Upload
shafiqhazman
View
1.856
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
1.0PENDAHULUAN
Pengamatan bukanlah suatu proses yang lazim tetapi pengamatan
merupakan proses yang berlaku secara automatik. Pengamatan tidak akan terjadi
dengan hanya kita membuka mata, merasa sesuatu atau mendengar bunyi-bunyian
yang berada di alam ini. Pengamatan ialah satu proses yang melebihi tahap
pendaftaran rangsangan-rangsangan yang diberikan kepada kita semua. Manusia
sentiasa memilih segelintir daripada rangsangan-rangsangan yang akan memberi
makna kepada dirinya.
Segala fenomena yang dipersepsikan oleh manusia seharusnya melalui
organ-organ deria. Sememangnya organ derialah yang merupakan jalan masuk
semua rangsangan ke tubuh, akal fikiran dan jiwa manusia. Dalam hal pengamatan
ini, organ deria mata merupakan sesuatu yang penting. Hal ini kerana lazimnya
manusia selalu menumpukan perhatian melalui penglihatannya.
Apa yang kita lihat, dengar, sentuh dan rasa tentang keadaan alam sekitar
bergantung kepada pengamatan yang diperoleh melalui rangsangan yang diterima
oleh pancaindera. Kemudian maklumat itu ditafsirkan oleh proses mental untuk
membentuk konsep. Pada kebiasaannya, pengamatan dipengaruhi oleh
pengalaman yang sedia ada pada seseorang. Hal ini kerana pengamatan
memainkan peranan untuk membuka dan menyediakan skrin pemikiran pada
peringkat awal.
1
2.0KONSEP DAN TEORI PENGAMATAN PENGLIHATAN
Pengamatan merupakan satu elemen yang terpenting dalam proses kognitif.
Pengamatan bukanlah satu proses yang berlaku secara automatik. Hal ini kerana
pengamatan tidak terjadi dengan hanya kita membuka mata, merasa sesuatu atau
mendengar bunyi-bunyi-bunyian yang berada di alam ini.
Menurut Mohd Salleh ( 1995 ), pengamatan merupakan:
“ Pengamatan merupakan suatu proses individu mentafsir kederiaan
rangsangan dan memberi makna kepadanya. Ia juga adalah kesedaran dan
reaksi seseorang individu terhadap rangsangan-rangsangan, iaitu yang
bersifat peribadi. Pengamatan juga merupakan pola-pola yang bermakna.
Sebenarnya ia tidak berlaku secara automatik tetapi mengambil masa yang
lama, iaitu melalui pentafsiran dan pemahaman yang teratur” .
Manakala, mengikut pendapat Ruth Strang dalam bukunya “Reading
Diagnosis and Remediation” beliau mengatakan pengamatan ialah satu proses yang
bergantung kepada kognitif dan kederaan. Proses ini penting kepada pembelajaran
terutama dalam pembinaan konsep yang dialami oleh kanak-kanak.
Di samping itu, Janet W. Learner ( 1971 ) dalam bukunya “Children With
Learning Disabilities” telah mentafsirkan bahawa pengamatan adalah satu proses
untuk mengenal maklumat daripada tindak balas panca indera atau mekanisme
yang mentafsirkan sesuatu pergerakan pancaindera dengan kuasa intelek.
Selain itu, pengamatan juga didefinisikan sebagai satu kemahiran yang boleh
berkembang dan dipelajari. Sungguhpun ia berkait rapat dengan darjah kecerdasan
seseorang kanak-kanak itu, tetapi ia boleh diajar kepada kanak-kanak lemah supaya
dapat membantu mereka dalam pembelajaran. Satu corak gambaran atau
pengertian yang tersirat dalam fikiran seseorang apabila dia menggunakan
pancainderannya setelah tertarik dengan rangsangan dari luar juga merupakan
definisi pengamatan. Misalnya apabila seseorang melihat perkataan “API” pada
timba yang berwarna merah, dia tahu bahawa di dalamnya terdapat pasir atau air
untuk memadamkan api. Tiada sesiapa pun yang akan menghampiri timba tersebut
untuk menyalakan rokoknya kerana sangkaannya bahawa terdapat api di dalam
timba itu. Jadi jelaslah bahawa pandangan, pendengaran, sentuhan, pembauan dan
2
rasa mungkin sama tetapi pengamatan yang dihasilkan adalah berbeza bagi setiap
individu.
Penglihatan merupakan satu pandangan yang dilakukan oleh seseorang
dengan menggunakan deria penglihatan iaitu mata. Maka dapatlah disimpulkan
bahawa pengamatan penglihatan ialah kefahaman dan kebolehan seseorang
terhadap sesuatu perkara atau situasi melalui pancaindera iaitu mata. Adalah
dipercayai bahawa proses pembelajaran bermula dari rangsangan di persekitaran
yang dikesan oleh pancaindera. Kemudian utusan-utusan dari deria-deria
dihantarkan ke otak untuk diproses. Hasil pemerosesan ini boleh diukur sebagai
pembelajaran. Justeru itu, proses belajar bermula dengan rangsangan di luar,
kepekaan deria, pengamatan dalam otak dan seterusnya dengan gerak balas yang
dilakukan.
Bukan semua rangsangan mempunyai tarikan yang sama pada deria-deria.
Jenis rangsangan yang tidak jelas, mengelirukan, membosankan, stereotaip dan
sebagainya tidak begitu menarik pada deria. Kanak-kanak yang bermasalah
pembelajaran ini biasanya senang jemu. Oleh yang demikian, rangsangan yang
diberikan ini mestilah memenuhi ciri-ciri yang senang menarik perhatian deria iaitu
pergerakan, perubahan, saiz, ulangan, kekuatan bunyi dan warna, kontra dan set.
Penerimaan rangsangan ini bergantung pada kepekaan deria. Jika keupayaan deria
itu normal, penerimaan menjadi lebih mudah. Sekiranya terdapat sebarang jenis
kecacatan deria, sudah pasti penerimaannya akan turut cacat. Atas dasar inilah
ujian diagnostik penglihatan perlu diadakan untuk memastikan bahawa keadaan
deria-deria yang berkenaan adalah normal.
Setelah utusan rangsangan sampai ke otak, ia diproses melalui penerimaan
atau penghuraian kod penyimpanan atau pentafsiran dan kemudian barulah menjadi
pengamatan yang bermakna. Pernyataan pengekodan berlaku sebagai penggerak
kepada mana-mana anggota badan untuk bertindak melakukan sesuatu kemahiran
atau menghasilkan bahasa pertuturan untuk percakapan, penerangan atau
penulisan. Keupayaan pemerosesan ini bergantung pada latihan, pembelajaran,
pengalaman, keimanan dan kecerdasan.
Kebolehan mengamati ini adalah proses sesuatu yang jati atau semula jadi.
Menurut ahli-ahli psikologi, proses mengamati ini mirip kepada pertalian jarak atau
3
kedekatan, keserupaan, lengkapan atau litupan, pergerakan bersama, bentuk
mengatasi latar dan kesinambungan atau turutan. Kemiripan pengamatan untuk
melakukan sesuatu perkara boleh menimbulkan pelbagai masalah. Kemiripan
kepada sifat-sifat keserupaan adalah bergantung kepada keupayaan menggunakan
atribut seperti nama, sebutan, bentuk, kedudukan, warna, saiz, kumpulan atau set
dan lain-lain lagi. Manakala kemiripan dalam lengkapan atau litupan sering berlaku
apabila seseorang mengamati satu kontur yang lengkap daripada satu rajah yang
terputus-putus. Mana-mana bahagian yang hilang daripada rajah kontur itu akan disi
oleh pengamatan. Dengan erti kata lain, pengamatan akan mengisi kekosongan
yang mungkin akan menganggu pemaknaan.
Kebolehan kita mengamati perkara-perkara di sekeliling bergantung pada
beberapa faktor. Antara faktor tersebut ialah pengamatan, tugasan jelas, jangkaan,
hubungan latar hadapan dengan latar belakang, penumpuan, tempoh masa dan
susunan objek. Pengamatan bergantung pada pengalaman kita. Misalnya kalau kita
masuk ke hutan dan mendapati bekas tapak-tapak kaki bintang, kita tidak dapat
memberi makna kepadanya. Selain itu, pengamatan dibantu oleh pengetahuan
tugasan kita. Sebagai contohnya, apabila diminta melihat gambar berikut, seseorang
individu akan mengatakan bahawa dia dapat melihat dua muka orang yang sedang
menghadapi satu sama lain.
Bukan itu sahaja, ketika kita mengamati sesuatu, latar hadapan dan latar
belakang adalah rangsangan yang amat penting. Contohnya, jika seekor ular hitam
terdapat di bata yang cerah warnanya, adalah senang bagi kita untuk
mengamatinya. Sebaliknya kalau ular hitam terdapat di atas selonggok kayu yang
hitam, maka kayu hitam sahaja yang diamati pada pandangan buat kali pertama.
Bahkan sebelum mengamati sesuatu, anda perlu memberikan penumpuan yang teliti
terhadap sesuatu rangsangan itu. Tanpa penumpuan, anda tidak akan dapat
mengamati sesuatu dengan baik.
Komponen -komponen pengamatan penglihatan boleh dibahagikan kepada
jenis iaitu diskriminasi, ingat kembali, orentasi kedudukan, turutan, menyudah,
menyalin, rajah latar belakang dan koordinasi motor, pertalian jarak, ketetapan
bentuk atau kedudukan dalam rajah, gambar bersiri, mazing atau mencari dan
benda tersembunyi.
4
Komponen-komponen pengamatan penglihatan
5
diskrimasi
ingat kembali
orientasi kedudukan
turutan
menyudah
menyalin
rajah latar belakang
koordinasi motor
pertalian jarak
Antara contoh ciri-ciri yang dialami oleh murid-murid yang menghadapi
masalah dalam pengamatan penglihatan ini adalah seperti ketidakbolehan
membezakan bentuk, saiz, warna, huruf, nombor dan perkataan, ketidakbolehan
mengingat kembali apa yang diamati, ketidakbolehan membezakan kedudukan
sesuatu bentuk, huruf dan nombor dan ketidakbolehan mengenal sesuatu benda
atau melengkapkan objek, nombor, perkataan atau ayat. Selain itu, murid-murid ini
juga mempunyai ciri ketidakbolehan menyalin sesuatu bentuk, huruf, nombor,
perkataan dan ayat, ketidakbolehan menentukan sesuatu dari latar belakang
sesuatu gambar atau rajah, ketidakbolehan menyelaraskan pergerakan mata dan
tangan, ketidakbolehan mengagak sesuatu saiz, jarak ( ruang ) kiri dan kanan,
ketidakbolehan mengikuti cerita dari satu babak ke satu babak yang lain,
ketidakbolehan menyelesaikan sesuatu masalah jalan keluar dan ketidakbolehan
menyelesaikan sesuatu masalah yang abstrak.
Fahaman psikologi gestalt telah menjadi asas kepada perkembangan
psikologi kognitif. Perkataan “gestalt” adalah perkataan dalam bahasa Jerman dan
membawa maksud “pola” ( pattern atau configuration ). Kohler merupakan ahli
kumpulan Gestalt dari Jerman yang membuat kajian ke atas seekor cimpanzi yang
bernama Sultan. Hasil kajian Kohler ialah teori celik akal. Celik akal bermaksud
penyelesaian masalah berlaku secara mendadak atau tiba-tiba dan lengkap.
Dalam kajiannya, Kohler telah meletakkan seekor cimpanzi yang bernama
Sultan yang lapar dalam sebuah sangkar. Di luar sangkar tersebut, terdapat sebiji
pisang dan beberapa batang buluh yang panjangnya berbeza-beza. Sultan cuba
untuk mendapatkan pisang tersebut dengan menggunakan buluh beberapa kali
tetapi gagal. Kemudian, Sultan duduk berdiam diam untuk seketika sambil
mengamati buluh-buluh dan memikirkan alternatif-alternatif untuk mendapatkan
pisang tersebut. Tiba-tiba dia mendapat idea. Di saat tercetusnya idea itulah yang
dikenali sebagai celik akal. Dia mengambil buluh pendek dan menggunakannya
untuk mendapat buluh panjang dan seterusnya menggunakannya untuk
mendapatkan pisang.
6
Selain itu, kumpulan Gestalt juga ada menghasilkan teori berdasarkan
pengamatan iaitu bagaimana manusia melihat dunia. Menurut hukum pragnanz ,
manusia melihat dunia sebagai satu keseluruhan. Jika maklumat mencukupi,
rangsangan ( objek ) yang tidak sempurna pun akan dapat dibentuk maknanya
( difahami ) oleh otak manusia. Hal ini dinamakan pengamatan dan penanggapan.
Pengamatan kita menyempurnakan bentuk yang dilihat. Justeru, teori pengamatan
Gestalt mengusulkan pembelajaran berlaku secara keseluruhan-bahagian-
keseluruhan.
Psikologi gestalt telah ditubuhkan oleh Kohler, Koffka dan Wertheimer.
Mereka ini telah banyak memperkatakan tentang persepsi dan pembentukan
konsep. Mereka telah mengemukakan prinsip-prinsip yang berkaitan dengan
organisasi kebanyakkan idea yang telah dikemukakannya telah diguna pakai dan
dikembangkan oleh aliran psikologi kognitif dan aliran psikologi humanistik.
Hukum-hukum Gestalt tentang pengamatan menerangkan bagaimana
sesuatu susunan rangsangan yang tertentu dapat ditonjolkan dari latar belakangnya
dan diamati sebagai suatu rajah yang menyeluruh. Berikut adalah beberapa hukum
Gestalt mengenai pengamatan penglihatan.
a) Prinsip Kedekatan
Dalam prinsip ini, rangsangan-rangsangan yang terletak dekat antara satu
sama lain akan terkumpul bersada dalam bidang pengamatan kita.
b) Prinsip Bentuk dan Latar
Bentuk dan latar merupakan bidang pengamatan seseorang individu. Apabila
sesuatu objek menjadi bentuk atau fokus pemerhatian kita, yang lain akan
menjadi latar. Sebagai contohnya,
7
Rajah wanita muda atau wanita tua
Rajah di atas boleh dilihat sebagai seorang wanita muda dan seorang wanita
tua. Jika kita jadikan wanita muda sebagai objek, maka wanita tua itu tidak akan
kelihatan. Hal ini akan berlaku sebaliknya jika wanita tua menjadi objek, wanita
muda tidak akan kelihatan. Sedikit masa diperlukan bagi seseorang untuk
mengorganisasikan bahagian-bahagian yang berasingan hingga dapat memberi
sesuatu yang bermakna. Hal ini kerana pada umumnya, manusia akan melabelkan
satu rangsangan sebagai objek dan satu lagi sebagai latar belakang dan kedua-
duanya boleh bertukar bentuk menjadi objek pengamatan apabila ia didapati sesuai.
c) Prinsip Kesamaan
Prinsip kesamaan dalam pengamatan manusia lebih cenderung untuk
mengumpulkan rangsangan yang sama dalam satu kumpulan. Misalnya, dalam
berpakaian, individu suka memakai baju dan seluarnya atau kainnya yang sama
atau hampir sama warna.
d) Prinsip Simetri
Dalam kita mengamati sesuatu, bentuk yang simetri iaitu yang sama ukuran
lebih mudah diingati berbanding dengan bentuk yang tidak simetri.
e) Prinsip Lengkapan
Pada kebiasaanya, individu cenderung untuk melengkapkan sesuatu yang
tidak lengkap dalam pengamatan mereka.
f) Prinsip Terangkum
8
Menurut prinsip ini, seseorang individu itu akan lebih cenderung untuk melihat
bentuk yang lebih besar walaupun terdapat bentuk yang lebih kecil di dalamnya.
3.0PUNCA PENGAMATAN PENGLIHATAN
Punca-punca masalah pengamatan
Terdapat beberapa punca yang boleh mengakibatkan seseorang kanak-
kanak itu menghadapi masalah pengamatan penglihatan. Antara punca yang
dimaksudkan itu adalah seperti congenital, pemerolehan dan perkembangan.
Congenital merupakan satu keadaan yang dialami oleh seseorang sejak lahir atau
dengan kata lain congenital ialah baka yang diperturunkan oleh ibu bapa kepada
anak-anak mereka. Bahan faktor Rh dalam darah ibu dan bapa merupakan salah
satu contoh congenital . Rh Faktor adalah satu bahan dalam sel-sel darah merah
9
Pemerolehan
Perkembangan
Congenital
manusia. Orang yang mempunyainya digelar RH+ dan yang tiada digelar Rh-. Pada
kebiasaannya, ibu yang mempunyai sel merah yang mengandungi Rh iaitu Rh+ dan
mengandung anak yang mewarisi Rh- akan menghadapi risiko yang tinggi untuk
melahirkan anak yang anaemik atau kurang sel darah merah. Hal ini kerana antibodi
ibu akan menyerang sel darah merah anak yang dikandungkan itu kerana
mempunyai sifat yang berlainan daripada sifat darah ibu. Kekurangan sel merah ini
mungkin akan menjejaskan pembekalan oksigen ke otak bayi dan boleh
menyebabkan bayi ini terencat akal. Oleh yang demikianlah, seseorang murid itu
akan turut menghadapi masalah dalam pengamatan penglihatan.
Selain itu, faktor jangka masa dalam kandungan turut menjadi punca kepada
masalah pengamatan penglihatan. Jangka masa mengandung yang pendek iaitu
kurang dari tujuh bulan akan mengakibatkan kanak-kanak yang dilahirkan tidak
cukup bulan atau pramatang. Manakala jika terlalu lama pula, iaitu lebih dari 10
bulan, mungkin akan mengakibatkan kelahiran yang bermasalah kerana bayi itu
besar atau risiko ibu terdedah dengan pelbagai agen seperti kecederaan,
kekurangan pemakanan, tekanan emosi atau kemungkinan tinggi bayi diserang oleh
sesetengah penyakit yang boleh merosakkannya. Pada amalan biasa, bayi yang
dilahirkan tidak cukup bulan memerlukan bantuan ‘inkubator’ untuk melicinkan
pernafasan dan menyenangkan penyesuaian suhu badan dengan suhu
persekitaran. Semua ini akan menimbulkan risiko bilazim atau ‘keabnormalan’.
Punca berlakunya masalah pengamatan penglihatan yang seterusnya pula
ialah kesan sesetengah penyakit. Risiko penyakit-penyakit yang boleh diwarisi
daripada ibu bapa atau datuk seperti penyakit darah tinggi, kemcing manis, barah
dan siput babi juga boleh menyebabkan masalah kesulitan belajar. Terdapat juga
kecacatan pengamatan pendengaran atau pelbagai jenis bilazim penglihatan yang
diwarisi. Ada juga penyakit-penyakit yang dialami ibu semasa mengandung yang
boleh mencacatkan dan menyebabkan anak mereka menghadapi masalah dalam
pengamatan seperti rubela dan sebagainya.
Bukan itu sahaja, kesan sinar-X yang berlebihan juga menjadi punca kepada
masalah pengamatan. Hal ini kerana kesan sinar-X yang dilakukan di bahagian
kepala mempunyai risiko yang tinggi kepada bayi yang berkemungkinan dilahirkan
10
mengalami cacat fizikal atau mental. Jadi bayi ini tidak dapat menguasai proses
pengamatan penglihatan dengan baik.
Pemakanan ibu semasa mengandung turut akan mempengaruhi kebolehan
pengamatan seseorang. Pemakanan yang cukup dan seimbang merupakan
keperluan asas untuk menjamin kesihatan anak dalam kandungan. Ibu-ibu dalam
golongan miskin mungkin tidak dapat memenuhi keperluan asas ini dan mereka ini
menghadapi risiko yang tinggi untuk melahirkan anak yang kurang sihat yang
mempunyai risiko bilazim. Oleh yang demikian, maka tidak hairanlah bahawa
kebanyakkan murid-murid pemulihan menghadapi masalah kemiskinan. Di samping
pemakanan yang cukup dan seimbang, ibu-ibu yang mengandung juga memerlukan
kasih sayang, rasa selamat dan keadaan yang tenteram untuk proses pertumbuhan
dan perkembangan bayi yang normal dalam kandungan. Justeru itu, sesuatu
keluarga yang pincang mempunyai risiko untuk melahirkan anak yang bilazim dan
bermasalah dalam pembelajaran.
Punca yang seterusnya pula ialah kesan dadah dalam ubat-ubatan. Dadah
seperti streptomycin, neomycin, quinine atau salicylates boleh mengakibatkan anak
yang dilahirkan cacat anggota dan sebagainya. Bahkan dadah cytotoxic dan juga
thalidomide juga dipercayai boleh merosakkan fetus jika diambil pada peringkat awal
mengandung. Keracunan karbon monoksida juga dipercayai boleh menyebabkan
kerencatan akal. Apabila seseorang kanak-kanak itu terencat akal, maka mereka
tidak dapat mengamati apa yang dilihat mahupun didengar oleh mereka.
Di samping itu juga, kelahiran yang kompleks juga boleh mengakibatkan
masalah pengamatan. Hal ini kerana kelahiran yang kompleks boleh menimbulkan
risiko pada pertumbuhan otak dan saraf. Antara ciri-ciri kelahiran yang kompleks
adalah seperti kelahiran yang tidak cukup bulan, kelahiran dalam keadaan anaemik
atau kurang sel darah merah untuk membekalkan oksigen ke seluruh badan,
kelahiran dengan pertolongan forceps atau sedutan yang mungkin mencederakan
sel-sel otak, kelahiran songsang dan yang memakan masa yang panjang, dan
kelahiran melalui pembedahan caesarian yang mempunyai risiko kecederaan otak
disebabkan oleh penggunaan dadah semasa pembedahan dilakukan. Faktor-faktor
kelahiran yang kompleks juga boleh menimbulkan risiko masalah pembelajaran dan
pengamatan. Risiko-risiko lain berlaku selepas dilahirkan seperti pengaruh ibu bapa,
11
kesihatan diri, suasana rumah tangga, kecederaan dan keadaan sosioekonomi
keluarga. Faktor-faktor kelahiran dan selepas kelahiran boleh menjadi petunjuk
kepada keadaan fizikal, emosi, sosial dan mental kanak-kanak. Jika diteliti dengan
cermat, semua ini boleh diprognos sebagai kanak-kanak yang mengalami masalah
kesulitan pembelajaran yang merangkumi masalah pengamatan penglihatan.
12
4.0KEPENTINGAN PENGAMATAN PENGLIHATAN DALAM KEHIDUPAN
Pelbagai objek yang terdapat di sekeliling kita dilihat dan diamati melalui
pancaindera dan diproses pada bahagian yang tertentu dalam otak sehingga objek
itu dapat diamati. Kemampuan untuk membeza, mengumpul dan membuat
penumpuan itu disebut sebagai kemampuan untuk mengorganisasi pengalaman.
Maka dengan adanya organisasi ini, manusia akan selalu belajar dari pengalaman,
maka lambat laun tersusunlah pola pengamatan yang kekal dalam diri kita.
Jika kita perhatikan kebanyakan kanak-kanak yang menghadapi masalah
pengamatan biasanya keliru dengan huruf dan nombor seperti menulis dengan
terbalik, salah menulis kedudukan nombor, keliru dengan huruf besar dan kecil dan
lain-lain lagi. Seperti yang telah dinyatakan di atas, pengamatan adalah satu proses
kemahiran yang memerlukan kecekapan dalam menganalisa bentuk-bentuk dan
simbol dalam bacaan. Misalnya, jika kanak-kanak menulis huruf “a” secara terbalik
maka tidaklah dapat kita tafsirkan bahawa kanak-kanak ini mempunyai masalah
dalam bacaan. Manakala dalam konsep nombor, kanak-kanak mesti mempunyai
kekuatan pengamatan untuk membentuk nombor yang betul dan dapat
mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian.
Selain itu, pengamatan penglihatan juga penting untuk mengenal maklumat
daripada tindak balas pancaindera atau pun mekanisme yang mentafsirkan sesuatu
pergerakan pancaindera dengan kuasa intelek. Sebagai contohnya, seseorang
individu yang mempunyai tahap pengamatan yang baik akan dapat mengamati
setiap objek yang mereka lihat di sekeliling mereka.
Bukan itu sahaja, bahkan dengan mempunyai pengamatan penglihatan yang
baik, kita akan dapat menganalis bentuk-bentuk dan simbol-simbol bacaan yang
terdapat di sekeliling kita. Jadi, kita tidak akan mengalami masalah dalam membaca
papan-papan tanda dan sebagainya.
Pengamatan juga penting dalam mengorganisasikan pengalaman. Hal ini
kerana objek-objek di sekeliling kita ditanggap melalui alat-alat deria misalnya mata
dan diproses pada bahagian tertentu dalam otak sehingga objek itu dapat diamati.
Apabila utusan rangsangan sampai ke otak, utusan ini akan diproses melalui
penerimaan atau penghuraian kod penyimpanan atau pentafsiran dan kemudian
13
barulah menjadi pengamat yang bermakna. Jadi dengan adanya pengamatan, ia
dapat menjadikan seseorang individu itu berkemampuan untuk mengumpul,
membeza dan membuat penumpuan terhadap sesuatu.
Dengan adanya pengamatan penglihatan ini juga, kanak-kanak yang lemah
dalam pembelajaran akan dapat dibantu. Hal ini kerana pengamatan bukan hanya
berkait rapat dengan darjah kecerdasan seseorang kanak-kanak, bahkan
pengamatan ini juga boleh diajarkan kepada mereka. Maka, kanak-kanak yang
bermasalah dalam pembelajaran dapat dibantu dan sekaligus dapat menjadikan
kehidupan mereka lebih bermakna.
14
5.0INSTRUMEN UJIAN DIAGNOSTIK PENGAMATAN PENGLIHATAN
Dalam proses awal pembelajaran kanak-kanak, kemahiran landasan yang
kukuh amatlah penting. Justeru itu, ujian pengamatan patut diberikan kepada murid-
murid untuk melihat faktor kesukaran murid dalam penerimaan pengajaran bacaan.
Ujian diagnostik pendidikan pemulihan ialah satu jenis ujian formatif yang
melaluinya data-data yang diperolehi akan menunjukkan kelemahan tertentu yang
menyulitkan proses pembelajaran seseorang murid. Ujian diagnostik ini
berlandaskan rasional bahawa kelemahan mempelajari sesuatu pecahan kemahiran
asas berpunca daripada kecelaruan tafsiran pancaindera terutama sekali oleh deria-
deria penglihatan mahupun pendengaran yang akan mengakibatkan kecacatan
pengamatan bahasa dan nombor. Langkah pertama dalam penggubalan soalan
ujian diagnostik ini ialah menetapkan objektif menyediakan soalan ujian secara
eksplisit atau untuk mengukur tahap pencapaian objektif dengan mudah.
Pengamatan merupakan satu proses yang akan menimbulkan makna kepada
tugas-tugas pancaindera dengan pertolongan pengalaman-pengalaman lalu. Selain
itu, pengamatan juga dapat didefinisikan sebagai satu kemahiran yang boleh
dikembang dan dipelajari. Sungguhpun pengamatan ini berkait rapat dengan darjah
kecerdasan seseorang kanak-kanak itu, tetapi pengamatan juga boleh diajar kepada
kanak-kanak lemah supaya dapat membantu mereka dalam pembelajaran.
Menerusi ujian diagnostik pengamatan ini, guru dapat mengesan masalah
yang dihadapi oleh murid dalam mengecam kedudukan, persamaan atau perbezaan
bentuk, corak, saiz, warna, huruf, nombor, suku kata dan perkataan, menentukan
sesuatu saiz, jarak serta hubungan antara satu objek dengan objek yang lain dan
mengingat kembali, menyalin atau melengkapkan sesuatu bentuk, corak, huruf,
nombor, suku kata, perkataan dan ayat. Bahkan melalui ujian ini juga, guru dapat
mengesan masalah yang dihadapi oleh murid dalam memahami dan mengingat
sesuatu mengikut turutan dan memahami dan berupaya mencari jalan untuk
menyelesaikan sesuatu masalah.
15
Berikut merupakan antara komponen-komponen ujian diagnostik pengamatan
beserta tujuannya yang biasa digunakan oleh guru pemulihan dalam melaksanakan
ujian ini.
i. Diskriminasi yang sama
Tujuan : Melatih murid supaya dapat mencari ciri-ciri persamaan yang
terdapat pada objek, bentuk, corak, warna, nombor, huruf dan
sebagainya.
ii. Diskriminasi yang ganjil dan tidak sama ( Discrimination of differences)
Tujuan : Melatih murid supaya dapat mencari ciri-ciri perbezaan yang
terdapat pada objek, bentuk, corak, warna, nombor, huruf dan
sebagainya.
iii. Diskriminasi saiz (Discrimination of size)
Tujuan : Melatih murid supaya dapat membezakan saiz sesuatu objek,
bentuk, corak, warna, nombor, huruf dan sebagainya.
iv. Diskriminasi kedudukan ( Position in space)
Tujuan : Melatih murid supaya dapat membezakan kedudukan sesuatu
objek, bentuk, corak, warna, nombor, huruf dan sebagainya.
v. Koordinasi Motor –mata –tangan.
Tujuan : Melatih murid supaya dapat menyelaraskan pergerakan
motor-mata-tangan dan fahaman arah kiri, kanan dan sebagainya.
vi. Pertalian jarak (Spatial Relationship)
Tujuan : Melatih murid supaya dapat mengagak sesuatu saiz , jarak kiri
ke kanan serta antara satu hubungan objek dengan objek-objek yang
lain.
vii. Mazing
Tujuan : Melatih murid supaya dapat menyelesaikan sesuatu masalah
melalui aktiviti mencari jalan keluar daripada mudah kepada yang
susah.
viii. Turutan ( Sequencing)
Tujuan : Melatih murid supaya dapat mengingati dan menyusun
semula aktiviti-aktiviti bersiri.
16
ix. Rajah latar belakang / Benda tersembunyi ( Figure – Ground)
Tujuan : Melatih murid supaya dapat menyelesaikan sesuatu maslaah
abstrak.
x. Menyalin
Tujuan : Melatih murid supaya dapat menghasilkan apa yang telah
dilihat.
Kerja- kerja mendiagnos sebenarnya telah pun dimulakan apabila petanda-
petanda fizikal dikesan awal-awal lagi. Pengesanan awal ini masih lagi samar-samar
untuk dirumuskan dan dijadikan sebagai punca masalah kesulitan pembelajaran dan
kemudiannya untuk merancangkan program pemulihan.
Ujian diagnostik pengamatan penglihatan ini mengandungi 150 soalan yang
terdiri oleh kemahiran-kemahiran seperti berikut:
Bil. Kemahiran Bilangan soalan
1 Diskriminasi yang sama 10
2 Diskriminasi yang ganjil 10
3 Diskrimimasi saiz 10
4 Ingat kembali 20
5 Orientasi kedudukan 5
6 Turutan 15
7 Menyudah atau melengkapkan 10
8 Menyalin 10
9 Rajah latar belakang atau bertindih 15
10 Koordinasi motor mata tangan 10
11 Pertalian jarak atau ruang 10
12 Gambar bersiri 5
13 Kekalan atau keabadian bentuk 5
14 Mazing atau mencari jalan keluar 5
15 Benda tersembunyi 10
17
Dalam ujian diagnostik pengamatan penglihatan, setiap soalan yang betul
akan diberi 1 markah dan markah penuh ialah 150 markah. Murid-murid akan
dikehendaki untuk menjawab semua soalan yang disediakan. Selain itu, guru
dibenarkan untuk membaca arahan kepada murid-murid. Bagi melaksanakan ujian
diagnostik ini, tiada masa khas diperuntukkan.
ANALISIS UJIAN DIAGNOSTIK PENGAMATAN
Nama murid : Nurul Fatihah
Bil. Kemahiran Keputusan
1 Diskriminasi yang sama 10/10
2 Diskriminasi yang ganjil 10/10
3 Diskrimimasi saiz 10/10
4 Ingat kembali 5/20
5 Orientasi kedudukan 5/5
6 Turutan 10/15
7 Menyudah atau melengkapkan 10/10
8 Menyalin 10/10
9 Rajah latar belakang atau bertindih 10/15
10 Koordinasi motor mata tangan 10/10
11 Pertalian jarak atau ruang 10/10
12 Gambar bersiri 5/5
13 Kekalan atau keabadian bentuk 5/5
14 Mazing atau mencari jalan keluar 3/5
15 Benda tersembunyi 4/10
Jumlah 117/150 ( 78 % )
18
Diskrim
inasi ya
ng sam
a
Diskrim
inasi ya
ng gan
jil
Diskrim
imasi
saiz
Ingat k
embali
Orientas
i ked
udukan
Turu
tan
Menyu
dah at
au m
elengk
apka
n
Menya
lin
Rajah la
tar bela
kang a
tau berti
ndih
Koordinasi
motor m
ata ta
ngan
Pertali
an ja
rak at
au ru
ang
Gambar
bersiri
Kekala
n atau
keab
adian
bentuk
Mazing a
tau m
encar
i jalan
keluar
Benda t
ersem
bunyi0
20
40
60
80
100
120
Kemahiran
Nama Murid: Nurul FatihahPe
ratu
s ( %
)
Keputusan Ujian Diagnostik Nurul Fatihah
19
Nama murid : Mohd Amiruddin
Bil Kemahiran Keputusan
1 Diskriminasi yang sama 10/10
2 Diskriminasi yang ganjil 2/10
3 Diskrimimasi saiz 10/10
4 Ingat kembali 15/20
5 Orientasi kedudukan 5/5
6 Turutan 7/15
7 Menyudah atau melengkapkan 10/10
8 Menyalin 8/10
9 Rajah latar belakang atau bertindih 13/15
10 Koordinasi motor mata tangan 10/10
11 Pertalian jarak atau ruang 9/10
12 Gambar bersiri 3/5
13 Kekalan atau keabadian bentuk 5/5
14 Mazing atau mencari jalan keluar 3/5
15 Benda tersembunyi 5/10
Jumlah 115/150 ( 77%)
20
Diskrim
inasi ya
ng sam
a
Diskrim
inasi ya
ng gan
jil
Diskrim
imasi
saiz
Ingat k
embali
Orientas
i ked
udukan
Turu
tan
Menyu
dah at
au m
elengk
apka
n
Menya
lin
Rajah la
tar bela
kang a
tau berti
ndih
Koordinasi
motor m
ata ta
ngan
Pertali
an ja
rak at
au ru
ang
Gambar
bersiri
Kekala
n atau
keab
adian
bentuk
Mazing a
tau m
encar
i jalan
keluar
Benda t
ersem
bunyi0
20
40
60
80
100
120
Kemahiran
Nama Murid: Mohd AmiruddinPe
ratu
s ( %
)
Keputusan Ujian Diagnostik Mohd Amiruddin
21
Pada 29 Ogos 2010 yang lalu, saya telah menjalankan ujian diagnostik
pengamatan kepada dua orang murid pemulihan khas Sekolah Kebangsaan Sri
Bemban. Saya telah memilih murid pemulihan dari Tahun 2 dan Tahun 3 sebagai
responden saya. Murid yang menjadi pilihan saya itu ialah Nurul Fatihah ( Tahun 2 )
dan Mohd Amiruddin ( Tahun 3 ).
Kedua-dua orang murid ini mempunyai markah yang hampir sama iaitu Nurul
Fatihah mendapat 78 % dan Mohd Amiruddin mendapat 77 %. Setelah dianalis
hasil ujian diagnostik pengamatan penglihatan ini, saya mendapati Nurul Fatihah
mempunyai masalah dalam komponen pengamatan iaitu ingat kembali. Nurul
Fatihah hanya dapat menjawab 5 soalan daripada 20 soalan yang diberikan
kepadanya. Dalam kemahiran ini, Nurul Fatihah hanya mendapat 25%. Hal ini
mungkin kerana dia mempunyai masalah cepat lupa seperti yang terdapat dalam
ciri-ciri murid-murid pemulihan.
Walaupun Nurul Fatihah mempunyai masalah dalam kemahiran ingat
kembali, akan tetapi dia sangat cemerlang dalam beberapa kemahiran yang lain.
Nurul Fatihah dapat menjawab kesemua soalan yang diberikan dalam kemahiran
diskriminasi yang sama, diskriminasi yang ganjil, diskriminasi saiz, orientasi
kedudukan, menyudah atau melengkapkan, menyalin, koordinasi mata dan tangan,
pertalian jarak atau ruang, gambar bersiri dan kekalan atau keabadian bentuk.
Dalam kesemua kemahiran yang dinyatakan ini, Nurul Fatihah mendapat 100%.
Maka dengan ini dapatlah disimpulkan bahawa Nurul Fatihah mempunyai
pendedahan yang cukup.
Bagi Mohd Amiruddin pula, dia mempunyai masalah yang paling teruk dalam
kemahiran diskriminasi yang ganjil. Hal ini kerana selepas dianalis, saya mendapat
Mohd Amiruddin hanya mampu menjawab 2 soalan daripada 10 soalan bagi
diskriminasi yang ganjil yang diberikan kepadanya. Dalam kemahiran ini, dia hanya
mendapat 20%. Semasa ujian ini dilakukan, dia kelihatan seperti tidak dapat
mengenal pasti perbezaan yang terdapat dalam gambar-gambar yang diberikan dan
teragak-agak dalam membulatkan jawapan.
22
Manakala dalam kemahiran diskriminasi yang sama, diskriminasi saiz,
orientasi kedudukan, menyudah dan melengkapkan, koordinasi mata dan tangan
dan kekalan atau keabadian bentuk, Mohd Amiruddin dapat menjawab ke semua
soalan yang diberikan dan mendapat 100%.
23
6.0AKTIVITI DAN ALAT BANTU BELAJAR
AKTIVITI PERTAMA
Tajuk : Jangan Pandang Belakang
Kemahiran : Koordinasi mata dan tangan
Masa : Tiada masa diperuntukkan
Bahan : Kad-kad huruf
Aktiviti : Individu
Persediaan bahan :
1. Guru menyediakan kad-kad huruf.
Prosedur :
1. Murid dikehendaki duduk di hadapan guru.
2. Guru menunjukkan kad-kad huruf secara satu persatu kepada murid-
murid.
3. Seterusnya, murid diminta untuk memerhatikan kad-kad huruf yang
ditunjukkan oleh guru dengan teliti.
4. Kemudian, guru menutup kad huruf tersebut.
5. Setelah itu, guru menyuruh murid-murid untuk mencari kad huruf
mengikut nombor-nombor yang disebutkan oleh guru.
6. Selepas mendapatkan kad huruf tersebut, murid dikehendaki untuk
menyebutnya dengan betul.
24
Huraian:
Dengan menjalankan aktiviti ini, ianya sedikit sebanyak akan menarik minat
murid dalam pembelajaran. Hal ini kerana murid-murid pemulihan lebih gemar
bergerak dan suka akan baahn-bahan maujud yang dapat mereka lihat dan pegang.
Selain daripada dapat membantu murid-murid pemulihan yang mengalami masalah
dalam pengamatan, aktiviti ini juga dapat membantu murid dalam mengenal huruf.
25
ALAT BANTU MENGAJAR DAN ALAT BANTU
BELAJAR
26
AKTIVITI KEDUA
Tajuk : Jom kita putar.
Kemahiran : Koordinasi mata dan tangan
Masa : Tiada masa diperuntukkan
Bahan : Roda Impian
Aktiviti : Berkumpulan.
Persediaan bahan :
1. Guru menyediakan roda impian yang mengandungi 4 bendera kertas di
dalamnya.
Prosedur :
1. Murid dikumpulkan bersama-sama.
2. Guru menunjukkan roda impian kepada murid-murid.
3. Seterusnya, murid diminta untuk memerhatikan 4 bendera yang
ditunjukkan oleh guru.
4. Setelah itu, guru menyuruh murid-murid untuk mencari bendera yang
ganjil di antara bendera-bendera yang ditunjukkan.
5. Murid yang dapat mengenal pasti bendera yang berbeza itu
dikehendaki datang ke hadapan untuk memutarkan roda impian tersebut.
6. Guru membuat perhatian dan menilai hasil yang ditunjukkan.
27
Huraian:
Aktiviti “Jom Kita Putar” ini amat menarik dalam menjalankan aktiviti
pengamatan penglihatan. Hal ini kerana murid-murid dapat bergerak dan
penggunaan bahan maujud iaitu roda impian yang dibuat sendiri digunakan dalam
menjalankan aktiviti ini.
28
ALAT BANTU MENGAJAR DAN ALAT BANTU
BELAJAR
29
Bahan bantu mengajar merupakan faktor yang penting dalam menentukan
kejayaan sesuatu aktiviti pengajaran dan pembelajaran dan sekaligus menimbulkan
rangsangan keinginan keinginan murid untuk mengetahui sesuatu dan menjadikan
pembelajaran baik dan lebih menarik. Mengikut Noraziah Abdul Hamid ( 1981: 2 ) ,
bertajuk “ Alatan Mengajar Dalam Pengajaran Bahasa, ‘ alat bantu ‘ itu mestilah
dianggap sebagai satu bahagian yang padu dalam proses tersebut. Ia bertujuan
untuk menambah kelancaran perhubungan antara guru dan murid dan sebaliknya,
murid sesama murid serta membantu atau mempercepatkan proses pemahaman
mereka. Pendapat ini disokong sama oleh Edgar Dale ( 1964 ) yang digambarkan
dalam bentuk “ cone of experience” di mana proses pembelajaran bermula dengan
proses aspek semi-abstrak hingga kepada yang lebih abstrak. Penggunaan BBM
juga sebahagian daripada kaedah dan idea-idea yang disampaikan oleh guru
kepada murid-muridnya.
Bahan bantu mengajar iaitu kad-kad huruf dan roda impian sesuai digunakan
untuk mengajar murid-murid yang bermasalah pengamatan penglihatan. Dengan
menggunakan bahan-bahan maujud seperti kad-kad huruf dan roda impian ini,
ianya dapat menarik minat dan perhatian murid-murid yang mengalami masalah
dalam pengamatan penglihatan. Dengan ini, murid-murid ini tidak akan berasa
bosan dan minat terhadap pembelajaran.
Selain itu, dengan menggunakan kad-kad huruf ini, murid- murid yang
bermasalah pengamatan penglihatan ini akan dapat mengenal bentuk huruf-huruf.
Hal ini sedikit sebanyak akan meningkatkan keupayaan mereka dalam mengingat
apa yang mereka pelajari di dalam bilik darjah.
Keaslian bahan bantu belajar juga akan mempengaruhi minat murid dalam
pembelajaran. Dengan menggunakan bahan bantu belajar dan mengajar yang
dibuat sendiri oleh adalah lebih baik. Hal ini kerana dengan membuat sendiri kad-
kad huruf dan roda impian untuk diaplikasikan oleh murid-murid yang menghadapi
masalah pengamatan penglihatan, ianya akan menjadi bahan tersebut akan lebih
menarik. Kad-kad huruf dan roda impian yang dibuat sendiri boleh ditambah
baikkan kerana apabila kita membeli kad-kad huruf di kedai, kita tidak mengetahui
kualiti bahan yang diperlukan untuk menghasilkan bahan tersebut. Dengan
menghasilkan sendiri, bahan bantu belajar dan mengajar kita mengetahui jenis
bahan yang diperlukan untuk menghasilkannya dan kita mengetahui cara
penggunaan dan penjagaannya.
30
Penggunaan kad-kad huruf dan roda impian dalam melaksanakan aktiviti
bersama-sama dengan murid-murid yang menghadapi masalah pengamatan
penglihatan adalah sangat sesuai. Hal ini kerana murid-murid pemulihan biasanya
suka akan bahan-bahan maujud. Maka dengan menghasilkan kad-kad huruf yang
berwarna-warni dan ringan ini boleh menarik minat mereka. Bukan itu sahaja,
penggunaan kad-kad huruf dan roda impian yang terdiri dari komponen kertas tidak
akan mencederakan dan berbahaya mereka. Penggunaan kad-kad huruf yang
ringan dapat menjadikan aktiviti ini lebih menarik dan mudah untuk digunakan. Jadi,
ianya tidak akan membebankan murid ketika menjalankan aktiviti ini.
31
7.0PENUTUP
Sejak Negara mencapai kemerdekaan hingga kini, tidak banyak perubahan
yang berlaku dalam dunia pedagogi atau sains pengajaran, walaupun sukatan
pelajaran, kemudahan teknologi pendidikan, infrastruktur sekolah serta pengurusan
dan pentadbiran pendidikan meningkat maju seiring dengan kehendak masyarakat.
Tetapi yang lainnya cuma golongan kanak-kanak. Di sekolah, murid-murid dapat
digolongkan kepada dua kumpulan iaitu golongan kanak-kanak normal dan
golongan kanak-kanak “ istimewa ” atau “ khas ”. Istilah-istilah ini telah digunakan
bagi mententeramkan kemarahan ibu bapa dan untuk menghilangkan rasa terhina
kanak-kanak ini sekiranya mereka dilabelkan sebagai kanak-kanak yang bodoh,
mundur, lemah atau lembam. Perbezaan minat, pengalaman, bakat dan gaya beljar
seseorang individu boleh mengakibatkan segolongan mereka lebih lambat atau
terbelakang. Salah satu ciri masalah yang dikatakan kanak-kanak “ istimewa ” atau
“ khas ” ini ialah kanak-kanak yang mengalami masalah pengamatan.
Maka, bagi membantu golongan kanak-kanak seperti itu, diwujudkanlah
program Pemulihan Khas di sekolah-sekolah. Justeru, program Pemulihan khas
telah mengutamakan Prinsip ‘ Menyelesaikan masalah seawal mungkin ’ agar
kanak-kanak yang mengalami masalah dalam pembelajaran tidak menjadi kronik
dan berterusan sehingga ke tahap 2 atau ke peringkat persekolahan menengah
rendah. Bahkan melalui program Pemulihan Khas ini juga, keperluan-keperluan
murid yang berpencapaian rendah dapat dikenal pasti dan dipenuhi.
Semua pihak haruslah berganding bahu dalam menjayakan program
pemulihan khas ini. Segala bebanan dan tanggungjawab ini memerlukan sokongan
yang jitu dan padu daripada pihak sekolah terutamanya Guru Besar dan guru-guru
Bahasa Melayu dan Matematik di samping peranan ibu bapa di rumah. Hal ini
adalah kerana hasrat untuk menolong murid-murid yang menghadapi masalah
pembelajaran ini tidak akan terlaksana sekiranya pelaksanaan pengajarn pemulihan
diserahkan seratus peratus kepada guru pemulihan khas semata-mata kerana
mereka diberi status dan tanggungjawab rasmi sebagai guru pemulihan khas. Koh
( 1987 ) telah menegaskan bahawa guru pemulihan khas tidak akan dapat memikul
bebanan yang besar ini tanpa kerjasama empat penjuru iaitu Guru Besar sekolah,
guru biasa, ibu bapa dan pegawai Kementerian Pendidikan itu sendiri.
32
Abdul Halim ( 1986 ) mencadangkan agar Kementerian Pendidikan untuk
membanyakkan lagi penyelidik-penyelidik terlatih dan pakar-pakar perubatan,
jurupulih dan ahli-ahli psikologi pendidikan bagi membantu dalam perkhidmatan
pengajaran khas ini mencapai kejayaan yang sewajarnya.
Disebabkan guru pemulihan khas perlu menggunakan inisiatifnya yang
tersendiri bagi menghadapi murid yang memerlukan bantuan pemulihan jangka
pendek dan jangka panjang, Zainal ( 1986 ) menyeru agar pihak sekolah
memberikan kerjasama dengan cara tidak menjadikan guru pemulihan khas sebagai
guru ganti. Menurut Koh, guru pemulihan khas adalah bertanggungjawab atas
perancangan dan pelaksanaan aktiviti-aktiviti pemulihan sahaja.
Di samping itu Koh juga menegaskan bahawa guru pemulihan khas mestilah
mempunyai kebolehan untuk menjalinkan pertalian dengan guru-guru lain di
sekolahnya. Hal ini merupakan suatu kualiti professional yang amat penting bagi
setiap guru pemulihan khas yang berjaya dan cemerlang. Selain itu, menurut Koh
lagi, guru pemulihan khas juga mestilah cekap membuat pengesanan yang tepat,
mengadakan program pemulihan yang berstruktur dengan objektif-objektif khusus
dan menjalankan pengajaran pemulihan diindividualkan dengan menggunakan
pelbagai jenis bahan dan pendekatan bagi memupuk minat murid yang mengalami
masalah pembelajaran ini.
Murid-murid pemulihan yang mengalami masalah dalam menguasai
kemahiran asas iaitu membaca, menulis dan mengira ini tidak boleh dipinggirkan.
Hal ini kerana mereka juga boleh berjaya seperti kanak-kanak normal yang lain.
Mereka cuma memerlukan suntikan dan menuntut kesungguhan, kesabaran dan
keikhlasan daripada guru-guru pemulihan khas, bak kata pepatah Melayu; belakang
parang kalau diasah lagikan tajam, sehari selembar benang, lama-lama menjadi
kain.
33