Upload
jojo-neutron
View
1.121
Download
15
Embed Size (px)
Citation preview
ISI KANDUNGAN
Tajuk Muka surat
1.0 Pengenalan 2
2.0 Hasil dan potensi ekonomi 4
3.0 Prinsip dan keperluan asas membuat silaj 5
4.0 Sifat – sifat silaj yang baik 5
5.0 Kaedah membuat silaj 5-6
6.0 Kenapa silaj diperlukan
6.1 Pemeraman silaj
6.2 Silo tong plastik
6.3 Memampatkan rumput dalam tong
6-9
7.0 Pengenalan silaj daripada pelapah kelapa
sawit
10-11
8.0 Kandungan nutrient silaj 12
9.0 Peralatan membuat silaj pelepah kelapa
sawit
12
10.0 Teknik operasi
10.1 Teknik membuat silaj
10.2 Proses silaj
10.3 Bahan-bahan
10.4 Kadar peratusan
10.5 Cara-cara
13-14
11.0 Carta alir membuat silaj pelepah kelapa
sawit
15
12.0 Perbincangan 16
13.0 Kesimpulan 17
14.0 Rujukan 18
15.0 Lampiran 19
1
1.0 PENGENALAN
Silaj adalah makanan ternakan ruminan yang terdiri daripada bahan rufaj yang berkelembapan
tinggi di antara 35 % hingga 75 % kandungan air yang diperolehi melalui proses penapaian dan
disimpan dalam keadaan kedap udara (anaerobic). Silaj sebagai salah satu sumber bekalan
makanan ternakan berkualiti untuk ruminan mempunyai kelebihan berbanding dengan rumput
segar dan hanya kerana silaj dapat dikeluarkan sepanjang masa, proses pengeluarannya tidak
bergantung kepada keadaan cuaca dan dapat dihasilkan daripada berbagai jenis bahan rufaj
seperti rumput, batang jagung, pelepah kelapa sawit dan bahan-bahan lain. Silo (bekas simpanan
silaj) terdiri daripada berbagai bentuk seperti bunker, stack, tower, tong plastik dan lain-lain.
Faktor yang penting ialah bekas yang digunakan seharusnya praktikal dari segi pengendalian dan
mesti dalam keadaan kedap udara.
Tujuan utama pengeluaran silaj adalah untuk menyimpan foder atau bahan makanan ternakan
tanapa mengurangkan mutu pemakanan dan silaj yang dihasilkan digunakan terutama ketika
kekurangan foder atau bahan makanan ternakan.
Prinsip penting dalam pembuatan silaj, ialah penyimpanan yang terhindar dari oksigen dan
mengelakkan daripada pereputan (decomposition) semasa penyimpanan. Bahan- bahan yang
hendak dijadikan silaj diperam didalam silo. Silo ialah satu struktur yang kedap udara. Ini
menyebabkan bahan-bahan yang disimpan didalam silo tidak terdapat oksigen. Apa yang berlaku
ketika pemeraman itu ialah karbohidrat dalam bahan yang diperam bertukar menjadi asid laktrik
atau asetik. Proses penukaran dilakukan oleh bakteria-bakteria anaerobik.
Asid-asid akan merendahkan ph yang menyebabkan proses biokimia dalam bahan-bahn yang
diperam terhenti. Dengan ini, bahan-bahan yang diperam akan disimpan dengan baik dan mutu
pemakanan tidaklah begitu terjejas. Bahan-bahan aditif seperti bijirin, asid formit, folmaldehyde,
asid propionik, garam biasa, ammonia dan enzim sering juga ditambah untuk membaiki proses
pemeraman.
Tanaman jagung telah diketahui dapat diperam menjadi silaj yang baik, diterima makan oleh
ternakan dan dapat mengeluarkan hasil ternakan yang memuaskan. Untuk kawasan-kawasan
yang agak kering, kegunaan tanaman sekoi boleh dipraktikkan. Tanaman sekoi mengandungi
2
kandungan gula yang tinggi dan dapat menghasilkan silaj yang baik, tetapi kandungan asid
prussik dalam sekoi boleh meracunkan makanan, treutama sekali jika sekoi dipotong terlalu
muda atau tanaman didalam keadaan tekanan kemarau (stress periods) kemudaratan tidak akan
berlaku jika sekoi diperam sebelum diberi makanan.
Mutu silaj adalah bergantung kepada bahan asal pemerapan dan selalunya adalah lebih rendah
daripada tanaman asal. Mutu depengaruhi oleh kaedah pemerapan silaj, pemerapan yang
menggalakan haba yang keterlaluan, tidak memadatkan bahan dengan betul. Kandungan air yang
terlalu rendah mengakibatkan silaj menjadi warna hitam atau coklat. Terlalu banyak kandungan
air dalam tanah menyebabkan lelehan nutrien yang banyak dan merugikan.
3
2.0 HASIL DAN POTENSI EKONOMI
Dengan pengeluaran sebanyak 1100,040 kg setahun, kos pembangunan yang diperlukan adalah
berjumlah RM113,490,00. Kos ini termasuk peralatan, mesin silegar,tong penyimpanan dan
sebagainya. Kos pengendalian sebanyak RM53,808,00 setahun diperlukan untuk mengeluarkan
silaj tersebut.
Dari pengeluaran tersebut pengeluaran sekilogram adalah sebanyak RM0.059 dan ia adalah baik
memandangkan harga silaj sebenar ialah RM0.15 sekilongram. Dalm analisis ini menunjukkan
bahawa kadar pulangan adalah melebihi 40%. Ini menunjukkan projek ini berdaya maju
manakala nilai bersih yang positif dan tinggi menunjukkan keuntungan di masa hadapan.
Manakala tempoh pulangan modal yang pendek iaitukurang daripada tiga tahun adalah sesuai.
Daya maju kewangan
Kadar pulanag dalaman (IRR) 42.16 %
Nilai kini bersih (NPV) @ 10% RM373,243.00
Nisbah faedah kos (BCR) @ 10% 1.95
Tempoh pulang modal 2.48
4
Kos pengeluaran per kg silaj RM0.059
Jumlah kos tetap RM113,490.00
Jumlah kos kendalian RM53,806.00
3.0 PRINSIP DAN KEPERLUAN ASAS MEMBUAT SILAJ
Prinsip utama dalam membuat silaj ialah memastikan bahan mentah disimpan dalam keadaan
kedap udara dan mengandungi karbohidrat larut air yang mencukupi. Bahan mentah hendaklah
dipadatkan dengan segera bagi menghalang udara masuk untuk melakukan proses pereputan
disamping menghasilkan bahan dalam keadaan kedap udara. Foder yang mempunyai bahan
kering lebih daripada 35% akan menyebabkan keadaan silaj menjadi kurang mampat dan
menggalakkan pertumbuhan kulat. Foder yang terlalu lembap (kurang 25% bahan kering) akan
menghasilkan silaj yang masam, dan menyebabkan banyak kandungan air dan nutrien
hilang. Kandungan air yang diperlukan adalah antara 65-75% (25-35% bahan kering) dan boleh
diperolehi melalui faktor umur dan jenis sesuatu tanaman. Contohnya, foraj jagung sesuai dibuat
silaj semasa berumur 75 hari manakala rumput gajah sesuai pada umur tidak melebihi 40 hari.
4.0 SIFAT-SIFAT SILAJ YANG BAIK
1. Ph (tahap kemasaman) – 4.5
2. Kandungan asid laktrik – 3-13 %
3. Kandungan asid butirik – 0.2 %
4. Warna hijau – kekuningan / hijau keperangan
5. Bau menyenangkan, tidak busuk, seolah-olah bau cuka.
6. Tahap basah tidak ada lilitan nutrien.
7. Keperisian bolah diterima makan oleh ternakan.
8. Nilai pemakanan hampir-hampir menyerupai bahan-bahan asal.
5.0 KAEDAH MEMBUAT SILAJ
Foder untuk silaj hendaklah dipotong pendek diantara 3-15 cm supaya mudah dipadatkan. Foder
di dalam silo hendaklah dipadatkan dengan secepat mungkin dalam masa dua hari
selepas dipotong bagi menghindarkan udara daripada terperangkap. Keadaan ini akan
mengurangkan pernafasan sel dan aktiviti enzim. Foder yang telah dipadatkan hendaklah
5
diperam selama sebulan bagi menghasilkan silaj yang baik. Silaj yang baik boleh disimpan
bertahun-tahun lamanya jika tidak diganggu.
Bahan silaj yang mengandungi kurang karbohidrat perlu ditambah dengan asid bukan organan
(sulfurik, hidroklorik, fosforik) atau boleh juga diguna asid organan (formik, propionik),
tetapi kos bahan-bahan tersebut mahal. Untuk mengurangkan kos pengeluaran silaj, bahan boleh
dicampur dengan jenis karbohidrat yang mudah diperolihi dengan kos lebih murah
seperti gula merah dan bijirin.
Semasa proses pemeraman perubahan bahan kepada produk
tertentu dalam silaj akan berlaku. Secara am, karbohidrat dalam bahan hijau/segar yang diperam
ditukarkan menjadi asid laktik atau asetik. Proses penukaran dilakukan oleh bakteria anaerobik
dengan bantuan haba yang dihasilkan oleh sel tanaman yang masih hidup. Asid-asid yang
dikeluarkan, terutamanya asid laktik akan merendahkan pH dan ini menyebabkan proses
biokimia yang terjadi pada bahan silaj terhenti. Dengan itu, bahan yang diperam akan dapat
disimpan dengan baik dan kualiti pemakanannya dapat dikekalkan.
6.0 KENAPA SILAJ DIPERLUKAN
Kefahaman mengenai asas keperluan ternakan ruminant terhadap unsur asid lemak beruap
(volatile fatty acid) mendorong pengusaha kepada menjalankan aktiviti pembuatan silaj. Tenaga
yang diperlukan oleh ternakan ruminan diperolehi dalam bentuk asid lemak berwap daripada
jenis asid asetik dan propionik dan bukan glukos seperti ternakan monogastrik. Asid lemak
berwap ini digunakan oleh ruminan untuk tumbesaran, penghasilan susu dan lain-lain fungsi
metabolik.
6.1 Pemeraman silaj
Silaj boleh diperam di dalam silo atau tanpa silo. Silo merupakan struktur kedap udara atau
separa kedap udara yang digunakan untuk memeram silaj. Faktor utama kerosakan silaj adalah
disebabkan kehadiran udara di dalam silo. Udara menyebabkan bahan silaj rosak akibat tindakan
6
bakteria aerobik. Bila kerosakan berlaku, silaj tersebut tidak boleh lagi digunakan sebagai
makanan ternakan kerana tercemar oleh kulat, aromanya tidak enak dan mendatangkan
mudarat kepada ternakan. Kualiti silaj dapat diukur berdasarkan kepada beberapa
parameter. Silaj dianggap rosak bila warna menjadi kehitaman serta berbau tengik. Nilai pH
yang rendah menunjukkan tahap fermentasi asid laktid dalam silaj yang baik. Nilai pH antara 3.8
hingga 4.2 adalah silaj yang berkualiti baik manakala pH melebihi 4.5 dianggap kualiti yang
kurang baik. Nilai pH melebihi 5 adalah dianggap rosak.
Sehingga kini teknik-teknik penghasilan silaj dengan menggunakan tower, stack dan bunker silo
tidak menunjukkan kejayaan yang membanggakan dalam situasi di negara ini.
Jenis-jenis silo tersebut menghasilkan peratusan silaj rosak yang tinggi. Masalah utama yang
dihadapi ialah cara pemampatan serta sistem penutupan silo yang tidak sempurna yang
menyebabkan keadaan erobik. Di samping itu jenis silo yang digunakan kini tidak boleh
dipindahkan dari satu tempat ke tempat yang lain.
Bagi mengelakkan udara terperangkap di dalam silo, bahan silaj mesti dipadatkan semasa
mengisi ke dalam silo. Bila bahan diisi
dengan padat, udara terperangkap berkurangan. Semakin kurang udara terperangkap, semakin
baik kualiti silaj yang dihasilkan. Silo yang selalu dan praktikal digunakan ialah tong plastik.
7
6.2 Silo Tong plastik
Tong plastik adalah silo yang paling sesuai digunakan berdasarkan saiz dan beratnya yang
mudah dikendalikan, kualiti bahan plastik yang tahan cuaca persekitaran, boleh digunakan
berulang kali, harga lebih murah dan mudah diperolehi. Pada masa ini, silo ini telah diterima
pakai dan digunakan oleh penternak di Malaysia. Bahan silaj akan dipadatkan dalam silo
menggunakan tenaga manusia atau mesin. Semakin padat bahan didalam silo akan menghasilkan
lebih banyak silaj dan lebih berkualiti.
6.3 Memampatkan rumput dalam tong
Bagi mengatasi masalah memampatkan bahan silaj di dalam tong plastik, JPH telah merekacipta
sebuah mesin pemampat mekanikal yang merupakan kombinasi daripada alat pemampat,
alat penyedut udara dan tong plastik yang diubahsuai sebagai silo. Mesin tersebut terdiri daripada
alat pemampat yang digerakkan oleh motor elektrik bagi menghasilkan tekanan kepada pam
hidrolik. Satu plat dipasang di hujung pam untuk menekan bahan silaj supaya lebih padat. Plat
ini boleh ditukar bergantung kepada saiz tong plastik yang digunakan. Lazimnya apabila
bahan silaj diisi penuh, ia selalunya akan terkeluar melebihi paras muka tong plastik. Untuk
menutup tong plastik dalam keadaan ini, kaedah menggunakan tangan adalah sangat sukar.
Dengan menggunakan mesin berkenaan bahan silaj boleh diisi dengan kuantiti yang lebih banyak
kerana lebih mampat, secara tidak langsung udara di dalam tong dapat diminimumkan di
8
samping dapat menjimatkan pengunaan bilangan tong. Selain daripada itu, penutup tong dapat
ditutup dengan rapat dan kemas bagi menghalang kebocoran. Penutup tong plastik dipasang
injap untuk menyedut udara keluar dari dalam tong menggunakan mesin penyedut udara.
Keadaan tanpa udara dalam tong membolehkan proses fermentasi berlaku dengan sempurna dan
akan menghasilkan silaj yang berkualiti.
9
7.0 PENGENALAN SILAJ DARIPADA PELEPAH KELAPA SAWIT
Selain penyakit, antara masalah utama dalam industri penternakan haiwan ruminan ialah
makanan. Ini kerana, peningkatan harga makanan haiwan amat membebankan pengusaha
memandangkan bahan mentahnya diimport.
Sehubungan itu, sumber makanan haiwan perlu dipelbagaikan supaya industri ternakan ruminan
tempatan tidak terlalu bergantung kepada produk import. Antara sumber tempatan yang boleh
dijadikan makanan alternatif atau sekurang-kurangnya sebagai tambahan yang sedia ada ialah
daun atau pelepah kelapa sawit.
Penggunaan produk mentah lain seperti jerami melibatkan 1.2 juta tan, jagung 750 tan setahun
sedangkan sumber sawit boleh diperoleh daripada empat juta hektar tanaman tersebut di negara
ini. Penggunaan pelet daripada daun sawit pula melibatkan kos yang tinggi kerana memerlukan
kilang untuk menghasilkan makanan tersebut.
Ketika ini, ramai pengusaha atau penternak haiwan ternakan ruminan menggunakan daun sawit
atau rumput Napier sebagai bahan makanan mentah daripada sumber domestik untuk
menghasilkan silaj. Silaj merupakan bahan makanan ternakan ruminan yang dihasilkan menerusi
proses fermentasi anerobik ke atas bahan foder atau sisa pertanian.
Rumput atau daun sawit perlu diracik atau dipotong terlebih dahulu sebelum diperam dipijak
dalam tong bersama mikrob tertentu. Kaedah tersebut memerlukan tenaga kerja yang ramai,
memakan masa serta kualiti yang rendah.
Sehubungan itu, bagi membantu pengeluaran silaj makanan tersebut, seorang penyelidik Pusat
Penyelidikan Ternakan Strategik, Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia
(MARDI), Ghazali Hussin berjaya membangunkan mesin berteknologi tinggi dinamakan Otosil
yang kos efektif.
Menurut Ghazali, Otosil ialah mesin pengeluar silaj yang mampu memproses silaj dari bahan
foder seperti rumput, sekoi dan sebagainya dan juga bahan sisa pertanian seperti batang jagung,
jerami padi dan pelepah kelapa sawit dengan cekap.
10
Sehubungan itu, bagi membantu pengeluaran silaj makanan tersebut, seorang penyelidik Pusat
Penyelidikan Ternakan Strategik, Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia
(MARDI), Ghazali Hussin berjaya membangunkan mesin berteknologi tinggi dinamakan Otosil
yang kos efektif.
Menurut Ghazali, Otosil ialah mesin pengeluar silaj yang mampu memproses silaj dari bahan
foder seperti rumput, sekoi dan sebagainya dan juga bahan sisa pertanian seperti batang jagung,
jerami padi dan pelepah kelapa sawit dengan cekap.
Dengan pengalaman yang ada dan berpendapat tumpuan perlu diberikan kepada projek yang
berdaya maju, Haji Sahri mengambil keputusan mengusahakan ternakan lembu secara integrasi
dengan kelapa sawit pada tahun 2000. Ia dilakukan kerana terdapat rumput dan pelepah sawit
yang boleh dijadikan sumber makanan kepada ternakan.
8.0 KANDUNGAN NUTRIEN SILAJ
11
Perkara Silaj kelapa sawit (%) Rumput p.purpureum
Bahan kering 23.3 28.6% berat basah
Protin mentah 8.2 6.2% berat kering
Gentian mentah 33.8 38.1% berat kering
Lemak mentah 1.6 2.7% berat kering
Fosforus 0.22 0.14% berat kering
Kalsium 0.46 0.34% berat kering
Tenaga metabolisma 5.86 mj/kg 5.94 mj/kg
9.0 PERALATAN UNTUK MEMBUAT SILAJ KELAPA SAWIT
Untuk memungut pelepah kelapa sawit di ladang, ia boleh dilakukan dengan menggunakan secara manual atau menggunakan jentera seperti harvesting machine dan mechanized sickle. Sisa-sisa pelepah kelapa sawit perlu dicincang atau dihancurkan halus mengguna mesin shredder untuk membungkus sisa pelepah kelapa sawit yang telah dihancurkan, alat-alat yang diperlukan ialah seperti berikut:-
1. Beg plastik polletilina hitam berukuran 213cm × 275cm (84” × 108”), tebal 0.18 mm dan muatan 600 kg.
2. Rangka kayu yang berukuran 113 cm lebar empat segi × 122cm tinggi.3. Tali atau tiub basikal untuk mengikat.
Tempat untuk menyusun atau mnyimpan beg silaj hendaklah dekat dengan kandang supaya senang diambil untuk diberi makanan kepada ternakan pada setiap hari.
10.0 TEKNIK OPERASI
12
10.1 Teknik membuat silaj daripada pelepah kelapa sawit
1. Pelepah kelapa sawit dipotong ketika bilangan pelepah yang dihasilkan meningkat sehingga 30 hingga 40 ketika berumur tiga hingga empat tahun
2. Pelepah kelapa sawit yang telah dihancurkan dimasukkan ke dalam beg plastik yang diletakkan pada rangka medah alih yang mudah dipasang dan mudah dibuka.
3. Pelepah kelapa sawit yang telah hancur ini dipadatkan dengan cara memijak untuk mengurangkan ruang udara di dalam beg.
4. Selepas beg plastik diisi dengan penuh, beg diikat dengan tali dengan sempurna dan disimpan sekurang-kurangnya 30 hari dalam keadaan tanpa oksigen.
5. Pastikan beg plastik tidak berlubang bagi mengelakkan udara masuk dan ini boleh menyebabkan silaj rosak dan menjadi kompos. Silaj boleh disimpan lama selagi udara tidak masuk. Setiap kali beg pembungkus silaj dibuka, udara yang terdapat di dalam perlu dikeluarkan dengan menekan beg sebelum diikat.
10.2 Proses silaj
Fasa 1• Rumput dimasukkan ke dalam silo• Respirasi berterusan• Oksigen digunakan• CO2 dan haba dihasilkan• Suhu meningkat
Fasa 2• Asid asetik dikeluarkan• pH turun dari 6.0 ke 4.2
Fasa 3• Asid laktik di hasilkan• Asid asetik menurun
Fasa 4• Pengeluaran asid laktik berterusan• Suhu turun• Aktiviti bakteria terhenti pada pH 4.0
10.3 Bahan-bahan:
13
I. Pelepah kelapa sawitII. Molasses- 700gram
III. Garam – 700 gramIV. Urea – 350 gramV. Air – 2.8 kg
VI. Additive – EM atau laktos EIMO – 1 liter (setelah di campur air – 100ml laktos, 900ml air)
10.4 Kadar peratusan:
1. Molasses – 1%2. Garam – 1%3. Urea – 0.5%4. Air – 4%5. Additif – EM atau Laktos atau EIMO – 1%.
10.5 Cara- cara:-
1. Cincang/mesin rumput napier.2. Masukkan dan mampatkan ke dalam bekas kedap udara.3. Siram dengan larutan molasses/garam/uraea/air/laktos.4. Tutup rapat (kedap udara).5. Peram 21 hari
14
11.0 CARTA ALIR MEMBUAT SILAJ DARIPADA PELEPAH KELAPA SAWIT
1. Pelepah kelapa sawit segar dicincang
4.Daun dimampatkan supaya kedap udara
15
5. Siram dengan larutan garam 1kg + urea ½ kg. molasses 1 kg + air 4 liter
2. Masukkan daun pelepah yang telah dicincang ke dalam bekas yang kedap udara
3. Rumput yang telah di mesin ditimbang untuk kiraan bahan-bahan campuran
6. Tutup rapat dan peram selama 21 hari.
12.0 PERBINCANGAN
Makanan Ternakan Berasaskan Sisa PertanianApakah Silaj?
- Hasil yang terbentuk apabila rumput atau tanaman foder yang tinggi kandungan airnya dan mudah dirosakkan oleh microorganism aerobic seperti jagung dan rumput, diperam secara anarerob dalam struktur kedap udara yang dinamakan silo
- Foder yang berkelembapan tinggi (30 – 70 %) diperam dalam keadaan tanpa udara (anaerobic)
Kenapa perlu silaj?- Di malaysiakuntungan tinggi diperolehi bila batang jagung setelah dituai dibuat silaj- Hampir 70% makanan ruminant ditukar kepada Volatile Fatty Acid dan memasuki
system darah, sumber tenaga untuk tumbesaran, pengeluaran susu dan fungsi metabolic- Kaedah penyimpanan yang mudah tanpa bergantung kepada cuaca
Bahan Membuat Silaj
- Pokok bijirin (Mengandungi karbohaidrat yang tinggi- Kekacang (petai belalang, turi dll)- Rumput (seperti rumput gajah)- Lain-lain (bahan sampingan pertanian seperti kulit nenas, pelepah kelapa sawit dll)
Cara memproses Silaj
1- Dilakukan dengan proses pemasaman dengan memotong dan mengangkut ke silo
2- Mengisi ke satu tempat tanpa udara
3- Merata, memampat
4- Biarkan selama 21 hari - aerobik dan anaerobik berlaku
5- Gula merah difermentasikan menjadi laktik asid, protin difermentasikan menjadi ammonia, amino asid
6- Bahagian akhir, mikrob anaerobik akan mati, tiada mikroorganisma lain mengubah bahan dalm silo
7 Hasilnya, silaj.
16
13.0 KESIMPULAN
Kejayaan dalam pengeluaran silaj membantu dalam penyelesaian pemakanan ternakan yang semakin meningkat.
• Pengeluaran silaj yang efisien mengurangkan kos makanan.• Kesediaan bahan sampingan pertanian yang banyak membantu pengeluaran silaj.• Secara am silo mestilah kedap udara.• Pengendalian bahan silaj sangat perlu dalam pemilihan silo.• Silaj mampumemainkan peranan dalam menampung keperluan makanan ternakan di Malaysia.
17
14.0 RUJUKAN
1. http://kambingku-boer.blogspot.com/
2. http://mardi.gov.my/web/guest/425
3. Makanan ternakan, Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2009. Hak
cipta Terpelihara, D Dasar Privasi
4. Cikgu Abd Malek Abd Hanif http://smeh.tripod.com
5. Dr Norman Hj Kamaruddin http://www.bharian.com.my/m/BHarian/Saturday/BeritaSawit/20041205130102/Article/
18
15.0 LAMPIRAN
OTOSIL merupakan sebuah mesin yang dibangunkan khusus untuk pemprosesan silaj. Ia mengandungi alat pemotong, pemampat dan penyembur untuk menyuntik bakteria. Mesin ini berkebolehan untuk mengeluarkan sebanyak 0.60 tan silaj pelepah kelapa sawit (PKS), iaitu 63% lebih cekap daripada kaedah biasa (secara manual).
Kos pengeluaran silaj boleh dikurangkan sehingga 27%, dan ternyata dapat menjimatkan masa dan tenaga buruh.
Silaj PKS yang dihasilkan mempunyai mutu yang lebih baik, dengan nilai pH 3.9 dibandingkan dengan 4.5 daripada silaj yang dihasilkan secara manual.
Teknologi yang dibangunkan dapat digunakan untuk penghasilan silaj secara komersial, khususnya yang berasaskan bahan-bahan buangan sawit, jerami padi, hampas jagung dan sebagainya.
19
20