13
SKIM BANTUAN GALAKAN PERNIAGAAN ORANG KURANG UPAYA (SBGP-OKU) JABATAN TENAGA KERJA SEMENANJUNG MALAYSIA KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA

SKIM BANTUAN GALAKAN PERNIAGAAN ORANG KURANG UPAYA (SBGP-OKU)

Embed Size (px)

DESCRIPTION

KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA. SKIM BANTUAN GALAKAN PERNIAGAAN ORANG KURANG UPAYA (SBGP-OKU). JABATAN TENAGA KERJA SEMENANJUNG MALAYSIA. PENGENALAN. SBGP-OKU. - PowerPoint PPT Presentation

Citation preview

Page 1: SKIM BANTUAN GALAKAN PERNIAGAAN ORANG KURANG UPAYA  (SBGP-OKU)

SKIM BANTUAN GALAKAN PERNIAGAAN ORANG KURANG

UPAYA (SBGP-OKU)

JABATAN TENAGA KERJA SEMENANJUNG MALAYSIA

KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA

Page 2: SKIM BANTUAN GALAKAN PERNIAGAAN ORANG KURANG UPAYA  (SBGP-OKU)

PENGENALAN

Skim Bantuan Galakan Perniagaan Orang Kurang Upaya (SBGP-OKU) adalah satu strategi kerajaan untuk “bantu OKU membantu OKU mendapatkan pekerjaan” melalui pengembangan perniagaan mereka.

Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) telah memperuntukkan sebanyak RM22 juta sebagai modal bantuan kepada OKU bagi merealisasikan hasrat ini.

(SBGP-OKU) adalah terbuka kepada OKU di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.

SBGP-OKU

RM 22

JUTA

Page 3: SKIM BANTUAN GALAKAN PERNIAGAAN ORANG KURANG UPAYA  (SBGP-OKU)

SEJARAH PENGLIBATAN JTK DALAM PENGGAJIAN OKU

JTKSM adalah jabatan yang bertanggungjawab dalam menjaga hal ehwal penggajian pekerja termasuk penggajian OKU.

1990 : Penubuhan Jawatankuasa Teknikal Penggalakan Penggajian OKU di Sektor Swasta Peringkat Kebangsaan.

2001 : Pelancaran Kod Amalan Penggajian OKU di Sektor Swasta.

2005 : Pelancaran Sistem Penempatan OKU (SPOKU).

Page 4: SKIM BANTUAN GALAKAN PERNIAGAAN ORANG KURANG UPAYA  (SBGP-OKU)

MASALAH PELAKSANAAN

Sehingga Disember 2006 seramai 8870 OKU berjaya didaftarkan dan 6741 (76%) OKU berjaya ditempatkan.

Masalah menempatkan OKU:

SBGP-OKU

Majikan : tidak berminat, kurang percaya dan enggan

menyediakan infrastruktur yang sesuai untuk OKU.

OKU : sukar menyesuaikan diri.

Kemudahan awam tidak mesra OKU.

Ibubapa : sukar berpisah dan tidak mempunyai keyakinan

terhadap kemampuan/keselesaan anak mereka.

Hasil kajian : Hanya OKU yang faham OKU.

Alternatif : Menggalakkan usahawan OKU untuk menggajikan OKU di tempat pekerjaan mereka.

Page 5: SKIM BANTUAN GALAKAN PERNIAGAAN ORANG KURANG UPAYA  (SBGP-OKU)

OBJEKTIF

Geran ini merupakan bantuan secara one-off.

SBGP-OKU

Membuka peluang

pekerjaan untuk OKU.

“bantu OKU membantu OKU dapat kerja”

Membantu program penempatan

penggajian OKU

Membantu program penempatan

penggajian OKU

Membantu OKU mengembangkan perniagaan

Page 6: SKIM BANTUAN GALAKAN PERNIAGAAN ORANG KURANG UPAYA  (SBGP-OKU)

OKU hendaklah berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)

Berumur 18 tahun dan ke atas

Warganegara Malaysia

Mempunyai perniagaan dan bercadang untuk mengembangkan perniagaan

Pengembangan perniagaan adalah bertujuan untuk membuka peluang pekerjaan kepada OKU

Permohonan boleh secara individu atau berkumpulan

Perniagaan persatuan OKU yang berdaftar juga layak memohon (PERKOBP dan Beautiful Gate)

1

2

3

4

5

6

7

SYARAT-SYARAT PEMOHON

Page 7: SKIM BANTUAN GALAKAN PERNIAGAAN ORANG KURANG UPAYA  (SBGP-OKU)

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN GERAN

Permohonan hendaklah menggunakan borang SBGP-OKU yang boleh diperolehi di mana-mana pejabat Jabatan Tenaga Kerja (JTK) yang berdekatan.

Mengemukakan kertas kerja yang jelas menerangkan tujuan permohonan dibuat beserta butiran terperinci dan dokumen-dokumen tambahan.

Sokongan daripada Persatuan/Pertubuhan Badan Bukan Kerajaan (NGOs) adalah diberi keutamaan.

Mana-mana OKU/Kumpulan OKU yang telah menerima bantuan atau pinjaman daripada agensi-agensi lain juga layak untuk memohon.

Permohonan yang lengkap yang disertakan dengan dokumen-dokumen yang perlu hendaklah diserah kepada JTK yang terdekat.

Page 8: SKIM BANTUAN GALAKAN PERNIAGAAN ORANG KURANG UPAYA  (SBGP-OKU)

PASUKAN PENILAI

Pasukan Penilai di peringkat negeri terdiri daripada 3 ahli dan diketuai oleh Pengarah JTK Negeri.

Pasukan Penilai akan menyemak borang permohonan SBGP-OKU dan menemuduga pemohon serta mengadakan lawatan ke premis untuk proses penilaian permohonan.

Laporan penilaian beserta dokumen permohonan yang lengkap diisi hendaklah dihantar kepada Urusetia di Ibu Pejabat JTKSM (dalam tempoh 14 hari).

Pasukan Penilai juga akan menjalankan penyeliaan dan memberi khidmat nasihat kepada pemohon yang berjaya selepas 6 bulan dari tarikh pemberian geran bagi memastikan semua syarat sentiasa dipatuhi dan laporan pemantauan perlu dihantar kepada Urusetia.

Page 9: SKIM BANTUAN GALAKAN PERNIAGAAN ORANG KURANG UPAYA  (SBGP-OKU)

URUSETIA

Bahagian Standard Perburuhan JTKSM merupakan urusetia

bagi SBGP-OKU.

Urusetia akan mengumpul dan membuat ringkasan setiap

permohonan untuk dikemukakan kepada Jawatankuasa

Penilaian Permohonan Peringkat Kebangsaan (JKPP).

Urusetia akan menetap dan mengaturkan mesyuarat JKPP.

Urusetia akan menyediakan laporan bulanan dan tahunan

SBGP-OKU.

Urusetia juga akan merancang program motivasi dan kursus

yang sesuai bagi membantu pemohon yang berjaya.

Page 10: SKIM BANTUAN GALAKAN PERNIAGAAN ORANG KURANG UPAYA  (SBGP-OKU)

JAWATANKUASA PENILAIAN PERMOHONAN (JKPP)

Pengerusi :Ketua Setiausaha KSMTimb. Pengerusi :Ketua Pengarah JTKSM Ahli-ahli :Setiausaha Bahagian Kewangan KSM

Timb. Ketua Pengarah JTKSM Pengarah JTK Sarawak Pengarah JTK Sabah Pengarah Khidmat Pengurusan JTKSM Wakil Jabatan Kebajikan Masyarakat Wakil Persatuan Orang Cacat Anggota Malaysia Wakil Persatuan Orang Cacat Penglihatan Wakil Persekutuan Orang Pekak Malaysia Wakil Pertubuhan Kebangsaan Orang Kerdil Malaysia

Urusetia :Pengarah Standard Perburuhan Bahagian Standard Perburuhan, JTKSM

Page 11: SKIM BANTUAN GALAKAN PERNIAGAAN ORANG KURANG UPAYA  (SBGP-OKU)

FUNGSI JKPP

Menilai dan menimbang permohonan serta laporan Pasukan Penilai.

Penilaian dibuat berdasarkan laporan Pasukan Penilai Peringkat Negeri; potensi perniagaan; bilangan OKU yang akan digajikan; jenis perusahaan; modal perniagaan; jumlah geran yang dipohon berbanding keupayaan perniagaan dan rancangan jangka masa panjang.

JKPP akan meluluskan permohonan serta

jumlah geran yang akan diberikan.

Page 12: SKIM BANTUAN GALAKAN PERNIAGAAN ORANG KURANG UPAYA  (SBGP-OKU)

PROSEDUR PERMOHONAN DAN KELULUSAN GERAN OKU menghantar permohonan dengan

menggunakan borang SBGP-OKU

JTK Negeri terima borang permohonan dan menyemak borang

PP lawat premis perniagaan/ temuduga pemohon untuk pengesahan dan penilaian

PP sedia laporan penilaian dan hantar kepada Ibu Pejabat JTKSM (Urusetia)

Urusetia atur mesyuarat JKPP

LULUS

Pemantauan oleh PP selepas 6 bulan

geran diberikan

Program motivasi dan kursus yang sesuai dijalankan dari masa ke masa

Lengkap

Tidak LengkapBorang dikembalikan

untuk dikemaskini

Kemaskini borang permohonan

Mesyuarat JKPP menimbang permohonan dan meluluskan geran

Page 13: SKIM BANTUAN GALAKAN PERNIAGAAN ORANG KURANG UPAYA  (SBGP-OKU)

SEKIAN

TERIMA KASIH

Give a man a fish, he eats for one day

Teach a man to fish, he eats forever

SBGP-OKU