Upload
others
View
33
Download
1
Embed Size (px)
Citation preview
PUSAT TEKNOLOGI MAKLUMAT UTHM PORTAL E-PAYMENT PEMBAYARAN YURAN PENGAJIAN
DocType : Manual Tarikh : 2/7/14 Author : Azam Versi : 1.2
upa_man_epayment.doc Page 1 of 16
Manual Pengguna Portal E-Payment Pembayaran Yuran Pengajian
Perubahan Dokumen
Versi Tarikh Author Keterangan
1.0 10/9/13 Azam Draf
1.1 12/9/13 Azam
1.2 2/7/14 Azam Tambah servis i-Muamalat
“Document Sign-Off”
Nama dan Jawatan Tandatangan Tarikh
PUSAT TEKNOLOGI MAKLUMAT UTHM PORTAL E-PAYMENT PEMBAYARAN YURAN PENGAJIAN
DocType : Manual Tarikh : 2/7/14 Author : Azam Versi : 1.2
upa_man_epayment.doc Page 2 of 16
1.0 PENGENALAN
Dokumen ini disediakan untuk menjadi panduan kepada pelajar berkaitan tatacara
penggunaan Portal E-Payment. Matlamat utama adalah untuk memastikan bahawa setiap transaksi pembayaran yuran pengajian berjaya dilaksanakan dan seterusnya memudahkan
urusan pembayaran bagi pelajar UTHM.
2.0 KEPERLUAN MINIMA
Sistem Pengoperasian Semua jenis sistem pengoperasian
Pelayar Web Semua jenis pelayar web yang terkini
Jadual 2.1 : Keperluan Minima
3.0 TATACARA PENGGUNAAN
3.1 URL
Sila layari Portal E-Payment di URL https://epayment.uthm.edu.my. Klik pautan Yuran
Pengajian/“Tuition Fee” di menu Perkhidmatan/”Services”.
Rajah 3.1 : Laman utama E-Payment
PUSAT TEKNOLOGI MAKLUMAT UTHM PORTAL E-PAYMENT PEMBAYARAN YURAN PENGAJIAN
DocType : Manual Tarikh : 2/7/14 Author : Azam Versi : 1.2
upa_man_epayment.doc Page 3 of 16
Kemudian, sila pilih kategori pelajar dan input No. Matrik serta No. MyKad/No. Paspot anda seperti di Rajah 3.2. Klik butang “Submit”.
Nota: Kategori Pelajar Baru/”New Student” hendaklah dipilih sekiranya anda telah mendapat tawaran kemasukan tetapi belum lagi mendaftar sebagai pelajar UTHM.
Rajah 3.2 : Input maklumat
Sekiranya tiada data berdasarkan maklumat yang anda beri, mesej ralat berikut akan
dipaparkan (Rajah 3.3).
Rajah 3.3 : Ralat kemasukan data
1. Input No. Matrik dan
No. MyKAD/No.
Paspot anda.
Mesej Ralat
PUSAT TEKNOLOGI MAKLUMAT UTHM PORTAL E-PAYMENT PEMBAYARAN YURAN PENGAJIAN
DocType : Manual Tarikh : 2/7/14 Author : Azam Versi : 1.2
upa_man_epayment.doc Page 4 of 16
3.2 Keterangan Pelajar dan Yuran Pengajian
Seterusnya, skrin seperti di Rajah 3.4 akan dipaparkan. Sila semak maklumat peribadi anda
adalah betul sebelum meneruskan pembayaran.
Klik pautan Penyata Baki/”Balanced Statement” dan pastikan baki yang perlu dibayar adalah sama.
Sekiranya anda tidak ingin membuat pembayaran penuh, sila kemaskini amaun yang hendak dibayar.
Pastikan amaun tidak melebihi baki dan amaun tersebut hendaklah sekurang-kurangnya
RM3.00 (Transaksi minima FPX).
Nota : Pelajar baru adalah diwajibkan untuk membuat pembayaran penuh.
Anda perlu bersetuju kepada Terma & Syarat/”Terms & Conditions” sebelum
dibenarkan meneruskan transaksi. Klik pada butang Seterusnya/”Continue”.
Rajah 3.4 : Keterangan Pelajar & Yuran Pengajian
1. Klik pada pautan Penyata Baki
2. Ubahsuai amaun sekiranya tidak membuat
pembayaran penuh 3. Sila klik untuk
setuju dengan Terma
& Syarat
PUSAT TEKNOLOGI MAKLUMAT UTHM PORTAL E-PAYMENT PEMBAYARAN YURAN PENGAJIAN
DocType : Manual Tarikh : 2/7/14 Author : Azam Versi : 1.2
upa_man_epayment.doc Page 5 of 16
3.3 Kaedah Pembayaran
Sila semak keterangan yang dipaparkan pada skrin seperti di Rajah 3.5. Pastikan amaun
yang akan dibayar adalah tepat.
Setiap transaksi Portal E-Payment tidak dikenakan caj kecuali untuk transaksi FPX iaitu sebanyak RM0.50. (Caj ini ditentukan oleh pihak Bank/MEPS).
Seterusnya, sila klik pada salah satu logo kaedah pembayaran, sama ada MEPS FPX, Visa/Mastercard (MIGS) atau i-Muamalat.
Nota :
Pastikan pelayar web anda tidak mengaktifkan “popup blocker” untuk mengelakkan
sebarang gangguan semasa transaksi berlaku.
JANGAN TUTUP atau “REFRESH” laman web sehingga anda menerima respon.
Rajah 3.5 : Kaedah pembayaran
Sila pada salah satu logo kaedah
pembayaran
PUSAT TEKNOLOGI MAKLUMAT UTHM PORTAL E-PAYMENT PEMBAYARAN YURAN PENGAJIAN
DocType : Manual Tarikh : 2/7/14 Author : Azam Versi : 1.2
upa_man_epayment.doc Page 6 of 16
3.4 MEPS FPX
Sila semak keterangan yang dipaparkan pada skrin seperti di Rajah 3.6. Pastikan amaun
yang akan dibayar adalah tepat. Amaun tersebut telah ditambah dengan caj perkhidmatan sebanyak RM0.50.
Kemudian, pilih salah satu daripada enam (6) Bank yang tersenarai dalam program MEPS
FPX. Bank-bank tersebut adalah:
Bank Islam
Maybank
CIMB
Public Bank
Hong Leong Bank
RHB Bank
Anda juga boleh menginput email anda untuk mendapat pengesahan status transaksi daripada MEPS FPX melalui email.
Nota :
Anda hendaklah mempunyai akaun Internet Banking yang aktif di bank tersebut.
Pastikan pelayar web (“browser”) anda tidak mengaktifkan “popup blocker” untuk
mengelakkan sebarang gangguan semasa transaksi berlaku.
JANGAN klik butang “BACK”. JANGAN TUTUP sebarang window atau
“REFRESH” laman web sehingga anda menerima respon.
Rajah 3.6 : Skrin MEPS FPX
1. Pilih bank anda
2.Input email anda untuk
terima status transaksi
PUSAT TEKNOLOGI MAKLUMAT UTHM PORTAL E-PAYMENT PEMBAYARAN YURAN PENGAJIAN
DocType : Manual Tarikh : 2/7/14 Author : Azam Versi : 1.2
upa_man_epayment.doc Page 7 of 16
Laman seterusnya akan dipaparkan dalam window popup dan adalah berbeza mengikut bank. Walaubagaimanapun, secara umumnya anda perlu:
Log masuk ke akaun Internet Banking menggunakan ID dan katalaluan anda.
Dapatkan SMS kod pengesahan daripada bank di telefon bimbit anda.
Input nombor kod pengesahan.
Sahkan pembayaran.
Sebagai contoh, sekiranya anda memiliki akaun Maybank2U, laman seperti di Rajah 3.7
akan dipaparkan. Klik butang “Continue”.
Rajah 3.7 : Laman mula Maybank2U
Seterusnya anda perlu log masuk menggunakan ID dan katalaluan akaun Internet Banking
anda (Rajah 3.8).
Rajah 3.8 : Log masuk ke Maybank2U
PUSAT TEKNOLOGI MAKLUMAT UTHM PORTAL E-PAYMENT PEMBAYARAN YURAN PENGAJIAN
DocType : Manual Tarikh : 2/7/14 Author : Azam Versi : 1.2
upa_man_epayment.doc Page 8 of 16
Laman di Rajah 3.9 akan dipaparkan setelah anda berjaya melog masuk ke Maybank2U.
Sila klik pautan “Request a TAC number” untuk mendapatkan kod pengesahan melalui
SMS seperti di Rajah 3.10. Input kod pengesahan yang anda terima melalui SMS dan klik butang “Confirm”.
Rajah 3.9 : Laman mula Maybank2U
Rajah 3.10 : Laman makluman TAC
PUSAT TEKNOLOGI MAKLUMAT UTHM PORTAL E-PAYMENT PEMBAYARAN YURAN PENGAJIAN
DocType : Manual Tarikh : 2/7/14 Author : Azam Versi : 1.2
upa_man_epayment.doc Page 9 of 16
Sekiranya transaksi berjaya, laman berikut akan dipaparkan (Rajah 3.11). Anda boleh mencetak resit Maybank2U dengan mengklik butang “Print receipt”.
Rajah 3.11 : Transaksi Maybank2U berjaya
Seterusnya, anda perlu kembali kepada window asal dan laman seperti Rajah 3.12 akan dipaparkan. Klik butang “Click Here to Complete Your Transaction” (PENTING!).
Rajah 3.12 : Selesaikan transaksi FPX
PUSAT TEKNOLOGI MAKLUMAT UTHM PORTAL E-PAYMENT PEMBAYARAN YURAN PENGAJIAN
DocType : Manual Tarikh : 2/7/14 Author : Azam Versi : 1.2
upa_man_epayment.doc Page 10 of 16
Anda akan dibawa semula ke portal E-Payment UTHM (Rajah 3.13).
Klik butang “Print Receipt” untuk mencetak resit rasmi bagi tujuan rujukan anda seperti di
Rajah 3.14.
Rajah 3.13 : Transaksi anda berjaya
Rajah 3.14 : Resit rasmi
PUSAT TEKNOLOGI MAKLUMAT UTHM PORTAL E-PAYMENT PEMBAYARAN YURAN PENGAJIAN
DocType : Manual Tarikh : 2/7/14 Author : Azam Versi : 1.2
upa_man_epayment.doc Page 11 of 16
3.5 Mastercard Internet Gateway Services (MIGS)
Jika anda memilih untuk membuat pembayaran menggunakan MIGS, laman seperti Rajah
3.15 akan dipaparkan. Seterusnya, anda perlu membuat pilihan sama ada anda ingin membayar menggunakan VISA ataupun MASTERCARD. Sila klik logo pilihan anda.
Rajah 3.15 : Visa atau Mastercard
Seterusnya isikan nombor kad VISA atau Mastercard anda berserta bulan/tahun luput dan kod keselamatan 3-digit yang berada di bahagian tandatangan kad kredit anda (Rajah 3.16).
Klik butang “Pay” apabila anda telah pasti.
Rajah 3.16 : Input no. kad, bulan/tahun luput dan kod keselamatan
PUSAT TEKNOLOGI MAKLUMAT UTHM PORTAL E-PAYMENT PEMBAYARAN YURAN PENGAJIAN
DocType : Manual Tarikh : 2/7/14 Author : Azam Versi : 1.2
upa_man_epayment.doc Page 12 of 16
Laman berikut akan dipaparkan sementara menunggu transaksi anda diluluskan (Rajah 3.17).
Rajah 3.17 : Sedang diproses
Laman seperti di Rajah 3.18 akan dipaparkan sekiranya transaksi anda berjaya diluluskan.
Rajah 3.18 : Transaksi anda berjaya
PUSAT TEKNOLOGI MAKLUMAT UTHM PORTAL E-PAYMENT PEMBAYARAN YURAN PENGAJIAN
DocType : Manual Tarikh : 2/7/14 Author : Azam Versi : 1.2
upa_man_epayment.doc Page 13 of 16
Anda akan dibawa semula ke portal E-Payment UTHM (Rajah 3.19).
Klik butang “Print Receipt” untuk mencetak resit rasmi bagi tujuan rujukan anda seperti di
Rajah 3.20.
Rajah 3.19 : Transaksi selesai
Rajah 3.20 : Resit rasmi
PUSAT TEKNOLOGI MAKLUMAT UTHM PORTAL E-PAYMENT PEMBAYARAN YURAN PENGAJIAN
DocType : Manual Tarikh : 2/7/14 Author : Azam Versi : 1.2
upa_man_epayment.doc Page 14 of 16
3.6 i-Muamalat
Jika anda memilih untuk membuat pembayaran menggunakan i-Muamalat pula, laman
seperti Rajah 3.21 akan dipaparkan. Seterusnya, anda perlu menginput id pengguna bagi akaun i-Muamalat anda & klik butang “Login”.
Rajah 3.21 : Input ID Pengguna i-Muamalat
Seterusnya, input pula katalaluan i-Muamalat dan pastikan “Online Image” anda adalah
betul. Klik butang “Login”.
Rajah 3.22 : Input katalaluan i-Mualamat
PUSAT TEKNOLOGI MAKLUMAT UTHM PORTAL E-PAYMENT PEMBAYARAN YURAN PENGAJIAN
DocType : Manual Tarikh : 2/7/14 Author : Azam Versi : 1.2
upa_man_epayment.doc Page 15 of 16
Kemudian, anda perlu memilih akaun Bank Muamalat anda (sama ada Simpanan atau Semasa) dan klik butang “Next”.
Rajah 3.22 : Pilih akaun Bank Muamalat anda.
SMS TAC akan dihantar kepada No. Telefon Bimbit anda. Sila semak SMS TAC tersebut dan
input TAC. Klik butang “Confirm”.
Rajah 3.23 : Input TAC.
PUSAT TEKNOLOGI MAKLUMAT UTHM PORTAL E-PAYMENT PEMBAYARAN YURAN PENGAJIAN
DocType : Manual Tarikh : 2/7/14 Author : Azam Versi : 1.2
upa_man_epayment.doc Page 16 of 16
Seterusnya, laman seperti Rajah 3.24 akan memaparkan status transaksi anda.
Jangan klik butang “Print Receipt”
Pastikan anda klik butang “Logout” (PENTING!) sahaja
Selepas anda mengklik butang “Logout” tersebut, anda akan dibawa semula ke Portal E-
Payment UTHM.
Rajah 3.24 : Jangan lupa klik butang “Logout”.
Jangan lupa untuk klik butang “Logout”
L