9
Skrip Pengacara Majlis Mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia Tuan Pengarah Maktab Perguruan Temenggong Ibrahim, diiringi Ketua Jabatan Pengajian Melayu. (Persembahan Silat dan Gimik) Dari Dewan Seri Temenggong, Maktab Perguruan Temenggong Ibrahim, sama-samalah kita menghayati Malam Apresiasi Sastera. (Persembahan Pembukaan) Para hadirin sekalian… Demikianlah tadi lemai gemalai, lembut tari zapin dari kumpulan zapin Sekolah Kebangsaan Sri Melati, Johor Bahru. Tahniah dan Syabas diucapkan. 1

Skrip Pengacara Majlis

  • Upload
    sirtuan

  • View
    60

  • Download
    5

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Skrip Pengacara

Citation preview

Skrip Pengacara Majlis

Skrip Pengacara MajlisMengumumkan ketibaan Yang Berbahagia Tuan Pengarah Maktab Perguruan Temenggong Ibrahim, diiringi Ketua Jabatan Pengajian Melayu.(Persembahan Silat dan Gimik)

Dari Dewan Seri Temenggong, Maktab Perguruan Temenggong Ibrahim, sama-samalah kita menghayati Malam Apresiasi Sastera.(Persembahan Pembukaan)

Para hadirin sekalian

Demikianlah tadi lemai gemalai, lembut tari zapin dari kumpulan zapin Sekolah Kebangsaan Sri Melati, Johor Bahru. Tahniah dan Syabas diucapkan.Assalamualaikum dan salam sejahtera. Salam puisi yang menghiasi malam penuh damai, Malam Apresiasi Sastera.

Yang Berbahagia,

Tuan Haji Abdul Hamid bin Abu Hassan

Pengarah Maktab Perguruan Temenggong Ibrahim,

Yang Berusaha

Tuan Hj Marwar bin Abdul KadirKetua Jabatan Pengajian MelayuYang Dihormati

Ketua-ketua Jabatan, ketua-ketua unit, para pensyarah

Dan seterusnya, rakan guru pelatih yang dikasihi sekalian

Sirih Junjung Sirih BeradatDuduk Bersila di anjung Tamu

Salam Kasih Salam Berkat

Di Dewan ini kita Bertemu

Hadirin yang dihormati,

Malam Apresiasi Sastera adalah anjuran Jabatan pengajian Melayu, kerjasama Kelab Teater Tradisional Bangsawan dan Perbama.

Pada malam ini kita akan mempertandingkan tiga kategori iaitu; Sketsa Puisi Berkumpulan, Lagu Puisi berkumpulan dan Lagu Asli solo.

Tuan-tuan dan Puan-puan,

Tanpa melengahkan masa, mari kita sama-sama menyaksikan persembahan peserta pertama pada malam ini dari Kumpulan Senandung Sutera dengan sketsa puisi bertajuk.Dipersilakan.

Demikianlah tadi persembahan penuh warna warni dari Kumpulan Senandung Sutera.

Para hadirin sekalian,

Persembahan kedua pada malam ini adalah Kumpulan Kasbut Ribut. Akan mendendangkan lagu puisi bertajuk.

Tentatif Pertandingan1. Sketsa Puisi (KPLI Matematik) Senandung Sutera

Tajuk Sketsa : Gurindam Jiwa2. Lagu Puisi Berkumpulan (5 Pra-PM) Kabus Ribut

Tajuk Lagu : Berita Untuk Kawan3. Lagu Asli Solo Norfarhanah Zaini (PISMP-PSBM)

Tajuk Lagu : Patah HatiPersembahan selingan oleh pensyarah1. Lagu Puisi Berkumpulan (5PJ/PK2) Irama Teruna

Tajuk Lagu :

2. Lagu Asli Solo Bilquis Zsa Zsa (KPLI Hot Cat)

Tajuk Lagu : Sayangku Selasih3. Sketsa Puisi (KPLI TESL)

Tajuk Sketsa :Persembahan selingan oleh pensyarah1. Lagu Asli Solo Norzuliana Md Taher (KPLI Fizik)

Tajuk Lagu : Nazam Berkasih2. Lagu Puisi Berkumpulan (KPLI PJ Men) Anak Watan

Tajuk Lagu :Padamu Kekasih3. Lagu Asli Solo Saiful Anwar Hamzah (KPLI Biologi)

Tajuk Lagu : 4. Lagu Puisi Berkumpulan (KPLI Biologi) Siti Hajar Aisyah dan Ziaor Rahman

Tajuk Lagu : Doa Buat KekasihPersembahan Selingan oleh kumpulan Daksina

Deklamasi Syair Oleh Tuan Pengarah

Hadirin yang mulia,

Sementara menunggu para juri mengira markah, kita saksikan dulu persembahan selingan. Marilah kita sama-sama menghayati dua buah lagu puisi dari Kumpulan Daksina. Untuk pengetahuan hadirin sekalian, kumpulan ini dianggotai oleh 4 orang adik beradik, iaitu:1.

2.

3.

4.

Dengan segala hormatnya dipersilakan

(Persembahan Kumpulan Daksina)Sungguh mengasyikkan dendangan lagu itu tadi.

Hadirin sekalian,

Malam ini kita sememangnya bertuah kerana Tuan Pengarah sudi untuk mendeklamasikan sebuah syair yang bertajuk.. Dengan segala hormatnya dipersilakan.Tuan-tuan dan Puan-puan,Tibalah masa yang ditunggu-tunggu. Ditangan saya terungkailah sudah keputusan pertandingan pada malam ini.

Sebelum itu dijemput Tuan Pengarah diiringi oleh Ketua Jabatan Pengajian Melayu untuk menyampaikan hadiah.

Bagi kategori Lagu Puisi .

Tempat ketiga

Tempat kedua

Dan Juara disandang

.

.

.

.

Majlis mengucapkan ribuan Terima Kasih kepada Tuan Pengarah di atas kesudian beliau menyampaikan hadiah-hadiah itu tadi.

Bagi menunjukkan rasa terima kasih, Dijemput Ketua Jabatan Pengajian Melayu untuk menyampaikan cenderahati kepada Yang Berbahagia Tuan Pengarah.

Sebagai penutup majlis, marilah sama-sama kita menyanyikan lagu NEGARAKU. Para hadirin diminta berdiri.

Assalamualaikum wbr

Nama Panel Hakim1. Saudara Jafni

(Komposer lagu puisi Kumpulan Daksina)

2. Saudara Afiq Zulkarnain

(Pengarah Muda dan Pengurus Kelab Teater Red Cactus)

3. Encik Isa Amri

(Pensyarah Muzik di Jabatan Sosial MPTI)

Persembahan Pensyarah1. Encik Osman bin Rawa (Pensyarah Jabatan Hal Ehwal Pelajar)

2. Encik Jasni bin Bakri (Staf Sokongan MPTI)

3. Puan Saedah bt (Pensyarah Jabatan Hal Ehwal Pelajar)PAGE 5