Skrip Pengacara Majlis Jamuan Hari Raya 2014

Embed Size (px)

DESCRIPTION

..

Citation preview

SKRIP PENGACARA MAJLIS JAMUAN HARI RAYA 2014

(1) ALUAN PENGERUSIBismillahirrahmanirrahimYang berusaha Encik Aminudin bin Mustafa, Pengetua SMK DJH

Yang Berusaha, Encik Mohd Naseer bin Zainol, Penolong Kanan Pentadbiran,

Yang Dihormati En Ahmad Fauzi b Ibrahim, Penolong kanan Hal Ehwal Murid,

Yang Dihormati Encik Mohsin b Ibrahim, Penolong Kanan Kokurikulum,

Yang Dihormati Puan Jamilaton Rabaiee binti Haris, Penolong Kanan Tingkatan 6.

Guru-guru Kanan, Guru Cemerlang, kaunselor sekolah, rakan-rakan guru, dan para pelajar yang dikasihi sekalian.

Assalamualaikum wbt, salam sejahtera dan salam 1Malaysia.

Bersongkok bersampin segak berseriBerbaju kurung anggun jelitaMajlis ramah mesra aidil fitriBersamalah kita meraikannya

Kuih bahulu tradisi kitaKetupat rendang pembuka seleraTangan dihulur maaf dipintaAgar ukhwah terjalin mesra

(3)Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya jua maka kita masih diberikan kesempatan untuk menghirup udara Syawal setelah sebulan Ramadhan kita berpuasa. Syukur juga kerana kita sama-sama dapat berkumpul di Dewan Seri Jernih yang ceria ini untuk meraikan majlis Sambutan hari raya Aidilfitri peringkat sekolah bagi tahun 2012.

(4) DOAHadirin-hadirat yang dihormati sekalian

Majlis sambutan hari raya Aidilfitri ini, kita mulakan dengan munajat doa memohon restu dari yang maha Esa. Majlis mempersilakan Ustaz \Mohd Saifuddin b Hassan bagi memimpin pembacaan doa. Dipersilakan al-fadzil ustaz.

terima kasih Al Fadzil Ustaz atas pimpinan ketulusan pembacaan doa sebentar tadi. Semoga majlis nan berlangsung diberkati oleh Yang Maha Agung.

(5)UCAPAN PENGETUAHadirin hadirat , para pelajar yang dikasihi sekalian,

Lemang dihidang enak rasanyaNasi arab pilihan kitaBingkisan kata bingkisan rayaTuan pengetua bermadah kata

Bagi maksud itu, majlis dengan penuh hormat dan sukacitanya mempersilakan yang berusaha, En. Aminudin bin Mustafa, Pengetua SMK Datuk Jaafar Hassan untuk menyampaikan sepatah dua kata.Dipersilakan.

Seterusnya, majlis sekali lagi mempersilakan Tuan pengetua, penolong kanan pentadbiran, Penolong kanan HEM dan penolong kanan kokurilulum untuk menyalakan pelita di hadapan pentas sebagai simbolik perasmian acara sambutan hari raya pada tahun ini.Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada yang Berusaha. Tuan pengetua, penolong kanan pentadbiran, penolong kanan HEM dan penolong kanan kokurikulum atas penyempurnaan acara simbolik sebentar tadi.

(6) JAMUAN

Ketupat lemang nasi impit laksaMi kuah bihun sup tidak dilupaKek dan biskut tersedia di mejaTunggu apa lagi jom kita jamu selera

Dipersilakan hadirin hadirat dan semua yang hadir untuk menikmati juadah yang telah sedia dihidangkan.Tetapi sebelum itu, saya akan serahkan majlis ini dahulu kepada SITI ROHAYA bt Sabri Goh untuk meneruskan acara.

[Siti Ruhana](7)PERSEMBAHAN:

Awan bersua citra berkisahUkiran sukma kilauan kelisaSambil berbual nikmati juadahPersembahan pelajar ceria acara

Marilah kita sama-sama menghayati alunan suara lagu-lagu raya yang akan didendangkan oleh pelajar.

{1}Terima kasih diucapkan kepada __________________________

{2}Terima kasih diucapkan kepada __________________________

{3}[Che Faridah]

Terima kasih diucapkan kepada __________________________

Demikian tadi berakhirnya persembahan pelajar. Terima kasih sekalung budi diucapkan kepada semua pelajar yang menjayakan persembahan itu tadi.

(8) PENUTUPMajlis kita sampai ke penghujungnya. Pihak majlis mohon mengambil kesempatan waktu di penghujung ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam memastikan majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat sekolah ini dapat dilangsung dengan meriahnya. Terima kasih juga diucapkan kepada semua pelajar atas kerjasama yang diberikan bagi mengharmonikan majlis ini.

Sekian, Wassalamualakum wbt.dan Selamat hari raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin.

Nyanyian Lagu NegaraKu/ Sabah Tanah AirkuDiminta para hadirin berdiri utk sama2 menyanyikan lagu.( 1 ) Assalamualaikum wbt Salam 1 Malaysia dan salam 1 SK Pekan SempornaYang BerusahaTn. Hj. Karim Hj Ubah, Guru Besar SK Pekan Semporna merangkap pengerusi sambutan hari raya aidil fitri 2014.Barisan Penolong2 KananPara tetamu undangan :1..................................................................................................................2..................................................................................................................3..................................................................................................................4..................................................................................................................5..................................................................................................................6..................................................................................................................7..................................................................................................................Rakan-rakan guru dan staf AKS Tuan-tuan dan puan-puan serta murid2 yang dikasihi sekalian.

Buat ketupat bersama rendangJadi hidangan di pagi hariSaya bagi pihak majlis mengucapkan selamat datangKe Majlis Sambutan Hari Raya AidilfitriBersongkok bersamping segak berseriBerbaju kurung anggun jelitaMajlis sambutan aidil fitriBersamalah kita meraikannya

Kuih bahulu tradisi kitaKetupat rendang pembuka seleraTangan dihulur maaf dipintaAgar ukhwah terjalin mesra

1

(2)Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya jua maka kita masih diberikan kesempatan untuk menghirup udara Syawal setelah sebulan Ramadhan kita berpuasa. Syukur juga kerana kita sama-sama dapat berkumpul di Dewan Terbuka SK Pekan Semporna yang ceria ini untuk meraikan majlis Sambutan hari raya Aidilfitri peringkat sekolah bagi tahun 2014.

Majlis mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua para tetamu jemputan dan para hadirin kerana sudi hadir dalam majlis yang diadakan pada pagi ini.

(3)Hadirin-hadirat yang dihormati sekalian

Majlis sambutan hari raya Aidilfitri ini, kita mulakan dengan munajat doa memohon restu dari yang maha Esa.Untuk itu majlis mempersilakan Al Fadhil Ustaz Azmizi Ghazalibagi memimpin pembacaan doa. Dipersilakan al-fadhil ustaz.

.....terima kasih Al Fadhil Ustaz atas pimpinan ketulusan pembacaan doa sebentar tadi. Semoga majlis ini diberkati oleh Allah SWT.

(4)Lemang dihidang enak rasanyaNasi briyani pilihan kitaBingkisan kata bingkisan rayaTuan Guru Besar bermadah kata

Bagi meneruskan acara, majlis dengan hormatnya menjemput dan mempersilakan Tn Hj. Karim Hj Ubah Guru Besar SK Pekan Semporna merangkap pengerusi sambutan untuk menyampaikan ucapan. Majlis dgn segala hormatnya mempersilakan..........Majlis mengucapkan terima kasih atas ucapan tersebut.

(5)Para hadirin sekalian,Acara kita diteruskan dgn penyampaian sumbangan duit raya kepada anak-anak yatim. Bagi menyempurnakan acara ini, majlis menjemput ................................................................................. mengiringi .................................................... naik ke atas pentas.

2(6)Para hadirin yang dihormati sekalian, atur cara majlis diteruskan lagi dengan jamuan Hari Raya Aidilfitri. Para hadirin dan semua tetamu jemputan dipersilakan menikmati juadah dan hidangan yang telah disediakan.Tuan-tuan dan puan-puan sekalianBaik lelaki mahupun perempuanJanganlah malu, janganlah seganMakanan yang terhidang jemputlah makan.

(7)PENUTUPSelama sebulan kita berpuasaLapar dahaga sama dirasaBermaaf-maafan sesama kitaSemoga terhapus segala dosaYang jauh berkirim salamYang dekat berkirim rinduMari lupakan kisah yang silamKita buka buku yang baharu

Majlis kita sampai ke penghujungnya. Bagi pihak seluruh warga SK Pekan Semporna kami mohon mengambil kesempatan waktu di penghujung ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam memastikan majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat sekolah ini dapat dilangsungkan dengan meriahnya.

Sekian, Wassalamualakum wbt.dan Selamat hari raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin.

3