Upload
ahmad-syahiddin
View
509
Download
6
Embed Size (px)
Citation preview
Manusia menurut fitrah semula jadinya tidak akan tenteram tanpa agama dalam hidup mereka .
Manusia yang dikurniakan akal fikiran akan mencari suatu Zat atau Yang Maha Kuasa yang berada di alam ghaib, diyakini Dialah yang menciptakan dan mentadbir alam .
Bahagian A ; AL DIN (ms 28)
Al quran menyebut banyak tempat tentang perkataan AL DIN bagi menerangkan penggunaaan dan maksud Al Din هوالذي
الحق ودين بالهدى رسوله التوبة33ارسل
االسلم الله عند الدين أل ان
19عمران
Al Din ialah kepercayaan atau anutan yg juga pengangan manusia yang berbagai ada yang benar dan ada juga yang salah .
Sebelum kedatangan Islam telah muncul ajaran kepercayaan(Al Din)dalam berbagai bentuk yang tersasar dari akidah yang sebenar .Antaranya :-
1. Akidah dalam ajaran Yahudi 2. Akidah dalam ajaran Nasarani 3. Akidah dalam ajaran Majusi 4. Akidah agama menyembah berhala Perbezaan antara kepercayaan mereka berlaku
berpunca dari pegangan akidah yang berbeza serta tidak berdasarkan sumber yang diakui.
Lantaran itu Allah mengutuskan para nabi dan Rasul bagi menerangkan akidah yang sebenar berdasarkan wahyu yg. Dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w..di kenali dengan ilmu tauhid.
Aspek Penekanan Al Din sebagai agama benar
1.Al Din ialah agama yang membawa makna; Kehakimam dan
kekusaan Allah. 2. Agama yang mengajar manusia tunduk dan patuh
kepada kekuasaan Allah . 3. Agama yang mempunyai segala sistem dan
peraturan yang bersiafat pratikal yang dicipta oleh Allah
4 Agama yang meyakini tentang balasan baik dari kekuasaan dan balasan buruk terhadap mereka yang mengingkari kekusaan dan kehakiman tersebut .
Jenis-jenis agama
A. Agama samawi atau langit
B. Agama Ciptaan atau Budaya .
Agama Samawi
- Agama Islam Agama yang dibawa oleh Nabi Muhammad
s.a.w. yang terkandung dalam Al Quran .Islam merupakan pelengkap agama sebelumnya
. -Agama Yahudi Agama ini dibawa oleh Nabi Musa dan rasul-
rasul lain dari kalangan Bani Israil . Agama ini terkandung dalam kitab Taurat nabi Musa dan Zabur kitab nabi Daud .
Agama Nasrani
Agama yang dibawa oleh Nabi Isa yang di kurniakan kitab Injil untuk menjadi pelengkap kepada Taurat dan untuk membetulkan akidah Yahudi yang meyeleweng .
Walau pun agama Yahudi dan Nasrani bersumberkan wahyu , namun telah berlaku penyelewengan pengubahsuaian oleh Yahudi terhadap Taurat dan penganut Nasrani terhadap Injil , maka agama Islam sahaja yang di terima dan diredhai Allah.
Agama ciptaan atau budaya
Agama Hindu
Mereka percaya dengan kitaran kematian dan kelahiran semula(samsara) dimana sistem ini bergantung dengan amalan(karma) seseorang itu yang menentukan kehidupan seterusnya
di alam yang lain.
Agama Budda;
Agama sikh
Agama budha;
Iaitu agama dan falsafah yang berasaskan ajaran Budha Sakyamuni yang lahir pada kurun ke 5 sebelum masihi.
Agama Budha tersebar di india dalam 5 kurun .
Agama ini tersebar sejak 2 ribu tahun yang lalu ke Tenggara dan Timur Asia dan tersebar keseluruh dunia. Penganutnya +- 350 juta.
Agama Sikh
Agama sikh bermula di awal adad ke 16 di wilayah Punjab ,India di asaskan oleh Guru Nanak.
Guru Nanak berasal seorang Islam , tetapi atas keinginan menjadikan agama yang boleh diterima oleh semua orang di India beliau mengabungkan ciri-ciri terbaik Islam dan Hindu.
Istiadat penganut Sikh
Adat bermula sejak kelahiran sehingga kematian penganutnya .
- Pemberian hadiah.adalah amalan biasa bagi menyambut kelahiran bayi.
Apabila rumaja(16 tahun) akan melalui acara memakai turban.
Bagi agama sikh perkahwinan adalah suci , percerian adalah mustahil, pencerian hanya boleh berlaku di mahkamah sahaja.
KONSEP ISLAM,IMAN DAN IHSAN (ms. 58)
Bagi menyempunakan sebgai seorang muslim perlu melengkapkan rukun agama yang terdiri daripada tiga komponan : -
a. Islam b. Iman c. Ihsan .
a. Pengertian Islam
Pada bahasa; a. Islam bererti tunduk dan berserah . b. Islam bererti selamat . c. Taat, damai, aman dan tidak ada kecacatan , baik zahir atau batin.
Pada Istilah terdapat beberapa ta,rif:- a. Ialah mentauhidkan Allah, patuh kepada perintahnya, akur
dan ikhlas beribadat dengan apa yang dibawa daripada Allah melalui para rasul Nya.
b. Hendaklah kamu beranaik saksi bahawa tiada Tuhan mealaikan Allah dan nabi Muhammad itu pesuruh Allah , serta hendaklah kamu mendirikan solat ,mengeluarkan zakat,berpuasa ramadhan dan mengerajakan ibadat haji .
c.Menurut Ibn Manzur dlm kamus Lisan al Arabi , Islam ialah melahirkan ketaatan dg. Melakukan segala syariat yang dibawa oleh Nabi muhammad s.a.w.
Hadis riwayat Abu Hurairah ketika Rasulullah menjawab soalan Jibril:
أن االسالم الله رسول فقال االسالم؟ عن أخبرنى محمد ياالصالة وتقيم الله رسول محمد وأن الله اال الاله أن تشهداليه استطعت ان البيت وتحج رمضان وتصوم الزكاة وتؤدى سبيال
ISLAM AGAMA SELURUH PARA NABI DAN RASUL
` Islam adalah agama yang benar berasaskan akidak yang seragam antara semua agama samawi yang
di wahyukan kepada para nabi dan Rasul.
Persamaannya ; Sejak Nabi Adam sampai nabi terakhir mengajak
manusia sepaya beriman kepada Allah , tidak pernah di ubah /nasakh.
Syariat dan ibadat juga sama dari segi motif atau matlamat , walaupun kaedah dan bentuk pelaksanaan tidak sama
Dari sudut sejarah perjuangan para nabi dan rasul adalah sama .
Dalam Al Quran menceritakan tentang dakwah dan cabaran nabi-nabi sebelum adalah sama.
Persamaan dari sudud sifat dan keperibadian yang murni dan mulia .
Semua para nabi mengajak menyembah Allah yang satu
Mereka mengajak umat masing-masing supaya berfikir tentang ciptaan Allah .
Mereka menegah umatnya menyembah berhala. Mengajak manusia supaya bersatu dan tidak berpecah. Mereka mengajak dengan cara lemah lembut . ``
Pengertian Iman
Pada bahasa: Iman bermaksud tasdik,atau membenarkan ,
percaya dan amanah. Pada Istilah: Iman bermaksud membenarkan
Allah,malaikat, kitab-kitabNya , rasul-rasulNya ,hari akhirat serta percaya kepada takdir Allah sama ada baik atau buruk.
وكتبه ومالئكته بالله تؤمن أن االيمان قال ؟ االيمان ماه وشر= خيره باقدر االخروتؤمن واليوم ورسله
Pengertian Ihsan
Pada bahasa bermaksud; Beramal dan berusaha dengan tekun .
Pada Istilahterdpat beberapa ta,rif:- A. Mengelokan perbutan zahir dengan memperelokkan perbuatan batin. B. Keikhlasan dgn bermuraqabah atau mendekatkan
diri kepada Allah dalam setiap keadaan dan urusan . C. Hendaklah kamu menyembah Allah seolah-olah
melihatnya,jika tidak melihatnya Ia melihat kamu. فانه تراه تكن لم فان تراه كانك الله تعبد أن قال ؟ احسان ما
يراك
IHSAN ATAU ORNG MUHSIN
Muhsin terbahagi dua peringakat ;
a. Kedudukan pertama iaitu makan yang tertinggi yang di kenali dengan iman soleh para sahabat.
Makam Musyahadah
b.Makam yang kedua ialah makam ikhlas iaitu seseorang berusaha
menghadirkan dalam dirinya yang Allah sentiasa melihatnya .
Hubungan Islam,Iman dan Ihsan Daripada takrif dan penjelasan berkaitan
dengan Islam, iman dan ihsan menunjukan kalimah tersebut mempunyai pengertian berbeza dari sudut bahasa sahaja .
Dari sudut istilah ke tiga-tiga mempunyai hubungan kait mengait antara satu sama lain.
Ahli Sunah berpendapat Islam dan Iman berbeza disegi nama sahaja ,tetapi membawa pengertian yang sama .
Ulama’ Salaf mengatakan jika iman dan ihsan di sebut serentak ia menunjukan satu makna , jika di sebut berasingan ia menunjukan Islam seluruhnya .
Dali dari al quran
Bermaksud ;“ Dan berilah khabar gembira kpada
orang beriman dan beramal soleh” . Al Baqarah 25)Difaham dari berapa ayat menunjukan
Islam amalan lahiriah seperti solat, manakala iman pula amalan hati seperti keyakinan atau kepercayaan .
Apabila Islam ,Iman dan ihsan dilaksanakan dalam bentuk yang menyeluruh dan bersepadu ia layak di gelar MUHSIN.
Jika beramal tanpa iman amalannya di tolak , seperti amalan orang kafir .
Begitu juga beriman tanpa amalan tidak mencapai keridhaan Allah.
Ulama’ al Asya’irah menjelaskan hubungan Islam dan iman
Iman ialah kepercayaan dalam hati manakala Islam pula melaksanakan segala perintah syara’ melalui amalan.
Iman dan Islam adalah penting untuk menyelamatkan manusia dari api Neraka.
Justeru itu jelas kedua-duanya saling memerlukan dan mempunyai hubungan yang erat sekali dan tidak boleh di pisahkan .
Kerja kursus hantar 2 minggu sebelum tamat SEM .
1.Peranan akidah dalam kehidupan individu dan masyarakat .
2.Sejarah perkembangan akidah 3. Kesan akidah terhadap pembangunan
individu dan masyarakat. 4. Metodologi Ahli Sunah berkaitan sifat Allah. 5. Pnyelewengan akidah6.Penyelewengan akidah melaului
kerohanian(tasawuf falsofi)7. Penyelewengan akidah melaui Pengaruh
pemikiran sekulur.
Ilmu Tauhid mempunyai 4 nama
1. Ilmu Usuluddin
2. Ilmu Tauhid dan sifat
3. Ilmu Kalam
4. Ilmu Akidah
SKOP PERBAHASAN ILMU TAUHID
1. Membahskan Ilmu Ketuhanan
2. Membahas tentang kerasulan
3. Membicarakan perkara sam’yyat
1.Ilmu Usuluddin
Perbahasannya berkisar tentang
akidah yang merupakan asas dalam agama .
2. Ilmu Tauhid dan Sifat Membicarakan hal-hal yang berkaitan
dengan asas akidah serta sebahagian besarnya berkaitan dengan sifat Allah .
3. Ilmu Kalam :- Dinamakan ilmu kalam kerana Terdapat beberapa masalah dan skop
perbahasan di dalam lImu Tauhid, ini telah menimbulkan perselisihan hingga lahirnya beberapa puak ,golongan dan fahaman .
Ilmu Kalam berkisar tentang Kalam Allah dan teori-teori sahaja, bukan amalan anggota dan praktikal zahir .
Juga berkaitan dengan cara dan jalan menetapkan dalil bagi asas dan dasar akidah yang sama dengan ilmu mantik
4. Ilmu Akidah Perbahasan berkaitan dengan ;-
kepercayaan dan pengangan dalam Islam itu sendiri .persoalan iman ,
Islam dan hubungannya dengan pengangan umat Islam .
Juga perbahasan akidah-akidah yang sesat dan menyeleweng.
Sumber-sumber akidah yang sebenar .Soal-soal kercayaan kepada rukun Iman
dan rukun Islam Peranan akidah dalam kehidupan individu
dan mayarakat .
Pengertian Tauhid
Pada bahasa ; Tauhid membawa maksud mengakui bahawa
sesuatu itu Esa atau mengesakan
Pada Istilah : Menurut Ulamak mutakallimin, Tauhid ialah
sesuatu ilmu yang membahaskan Esanya Allah juga sifat wajib dan sifat harus bagi Allah.
Ilmu Tauhid juga membahaskan tentang kerasulan , kenabian yang di utuskan oleh Allah , sifat wajib , sifat harus dan sifat mustahil bagi rasul.
Ilmu tauhid juga membahaskan cara untuk memantapkan akidah (pegangan) berdasarkaan dalil-dalil yang menyakinkan.
2.Bahagian ilmu tauhid
Tauhid Rububiah Tauhid Uluhiyyah Tauhid Al Asma’ was sifat
Hukum mempelajari Fardhu ain secara ringkas ke atas
semua muslim Fardhu kifayah secara terperinci ke
atas segulungan dalam masyarakat
1. Tauhid Rububiah
Bermaksud seseorang mesti meyakini hanya Allah sahaja Tuhan yang mencipta sekalin alam .
2. Tauhid Uluhiyyah;
Bermksud segala ibadat yang dilakukan hanya untuk menyembah Allah yang satu dengan penuh ikhlas .
3. Tauhid Asm’ wa as sifat :
Bermaksud mempercayai dan mengEsakan bahawa Allah bersiafat dengan segala kesempurnaan dan mempunyai nama sebagai mana yang tersebut dalam nas al quran dan hadis. Firman dalam Surah al ‘araf ayat 170. بها فادعوه الحسنى االسماء ولله “Dan bagi Allah mempunyai nama-nama yang
baik,oleh itu serulah dengan menyebut nama-namaNya
siftnya
B. AKIDAH ISLAMIAH
Pada bahasa ;Perkataan akidah berasal dari perkataan
‘Aqada (عقد) bererti simpul atau ikat .Pada Istilah;Ibn. Taimiah mentakrifkan : Perkara
yang dibenarkan oleh jiwa, hati menjadi tenang , beroleh keyakinan di kalangan ahlinya’ serta tidak bercampur dengan sebarang keraguan.
PERBEZAAN AKIDAH DAN SYARIAH
Syariat merupakan amalan peratikal melalui
anggota yang mencakupi rukun Islam. Akidah
merupakan amalan hati yang berbentuk keyakinan dan ilmiah yang wajib ke atas setiap muslim mempercayai yang terkandong dalam rukun Iman
Keistimewaan Akidah Islamiah
Akidah merupakan satu hubungan hati dan jiwa yang sangat kuat di antara makhluk dangan penciptanya.
Akidak dalam Islam berkisar perkara yang di wahyukan melalui quran dan hadis sahaja.
Dengan akidah yang tepat akan timbul perasaan ikhlas dan rela hati menerima takdir Ilahi.
Akidah Islamiah tetap dan tidak berubah walau apa keadaan sekalipun.
3. Faedah mempelajari
a. Menguatkan keimanan serta keyakinan dan kepercayaan dalam hati terhadap Allah
b. Untuk menjaga iman dan diri supaya selamat di dunia dan mendapat keridhaan Allah .
c. Menolak fahaman sasat yang menular dalam masyarakat dan membetulkan akidah berdasarkan quran dan sunah.
d.Untuk mempertahankan akidah yang dipegang oleh ulama’ salaf dan Ahli Sunah dari di resapi oleh sebarang akidah yang menyeleweng .
Asas Pengangan dan sumber Asas akidah Islam yang bertunjangkan Al quran dan hadis pasti membuahkan hasil yang cukup
membanggakan
Contohnya berdasarkan keyakinan dan keimanan umat Islam tidak gentar menghadapi musuh dalam peperangan Badar .
Jamhur Ulama’ telah bersepakat menetapkan sumber akidah ialah Al Quran dan hadis Mutawatir tampa perbincangan .
Manakala hadis Ahad menimbulkan perbincangan dikalangan ulama’. Khususnya ulamak Mutakalimin.Ada yang menerima hadis Ahad dan ada yang menerima hadis sohih sahaja.
Peranan akidah kepada masyarakat
Melalui akiah dan iman dapat membentuk suatu kesatuan umat(umat Islam) demi mencapai satu matlamat ia itu keredhaan Allah & meninggikan syiar Islam.
Akidah yang betul dapat membentuk masyarakat yang saling membantu bagi mencapai keridhaan Allah.
Iman dan akidah yang di terjemahkan dalam bebtuk perbuatan,ucapan dan personaliti menjadi lambang serta syiar Islam lantas dapat menjadi model& teladan kepada masyarakat Islam sendiri.
Dengan berteraskan iman & akidah dapat membentuk sebuah masyrakat yang harmoni dan bertamaddun .
Peranan akidah dalam kehidupan
Akidah yang benar dapat menjaga individu agar sentiasa patuh kepada kpd. Allah dengan mengerjakan suruhan dan meninggalkan larangan.
Hati orang beriman mempunyai keyakianan selari dengan kehendak rukun iman.
Iman dan akidah satu bentuk kefahaman yang tidak dapat ditinjau melalui pancaindera ttp tuannya dapat merasai kemanisan iman dan akidah yang dipegangnya.
SEJARAH PERKEMBANGAN AKIDAH (ms.122)
Zaman Nabi dan awal sahabat . Umat islam dan sahabat zaman itu menerima terus segala yang dibawa oleh
baginda . Jika ada persoalan mereka terus bertanya nabi bagi mendapat penjejelasan. Baginda sendiri telah memberi penjelasan semua perkara yang menimbulkan
kemusykilan dan kekeliruan, khasnya yang berkaitan dengan akidah.
Para shabat pula ketika itu di sinari hidayah dan dapat memahami al quran dan hadis dengan baik .Mereka berpandu kepad ayat ;
أحد كفوا له يكن ولم يولد ولم يلد لم اصمد الله احد الله هو قل
Akidah umat Islam ketika itu sangatlah kukuh dan teguh , permasalahan tidak timbul ,sebaliknya baginda menyatukan umat Islam melalui akidah. Banginda sentiasa mengwal daripada perpecahan dan perselisihan.
ريحكم ] وتذهب فتفشلوا والتنازعوا ورسوله الله واطيعوا “ Dan taatlah kepada Allah dan Rasulnya dan jnganlh kamu berbantah-
bantahan,kalau tidak nascaya kamu mendadi lemah dan hilang kekuatan kamu”
Akidah zaman Sahabat
Zaman khalifah Abu Bakar dan Umar tidak berlaku perselisihan dalam akidah kerana mereka sibuk menghadapi peperangan dan musuh bagi mempertahankan Islam .
Mereka megikuti ajaran Al quran dan hadis dalam perkara usul dan akidah ,mereka sifatkan Allah dengan apa yang Allah sifatkan sendiri tanpa takwil.
Saidina Umar menentang keras terhadap merek yang menimbulkan ayat mutasyabihat.
Akidah Umat Islam di zaman awal sahabat tidak banyak bezanya dengan zaman nabi.
Akidah dizaman Ali dan Usman.
Lantaran berlakunya pertelingkahan politik , maka umat Islam berpecah kepada beberapa kumpulan dan fahaman.
Setiap kumpulan mempertahankan fahaman mereka masing-masing, dari situlah bermulanya takwil nas-nas al quran dan hadis ,serta timbul periwayatan hadis falsu ,mrk menimbulkan masalah & persoalan syubhah& mutajasimah Allah oleg golongan Syakbiyyah. justeru itu perbahasan mengenai akidah bertambah melebar.
Akidh zaman Bani Umaiyah
Setelah jajahan Islam berkembang, penganut agam lain ramai memeluk Islam ,tetapi jiwa mereka masih menebal dengan fahaman lama,maka lahirlah segolongan umat Islam memperkatakan tentang akidah.
Antaranya: Ma’ abd al Juhani Ghailan al Dimasqi Ja’ad ibn Dirham. Wasil bin ‘atak.
Perselisihan pendapat
Bermula dari sinilah timbulnya perbahasan ilmu akidah dan timbul beberapa aliran dan mazhab.
MAZHAB DALAM AKIDAH
MUKTAZILAH
JABARIAH
QADARIAH
AHLI AL SUNAH WAL JAMAAAH
. .
PUAK MUKTAZILAH
Muktazilah berasal dari I’tazala bermaksud mengasingkan diri dari pauak lain .
Diasaskan oleh Wasil bin ‘Aatak setelah keluar dari halaqah gurunya Hasan Al Basari kerana tidak bersependapat dengan gurunya dalam masalah:-
“orang yang melakukan dosa besar adalah fasik
Wasilla berpendapat “Orang yang melakukan dosa besar tidak mukmin dan tidak kafir”
1.Al Tauhid .Al ‘adlu3.Al Wa’du wal wa’id(janji baik dan buruk)4. Al Manzilat bainal manziltaini 5. Al Amru bil Makruf dan An Nahyu ‘anil munkar .
1. Maksud perinsip Al Tahid Menafikan sifat Allah yang azali. Bahkan
semua sifat Allah adalah baru .
Menafikan azali (qadim) kalam Allah iaitu al quran itu jadid (baru)
Allah tidak akan dilehat di akhirat nanti .
2. Maksud perinsip Al Adlu
-Tuhan memberi kudrat kepada manusia untuk membuat pilihan , sama ada melakukan atau meninggalkan .
-Oleh itu manusia bertanggung jawab di atas segala perbuatannya
3. Maksud perinsip janji baik dan buruk
Golongan ini yakin bahawa Allah wajib menunaikan janji Nya dengn memberi pahala di atas kebaikan dan wajib memberi balasan neraka kepada yang melakukan dosa, kerana Allah tidak boleh mungkir janji.
Bagi mereka yang melakukan dosa besar tidak akan diampun oleh Allah melainkan dengan bertaubat . Begitu juga orang yang baik tidak boleh dihalang daripada mendapat pahla .
4. Maksud perinsip manzilatu bainal manzilataini
Perinsip ini paling penting kerana dasar inilah berlakunya perselisihan antara Wasil dan gurunya Hasan Al Basari .
Mazhab ini percaya bahawa orang yang melakukan dosa besar selain dari syirik adalah tidak mukmin dan tidak kafir, tetapi berada diantara Islam dan kafir .
(Syirik – Kafir ) ( Dosa besar – Fasiq)
Pada mereka maksiat terbahagi kepad dua:-
5 Perinsip amrul makruf dan nahi munkar .
Dasar ini berkait rapat dengan taklif (tuntutan) hukum fekah dan tauhid .
Tujuan adalah untuk berdakwah dan membimbing orang yang sesat dan jahil.
Mereka berpegang teguh dalam melaksanakan hukuman bunuh walaupun sesama Islam .
Bermaksud mereka yang mengikuti perjalanan Nabi dan dan ikutan yang teramai . Menurut pendapat Al-Baghdadi mereka terdapat 8 golongan :
1. Kumpulan orang Islam yang alim dalam bidang Tauhid dan kerasulan
2. Kumpulanyang alim dalam biadang ilmu fekah
3. Kumpulan yang alim dalam bidang Ilmu Nahu dan saraf
4. Kumpulan yang alim dalam bidang hadis
5. Kumpulan yang alim dalam bidang Qiraat
6. Kumpulan zahid dan sufi
7. Kumpulan yang berjihad untuk menentang musuh
8. Kumpulan yang tinggal di negari tempat terdapat syiar Ahli Sunnah .
1. Manusiia bebas melakukan usaha dan ikhtiar dan hasil usahanya dijadikan oleh Allah . 2 . Segala usaha dan ikhtiar manusia menjadi tanggunjawab manusia itu sendiri.
3.Tidak boleh menyalahkan Allah , kerana hamba telah dikurniakan usaha dan ikhtiar walaupun segala tindakan hamba dari Allah .
Pendapat ini pendapat pertengahan dan tepat berdasarkan
سيئة من ومآأصابك الله فمن حسنة من مآأصابكنفسه فمن
ayat 79 surah Al Nisak bermaksud:-
“Apa jua kebaikan yang angkau dapati maka ia adalah daripada Allah , dan apajua bencana yang menimpa maka itu adalah dari kesalahan kamu sendiri “
Dinisbahkan kepada qudrat
Iaitu segala perbuatan manusia adalah lahir dari perbuatan manusia sendiri , tidak ada kaitan dengan kuasa Allah.
Mazhab ini diasaskan oleh Ma’bad ibn Khalid Al Juhani & Ghailan al Damasqi .
antara pengangannya :- Manusia bebas melakukan
sesuatu mengikut kemahuannya .Mereka percaya bahawa Allah
tidak membuat apa-apa takdir terhadap manusia
Muncul di Kufah pada zaman Umaiyah
Diasaskan oleh Jahan ibnu Safuan Nama Jabariah sempena nama Al
Jabar &Jabrun yang bermaksud digagahi @ tergagah
Manusia tidak ada kuasa ikhtiar sedikit langsong, dan tidak ada pilihan sama sekali dalam perbuatannya .
ANTARA PENDAPATNYA :Manusia dikuasai sepenuhnya oleh Allah Manusia tidak ada pilihan dalam
perbuatannyaManusia umpama bulu terapung di udara Syurga neraka tidak kekal Allah tidad dapat dilihat di akhirat Allah tidak mempuyai sifat kecuali zatNya .
KESAN AKIDAH TERHADP PEMBANGUNAN PARA SAHABAT
Para sahabat bersyukur di atas nikmat yang dikurniakan iman dan akidah yang betul
Melalui keimanan dapat menjamin kebahagiaan di dunia dan akhirat .
Mereka yakin melalui keimanan mendapat keyakinan dan ketenagan jiwa .
Timbul perasaan ridha dan bersyukur ketika mendapat nikmat dan ridha terhadap ujian .
Melalui akidah mereka diarah membangun diri dari sudut spiritual dan mental juga fizikal
Mengaku kekuasaan Allah dalam apa jua bentuk .
Kesannya mereka sentiasa bercita-cita dan bertekad untuk kemajuan diri dan menyuburkan iman .
BAHGIAN B
Punca timbulnya perselisiahan pendapat dan mazahab-mazahab dalam akiadah .
ISU-ISU YANG DIEKKSPLOTASIKANYANG MEMBAWA PERPECAHAN
Perutusan Tentera Usamah
Timbul perselisihan pendapat ulamak mengenai tentera yang diketuai Usamah bin Zaid yang diarah oleh Rasullullah
Perlantkan khalifa
- Golongan yang berpendapat tidak seharus diteruskan kerana Nabi sedang tenat ,(bagi yang enggan ikut serta.)
- Golongan yang berpendapat perintah ini harus diteruskan kerana wajib patuh perintah Nabi s.a.w.
ISU TEMPAT PENGKEBUMIAN NABI s.a.w.
Muhajirin ingin mengebumikan di Mekah tempat dilahirkan .
Al Ansar ingin mengebumikan di Madinah kerana tempat baginda berhijrah
Ada pula yang mencadangkan dikembumikan di Baitul Muqadis kerana disitu tempat mikraj
Saidina Abu Bakar berjaya mendamaikan dengan membawa hadis bermaksud;
“ Jenazah para nabi dikebumikan di tempat mana ia wafat”
RUMUSAN
Perselisihan ini disebabkan tarhadap pemikiran umat Islam yang berbeza di kalangan para sahabat .
Perselisihan ini menular kepada isu akidah kerana terpengaruh kepada sentimen tertentu .
Kemunculan Aliran Mazhab ekoran pertelingkahan ini ;
Pemerintahan Saidina Usman memberi kepercayaan kepada keturunan Bani Umaiyah menyebabkan syea’h (penyokong Saidina Ali ) menilai Saidina Usman melanggar pelaksanaan di zaman Rasulullah s.a.w.
Abdullah bin Saba’ menghasut umat islam di serata negeri,( Irak Hijaz ,Syam ) untuk merusaKkan perpaduan Islam
Isu yang dibawa “ Sungguh aneh umat Islam yakin Isa akan kembali namun mereka tidak percaya Muhammad akan kembali “
Hasil dakyah beliau berlakulah penentangan terhadap Usman dan berlaku perang Jamal
Berikutan itu juga tercetus peperangan Sifin pada 37H antara Ali dan Muawiayah.
ISU IMAMAH (PERLANTIKAN KHALIFAH)
Setelah kewafatan Nabi s.a.w. umat Islam mula berpecah untuk melantik khalifah .
A. Golongan Ansar mereka berkumpul di Saqifah Bani Saadah
dan mereka berpendapat khalifah mistilah dari Al Ansar iaitu mereka mencalunkan Sa’ad ibn Ubadah.
b. Golongan Al quraisy (muhajirin)
Saidina Umar mengajak Saidina Abu Bakar ke tempat perhimpunan di Saqifah Bani Sa’adah bersama Ubaidah bi Al Jarrah .
Setiba disana Abu bakar memberi uacapan memuji golongan Al Ansar dan Muhajirin .
KEISTEMEWAAN MUHAJIRIN
Muhajirin orang mula-mula memeluk Islam Muhajirin menangong derita diawal Islam Mereka golongan paling tinggi dari sudut
kerabat Nabi s.a.w. Allah mendahulukan sebutan terhadap
muhajirin dan ansar .
PERLATIKAN KHALIFAH
Akhirnya Saidina Abu Bakar dicalunkan dan dilantik menjadi khalifah .
Semua yang hadir memberi
bai’ah(persetujuan dan taat setia)
SEMASA UPACARA PENGEBUMIAN NABI S.A.W
Saidina Ali Tidak hadir kerana sibuk menguruskan jenazah Nabi s.a.w.
Muncul pula golongan ketiga menyatakan Ali lebih layak menjadi khalifah dengan alasanya;-
Ali sepupu nabi dan menantu nabiAli banyak berjihat Ali paling berilmu Ali keluarga bangsawan
Ali Memberi bai’ah
Akhirnya nyata Ali merestui perlantikan khalifa Abu Bakar sebagai khalifah pertama .
KESIMPULANNYA
Peristiwa diatas menggambarkan punca-punca kemunculan aliran mazhab dan fahaman dalam akidah Islamiah .
Hingga membawa kepada timbulnya berbagai-bagai mazhab dalam akidah dan syariah Islamiah hingga ke hari ini .
HUKUM AMALI
PERISTEWA FADAK
Fadak adalah sebuah perkampungan Yahudi yang kaya dengan hasil tamar .
Kampong ini telah ditawan oleh tentera Islam dan memaksa mereka membayar separuh hasilnya kepada Rasulullah .
Selepas kewafatan baginda ,
fara isteri nabi bertanya khalifah tentang hasil tersebut adakah memjadi pusaka
Abu bakar menjelaskan تركنا ما النورث hadis bermaksud ; Kami para nabiصدقةtidak mempusakai dan apa yang kami tinggal menjadi sedekah
Berkaitan harta ada pihak tidak berpuas hati dan menjadi punca keratakan perpaduan Islam selepas kewafatan nabi
ISU RIDDAH
Penduduk di sekitar negeri Yaman enggang membayar zakat selepas kewafatan Baginda kerana mereka berpendapat zakat hanya satu pajakan(ufti)
Kumpulan ini diketuai Malik b. Hamzalah kerana mereka tersasar mentafsir ayat surah Al Taubat ayat 103 وتزكيهم تطهركم صدقة اموالهم من خذ
“Ambilah sebahagian harta mereka menjadi sedekah supaya dengannya dapat membersihkan mereka (dari dosa) dan menyuburkan (denagan akhlak yang baik) ”
Tindakan selanjutnya
Abu Bakar mengadakan mesyuarat bagi mengambil tindakan memerangi mereka .
Saidina Umar tidak setuju, kerana mereka masih menunaikan Rukun Islam dan Rukun Iman kecuali zakat .
Akhirnya Umar dan sahabat bersetuju dengan ijtihad Abu Bakar untuk memerangai mereka.
MEMERANGI GOLONGAN MURTAD Tentera yang diketua Khalid Al
Walid ,Amru Al ‘As mengempur puak yang enggan membayar zakat yang dihukum murtad.
Akhirnya golongan ini dapat dibendung
(E) METODDOLOGI PEMIKIRAN AKIDAH (m.s.188)
METODOLOGI AHLI AL-SUNAH ;Puak al sunnah berpecah kepada 3 aliran 1. Golongan Salaf2. Golongan Al Asya’irah 3. Golongan Al Maturidiah 1.GLONGAN SALAF Iaitu ulama yang hidup sebelum abad ke
3H. , dan ada pula yang berpendapat mereka yang hidup sebelum abad ke 5H.
Metodologi pemikiran Salaf:
Mereka menguna pakai keterangan Al quran yang dipakai oleh sahabat .
Berpegang serta beriman dengan apa yang dikemukan oleh al-Quran
Mereka tidak mentakwil nas atau membahaskan ayat mutasyabihat menurut akalnya .
Mereka menyerahkan maksud ayat kepada Allah tanpa takwil .
Contohnya
Imam Malik ketika ditanya mengenai (istiwa) bersemayam Allah diatas Arasy adalah suatu perkara yang majhul , dan beriman dengannya adalah wajib dan bertanya mengenainya adalah bida’ah.
Golongan ini beriman dengan ketuhanan kerasulan ,sami’yat mengikut al Quran semata-mata. Tampa takwil .
IBN TAIMIYAH MENJELASKAN PENDAPAT SALAF
Ulama’ Salaf mengisbatkan (menetapkan) semua sifat kesempurnaan bagi Allah. Tanpa ta’wil(mentafsir)sebagaimana terdapat dalam Al Quran, dan hakikatnya sebenarnya terserah kpada Allah
البصير السميع وهو شيء كمثله surah AlليسSyura (11).
bermaksud; “Tiada sesuatu pun yang sebanding dengan Nya Dialah yang Maha mendengar lagi Maha melihat”
Prinsip mereka membersihkan Allah dari sifat kekurangan atau mentasbihkan dengan makhluk berdalil ayat di atas.
Imam Ahmad Ibn Hambal menjelaskan pendapat ulama salaf
Al quran itu bukan makhluk tetapi ia adalah kalam Allah dengan tidak membezakan KALAM LAFZI yang tersusun dengan ayat , kalimah serta dicetak dengan kalam maknawi yang berdiri dengan zat Allah yang qadim .
2. GOLONGAN AL ASYA’IRAH
Metodologi mereka mengunakan pemikiran dengan membawa pendekatan Al Quran ,Sunah dan logik akal .
Mereka mengabungkan tiga unsur sebagai dalil berkaitan dengan akidah dan sifat –sifat ketuhanan .
Allah mempunya sifat-sifat kesempunaan yang azali
3. GOLONGAN AL MAATURIDIAH
Metodologi mereka mengenai akidah
dengan membawa pendekatan dengan mengutamakan dalil akal dan Al Quran dalam membincangan akidah .
Mereka menggabungkan hujah akal yang selari dengan nas Al quran
Atau Dalil akal disokong nas al quran itu sendiri .
B. PUAK MUKTAZILAH
Puak ini mengutamakan dalil akal dan Al quranmereka mentafsirkan Nas secara berleluasa
menurut akal Pendapat Al Maturidiah dan Muktazilah
hampir sama dalam menggunakan akal dan nas tetapi ada perbezaan, iaitu Muktazilah terlalu bebas mengunakan akal
Mereka( Muktazilah) mentakwilkan nas mengikut akal
Sebaliknya Al Maturidiah mentafsir nas dengan akal selari dengan Nas .
Muktazilah menolak hdis Ahad sebgai dalil dalam akidah kerana hdis Ahad bersifat zaan
Sebliknya Al Maturidiah tidak menolak hadis Ahad jika sabit dari Nabi .
Conthnya Muktazilah mereka menolak rukyah Allah di akhirat dan azab kubur kerana bertentangan dengan akal
PUAK AHLI FALSAFAH ISLAM
Berhubung dengan akidah puak ini membawa pendekatan serta menggunakan BURHAN atau pembuktian dan keyakinan .
SKOP METODOLOGI PERBAHASAN AKIDAH
Perbincangan ini menumpukan tiga perkara :
A. Sifat-sifat Allah
B. Kenabian dan kerasulan
C. Sam’iyyat
Ulama’ Tauhid membahagikan kpd empat bahagian ;
1. SIFAT NAFSIAH iaitu Wujud - adanya Tuhan Buktinya adanya alam tentulah ada penciptanya . Firman Allah : واالرض السموات خلق الذى اللهابراهيم 3) ) سورة Allah ytang mencipta langit dan bumi.2. SIFAT SALBIAH iaitu sifat menolak atau menafikan segala sifat yang
tidak layak bagi Zat Allah .
Qidam –sedia ada dan tiada permulaan Buktinya ;Allah yang mencipta, adalah tidak
mungkin pencitanya wujudterkemudian dari yang di cipta .
Feraman Allah: واالخر االول 3الحديد هو
- Baqa’- kekal dan tiada kesudahan اقصص الله اال لك ها شيء 88قل -Mukhalafatuhu lil hawadis – tidak menyerupai makhluk الشورى شيء كمثله 1ليس -Qiyamuhu bi nafsih –berdiri dengan sendiri فاطر الحميد الغني هو 15والله -Wahdaniyyah – satu - tidak berbilang-bilang . البقرة واحد اله 163والهكم
3. SIFAT MA’ANI
Dinamakan demikian kerana sifat-sifat itu mempunyai maknanya yang tetap pada zat.
1.Qudrat - berkuasa mengadakan dan meniadakan perkara mumkin . Mencipta alam (memati/menghidupkan)
البقرة قدير شيء كل على الله 30ان 2. Iradat - berkehendak القصص ويختار يشاء ما يخلق 68وربك 3. Ilmu -mengetahui البقرة عليم شيء بكل الله أن 231واعلموا 4.Hayat -hidup البقرة القيوم الحي هو اال اله ال 255الله 5. Sama’ - mendengar الزخرف ونجوهم سر=هم نسمع ال أنا يحسبون 80ام 7. Kalam - berkata-kata 6. Basar - melihat
4. SIFAT MA’NAWIAH
Iaitu sifat yang bergantung /berhubung dengan sifat ma’ni, ianya ada tujuh ;
Kaunuhu Qadiran Kaunuhu MuridanKaunuhu Hayyan Kaunuhu Sami’an Kaunuhu Basiran Kaunuhu Mutakaliman
1. SIFAT QUDRAT
Pada Bahasa ; Qudrat bermaksud berupaya dan kuat
Pada Istilah ; Terdapat tiga pengertia : - qudrat adalah sifat azali bagi zat Allah dengan
mengadakan sesuatu yang mungkin dan mentiadakan mengikut Iradat (kehendak Allah)
Qudrat adalah sifat yang membolehkan membuat atau yang boleh meninggalkannya
Qudrat adalah sifat yang memberi kesan kepada perkara yang mumkin, samada wujud atau tidak .
RUMUSAN
Qudrat merupakan sifat wujudiah – azaliah dan berdiri dengan zat Allah
Dalilnya ;Firman Allah bermaksud “ Dan sesungguhnya kami telah
menciptakan langit dan bumi serta segala yang ada di antara kedua-duanya dalam enam masa kami tidak mengalami sebarang susah payah.” Suraf Qaf ayat 38
DALIL AKAL SIFAT QUDRAT.
Pertama : Al-Baijuri ulamak ilmu kalam berkata “Allah itu adalah pencipta yang
qadim , bagi Nya ciptaan yang baru , . Justeru itu wajib bagi Allah Qudrat (berkuasa)
Kedua : Alam ini adalah ciptaan Allah yang
tersusun serta mengandungi perkara yang luar biasa. Semuanya ini membuktikan Qudrat Allah.
2. SIFAT IRADAT ALLAH
IRADAT pada bahasa : Berkehendak semata
Menurut istilah: Suatu sifat yang qadim dan zaaid pada zat,bersama dengan Nya menentukan setiap mumkin dengan apa yang harus padanya .
* Mumkin bernaksud harus bagi Allah mengadakan sesuatu atau sebaliknya menentukan masa dan tempat juga arah dan kadar .
PARA ULAMA berpendapat wujud hubungan di antara sifat qudrat dan iradat Allah yang menzahirkan sesuatu ciptaan yang asalnya tiada .
Dalilnya Firman bermaksud; “ Apabila kami menghendakinya,
hanyalah Kami berkata kepadanya”Jadilah engkau” maka jadilah ia “
Susar Al Nahli ayat 40 .
3. SIFAT ILMU AL ALLAH
Allah mengetahui segala sesuatu yang wujud atau tidak wujud ,sama Ada masa lampau , sedang atau masa lampau .
4. ALLAH BERSIFAT HAYYAT
Bermaksud Allah maha hidup ,kehidupan Allah amat sempurna ,hakikatnya tidak dapat dicapai oleh akal manusia dan tidak mati .
5. ALLAH BERSIFAT SAMA’Bererti Allah mendengar segala yang wujud Tidak seperti makhluk hanya mendengar
suaraAllah mendengar tanpa menggunakan alat
6. ALLAH BERSIFAT BASARBasar bermaksud melihat segala yang wujud dengan tidak terbatas Melihat tidak menggunakan mata seperi
makhluk
7. ALLAH BERSIFAT KALAM Berkata-kata Allah tidak berhuruf dan tidak
bersuara tida tersusun
Kita wajib beriman dengan KALAM Allah Dan tidak dibenar membahas hakikatnya
yang sebenar .
Kerana akal manusia tidak mampu membahas sifat ketuhanan .
B. KENABIAN DAN KERASULAN
Skop perbincangan ;
1. Pengutusan Nabi dan Rasul
2. Hikmat pengutusan Rasul
3. Konsep Khatam al Nubuwwah dan umum al Risalah
A. Pengutusan Nabi dan Rasul mengikut pendapat Ahli Sunah , Muktazilah dan Ahli Falsafah . A. Pendapat Ahli Sunnah Pendapat Al Asyairah dan majoriti Ahli
Sunah berpendapat berkaitan perutusan Rasul adalah harus bagi Allah
Kerana ia merupakan perkara mumkin bagi Allah .
Alasanya ; Perutusan itu hanya satu rahmat dari
Allah dan perkara harus bagi Nya.
B. PUAK MUKTAZILAH MENGENAI PERUTUSAN NABI
Mereka berpendapat perutusan Rasul menunjukan keadilan Allah .
juga rahmat Allah terhadap hambaNya .
Allah tidak zalim terhadap hambanya dengan balasan baik/buruk tanpa rasul .
Allah memberi kebebasan sepenuhnya kepada manusia melaui sifat qudrat.
Allah wajib membalas terhadap hambanya
C. PENDAPAT AHLI FALSAFAH ISLAM MENGENAI KERASULAN .
-Mereka berpendapat perutusan rasul satu perkara mesti kepada Allah untuk alam berdasar ‘inayah ilahiyyah tehadap makhluk .
PENDAPAT AHLI FALSAFAH
1. Pendapat Al-Kandi Manusia memang perlukan kepada rasul sebagai
panduan , terutama berkaiatan ketuhanan .
Soal ketuhanan manusia tidak dapat dicapai Melalui akal semata
Mereka memerlukan panduan dari Rasul khas yang diutus oleh Tuhan sendiri .
2. PENDAPAT AL FARABI
Akal manusia adalah sama, ia perlu kepada kepimpinan yang istimewa untuk memimpinnya .
Pemimpin itulah yang menjelaskan hakikat untuk kebahagian dunia dan akirat
Perutusan Rasul itu membolehkan manusia mengetahui syariat dan beramal dengannya .
3. PENDAPAT IBN RUSYD
Manusia perlu kekada Rasul kerana akal manusia lemah
Rasul yang diutus menyempurnakan pengetahuan yang diperolehi melalui akal
Rasul menbawa syariat dan mengajar pengetahuan yang benar .
Rasul dari kalangan manusia sendiri memuduhkan untuk menjadi model.
HIKMAT PERUTUSAN RASUL MENURUT MUTAKALLIMIN
Akan dibincangkan hikmat perutusan rasul mengikut empat kumpulan ini ;-
1. Pendapat Jabariah
2. Pendapat Al Assya’rah
3. Pendapat Al Maturidiah
Puak Muktazilah
1. Jabariah hikmat perutusan Rasul
Jabariah tidat menyebut secara jelas hikmatnya kerana mereka berpendapat dalam keadaan terpaksa .
Manusia tiada pilihan dalam usahanya Manusia umpama kapas di udara . Perutusan Rasul kepada manusia tiada
faedahnya kerana semua dari Allah .
2. Pendapat Al Asya’irah
Perutusan merupakan taufik dari Allah
Tuntutan taklif ke atas manusia hanya melalui rasul ,manusia tidak tahu cara beriman ,cara beribadat kerana akal manusia tidak sampai .
Tanpa Rasul manusia tidak ditaklif
3. PUAK AL MATURIDIAH Faktor manusia perlu kepada Rasul,walaupun manusia
ditaklif melalui akal tetapi taklif melalui syarak
Orang tidak berakal (gila) tidak taklif .
Manusia perlu kepada Rasul kerana ;
a. Perlu adanya orang terhormat membendong perselisihan dikalangan manusia . b. Akal mnusia tidak sama dalam menentukan baik/ buruk c. Akal tidak mampu menilai baik atau sebaliknya .
Hikmat perutusan mengikut Ahli Sunnah
1. Perutusan Rasul merupakan asas manusia ditaklifkan
Rasul membimbing manusia kepada
agama Allah
Rasul dapat menerangkan perkara ghaib yang tidak dicapai oleh akal .
Untuk menerangkan cara-cara beribadat yang betul
Untuk menerangkan tatacara kehidupan yang sempurna
Untuk menerangkan perundangan dalam urusan kehidupan.
Untuk mengelak manusia berdalih kerana ketiadaan Rasul .
SAMI’YYAT ms. 253.
Skop perbincangan pendapat Ahli Sunah Wal Jamaah dan pebdapat Ibn Sina berkaiatan
a. Hari Qiamat
b. Pembalasan
A. Hari Qiamat
Pendapat Ahli Sunah -Hari qiamat pasti i akan berlaku Dalil ; Firman bermaksud “Sesungguhnya hari qiamat itu tetap akan
datang ,segaja aku sumbunyikan masa barlakunya,supaya setiap orang akan dibalas apa yang ia lakukan .
(Serah Taha ayat 15)
Dalil akal Alam ini baru,Setiap yang baru akan
binasa,maka hari qiamat akan berlaku.
Pendapat Ibn Sina
Bahawa alam ini qadim
dan mustahil Ianya baru,
justeru itu kiamat tidak akan berlaku .
b. PEMBALASAN
Pendapat Ahli Sunah -Ia merupakan ujian dan taklif untuk untuk menerima pembalasan dari Allah. -Allah menentukan peraturan dan menyatakan pembalasannya .
-Pembalasan merupakan keadilan dan kelebihan Ilahi
Dalil adanya balasan
1. Firman bermaksud; Sesungguhnya Allah tidak menainyai
seseorang sekalipun seberat zarah.Kalau itu amalan kebajikan nascaya akan mengadakanya dan akan diberi pahala yang besar.
(Al baqarah 261)
2. Firnan bermaksud ;
Dan bagi orang yang melakukan kejahatan disediakan balasan yang sebanding dengannya . (Surah Yunus 27)
PEMBALASAN Pendapat Ibn Sina
-Berlaku kebangkitan dalam bentuk rohani semata-mata.
-Bukan dari sudut jasad manusia.
-kerana jasad telah hancur yang
ada hanya roh .
Pendapat ImamAl Ghazali tentang bangkit semula
Beliau mengulas pendapat Ibn Sina
yang mentakan bangkit dengan roh
sahaja bukan jasad adalah kufur /bida’ah
Pendapat Ibn. Rusyd
Pendapat Imam Al Ghazali tentang Ahli falsafah Ibn Sina mengenai bangkit semula hanya dengan roh sahaja adalah tidak tepat,kerana Ibn Sina tidak tentang kebangkitan semula .
Sebenarnya Ahli Falsafah berselisih pendpat dengan ulamak Kalam itu,bukannya lahir dari pendapat Ahli falsafah Islam sendiri, dan sumbernya masih diragukan .
Jumhur ulama bersepakat mengatakan ahli falsafah Islam muslim dan mukmin.
Mereka mengatan roh sahaja akan menerima balasan kerana dosa dan pahala berbentuk rohani bukan jasmani.
Bentuk pembalasan (pend. Ahli Sunnah)
1. Pembalasan dialam barzakh wajib dipercaayai
berbentuk ; - Baik - azab Dalil firman bermaksud: “Mereka didedahkan kepada api neraka pada waktu pagi dan petang.
(semasa di alam barzakh) Surah Al Mukmin 46)
2.Pembalasan dihari perhitungan (mahsyar) - Manusia dibangkit mengikut amalan masing-masing. Dalilnya firman bermaksud; Apabila datang suara jeritan (qiamat )yang dahsyat,pada hari itu
seseorang akan lari dari saudaranya, ibunya,,bapanya,isterinya dan anak-anaknya,
kerana setiap seorang menghadapi perkara yang cukup sibuk dengan hal dirinya
sendiri, muka orang beriman suka dan berseri manakala muka orang yang ingkar
penuh dengan debu,diliputi dengan kehitaman dan suram , mereka itulah orang yang
kafir yang derhaka”
Dalil keadaan di Mahsyar
Firman bermaksud; Di Mahsyar kamu menjadi tiga puak ,iaitu puak kanan, alangkah bahagianya puak
kanan itu. Puak kiri alangkak seksanya keadaan puak kiri
itu. Puak yang ketiga pula terdiri sebilangan besar
orang-orang yang mendahului dalam mengerjakan kebajikan didunia, mereka akan mendahului mendapat sebaik-baik balasan
di akhirat.
3.Pembalasan Syurga dan Neraka
Ia merupakan acara pembalasan kemuncak terhadap hambanya .
Iaitu setelah selesai pembicaraan di masing-masing di Mahsyar.
Dalilnya firman bermaksud; Adapun orang yang menerima surat amalan dengan
tangan kiri berkata”Alangkah baiknya kalau aku tidak diberi buku amalan ku, dan aku tidak tahu hitungan amalan ”
Surah Al Haqqah 25-31
BGH.F; METODOLOGI AL QURAN DALAM MENERAPKAN AKIDAH
Banyak ayat-ayat Al Quran mengajak manusia berpikir tentang kejadian alam
dengan mengemukan dalil dan bukti yang kukuh supaya menusia beriman dengan Allah sebagai pencita dan beriman dengan hari pembalasan di akhirat.
KEBEBASAN AKAL DARIPADA PAKSAAN DAN TAKLID
1. KEDUDUKAN AKAL a. Jumhur Ulamak berpendapat akal
yang selaras dengan dengan nas syarak dapat di terima sebagai sumber akiadah .
Akal bertindak seabagai penyokong menguatakan hujjah anas naqli dan bukan penyelewengan dalam tafsir nas dalam mengenali Allah.
B. Pendapat Muktazilah kedudukan akal dalam mengenal Allah .
Mereka berpendapat mengenali Allah tanpa dalil tidak sah bahkan misti melalui penelitian akal .
Sesiapa yang mengenal Allah tanpa dalil yang jelas dikatakan bertaqlid buta .
Bertaqlid adalah tercela di sisi mereka .
Firman Allah Surah Al Israk ayat 37 Bermaksud “Dan janganlah engkau mengikut
apayang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya .
Berpandu ayat di atas jelas bahawa kita disuruh berfikir dan mengkaji untuk mengukuhkan akidah dan cara beriman .
SEJARAH PENYELEWENGAN AKIDAH
Di zaman Rasulullah tidak berlaku penyelewengan kerana para sahabat sentisa mendapat penduan dari nabi .
Waktu itu wahyu sentiasa diturunkan sebagai panduan
dan memberi amaran tentang rancangan munafikin dan musrikin .
Para sahabat terima sahaja dari nas tanpa takwil ayat-ayat kesamaran (Mutasyabihat)
Sejarah penyelewengan akidah bermula ekoran perhubungan dengan orang agama lain ,seperti Majusi ,Yahudi,Kristian dan Atheis.
Sebab penyelewengan akidah
1. Bibit penyelewengan akidah berpunca daripada pertelingkahan politik dan kemunculan puak-puak di zaman Khalifah Usman dan Ali juga di awal pemerintahan Umaiyah .
2.Dengan bertambahnya wilayah Islam penyelewengan secara terbuka berlaku melaui penyusupan Israiliyat dalam pentafsiran al quran dan hadis .
Kesannya lahir beberapa ajaran dan fahaman yang menyimpang dari akidah yang sebenar .
3. Pemelukan orang bukan Islam
Di Zaman Tabe’in Umat Islam bertambah dengan menerima kemasukan dari penganut agama lain sepeti Yahudi , Nasrani,Kristian dan Majusi secara beramai-ramai, merekalah yang mempengaruhi kepada penyelewengan akidah .
Mereka membawa tafsiran Israiliat dalam memtafsir quran dan hadis.
Manakala tokoh-tokoh tafsir kurang teliti menerima riwayat daripada ahli kitab dan tafsir mereka .
4. Kejatuhan Kerajaan Usmaniahdi Turki pada 3 Mac 1924
Kejatuhan Kerajaan Uthmaniah dan bermulalah penaklukan oleh barat terhadap negara Islam .
Justeru itu lahirnya pemikiran barat dalam masyarakat Islam , seperti sekularisme, libralismae dan lain-lain .
Bermula dari sini sistem khalifah terhapus sepenuhnya oleh Mutafa Kamal Attartuk dengan bantuan Yahudi dan lain-lain penjajahan Barat .
PENYELEWENGAN AKIDAH
1. Penyelewenagn dalam mentafsir al quran dengan memasukkan unsur
tafsir israiliatb
CONTOH ISRAILIAT DALAM TAFSIR AL QURAN .
Muhamad Husin Zabadi dalam kitabnya Al Israiliat Fi al Tafsir Wal Hadis ialah ;
1. Tafsit Muqatil b. Sulaiman menjelas ayat 32 surah Sad
“Qaf ialah gunung daripada zamrud hijau yang mencakupi seluruh alam semesta.Qaf merupakan kunci alam .
2. Qaf juga gunung yang pertama dicipta , kemudian Gunung Abu Qubis yang ada dibawahnya Bukit Safar .`
3. Qaf juga ditafsirkan sebagai gunung yang berada dibelakang hijab tempat matahari terbenam .
4. Dalam Kitab Safru Al Khuruj bab 32 Menyatakan Nabi Harun yang mencipta
lembu bagi Bani Israil dan mengajak mereka menyembahnya .
Sebenarnya Al Quran menjelaskan lembu itu di cipta oleh Musa As Samiri dan nabi Harun mengingkari dan mencegahnya , namun bani Israil mengugut untuk membunuh nabi Harun .
Maksud Surah Taha ayat 87-90
5. Dalam Kitab Siru AlShumwail al Thani bab 11 menyatakan .
Nabi Daud pada suatu pagi bangun daripada tidurnya kemudian dia berjalan di bahagian atas istana raja . Dari situ dia melihat ada seorang wanita yang sedang berdaham. Wanita itu sangat cantik dan menarik.Nabi Daud mengutuskan seorang suruhannya untuk bertanya tentang wanita itu .Wanita itu isteri kepada Uria. Selepas itu nabi Daud telah mengutuskan seseorang supaya menjemput menemuinya .
Cerita ini para ulamak berpendapat ada;lah tidak menasabah Nabi
Daud melakukan dosa besar yang mengaibkan dan terhina .
Namun cerita itu terdapat dalam kitab yang disangka benar oleh kebanyakkan orang termasuk juga ulamak .
Banyak lagi cerita-cerita israiliat yang termuat dalan nota kita sila buat rujukan .
Kesan buruk tafsir israiliyat
A. Dengan cerita Israiliyat ini menyebabkan hampir hilang keyakinan dan kepercayaan kepada ulama Salaf samada sahabat atau tabe’in .
Cerita Israiliyat ini menyebbkan umat Islam salah anggap tentang matlamat
al quran mengambil nasihat dan membahaskan hukum hakam bagi mengatur hidup manusia .
B. Tersebarnya ajaran Batiniah
Batiniah berasal dari al Batin bermaksud Dalaman ,iaitu mereka menganggap bahawa setiap yang lahir mempunyai dalaman atau isi dan setiap wahyu ada takwil
Fahaman Batiniah menurut sejarahnya dipelopori oleh golongan agama Farsi atau Majusi kerana iri hati dengan perkembangan Islam
Pendokongnya terdiri dari puak Syiah yang melampau yang di ketuai oleh seorang munafik iaitu Abdullah bin Maimun.
Contoh penyelewengan Batiniah
Mereka mempercayai ada dua Tuhan yang Qadim
Tuhan pertama di namakan Al Sabiq (yang dahulu) ia menjadikan tuhan yang
kedua yang dinamakan Al Tali (yang mengiringi) Kedua-duanya bergabung menjadikan alam
C. Penyelewengan mengenai hadis palsu
Tercetusnya hadis palsu selepas tercetusnya perselisihan di antra Ali dan Muawiah .
a. Kemunculan golongan al Rafidah yang menentang para sahabat yang memberi bai’ah kepada Abu Bakar dan Omar sebagai khalifah
Golongan Zaidiah yang membenci kepada ajaran Islam dan orang Islam .
Antara hadis palsu memesongkan akiodah .
Peyelewenganb Aliran Kerohanian(Taswuf Falsafi)
TAJUK-TAJUK AKIDAH UNTUK DIBINCANG DAN DIBENTANGKAN
Topik Al Din ,Akidah Islam ,sejarah Akidah.
1. Mazhab dalam akidah
-Punca berlaku perselisihan
-Pendapat mereka dalam akidah
-Ulama’ Ahli Sunah Waljamaah.
2. Konsep Tauhid(beriman )kepada Allah mengikut Ahli Sunah
-Tauhid Rububiyyah
-Tauhid Uluhiyyah
- Tauhid aAsma’ was Sifat
3.Mengenal Allah - Secara umum (ijmali) - Secara terperinci (tafsili) sifat 20.
4 .Kenabian dan kerasulan - Hikmat perutusan Rasul - Kitab-kitab yang dibawa -Konsep khatam al Nubuwah
5. Kercayaan kepada Hari Qiamat - Pengertian - Tanda-tanda qiamat - Balasan bahagian
6.Perkara Syam’iyat
-Malaikat - Alam barzakh - Mahsyar - Syurga Neraka
7.Perkara merusakan akidah
-Riddah -Kufur -Syirik
8. Akidah Sebagai Pemangkin Pembentukan Akhlak dan Tamaddun