Upload
ngohanh
View
719
Download
5
Embed Size (px)
Citation preview
SISTEM KEHADIRAN DAN PEMANTAUAN PELAJAR
SITI AISHAH BINTI MOHD AZAN
Laporan projek ini dikemukakan
sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains (Sains Komputer)
Fakulti Sains Komputer dan Sistem Maklumat
Universiti Teknologi Malaysia
MEI, 2009
v
“Ingatan tulus ikhlas buat Emak, Masna Binti Abu, Ayah, Mohd Azan Bin Mohd Noh,
Kakak-kakak, Adik-adik tersayang serta insan teristimewa yang sentiasa memberi
dorongan dan galakan agar Projek Sarjana Muda ini dapat dilaksanakan dengan
cemerlang! Terima Kasih Semua”
vi
PENGHARGAAN
Bersyukur ke hadrat Ilahi, kerana limpah dan kurniaNya Projek Sarjana Muda ini
berjaya disiapkan di dalam tempoh masa yang ditetapkan. Ucapan terima kasih yang
tidak terhingga buat Prof. DR. Mohd Aizaini bin Maarof selaku penyelia yang telah
banyak membantu serta membimbing selama projek ini dilaksanakan. Segala tunjuk ajar
yang diberikan oleh beliau amat dihargai.
Ribuan terima kasih juga diucapkan buat ibu bapa serta ahli keluarga tersayang
yang tidak jemu-jemu memberi dorongan serta galakan kepada saya agar projek ini
dapat dilaksanakan dengan jayanya.
Tidak lupa kepada pensyarah serta rakan-rakan seperjuangan yang telah
membantu secara langsung dan tidak langsung sepanjang projek ini dilaksanakan. Segala
bantuan, dorongan serta galakan yang diberikan amat dihargai. Tanpa kalian projek ini
tidak akan dapat dilaksanakan dengan jayanya. Terima kasih semua.
vii
ABSTRAK
Sistem kehadiran dan pemantauan pelajar yang digunakan pada masa kini adalah
secara manual dan ianya memakan masa yang lama. Projek ini bertujuan untuk
membangunkan Sistem Kehadiran dan Pemantauan Pelajar bagi menguruskan proses
mengambil kehadiran pelajar sekolah dan memantau para pelajar dengan lebih cekap
dan sistematik. Sistem ini dapat menjimatkan masa kerana segala proses itu nanti bukan
lagi dilakukan oleh para guru tetapi dilakukan oleh sistem. Ianya tidak mustahil dengan
penggunaan teknologi RFID (Radio Frequency Identification). Selain itu penggunaan
teknologi telekomunikasi tanpa wayar semakin meningkat begitu juga dengan
penggunaan perkhidmatan pesanan ringkas atau lebih dikenali sebagai SMS (Short
Message Service). Sistem ini juga akan menggunakan SMS sebagai satu medan
telekomunikasi di antara sistem dan ibu bapa pelajar serta guru. Segala maklumat
berkenaan dengan kehadiran pelajar akan segera dihantar oleh sistem kepada ibu bapa.
Sistem ini dibangunkan dengan menggunakan perisian Microsoft Visual Studio 2005
yang mempunyai ASP.Net didalamnya. Perisian Microsoft SQL Server digunakan untuk
membina pangkalan data bagi penyimpanan maklumat-maklumat yang diperlukan oleh
sistem. Hasil projek ini adalah Sistem Kehadiran dan Pemantauan Pelajar yang
menggunakan teknologi RFID dan SMS sebagai medan untuk menghantar maklumat
kehadiran pelajar kepada ibu bapa.
viii
ABSTRACT
The student attendance and monitoring system that being used nowadays is
manually and it is consume a lot of time. The purpose of this project is to develop a
system called “Sistem Kehadiran dan Pemantauan Pelajar” that will handle the process
of recording student’s attendances and monitor the students more efficiently and more
systematically. This system will save a lot of time because all of the processes will not
be done by the teachers but been done by this system. This is possible with the use of
RFID (Radio Frequency Identification) technology. The use of wireless
telecommunication technology is on the increase as well as the use of Short Message
Service or more well known as SMS. This system will also use SMS as a means of
telecommunication between the system and parents. All of the information about the
students’ attendances will be forwarded in an instant to parents by the system. This
system is developed using Microsoft Visual Studio 2005 that is integrated with ASP.Net
as a software tool for this project. The database that stores all of the information needed
by this system is developed using Microsoft SQL Server 2000. As an outcome of this
project, Sistem Kehadiran dan Pemantauan Pelajar using RFID is developed and it is
also use the SMS as a means to send students’ attendances information to parents.
ix
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
PENGAKUAN iii
DEDIKASI v
PENGHARGAAN vi
ABSTRAK vii
ABSTRACT viii
KANDUNGAN ix
SENARAI RAJAH xiv
SENARAI JADUAL xvi
SENARAI ISTILAH xvii
SENARAI SINGKATAN xviii
SENARAI LAMPIRAN xix
BAB 1 PENGENALAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Penyataan Masalah 2
1.3 Matlamat Projek 3
1.4 Objektif Projek 3
1.5 Skop Projek 4
1.6 Organisasi Bab 4
x
BAB 2 KAJIAN LITERATUR
2.1 Pengenalan 7
2.2 Kajian Terhadap Sistem Kehadiran
Pelajar Sekolah Semasa 7
2.3 Analisis Masalah 9
2.3.1 Analisis masalah sistem kehadiran
pelajar semasa 9
2.3.2 Analisis masalah sistem pemantauan
pelajar semasa 9
2.4 Sistem Sedia Ada 10
2.5 Teknologi RFiD 11
2.5.1 Operasi RFID dalam Sistem
Kehadiran dan Pemantauan Pelajar 12
2.6 Perkhidmatan Pesanan Ringkas (SMS) 13
2.6.1 Operasi SMS dalam Sistem Kehadiran
dan Pemantauan Pelajar 13
2.7 Microsoft SQL Server 2000 14
2.8 Microsoft Visual Studio 2005, ASP.NET 14
2.9 Kesimpulan 14
BAB 3 METODOLOGI
3.1 Pengenalan 15
3.2 Model Air Terjun yang Telah Diubahsuai 15
3.2.1 Fasa Perancangan 16
3.2.2 Fasa Analisa Keperluan 17
3.2.3 Fasa Rekabentuk 17
3.2.4 Fasa Implementasi 18
3.2.5 Fasa Pengujian 18
3.2.6 Fasa Penyelenggaraan 19
3.3 Justifikasi Pemilihan Metodologi 19
xi
3.3.1 Pengulangan Fasa 19
3.3.2 Aktiviti Bermodul 19
3.3.3 Teknik Berorientasikan Objek 20
3.4 Keperluan Perkakasan dan Perisisan 20
3.4.1 Justifikasi Perkakasan 20
3.4.2 Justifikasi Perisian 21
3.5 Kesimpulan 22
BAB 4 REKABENTUK SISTEM
4.1 Pengenalan 23
4.2 Rekabentuk Konseptual 24
4.2.1 Takrifan Bagi Aktor Sistem 25
4.2.2 Takrifan Bagi Gambarajah Kes Guna 26
4.3 Rekabentuk Logikal 28
4.3.1 Senario Urus Data Pelajar 28
4.3.2 Senario Semak Rekod Kehadiran 30
4.3.3 Senario Terima Alert 31
4.3.4 Senario Semak Status Pelajar 31
4.3.5 Senario Jana laporan 31
4.3.6 Senario Daftar Masuk 32
4.3.7 Senario Mengesah Pengguna 32
4.4 Rekabentuk Kandungan 33
4.4.1 Pentadbir Sistem 33
4.4.2 Guru 34
4.4.3 Ibu Bapa 34
4.5 Rekabentuk Navigasi 35
4.5.1 Pentadbir 35
4.5.2 Guru 36
4.5.3 Ibu Bapa 36
4.6 Rekabentuk Pangkalan Data 37
4.6.1 Penerangan Jadual Pelajar 37
xii
4.6.2 Penerangan Jadual Guru 38
4.6.3 Penerangan Jadual Kelas 39
4.6.4 Penerangan Jadual Parent 40
4.6.5 Penerangan Jadual RekodKehadiran 40
4.6.6 Penerangan Jadual Login 41
4.6.7 Penerangan Jadual TetapanUtama 42
4.6.8 Penerangan Jadual TetapanTambahan 42
4.6.9 Penerangan Jadual Ponteng 43
4.6.10 Penerangan Hubungan di Antara Jadual 43
4.7 Spesifikasi Input Dan Output 44
4.8 Rekabentuk Antaramuka 46
4.9 Kesimpulan 47
BAB 5 IMPLEMENTASI DAN PENGUJIAN SISTEM 5.1 Pengenalan 48
5.2 Persekitaran Pembangunan Sistem 49
5.2.1 Perisian Microsoft Visual Studio,
ASP.NET 49
5.2.2 Pangkalan Data Microsoft SQL
Server 2000 49
5.3 Implementasi Modul-Modul Sistem 50
5.3.1 Implementasi Modul Kehadiran
dan Pemantauan 50
5.3.2 Implementasi Modul Laman Web 52
5.3.2.1 Implementasi Modul
Mengesah Pengguna 52
5.3.2.2 Implementasi Modul
Daftar Pengguna 53
5.3.2.3 Implementasi Modul
Kemaskini 55
xiii
5.3.2.4 Implementasi Modul Lihat
Rekod kehadiran Anak 57
5.3.2.5 Implementasi Modul Semak Rekod
Kehadiran 58
5.3.2.6 Implementasi Modul Jana Laporan 60
5.4 Pengujian Sistem 61
5.4.1 Kaedah Pengujian 61
5.4.2 Proses pengujian 62
5.5 Pengujian Peralatan 63
5.5 Kesimpulan 64
BAB 6 PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN
6.1 Pencapaian Keseluruhan Sistem 65
6.2 Kelemahan Sistem 66
6.3 Cadangan Pembaikan Sistem 66
6.4 Kesimpulan 67
RUJUKAN 68
LAMPIRAN A 70
LAMPIRAN B 73
LAMPIRAN C 83
LAMPIRAN D 88
xiv
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK HALAMAN
2.1 Carta Alir Pengurusan Kehadiran Pelajar Sekolah 8
2.2 Antaramuka Sistem Pengurusan Kedatangan Pelajar Sekolah
Berasaskan RFID 11
4.1 Rajah Keseluruhan Kes Guna Bagi Sistem 25
4.2 Senario Urus Data (Tambah Pengguna) 29
4.3 Senario Semak Rekod Kehadiran 30
4.4 Rajah Rekabentuk Kandungan bagi Pentadbir Sistem 33
4.5 Rajah Rekabentuk Kandungan bagi Guru 34
4.6 Rajah Rekabentuk Kandungan bagi Ibu Bapa 34
4.7 Rajah Rekabentuk Navigasi bagi Pentadbir Sistem 35
4.8 Rajah Rekabentuk Navigasi bagi Guru 36
4.9 Rajah Rekabentuk Navigasi bagi Ibu Bapa 36
4.10 Hubungan Di antara Jadual-Jadual 44
4.11 Borang Login 46
5.1 Keratan Aturcara RFID 51
5.2 Keratan Aturcara Hantar SMS 51
5.3 Antaramuka Modul Pengesahan 52
5.4 Keratan Aturcara Modul Pengesahan 53
5.5 Antaramuka Modul Daftar pengguna; Daftar Guru 54
5.6 Keratan Aturcara Modul Daftar Pengguna; Daftar Guru 54
5.7 Antaramuka Modul Kemaskini 55
5.8 Keratan Aturcara Modul Kemaskini 56
xv
5.9 Antaramuka Modul Kemaskini; Proses Padam 56
5.10 Keratan Aturcara Modul Kemaskini; Proses Padam 57
5.11 Antaramuka Modul Lihat Rekod kehadiran Anak 57
5.12 Keratan Aturcara Modul Lihat Rekod kehadiran Anak 58
5.13 Antaramuka Modul Lihat Rekod Pelajar 59
5.14 Keratan Aturcara Modul Lihat Rekod Pelajar 59
5.15 Antaramuka Modul Jana Laporan untuk Guru 60
5.16 Antaramuka Modul Jana Laporan untuk Ibu Bapa 61
xvi
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK HALAMAN
2.1 Ringkasan dan Perbandingan Sistem 10
2.2 Klasifikasi Tag RFID Berdasarkan Bekalan Kuasa 12
2.3 Klasifikasi RFID Berdasarkan Frekuensi 12
4.1 Penerangan Atribut Jadual Student 38
4.2 Penerangan Atribut Jadual Guru 39
4.3 Penerangan Atribut Jadual Kelas 39
4.4 Penerangan Atribut Jadual Parent 40
4.5 Penerangan Atribut Jadual RekodKehadiran 41
4.6 Penerangan Atribut Jadual Login 41
4.7 Penerangan Atribut Jadual TetapanUtama 42
4.8 Penerangan Atribut Jadual TetapanTambahan 42
4.9 Penerangan Atribut Jadual Ponteng 43
4.10 Spesifikasi Input Sistem 45
4.11 Spesifikasi Output Sistem 45
5.1 Hasil Pengujian Mengikut Modul 62
5.2 Hasil Pengujian Mengikut Halaman 63
5.3 Hasil Pengujian Peralatan 64
xvii
SENARAI ISTILAH
BAHASA INGGERIS BAHASA MELAYU Alert Pengumuman Modified Waterfall Air Terjun Yang Telah Diubahsuai White Box Testing Pengujian Kotak Putih Black Box Testing Pengujian Kotak Hitam Sequence Diagram Rajah Jujukan Use Case Diagram Rajah Kes Guna User Interface Antaramuka Pengguna Message Box Kotak Mesej
xviii
SENARAI SINGKATAN
RFID Radio Frequency Identification SMS Short Message Service UML Unified Modeling Language SQL Standard Query Language VB Visual Basic PSM Projek Sarjana Muda
xix
SENARAI LAMPIRAN
NO. RAJAH TAJUK HALAMAN
A 1 Carta Gantt PSM 1 71
A2 Carta Gantt PSM 2 72
B1 Senario Urus Data (Padam Pengguna) 74
B2 Senario Urus Data (Kemaskini Pengguna) 75
B3 Senario Terima Alert (Ibu Bapa) 76
B4 Senario Terima Alert (Guru) 77
B5 Senario Semak Status Kehadiran 78
B6 Senario Menjana Laporan (Guru) 79
B7 Senario Daftar Masuk 80
B8 Senario Mengesah Pengguna (Pengguna Sah) 81
B9 Senario Mengesah Pengguna (Pengguna Tidak Sah) 82
C1 Laman Menu Pentadbir 84
C2 Borang Pendaftaran Pelajar 85
C3 Laman Menu Guru 86
C4 Laman Lihat Kelas 87
D1 Halaman Mengesah Pengguna 89
D2 Halaman Utama Pentadbir Sistem 90
D3 Halaman Tukar Kata Laluan 91
D4 Kata Laluan Salah 91
D5 Kata Laluan Berjaya Dikemaskini 92
D6 Halaman Daftar Pelajar 93
xx
D7 Halaman Daftar Guru 94
D8 Halaman Urus Kelas 95
D9 Halaman Kemaskini Kelas 96
D10 Pengendalian Ralat No K/P Guru 97
D11 Papar Kad Pengenalan 97
D12 Kemaskini Berjaya 98
D13 Proses Padam Rekod 99
D14 Halaman Kemaskini Maklumat Guru 99
D15 Halaman Kemaskini Pelajar 100
D16 Paparan Guru Mengikut kategori Keseluruhan 101
D17 Paparan Pelajar Mengikut kategori Keseluruhan 101
D18 Halaman Tetapan 102
D19 Mengisi Tetapan 103
D20 Mengisi Tetapan Tambahan 104
D21 Halaman Utama Guru 105
D22 Halaman Lihat Rekod Kehadiran Pelajar 106
D23 Halaman Jana Laporan Bagi Guru 106
D24 Contoh Laporan Bagi Guru 107
D25 Halaman Utama Ibu Bapa 108
D26 Halaman Lihat Profil Pelajar 109
D27 Halaman Lihat Rekod Kehadiran Anak 110
D28 Halaman Lihat Rekod Kehadiran Anak Mengikut Bulan 111
D29 Halaman Jana Laporan Bagi Ibu Bapa 112
D30 Membuka Perisian Pembaca RFID 113
D31 Antaramuka Perisian Mifare Reader Utility(V1.1R9) 114
D32 Antaramuka Aplikasi Pelayan RFID 115
D33 Tetapan RFID 115
D34 Antaramuka Pembaca RFID; Keadaan Open 116
D35 Antaramuka NowSMS 117
D36 Tambah Modem 118
D37 Tetapkan Properties Modem 119
BAB 1
PENGENALAN
1.1 Pengenalan
Sistem Kedatangan dan Pemantauan Pelajar sekolah merupakan satu sistem yang
sangat penting dalam menguruskan maklumat-maklumat tentang kehadiran pelajar ke
sekolah dan memastikan tiada pelajar yang ponteng sekolah. Sistem kedatangan dan
pemantauan yang digunakan pada masa sekarang adalah secara manual di mana untuk
sistem kedatangan, guru kelas akan mencatat kehadiran pelajar-pelajarnya kedalam buku
rekod kehadiran manakala bagi sistem pemantauan para pengawal mengawal di setiap
pintu pagar sekolah bagi memastikan tiada pelajar yang melarikan diri dari sekolah.
Oleh kerana sistem manual ini memakan masa yang lama dan membebankan, maka
tugas-tugas pengurusan kehadiran dan pemantauan pelajar perlulah digantikan dengan
sistem berkomputer menggunakan teknologi RFID dan SMS.
Penggunaan teknologi RFID kini semakin popular di seluruh pelusuk dunia.
Teknologi ini membenarkan sesuatu objek itu dikenalpasti dan boleh dimanipulasi oleh
sistem[1].
2
Sistem pengurusan kedatangan dan pemantauan pelajar sekolah ini dibangunkan
bertujuan bagi mengatasi masalah-masalah yang dihadapi oleh sistem manual dan
membekalkan satu sistem yang boleh diharap, efisyen, sistematik dan mudah digunakan
oleh pihak sekolah. Akhir sekali sistem ini dijangka mempunyai masa depan yang cerah.
1.2 Penyataan Masalah
Sistem kehadiran pelajar yang digunakan pada masa kini masih lagi dilaksanakan
secara manual di mana pada setiap hari persekolahan, guru kelas akan memanggil dan
mencatat kehadiran pelajar ke dalam buku rekod kehadiran pelajar. Proses ini secara
langsung membazir masa pembelajaran pelajar yang amat berharga, ini seterusnya akan
memberi beban kepada guru-guru tersebut dan terdapat kemungkinan berlaku kecuaian
di mana guru-guru itu tersalah menghitung jumlah hari kedatangan pelajar.
Selain daripada itu, gejala ponteng sekolah semakin meningkat. Walaupun ramai
ibu bapa yang menghantar anak mereka ke sekolah, mereka masih lagi tidak dapat
memastikan dengan tepat bahawa anak-anak mereka betul-betul telah memasuki
kawasan sekolah. Terdapat juga pelajar yang melarikan diri dari sekolah pada waktu
pembelajaran. Sistem pemantauan yang digunakan pada masa kini ialah dengan
menggunakan pengawal keselamatan yang mengawal pergerakan keluar masuk kawasan
sekolah. Namun masih terdapat kecuaian yang berlaku di mana pelajar tetap dapat
melarikan diri dari sekolah.
Selain daripada itu, jika guru kelas tidak dapat menghadirkan diri ke sekolah,
maka akan timbul masalah dalam mengambil kehadiran pelajar kerana buku rekod
kehadiran pelajar biasanya akan dibawa pulang bersama-sama guru kelas. Guru ganti
perlu mengambil kedatangan pelajar pada hari tersebut dan memberinya kepada guru
kelas untuk dimasukkan ke dalam buku rekod kedatangan pelajar. Proses ini
membazirkan masa dan tenaga.
3
Berikutan masalah-masalah yang dihadapi oleh sistem manual, pengurusan
kehadiran dan pemantauan pelajar tidak dapat dilaksanakan dengan cekap. Sistem
Kehadiran dan Pemantauan Pelajar menggunakan teknologi RFID perlu dibangunkan
bagi memperbaiki kelemahan-kelemahan sistem yang terdapat di dalam sistem semasa
seterusnya memberikan satu sistem yang mesra pengguna, sistematik, efisyen dan boleh
diharap.
1.3 Matlamat Projek
Matlamat projek ini adalah untuk membangunkan Sistem Kehadiran dan
Pemantauan Pelajar sekolah menggunakan teknologi RFID dan SMS bagi memudahkan
pengurusan kehadiran pelajar dan mengelakkan pelajar dari gejala ponteng sekolah.
1.4 Objektif Projek
Antara objektif yang perlu dicapai oleh Sistem Kehadiran dan Pemantauan
Pelajar adalah:
i. Menganalisis sistem manual dan sistem sedia ada supaya keperluan pengguna
dapat dikenalpasti.
ii. Membangunkan sistem yang dapat memenuhi keperluan pengguna yang telah
dikenalpasti.
iii. Menguji sistem yang telah dibangunkan supaya keperluan pengguna dapat
dipenuhi.
4
1.5 Skop Projek
Skop bagi projek ini adalah:
i. Sistem ini akan digunakan oleh pihak sekolah.
ii. Peranti RFID hanya digunakan di pintu pagar sekolah.
iii. Hanya ibu bapa yang berdaftar sahaja yang akan menerima khidmat pesanan
ringkas.
iv. Sistem yang dibangunkan adalah berasaskan web.
v. Pengujian sistem dijalankan di Fakulti Sains Komputer dan Sistem Maklumat
sahaja.
1.6 Organisasi Bab
Organisasi bab ini akan menerangkan serba sedikit apa yang akan dibincangkan
di dalam bab-bab yang seterusnya.
Bab 2 merupakan bab Kajian Literarur. Bab ini akan membincangkan berkenaan
kajian yang dilakukan oleh pembangun dalam memahami sistem yang akan dilakukan.
Ini termasuklah kajian terhadap sistem manual, sistem sedia ada, kajian terhadap
perisian dan juga kajian terhadap perkakasan.
Bab 3 ialah bab Metodologi. Bab ini akan membincangkan metodologi atau
kaedah yang digunakan dalam membangunkan sistem ini. Sistem ini menggunakan
5
metodologi Air Terjun Yang Telah Diubahsuai. Kesemua fasa kecuali fasa terakhir iaitu
fasa penyelenggaraan akan dilaksanakan dalam pembangunan sistem ini.
Bab keempat merupakan bab Rekabentuk Sistem. Bab ini akan membincangkan
rekabentuk sistem. Rekabentuk itu termasuklah rekabentuk antaramuka, pangkalan data
dan rekabentuk perjalanan sistem yang ditunjukkan dengan menggunakan notasi UML
(Unified Modelling Language) melalui rajah kes guna dan rajah jujukan. Justifikasi
perkakasan dan perisian yang digunakan juga turut dibincangkan. Sistem ini akan
menggunakan perisian Microsoft Visual Studio 2005 sebagai platfom utama dalam
merangka antaramuka dan pengaturcaraan manakala Microsoft SQL Server sebagai
pangkalan data. Tag RFID dan pembaca RFID adalah antara perkakasan yang
dibincangkan di dalam bab ini.
Bab yang ke lima merupakan bab Implementasi dan Pengujian Sistem. Bab ini
membincangkan tentang implementasi serta pengujian sistem. Kaedah pengujian yang
digunakan didalam pembangunan sistem ini adalah kaedah pengujian kotak hitam.
Bab ke enam merupakan bab Perbincangan dan Kesimpulan. Bab ini merupakan
bab terakhir di dalam laporan ini dan membincangkan tentang ringkasan sistem,
kelemahan sistem dan harapan bagi sistem ini.