Upload
faridah-saing
View
245
Download
4
Embed Size (px)
DESCRIPTION
Sikap Masyarakat Kurang Kuasai Bahasa Melayu Masih Dipersoal _ Berita Harian
Citation preview
Khamis, 13 November 2014 - 11:07AM
Waktu Solat Kuala Lumpur: Imsak - 5:30 Subuh - 5:40 Syuruk - 7:00 Zohor - 13:00 Asar - 16:22 Maghrib - 18:58 Isyak - 20:10
(/)
Dapatkan edisi BH Digital.
Hanya RM30 sebulan.
Tweet 11
1.6kLike Share
0
KHAMIS, 6 NOVEMBER 2014 @ 8:33 AM
Sikap masyarakat kurang kuasai bahasaMelayu masih dipersoal (/node/15979)Oleh Seri Intan Othman
[email protected] (mailto:[email protected])
PESERTA Seminar Bahasa Melayu, Kerana Mulut Bahasa Binasa di Institut Penyiaran dan Penerangan Tun
Abdul Razak, RTM. - Foto Nur Adibah Ahmad Izam
GENERASI muda yang sekarang popular dengan sebutan Gen-Y perlu menjiwai bahasa
Melayu (BM) supaya wujud rasa kecintaan ke atas bahasa kebangsaan itu serta
memastikan ia terus dimartabatkan. Sikap golongan Gen-Y hari ini amat
membimbangkan kerana mereka tidak ambil peduli untuk mempelajari BM dengan
baik kecuali ketika di sekolah.
LANGGANI SEKARANG (HTTP://DIGITAL.NSTP.COM.MY/NST/INCLUDES/SHOP/LIST_PRODUCTS.JSP?TESTATA=BERBERITA&ID=BERBERITA)
RENCANA
UTAMA (/) SEMASA (/SEMASA)
http://www.bharian.com.my/https://twitter.com/intent/tweet?original_referer=http%3A%2F%2Fwww.bharian.com.my%2Fnode%2F15979&tw_p=tweetbutton&url=http%3A%2F%2Fwww.bharian.com.my%2Fnode%2F15979http://twitter.com/search?q=http%3A%2F%2Fwww.bharian.com.my%2Fnode%2F15979http://www.bharian.com.my/node/15979mailto:[email protected]://digital.nstp.com.my/nst/includes/shop/list_products.jsp?testata=berberita&id=berberitahttp://www.bharian.com.my/http://www.bharian.com.my/http://www.bharian.com.my/semasaMereka juga sudah tidak lagi mempelajari seni BM seperti seloka, gurindam, pantun
dan syair, malah ia seolah-olah dilupakan, kata Sasterawan Bahasa, Prof Madya Dr
Lim Swee Tin.
Tidak ramai anak muda yang menggunakan BM dengan baik apatah lagi untuk
menghayati dan memahaminya sehingga mahir dalam segenap segi bahasa itu.
Engineering @ ManipalGet RM 5000 Fee Waiver*, PTPTN Loan
Study Grant. Visit Us & Know More!
Beliau berkata demikian pada Seminar Bahasa Melayu, Kerana Mulut Bahasa Binasa
di Institut Penyiaran dan Penerangan Tun Abdul Razak (IPTAR) yang diadakan
sempena Bulan Bahasa Kebangsaan, baru-baru ini.
Disebabkan keadaan itu, usaha lebih berkesan perlu dilaksanakan pada peringkat
kerajaan dan orang ramai bagi mengubah keadaan ini.
Tarik minat Gen-Y
"Kita perlu menarik minat mereka dengan mengadakan pelbagai kegiatan yang sesuai
dengan Gen-Y bukan sahaja pada peringkat sekolah, tetapi segenap lapisan
masyarakat," katanya.
Mengenai isu Gen-Y yang lebih berminat dengan bahasa rojak khususnya penggunaan
sistem pesanan ringkas (SMS), beliau berpendapat perkara itu tidak ada salahnya.
Telefon selular memerlukan mereka menggunakan bahasa lebih ringkas dan tidak
rasmi, tetapi apa yang lebih penting bahasa betul untuk kegunaan rasmi.
"Semua ini berlaku disebabkan peredaran masa dan perubahan masyarakat serta
zaman turut bertukar kerana itu pada zaman Kesultanan Melayu Melaka dan hari ini
contohnya tidak sama.
"Evolusi perubahan bahasa ini berlaku dan pada saya ia bukan satu kesalahan,
bagaimanapun dibimbangi mutu BM anak muda menjadi tidak baik oleh pengaruhnya.
Untuk itu, amat perlu perjuangan memartabatkan BM diteruskan supaya ia tidak
pupus ditelan zaman," katanya.
Ketua Penyelaras Pasukan Petugas Khas Pelaksanaan Jawatankuasa Kabinet
Masyarakat India, Jabatan Perdana Menteri, Prof Madya Dr Krishanan Maniam, pula
berpendapat, amat perlu memahami evolusi bahasa berdasarkan zaman.
Mengenai remaja India yang gagal menguasai BM, katanya masalah ini sepatutnya
tidak berlaku kerana pendidikan formal mereka sejak di sekolah rendah.
"Ibu saya tinggal di kampung, tidak pernah ke sekolah, tetapi amat fasih berbahasa
Melayu, jadi kita perlu teliti di mana silapnya," katanya.
Begitu juga bagi 604 remaja Cina yang menyertai PLKN tidak boleh sepatah pun
bercakap Melayu seperti dilaporkan, menurut Lim, perkara ini amat mengecewakan.
"Kita perlu lihat sistem pendidikan sekolah, adakah kesilapan di mana-mana atau
mereka ini berhenti sekolah dan bekerja sejak sekolah rendah lagi," katanya.
Katanya, sukar dipercayai jika bersekolah semua pembelajaran menggunakan bahasa
kebangsaan, tidak mungkin mereka gagal bercakap barang sepatah pun.
http://www.googleadservices.com/pagead/aclk?sa=L&ai=CAV43dSBkVIGcMoWhuASL-YDgA5SJ2I4GhJ3t878BwI23ARABIIey_gFgy4u2jowXoAGE__3cA8gBAakCx79c3cF_UT7gAgCoAwHIA58EqgSGAU_QLSrqPjuNHIfWRmTi37Hw2NTbyQLYcIOQk1giSTwEObMD6nBhOLG5VMtQyw96qrGpvKi0X1V6nIlQxxCeh6Y5VZhY9N048wKufGG7CASDrB7sOs369V8jC0GtpFKzLSogFqJxk5x5zrcmVYV8mX4vt2PTbLAhqCJmBaOcOm4p-K6QN-vo4AQBiAYBgAfkgIIj&num=1&cid=5GjJkWIzNcOscTOu65XPXl7-&sig=AOD64_1Tc8ddvL3DXM3bDzhFSvIrzaJxdA&client=ca-pub-7231624659937647&adurl=http://online.miu.edu.my/ENGINEERING/%3Futm_source%3DGoogle%26utm_campaign%3DEng%2520-%2520Engineering%2520in%2520Malaysia%2520-%2520Display%26utm_medium%3DCPC%26utm_term%3DMechanical%2520engineering%2520course%2520in%2520malaysia%26Network%3DContent%26utm_content%3D51201315268%26SiteTarget%3Dwww.bharian.com.myGENERASI muda perlu ditekankan penggunaan bahasa Melayu yang betul agar tak pupus ditelan zaman. -
Foto Intan Nur Elliana Zakaria
Syor kelas perpaduan rakyat
Berikutan itu, beliau mencadangkan supaya kelas perpaduan rakyat diadakan dengan
lebih kerap, di samping majlis mesra muhibah antara kaum. Dengan ini akan ada
ruang bergaul mesra dan saling memahami budaya dan BM dengan lebih baik.
"Penguasaan BM ini memerlukan pergaulan seperti ini supaya boleh mempelajarinya
secara tidak formal," katanya.
Lim mengambil contoh latar belakangnya yang tinggal di sebuah perkampungan
Melayu di Kelantan sejak lahir dan belajar BM bukan sahaja di sekolah, tetapi melalui
pergaulan dengan masyarakat persekitaran.
"Lingkungan persekitaran ini yang menjadikan saya mencintai, menghayati dan
memahami sepenuhnya BM bersama pelbagai seninya termasuk gurindam, sajak, syair
dan seloka," katanya.
Menurut Krishanan lagi, beliau juga berpendapat bahawa persekitaran dan gaya hidup
masyarakat Malaysia yang sudah jauh berubah turut memberi kesukaran kepada
kaum India dan Cina menguasai BM.
Mereka hanya berpeluang belajar di sekolah, bila di rumah bercakap bahasa ibunda,
kerana itu tidak cukup untuk mereka menguasai BM, katanya.
Suasana masyarakat individualistik
Suasana hidup masyarakat hari ini terlalu individualistik, tidak suka bercampur gaul
dengan jiran sekeliling turut menyumbang kepada masalah ini.
Bagi mengatasi masalah ini, Lim mencadangkan supaya kerajaan merangka apakah
perancangan sesuai bagi mengeratkan hubungan muhibah antara kaum.
Pada masa sama, segenap lapisan masyarakat bekerjasama bukan sekadar bertemu
di tempat senaman atau majlis yang tidak membolehkan mereka berkenal mesra.