Kholid bin Hamzah yang telah saya kaji, terdapat peristiwa menarik yang dipaparkan dalam novel Kabus Di Perbukitan. Antaranya ialah peristiwa apabila Rahayu bertemu dengan Faridah dalam keadaan bawah sedar. Mereka bertemu di dalam sebuah rumah papan yang hampir roboh ditolak arus. Selepas Rahayu diselamatkan, Faridah memeluk adiknya dengan erat untuk melepaskan rindu setelah bertahun-tahun tidak bertemu. Selepas Faridah sedar, Rahayu telah pun meninggal dunia. Sebagai pembaca, saya tertarik dengan keistimewaan hubungan kembar antara Faridah dengan Rahayu yang masih boleh berhubung walaupun jasad mereka terpisah jauh.

Selain itu, peristiwa lain yang menarik dalam novel Kabus Di Perbukitan ialah peristiwa pertemuan Azrul dengan Faridah ketika melawat kubur Rahayu di Tanah Perkuburan Parit Satu, Sungai Besar. Peristiwa ini mencerminkan kesetiaan dan keluhuran kasih Azrul terhadap kekasihnya, Rahayu. Walaupun Rahayu telah pergi buat selama-lamanya. Malah Azrul tidak mahu berhijrah ke tempat lain semata-mata ingin dekat dengan Rahayu. Sebagai pembaca, peristiwa tersebut dianggap menarik kerana peristiwa tersebut menunjukan kesetiaan seseorang dalam perhubungan.

Terengganu

Page 27: Soalan Novel Melunas Rindu Dan Kabus Di Perbukitan

a)Berdasarkan sebuah novel yang telah anda pelajari, huraikan dua latar masyarakat yang terdapat dalam novel tersebut.

Novel yang saya kaji ialah Novel Melunas Rindu , karya Hartini Hamzah. Pelbagai latar masyarakat dalam novel ini. Antaranya ialah, masyarakat yang menghargai orang lain. Fuad yang merupakan watak utama dalam novel ini sanggup membantu keluarga angkatnya menyelesaikan masalah kewangan. Bahkan Fuad dengan rela hati menjaga Peter Lim dan sanggup mengelap muntah bapa angkatnya ketika Peter Lim sedang sakit. Selain itu, Fuad juga sanggup membeli tanah dan motosikal untuk kegunaan Pak Ismail dan isterinya untuk kemudahan Pak Ismail bagi menghargai jasa mereka dan bagi menebus segala kesalahannya.

Selain itu, latar masyarakat yang terdapat dalam novel ini juga ialah masyarakat yang hidup tolong-menolong dalam kehidupan seharian. Contohnya Pak Said, Pak Ngah Lias, dan Pak Samsuddin membantu Fuad dengan memberikan maklumat dan menemaninya dari satu tempat ke satu tempat dalam usaha Fuad mencari ibu kandungnya di Lembah Klau. Latar ini juga dapat dilihat dalam diri Farhana iaitu adik tiri Fuad ketika Fuad baru bekerja sebagai guru sementara di Sekolah Menengah Seri Setia. Farhana banyak membantu Fuad dalam pekerjaannya sebagai guru Bahasa Inggeris.

Novel yang saya kaji ialah Novel Kabus Di Perbukitan, karya Mohamad Kholid Hamzah. Pelbagai latar masyarakat yang terdapat dalam novel ini. Antaranya ialah, masyarakat yang cinta akan alam sekitar. Contohnya Azrul sangat akrab dengan alam sekitar sehingga dia sanggup menjalankan kempen alam sekitar dan usaha menyelamatkan sungai yang tercemar. Selain itu, Azrul dan rakan-rakannya telah menaja Penubuhan Persatuan Pencinta Alam dan Hutan yang kerap memberi pendedahan kepada murid tentang alam sekitar dan Azrul telah mengadakan pelbagai program pendedahan alam sekitar kepada pelajar-pelajar termasuklah Save Our River-S.O.S yang diadakan di KLCC.

Latar masyarakat yang seterusnya ialah masyarakat yang penyayang. Contohnya Faridah sanggup menjaga ibunya dan tidak mahu berpindah mengikut suaminya apabila suaminya berugas di Klang meskipun suaminya hanya balik dua atau tiga kali seminggu. Hal ini kerana Faridah risau akan keadaan ibunya selepas kematian adik kembarnya Rahayu. Selain itu, latar masyarakat penyayang juga terdapat pada watak Azrul di mana dia begitu sayang akan Rahayu sehingga Azrul sanggup menemani Rahayu ketika kesihatan Rahayu semakin merosot di hospital.

Page 28: Soalan Novel Melunas Rindu Dan Kabus Di Perbukitan

b)Banyak peristiwa yang dipaparkan dalam sebuah novel menggambarkan persoalan yang ingin disampaikan oleh pengarang. Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, huraikan satu persoalan pengorbanan yang terdapat dalam setiap novel

Novel yang saya kaji ialah Novel Melunas Rindu , karya Hartini Hamzah. Terdapat persoalan pengorbanan dalam novel ini dan antara peristiwa bagi persoalan ini ialah Fuad sanggup meluangkan masa untuk duduk di kantin selama dua tiga jam untuk mengajar sekumpulan kecil pelajar dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris. Fuad juga kadang kala sanggup berdiri, kemudian berjalan dan pada waktu yang lain menggunakan mimik muka untuk memastikan keberkesanan pengajarannya. Dia sanggup melaksanakan apa sahaja cara dan usaha agar pelajar-pelajarnya beroleh kejayaan dalam pelajaran.

Novel yang saya kaji ialah Novel Kabus Di Perbukitan, karya Mohamad Kholid Hamzah. Terdapat persoalan pengorbanan dalam novel ini dan antara peristiwa bagi persoalan ini ialah semenjak Mak Salmah bercerai dengan suaminya Kamaruddin, Salmah menyara anaknya dengan cara bersawah padi di samping menjual pisang goreng di Kampung Sungai Haji Dorani. Selain itu, Mejar (B) Kamaruddin juga telah bertekad untuk meneruskan usaha mencari anaknya, Faridah yang hilang dalam kemalangan di Bukit Fraser. Setelah operasi mencari dan menyelamat diberhentikan, Kamaruddin dengan bantuan Buyung meredah hutan Bukit Kutu sehinggalah ke perkampungan Orang Asli Suku Temuan di Sungai Dua. Berdasarkan petunjuk yang diberikan oleh Rahayu, pencarian Kamaruddin akhirnya berjaya menemui anaknya, Faridah dan kanak-kanak OKU, Iqbal.

MRSMa) Huraikan dua latar masyarakat dalam dua buah novel yang telah anda pelajari Novel yang telah saya pelajari ialah novel “Melunas Rindu”. Dua latar masyarakat yang terdapat dalam novel “Melunas Rindu” ialah masyarakat yang tabah menghadapi cabaran hidup misalnya, Fuad sungguh tabah menghadapi sikap dingin Mak Salmah terhadapnya selama beberapa bulan dia tinggal bersama-sama Pak Ismail dan Mak Salmah. Mak Salmah itu beranggapan bahawa Fuadlah punca kematian Sofia, iaitu anaknya akibat daripada tindakan Fuad melarikan Sofia. Fuad terpaksa bersabar dan sentiasa berusaha mengambil hati Mak Salmah. Fuad tabah menghadapi hidupnya tanpa ibu dan bapa di sisinya. Dia cuma menumpang kasih sayang daripada bapa dan ibu saudaranya iaitu Peter Lim dan Swee Lan. Dia juga menumpang kasih sayang daripada keluarga angkatnya iaitu Pak Ismail dan Mak Salmah.Fuad juga meminta agar Farhana menerima hakikat bahawa mereka adik beradik .

Selain itu ,masyarakat yang mentaati perintah agama misalnya, selepas kembali kepada agama asal keluarganya, Fuad tekun mengerjakan solat termasuklah bersolat berjemaah di surau dan tekun mempelajari al-Quran melalui tunjuk ajar Pak Ismail. Fuad juga tidak pernah meninggalkan solatnya. Pak Ismai banyak membantu dan mendidik Fuad sejak Fuas kembali kepada agama asalnya.

Page 29: Soalan Novel Melunas Rindu Dan Kabus Di Perbukitan

Novel yang telah saya kaji ialah novel “Kabus di perbukitan”. Dua latar masyakarat yang terdapat dalam novel “Kabus Di Perbukitan” ialah masyarakat yang tabah menerima ketentuan takdir dengan reda. Sebagai contoh, Faridah reda menerima ketentuan takdir bahawa dia akan kehilangan insan-insan yang disayangi dalam tempoh yang berdekatan antara satu sama lain. Mula-mula Faridah kehilangan saudara kembarnya yang sangat dirinduinya iaitu Rahayu yang meninggal dunia kerana penyakit barah. Kemudian, ibunya pula meninggal dunia kerana menderita akibat kematian Rahayu. Kemudian, suaminya Ghazali pula meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya.

Selain itu , masyarakat yang mentaati perintah agama. Sebagai contoh, Soleh Johnsons sangat mentaati perintah agama Islam setelah dia memeluk agama Islam dan berkahwin dengan Faridah. Dia sentiasa bersolat dan menyokong usaha-usaha mengembangkan syiar Islam dengan sentiasa menghulurkan derma. Dia juga sentiasa memastikan penyembelihan haiwan di ladangnya mengikut syariat Islam agar umat Islam di New Zealand memperoleh bekalan daging yang halal. Faridah dan Salmah sentiasa berdoa apabila menghadapi tekanan dan masalah hidup .Faridah juga tetap melaksanakan perintah Allah dengan tidak meninggalkan solat wajib dan sentiasa melaksanakan solat tahajud walaupun dia tinggal di New Zealand.

b)Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, jelaskan satu peristiwa yang meninggalkan kesan yang mendalam kepada diri anda daripada novel ini .

Novel yang telah saya kaji novel Melunas rindu, satu peristiwa yang meninggalkan kesan yang mendalam kepada diri saya ialah peristiwa Fuad menyedari bahawa ibu Farhana ialah ibu kandungnya. Mariana dirawat di Hospital tengku Ampuan Afzan kerana menghidap penyakit asma. Semasa berada di hospital tersebut Fuad mengetahui ibu Farhana iaitu Mariana ialah ibu kandungnya yang dicari selama ini. Fuad tabah menerima kenyataan bahawa ibunya iaitu Mariana ialah ibu Farhana juga dan Farhana, gadis yang dicintai dan ingin dikahwininya ialah adik kandungnya sendiri. Peristiwa ini membawa unsur kejutan dan membawa kesan yang mendalam kepada saya. Saya berasa simpati kepada Fuad dan Farhana yang baru mula ingin bercinta.

Novel yang telah saya kaji novel Kabus di Perbukitan, pertemuan Azrul dengan Faridah ketika melawat kubur Rahayu di Tanah Perkuburan Parit satu, Sungai Besar. Peristiwa ini mencerminkan kesetiaan dan keluhuran kasih Azrul terhadap kekasihnya, Rahayu walaupun Rahayu telah pergi buat selama-lamanya. Malah Azrul tidak mahu

Page 30: Soalan Novel Melunas Rindu Dan Kabus Di Perbukitan

berhijrah ke tempat lain semata-mata ingin dekat dengan Rahayu. Kata-kata perangsang Rahayu agar dia bekerja sendiri tanpa makan gaji terus membakar semangatnya untuk bekerja sendiri iaitu menternak kambing di kampungnya. Peristiwa ini meninggalkan kesan yang mendalam kepada saya kerana mengajar saya erti kesetiaan dalam perhubungan.

SOALAN : Berdasarkan sebuah novel yang anda kaji, huraikan peristiwa-peristiwa menarik yang terdapat dalam novel tersebut.(Melunas Rindu) Peristiwa menarik dalam novel ialah :1. Peristiwa watak utama mengetahui ibu kandungnya masih hidup. Fuad mengetahui ibu kandungnya masih hidup daripada Pak Samsudin iaitu jiran Mariah (kakak angkat ibu Fuad). Pak Samsudin juga meyakinkan Fuad bahawa Fuad akan berjumpa dengan ibu kandungnya, Mariana sendiri bukan dengan kuburnya.Peristiwa ini menjadikan perjalanan cerita bertambah menarik dan pembaca ingin mengetahui cerita yang seterusnya.

2. Peristiwa watak utama mengetahui bahawa nama dirinya yang sebenar. Fuad mengetahui bahawa nama asal ketika dilahirkan ialah Abdul Halim dan nama Islam bapanya ialah Roslan. Fuad sendiri terkejut mendengarkan perkara itu daripada Pak Ngah Lias.Peristiwa ini memberikan maklumat tentang sejarah hidup Fuad dan mengetahui identiti sebenar Fuad.

3. Peristiwa watak utama mengetahui siapa ibu kandungnya yang sebenar. Fuad menyedari bahawa ibu Farhana ialah ibu kandungnya. Mariana dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan kerana menghidap penyakit lelah (asma). Semasa berada di hospital tersebut Fuad mengetahui ibu Farhana (Mariana) adalah ibu kandungnya yang dicari selama ini. Fuad tabah menerima kenyataan bahawa ibunya (Mariana) adalah ibu Farhana juga dan Farhana, gadis yang dicintai dan ingin dikahwininya adalah adik kandungnya sendiri.Peristiwa ini membawa unsur kejutan kepada pembaca dan pembaca berasa simpati kepada Fuad dan Farhana yang baru mula ingin bercinta. Perjalanan cerita menjadi bertambah menarik.

4. Pertemuan watak utama dengan ayah kandungnya di lapangan terbang. Pertemuan Fuad dengan ayah kandungnya, Robert Lim di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Fuad ingin membalas jasa orang tuanya dengan membawa Mariana (ibu kandungnya), Mak Salmah (ibu angkat) dan Pak Ismail (bapa angkatnya) menunaikan umrah di Mekah. Robert Lim memberikan harapan bahawa dia akan menyusul mereka kemudian dan dia dan Fuad saling berpelukan.Peristiwa ini menandakan Fuad sudah memaafkan bapanya dan hubungan antara kedua-dua beranak itu sudah jernih.

Page 31: Soalan Novel Melunas Rindu Dan Kabus Di Perbukitan

5. Peristiwa kegigihan dan kerajinan watak utama mengajar anak murid. Fuad mengajar murid-murid secara individu di dalam kelas lanjutan untuk membantu murid-murid di SM Seri Setia menguasai bahasa Inggeris dengan baik.Peristiwa tersebut membuktikan kesungguhan dan keikhlasan Fuad melaksanakan tugas sebagai pendidik.

KABUS DI PERBUKITAN karya Mohamad Kholid bin HamzahPeristiwa menarik dalam novel ialah1. Peristiwa watak utama bertemu dengan adik kembarnya dalam keadaan bawah sedar. Rahayu dan Faridah bertemu di dalam sebuah rumah papan yang hampir roboh ditolak arus. Selepas diselamatkan Rahayu, Faridah memeluk adiknya dengan erat untuk melepaskan rindu setelah bertahun-tahun tidak bertemu. Selepas Faridah sedar, Rahayu telah pun meninggal dunia. Menggambarkan keistimewaan hubungan kembar antara Faridah dan Rahuyu yang masih boleh berhubung walaupun jasad mereka terpisah jauh.

2. Peristiwa mangsa kemalangna ditemui semula. Faridah dan Iqbal ditemui semula di Perkampungan Orang Asli Temuan oleh ayahnya, Mejar (B) Kamarudin dan Buyung dalam keadaan tidak sedarkan diri. Pertemuan ini merungkai misteri kehilangan Faridah dan Iqbal selama dua minggu selepas kemalangan jalan raya di Bukit Fraser.

3. Pertemuan Azrul dengan Faridah ketika melawat kubur Rahayu di Tanah Perkuburan Parit Satu, Sungai Besar.Peristiwa ini mencerminkan kesetiaan dan keluhuran kasih Azrul terhadap kekasihnya, Rahayu walaupun Rahayu telah pergi buat selama-lamanya. Malah Azrul tidak mahu berhijrah ke tempat lain semata-mata ingin dekat dengan Rahayu. Kata-kata perangsang Rahayu agar dia bekerja sendiri tanpa makan gaji juga terus membakar semangatnya untuk bekerja sendiri iaitu menternak kambing di kampungnya.

4. Operasi mencari mangsa yang hilang dalam kemalangan. Operasi mencari Faridah dan Iqbal yang dinamakan OPS PDK melibatkan banyak pihak seperti Bomba dan Penyelamat, Hospital Daerah, RELA, Perhilitan dan Pejabat Daerah Raub serta Hulu Selangor. Situasi ini menunjukkan kesungguhan pelbagai pihak bekerjasama berusaha mencari dan menyelamatkan dua orang rakyat tempatan yang hilang di Bukit Fraser

Novel Melunas RinduKonflik Watak Utama dan cara menyelesaikannya.

i)konflik memikirkan dia dibenci oleh Mak Salmah dan penduduk kampung*Fuad telah dipulau oleh penduduk Kampung Danau Seberang. Ibu angkatnya, Mak Salmah membencinya dan mereka tidak bertegur sapa walaupun tinggal sebumbung. Keadaan ini berpunca daripada tindakan Fuad melarikan Sofia dan kemudian Sofia meninggal dunia. Cara Fuad menyelesaikan konflik itu adalah dengna bersabar dan

Page 32: Soalan Novel Melunas Rindu Dan Kabus Di Perbukitan

membuat hubungan baik dengan penduduk kampung serta Mak Salmah. Akhirnya sikap orang kampung dan Mak Salmah berubah.

ii)Konflik memikirkan namanya yang berbeza*Selepas dilahirkan, Fuad dipelihara oleh Seman di Kuala Lipis. Masa itu dia dinamakan sebagai Abdul Halim oleh Seman. Sewaktu dia dipelihara oleh Peter Lim dan Swee Lan, namanya ditukar kepada nama kaum Cina, iaitu Joshua. Akhir sekali dia menggunakan nama Fuad setelah memeluk Islam dan tinggal dengan Mak Salmah dan Pak Ismail di Danau Seberang. Cara Fuad menyelesaikan konflik tersebut ialah dia mengekalkan panggilan namanya sebagai Fuad dan membetulkan sebutan apabila ada orang lain memanggilnya dengan nama lain.

iii)Konflik untuk menentukan kebenaran ibu kandungnya telah meninggal dunia.*Fuad dimaklumkan oleh Peter Lim bahawa Ah Sok yang menjadi peneroka di Sungai Ruan memberitahu bahawa ibu kandung Fuad telah mati semasa melahirkannya. Seman yang memelihara ibu kandungnya juga banyak merahsiakan hal Mariana. Mariana berkahwin secara rahsia dan kemudian mengandung. Selepas itu, Mariana tidak tinggal di rumah Seman. Mungkin dia telah mati dan dikebumikan di tempat lain. Cara Fuad menyelesaikan konflik tersebut adalah dengan mencari kubur ibunya untuk mengesahkan kebenaran kata-kata Peter Lim.

iv)Konflik untuk mencari kubur ibu kandungnya dan mencari ibunya apabila diberitahu bahawa ibunya masih hidup*Peter Lim memberitahu Fuad bahawa ibu kandungnya, Mariana telah meninggal dunia semasa melahirkannya. Seman yang memelihara ibu kandungnya pula banyak merahsiakan hal Mariana. Dengan bantuan Pak Ngah Lias, Fuad pergi ke Kampung Sedili untuk menemui Mariah, iaitu kakak angkat Mariana tetapi Mariah tealh berpindah. Akhirnya Fuad dan Pak Ngah Lias, berjumpa dengan Pak Samsudin yang menjadi jiran Mariah di Kampung Sedili. Pak Samsudin yakin nahawa ibu Fuad masih hidup. Cara Fuad menyelesaikan konflik tersebut ialah dia berusaha untuk mendapatkan beberapa petunjuk bagi menemukannya dengan ibu kandungnya.

v)Konflik Fuad untuk menolak pelawaan Cikgu Zamani semasa Cikgu Zamani mengajaknya supaya mengikuti jemaahnya.*Bagi menyelesaikannya Fuad mengambil pendirian. Dia menyuarakan isi hatinya dengan mempersoalkan sebab perlu banyak jemaah, sedangkan Islam itu satu. Dia menegaskan bahawa orang yang mengaku seagama, tidak harus menubuhkan dua tatu tiga jemaah.

Soalan novel: Huraikan dua konflik yang dialami oleh watak utama dalam novel yang anda kaji. (7m)*** Soalan ini tidak meminta calon menyatakan cara penyelesaian.

Berdasarkan novel yang saya kaji, iaitu Melunas Rindu, karya Hartini Hamzah, watak utamanya ialah Fuad. Fuad mengalami konflik dalaman kerana mecintai adik

Page 33: Soalan Novel Melunas Rindu Dan Kabus Di Perbukitan

kandungnya, Sofia dan Farhana. Pada mulanya, Fuad mencintai Sofia sebelum mengetahui Sofia adik kandungnya yang berlainan ibu Selepas kematian Sofia, Fuad pula berkenalan dengan Farhana, seorang guru mata pelajaran Bahasa Inggeris di Sekolah Menengah Seri Setia dan jatuh cinta padanya. Walau bagaimanapun, Fuad mengalami konflik dalaman sekali lagi apabila mengetahui Farhana ialah adik kandungnya yang berlainan bapa. Dengan perasaan yang sedih, dia terpaksa menerima hakikat bahawa mereka ialah adik-beradik. Oleh yang demikian, dia berkonflik dengan diri sendiri lantaran tidak sempat meluahkan perasaan sebenarnya terhadap Farhana dan terpaksa memadamkan cintanya terhadap Farhana.

Selain itu, Fuad turut mengalami konflik dengan Mak Salmah, ibu angkatnya akibat kematian Sofia. Fuad telah melarikan Sofia, anak angkat kesayangna Mak Salmah ke Kuala Lumpur untuk dipulangkan kepada bapa kandungnya, iaitu Robert Lim semasa Sofia mengikuti program lawatan sambil belajar anjuran sekolah. Dengan sebab yang tidak diketahui oleh pembaca, Sofia telah meninggal dunia. Kematian Sofia menambahkan kemarahan Mak Salmah. Mak Salmah benci akan Fuad sehingga sentiasa bermuka masam dan tidak menghiraukan Fuad walaupun mereka tinggal di bawah bumbung yang sama. Mak Salmah juga enggan makan semeja dengan Fuad. Konflik antara Fuad dengan Mak Salmah berlangsung dalam jangka masa yang panjang.

Kabus Di PerbukitanKonflik yang dialami oleh watak

i)Konflik Salmah atas kehilangan Faridah dalam kemalangan jalan raya*Faridah dan Iqbal ditimpa kemalangan jalan raya tetapi mereka berdua hilang. Hanya van dan barang-barangnya yang ada di tempat kejadian

ii)Konflik diri Rahayu yang ingin sangat menemui kembarnya, Faridah*Rahayu teringin sangat berjumpa dengan kakak kembarnya sebelum dia meninggal dunia

iii)Konflik diri Faridah tentang kedudukannya selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya*Faridah tertanya-tanya akan tempat dia berada selepas kemalangan. Dia memandang sekeliling dengna perasaan berbaur takut dan aneh

iv)Konflik dalam Fuad setelah mengetahui bahawa ibu Farhana ialah ibu kandungnya sendiri selepas melihat nama ibu Farhana ialah Mairana Osman

v)konflik dalaman Fuad yang memikirkan Farhana yang selalu bertengkar dengan Cikgu Zamani di sekolah. Fuad juga menghadapi konflik dalaman apabila memikirkan tindakan dan cara kerja Cikgu Zamani.

vi)Konflik dalaman Farhana yang memikirkan Fuad yang tidak menelefonnya seperti yang telah dijanjikan

Page 34: Soalan Novel Melunas Rindu Dan Kabus Di Perbukitan