11
10 gambar berkaitan teknologi dan inovasi 1. Robot Lebah Perkembangan dunia robot memang menarik untuk diketahui. National Science Foundation (NSF) telah memberikan dana sebanyak 10 juta USD kepada Universiti Harvard untuk melakukan eksperimen dalam pembuatan sekumpulan robot lebah yang dapat terbang seperti lebah hidup. Tujuan pembuatan robot ini adalah agar dapat menghasilkan robot yang boleh terbang dengan ukuran kecil, selain dapat menjimatkan tenaga. Rancangan ini memerlukan jangka masa lima tahun untuk memperoleh suatu ciptaan yang baik. 2. Form 1

Web viewPercetakan tiga dimensi adalah teknologi yang boleh membentuk sesuatu rekaan digital menjadi produk pepejal yang nyata. Teknologi ini bukanlah sesuatu yang baru dalam

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Web viewPercetakan tiga dimensi adalah teknologi yang boleh membentuk sesuatu rekaan digital menjadi produk pepejal yang nyata. Teknologi ini bukanlah sesuatu yang baru dalam

10 gambar berkaitan teknologi dan inovasi

1. Robot Lebah

Perkembangan dunia robot memang menarik untuk diketahui. National Science

Foundation (NSF) telah memberikan dana sebanyak 10 juta USD kepada Universiti Harvard

untuk melakukan eksperimen dalam pembuatan sekumpulan robot lebah yang dapat terbang

seperti lebah hidup. Tujuan pembuatan robot ini adalah agar dapat menghasilkan robot yang

boleh terbang dengan ukuran kecil, selain dapat menjimatkan tenaga. Rancangan ini memerlukan

jangka masa lima tahun untuk memperoleh suatu ciptaan yang baik.

2. Form 1

Page 2: Web viewPercetakan tiga dimensi adalah teknologi yang boleh membentuk sesuatu rekaan digital menjadi produk pepejal yang nyata. Teknologi ini bukanlah sesuatu yang baru dalam

Percetakan tiga dimensi adalah teknologi yang boleh membentuk sesuatu rekaan digital menjadi

produk pepejal yang nyata. Teknologi ini bukanlah sesuatu yang baru dalam industri mekanikal tetapi

pencetak tiga dimensi peribadi pastinya suatu revolusi idea. Semua individu boleh mencipta produk

fizikal berdasarkan rekabentuk mereka sendiri dan tiada kelulusan yang diperlukan daripada mana-mana

pengeluar gergasi.

3. Oculus Rift

Permainan realiti maya di sini adalah di dalam bentuk Oculus Rift. Sejarah fon kepala tiga

dimensi Oculus Rift ini akan membenarkan kita merasa yang kita berada di dalam sesuatu permainan

video secara nyata. Di dalam dunia maya Rift, anda boleh merasai latensi ultra rendah untuk melihat

dunia dalam resolusi yang tinggi.

4. Smart things

Page 3: Web viewPercetakan tiga dimensi adalah teknologi yang boleh membentuk sesuatu rekaan digital menjadi produk pepejal yang nyata. Teknologi ini bukanlah sesuatu yang baru dalam

Masalah biasa yang dihadapi ialah kebanyakan alat peranti berfungsi secara sendiri dan

memerlukan pesaing-pesaing teknologi bekerjasama untuk mencipta suatu produk yang boleh berhubung

antara satu sama lain dengan baik. SmartThings dicipta untuk menjadikan setiap alat peranti sama ada

digital atau bukan digital berhubung bersama dan memberikan faedah. Dengan menggunakan

SmartThings, penggera asap, kelembapan, tekanan dan pengesan getaran boleh didapati untuk mengesan

perubahan di dalam rumah dan member amaran melalui telefon pintar. Menggunakan SmartThing juga,

kita boleh mengesan siapa yang berada di dalam rumah, menghidupkan lampu semasa masuk ke dalam

rumah dan menutup pintu serta tingkap ketika hendak keluar dari rumah.

5. Pebble Smart watches

Pebble menggunakan Bluetooth untuk berhubung secara tanpa wayar dengan telefon pintar dan

memaparkan notis, mesej dan data ringkas yang lain yang dipilih oleh pengguna untuk dipaprkan pada

skrin LCD yang berwarna hitam putih. Skrin hitam dan putih boleh dilihat di bawah cahaya matahari

secara langsung dan memaparkan kandungan secara berterusan tanpa perlu menukar mod untuk

menjimatkan kuasa bateri seperti paparan skrin sentuh atau skrin berwarna.

6. Bateri – USB

Page 4: Web viewPercetakan tiga dimensi adalah teknologi yang boleh membentuk sesuatu rekaan digital menjadi produk pepejal yang nyata. Teknologi ini bukanlah sesuatu yang baru dalam

Gajet terkini yang diperkenalkan adalah pemacu USB dan bateri. Alat peranti ini bukan

sahaja berfungsi sebagai bateri AA tetapi juga sebagai USB Pendrive dengan kapasiti 4GB. Alat

ini telah menunjukkan suatu konsep teknologi gajet yang berbeza berbanding alat peranti yang

lain. Bateri tersebut boleh dicas semula. Kaedah untuk menggunakan alat peranti ini, alat ini

perlu diputar untuk menggunakan USB dan diputar semula untuk menggunakan bateri.

7. Smart Faucets

Page 5: Web viewPercetakan tiga dimensi adalah teknologi yang boleh membentuk sesuatu rekaan digital menjadi produk pepejal yang nyata. Teknologi ini bukanlah sesuatu yang baru dalam

SmartFaucet daripada iHouse adalah sangat mudah kerana ciri-cirinya yang mempunyai teknologi

pengecaman wajah. Keperluan teknoogi adalah kerana kamera tersebut akan mengecam wajah individu

tersebut dan faucet akan mengingati penetapan suhu yang berbeza yang telah disetkan oleh setiap ahli

keluarga. Faucet akan melaraskan kepada suhu air kepada tahap yang dikehendaki. Air tersebut

dipanaskan menggunakan gegelung pemanasan dalaman yang dibina dibahagian dalam dan lampu LED

yang boleh menunjukkan perubahan warna suhu air daripada warna biru kepada merah.

8. Skin Cell Gun

Kebanyakan mangsa kebakaran mati akibat jangkitan kuman pada kulit mereka. Jangkitan

kuman dan virus memasuki tubuh manusia melalui bukaan akibat kesan kebakaran pada tubuh seterusnya

membunuh mangsa. Skin Cell Gun berfungsi seperti penembak yang menyembur stem sel yang baru

pada kulit yang terluka secara langsung. Kesan melecur akibat kebakaran biasanya pulih dalam tempoh

berbulan-bulan. Konsep memendekkan masa penyembuhan bagi merendahkan kadar jangkitan pada kulit

yang membawa maut adalah teknologi Skin Cell Gun dan kulit tersebut mengambil masa hanya beberapa

hari untuk pulih. Teknologi ini memberi manfaat kepada jutaan manusia terutama pada orang awam.

Sektor ketenteraan turut mengambil faedah dari teknologi ini bagi merawat secara intensif askar yang

mengalami kecederaan dengan kesan terbakar.

Page 6: Web viewPercetakan tiga dimensi adalah teknologi yang boleh membentuk sesuatu rekaan digital menjadi produk pepejal yang nyata. Teknologi ini bukanlah sesuatu yang baru dalam

9. Dynamic Laser Interferometers

Dynamic Laser interferometers menggunakan teknologi imej 4 – dimensi termaju. Teknik

Interferometer menggunakan gelombang biasanya gelombang elektromagnetik dan disuperimposed untuk

mendapatkan imej atau maklumat berkaitan gelombang. Alat ini digunakan dalam bidang astronomi,

optik fiber, kejuteraan meterologi, meterologi optikal, oseanografi, sismologi, spektroskopi, mekanik

kuantum, fizik zarah dan nuclear, fizik plasma, pengesan remot, interaksi biomolekular dan velosimetri.

10. Self-desctructing technology

Page 7: Web viewPercetakan tiga dimensi adalah teknologi yang boleh membentuk sesuatu rekaan digital menjadi produk pepejal yang nyata. Teknologi ini bukanlah sesuatu yang baru dalam

Agensi projek kemajuan penyelidikan pertahanan tentera (DARPA) telah menemui satu

penyelesaian untuk semua peralatan yang sensitif yang biasanya tertinggal di medan perang.

Penyelesaian tersebut adalah sumber program menghapus (VAPR) yang diisyaratkan ke peranti

untuk memusnahkan sendiri secara separa atau sepenuhnya. Teknologi ini memungkinkan untuk

seorang tentera yang menyamar untuk memanggil dan menghantar maklumat yang dikumpul dan

seterusnya menghantar isyarat memusnahkan diri kepada peralatan yang mereka telah gunakan.

Page 8: Web viewPercetakan tiga dimensi adalah teknologi yang boleh membentuk sesuatu rekaan digital menjadi produk pepejal yang nyata. Teknologi ini bukanlah sesuatu yang baru dalam

GGGE 2123TEKNOLOGI DAN INOVASI DALAM

PENDIDIKAN

TUGASAN10 GAMBAR TEKNOLOGI DAN INOVASI

NAMA: SITI RADHIAH BINTI AB RAZAK

NO. MATRIK: A 136719

TARIKH HANTAR: 30 MEI 2013

PENSYARAH: ENCIK MD YUSOFF BIN DAUD