16
Soalan 1 Sikap Terhadap Pendidikan Seks Di Sekolah Skala Likert 1: Sangat tidak setuju 2: Tidak setuju 3: Kurang setuju 4: Setuju 5: Sangat setuju 1. Saya berminat dengan pendidikan seks di sekolah. Skala 1 2 3 4 5 2. Pendidikan seks telah mengganggu emosi saya. Skala 1 2 3 4 5 3. Pendidikan seks tidak sesuai diberi kepada remaja bawah umur. Skala 1 2 3 4 5 4. Pengetahuan tentang pendidikan seks mendidik saya supaya mengelakkan diri daripada terlibat dalam aktiviti sosial yang tidak sihat. Skala 1 2 3 4 5 5. Saya memberitahu rakan-rakan lain kebaikan pendidikan seks yang saya pelajari. Skala 1 2 3 4 5 6. Tujuan pendidikan seks ialah mendidik remaja supaya dapat mengelakkan diri daripada terlibat dalam aktiviti sosial yang tidak sihat.

Sikap Terhadap Pendidikan Seks Di Sekolah

Embed Size (px)

DESCRIPTION

kk

Citation preview

Page 1: Sikap Terhadap Pendidikan Seks Di Sekolah

Soalan 1

Sikap Terhadap Pendidikan Seks Di Sekolah

Skala Likert

1: Sangat tidak setuju

2: Tidak setuju

3: Kurang setuju

4: Setuju

5: Sangat setuju

1. Saya berminat dengan pendidikan seks di sekolah.

Skala 1 2 3 4 5

2. Pendidikan seks telah mengganggu emosi saya.

Skala 1 2 3 4 5

3. Pendidikan seks tidak sesuai diberi kepada remaja bawah umur.

Skala 1 2 3 4 5

4. Pengetahuan tentang pendidikan seks mendidik saya supaya mengelakkan diri

daripada terlibat dalam aktiviti sosial yang tidak sihat.

Skala 1 2 3 4 5

5. Saya memberitahu rakan-rakan lain kebaikan pendidikan seks yang saya pelajari.

Skala 1 2 3 4 5

6. Tujuan pendidikan seks ialah mendidik remaja supaya dapat mengelakkan diri

daripada terlibat dalam aktiviti sosial yang tidak sihat.

Page 2: Sikap Terhadap Pendidikan Seks Di Sekolah

Skala 1 2 3 4 5

7. Pendidikan seks perlu didedahkan kepada golongan remaja untuk mengurangkan

gejala sosial tidak sihat.

Skala 1 2 3 4 5

8. Pihak sekolah perlu bekerjasama dengan pihak jabatan kesihatan untuk mendidik

remaja tentang pendidikan seks.

Skala 1 2 3 4 5

9. Masalah sosial remaja dapat dikurangkan dengan memberi pendidikan seks.

Skala 1 2 3 4 5

10. Secara keseluruhan, saya mendapati bahawa pendidikan seks sangat bermanfaat

kepada golongan remaja.

Skala 1 2 3 4 5

Page 3: Sikap Terhadap Pendidikan Seks Di Sekolah

Menurut Chua Yan Piaw (2011), kesahan dikatakan tinggi jika instrumen yang

dibina benar-benar mengukur konsep yang dinyatakan dalam hipotesis. Bagi memastikan

skala sikap yang ingin diukur benar-benar dapat mengukur perkara yang ingin diukur,

maka setiap item perlu diuji dari segi kesahan dan kebolehpercayaan.

Kesahan (Validity)

Kesahan merujuk kepada keupayaan suatu pengukuran yang dilakukan untuk

mengukur nilai sebenar konsep dalam hipotesis (Chua Yan Piaw, 2011). Dalam hal ini,

kesahan dapat diukur dengan menentukan terlebih dahulu konsep yang ingin diukur.

Misalnya, definisi konseptual bagi sikap ialah perbuatan atau pandangan berdasarkan

sesuatu pendapat, definisi operasional juga mendefinisikan sikap sebagai perbuatan atau

pandangan berdasarkan pendapat. Keselarasan antara definisi konseptual dan definisi

operasional dapat meningkatkan kesahan. Selain itu, kesahan juga dapat ditentukan dengan

memastikan variabel-variabel kajian didefinisikan dengan jelas dan tepat supaya

pengukuran yang dilakukan bebas antara satu variabel dengan variabel yang lain. Oleh itu,

terdapat beberapa jenis kesahan dalam kajian kuantitatif iaitu, kesahan muka (face

validity), kesahan kriteria (criterion validity), kesahan bina (construct validity), kesahan

kandungan (content validity), kesahan dalaman (5) dan kesahan luaran (external validity).

Bagi kajian kualitatif pula, kesahan dapat ditentukan dengan menggunakan semua

jenis kesahan yang dinyatakan kerana bilangan subjek yang terhad dan penggunaan

instrumen kajian seperti kaedah temubual dan pemerhatian. Dalam hal ini, kesahan kajian

kualitatif dapat ditingkatkan dengan menghurai maklumat yang dikumpul secara objektif

tanpa dipengaruhi oleh perasaan pengkaji (Chua Yan Piaw, 2011). Sebagai contoh,

kesahan kajian kualitatif yang menggunakan kaedah temubual dapat ditingkatkan dengan

menggunakan secara serentak kesahan dalaman (internal validity) dan kesahan kriteria

(criterion validity) untuk menentukan kesahan instrumen temu bual.

Kebolehpercayaan (Reliability)

Selain kesahan dalam kajian, kebolehpercayaan pula merujuk kepada sejauhmana

suatu pengukuran itu konsisten atau sebaliknya. Kebolehpercayaan juga perlu ditingkatkan

untuk mengukur perkara yang ingin diukur. Dalam hal ini, kebolehpercayaan adalah tinggi

jika suatu kajian dapat memperoleh nilai yang sama jika pengukuran yang sama diulangi.

Page 4: Sikap Terhadap Pendidikan Seks Di Sekolah

Dalam kajian kuantitatif, kebolehpercayaan dapat ditentukan dengan menggunakan

beberapa kaedah iaitu, kaedah ujian pra-pasca, kaedah pemisahan separa dan kaedah

konsistensi dalaman.

Kaedah ujian pra-pasca bermaksud memberi ujian pra dan ujian pasca. Hal ini

bermaksud bahawa suatu ujian yang sama diberi pada kali kedua selepas suatu tempoh

masa tertentu dengan mendapat hasil yang sama seperti dalam ujian kali pertama. Ujian ini

dikatakan mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi kerana mempunyai hasil yang sama

antara ujian pertama dan ujian kali kedua dengan menggunakan ujian yang sama. Kaedah

ini juga dikenali sebagai kaedah uji-uji semula.

Kaedah pemisahan separa dibuat dengan melakukan analisis item dengan membuat

pemisahan item kepada dua kumpulan item secara rawak. Bagi soalan 10 item, kedua-dua

kumpulan mempunyai 5 item yang dipilih secara rawak. Skor setiap item dalam setiap

kumpulan dijumlahkan dan analisis nilai korelasi ditentukan bagi kedua-dua kumpulan

skor. Jika nilai korelasi kedua-dua kumpulan skor adalah tinggi, item-item ujian tersebut

dianggap mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi. Oleh itu, item-item kajian tersebut

dapat digunakan untuk mengukur sikap yang ingin diukur dalam kajian tersebut.

Kaedah konsistensi dalaman dalam ujian kebolehpercayaan digunakan untuk

mencari nilai korelasi antara skor setiap item ujian dengan jumlah skor bagi semua item.

Misalnya, item 1, item 2 dan item 3 mempunyai korelasi dengan jumlah skor ujian.

Korelasi yang tinggi antara skor item-item ujian dengan jumlah skor ujian dikatakan

mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi dan item ini boleh diterima dalam senarai item

ujian. Jika sebaliknya, maka item ini perlu diperbaiki atau ditolak sepenuhnya.

Kebolehpercayaan dalam kajian kualitatif adalah berbeza dengan kaedah yang

digunakan dalam kajian kuantitatif kerana kaedah pengumpulan data yang digunakan

adalah berbeza. Kebolehpercayaan dalam kajian ini dapat ditingkatkan atau ditentukan

dengan melakukan beberapa strategi. Antaranya, menggunakan kaedah triangulasi.

Berdasarkan kaedah ini, kajian dilakukan dengan menggunakan beberapa pengkaji yang

berlainan semasa proses pengumpulan data. Misalnya, beberapa penemubual yang berbeza

digunakan untuk menanyai soalan yang sama dalam suatu selang masa berbeza. Selain itu,

kajian dilakukan pada masa dan tempat yang berbeza-beza untuk mendapat maklumat atau

Page 5: Sikap Terhadap Pendidikan Seks Di Sekolah

data. Jika data yang diperolehi adalah sama bagi semua penemubual tersebut, dikatakan

bahawa kebolehpercayaan item adalah tinggi. Selain itu, kebolehpercayaan juga dapat

ditentukan dengan melibatkan penyelidik-penyelidik yang terlatih dalam melakukan

pemerhatian dan temubual yang terperinci dan teratur. Seterusnya, membuat perbandingan

antara rakan dalam kumpulan penyelidik. Kaedah ini dilakukan dengan membuat

perbandingan data kajian antara rakan penyelidik untuk memastikan bahawa data yang

diperoleh adalah sama. Sebagai tambahan, kebolehpercayaan dalam kajian kualitatif dapat

ditingkatkan dengan menggunakan instrumen kajian untuk merekod dan mencatat data

seperti borang temu bual, pita video, kamera dan perakam audio. Alat-alat kajian ini

penting sebagai bukti kajian yang dilakukan.

Selain meningkatkan kebolehpercayaan dalam kaedah kuantitatif dan kajian

kualitatif, keboleh percayaan juga dapat ditingkatkan dengan menitikberatkan aspek-aspek

semasa penyediaan item. Misalnya, menyatakan item secara jelas, tepat dan ringkas. Selain

itu, arahan yang dibuat mestilah jelas dan ringkas serta mudah difahami untuk

mengelakkan subjek terkeliru atau tidak memahami arahan. Seterusnya, item yang dibina

mestilah dalam bentuk sejenis. Semasa melakukan kajian, situasi dan masa pengukuran

perlu serupa dan dalam keadaan terkawal. Semasa mengumpul data, pengkaji perlu

memastikan subjek tidak terganggu untuk mengelakkan daripada subjek kajian memberi

jawapan yang kurang tepat. Subjek kajian juga perlu diberi jaminan bahawa semua data

yang diberi mempunyai jaminan kerahsiaan data.

Walaupun kesahan dan kebolehpercayaan dapat ditentukan dan ditingkatkan,

terdapat juga ralat yang berlaku semasa pengukuran dilakukan. Hal ini berlaku disebabkan

sama ada responden atau subjek kajian yang tidak memberi jawapan yang betul atau

tersilap memahami arahan, pencatat tidak mencatat data dengan tepat atau tidak merekod

data dengan betul (Chua Yan Piaw, 2011). Bagi mengurangkan ralat dalam pengukuran,

penyelidik perlu memastikan bahawa perkara-perkara berikut dapat diambil perhatian:

mendapat purata bagi pengukuran, mendapat nilai indeks bagi variabel yang ingin diukur,

menggunakan prosedur persampelan secara rawak dalam kajian, menggunakan alat

pengukura yang dapat memberi kesahan yang tinggi, menggunakan ayat dan perkataan

yang mudah difahami, melibatkan banyak pengkaji dalam melakukan pengukuran, jumlah

Page 6: Sikap Terhadap Pendidikan Seks Di Sekolah

subjek kajianyang lebih kecil, dan membuat semakan data secara teliti untuk mengelakkan

kesilapan dalam memilih data.

Selain daripada melakukan semua kaedah yang dinyatakan, suatu kajian rintis boleh

dilakukan untuk mencari masalah yang wujud dalam soal selidik seperti soalan yang

lemah, arahan yang kurang jelas dan item yang sukar dijawab atau mengelirukan. Kajian

rintis (pilot test) merupakan suatu percubaan ujian sebelum item-item sebenar diuji kepada

sampel sebenar dalam sesuatu kajian. Tujuan utama kajian rintis ialah memastikan data

yang telus dapat diperolehi daripada percubaan ujian tersebut terhadap kumpulan sampel

yang kecil. Tujuan-tujuan lain adalah untuk menentukan kebolehpercayaan item-item dari

aspek aras item, objektif item, kefahaman item, kebolehgunaan item dan arahan item

(Walter, 1979 di dalam kajian Dr. Hj Ghazali).

Sebagai kesimpulan, kesahan dan kebolehpercayaan bagi item-item perlu

ditentukan untuk memastikan item-item yang ditadbir benar-benar dapat menjawab

hipotesis dan persoalan kajian. Item-item mestilah dibina sendiri berdasarkan tujuan kajian

dan bukannya dibeli daripada mana-mana pihak ketiga yang menyediakan perkhidmatan

bank item. Oleh itu, pengkaji mestilah mempunyai nilai bertanggungjawab dan kejujuran

untuk memastikan hasil kajian yang diperolehi dapat memberi manfaat kepada bidang

akademik kerana setiap kajian yang dijalankan akan menjadi bahan rujukan pengkaji-

pengkaji lain pada masa akan datang.

Page 7: Sikap Terhadap Pendidikan Seks Di Sekolah

Soalan 2

Kesahan Dalaman Dalam Kuasi-Eksperimen

Kuasi eksperimen merupakan reka bentuk kajian dalam kajian kuantitatif. Tujuan

kuasi eksperimen digunakan dalam kajian ialah untuk mengkaji keberkesanan rawatan

dengan menggunakan persampelan tidak rawak. Kesahan dalaman (internal validity) bagi

kuasi eksperimen adalah tinggi berdasarkan sejauhmana variabel-variabel bebas dapat

mempengaruhi variabel-variabel bersandar. Dalam hal ini, kesahan dalaman dapat

ditingkatkan dengan mengikut prosedur reka bentuk kuasi eksperimen sejak dari awal

kajian. Oleh sebab sampel kajian diagih secara tidak rawak dengan dua kumpulan

responden yang tidak seimbang dan tidak mempunyai ciri-ciri yang sama, reka bentuk

kajian kuasi eksperimental adalah sesuai bagi menguji sesuatu program sama ada berkesan

atau tidak. Dalam kajian ini, variabel bebas yang tidak dapat dimanipulasi akan dijadikan

sebagai objektif kajian (Chua Yan Piaw, 2011).

Bagi menentukan kesahan dalam kuasi eksperimental, terdapat tiga reka bentuk

kajian kuasi eksperimen yang masing-masing mempunyai kaedah pengukuran untuk

memastikan kesahan iaitu reka bentuk ujian pra-pasca bagi kumpulan-kumpulan tidak

seimbang, reka bentuk regresi tidak bersambungan dan reka bentuk siri masa. Kesahan

dalaman bermaksud sejauhmana kajian menunjukkan bahawa rawatan yang dibuat dalam

kajian benar-benar menyebabkan perubahan tingkah laku subjek kajian dan bukan

disebabkan oleh faktor-faktor lain selain daripada rawatan tersebut (Chua Yan Piaw,

2011). Oleh itu, kesahan dalaman setiap reka bentuk kajian kuasi eksperimen ditentukan

berdasarkan kaedah pengukuran yang dijalankan untuk melihat sama ada berlaku

perubahan selepas suatu rawatan dilaksanakan. Dalam menentukan kesahan tersebut,

aspek-aspek penting seperti jumlah responden dalam kumpulan yang tidak seimbang perlu

diberi pertimbangan. Bagi reka bentuk ujian pra pasca misalnya, ia dijalankan untuk

kumpulan-kumpulan yang tidak seimbang iaitu kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan.

Pemilihan responden bagi reka bentuk ini dilakukan dengan memilih responden yang

mempunyai ciri-ciri yang sama atau hampir sama bagi kedua-dua kumpulan. Tujuannya

untuk melihat sama ada rawatan yang dibuat dapat mengubah tingkah laku bagi responden

yang mempunyai ciri yang sama atau hampir sama. Berdasarkan reka bentuk ini, ujian pra

dilakukan ke atas variabel bersandar untuk menguji tahap responden bagi sesuatu variabel

Page 8: Sikap Terhadap Pendidikan Seks Di Sekolah

bersandar tersebut. Misalnya, kajian keberkesanan kursus kepimpinan pengawas sekolah.

Variabel bersandar bagi kajian ini ialah tahap kepimpinan pengawas sekolah. Seterusnya,

rawatan dilakukan untuk meningkatkan kecekapan responden dengan menganjurkan kursus

kepimpinan pengawas sekolah (variabel bebas). Kursus tersebut merupakan rawatan yang

dilakukan selepas pengkaji mengenalpasti tahap kepimpinan pengawas sekolah daripada

ujian pra yang dilakukan. Setelah rawatan diberi, ujian pasca ke atas variabel bersandar

dilakukan untuk melihat kesan rawatan terhadap tahap kepimpinan pengawas sekolah. Jika

didapati bahawa kumpulan rawatan menunjukkan perubahan atau peningkatan dari segi

tahap kepimpinan, maka dikatakan bahawa rawatan tersebut telah berjaya mengubah

tingkah laku responden tersebut. Oleh itu, kesahan dalaman bagi reka bentuk ini adalah

tinggi. Tahap kepimpinan kedua-dua kumpulan juga boleh dianalisis secara lebih

mendalam untuk melihat perbezaan yang signifikan dengan menggunakan ujian t dan

ANOVA (Chua Yan Piaw, 2011).

Selain daripada reka bentuk ujian pra pasca dalam kuasi eksperimen, reka bentuk

regresi tidak bersambungan juga digunakan dalam menentukan sama ada sesuatu program

pemulihan itu berkesan atau tidak. Biasanya, reka bentuk ini digunakan untuk merawat

kumpulan khas yang lemah dalam sesuatu organisasi. Pemilihan responden bagi reka

bentuk ini dilakukan secara mata pemisahan dengan memilih responden yang unik dan

memerlukan rawatan. Bagi menentukan kesahan dalaman, mata pemisahan ditentukan

dengan menggunakan ujian pra bagi membezakan kumpulan rawatan dengan kumpulan

kawalan. Responden yang berada di bawah mata pemisahan akan dirawat dengan

melibatkan mereka dalam sebuah program khusus. Selepas program tamat, sekali lagi

responden-responden tersebut diuji dengan menggunakan ujian pasca untuk melihat jika

berlaku sebarang perubahan tingkah laku. Garis linear regresi yang digunakan dalam reka

bentuk regresi tidak bersambungan adalah tidak dipengaruhi oleh faktor-faktor sejarah,

kematangan dan min populasi kerana kedua-dua kumpulan berubah pada kadar yang sama

selepas sesuatu rawatan dilakukan. Oleh itu, kesahan dalaman bagi kajian ini adalah tinggi.

Bagi reka bentuk kuasi eksperimen yang ketiga iaitu reka bentuk siri masa pula,

kesahan dalaman ditentukan dengan melakukan pengukuran yang sama terhadap variabel

bersandar dalam tempoh masa yang berbeza iaitu sebelum dan selepas sesuatu rawatan

diberi. Reka bentuk siri masa merupakan kaedah yang dilakukan secara jangka masa

Page 9: Sikap Terhadap Pendidikan Seks Di Sekolah

panjang kerana ia memerlukan masa yang lebih lama dan tenaga yang lebih kerana

pengukuran dilakukan berulang-ulang untuk memastikan kebolehpercayaan reka bentuk

ini. Selain itu, reka bentuk siri masa tidak mempunyai kumpulan kawalan. Oleh itu,

penyelidik tidak dapat membandingkan sama ada rawatan yang diberi menghasilkan

perubahan yang diingini atau sebaliknya. Dalam hal ini, analisis akan dilakukan

berdasarkan pencapaian ujian yang lebih baik kerana pasca ujian dilakukan secara

berulang-ulang. Bagi reka bentuk siri masa, terdapat dua jenis reka bentuk iaitu reka

bentuk siri masa gangguan sementara dan reka bentuk siri masa gangguan tetap. Bagi reka

bentuk siri masa ini, responden akan diuji dalam satu tempoh yang panjang secara

berulang-ulang. Misalnya, kajian terhadap kesan peningkatan harga barang kepada

perbelanjaan isi rumah di Kota Marudu. Perbelanjaan sebelum kenaikan harga barang

dalam kalangan isi rumah direkod selama beberapa bulan atau beberapa tahun sehingga

wujud gangguan iaitu kenaikan harga barang (variabel bebas). Setelah itu, perbelanjaan isi

rumah direkod semasa berlaku kenaikan harga barang untuk beberapa tempoh masa untuk

melihat perubahan terhadap perbelanjaan isi rumah tersebut. Apabila gangguan berakhir

iaitu, harga barang diturunkan semula, sekali lagi perbelanjaan isi rumah direkod sama ada

perbelanjaan isi rumah bertambah, berkurang atau kekal pada masa rawatan diberi. Hasil

kajian adalah berbeza, sama ada tiada berlaku perubahan atau tiada kesan rawatan, kesan

rawatan bersifat jangka pendek, jangka panjang atau berlaku perubahan disebabkan kesan

sejarah kenaikan harga barang atau berlaku peristiwa-peristiwa lain semasa rawatan

diberiyang menyebabkan perbelanjaan isi rumah kekal pada aras yang sama.

Sebagai kesimpulan, reka bentuk kuasi eksperimen digunakan apabila pemilihan

secara rawak tidak dapat dilakukan. Hal ini bermaksud bahawa penyelidik boleh memilih

responden mengikut kehendak kajian dengan mementingkan responden yang mempunyai

ciri-ciri yang sama atau hampir mempunyai ciri-ciri yang sama untuk memastikan sesuatu

program berkesan iaitu variabel bebas dapat dipengaruhi oleh variabel bersandar setelah

suatu rawatan dilakukan. Hal ini juga bagi memastikan kesahan dalaman dalam kajian

kuasi eksperimen adalah tinggi.

Page 10: Sikap Terhadap Pendidikan Seks Di Sekolah

Soalan 3

Penggunaan internet dan Minat Penduduk Micosia

Metodologi Kajian

Kajian yang dijalankan adalah bertujuan mengetahui tahap penggunaan internet dan

minat oleh penduduk di Micosia. Oleh sebab kekangan waktu dan kewangan, penyelidikan

perlu menggunakan kaedah yang paling mudah dan dapat menjimatkan masa dan wang.

Oleh itu, metodologi kajian yang paling sesuai untuk menjalankan penyelidikan ini ialah

kajian tinjauan. Hal ini demikian kerana kaedah tinjauan adalah sesuai digunakan bagi

mengetahui pendapat dan pemikiran sebahagian besar orang terutamanya bagi subjek

kajian. Dalam kata lain, saiz sampel yang digunakan adalah besar. Bagi jumlah penduduk

Miscosia yang berjumlah seramai 500,000 orang, dengan jumlah dewasa adalah 60%

daripada jumlah penduduk atau bersamaan 300,000 orang dewasa, 0.5% jumlah responden

yang diperlukan adalah bersamaan 1500 orang. Selain itu, kajian tinjauan juga dapat

mengumpul maklumat secara terus daripada subjek kajian. Kajian ini dijalankan melalui

penggunaan soal selidik atau temubual atau kedua-duanya sekali. Walau bagaimanapun,

bagi menjimatkan masa dan wang dan tenaga, kajian ini hanya menggunakan kaedah soal

selidik untuk mengumpul data dengan memastikan terlebih dahulu kesahan dan

kebolehpercayaan instrumen soal selidik yang akan diberi kepada responden.

Bagi instrumen kajian, instrumen soal selidik menggunakan skala likert akan

mengandungi ciri-ciri yang sesuai dengan kesediaan dan latar belakang responden. Bagi

penduduk Miscosia, kebanyakan golongan dewasa terlibat dalam bidang pentadbiran,

pelancongan, pertanian, perikanan dan pembuatan. Oleh itu, instrumen kajian mestilah

mengambil kira latar belakang responden terutamanya keperluan menggunakan internet

mengikut bidang kerjaya responden atau minat menggunakan internet. Menurut Chua Yan

Piaw (2011), soalan yang dibuat mestilah dinyatakan dengan teliti dan tidak berat sebelah.

Bagi responden dalam kajian ini, soalan yang diberi perlu seimbang antara penggunaan

internet untuk memenuhi keperluan kerja dengan minat dan pengetahuan tentang komputer

dan internet. Selain daripada itu, format instrumen disusun secara sistematik dan teratur

iaitu, soalan disusun daripada soalan yang mudah kepada yang sukar dengan ruang

menjawab yang disediakan. Malah, arahan yang jelas tentang bagaimana menjawab soalan

Page 11: Sikap Terhadap Pendidikan Seks Di Sekolah

akan memudahkan responden untuk menjawab soalan-soalan dalam instrumen soal selidik.

Seterusnya, kajian ini akan memiliki kebolehpercayaan yang tinggi kerana kajian rintis

perlu dijalankan sebelum kajian sebenar dilakukan.

Selain instrumen soal selidik, kaedah temubual juga boleh dilakukan untuk

menambah kesahan dan kebolehpercayaan kajian ini. Kaedah ini digunakan pada peringkat

tinjauan awal dan sebagai kajian rintis sebagai sokongan tambahan untuk mendapat

maklumat-maklumat yang dikehendaki sebelum kajian sebenar dijalankan. Pada peringkat

awal tinjauan, penyelidik membuat temubual kepada subjek-subjek dalam populasi untuk

mendapatkan maklumat penggunaan internet dalam kalangan penduduk mengikut bidang

pekerjaan. Seterusnya, pada peringkat kajian rintis, temubual dijalankan dengan

melibatkan sebilangan kecil responden bagi mendapatkan maklum balas dan pendapat

tentang kesesuaian soal selidik yang digunakan terutamanya berkaitan bahasa dan istilah-

istilah yang digunakan. Hal ini penting bagi meningkatkan kesahan soal selidik yang akan

ditadbir pada peringkat kajian sebenar.

Bagi kesahan kajian ini, kesahan dapat ditentukan dengan memastikan variabel-

variabel kajian didefinisikan dengan jelas dan tepat supaya pengukuran yang dilakukan

bebas antara satu variabel dengan variabel yang lain. Hal ini penting supaya kajian ini

benar-benar dapat mengetahui apa yang perlu diketahui. Misalnya, variabel yang mungkin

wujud dalam kajian ini ialah tahap penggunaan internet dan minat menggunakan internet.

Variabel-variabel ini perlu didefinisikan supaya pengkaji jelas dengan instrumen yang

perlu disediakan dan responden pula tahu kehendak soalan-soalan dalam instrumen kajian.

Kebolehpercayaan dalam kajian tinjauan juga boleh dipercayai dengan melaksanakan

beberapa kaedah pengukuran supaya instrumen soal selidik yang disediakan benar-benar

memberi jawapan kepada persoalan kajian. Dalam hal ini, ujian pra pasca, kaedah

pemisahan separa dan kaedah konsistensi dalaman boleh dilaksanakan bagi meningkatkan

kebolehpercayaan kajian tinjauan dalam kajian ini. Ujian pra pasca adalah ujian yang

dijalankan kepada responden dilakukan sebanyak dua kali dengan menggunakan soalan

yang sama dalam suatu selang masa yang berlainan untuk melihat ketekalan jawapan yang

diberi. Walau bagaimanapun, kaedah ini boleh dipengaruhi oleh sikap dan kesan sejarah

yang dilalui oleh responden. Menurut Michael J. Miller,___, kesahan dalaman bagi item-

item soal selidik dapat ditingkatkan dengan mengukur setiap kebolehpercayaan setiap item.

Page 12: Sikap Terhadap Pendidikan Seks Di Sekolah

Dalam hal ini, kesahan dalaman dianggarkan melalui kaedah pemisahan separa iaitu item-

item dalam sesuatu ujian dipisahkan kepada dua kumpulan item secara rawak, dengan

mengira jumlah skor bagi kedua-dua kumpulan item tersebut. Seterusnya, nilai korelasi

antara kedua-dua kumpulan tersebut dianalisis. Jika korelasi antara setiap item adalah

tinggi, dikatakan bahawa kebolehpercayaan seluruh item adalah tinggi. Selain kaedah

pemisahan separa, kaedah alfa Cronbach juga boleh dilakukan untuk menentukan

kebolehpercayaan item-item soal selidik. Menurut Chua (2012), dalam statistik

kebolehpercayaan instrumen kajian yang menggunakan alfa Cronbach, nilai alfa .65 hingga

.95 dianggap memuaskan kerana nilai yang terlalu rendah menunjukkan keupayaan item-

item instrumen kajian untuk mengukur konsep dalam kajian adalah rendah, manakala nilai

alfa yang terlalu tinggi pula mungkin menunjukkan semua item adalah serupa atau

bertindih antara satu sama lain. Bagi memudahkan pengiraan pekali pemisahan separa

program SPSS sesuai digunakan untuk menilai keseragaman antara item-item kumpulan

pertama dan kumpulan kedua (bahagian pertama dan bahagian kedua) dalam analisis

kebolehpercayaan (Chua, 2012).

Bagi subjek dalam kajian ini, populasi kajian adalah berjumlah 300,000 orang

dewasa. Berdasarkan jumlah populasi penduduk dewasa di Miscosia, dan tujuan kajian

serta kaedah kajian yang digunakan dalam kajian ini, sampel kajian adalah 0.5% daripada

jumlah penduduk atau seramai 1500 subjek dengan jumlah sampel wanita ialah seramai

750 orang dan sampel lelaki juga berjumlah 750 orang. Subjek kajian yang dipilih adalah

responden dewasa berusia 18 tahun dan ke atas serta terlibat dalam bidang-bidang

pekerjaan seperti bidang pertanian, pentadbiran, pelancongan, perikanan dan pembuatan.

Tujuan sampel dipilih berdasarkan penglibatan dalam pelbagai sektor pekerjaan ialah

untuk melihat tahap penggunaan internet, kemahiran dan minat yang mungkin

mempengaruhi penggunaan internet.

Seterusnya, analisis data dilakukan dengan menggunakan ujian Khi Kuasa Dua.

Penggunaan kaedah analisis data ini sesuai bagi kajian ini memandangkan data kajian

merupakan data nominal yang mewakili jantina lelaki dan perempuan serta data ordinal

iaitu tahap penggunaan internet dan tahap minat responden terhadap penggunaan internet.

Page 13: Sikap Terhadap Pendidikan Seks Di Sekolah

Pemilihan Sampel Kajian

Menurut Chua (2011), persampelan merupakan proses pemilihan sebilangan subjek

dalam sebuah populasi untuk dijadikan responden. Persampelan perlu dilakukan dengan

berhati-hati untuk memastikan kesahan dan kebolehpercayaan kajian. Selain itu,

perancangan persampelan yang akan digunakan dalam kajian akan dapat memudahkan

pengkaji untuk mengumpul data, mengurangkan ralat pengukuran dan menjimatkan masa

dan perbelanjaan. Bagi kajian kuantitatif, pemilihan sampel kajian dilakukan dengan

melakukan pengiraan tertentu dengan mengambil kira ralat persampelan, aras signifikan

dan aras keyakinan dalam kajian. Bagi menjimatkan masa dan wang, kajian ini

menggunakan persampelan bukan kebarangkalian iaitu kaedah persampelan bertujuan.

Persampelan bertujuan ialah prosedur persampelan yang menggunakan sekumpulan subjek

yang dipilih sebagai responden dan mempunyai ciri-ciri tertentu bagi memenuhi tujuan

kajian. Hal ini bermaksud bahawa peluang untuk menjadi responden bagi subjek-subjek di

dalam sesebuah populasi tidak berpeluang dipilih menjadi responden. Kaedah ini dapat

memudahkan kajian kerana responden dipilih daripada bidang-bidang pekerjaan yang

berbeza untuk memenuhi kehendak kajian bagi menjawab persoalan penggunaan internet

dan minat mengikut jantina dan bidang pekerjaan.

Komponen Dalam Borang Soal Selidik

Secara teorinya, soal selidik terdiri daripada beberapa komponen iaitu

perkataan/istilah, soalan, format, dan hipotesis yang dikenal pasti dan sistem hierarki

(Hair, J.F. et.al,___). Oleh itu, kajian ini akan mengenal pasti komponen-komponen

penting yang perlu dipertimbangkan untuk dimasukkan di dalam soalan soal selidik. Bagi

penggunaan istilah dan perkataan, penyelidik perlu menggunakan perkataan dan istilah

yang mudah difahami kerana pemilihan perkataan dan istilah dalam soalan kaji selidik

dapat mempengaruhi jawapan responden. Misalnya, perkataan yang mempunyai maksud

yang kurang jelas dan bersifat mengganggu. Komponen seterusnya adalah penentapan

soalan yang akan dimasukkan ke dalam soal selidik sama ada menggunakan format tidak

berstruktur atau berstruktur, dan kualiti soalan yang ingin ditanya. Soalan tidak

berstruktur merupakan soalan terbuka yang membolehkan responden memberi jawapan

mengikut perkataan sendiri. Soalan berstruktur pula memerlukan responden untuk

memilih jawapan berdasarkan arahan soalan. Bagi kajian ini, soalan jenis berstruktur

Page 14: Sikap Terhadap Pendidikan Seks Di Sekolah

adalah lebih sesuai digunakan kerana ia mudah ditadbir dan kemungkinan berlaku bias

dapat dikurangkan kerana ia memudahkan responden memberi jawapan berdasarkan

poin-poin atau skala yang diberi. Menurut Hair, J.F. et.al___, borang soal selidik yang

dibina untuk mengumpul data juga bertujuan untuk menguji sesuatu hipotesis. Oleh itu,

soal selidik mestilah mempunyai kaitan dengan hipotesis penyelidikan yang juga

berkaitan dengan objektif penyelidikan. Oleh, hipotesis perlu ditentukan dengan jelas

sesuai dengan tujuan kajian dijalankan supaya setiap item soal selidik dapat menjawab

hipotesis kajian. Hal ini penting supaya penyelidik dapat menentukan jenis pengukuran

yang sesuai untuk mengumpul data jika soal selidik yang disediakan berkaitan dengan

hipotesis kajian. Bagi kajian ini, dicadangkan supaya

Michael, J.M (___). Validity and Reliability. Retrieved on 29 March 2014 from

http://michaeljmillerphd.com/res500_lecturenotes/Reliability_and_Validity.pdf

Rama, B.R (2007). Tips For Developing and Testing Questionnaires/Instruments.

Retrieved on 29 March 2014 from http://www.joe.org/joe/2007february/tt2.php

Emmalou, V.T.N. (1990). Controlling Error in Evaluation Instruments. Retrieved on 30

March 2014 from http://www.joe.org/joe/1990summer/tt2.php

Hair, J.F. et.al. (___). Components Of A Questionnaire. Retrieved on 30 March 2014 from

http://answers.mheducation.com/business/marketing/marketing-research/questionnaire-

design

Page 15: Sikap Terhadap Pendidikan Seks Di Sekolah