55
KABUS DI PERBUKITAN TINGKATAN 5 Nama : Gevun Senio Liew Tingkatan : 5B

Kabus Di Perbukitan 2014

Embed Size (px)

DESCRIPTION

s

Citation preview

Page 1: Kabus Di Perbukitan 2014

KABUS DI PERBUKITAN

TINGKATAN 5

Nama : Gevun Senio Liew

Tingkatan : 5B

Page 2: Kabus Di Perbukitan 2014

Sinopsis Keseluruhan

Novel ini memaparkan kisah pasangan suami isteri, Kamarudin seorang tentera dan Salmah,yang mempunyai sepasang anak kembar Faridah dan Rahayu. Apabila Kamarudin ditugaskan sebagai Pegawai Pemerintah di Pengkalan Hulu di Perak, dia telah berkahwin dengan Hamidah. Kamarudin diarahkan bertugas sebagai Atase Keselamatan di Pejabat Kedutaan Malaysia di Pontianak, Indonesia. Di sinilah bermulanya perpisahan pasangan kembar tersebut. Kamarudin telah membawa Rahayu tinggal bersama-samanya, manakala Faridah dijaga oleh Salmah.

Setelah dewasa, Rahayu berkawan dengan Azrul yang sama-sama belajar di Fakulti Ekologi Manusia, UPM. Faridah menjadi Sukarelawan PDK Suria. Rahayu telah dikejarkan ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia kerana pengsan di perpustakaan. Rahayu disahkan menghidap kanser. Faridah pula membawa kanak-kanak istimewa ke Bukit Fraser. Sebelum pulang Faridah pergi ke Raub untuk mengisi minyak van dan membeli beberapa keperluan untuk perjalanan pulang pada pukul 2 petang nanti. Akibat terkejut dengan kehadiran Iqbal di dalam van, Faridah gagal mengawal pergerakan van, dan melanggar tembok pengadang jalan lalu menjunam ke dalam gaung. Faridah dan Iqbal tidak dapat dikesan oleh pasukan penyelamat. Setelah dua minggu usaha menyelamat gagal, operasi menyelamat dihentikan. Namun, bapanya, Kamarudin dan rakannya, Buyung berusaha meredah hutan mencari Faridah dan Iqbal. Mereka dijumpai di perkampungan orang Asli di Sungai Dua. Faridah dimasukkan ke hospital yang sama dengan Rahayu dalam keadaan koma. Rahayu melawat Faridah dan dia menghembuskan nafasnya yang terakhir di sisi Faridah. Selepas kematian Rahayu dan tamat pengajian di universiti, Azrul berhasrat menjadi penternak kambing yang berjaya, sebagaimana yang dicita-citakan oleh Rahayu semasa mereka sama-sama belajar.

Setelah sihat, Faridah berkahwin dengan Pegawai Kebajikan Masyarakat bernama Ghazali. Tidak lama kemudian Salmah, ibu kepada Faridah dan Rahayu meninggal dunia kerana terlalu rindu akan Rahayu. Selepas itu, Ghazali pula meninggal dunia akibat kemalangan. Kemudian Faridah ditawarkan mengikuti kursus Community Services for Disable People di New Zealand selama enam bulan. Di situlah dia berkahwin dengan Soleh Johnsons dan dia terus menetap di sana. Mereka mendapat sepasang anak kembar, iaitu Melina dan Anne.

Melina berkenalan dengan Jabbar al – Anbia atau dikenali sebagai „Benny‟. Secara tidak sengaja, Anne pula bertemu dengan Zain yang membantunya semasa keretanya rosak. Akhirnya Melina berkahwin dengan Benny di Masjid al-Noor, Christchurch. Mereka berpindah ke Malaysia kerana Benny ditugaskan menerajui operasi minyak di situ. Mereka menetap di Terengganu. Di Malaysia, Benny berkawan baik dengan Mohamed Attar dan Mehmood yang cenderung mencapai sesuatu matlamat berhubung dengan Islam secara kekerasan. Muhamed Attar telah ditangkap oleh pihak berkuasa Interpol kerana disyaki terlibat dengan aktiviti pengganas. Benny yang bimbang akan keselamatan dirinya telah melarikan diri ke Dubai dengan bantuan keluarganya.

Faridah dan Soleh pulang ke Malaysia untuk berbincang tentang perkahwinan Anne dan Zain. Mereka menginap di Cameron Highlands. Di situlah Faridah mengetahui bahawa Zain ialah anak lelaki bekas teman lelaki adiknya, arwah Rahayu. Majlis perkahwinan mereka berlangsung dengan meriah. Akhirnya, Melina yang sedang sarat mengandung ke Dubai bersama-sama dengan ayahnya, Soleh untuk berjumpa dengan Benny. Melina dan Benny menetap di Dubai. Anne dan Zain pula mengambil alih syarikat penternakan keluarga Johnson di New Zealand. Datuk Azrul dan Soleh Johnsons membuka perniagaan kotej di Cameron Highlands.

Page 3: Kabus Di Perbukitan 2014

Sinopsis Bab Demi Bab

Bab 1 : Pucuk-pucuk Kayu di Hadapan Matanya

Rahayu sukar bangun pagi kerana menyiapkan tugasan pada malam sebelumnya. Badannya juga kurang sihat. Namun dia bergegas bangun kerana dia berjanji akan ke perpustakaan bersama-sama Azrul. Tepat pukul 8.00 dia tiba di perpustakaan. Azrul mengajak Rahayu bersarapan terlebih dahulu dan mereka berbual-bual tentang tugasan yang diberikan oleh pensyarah. Rahayu memberitahu dia berasa lega apabila dapat menyiapkan tugasan. Azrul pula menceritakan rancangannya untuk ke KLCC pada hujung minggu kerana menyertai kempen Persatuan pencinta Alam. Kempen itu dinamakan Save Our River untuk menyelamatkan sungai yang tercemar. Rahayu berminat ikut serta dan niat itu dipersetujui oleh Azrul. Mereka berdua memang akrab dan berhasrat untuk berkahwin. Malahan perhubungan mereka juga tidak ditentang oleh ibu bapa masing-masing. Azrul sangat aktif dalam aktiviti alam sekitar. Dia sering menyertai ekspedisi mendaki gunung. Rahayu pula berminat dengan aktiviti Azrul tetapi dia menghidap penyakit asma. Dia merupakan pelajar dalam jurusan pembangunan manusia. Ketika di perpustakaan, tiba-tiba Ayu jatuh dan pengsan. Dia dikejarkan ke Pusat Kesihatan UPM. Ketika itu imbas kembali memaparkan kisah faridah dan Mastura. Faridah mahu ke Raub dengan memandu van. Dia ingin menenangkan fikirannya. Tunangnya telah memutuskan pertunangan mereka tanpa sebarang alasan. Dalam perjalanan tiba-tiba Faridah disapa oleh Iqbal, seorang muridnya yang mengalami sindrom down. Hal ini amat mengejutkan Faridah yang melihat Iqbal bersama-sama Mastura ketika dia bertolak. Faridah hilang kawalan terhadap vannya lalu melanggar penghadang jalan. Vannya terjatuh ke dalam gaung.

Bab 2 : Hilang Tanpa Jejak

Ghazali dan Said iaitu pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat telah ke rumah Faridah untuk menyampaikan berita kehilangan Faridah dan Iqbal. Salmah , ibu Faridah berasa sangat sedih menerima berita itu kerana Faridahlah tempat dia bergantung. Majlis sembahyang hajat dan doa selamat diadakan di kampung diketuai oleh Imam Haji Sohod. Ghazali dan Said pergi ke Bukit Fraser untuk mengetahui maklumat tentang kehilangan Faridah. malam itu mereka ditemani oleh pegawai-pegawai polis telah ke tempat kejadian. Namun mereka hanya dapay melihat van yang berada lebih kurang 50 kaki di dalam gaung. Pihak penyelamat akan menarik van itu keluar dengan bantuan anggota tentera. Malam itu Ghazali dan Said bermalam di Rumah Rehat Gap di Bukit Fraser. Mereka ditemani oleh beberapa orang pegawai polis termasuk Sarjan Yusoff. Keadaan yang terlalu sejuk menyebabkan Ghazali mengenang nasib Faridah dan Iqbal yang masih hilang. Semua usaha yang dijalankan termasuk menggunakan pasukan Senoi Praak untuk mengesan mangsa menemui jalan buntu. Sarjan Yusoff mencadangkan agar mereka menggunakan bomoh kerana bimbang ada pengaruh makhluk halus dalam kejadian tersebut. Akan tetapi Ghazali kurang bersetuju dengan cadangan itu. Mereka hanya mampu berdoa dan akan mendapatkan bantuan helikopter Tentera Udara untuk meneruskan usaha menyelamat.

Page 4: Kabus Di Perbukitan 2014

Bab 3 : Bersarang di Dalam Dada

Berita kehilangan Faridah disampaikan kepada bapanya Mejar(B) Kamarudin yang sudah berkahwin dengan Hamidah tidak memberitahu isterinya tentang Faridah yang merupakan kembar seiras Rahayu. yang membezakan kedua-dua beradik itu ialah Faridah mempunyai lesung pipi dan Rahayu tidak memilikinya. Namun Hamidah tidak menghalang suaminya pergi ke tempat kejadian. Sepeninggalannya Kamarudin , Hamidah mendapat berita tentang Rahayu yang dirawat di Hospital Universiti Kebangsaan, cheras. Pihak hospital mahu berjumpa dengan ibu bapa Rahayu untuk membincangkan masalah kesihatan Rahayu. Azrul menunggu Hamidah ketika wanita itu sampai. Setelah bertemu dengan Rahayu yang terbaring di katil. hamidah diminta untuk bertemu dengan Dr. Susan yang merawat Rahayu. Melalui pemeriksaan Dr. Susan, terdapat tompok-tompok dikesan melalui X-ray dalam dada Rahayu. Tompok-tompok putih itu mula menjalar ke pangkal leher dan menyebabkann leher Rahayu membengkak. Pihak hospital meminta kebenaran agar ujian biopsi ke atas Rahayu dapat dijalankan untuk mengesan sel-sel kanser. Hamidah memberikan kebenaran agar ujian biopsi dijalankan terhadap Rahayu. Setelah menjalani ujian tersebut Rahayu dibenarkan pulang. Azrul membantu Rahayu ketika Rahayu di rumah. Nota-nota kuliah dan tugasan disampaikan kepada Rahayu.

Bab 4 : Air Mata dan Rambut yang Berguguran

Rahayu dirawat di hospital. Dia berasa sangat sedih dengan keadaannya. Azrul tetap datang menemani Rahayu di wad. Keadaan penyakit Rahayu semakin serius. Rambutnya gugur setelah menjalani rawatan kimoterapi. Hamidah juga tetap setia menjaga anak tirinya itu. Perasaan Rahayu bertambah tertekan apanila Suhaila yang menjadi rakannya di wad meninggal dunia. Sebelum meninggal dunia Suhaila memberikannya beberapa buah novel cinta untuk dibaca. Mejar (B) Kamarudin tidak dapat menahan kesedihan melihat keadaan anaknya yang menderita. Azlin iaitu jururawat yang menjaga Rahayu di wad menjadi teman rapatnya. Azlin melayan Rahayu dengan baik agar Rahayu tidak terlalu tertekan dengan penderitaannya. Dr. susan hanya memberikan masa tiga bulan untuk Rahayu terus hidup. Dalam pada itu, Rahayu tetap mengingati kakaknya Faridah yang masih hilang.

Bab 5 : Bukit Kutu

Faridah yang hilang selepas kemalangan terasa dirinya berada di tempat yang asing. Dia seolah-olah berada di sebuah rumah zaman kolonial. Tempatnya agak eksklusif di sebuah kawasan peranginan tempat tinggi. Tuan rumah itu seorang lelaki kulit putih bernama Tuan Cecil Renking yang fasih berbahasa Melayu. Faridah mula berasa dia tidak berada di alam maya. Dia bertanya bagaimana dia berada di tempat itu. Dia diberitahu bahawa orang Penghulu Garang yang menjumpainya bersama-sama Iqbal lalu dibawa ke situ. Dia diberitahu bahawa tempat itu bernama Bukit Kutu. Ketika dia tidur dia bermimpi bertemu dengan adiknya Rahayu. Mereka berdua seolah-olah berkomunikasi antara satu dengan lain. Rahayu meminta Faridah pulang kerana Bukit Kutu deolah-olah satu dunia yang berbeza. Di hospital Rahayu kelihatan seperti meracau-racau. Dr. Susan berkata perkara itu merupakan kesan morfin iaitu ubat yang digunakan untuk merawat Rahayu. Dr. Susan juga diberitahu oleh Hamidah tentang Faridah. Dr. Susan mula menyedari bahawa ada hubungan bawah sedar antara Rahayu dan Faridah.

Page 5: Kabus Di Perbukitan 2014

Bab 6 : Hanya pada Harapan

Azrul berasa sedih dengan penderitaan yang dialami oleh Rahayu . ketika dia melawat Rahayu di rumahnya, gadis itu berkata dia hanya menanti kematian. Rahayu juga meminta agar Azrul meneruskan cita-citanya untuk membuka perniagaan berasaskan pertanian. Hamidah memahami perasaan Azrul. Dia memujuk Azrul dengan mengatakan orang yang berpenyakit memang berkelakuan seperti Rahayu. Azrul pulang dengan perasan yang hambar. Satu sidang akhbar diadakan di Ibu Pejabat Polis Daerah Raub untuk mengumumkan penamatan usaha mencari dan menyelamat Faridah dan Iqbal. Namun pihak polis berjanji untuk meneruskan siasatan kes yang dikategorikan sebagai orang hilang. Penamatan operasi itu menyebabkan Kamarudin berasa kecewa. Dia membuat keputusan untuk mencari anaknya sendiri memandangkan kembar Faridah sedang sakit dan berhajat untuk bertemu dengan kakaknya itu. Kamarudin berhasrat untuk meminta bantuan rakannya, Buyung untuk membantunya mencari Faridah.

Bab 7 : Kabus di Perbukitan

Kamarudin memulakan usaha mencari anaknya Faridah di hutan. Dia ditemani oleh Buyung yang juga bekas tentera. Kamarudin berasa dirinya tidak secergas semasa masih berkhidmat dalam angkatan tentera sebelum dia bersara 15 tahun yang lalu. Buyung masih seperti dahulu iaitu dia sangat suka menghisap rokok gulung. Kamarudin mengajak Buyung mencari Faridah di Bukit Kutu. Katanya Rahayu sering meracau dan menyebut Bukit Kutu. Dia teringat akan Rahayu yang sedang sakit. Dia juga menghantarkan Rahayu untuk bertemu dengan ibu kandungnya Salmah di Sungai Besar. Dia mahu memenuhi semua kehendak Rahayu kerana dia berasa bersalah terhadap semua pergolakan yang berlaku dalam keluarga mereka. Setelah lima jam mendaki, mereka sampai di puncak Bukit Kutu. pemandangannya sangat indah. Kamarudin dan Buyung bermalam di bukit itu ketika malam tiba. Keadaan malam sangat gelap dan berkabus. suasana sangat dingin. Kamarudin bertanya pada Buyung tentang kemungkinan kehilangan Faridah ada kaitan dengan makhluk halus. Hamidah menghubungi Kamarudin untuk memberitahu perkembangan keadaan Rahayu. Menurutnya Rahayu ada memberikan gambaran tentang tempat Faridah hilang. Berdasarkan panduan itu, Kamarudin meneruskan pencarian. Mereka cuba mencari kawasan petempatan orang asli kerana gambaran yang diberikan oleh Rahayu ada kaitan dengan kawasan orang asli.

Bab 8 : Terus Mencari

Kamarudin dan Buyung meneruskan pencarian hingga ke sempadan negeri Pahang. Dalam perjalanan mereka mendengar bunyi salakan anjing dan suara kanak-kanak. Mereka berjumpa dengan kawasan orang asli suku Temuan. Buyung menceritakan tujuan kedatangan mereka kepada Tok batin Senik. Setelah mendengar cerita Buyung, Tok Batin Senik mengajak mereka ke rumahnya. Di situlah Kamarudinmendapati Faridah sedang tidur. Kepalanya berbalut dengan kain putih dan ada kesan darah. Tok batin Senik menjelaskan bahawa Faridah dijumpai di Sungai Dua. Keadaan Faridah waktu dia ditemui oleh orang asli seperti kebingungan dan tidak ingat akan namanya. Iqbal mengikut Meor untuk meminta bantuan. Tok Batin Senik menyuruh anak buahnya menebas semak untuk dijadikan kawasan pendaratan helikopter. Akhirnya Faridah dibawa ke Hospital Kuala Lumpur dengan helikopter. Berita tentang penemuan Faridah tersebar ke seluruh negara.

Page 6: Kabus Di Perbukitan 2014

Bab 9 : Pekan Sungai Kubu

Bab ini mengisahkan imbas kembali yang berlaku suatu ketika dahulu di Pekan Sungai Kubu. secara bawah sedar, Faridah seolah-olah berada di tempat tersebut dan menyaksikan suasana kehidupan di situ. Penduduk keluar ke pekan membeli barang keperluan selepas hujan teduh. Terdapat 12 buah kedai di pekan kecil itu. Orang Melayu dan Mandailing mempunyai empay buah kedai. Pekedai Cina menjual pelbagai barang keperluan. Ada sebuah kedai yang menjual candu untuk pekerja-pekerja lombong. Rumah kayu milik Tuan Cecil Renking terletak di atas bukit. Kebanyakan penduduk bekerja sebagai pelombong bijih timah. Bijih diangkut dengan kereta kuda melalui pondok cukai yang dijaga oleh Penghulu Garang. Faridah dibawa oleh Amah Siti ke pasar. Faridah tertarik dengan cara orang dulu-dulu berkomunikasi dengan penuh adat sopan. Setelah sebulan tinggal di Sungai Kubu, Faridah mula menyesuaikan diri. Namun, dia masih tidak dapat mencelikkan mata. Dia berharap untuk pulang ke Sungai Besar. Akan tetapi Amah Siti mengatakan Sungai Besar sangat jauh dari tempat mereka. Di rumah Tuan Cecil, Faridah dan Iqbal diberikan sebuah bilik kecil, bersebelehan bilik Amah Siti. Tuan Cicil diberitahu tentang kewujudan buaya keramat di empangan bijih. Namun, Tuan Cecil tidak percaya tentang unsur keramat. Beliau mengambil keputusan untuk menembak buaya itu. Tindakan Tuan Cecil tidak disenangi oleh Penghulu Garang. Katanya tempat itu akan ditimpa bala akibat perbuatan Tuan Cecil itu. Penghulu Garang menyuruh orang berpindah meninggalkan tempat tersebut.

Bab 10 : Kau Hadir dalam Igauan

Faridah dirawat di wad kecemasan hospital tetapi belum sedar. Tubuhnya penuh dengan kesan gigitan dan calar-balar. Ghazali sedih melihat keadaan Faridah yang terlantar. Setelah keadaan stabil, Faridah dipindahkan dari wad rawatan rapi. Hanya duga orang pelawat dibenarkan melawat Faridah pada satu-satu masa. Rahayu dibawa melawat Faridah. Dia menangis sambil menggenggam tangan kakaknya. Dia bercakap dengan Faridah yang masih tidak sedarkan diri. Akibat berasa lemah kerana baru menjalani kemoterapi, Rahayu meletakkan kepalanya di tepi dada Faridah. Dia tertidur dan bermimpi rumah mereka digenangi air. Dalam mimpi itu, kedua-dua adik-beradik itu seolah-olah bercakap antara satu sama lain. Tiba-tiba suasana dikejutkan oleh raungan Faridah menyebut nama Rahayu. Pada masa itu juga Rahayu didapati telah meninggal dunia.

Bab 11 : Kasih Ibu Sepanjang Jalan

Kematian Rahayu meninggalkan kesan yang mendalam terhadap ibu kandungnya, Salmah. Dia sering teringat akan Rahayu dan mula diserang sakit jantung. Suatu pagi Salmah mahu ke pasar di Sungai Haji Dorani. Dia mahu membeli belacan di gerai Pak Talib. Ghazali sering datang untuk membantu Faridah. Salmah mencadangkan agar Faridah berkahwin dengan Ghazali tetapi Faridah berasa malu dan bimbang dianggap perigi mencari timba. Namun demikian Ghazali telah berterus terang untuk mengambil Faridah sebagai isteri. Rombongan peminangan akan dihantar untuk meminang Faridah secara rasmi. Faridah seba salah. Dia bimbang kekecewaan pertama akan berulang kembali. Akhirnya Faridah bersetuju untuk menerima Ghazali sebagai teman hidupnya. Salmah berasa sangat gembira dengan persetujuan Faridah.

Page 7: Kabus Di Perbukitan 2014

Bab 12 : Tekad

Azrul menamatkan pengajiannya di UPM. Namun demikian beliau tidak berminat untuk bekerja makan gaji. Dia mahu memulakan projek ternakan kambing. Pasaran kambing di negara ini semakin besar. Berdasarkan kajian Azrul, terdapat pelbagai spesies kambing yang sesuai dipelihara. Keputusan Azrul mendapat sokongan bapanya tetapi ibunya agak resah. Suatu hari, Azrul menziarahi kubur arwah Rahayu. Dia terserempak dengan Faridah yang kebetulan menziarahi kubur adiknya. Dia teringat akan kisah kehilangan Faridah ketika Rahayu sedang dirawat di hospital. Mereka berdua berkenalan. Namun kehidupan Azrul agak muram kerana masa terkenangkan Rahayu. Dia banyak termenung hingga disedari oleh ibunya. Namun Azrul menyakinkan ibunya bahawa dia akan meneruskan niatnya untuk bekerja sendiri. Dia tetap menjadikan Rahayu sebagai pencetus semangatnya untuk menghadapi masa hadapan yang mencabar.

Bab 13 : Rindu

Ghazali telah bertukar ke Kelang. Dia hanya pulang ke rumah dua atau tiga kali dalam seminggu. Faridah masih tinggal di Sungai Besar untuk menemani ibunya. Salmah pula meneruskan kehidupan dengan mengerjakan sawah. namun dalam jiwanya dia sangat rindu akan anaknya. Bertahun-tahun dia terpisah dengan Ayu setelah dibawa pergi oleh Kamarudin selepas mereka berpisah. Fikiran Salmah semakin terganggu. Dia sering menziarahi kubur anaknya itu. Dia sering teringat saat-saat terakhir kehidupan Ayu, ketika anak gadisnya pulang untuk bersama-sama dengannya. Oleh sebab itu dia sangat sukar melupakan Rahayu, walaupun dua tahun selepas Rahayu meninggal dunia. Faridah dan Ghazali bimbang dengan keadaan Salmah. Faridah menceritakan tentang Azrul kepada Ghazali. Katanya Azrul terlalu sayang akan arwah Rahayu. Kini Azrul mengusahakan ternakan kambing dan tapak semaian. Dia mahu mengotakan janjinya dengan arwah Rahayu untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya.

Bab 14 : Ibu, Angin Telah Menderu Pergi

Faridah bangun awal pagi, iaitu pukul 4.00 pagi. Dia menunaikan solat tahajud. Entah mengapa hatinya berasa resah. Ketika fajar menyingsing, Faridah membasuh beras kerana ibunya berpesan kepadanya untuk masak nasi lemak. Faridah berasa hairan kerana ibunya lambat bangun pagi itu. Ketika cuba dikejutkan, barulah dia sedar bahawa ibunya telah meninggal dunia. Faridah memeluk tubuh ibunya dengan penuh kasih. Dia berasa pemergian ibunya ialah titik akhir penderitaan orang tua itu.

Bab 15 : 25 Tahun Kemudian - Cintaku Abadi

Faridah kini berada di New Zealand. Dia telah berhijrah ke negara itu sejak 25 tahun yang lalu. Dia tinggal di Rosewood iaitu pekan kecil berhampiran bandar Christchurch. Dia telah berkahwin dengan Soleh Johnsons dan memiliki dua orang anak perempuan, Anne dan Melina. Faridah melalui kenangan pahit di tanah air sendiri. Tidak lama selepas ibunya meninggal dunia, Ghazali pula meninggal akibat kemalangan jalan raya. Dia hampir gila dengan tekanan hidup akibat kehilangan orang yang tersayang. Nasibnya baik apabila dia ditawarkan oleh ibu pejabat JKM untuk berkursus selama enam bulan di New Zealand. Selepas itu dia tidak balik-balik lagi ke kampung kerana telah bertemu jodoh dengan Soleh Johnsons. Ingatannya terhadap Sungai Besar tetap abadi. Suaminya memahami perasaan Faridah. Soleh mengusahakan kawasan ternakan dan pusat penyembelihan kambing. Dia sering mengupah pelajar Islam dari negara luar untuk menyembelih kambing sebagai kerja sambilan.

Page 8: Kabus Di Perbukitan 2014

Bab 16 : Mengejar Mimpi-Mimpi

Melina adalah salah seorang anak kembar Faridah. Pada suatu hari Melina berkenalan dengan Benny yang berketurunan Arab. Benny menyapa Melina ketika dia sedang minum di sebuah gerai di Auckland. perkenalan mereka merupakan permulaan hubungannya dengan lelaki yang lahir di Dubai itu. Dari segi peribadi Melina agak bebas. Dia sangat berbeza dengan Anne yang begitu taat dengan ajaran Islam. Dia juga tidak tinggal bersama-sama keluarganya di Christchurch, sebaliknya memilih tinggal di Auckland dan bekerja sebagai pembantu pelukis pelan. Benny meneruskan perhubungannya dengan Melina. Mereka saling bertemu dan berbincang tentang pelbagai perkara. Benny memberitahu dia akan ke Malaysia kerana hendak melihat tempahan perahu layarnya di Terengganu. Dia juga bakal ditempatkan oleh syarikat keluarganya untuk mengendalikan anak syarikat mereka di Malaysia. Dia mengajak Melina dan ajakan itu sangat-sangat dihargai oleh Melina. Dia memang teringin untuk ke Malaysia kerana tidak pernah berbuat demikian walaupun ibunya orang Malaysia. Akhirnya Benny membuat keputusan untuk mengahwini Melina . Benny dan Melina pulang ke rumah ibu bapanya di Christchurch untuk menyatakan hasrat mereka untuk berkahwin serta untuk mendapat persetujuan Soleh Johnsons.

Bab 17 : Penyembelihan Kambing

Zain ialah anak Azrul yang menuntut dalam bidang pertanian di New Zealand. Dia bekerja sambilan sebagai penyembelih kambing di pusat penyembelihan yang dimiliki oleh Soleh Johnsons. Dia tinggal bersama-sama Asraf Ameen yang berasal dari Nigeria. Pada suatu hari, mereka mendapat jemputan perkahwinan anak Soleh johnsons dan bercadang untuk menghadirinya. Zain seperti juga ayahnya, sangat meminati bidang pertanian. Dalam kalangan pelajar Malaysia di Universiti Lincoln, hanya dia seorang yang mengambil jurusan pertanian. Dia sering teringat akan pandangan ayahnya tentang kepentingan bidang pertanian. Di tanah air, ayahnya merupakan seorang peladang yang berjaya. Datuk Azrul pernah membawa isterinya melawat New Zealand ketika Zain belajar di sana. Mereka menikmati keindahan pemandangan di New Zealand ketika menaiki bot persiaran di pantai Kouikora. Menurut zain, ada ramai orang Melayu yang menetap di New Zealand. mereka menjadi orang berjaya. Pada suatu hari, Zain bertemu Anne.Zain membantu Anne yang menghadapi masalah keretanya rosak. Pertemuan itu membuatkan Zain jatuh hati pada Anne.

Bab 18 : Tanah Tumpah Air Mata

Benny membawa Melina ke Malaysia selepas dua minggu mereka dinikahkan di Masjid al-Noor, Christchurch. Di Kuala Lumpur mereka berdua dilayan dengan baik oleh pekerja syarikat yang ditugaskan untuk menjemput Benny. Benny akan memulakan tugasnya di syarikat milik bapa saudaranya Jaafar al-anbia. Dia telah lama menghabiskan masa dengan belayar. melina berasa dia berada di tempat yang sangat asing dan bimbang tidak dapat menyesuaikan diri dengan keadaan di Kuala Lumpur. Namun Benny berkata Kuala Lumpur mempunyai lebih 50 ribu orang ekspatriat asing seperti mereka berdua. Semasa di Kuala Lumpur, Khalid bertindak sebagai pemandu Benny. Dalam satu mesyuarat, Benny diperkenalkan kepada ahli-ahli lembaga pengarah syarikat milik keluarga al- Anbia. Dia diberitahu bahawa dia akan ditugaskan di pejabat cawangan Kuala Terengganu. Benny tidak menolak dan berkata dia suka akan Terengganu. Dia memang suka akan laut. Melina membeli peta untuk mencari tempat yang bernama Sungai Besar, iaitu tempat kelahiran ibunya, Faridah. Dia teringat akan ibunya yang gemar mendodoikannya dengan lagu Melayu ketika dia masih kecil.

Page 9: Kabus Di Perbukitan 2014

Bab 19 : Hati dan Warna Kanvas

Benny membeli sebuah banglo di tepi pantai dengan harga setengah juta ringgit termasuk tanah lima ekar. Melina juga tertarik dengan suasana banglo tersebut kerana kedudukannya menghadap laut. Benny tidak bimbang dengan kewangan kerana dia yakin dapat menjual perahu layar yang ditempahnya dengan harga yang lebih tinggi. Marang telah menjadi tempat tinggal melina. Dia suka melihat laut dari beranda banglo itu. Dia memulakan minatnya kembali, iaitu melukis. Keindahan Marang diabadikan di atas kanvas lukisannya. Benny turut mengagumi bakat yang dimiliki oleh Melina. Setelah agak lama bertugas, Benny mempunyai beberapa orang kawan. Antaranya Mohamed Attar yang berasal dari pakistan, Mehmood dari Maghribi dan Noor Mohamad dari bangladesh. Mehmood masih bujang dan berniat untuk berkahwin dengan gadis di kampung halamannya. Mereka sering berbincang soal agama, soal jihad dan dakwah Islam. Benny mula sedar dan mahu kembali ke jalan Allah.

Bab 20 : Pendatang

Soleh bimbang dengan kejadian vandalisme di An Noor Islamic Centre apabila beberapa buah kereta dipecahkan cerminnya. hal ini akan menyebabkan media memberikan gambaran yang salah tentang Islam. Faridah pula yakin ketenangan akan tetap terjamin. Malah Faridah sendiri pula mulanya sukar untuk menyesuaikan diri ketika mula-mula sampai di Christchurch dahulu. Dia disangka orang Maori, rakyat pribumi New Zealand. Kini dia diterima dengan baik oleh semua jiran. Dia juga mencadangkan agar ada usaha dijalankan untuk membaiki hubungan antara anggota masyarakat setempat. dia mencadangkan agar diadakan majlis ramah mesra komuniti. Cadangannya sangat disokong oleh suaminya. Mereka pun bercadang untuk menganjurkan majlis tersebut dalam masa dua minggu. Mereka akan memaklumkan perkara itu kepada komuniti setempat. Mereka juga menjemput rakan-rakan sekuliah Anne untuk membantu. Ketika merancang majlis tersebut, Faridah teringat akan kemeriahan majlis kenduri di kampung yang sudah lama ditinggalkan. Dia juga terbayankagn wajah Melina yang sudah menetap di Malaysia.

Bab 21 : Tak Ingin Tahu

Zain kembali ke tanah air setelah tiga tahun berada di New Zealand. Zain mendapati banyak perubahan telah berlaku di kampungnya dalam tempoh ketiadaannya. Azrul pula dianugerahi gelaran 'Datuk' kerana berjasa kepada rakyat melalui penglibatannya dalam bidang pertanian. Beliau juga menggalakkan para petani untuk menanam modal dalam Pertubuhan Peladang di samping berusaha menyatukan kebun-kebun tradisi menjadi estet mini kelapa sawit dan dusun buah-buahan. Ketika Datuk Azrul berbual dengan Zain, tiba-tiba Masitah muncul untuk mendapatkan tandatangan tentang urusan pengambilan tenaga pekerja asing. Datuk Azrul mengambil pekerja asing untuk bekerja dengannya kerana tiada pilihan. Menurut Datuk Azrul, anak-anak tempatan semuanya sudah berpendidikan tinggi dan tidak sesuai bekerja di ladang.

Page 10: Kabus Di Perbukitan 2014

Bab 22 : Mengukur Usia

Datuk Azrul mengimamkan sembahyang Asar. Dia berasa sedih kerana tidak ramai jemaah yang hadir ke masjid. Hal ini demikian kerana kebanyakan penduduk kampung terdiri daripada orang tua. Banyak juga yang menghidap penyakit gout. Jemaah solat Jumaat juga kini berkurangan hingga sekitar 60 orang sahaja. Kebun-kebun juga telah banyak terbiar. Anak-anak yang mewarisi kebun ramai. Mereka pula tidak mahu menjual tanah pusaka masing-masing. Jadi, pemilikan tanah semakin lama semakin mengecil dan tidak ekonomi. Datuk Azrul tidak dapat berbuat apa-apa untuk mengubah sikap masyarakat. Suasana kerjasama dalam masyarakat kini juga sudah berbeza. Zain bersetuju dengan pandangan bapanya bahawa zaman sudah berubah, Negara ini makmur kerana rakyat bekerja kuat. Pendidikan tinggi pula bukan jaminan untuk menjadi senang tetapi jalan yang memudahkan. Datuk Azrul sendiri berjaya dalam bidangnya kerana beliau berpendidikan tinggi. Namun dia masih tidak berjaya mengubah pandangan masyarakat setempat untuk mengusahakan tanah secara lebih komersial. Zain memberitahu Datuk Azrul bahawa dia sudah mempunyai pilihan teman hidup iaitu seorang gadis kacukan di New Zealand. Datuk Azrul tidak membantah dengan pilihan anaknya.

BAB 23- Melihat Dalam Diri

Benny sudah semakin berubah. Dia selalu ke luar daerah bersama Mehmood dan Mohamed Attar. Akibatnya Melina ditinggalkan keseorangan di rumah mereka. Setiap kali Benny keluar daerah, Melina akan ditemani Khadijah, anak Haji Awang (bekas pengetua di sebuah sekolah menengah di Kuala Terengganu) dan Mak Som yang gemar menganyam mengkuang. Khadijah sering menemani Melina kerana menurut perintah ayahnya yang mengambil berat akan Melina. Melina sering bersantai di beranda rumahnya sehingga lewat malam dan hal ini amat membimbangkan Hj Awang. Semasa sedang rancak bercerita, Melina bertanyakan tentang Sungai Besar kepada Khadijah. Melina ingin menjejak warisan yang telah lama lenyap.

BAB24- Lambaian Hati

Faridah menghidangkan teh panas ketika Zain dan Anne menyiapkan praktikum yang perlu dihantarnya 3 hari lagi. Faridah berbual dengan Zain dan Anne seketika. Faridah mendapat tahu bajawa Zain berasal dari Sungai Besar iaitu kampung Faridah. Mereka bercerita tentang keindahan di Sg Besar lalu Anne mengajak Faridah pulang ke tanah air semasa cuti semester yang akan menjelang 2 bulan lagi. Zain begitu memahami Faridah yang sudah 25 tahun meninggalkan kampung halaman. Zain turut mengajak Faridah sekeluarga menginap di rumahnya apabila pulang ke tanah air. Faridah juga ingin berjumpa Melina, anaknya yang dirindui. Faridah merenung Anne yang ayu dengan campuran Melayu-Inggeris. Hatinya senang jika Anne dan Zain berkahwin dan berharap Anne akan kembali kepada susur galurnya, menetap di Malaysia.

Page 11: Kabus Di Perbukitan 2014

BAB 25- Menghapus Dosa

Mehmood , Mohamed Attar dan Benny mengunjungi Ustaz Hassan di rumahnya untuk bertukar-tukar pendapat dan mengeratkan ukhwah sesama Islam. Mereka sibuk membahaskan mengenai pengamalan agama Islam di Malaysia dan negara Islam yang lain. Ustaz Syukri menegaskan bahawa budaya Melayu lebih menekankan adat Melayu yang bercakap lembut dan tidak berkias. Dalam masa yang sama Benny teringatkan keluarga Hj Awang yang mesra melayannya dan Melina walaupun Melina berpakaian tidak menutup aurat. Semasa dalam perjalanan pulang, Mohamed Attar menyatakan bahawa dia tidak bersetuju dengan pendapat ustaz Syukri kerana baginya Islam mestilah berjuang dan berperang demi menentang musuh Islam. Mohamed Attar meluncur laju membawa keretanya ke Kuantan untuk berjumpa seorang pemimpin tempatan yang berpotensi mengikuti mereka.

BAB 26- Hati Wanita

Soleh Johnson dan Fnaridah terbang ke Malaysia untuk membincangkan majlis perkahwinan Zain dan Anne serta melawat Melina yang sedang sarat mengandung dan bercuti. Soleh sedang membiasakan tinggal di bumi Malaysia ini serta mendapat ramai kenalan baru apabila kerap ke masjid berhampiran. Faridah tersenyum sendirian terkenang rumahnya di Christchurch apabila melihat pemandangan banglo di Camero Highlands,tempat mereka menginap. Hari yang dijanjikan tiba, Datuk azrul memandu sendiri bersama datin Aisyah, Hj Zubair dan Zain ke banglo yang bergelar The Golf View Cottage. Sebaik sahaja tiba, penghuni banglo itu keluar menyambut mereka. Mereka semua berkumpul di ruang tamu. Masing-masing mula bercerita. Faridah menceritakan latar belakangnya dan keluarga. Datuk Azrul menghela nafas panjang, beliau bertanya tentang masa lampau mereka kepada Faridah. Seketika kemudian, masing-masing diam melayan perasaan.

BAB 27-Kembali ke Alam Nyata

Benny memandu keretanya menyusuri lebuh raya.Jambatan Pulau Pinang semakin hampir dan bererti destinasinya juga semakin hampir. E-mel lewat malam yang diterimanya itu penuh maksudnya tersendiri. Berita Mohamed Attar mahu mengebom kasino di Pulau Sentosa terbongkar apabila polis republik menemui sejumlah bom miliknya, lalu Mohamed Attar ditangkap. Mehmod yang selama ini banyak berdiam rupa-rupanya dia ialah seorang anggota polis yang sedang mengikut gerak-geri Mohamed Attar. Benny teringat kata-kata Melina bahawa dia berkawan dengan orang yang salah. Tetapi dia tetap mempertahankan kawan-kawannya kerana mereka boleh membimbingnya ke arah kebaikan. Pendapatnya juga selalu bertelagah dengan Hj Awang dan ustaz Syukri. semasa Mohamed attar mengajaknya untuk berjuang, Benny tidak turuti kerana baginya dia msih belum bersedia lagi. Benny kecewa, dia terpaksa meninggalkan Melina sendirian. Dia harap dengan wang yang diberikan kepada Ustaz Syukri akan membantu Melina. Setibanya di Pantai Miami, dia menghampiri dua orang lelaki berbaju hitam dan bertopeng ski. Mereka ialah penyelamat khas dari An-Anbia Family Limited Company untuk membawanya ke lokasi rahsia. benny memahami dan esok akan ada kenyataan dilaporkan dia diculik dan mangsa keganasan.Lalu mereka semua menaiki bot menuju ke perairan antarabangsa sebelum dijemput oleh sebuah helikopter.

Page 12: Kabus Di Perbukitan 2014

BAB 28- Cerita Penghujung Usia

Saat ini Faridah menyingkap kembali peristiwa 25 - 27 tahun yang lalu. Datuk Azrul sebahagian daripada kenangan itu. farida dan Datuk Azrul bercerita tentang kisah silam mereka, manakala Datin Aisyah lena dibuai mimpi setelah menelan ubat khas akibat migrainnya. Soleh pula memahami, dia berada di bilik bacaan dengan kerja-kerja ditalian. Zain dan Anne sudah ke Ipoh sejak petang tadi dan masih belum pulang. Datuk Azrul merungkai cerita sewaktu Faridah hilang dahulu, beliau berbincang dengan banyak orang serta Hj Kamarudin mengenai hal ini. Hj Kamarudin masih lagi menetap di Kuala Lumpur. Isterinya Hamidah sudah meninggal beberapa tahun yang lepas. Kini dia tidak boleh bangun lagi dan hanya baring di katil sahaja. Dia dijaga oleh anak lelakinya tetapi kebersihan dirinya diuruskan oleh seorang jururawat yang diupah. Berbalik kepada cerita tentang kehilangan Faridah di hutan, Datuk Azrul hanya mempercayai akal, di mana kelebihan akal untuk mengjangkau sesuatu yang mustahil. Faridah juga berpendapat yang sama setelah bertanya kepada beberapa ulama di New Zealand. Datuk azrul bertanyakan perihal rumah banglo milik Soleh itu lalu Faridah tersenyum memberitahu bahawa kerakyatannya masih kekal lagi dan akan pegang status itu buat selamanya. Datuk Azrul tumpang gembira mengenai hal tersebut. Faridah berfikir sejenak, sepatutnya dia harus menulis mengenai pengalamannya di Bukit Kutu ketika koma dahulu yang bukan boleh dialami oleh semua orang. Tanpa sedar, Faridah mengalirkan air mata, hatinya meronta ingin menziarahi kubur ibunya, Ayu serta Ghazali.

BAB 29-Pasrah

Melina merenung kosong bilik tidurnya. Hari ini sudah 4 hari Benny menghilang. Sejak mereka berkahwin, Benny menanam azam untuk berubah ke arah kebaikan. Azamnya itulah yang mengukuhkan persahabatannya dengan ustaz Syukri, Mohamed Attar, Mehmood dan Noor Mohamad. berbalik kepada kehilangan Benny, syarikat telah 2 kali menghubungi tetapi Melina gagal memberikan penjelasan. melina pasti Benny menghilang dengan sebabnya tersendiri. Lalu keesokan harinya, Melina mengambil keputusan untuk membuat laporan polis. Inspektor Radzi membantu Melina memguat laporan. Inspektor Radzi meminta nama dan nombor telefon rakan-rakan Benny dan dia mengeshkan bahawa Mohamed Attar serta Noor Mohamad telah ditangkap polis Interpol beberapa hari yang lalu. Namun nama Benny tidak tersenarai dalam tangkapan tersebut. Kini jelas, Benny meninggalkannya atas sebab persahabatan yang sukar difahami. Selepas selesai membuat laporan, Melina keluar dari Balai Polis Marang dengan hati yang gundah. Hj Awang mengambilnya untuk pulang dan semasa dalam perjalanan pulang, Melina menerima panggilan dari nombor yang tidak dikenali.

Page 13: Kabus Di Perbukitan 2014

BAB 30- Pangkuan

Melina tiada pilihan lain. Benny sudah 2 minggu menghilangkan diri, keluarga Benny yang mewakili Jaafar al-Anbia telah menghubunginya. Akaun peribadinya sudah dipenuhkan sejumlah besar wang . Kiranya semua keperluannya tersedia ada. Melina mengambil keputusan untuk tinggal bersama ibu bapanya di Cameron Highland. Melina memandu seorang diri menuju ke sana. Tiba-tiba dia sedih mengenangkan Benny, beberapa hari yang lalu Inspektor Radzi mengunjungi Melina. Dia memberitahu bahawa Melina diberi pengawasan penuh oleh pihak polis. Teori pengganas dan penglibatan yang menjejaskan keselamatan boleh dikaitkan dengan Benny, seorang yang penyayang dan bertanggungjawab. Hal ini amat menghairankan Melina. Melina menafikan tuduhan Inspektor Radzi bahawa Benny sanggup bersubahat untuk meletupkan bom di tempat awam. Melina berhenti di sebuah masjid tidak jauh dari Pekan Batang Kali untuk sembahyang Zuhur.Selesai menunaikan solat, hatinya serasa begitu tenang . 3 jam kemudian, Melina tiba juga di Cameron Highland. Dia menelefon Golf View Cottage sebaik sahaja memasuki pekan Ringlet. Faridah terharu melihat anaknya yang sedang sarat mengandung sanggup memandu beratus-ratus kilometer tanpa suami di sisi.

BAB 31 : Atas Nama Cinta

Kenduri perkahwinan Zain dan Anne Johnnsons melakar sejarah paling manis buat keluarga Datuk Azrul. Habis semua chalet dan rumah rehat ditempahnya untuk tetamu daripada luar negara. Malah satu program televisyen telah membuat liputan khas dengan tajuk "perkahwinan dua Negara". Faridah merupakan orang yang paling gembira apabila dapat kembali ke kampung halamannya. Dia bertemu Pak Talib yang kini usianya mungkin sudah mencecah 80 - 90 tahun. Akhirnya Faridah mengecap kebahagiaan setelah melalui derita yang panjang. Faridah menangis melihat sawah padi yang kini bukan miliknya lagi. Tanah itu telah dipajakkan oleh Hj. Ghafur selama 25 tahun, dia menggunakan wang itu untuk menyara hidupnya semasa belajar di New Zealand dahulu. Faridah meminta tolong Zain untuk berjumpa dengan anak Hj Ghafur yang menjaga rumah itu. Faridah ingin masuk ke dalam rumah itu bagi menunaikan solat, sujud syukur serta solat taubat. Zain berlari -lari anak pergi ke rumah Hj Ghafur. Tiba-tiba Faridah mengeluh, dia berfikir sejenak, perbezaan tingkah laku Benny dan Zain amat ketara. Melina dan Soleh sudah bertolak ke KLIA awal pagi tadi untuk ke Dubai bagi menemui Jaafar al-Anbia, membincangkan tentang kehilangan menantunya itu. Tiba-tiba Anne bertanya kepada Faridah tentang kisah mamanya yang meninggalkan kampungnya dahulu. Faridah melihat Anne beza sekali dengan sikap kembarnya, Melinda. Melinda tidak secerdik Anne, Anne tamat mengaji dan Faridah sering mendengar alunan suara Anne di masjid Al-Noor. Zain melambai dari jauh bersama anak Hj Ghafur . Faridah melihat ada riak bahagia terpamer pada wajah Anne. Bagi Faridah, mereka anak-anak bertuah kerana dilahirkan dengan kasih sayang ibu bapa yang berpanjangan.

Page 14: Kabus Di Perbukitan 2014

BAB 32: Bahagia yang Berpanjangan

Melina dan Soleh Johnson mengambil limousin dan terus ke Emirate Tower Hotel di Jalan Syeikh Zayed. Benny sedang menunggu mereka di suite yang terletak di tingkat paling atas Empire Tower Hotel. Sebaik sahaja mereka sampai, Benny terus mendapatkan Melina dan meminta maaf atas kesilapannya. Benny sebenarnya terpaksa menyambut Soleh Johnson dan melina yang tiba di Dubai International Airport tepat 12.oo p.m. Waktu nyawa sebelum kembali ke Dubai apabila helikopter yang dijanjikan untuk membawanya gagal mengambilnya. Dia terpaksa mendarat ke Phuket dan terbang ke Perancis, dia mendapat bantuan daripada sahabat-sahabatnya dari merata tempat dan menggunakan pelbagai nama samaran. Benny hanya boleh bergerak bebas di negaranya sendiri kerana satu keputusan telah dibuat bahawa Benny dilindungi dan dianggap sebagai ahli keluarga pemerintah. Soleh Johnson menuju ke bilik yang disediakan untuk berehat, dan memberikan peluang kepada anak-anaknya berunding suami isteri. Melina mengadu kepada Benny bahawa betapa sepi hidupnya ketika di Marang dahulu tanpa Benny di sisi. Namun kini betapa rindunya untuk kembali ke tempat itu semula, suasananya serta kesederhanaan penduduk berbilang kaumnya itu. Benny dan Melina telah membuat keputusan untuk tinggal di banglo peranginan keluarga Benny di Jalan Jumeirah, tidak jauh dari hotel yang paling mahal di dunia, Burj al Arab dan Jumeirah Beach Hotel. Benny akan kembali bekerja di An-Anbia Family Limited Company keran syarikat itu mempunyai kepentingan besar di negara teluk itu dan dia terpaksa meninggalkan hobi belayarnya itu. Melina akan melahirkan anaknya di hospital yang menjadi tumpuan warga arab yang kaya-raya untuk mendapatkan rawatan. Melina sangsi, banyak rencana dalam majalah antarabangsa yang menulis berat sebelah tentang dunia arab, dia kembali teringatkan rumah mereka di Marang yang bebas ke mana-mana sahaja tanpa ada rasa was-was. Di Marang, kehadirannya dihormati tetapi Melina sanggup berbuat apa-apa sahaja asalkan berada di sisi suaminya 2 hari kemudian, Soleh terbang pulang ke KL. Soleh tahu bahawa Melina akan tabah dan menjadi seorang isteri idaman apabila tinggal di negara Islam itu.

BAB 33: Janji Pada Tanah Ini

Faridah berasa dirinya insan yang paling bertuah kerana merentas alaf dalam perjalanan hidup dan perlu merentas antara negara untuk melihat cucu-cucunya. Anne dan ain kini di New Zealand mengambil alih perusahaan dan penternakan keluarga Johnsons. Anne melahirkan anak kembar iaitu Melinda dan Rahayu. Melina pula melahirkan Said al-Anbia, setahun lebih awal daripada Anne. Kini Faridah tinggal di Malaysia. Datuk Azrul mendapat tanah pajakan seluas 500 hektar di tanah tinggi Lojing untuk dibangunkan menjadi sebuah kawasan agro pelancongan tanah tinggi . Datuk Azrul dan Soleh bekerjasama merangka sendiri pelan pembangunan, membuat tinjauan lapangan dan kemudian mengajukan kertas cadangan kepada kerajaan negeri. Soleh dan Datuk Azrul menjadikan Lojing sebagai sebuah merosakkan ekosistemnya. Sungguhpun begitu, pelancongan hasil daripada kotej juga mampu menjana pendapatan yang lumayan. Faridah memilih menjadi pemerhati juga menikmati keindahan alam. Datuk Azrul dan Datin Aisyah lebih banyak menghabiskan masa berada di Lojing berbanding Bukit Besar. Hubungan kekeluargaan mereka semakin erat. Masa terlalu pantas, 2 tahun selepas pembinaan, kotej-kotej itu beroperasi penuh. Faridah memilih sebuah kotej untuk menjadi tempat tinggalnya selain di Cameron Highland. Perniagaan kotej-kotej mereka bertambah maju apabila sebuah syarikat majalah Eropah mahu membuat rencana tentang Lojing itu dan Benny juga bersetuju mewujudkan sebuah pejabat promosi di Dubai. Faridah pernah menyuarakan pendapatnya untuk memajukan Bukit Kutu tetapi malangnya Datuk Azrul memberitahu bahawa tempat itu telah diwartakan sebagai Hutan Rizab

Page 15: Kabus Di Perbukitan 2014

Hidupan Liar. Dia teringat saat-saat bertemu Ayu dalam alam bawah sedar. Dia berjanji pada tanah ini bahawa susur galur keturunannya akan teguh di tanah ini.

TEMA:

Jati Diri Bangsa Melayu

Jati diri bangsa dan kekuatan pegangan agama menjadikan seorang wanita Melayu berupaya menghadapi cubaan hidup dengan tenang tanpa terkikis nilai wanita Melayu dan penganut agama yang setia. Kekuatan diri membentuknya menjadi wanita glokal yang masih sedar akan asal usul diri.

a) Faridah yang bermaustatin di Rosewood , New Zealand tidak pernah melupai tanah tumpah darahnya Malaysia walaupun sudah 25 tahun menetap di Rosewood.

b) Faridah masih menggemari masakan Melayu iaitu kari yang juga merupakan masakan kegemaran anaknya Anne.

c) Faridah masih mengekalkan panggilan namanya dengan nama Melayu iaitu Idah

a) Faridah masih kuat berpegang pada agama Islam yang menjadi pegangan kuat bangsa Melayu.

· Faridah dan Soleh Johnsons menerapkan ajaran Islam kepada anak-anak mereka iaitu larangan meminum arak.

· Faridah dan Johnsons menghantar anak-anak mereka Anne dan Melina belajar di sekolah rendah Islam ketika berusia enam tahun di Christchurch yang terletak 30 km dari rumah mereka di Rosewood

PERSOALAN

1.. Sayang akan bangsa dan tanah air

Faridah amat menyayangi tempat asalnya , Sungai Besar , Selangor walaupun sudah 25 tahun tinggal di New Zealand.

2. Keretakan rumah tangga yang memisahkan kasih sayang anak-anak

Perpisahan Salmah dengan Kamarudin menyebabkan perpisahan anak kembarnya Rahayu dan Faridah. Mereka tidak bertemu lebih dari 20 tahun

3. Kasih sayang antara ibu, ayah dan anak

i. Perasaan sayang Salmah tidak pernah pudar walaupun telah berpisah dengan Rahayu selama lebih 20 tahun

ii. Mejar (B) Kamarudin meredah hutan belantara mencari anaknya yang Faridah yang hilang di dalam hutan Cameron Highlands walaupun selama lebih 20 tahun dia tidak pernah pernah bersua denga Faridah setelah berpisah dengan Salmah (ibu Faridah )

Page 16: Kabus Di Perbukitan 2014

iii. Hamidah amat menyayangi Rahayu walaupun Rahayu hanya anak tirinya yang dibela bagai anak sendiri sejak berusia 7 tahun.

4. Pelestarian alam semula jadi

Soleh Johnsons mengusahaknan sebuah kawasan peranginan di Lojing, Cameron Highlands tanpa menebang pokok-pokok balak merbau dan tualang dan pokok-pokok balak yang lain demi mengekalkan ekosistem Cameron Highlands.

5. Kepentingan agama dalam kehidupan

i. Faridah masih kekal sebagai Muslim yang taat walaupun telah tinggal di Nez Zealand selama 25 tahun.

ii. Soleh Johnsons seorang Muslim yang kuat pegangan agama, anak-anaknya Anne dan Melina dihantar belajar di sebuah sekolah rendah agama yang jauhnya 30 km dari Rosewood semata-mata mahu anak-anaknya mendapat pendidikan Islam yang baik.

6. Pengamalan agama yang sederhana dan penuh unsur lemah lembut

i. Melina amat terpesona dan kagum dengan cara pengamalan Islam yang ditunjukkan oleh Ustaz Hassan Syukri (Imam Masjid Marang )dan Haji Awang (jirannya) penuh berhemah dan berlemah lembut

ii. Haji Awang tidak agresif apabila bercakap tentang agama Islam. Pendapatnya tidak terburu-buru berbanding Mohd. Attar rakan Benny (suami Melina ) yang sangat agresif iaitu menggunkan unsur keganasan yang menakutkan.

7. Ketaksuban agama yang keterlaluan/ masalah kumpulan militan Islam

Mohd. Attar , rakan Benny memperjuangkan Islam secara agresif . Ditangkap ketika membawa bom di Singapura

8. Semangat kental untuk memajukan sektor pertanian

i. Azrul meneruskan usaha bapanya menjadi usahawan tani dan berjaya membina empayar perniagaannya sehingga mendapat penghargaan (bergelar Datuk ) kerana usaha gigihnya memajukan industri tani di Sungai Besar

ii. Zain , anak Azrul meneruskan pengajian di bidang pertanian di New Zealand untuk meneruskan legasi perniagaan tani ayahnya.

Page 17: Kabus Di Perbukitan 2014

iii. Soleh Johnsons mengusahakan industri ternak kambing secara Islam di New Zealand dan usaha ini diteruskan oleh Zain yang berkahwin dengan anaknya Anne.

9. Sikap optimis terhadap sektor agrikultur/pertanian

Azrul amat yakin akan keputusannya untuk memajukan sektor pertanian selepas tamat pengajian di UPM . 25 tahun kemudian dia bergelar Tokoh Peladang Jaya.10.

10. Perkahwinan campur pelbagai bangsa

i. Faridah berkahwin dengan Soleh Johnsons seorang bangsa Inggeris New Zealand

ii. Melina berkahwin dengan Benny berbangsa Arab

iii. Anne berkahwin dnegan Zain berbangsa Melayu

11. Amalan agama yang longgar dalam kehidupan masyarakat kini sehingga mudah dipergunakan oleh orang lain

Benny seorang lelaki yang longgar pegangan agama walaupun seorang Muslim dia masih minum arak dan sering berfoya-foya, akhirnya tanpa sedar telah diperalatkan oleh Mohd. Attar seorang anggota militan Islam sehingga terpaksa melarikan diri dan meninggalkan Melina seorang diri di Marang.

12. Prejudis terhadap agama

i. Kegiatan vandalisme berlaku di An Noor Islamic Centre,

ii. Media yang memberi gambaran negatif tentang Islam

13. Pemuliharaan khazanah negara

i. Bukit Kutu diwartakan sebagai Hutan Rizab Hidupan Liar.

ii. Bangsa Maori di New Zealand dipelihara sebagai warisan unik New Zealand dan amat dihormati di New Zealand.

Page 18: Kabus Di Perbukitan 2014

Faridah ( Watak Utama )

* Berusia 50 tahun

* Wanita Melayu yamng dibesarkan di kampung

* Anak kepada pasangan Salmah dan Kamarudin

* Pasangan kembar kepada Rahayu

*Sukarelawan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)

*Isteri kepada Ghazali dan Soleh Johnsons

*Berasal dari Sungai Besar , Selangor dan bermaustatin di Rosewood, New Zealand

*Mempunyai dua anak kembar iaitu Melina dan Anne

Perwatakan Faridah

Kuat pegangan agama

· Bersolat/bersembahyang tahajud pada pukul 4.00 pagi setelah berminpikan arwah Rahayu

· Menghantar anak-anaknya bersekolah di sekolah rendah agama yang terletak 30km dari rumahnya di Rosewood kerana mahu anak-anaknya mendapat pendidikan agama yang baik

Penyayang

· Menyayangi ibunya dan suami (Ghazali) , terlalu sedih apabila ibu dan suami meninggal dunia

· Amat menyayangi kanak-kanak, sayang akan Iqbal anak istimewa JKM

Cekal/tabah/kuat semangat

· Faridah seorang wanita yang tabah dan cekal.

· Cekal menjalani hidup di bumi Kiwi setelah kematian ibu dan suami (Ghazali)di Sungai Besar , Selangor.

Page 19: Kabus Di Perbukitan 2014

· Tidak pernah pulang ke Malaysia selama 25 tahun setelah berkahwin dengan Soleh Johnsons.

Soleh Johnsons @ Samuel Johnsons ( Watak Sampingan )

*Suami Faridah

*Ayah kepada Melina dan Anne

*Pengusaha ladang biri-biri yang terkenal di Rosewood ( Pusat Penyembelihan Hijrah )

Perwatakan Soleh Johnsons

Penyayang

· Sayang akan keluarganya. Membenarkan Melina berkahwin demi melihat anaknya bahagia

Bertanggungjawab

· Seorang ayah yang bertanggungjawab. Memberi didikan agama sejak anak-anak berusia 6 tahun di sekolah rendah agama di Christchurch.

· Mengusahakan Pusat Penyembelihan Hijrah bagi memastikan umat Islam di New Zealand mendapat bekalan daging yang halal.

Dermawan/pemurah

· Sering menderma bagi aktiviti di Wellington Islamic Center

Page 20: Kabus Di Perbukitan 2014

Mejar B. Kamaruddin ( Watak Sampingan )

* Suami Hamidah dan Salmah

*Pesara tentera

*Ayah kepada Rahayu, Faridah, Syuqri, Abdul Rafiq dan Abdul Rashid

Perwatakan Mejar. B Kamaruddin

Penyayang

· Menyayangi Faridah walaupun sudah 17 tahun berpisah. Sanggup meredah hutan Bukit Kutu mencari Faridah yang hilang semasa kemalangan di Bukit Fraser.

Berani

· Berani meredah hutan bersama-sama Buyung untuk mencari Faridah yang hilang

Suka berfoya-foya

· Ketika masih di dalam perkhidmatan tentera Kamarudin seorang lelaki yang suka menghabiskan masa di kelab malam.

Berpandangan jauh/berwawasan

· Menabung wang untuk Rahayu melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan

Page 21: Kabus Di Perbukitan 2014

Zain ( Watak Sampingan )

* Penuntut jurusan pertanian di New Zealand

*Anak Datuk Azrul seorang usahawan tani yang berjaya di Sungai Besar, Selangor.

*Suami Anne

*Pengusaha Pusat Penyembelihan Hijrah milik Soleh Johnsons di New Zealand.

*Dibesarkan di kawasan perkampungan di Sungai Besar Selangor

Perwatakan Zain

Berwawasan jauh

· Zain meneruskan perusahaan tani ayahnya dengan mengambil jurusan pertanian di New Zealand.

Berbudi bahasa

· Menjemput Faridah ke tinggal di kampungnya di Sungai Besar semasa berkunjung ke rumah Faridah.

Kuat pegangan agama

· Zain tetap bersolat jemaah di masjid di kampungnya ketika pulang bercuti bersama-sama ayahnya dan penduduk kampung.

Tinggi jati diri bangsa

· Masih mengekalkan ciri-ciri kehidupan Melayu walaupun menuntut di luar negara - Pulang ke Sungai Besar, Selangor untuk mengurus perkahwinannya dengan Anne.

· Meminta pandangan ayah dan ibu tentang hasratnya untuk berkahwin dengan Anne gadis New Zealand berketurunan Melayu..

· Suka akan keindahan bendang/sawah di kampong

Page 22: Kabus Di Perbukitan 2014

Teknik Plot

2. MONOLOG

Bercakap seorang diri /bercakap dalam hati

Contoh:

“Selamat tinggal Melina.” Benny berbisik perlahan yang hanya didengarinya sendiri.

(Muka surat 214)

“Sayang, kita akan jumpa datuk dan nenek,” bisik Melina.

(Muka surat 230)

3.IMBAS KEMBALI

-Contoh:

Faridah masih ingat lagi sewaktu dia masih kecil, dia membesar di kawasasan pantai Sungai Haji Dorani. Bramin dengan Rahayu mengutip lala dan kerang di pantai ketika emak mereka berniaga menjual pisang goreng. Keindahan itu tidak lama, ayah datang dan kemudian membawa Rahayu pergi bertahun-tahun. (Muka surat 101)

-Semasa Faridah menemani ibunya membeli belacan daripada Pak Talib, Faridah mengingati sewaktu dia masih kecil, dia dan Rahayu mengutip lala dan kerang di pantai ketika ibu mereka berniaga menjual pisang goreng.

- …”Cukup. Malam tadi dah keluar dengan kawan-kawan ke Kajang. Tentang peranan dan sejarah Rumah Rehat Sri Berket suatu masa dahulu. Semasa zaman colonial, rumah tersebut digunakan untuk berehat oleh pengurus-pengurus lading.

4.IMBAS MUKA

Contoh:

-Air matanya menitis. Terlihat emaknya sedang termenung di tangga menghadap kehijauan sawah yang permai. Wajah tua itu penuh sayu, barangkali menantinya pulang.

Page 23: Kabus Di Perbukitan 2014

(Muka surat 12)

- “Ada kemungkinan mereka meredah hutan dan sesat?” tanya Chief Inspektor Aznil.·

-Buyong membuat andaian bahawa Mejar (B) Kamarudin pasti akan terpesona dengan kawasan Bukit Kutu.

5.PEMERIAN

Contoh:

-Malam itu rumah Salmah terang-benderang. Lampu tambahan yang dipasang melimpahkan cahaya sehingga ke halaman. Rumah kayu di tengah sawah itu dikunjungi oleh orang kampung Parit Tiga.

(Muka surat 13)

-Rumah banglo setingkat itu dibina daripada batu bata merah, tidak diplaster simen.

-Atapnya daripada genting senggora, fesyen rumah lama. Berandanya paling menarik, betul-betul menghadap laut.

(Muka surat 157)

6.SUSPENS

Contoh:

-“Saya dengar kakak orang Selangor juga,” kata Datin Aisyah memulakan perbualan.

-“Tentu Datin tertanya-tanya,” balas Faridah tersenyum senang. Saya berasal dari Sungai Besar juga. Dari Kampung Parit Tiga.”

-“Masya-Allah, sekampung rupanya kita,” balas Datul Azrul kagum. “Maafkan saya, seperti biasa saya kenal... .”

-Datuk Azrul berasa seperti pernah melihat Faridah sebelum ini.

(Muka surat 205)

-E-mel berbahasa Arab itu tentunya amat mengejutkannya. Penuh dengan ayat-ayat yang merungkaikan maksud sebaliknya. Serta-merta dia memadamkan semua data yang penting dalamm computer peribadinya. Benny duduk terhenyak di hadapan meja kerja, merangka-rangka apa yang harus dilakukannya dan tindakannya.

-Benny tiba-tiba panik apabila mendapat yang menggunakan bahasa yang simbolik.

(Muka surat 208)

-Tiba-tiba telefonnya berbunyi. Ada panggilan dari nombor yang tidak dikenali. Hati Melina berdetik. Jantungnya berdebar-debar.

Page 24: Kabus Di Perbukitan 2014

-Melina mendapat panggilan telefon daripada orang yang tidak dikenalinya.

(Muka surat 228)

7.KEJUTAN

Contoh

-“Mungkin sudah takdirnya di sini,” balas Datuk Azrul. Dia menghela nafas panjang. “Kalau Faridah masih ingat pada arwah Rahayu... .”

-“Datuk kenal arwah adik saya?”

-Datuk Azrul mengangguk lambat-lambat. Merenung wajah isterinya, meneliti jika ada riak-raiak kerisauan.

-“Tentu Faridah ingat saya juga – Azrul... .”

-Wajah Faridah bertukar rona, terkejut dan senyuman tersenyum indah. “Tentu saya ingat, arwah adik saya meninggal kerana barah paru-paru dan Azrul yang setia menemanya. Sayang saya tidak dapat bersama... .”

-Datuk Azrul kenal arwah adik Faridah mengejutkan Faridah.

(Muka surat 206)

-Hamidah memberitahu Kamarudin bahawa Faridah dilihat oleh Rahayu yang sedang sakit di hospital berada di perkampungan orang Asli

-Kamarudin dan Buyung terkejut apabila diberitahu Faridah berada di perkampungan orang Asli sedangkan tiada perkampungan orang Asli di Bukit Kutu.

(Muka surat 68)

-Faridah dan Iqbal ditemui di perkampungan orang Asli Sungai Dua, jauh dari tempat kemalangan di Bukit Fraser dan Bukit Kutu

-Faridah dan Iqbal berada jauh dari tempat kemalangan di Bukit Fraser

(Muka surat 73)

-Penduduk Pekan Sungai Kubu terkejut dan gempar apabila mengetahui empang tempat melombong bijih diletupkan oleh Tuan Cecil Renking

-Tuan Cecil Renking berani meletupkan lombong timah untuk membunuh buaya putih yang keramat.

(Muka surat 83)

Page 25: Kabus Di Perbukitan 2014

8.GAMBARAN PERISTIWA SERENTAK

Dua atau beberapa peristiwa yang berlaku serentak dalam sesuatu masa

Dalam novel ini, teknik ini digunakan untuk menunjukkan hubungan jiwa yang kuat dalam diri pasangan kembar Rahayu dan Faridah yang berpisah selama 14 tahun.

KISAH 1

Rahayu terpandang skrin besar di hadapannya ketika berada di perpustakaan. Diamelihat dirinya menuju ke pengadang jalan. Pengadang jalan berkecai dan Rahayu terjunam ke dalamm gaung. Rahayu hanya melihat pucuk-pucuk kayu merimbun kehijauan lantas menjerit meminta tolong. Rahayu pengsan dan jatuh ke lantai.

Pada masa yang sama, Faridah yang sedang memandu van menuruni Bukit Fraser dengan laju. Tiba-tiba Faridah menekan brek van secara tidak sengaja. Van yang dipandunya bergerak ke nana tidak dapat dikawal. Faridah melihat pengadang jalan di hadapannya, pandangannya berpinar-pinar melihat van melanggar tembok pengadang jalan. Faridah menjerit sekuat hati dan dia berasa kepalanya dirempuh dahan-dahan kayu dan tidak sedarkan diri.

Ketika Rahayu berada di kampus bersama-sama Azrul, Faridah berada di Bukit Fraser mengurus program anak-anak istimewa , pada pagi yang sama.

KISAH 2

Ketika Farisah pulang ke Sungai Besar menziarahi rumah pusaka yang ditinggalkan selama 25 tahun bersama-sama Anne dan Zain, Soleh Johnsons dan Melina berada di Dubai untuk menemui Benny bagi membincangkan masa depan Melina dan Benny.

Page 26: Kabus Di Perbukitan 2014

Pembinaan Plot

1. PERMULAAN

*Rahayu berasa sakit tekak ketika bangun pagi

*Rahayu dan Azrul bertemu di kafeteria di Universiti Putera Malaysia

*Kedua-dua merupakan mahasiswa tahun kedua.

*Mereka kemudian ke perpustakaan .

*Tiba-tiba Rahayu terasa dia sedang menuju pengadang jalan, dilanggar pengadang jalan tersebut dan dia jatuh ke dalam gaung. Rahayu meminta tolong kemudian jatuh pengsan

*Pada masa yang sama, Faridah dalam perjalanan menuju Raub setelah mengurus program anak-anak istimewa di Bukit Fraser.

*Ketika memandu, tiba-tiba Iqbal, seorang kanak-kanak istimewa bertanya hala tuju mereka. Faridah terperanjat kerana tidak menyangka Iqbal boleh berada di dalam van sedangkan sebentar tadi dia bersama-sama Mastura , rakan sekerja Faridah. Malangnya dia tidak dapat mengawal van yang dipandunya. Van terlanggar pengadang jalan dan terjatuh ke dalam gaung.

*Pada masa itu, Faridah terkenang ibunya yang keseorangan di rumah..

2. PERKEMBANGAN

*Operasi mencari Faridah diteruskan oleh pasukan polis, RELA, PERHILITAN dan orang asli Senoi dari Pos Praak.

*Ayah Faridah Mejar(B) Kamarudin dimaklumkan oleh Cikgu Raduan tentang kehilangan Faridah

*Mejar(B) Kamarudin memberitahu kisah Faridah kepada isterinya Hamidah iaitu Faridah ialah kembar Rahayu yang berpisah sejak berusia 7 tahun

*Mejar (B) Kamarudin bertolak ke Bukit Fraser

*Keadaan Rahayu semakin serius .

*Rahayu sering meracau tentang Faridah, tentang Bukit Kutu

*Mejar (B) Kamarudin bersama-sama Buyung mesuk ke hutan Bukit Kutu untuk mencari Faridah berdasarkan maklumat yang diperoleh melalui racauan Rahayu

Page 27: Kabus Di Perbukitan 2014

*Faridah dan Iqbal berada di Bulit Kutu dan tinggal di banglo milik Tuan Cecil Renking seorang majistret dan pengumpul.

*Suasana seperti tahun 40-an pada era P. Ramlee atau R. Azmi

*Faridah diberitahu dia berada di Bukit Kutu yang berketinggian 3300 kaki dari aras laut.

*Faridah bertemu Rahayu dalam tidur dan mendapat tahu Rahayu menghidap penyakit kanser

*Pada masa ini Hamidah ibu tiri Rahayu melihatnya meracau-racau dalam tidur

*Semasa Rahayu sedang berjuang melawan sakitnya di HUKM, di Bilik Gerakan Ibu pejabat Polis Dareah Raub , ACP Ahmad dan bin Mokhtar selaku OCPD daerah Raub mengumumkan Ops PDK yang dilancarkan untuk menyelamatkan Faridah dan Iqbal ditamatkan

* Mejar(B) Kamarudin mengambil keputusan untuk mencari Faridah dengan bantuan Buyung,

*Mereka akhirnya berjaya mengesan Faridah dan Iqbal di Sungai Dua di kawasan perkampungan Orang Asli .

*Faridah dibawa ke HUKM dan Iqbal dengan helikopter .

*Semasa berada di bawah minda bawah sedar Faridah dibawa oleh Amah Siti ke Pekan Kubu.

*Aktiviti perlombongan amat aktif di Hulu Sungai Selangor dan dikawal oleh Penghulu Garang.

*Faridah juga menyaksikan kejadian Tuan Cecil Renking mengebom lombong timah yang dikatakan berpuaka ( buaya putih )

*Pada masa itu sebenarnya Faridah telah berada di HUKM. Rahayu sedang menemaninya apabila tiba-tiba Rahayu mendengar Faridah meminta tolong dan Rahayu sedang merempuh dan menongkah air yang deras.

*Rahayu dapat menyelamatkan Faridah yang tersepit di bawah almari besar.

*Rahayu berpesan agar Faridah pulang menemui ibu mereka kerana sudah terlalu lama Faridah meninggalkan ibunya.

*Faridah menjerit nama Rahayu sekuat hati dan tersedar dari komanya. Tatapi pada masa itu Rahayu telah menghembuskan nafasnya.

*Salmah mengalami tekanan jiwa akibat kematian Rahayu. Dia sentiasa terkenang Rahayu.

*Salmah memberitahu Faridah tentang Ghazali dan berharap Faridah dapat menerima Ghazali sebagai suami.

*Azrul kekasih Rahayu, memilih untuk mencebur diri di bidang penternakan

*Salmah terus mengalami tekanan jiwa . Dia sentiasa mengingati arwah Rahayu,

* Faridah melahirkan kebimbangannya terhadap kesihatan Salmah kepada Ghazali suaminya.

Page 28: Kabus Di Perbukitan 2014

*Salmah akhirnya meninggal dunia setelah lama menderita kematian rahayu.

*25 tahun setelah berhijrah ke New Zealand dan berkahwin dengan warga New Zealand, Faridah tidak pernah pulang ke kampung halamannya di Sungai Besar, Malaysia.

*Dia tinggal di Rosewood berdekatan Christchurch dan memiliki dua orang anak kembar , Melina dan Anne.

*Anaknya Melina berkahwin dengan Benny seorang bangsa Arab warga Dubai

*Dan mengikut suaminya berhijrah ke Marang, Terengganu.

*Melina meneruskan minatnya melukis. Benny mula merapatkan diri dengan Mohammed Attar kerna kagum dengan kehebatan pengetahuan agama Islam yang dimiliki Mohamed Attar

*Zain seorang penuntut bidang pertanian menjalinkan hubungan dengan Anne.

*Di Christchurch pula Soleh Johnsons amat risau akan kegitan vandalisme terhadap umat Islam di situ dan bercadang meredakan keadaan dengan mengadakan jamuan bersama-sama penduduk tempatan.

*Zain yang pulang bercuti ke Malaysia menyampaikan hasratnya untuk berkahwin dengan Anne kepada bapanya Datuk Azrul

*Zain berkunjung ke rumah Faridah dan asal usul Faridah terbongkar. Zain dan Faridah berasal dari Sungai Besar. Zain menjemput Faridah pulang ke Sungai Besar .

*Mohammed Attar cuba mengembangkan pengaruh militannya kepada Ustaz Syukri.

*Melina mengingatkan Benny tentang sikap Mohammed Attar yang agresif tetapi disangkal oleh Benny. Benny beranggapan Mohammed Attar seorang yang warak dan mampu membimbing mereka ke arah kebaikan.

*Faridah dan Soleh Johnsons pulang ke Malaysia untuk menziarahi Melina yang sarat mengandung, membincangkan perkahwinan Zain dan Anne sambil bercuti di Cameron Highlands.

*Faridah mendedahkan kisah Rahayu dan dirinya kepada Datuk Azrul. Faridah ingin kembali melihat kampung halamannya di Sungai Besar.

*Benny menghilangkan diri setelah mendapat mesej penangkapan Mohammed Attar kerana kegiatan militannya.

*Melina ke Cameron Highlands untuk bertemu Faridah dan Soleh Johnsons. Faridah telah dimaklumkan tentang kehilangan Benny.

Page 29: Kabus Di Perbukitan 2014

PERUMITAN

*Benny mula terlibat dengan kegiatan militan Mohammed Attar tanpa sedar.

*Melina mengalami tekanan perasaan apabila sering ditinggalkan oleh Benny berseorangan kerana kesibukan Benny.

*Benny, Muhammad Attar tidak sependapat dengan Ustaz Syukri dalam cara mereka memperjuangkan agama Islam.

*Benny melarikan diri pada awal pagi meninggalkan Melina keseorangan di Marang , Terengganu setelah dimaklumkan Mohammed Attar telah ditahan kerana cuba meletupkan kasino di Pulau Sentosa.

*Benny menaiki bot di tengah lautan yang disediakan oleh An Anbia Family Limited Company untuk membawanya ke lokasi rahsia.

*Melina tidak tahu tempat suaminya menghilang dan lebih merumitkan lagi apabila nama Benny tidak disenaraikan oleh polis Malaysia sebagai orang yang dikehendaki.

*Mejar(B) Kamarudin berlaku curang kepada isterinya Slamah dan berkahwin dengan Hamidah.

* Mejar(B) Kamarudin memisahkan Rahayu dengan Faridah apabila dia dipindahkan ke Pontianak menyebabkan Rahayu mengalami gangguan emosi pada awal perpisahan.

*Faridah mengalami kekecewaan apabil putus tunang dengan Azman

*Rahayu pengsan di perpustakaan dan akhirnya disahkan menghidap kanser paru-paru.

* Faridah dan Iqbal terlibat dalam kemalangan dan hilang selama sebulan di dalam hutan tanpa dapat dikesan.

Page 30: Kabus Di Perbukitan 2014

Klimaks

* Faridah , Soleh Johnsons dan anne pulang bercuti di Malaysia untuk melawat Melina dan membincangkan perkahwinan Anne dengan Zain. Kepulangan Faridah telah mempertemukan semula Faridah dengan Azrul dan kerinduan Faridah terhadap kampung halamannya Sungai Besar semakin mendalam.

*Muhammad Attar ditangkap oleh pihak Interpol kerana cubaan meletupkan sebuah kasino di Pulau Sentosa. pada masa yang sama melina melaporkan kehilangan Benny kepada pihak polis di Marang, Terengganu

*Perkahwinan Zain dan Anne yang melakar sejarah dua buah negara. Tetamu pelbagai bangsa dari luar negara hadir. Hotel, rumah tumpangan, rumah rehat, calet sekitar Teluk intan, Sabak Bernam dan Sungai Besar habis ditempah. Perkahwinan mendapat liputan sebuah stesen televisyen.....“Perkahwinan dua negara.” Faridah merupakan insan yang paling gembira.

*Soleh dan Melina ke Dubai untuk bertemu Benny setelah dihubungi oleh keluarga Jaafar al’ Anbia yang bertanggungjawab membawa Benny keluar dari Malaysia secara rahsia. Benny tidak boleh meninggalkan Dubai kerana telah disenaraikan sebagai orang yang paling dikehendaki oleh Amerika Syarikat.

*Melina menetap di Dubai bersama-sama Benny

PELERAIAN

* Faridah pulang ke Sungai Besar . Pulang ke rumah ibunya. Menikmati dan mengenang semula kampung halamannya yang 25 tahun ditinggalkan

* Soleh Johnsons dan Melina terbang ke Dubai untuk bertemu Benny .

* Segala persoalan terungkai...Benny menceritakan pelariannya selama dua minggu sebelum sampai ke Dubai melalui perancangan keluarganya di Dubai.

* Anne dan Zain pulang ke New Zealand dan megambil alih perniagaan penternakan Soleh Johnsons.

*Faridah dan Soleh Johnsons menetap di Camerons Hihglands.

* Soleh Johnsons dan Datuk Azrul mengusahakan kawasan peranginan ala Inggeris berkonsepkan agropelancongan di Tanah Tinggi Lojing.

*Benny berjanji akan mempromosikan tempat peranginan tersebut di Dubai

*Melina melahirkan anak lelaki pewaris An Anbia.

*Anne melahirkan anak kembar – Melinda dan Rahayu ( nama pilihan Faridah)

Page 31: Kabus Di Perbukitan 2014

*Bukit Kutu kekal menjadi hutan rizab binatang liar seperti Bukit Nanas, Kuala Lumpur

* Faridah bersyukur kerana telah kembali ke tanah air dan berjanji membina jati diri bangsa.

* Faridah berharap anak cucunya mewarisi jati diri bangsa dengan berpegang pada tali agama.

Gaya Bahasa

1. Penggunaan Bahasa Inggeris

Contoh:

Wind breaker, sindrom down, terrace garden, Smoke House

2. Peribahasa

Contoh:

Peribahasa Melayu– Masa itu emas

Peribahasa Arab – Masa umpama sebilah pedang tajam, boleh memenggal kepala jika kita lambat bertindak.

- Perahu sudah di air, pendayung di tangan

3. Personifikasi

Contoh :

Cahaya di sebalik kabus yang sentiasa memberi harapan

Cuaca yang begitu dingin menggigit

Senja merangkak tua

4. Hiperbola

Contoh:

Dosa-dosaku sudah melaut banyaknya

Tetapi kasihnya menggunung bagai anak kandung

5. Simile

Contoh :

Bersambung seperti gajah menyusu dengan rumah agam

Tetapi kasihnya menggunung bagai anak kandung

Page 32: Kabus Di Perbukitan 2014

LATAR TEMPAT/MASYARAKAT

Latar Masyarakat

1. Masyarakat yang mempunyai jati diri yang kukuh.

Faridah kembali semula ke Malaysia setelah 25 tahun menetap di New Zealand kerana jati dirinya sebagai rakyat Malaysia masih utuh.

2. Masyarakat yang tabah menghadapi cabaran hidup.

Faridah tabah menghadapi cabaran dalam hidupnya walaupun kematian adiknya Rahayu, kematian ibunya Salmah dan kematian suaminya Ghazali.

3. Masyarakat yang berdikari.

Azrul tidak mahu bekerja makan gaji setelah bergelar siswazah sebaliknya mengusahakan penternakan kambing.

4. Masyarakat yang cinta akan alam sekitar.

Azrul aktif menyertai program-program alam sekitar ketika menuntut di Universiti Putra Malaysia.

5. Masyarakat yang mengambil berat terhadap kanak-kanak istimewa.

Faridah, dan Mastura yang bertugas di PDK Suria menganggap berkhidmat kepada kanak-kanak istimewa ialah satu ibadah.

6. Masyarakat yang beriman kepada Tuhan.

Faridah dan Salmah dipaparkan sentiasa berdoa apabila menghadapi tekanan atau masalah hidup.

7. Masyarakat yang suka bersedekah.

Soleh Johnsons yang suka bersedekah.

8. Masyarakat tentera

Mejar (B) Kamarudin bin Ahmad merupakan bekas pegawai tentera dari 4 RAMD.

9. Masyarakat orang Asli

Page 33: Kabus Di Perbukitan 2014

Tok Batin Senik merupakan Tok Batin bagi masyarakat orang asli yang menyelamatkan Faridah dan Iqbal di Bukit Fraser.

Latar Tempat

1. Faridah mengikuti perkhemahan tahunan anjuran Jabatan Kebajikan Masyarakat di sini.

Latar tempat : Pusat Pemulihan dalam Komuniti (PDK) Suria

2. Rahayu merawat di sini. Dr.Susan bertanggungjawab merawat Rahayu dan Azlin, jururawat yang menjaganya.

Latar tempat: Hospital UKM

3. Lokasi operasi semua pasukan yang terlibat untuk mencari dan menyelamat Iqbal dan Faridah.

Latar tempat: Rumah Rehat Gap

4. Tempat ini dijadikan tempat sasaran Kamarudin dan Buyung mencari Faridah dan Iqbal yang hilang.

Latar tempat: Bukit Kutu

5. Faridah dirawat di sini setelah diselamatkan dari perkampungan orang Asli. Rahayu datang untuk melawat Faridah yang masih koma. Dia meninggal dunia di sisi Faridah.

Latar tempat: Hospital Kuala Lumpur

6. Secara bawah sedar, Faridah seolah-olah berada di tempat ini dan menyaksikan suasana kehidupan

penduduk di sini yang kebanyakannya bekerja sebagai pelombong bijih timah.

Latar tempat: Pekan Sungai Kubu

7. Tempat ini merupakan kampung halaman Faridah. Majlis perkahwinan Zain dan Anne diadakan dalam suasana yang meriah di sini.

Latar tempat: Sungai Besar

Page 34: Kabus Di Perbukitan 2014

8. Faridah mendapat peluang untuk berkursus di sini selama 6 bulan. Kemudian, Faridah bertemu jodoh dengan Soleh Johnsons.

Latar tempat: New Zealand

9. Tempat tinggal Faridah dan keluarganya di New Zealand.

Latar tempat: Rosewood

10. Tempat pertemuan kali pertama antara Benny dengan Melina.

Latar tempat: Gloria Coffee Bean, Aukland Harbor

11. Melina dan Benny berhijrah ke sini selepas berkahwin.Benny membeli sebuah banglo di tepi pantai sebagai tempat kediaman.

Latar tempat: Marang, Terengganu

12. Faridah dan Soleh Johnsons mengambil keputusan hendak menetap di sini. Soleh Johnsons berasa selesa di sini kerana suasananya yang dingin dan nyaman.

Latar tempat: Cameron Highland

13. Tempat asal Benny. Benny dan Melina akhirnya menetap di sini kerana Benny hanya boleh bergerak bebas di negaranya sahaja.

Latar tempat: Dubai

Page 35: Kabus Di Perbukitan 2014

Nilai Dan Pengajaran

Nilai

1.KETEGUHAN JATI DIRI BANGSA DAN AGAMA

· Faridah masih kental jati diri Melayunya walaupun telah tinggal di New Zealand selama 25 tahun. Dia masih makan makanan Melayu iaitu kari malah anaknya Anne meminta dia memasak kari.

· Faridah masih mengekalkan panggilan nama Melayunya Idah- nama yang dipanggil oleh suaminya Soleh Johnsons.

· Faridah masih mendengar lagu-lagu Melayu melalui internet.

· Datul Azrul sering berpesan kepada anaknya Zain, agar tidak melupakan kampung halaman dan pulang ke kampung halaman setelah tamat pengajian di New Zealand.

· Melina dan Benny masih berpegang kuat pada ajaran agama iaitu mereka berkahwin setelah saling menyayangi alupun baru 2 minggu berkenalan.

· Faridah dan Soleh Johnsons menghantar Anne dan Melina bersekolah agama di sekolah rendah yang terletak 30km dari Rosewood pada sebelah petang.

· Datuk Azrul solat berjemaah subuh dan mendengar ceramah agama di surau kampungnya.

· Soleh Johnsons mengusahakan pusat penyelembihan untuk membekalkan daging halal kepada umat Islam di New Zealand.

2.KASIH SAYANG

· Salmah amat menyayangi anaknya Rahayu sehingga sering terkenang-kenangkan Rahayu yang sudah meninggal dunia akibat kanser.

· Hamidah menyayangi anak tirinya Rahayu yang dibela sejak berusia 7 tahun, menjaga Rahayu yang sakit di hospital .

· Benny amat menyayangi Melina. Melina dibawa tinggal di Dubai kerana Benny tidak lagi boleh keluar dari Dubai setelah tersenarai sebagai militant oleh Amerika Syarikat.

· Faridah amat menyayangi keluarganya (Soleh Johnsons, Anne dan Melina) sehingga tidak pernah meninggalkan mereka setelah 25 tahun berhijrah ke New Zealand

Page 36: Kabus Di Perbukitan 2014

· Faridah amat menyayangi ibunya Salmah sehingga terlalu sedih selepas Salmah meninggal dunia.

3.KETABAHAN/KECEKALAN

· Faridah tabah menjalani hidup selama 25 tahun di New Zealand tanpa pulang ke Malaysia setelah berkahwin dengan Soleh Johnsons.

4.KEBERANIAN

· Kamarudin berani meredah hutan tebal Bukit Kutu bersama-sama buyung semata-mata mahu mencari anaknya Faridah dan Iqbal yang hilang selepas terlibat dalam kemalangan dalam perjalanan ke Raub.

· Melina berani memandu seorang diri dari Marang Kuala Terengganu ke Bukit Cameron Highlands untuk bertemu ibunya Faridah.

5.KEBIJAKSANAAN

· Datuk Azrul membuat keputusan yang bijak apabila menceburi bidang pertanian selepas tamat pengajian dari UPM.

6.BERTANGGUNGJAWAB

· Kamarudin seorang bapa yang bertanggungjawab. Walaupun hampir 14 tahun tidak bersua dengan Faridah, dia tetap berusaha mencari Faridah yang hilang dalam hutan.

· Ghazali seorang majikan Faridah yang bertanggungjawab. Ghazali seorang pegawai JKM berada bersama-sama pasukan pemyelamat di Rumah Rehat Gap semasa poerasi mencari Faridah dan Iqbal.

7.KEPRIHATINAN

· Azrul amat prihatin dengan isu alam sekitar. Azrul menyertai kempen Save Our River- S.O.S di KLCC anjuran Persatuan Pencinta Alam

· Soleh Johnsons tidak mahu mengusahakan kebun sayur di Tanah Tinggi Lojing kerana tidak mahu merosakkan ekosistem alam semula jadi sebaliknya membina kawasan peranginan berkonsep semula jadi iaitu kebun teh, padang ragut untuk kuda liar, dusun buah-buahan sitrus dan taman-taman bunga.

· Soleh Johnson amat pritahin akan keinginan Faridahuntuk ;pulang ke kampung halamannya di Malaysia. Dia, akhirnya berhijrah ke Cameron Highlands bersama-sama Faridah.

Page 37: Kabus Di Perbukitan 2014

8.KESETIAAN

· Melina seorang isteri yang setia. Dia berhijarh ke Malaysia mengikut Benny yang bertugas di Marang Trengganu

· Melina seorang isteri yang setia, berhijrah ke Dubai kerana perlu berada di sisi Benny yang telah pulang ke Dubai kerana disyaki sebagai militan.

9. KETAATAN KEPADA AGAMA

· Faridah taat akan ajaran agama. Bangun bersembahyang Subuh .

· Melina mengambil keputusan untuk berkahwin dengan Benny selepas berkenalan selama 2 minggu kerana masih berpegang kuat pada ajaran Islam setelah dipelawa oleh Benny untuk ke Malaysia selama tiga bulan

10. BERBUDI BAHASA

· Zain seorang pemuda yang berbudi bahasa. Dia menziarahi Faridah untuk berkenalan dengan keluarga Faridah dan menyampaikan salam daripada kedua-dua orang tuanya di Malaysia.

11. KEPASRAHAN PADA TAKDIR TUHAN

· Soleh memberitahu Anne, segala yang berlaku dalam keluarga mereka merupakan ketentuan Allh SWT apabila Anne bertanya sebab Faridah meninggalkan kampung halamannya 25 tahun dahulu. Penghijrahan Faridah menjadi penyebab kelahiran Anne ke dunia

Page 38: Kabus Di Perbukitan 2014

PENGAJARAN

1. Kita perlulah mempunyai jati diri yang teguh.

Walaupun Faridah sudah 25 tahun tinggal di New Zealand, dia tetap mengingati dan menghargai tanah airnya, Malaysia.

2. Setiap orang perlu gigih berusaha untuk mencapai kemajuan.

Salmah dan Azrul gigih memajukan projek ternakan kambing dan tapak semaiannya hingga berjaya.

3. Setiap ibu bapa perlu bertanggungjawab menjaga anak-anak mereka.

Salmah sanggup bekerja di sawah bagi menampung kehidupan bersama-sama anak kembarnya, Faridah dan Rahayu setelah Kamarudin meninggalkan mereka.

4. Sebagai penganut agama yang taat, kita hendaklah mematuhi ajaran dan tuntutan agama.

Soleh menunaikan sembahyang di masjid pada setiap hari dan selalu menderma kepada badan kebajikan.

5. Kita perlu mengamalkan budaya bangsa kita.

Faridah mengenakan baju kurung dan berselendang semenjak balik ke tanah air.

6. Sebagai seorang siswazah, janganlah terlalu mengharapkan tawaran kerja makan gaji sahaja.

Azrul bertekad untuk menjadi penternak kambing dan hasratnya itu dipersetujui oleh bapanya.

Page 39: Kabus Di Perbukitan 2014

PERISTIWA PENTING

1. Faridah dikatakan mengalami halusinasi. Setelah ditimpa kemalangan, Faridah berada dalam keadaan koma. Dia mendapati dirinya berada di rumah Tuan Cecil Renking yang terletak di Bukit Kutu. Faridah seolah-olah hidup pada zaman penjajahan British.

2. Rahayu dan Faridah ialah adik-beradik kembar yang mempunyai hubungan telepati. Faridah dan Rahayu seolah-olah dapat berhubung / berkomunikasi antara satu sama lain dalam mimpi. Disebabkan hubungan istimewa ini, Faridah berjaya ditemui hasil daripada maklumat yang diberi oleh Rahayu.

3. Faridah hilang dalam kemalangan jalan raya secara misteri. Tiada kesan yang menunjukkan bahawa Faridah dan Iqbal meninggalkan tempat kejadian kemalangan. Namun, operasi mencari dan menyelamat yang dijalankan selama 2 minggu gagal menemui Faridah.

4. Pertemuan antara Zain dan Anne di Christchurch, New Zealand ketika Zain cuba membaiki kereta Anne yang rosak. Pertemuan itu telah memutikkan aura percintaan yang akhirnya mengikat mereka dengan hubungan suami isteri yang mengembalikan semula nostalgia yang begitu bermakna bagi dua buah keluarga iaitu keluarga Faridah dan Datuk Azrul.

5. Operasi mencari Faridah dan Iqbal yang dinamakan OPS PDK melibatkan banyak pihak seperti Bomba dan Penyelamat, Hospital Daerah, RELA, Perhilitan dan Pejabat Daerah Raub serta Hulu Selangor. Situasi ini menunjukkan kesungguhan pelbagai pihak bekerjasama berusaha mencari dan menyelamatkan dua orang rakyat tempatan yang hilang di Bukit Fraser.

Page 40: Kabus Di Perbukitan 2014

PERISTIWA GEMBIRA/SEDIH

Peristiwa sedih

1. Faridah mahu ke Raub dengan memandu van. Dia ingin menenangkan fikirannya. Tunangnya telah memutuskan pertunangan mereka tanpa sebarang alasan. Dalam perjalanan tiba-tiba Faridah disapa oleh Iqbal, seorang muridnya yang mengalami sindrom down. Hal ini amat mengejutkan Faridah yang melihat Iqbal bersama-sama Mastura ketika dia bertolak. Faridah hilang kawalan terhadap vannya lalu melanggar penghadang jalan. Vannya terjatuh ke dalam gaung.

2. Rahayu dirawat di hospital. Dia berasa sangat sedih dengan keadaannya. Azrul tetap datang menemani Rahayu di wad. Keadaan penyakit Rahayu semakin serius. Rambutnya gugur setelah menjalani rawatan kimoterapi. Hamidah juga tetap setia menjaga anak tirinya itu. Perasaan Rahayu bertambah tertekan apabila Suhaila yang menjadi rakannya di wad meninggal dunia. Sebelum meninggal dunia Suhaila memberikannya beberapa buah novel cinta untuk dibaca. Mejar (B) Kamarudin tidak dapat menahan kesedihan melihat keadaan anaknya yang menderita.

3. Faridah dirawat di wad kecemasan hospital tetapi belum sedar. Tubuhnya penuh dengan kesan gigitan dan calar-balar. Ghazali sedih melihat keadaan Faridah yang terlantar. Setelah keadaan stabil, Faridah dipindahkan dari wad rawatan rapi. Hanya duga orang pelawat dibenarkan melawat Faridah pada satu-satu masa. Rahayu dibawa melawat Faridah. Dia menangis sambil menggenggam tangan kakaknya. Dia bercakap dengan Faridah yang masih tidak sedarkan diri. Akibat berasa lemah kerana baru menjalani kemoterapi, Rahayu meletakkan kepalanya di tepi dada Faridah. Dia tertidur dan bermimpi rumah mereka digenangi air. Dalam mimpi itu, kedua-dua adik-beradik itu seolah-olah bercakap antara satu sama lain. Tiba-tiba suasana dikejutkan oleh raungan Faridah menyebut nama Rahayu. Pada masa itu juga Rahayu didapati telah meninggal dunia.

Peristiwa gembira

1. Ghazali telah berterus terang untuk mengambil Faridah sebagai isteri. Rombongan peminangan akan dihantar untuk meminang Faridah secara rasmi. Faridah seba salah. Dia bimbang kekecewaan pertama akan berulang kembali. Akhirnya Faridah bersetuju untuk menerima Ghazali sebagai teman hidupnya. Salmah berasa sangat gembira dengan persetujuan Faridah.

2. Perkahwinan antara Anne Johnsons dengan Zain Bin Datuk Azrul. Pelbagai bangsa dari pelbagai Negara menghadiri majlis perkahwinan mereka. Rumah tumpangan, chalet, hotel, rumah rehat sekitar Teluk Intan, Sabak Bernam, Sungai Besar, Sungai Haji Dorani hingga ke Sungai Nibung habis ditempah Perkahwinan dua Negara itu mendapat liputan meluas termasuk di televisyen kerana Datuk Azrul terkenal dalam bidang pertanian

Page 41: Kabus Di Perbukitan 2014

3. Setelah agak lama bertugas, Benny mempunyai beberapa orang kawan. Antaranya Mohamed Attar yang berasal dari Pakistan, Mehmood dari Maghribi dan Noor Mohamad dari Bangladesh. Mehmood masih bujang dan berniat untuk berkahwin dengan gadis di kampung halamannya. Mereka sering berbincang soal agama, soal jihad dan dakwah Islam. Benny mula sedar dan mahu kembali ke pangkal jalan yang benar.

KRITIKAN SOSIAL

1. Masyarakat yang mempunyai fahaman yang sesat tentang sesuatu agama. Contohnya seperti Mohammad Attar yang setelah bertukar pendapat dengan Ustaz Syukri dimana Ustaz Syukri telah menekankan budi bahasa merupakan budaya orang Melayu dan Islam kepada Mohammad Attar. Mohammad Attar pula berpendapat bahawa Islam sememangnya harus berjuang untuk menghapuskan musuh-musuh Islam. Fahaman sesat Mohammad Attar adalah tidak benar dan tidak rasional.

2. Masyarakat yang tidak ingin mengusahakan warisan mereka. Contohnya, anak-anak muda daripada kampung Zain semuanya kononnya sudah berpendidikan tinggi dan berpendapat bahawa mereka tidak sesuai untuk bekerja di ladang atau kebun. Cara pemikiran ini sangatlah sempit kerana anak muda sepatutnya mengusahakan warisan yang diwariskan kepada mereka. Dengan pendidikan tinggi mereka, mereka dapat juga membawa warisan keluarga iaitu ladang atau kebun ke tahap yang lebih tinggi contohnya dengan menaik-tarafkan kemudahan kebun dan mengiklankan kebun atau ladang untuk mendapat perhatian komersial.

3. Masyarakat yang tidak percaya dan hormat dengan kepercayaan tempatan. Contohnya, Tuan Cecil diberitahu bahawa di empangan bijih terdapat buaya keramat yang sangat ditakuti dan dihormati oleh penduduk tempatan. Namun begitu, Tuan Cecil tidak percaya dan mengebom empangan bijih tersebut. Perlakuan ini tidak disenangi oleh Penghulu Garang. Tuan Cecil seharusnya menghormati tradisi tempatan dan tidaklah bertindak secara ikut perasaan.

4. Masyarakat yang mengamalkan vandalisme. Contohnya, kejadian beberapa buah kereta yang cerminnya pecah disebabkan vandalism di An Noor Islamic Centre telah memberi tanggapan yang buruk tentang Islam kepada media di sana. Vandalisme merupakan sebuah aktiviti yang tidak sihat dan ianya sangatlah menyusahkan kerajaan yang perlu membaiki kemudahan awam serta penduduk setempat yang tidak dapat menggunakan kemudahan awam dengan baik disebabkan oleh vandalism.

5. Masyarakat yang tidak sanggup menjaga anak-anak yang kurang upaya. Contohnya, Faridah merupakan salah satu sukarelawan yang dibayar elaun oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat ( JKM ) , berkhidmat untuk kanak-kanak istimewa yang dianggapnya sebagai satu ibadah. Kanak-kanak istimewa sepatutnya dijaga dengan baik dalam keluarga dan bukannya dihantar ke pusat pemulihan. Alasan susah untuk menjaga kanak-kanak istimewa adalah tidak relevan kerana kanak-kanak istimewa juga ada hati dan perasaan seperti kanak-kanak normal yang lain dan juga memerlukan kasih sayang.

Page 42: Kabus Di Perbukitan 2014

BIODATA PENGARANG

Mohamad Kholid Hamzah (lahir di Tanjung Karang, Selangor) adalah seorang penulis dari Malaysia. Beliau mendapat pendidikan rendah dan menengah di Sekolah Kebangsaan Dato’ Manan, Tanjung Karang dan Sekolah Menengah (Lelaki) Bukit Bintang, Petaling Jaya. Beliau memperolehi Diploma Pembangunan Manusia daripada Universiti Putra Malaysia pada tahun 1992 dan Diploma Psikologi (Kaunseling) daripada Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 2001.’

Beliau banyak menulis cerpen dan puisi yang tersiar di akhbar, majalah di samping yang termuat dalam antologi. Juga menghasilkan novel kanak-kanak bersiri iaitu Siri Penyiasat Ekstrovert yang diterbitkan PTS One Sdn Bhd. Novel dewasa beliau selain Kabus di Perbukitan adalah Desir Angin di Pergunungan (DBP, 2008), Rahang Maut (PTS Millennia Sdn Bhd, 2009) dan Mengejar Pelangi Pagi (DBP, 2010).

Cerpen beliau, Anugerah memenangi saguhati Hadiah Sastera Berunsur Islam IX, 2005. Manakala novel ini, Kabus di Perbukitan memenangi saguhati Sayembara Mengarang Novel Sempena Perayaan Jubli Emas DBP, 2006. Novel kanak-kanak beliau, Pengembaraan Si Belimbing memenangi hadiah utama Peraduan Mengarang Cerita Bersiri Katogeri Kanak-kanak Karyanet-DBP, 2006.

Page 43: Kabus Di Perbukitan 2014

ULASAN PENDAPAT KESESUAIAN TAJUK NOVEL

Pada pendapat saya, tajuk “Kabus di Perbukitan” adalah sesuai sebagai nama novel dengan cerita yang disampaikan oleh penulis, Mohamad Kholid Hamzah, dalam novel tersebut. Antara sebab-sebab kesesuaiannya adalah ada sebahagian daripada novel ini yang menceritakan tentang senario di mana watak dalam novel dikatakan sangatlah suka akan suasana apabila berada di kawasan berkabus di perbukitan kerana ianya meingatkannya kepada Bukit Kutu serta peristiwa yang berlaku di sana terhadap watak tersebut. Ini membuat watak merindui tempat asalnya kerana tiada tempat yang lain selain tempat asalnya itu yang boleh memaparkan senario kecantikan alam yang setanding dengan apa yang dilihatnya pada masa tersebut.

Selain itu, saya bersetuju dengan tajuk yang dinamakan kepada novel ini kerana terdapat peristiwa-peristiwa berunsur misteri yang berlaku contohnya seperti Faridah yang ingin pergi ke Raub dan terlibat dengan kemalangan disebabkan Iqbal yang mengejutkannya dengan tiba-tiba. Vannya hilang kawalan dan jatuh ke dalam gaung, akan tetapi, tidak dapat dicari oleh pihak pasukan Senoi Praak sehinggakan Sarjan Yusoff mencadangkan agar mereka menggunakan jalan alternatif iaitu meminta bantuan bomoh kerana bimbang akan kemungkinan campur-tangan makhluk halus dalam kejadian tersebut. Sementara itu, Faridah pula menyedari dirinya berada di tempat yang asing, seolah-olah berada di sebuah rumah pada zaman kolonial. Saya berpendapat bahawa penulis menamakan novel ini “Kabus Di Perbukitan” kerana beliau menggunakan perkataan ‘kabus’ sebagai metafora yang menggambarkan peristiwa-peristiwa yang misteri yang berlaku sepanjang jalan cerita novel tersebut.

Di samping itu, kesesuaian tajuk ini juga adalah disebabkan oleh sikap watak yang sayang dan prihatin akan alam sekitar sehinggakan segala projek-projek pembangunannya mengutamakan kemusnahan alam sekitar yang minimum. Selain itu, terdapat juga rujukan terhadap bagaimana watak yang mempunyai minat yang tinggi dalam bidang pertanian sehinggakan dia merupakan satu-satunya murid yang mengambil jurusan pertanian semasa pembelajaran beliau di universiti. Disebabkan ini, nama novel yang merujuk kepada kecantikan alam contohnya seperti kawasan perbukitan yang berkabus adalah bersesuaian dengan sikap watak-watak yang mempunyai sifat cinta akan alam sekitar dalam novel tersebut.

Akhir sekali, saya berpendapat bahawa tajuk ini sesuai dengan jalan cerita novel ini kerana segala rintangan kehidupan yang dialami oleh watak-watak dalam cerita novel tersebut boleh disamakan dengan senario kabus di perbukitan. Contohnya, jika kita cuba meredah perbukitan semasa kabus yang tebal, kita pasti boleh terlibat dengan kecelakaan disebabkan kabus yang mengaburi penglihatan kita. Persepsi ini dapat disamakan dengan kehidupan watak-watak dalam novel yang masa depan mereka tidak dapat diramalkan, dan rintangan demi rintangan menimpa mereka tanpa mereka sangkakan, sekali lagi memainkan metafora “kabus” yang diperumpamakan sebagai sifat semula jadi manusia yang

Page 44: Kabus Di Perbukitan 2014

tidak boleh melihat ke masa depan untuk mengetahui masa depannya melainkan manusia itu sendiri melewati dan mengalaminya sendiri.