All materials on our website are shared by users. If you have any questions about copyright issues, please report us to resolve them. We are always happy to assist you.
...

Skrip Pengacara Majlis Penyerahan E-Book Daerah Kemaman

by mohdanuaribrahim

on

Report

Category:

Documents

Download: 0

Comment: 0

883

views

Comments

Description

Download Skrip Pengacara Majlis Penyerahan E-Book Daerah Kemaman

Transcript

SKRIP MAJLIS PENYERAHAN E-BOOK & BANTUAN PAKAIAN SEKOLAH TAHUN 2010 PERINGKAT DUN CHUKAI Mengumumkan ketibaan YB Dato’ Hj Mohamad b Awang Tera, Ahli Dewan Undangan Negeri DUN Chukai. Bismillahirrahmanirrahim…… 1. Yang Berhormat Dato’ Hj Mohamad b Awang Tera Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Usahawan & Koperasi Negeri merangkap ADUN Chukai. Yang Berbahagia Toh Puan Hjh Wan Zaharah bt Wan Yahya Isteri kepada YB Dato’. Yang Berbahagia En Nasir b Ismail Ketua Sektor, Sektor Pengurusan Maklumat dan ICT, Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu MEWAKILI Pengarah Pelajaran Negeri Terengganu. Yang Berbahagia, En Zakaria b Hussin Pegawai Pelajaran Daerah Kemaman. - Dif-dif Kehormat - Ketua-ketua Jabatan - Ahli-ahli J/kuasa Kemajuan Kampung - Pengetua-pengetua - Guru Besar-Guru Besar - Para guru - YDP-YDP PIBG bersama Jawatankuasa - Ibu bapa-Ibu bapa - Murid-murid - Seterusnya tuan-tuan dan puan-puan, hadirin hadirat yang dihormati sekalian. 2. 3. 4. 5. ASSALAMUALAIKUM…… SALAM SEJAHTERA DAN SALAM SATU MALAYSIA Syukur Alhamdulilah, di pagi yang berbahagia ini, kita dapat berhimpun senada seirama, seia sekata, dalam majlis penuh harmoni, Majlis Penyerahan E-Book & Bantuan Pakaian Sekolah Tahun 2010 Peringkat DUN Chukai. Selamat datang diucapkan kepada YB Dato’ serta isteri, dan sekelian yang hadir bagi menjayakan lagi majlis pada pagi ini. Tuan-tuan dan Puan-puan yang dihormati sekalian 1. Nyanyian Lagu Negaraku Pembuka tirai aturcara pada pagi ini, Nyanyian Lagu Negaraku. Untuk itu, tuan-tuan dan puan-puan diminta berdiri. NYANYIAN LAGU NEGARAKU- 2. Bacaan Doa Bagi memberkati majlis kita pada pagi ini, majlis mempersilakan Al-Fadhil Utz Muhamad Ridhuan b Yusof bagi memimpin bacaan doa.. Dipersilakan.. Bacaan Doa- Terima kasih diucapkan kepada Utz Muhamad Ridhuan atas bacaan doa itu tadi. 3. Ucapan Aluan Pengarah Pelajaran Terengganu Meneruskan aturcara pada pagi ini, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Berbahagia En Nasir b Ismail mewakili Pengarah Pelajaran Negeri Terengganu untuk menyampaikan ucapan alu-aluan. Dengan segala hormatnya dipersilakan… Ucapan Wakil Pengarah Pelajaran Terengganu – Terima kasih diucapkan kepada Yang Berbahagia En Nasir atas ucapan itu tadi. Tuan-tuan dan puan-puan yang dimuliakan.. 4. Ucapan Perasmian Tiba saatnya kita ke kemuncak acara..Majlis dengan ini mempersilakan Yang Berhormat Dato’ Hj Mohamed b Awang Tera bagi menyampaikan ucapan, seterusnya merasmikan majlis pada pagi ini. Dengan segala hormatnya dipersilakan YB Dato’. Ucapan Perasmian – Terima kasih diucapkan kepada YB Dato’ atas ucapan perasmian itu tadi. Dengan ini maka rasmilah sudah Majlis kita pada pagi ini. Tuan-tuan dan Puan-puan yang dihormati sekalian 5. Majlis Penyerahan e-Book Aturcara diteruskan lagi dengan penyerahan e-Book kepada Murid-murid Tahun 5 dari 13 buah sekolah kawasan DUN Chukai. Untuk itu sekali lagi dipersilakan YB Dato’ diiringi oleh Yang Berbahagia En Zakaria b Hussin , Pegawai Pelajaran Daerah Kemaman bagi menyempurnakan majlis. Dengan segala hormatnya dipersilakan.. 1. SK Sultan Ismail Mendahului senarai , dipersilakan Guru Besar SK Sultan Ismail bersama sejumlah 194 orang murid diiringi ibu bapa atau penjaga murid masing-masing naik ke pentas untuk menerima e-Book. Dipersilakan.. 2. SK Bukit Mentok 2. Seterusnya dipersilakan Guru Besar SK Bkt Mentok 2, Tn Hj Haris b Endot bersama 148 orang murid untuk menerima e-Book masing-masing. Dipersilakan.. 3. SK Pusat Penyampaian e-Book diteruskan lagi dengan mempersilakan murid dari SK Pusat bersama GB sekolah berkenaan, En Khalid b Sulong. Seramai 153 orang terlibat menerima e-Book dari sekolah ini. 4. SK Kampung Tengah Penerima e-Book seterusnya, SK Kg Tengah. Dipersilakan Pn Zaini bt Mat Nor, GB SK Kg Tengah, bersama 97 orang murid diiringi ibu bapa dan penjaga masingmasing untuk naik ke pentas. 5. SK Seri Geliga Mengambil giliran ke-5, SK Seri Geliga dengan jumlah penerima e-Book paling ramai iaitu seramai 248 orang murid. Dipersilakan En Omor b Deraman, GB SK Seri Geliga bersama ibu bapa dan murid naik ke pentas untuk menerima e-Book. 6. SK Binjai Seterusnya dipersilakan SK Binjai GB - Tn Hj Rameli b Mamat Bil murid - 204 orang murid 7. SK Chukai Penerima e-Book seterusnya, SK Chukai. GB - Tn Hj Mohd Yusof b Muda Bil murid -142 orang murid 8. SK Mak Lagam Seterusnya SK Mak Lagam. GBBil. Murid – 96 orang 9. SK Seri Iman Seterusnya SK Seri Iman GB – En Ahmad Kamal b Ismail Bil murid – 135 orang 10. SK Seri Kemaman Seterusnya SK Seri Kemaman GB – Bil murid – 96 orang murid 11. SJKC Kuala Kemaman Seterusnya SJKC Kuala Kemaman GB – Chia Gaik Nooi Bil murid – 17 orang 12. SK Bukit Mentok Seterusnya SK Bukit Mentok GB – Muhamad b A.Bakar Bil murid – 96 orang murid 13. SJKC Chukai Seterusnya SJKC Chukai GB – Khaw Kian Hup Bil murid – 91 orang 6. Penutup Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada YB Dato’ kerana sudi menyempurnakan majlis penyerahan e-Book pada kali ini. Dengan berakhirnya penyerahan e-Book dan bantuan pakaian sekolah DUN Chukai itu tadi, maka majlis kita berakhir di sini. Sebelum mengundurkan diri, Sekalung budi, seuntai kasih dihulurkan. Orang berbudi kita berbahasa Orang memberi kita merasa. Sekalung tahniah kepada penerima e-Book dan penerima bantuan pakaian sekolah, terima kasih dan penghargaan tidak terhingga kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan majlis ini. Segala kesempurnaan milik Allah jua, manakala segala kekurangan adalah dari kelemahan kami jua. Maaf atas segala kekhilafan. Semoga bersua lagi di masa akan datang. 7. Jamuan Sebelum majlis bersurai, dipersilakan YB Dato’ bersama isteri diiringi oleh dif-dif kehormat serta semua jemputan beredar untuk menikmati jamuan. Tuan-tuan dan puan-puan juga dipersilakan untuk menikmati jamuan yang disediakan.. Dengan ini saya sudahi majlis dengan lafaz yang mulia, wabillahhitaufik wal hidayah………. Sekian, terima kasih. Pengumuman dr masa ke semasa. 1. HP – Silent mode Perhatian kpd semua yang yang berada di dalam dewan, mohon kerjasama supaya dapat mematikan telefon bimbit anda ketika majlis berlangsung . Kedudukan ikut sekolah. Perhatian kepada semua ibu bapa dan penjaga, murid-murid dan guru-guru, sila pastikan anda berada di tempat duduk yang telah ditetapkan oleh pihak pengurusan mengikut sekolah masing-masing. Naik ke pentas mengikut guru-guru sekolah masing-masing. Adalah diingatkan kepada semua murid dan ibu bapa, sila naik ke pentas dengan mengikut guru sekolah masing-masing selepas nama sekolah diumumkan. Selepas terima e-Book, tolong duduk semula di tempat duduk masing-masing. Pohon kerjasama kepada semua ibu bapa dan penjaga serta murid-murid, anda tidak dibenarkan meninggalkan dewan sebaik sahaja menerima e-Book. Sebagai menghormati majlis, Sila berada di tempat duduk masing-masing sebaik selesai menerima e-Book. Kerjasama anda kami dahului dengan ucapan ribuan terima kasih. 2. 3. 4.
Fly UP