Sinonim ,Antonim Dan Polisem

Embed Size (px)

Citation preview

SINONIM ,ANTONIM POLISEM, dan HIPONIMDisediakan oleh: Amirul Hakim Bin Dahalan Rafifi Anuar Bin Abdullah Mohd Saidi Zainan Bin Zainal Azim Nazri Bin Azizan

Sinonim Sinonim ialah kata-kata dalam sesuatu bahasa yang mempunyai makna yang sama tetapi berbeza dengan nilai rasa.

Contohnya: Perkataan panas mempunyai makna yang seakan-akan sama dengan hangat.Namun kedua-dua perkataan itu tidak boleh digunakan pada tempat yang sama seratus-peratus.

Sinonim berdasarkan dialekKadang-kadang sinonim terdiri daripada katakata yang berasal daripada dialek yang berlainan.

Contohnya: Perkataan sombong bersinonim dengan perkataan burakahdan punggak daripada bahasa Minangkabau.Contoh 2: Perkataan hagas dan mangak daripada bahasa kelantan.

Sinonim berdasarkan kata-kata pinjaman asing Sinonim juga berasal daripada kata-kata pinjaman asing. Contohnya: Perkataan sombong juga bersinonim dengan kata-kata takhbur dan kibriah yang dipinjam dalam bahasa arab.

Contoh 2: Meta daripada bahasa sanskrit,manakala ranggi daripada bahasa tamil.

Sinonim berdasarkan konteks dan gaya bahasa Kata-kata sinonim juga boleh wujud mengikut gaya bahasa yang berlainan sebagaimana yang kita gunakan berdasarkan keperluan pengungkapan yang mengikut konteks. Contohnya: Kata (wafat,mangkat,meninggal dunia,mati,kojol,kejang dan mampus) membawa makna mati.

wafat digunakan untuk nabi dan rasul. Mangkat untuk raja. Meninggal dunia dan mati untuk orang biasa. Mampus untuk haiwan. Kojol dan kejang untuk menyatakan erti yang sama secara kurang sopan.

Sinonim berdasarkan nilai yang berlainan Kata-kata sinonim juga wujud kerana hendak menimbulkan nilai yang berlainan. Contoh: Penyanyi dan biduan.Walaupun mempunyai erti yang sama,tetapi biduan membawa nilai yang lebih tinggi dan mempunyai sesuatu nilai tertentu. Contoh 2: pelakon dan seniman.Seniman tentu dipandang tinggi dan membawa makna pencapaian peringkat keprofesionalan yang tinggi.

Antonim Antonim ialah kata-kata yang berlawanan makna seperti sejuk lawannya panas. Antonim boleh diklasifikasikan kepada beberapa pasangan yang dikenali ragam antonim.

Hiponim

Komplementer

Perbandingan

Antonim Relasional Resiprokal

(Antonim Komplementer) Merupakan pasangan kata yang saling melengkapi. Contohnya: (Hidup : mati) , (Miskin : Kaya) (Antonim Perbandingan) Merupakan pasangan kata yang menunjukkan ada kelebihan pada satu kata dan yang satu lagi pula ada kekurangannya. Contohnya: (Besar : Kecil),(Tinggi : Rendah)

(Antonim Relasional)Menunjukkan hubungan yang erat antara pasangan kata yang berkaitan. Contohnya: (Guru : Murid) , (majikan : Pekerja). (Antonim Resiprokol) Ialah pasangan yang bertentangan dari segi makna tetapi berkait rapat dari segi fungsinya. Contohnya: (Membeli : Menjual) , (memberi : Menerima).

Antonim dapat dikaji mengikut golongan kata yang berlainan seperti kata adjektif,kata kerja dan kata nama.

Bagi kata adjektif,antonim boleh dilihat dari aspek sifat,serta keadaan yang berlawanan.Misalnya: Kuat lawannya lemah,keras lawannya lembut,besar lawannya kecil.

Kata kerja juga mempunyai antonim. Contohnya: Ketawa berlawanan dengan menangis,berjalan berlawanan dengan berlari,membaling lawannya menangkap. Namun tidak semua kata kerja mempunyai sinonim satu lawan satu dalam semua hal. Contohnya: Kata pergi yang berantonim dengan balik dari segi lain boleh ditentangkan dengan datang

Sesetengah kata kerja sukar untuk dikaji antonimnya seperti masak,mandi,bermain dan sebagainya.

Hiponim Hiponim ialah makna yang merangkumi makna khusus (Abdullah Hassan, 1980). Sebagai contoh perkataan bunga mengandungi makna umum.Perkataan lain yang mempunyai makna khusus dan berhubungan kekeluargaan dengan bunga seperti Cempaka,mawar,kemboja,melur dan sebagainya.

polisem Ialah kata-kata yang mempunyai kesamaan bunyi dan bentuk ejaan tetapi berbeza makna apabila digunakan dalam konteks yang berlainan. Dalam bahasa melayu,terdapat beberapa perkataan yang sama ejaan dan sebutannya tetapi berbeza maknanya.

Contohnya:Badan : Badan saya sakit ( badan bererti tubuh) Badan : Badan kebajikan masyarakat telah ditubuhkan di kampung kami (badan bererti yayasan atau lembaga) Contoh lain: Luka :Kaki saya luka terkena kaca (Luka bererti cedera) Luka dihatinya tidak dapat diubati ( Luka bererti tersinggung)

Abdullah Hassan (1980) Merupakan makna umum merangkumi makna khusus. Perkataan yang mempunyai makna khusus dan berhubungan kekeluargaan digolongkan dalam satu makna umum.

MELUR

MELATI

TERATAI

BUNGA

KEMBOJA

CEMPAKA

MAWAR