10

Click here to load reader

Skrip Pengacara Majlis Perasmian Pembukaan Kejohanan Olahrag

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Skrip Pengacara Majlis Perasmian Pembukaan Kejohanan Olahrag

SKRIP PENGACARA MAJLIS PERASMIAN PEMBUKAAN KEJOHANAN OLAHRAGA

MAJLIS SUKAN SEKOLAH-SEKOLAH MALAYSIA, PAHANG KALI KE-52

2007------------------------------------------------------------------------------------------------------------

KETIBAAN YANG BERBAHAGIA TUAN HAJI YUSOF BIN OSMAN, KETUA SEKTOR PENGURUSAN PEMBANGUNAN KEMANUSIAAN, JABATAN PELAJARAN NEGERI PAHANG DARUL MAKMUR

Bismilah…. Assalamualaikum… dan salam sejahtera.

Yang BerbahagiaTuan Haji Yusof bin OsmanKetua Sektor Pengurusan Pembangunan KemanusiaanJabatan Pelajaran Negeri Pahang Darul Makmur,

Yang BerusahaPuan Hajah Rokiah binti Mat Yaman,Pegawai Pelajaran Daerah RompinMerangkapPengerusi Jawatankuasa PengelolaKejohanan Olahraga MSSM Pahang, Kali Ke-52

Yang BerusahaEn. Ahmad Azmi bin Abdul RahmanTimbalan Pegawai Pelajaran Daerah Rompin

Yang BerusahaEn. Azmi bin MohamadPenolong Pegawai Pelajaran Daerah Rompin

man 26/03/07/mssm phg 1

Page 2: Skrip Pengacara Majlis Perasmian Pembukaan Kejohanan Olahrag

Yang dihormati,

Pegawai-pegawai Pelajaran Daerah, Pegawai-pegawai Jabatan Pelajaran Negeri dan Daerah, pengetua-pengetua, guru besar-guru besar, ketua-ketua jabatan sekitar Bandar Muadzam Shah, Ahli-ahli Jawatankuasa Pengelola Kejohanan Olahraga MSSM Pahang kali ke-52, pemimpin-pemimpin masyarakat, pegawai-pegawai kejohanan, ketua-ketua kontinjen, guru-guru, para peserta kejohanan, tuan-tuan dan puan-puan sidang hadirin yang dimuliakan *

Bersyukur ke hadrat Illahi kerana dengan izin dan kurniaNya, dapat kita berkumpul pada pagi yang bersejarah ini untuk bersama-sama menjayakan dan memeriahkan Majlis Perasmian Pembukaan Kejohanan Olahraga MSSM peringkat negeri Pahang bagi tahun 2007.Sesungguhnya kehadiran tuan-tuan dan puan-puan sangat kami sanjung dan hargai. *

Sebagai pembuka tirai majlis pada pagi yang berbahagia ini, marilah sama-sama kita saksikan perbarisan lintas hormat para kontinjen sempena majlis Perasmian Pembukaan Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia, Pahang bagi tahun 2007.

Untuk itu majlis dengan hormatnya menjemput Yang Berusaha Puan Hajah Rokiah binti Mat Yaman, Pengerusi Jawatankuasa Pengelola Kejohanan Olahraga MSSM Pahang kali ke-52 untuk menjemput dan mengiringi Yang Berbahagia Tuan Haji Yusof bin OsmanKetua Sektor Pengurusan Pembangunan KemanusiaanJabatan Pelajaran Pahang untuk Ke hadapan Astaka bagi menerima lintas hormat daripada para kontinjen. *

Dengan hormatnya dipersilakan,

man 26/03/07/mssm phg 2

Page 3: Skrip Pengacara Majlis Perasmian Pembukaan Kejohanan Olahrag

Perbarisan lintas hormat kontinjen-kontijen Kejohanan Olahraga MSSM Pahang kali ke-52 di dahului dengan pasukan pembawa bendera kejohanan iaitu anggota-anggota Pasukan Kadet Polis Sekolah Menengah Teknik Muadzam Shah dengan diketuai oleh ……………………………………….. *

Seterusnya diikuti oleh kontinjen daerah…

(Rujuk lampiran Kontinjen)

-------------------------PERBARISAN LINTAS HORMAT -----------------------------

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Berbahagia Tuan Haji Yusof bin Osman, Ketua Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan, Jabatan Pelajaran Pahang di atas kesudian menerima lintas hormat daripada para kontinjen. *

Hadirin yang dihormati, Agar majlis ini diberkati, dengan hormatnya majlis menjemput Al Fadzil Ustaz Jalaluddin bin Tajuddin dari Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Pahang Muadzam Shah untuk membacakan doa. *

Dpersilakan.

*************************** BACAAN DOA ******************************

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih di atas bacaan doa itu tadi. *

Seterusnya Upacara menyanyikan lagu kebangsaan, lagu ‘Negaraku’Hadirin yang dihormati dipersilakan berdiri. *

******************* NYANYIAN LAGU NEGARAKU ***********************

man 26/03/07/mssm phg 3

Page 4: Skrip Pengacara Majlis Perasmian Pembukaan Kejohanan Olahrag

Begitulah tadi nyanyian lagu ‘Negaraku’ yang telah kita sempurnakan bersama-sama, majlis mengucapkan ribuan terima kasih. *

Tuan-tuan dan puan-puan sidang hadirin yang dihormati,Seterusnya,Majlis dengan hormatnya menjemput Yang BerusahaPuan Hajah Rokiah binti Mat Yaman,Pegawai Pelajaran Daerah Rompin,MerangkapPengerusi Jawatankuasa PengelolaKejohanan Olahraga MSSM Pahang kali ke-52untuk menyampaikan ucapan alu-aluan, *

Dengan hormatnya dipersilakan.

------------------------------------ UCAPAN ALUAN -----------------------------------

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Berusaha Puan Hajah Rokiah binti Mat Yaman, Pengerusi Jawatankuasa Pengelola, Kejohanan Olahraga MSSM Pahang Kali ke-52, di atas ucapan alu-aluan yang telah disampaikan. *

Hadirin yang dimuliakan,Seterusnya Majlis dengan hormatnyaMenjemput dan mempersilakanYang Berbahagia, Tuan Haji Yusof bin Osman,Ketua Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan Jabatan Pelajaran Pahang untuk menyampaikan ucapan Perasmian Pembukaan Kejohanan Olahraga MSSM Pahang kali ke-52 *

Dengan hormatnya dipersilakan.

************************** UCAPAN PERASMIAN ************************

man 26/03/07/mssm phg 4

Page 5: Skrip Pengacara Majlis Perasmian Pembukaan Kejohanan Olahrag

Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yang Berbahagia Tuan Haji Yusof bin Osman, Ketua Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan, Jabatan Pelajaran Pahang di atas kesudian menyampaikan ucapan Perasmian Pembukaan Kejohanan Olahraga MSSM Pahang kali ke-52 *

Sidang hadirin yang dimuliakan,

Seterusnya adalah upacara mengibarkan bendera kejohanan yang akan dilaksanakan oleh anggota-anggota pasukan Kadet Polis dari Sekolah Menengah Teknik Muadzam Shah yang diketuai oleh ………………....................................

dipersilakan.

******************UPACARA MENGIBARKAN BENDERA******************

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada anggota-anggota pasukan Kadet Polis Sekolah Menengah Teknik Muadzam Shah

Sidang hadirin yang dihormati,

Seterusnya adalah upacara bacaan ikrar Kejohanan Olahraga MSSM Pahang kali ke-52. Untuk itu majlis dengan hormatnya menjemput Saudara Pelajar Mohd Azriezal bin Zakaria dari kontinjen MSSM Rompin untuk mengetuai bacaan ikrar. *

Dipersilakan.

*************************** BACAAN IKRAR ****************************

man 26/03/07/mssm phg 5

Page 6: Skrip Pengacara Majlis Perasmian Pembukaan Kejohanan Olahrag

Begitulah tadi sempurnanya bacaan ikrar oleh para peserta kejohanan yang diketuai oleh Saudara Pelajar Mohd Azriezal bin Zakaria. Majlis mengucapkan ribuan terima kasih. *

Hadirin yang dihormati,SeterusnyaMajlis dengan hormatnya menjemput Yang Berusaha Puan Hajah Rokiah Binti Mat YamanPengerusi Jawatankuasa PengelolaKejohanan Olahraga MSSM Pahang Kali ke-52Menjemput dan mengiringiYang Berbahagia Tuan Haji Yusof bin OsmanKetua Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan Jabatan Pelajaran Pahang Untuk diperkenalkan kepada Ketua-ketua Kontinjen. *

Dengan hormatnya dipersilakan.

*************** MEMPERKENALKAN KETUA KONTINJEN ***********

Majliskan mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Berbahagia Tuan Haji Yusof bin Osman di atas kesudian untuk diperkenalkan kepada Ketua-ketua Kontinjen Kejohanan Olahraga MSSM Pahang Kali ke-52. *

Hadirin yang dimuliakan,

SeterusnyaSebagai tanda penghargaan dan ucapan terima kasih, majlis dengan hormatnya menjemput Yang Berusaha Puan Hajah Rokiah binti Mat Yaman untuk menyampaikan cenderamata kenang-kenangan kepada Yang Berbahagia Tuan Haji Yusof bin Osman. *

Dengan hormatnya dipersilakan.

*************************** CENDERAMATA PERASMI ******************

man 26/03/07/mssm phg 6

Page 7: Skrip Pengacara Majlis Perasmian Pembukaan Kejohanan Olahrag

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Berbahagia Tuan Haji Yusof bin Osman, di atas kesudian menerima cenderamata daripada Yang Berusaha Puan Hajah Rokiah binti Mat Yaman. *

Seterus upacara perbarisan keluar padang oleh kontinjen-kontinjen Kejohanan Olahraga MSSM Pahang kali Ke-52. Perbarisan keluar padang ini juga didahuluioleh anggota-anggota Pasukan Kadet Polis dari Sekolah Menengah Teknik Muadzam Shah. *

Dipersilakan.

************************** KELUAR PADANG ****************************

Hadirin yang dihormati,

Dengan upacara perbarisan keluar padang itu tadi maka sempurnalah sudah Majlis Perasmian Pembukaan Kejohanan Olahraga MSSM Pahang Kali ke-52.

Sebelum tirai majlis dilabuhkan, bagi pihak Jawatankuasa Pengelola, majlismengambil kesempatan mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan majlis pada pagi ini khususnya kepada Yang Berbahagia Tuan Haji Yusof bin Osman, Ketua Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan, Jabatan Pelajaran Pahang . *

man 26/03/07/mssm phg 7

Page 8: Skrip Pengacara Majlis Perasmian Pembukaan Kejohanan Olahrag

Sejurus selepas majlis ini tamat, majlis dengan hormatnya menjemput Yang Berusaha Puan Hajah Rokiah binti Mat Yaman, Pegawai Pelajaran Daerah RompoinMerangkapPengerusi Jawatankuasa Pengelola Kejohanan Olahraga MSSM Pahang kali ke-52, Menjemput dan mengiringi Yang Berbahagia Tuan Haji Yusof bin OsmanKetua Sektor Pengurusan Pembangunan KemanusiaanJabatan Pelajaran Pahanguntuk menikmati jamuan yang telah disediakan. Tuan-tuan dan puan-puan tetamu jemputan dijemput untuk bersama-sama. *

Sekian, majulah sukan untuk negara.Wabillahi taufiq …

******************************* TAMAT **************************************

man 26/03/07/mssm phg 8