37
Sektor kewangan yang terbaik untuk ekonomi Malaysia

Sektor kewangan yang terbaik untuk ekonomi · PDF filemeluas melalui rangkuman kewangan. ... keperluan pembiayaan jangka panjang sektor ... pendanaan yang lebih berasaskan ekuiti dan

  • Upload
    lydiep

  • View
    240

  • Download
    2

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Sektor kewangan yang terbaik untuk ekonomi · PDF filemeluas melalui rangkuman kewangan. ... keperluan pembiayaan jangka panjang sektor ... pendanaan yang lebih berasaskan ekuiti dan

Sektor kewangan yang terbaik untuk ekonomi Malaysia

Page 2: Sektor kewangan yang terbaik untuk ekonomi · PDF filemeluas melalui rangkuman kewangan. ... keperluan pembiayaan jangka panjang sektor ... pendanaan yang lebih berasaskan ekuiti dan

inklusifovatif 52 |

53

Page 3: Sektor kewangan yang terbaik untuk ekonomi · PDF filemeluas melalui rangkuman kewangan. ... keperluan pembiayaan jangka panjang sektor ... pendanaan yang lebih berasaskan ekuiti dan

inklusif

2.1 Pengantaraan berkesan ke arah pembentukan ekonomi bernilai tambah tinggi dan berpendapatan tinggi

2.2 Membangunkan pasaran kewangan yang meluas dan dinamik

2.3 Perkongsian kemakmuran yang lebih meluas melalui rangkuman kewangan

Page 4: Sektor kewangan yang terbaik untuk ekonomi · PDF filemeluas melalui rangkuman kewangan. ... keperluan pembiayaan jangka panjang sektor ... pendanaan yang lebih berasaskan ekuiti dan
Page 5: Sektor kewangan yang terbaik untuk ekonomi · PDF filemeluas melalui rangkuman kewangan. ... keperluan pembiayaan jangka panjang sektor ... pendanaan yang lebih berasaskan ekuiti dan

Bagi menyokong transformasi Malaysia

ke arah menjadi ekonomi bernilai tambah

tinggi dan berpendapatan tinggi, keupayaan

sistem kewangan Malaysia untuk membuat

peruntukan modal dengan cekap dan

berkesan sesungguhnya amat penting.

Berikutan integrasi ekonomi dan kewangan

serantau yang lebih kukuh, sektor kewangan

juga perlu memainkan peranan yang lebih

penting sebagai pengantara dana bukan

sahaja di rantau ini malah dalam ekonomi

sedang pesat membangun yang lain.

pengantaraan berkesan ke arah pembentukan ekonomi bernilai tambah tinggi dan berpendapatan tinggi

54 |

55

Page 6: Sektor kewangan yang terbaik untuk ekonomi · PDF filemeluas melalui rangkuman kewangan. ... keperluan pembiayaan jangka panjang sektor ... pendanaan yang lebih berasaskan ekuiti dan

Sistem kewangan yang lebih pelbagai, cekap,

berdaya saing dan stabil merupakan prasyarat

yang amat penting bagi transformasi ekonomi

Malaysia.

Sistem kewangan hendaklah mampu

menggembleng tabungan daripada sumber

dalam negeri dan merentas sempadan dengan

cekap agar dapat memenuhi keperluan

pembiayaan dan pelaburan ekonomi domestik

dan merentas sempadan yang besar dan

pelbagai, khususnya di rantau Asia dan ekonomi

sedang pesat membangun yang lain.

Sektor kewangan kini berada pada kedudukan

yang kukuh untuk maju ke hadapan dan meraih

manfaat daripada pelbagai peluang yang muncul

daripada persekitaran yang lebih berdaya saing

dan bersepadu. Dalam dekad yang lalu, sistem

kewangan Malaysia telah melaksanakan fungsi

pengantaraannya dengan baik meskipun ketika

krisis kewangan global memuncak tidak lama

dahulu. Pencapaian yang membanggakan

ini adalah bukti ketahanan sistem kewangan

negara semasa tempoh ketidaktentuan dan

kegawatan yang ketara mahupun ketika dilanda

kelembapan ekonomi. Pasaran bon juga semakin

penting dengan adanya spektrum instrumen

kewangan yang lebih luas untuk memenuhi

keperluan pembiayaan jangka panjang sektor

perniagaan yang besar dan projek berjangka

panjang. Oleh itu, sektor korporat Malaysia telah

semakin bergantung pada pasaran modal untuk

mendapatkan pembiayaan, seperti dicerminkan

oleh pasaran sekuriti hutang korporat dan

sukuk yang kini mencakupi 58.5% daripada

jumlah pembiayaan korporat pada akhir tahun

2010 berbanding 46.4% pada tahun 2001.

Sehubungan dengan ini, aktiviti pembiayaan

bagi sektor korporat telah beralih ke arah

yang lebih berasaskan pasaran daripada lebih

ditentukan oleh bank seperti pada awal tahun-

tahun 2000-an.

Berikutan itu, struktur pemberian pinjaman

sektor perbankan kini telah berubah. Jika dahulu

sebahagian besar daripada pinjaman tertumpu

pada pinjaman korporat, ia kini lebih berasaskan

pinjaman runcit kepada pelanggan isi rumah dan

juga pinjaman perniagaan kepada perusahaan

kecil dan sederhana (PKS). Bahagian pinjaman

terkumpul kepada sektor isi rumah meningkat

daripada 34.4% daripada jumlah pinjaman

terkumpul pada akhir tahun 2000 kepada

55.4% pada akhir tahun 2010, manakala

pembiayaan kepada PKS bertambah daripada

31.1% daripada jumlah pembiayaan perniagaan

terkumpul kepada 38.5% pada tempoh yang

sama. Persekitaran pembiayaan yang lebih baik

bagi PKS adalah berikutan pelaksanaan inisiatif

yang menyeluruh untuk memenuhi keperluan

kewangan kelompok ini selain penambahbaikan

dalam proses dan prosedur institusi kewangan.

Persekitaran tersebut juga memudahkan

penyediaan khidmat nasihat, termasuk

penyediaan mekanisme penyelesaian oleh

industri dan agensi lain seperti yang disediakan

oleh Bank Negara Malaysia dan juga SME

Corporation Malaysia yang ditubuhkan pada

tahun 2009. Secara keseluruhannya, proses

pengurusan risiko dan tadbir urus korporat

dalam industri kewangan yang lebih kukuh telah

membolehkan institusi kewangan melaksanakan

fungsi pengantaraannya dengan lebih berhemat

dan berkesan.

Page 7: Sektor kewangan yang terbaik untuk ekonomi · PDF filemeluas melalui rangkuman kewangan. ... keperluan pembiayaan jangka panjang sektor ... pendanaan yang lebih berasaskan ekuiti dan

Melangkah ke hadapan, beberapa trend ekonomi

umum akan mempengaruhi fungsi pengantaraan

sektor kewangan:

• Struktur ekonomi Malaysia yang lebih pelbagai,

dengan kedudukan sektor perkilangan dan

perkhidmatan semakin meningkat dalam rantaian

nilai ke arah aktiviti nilai ditambah yang lebih

tinggi. Pertumbuhan ekonomi akan lebih dipacu

oleh industri berintensif pengetahuan dan lebih

berinovatif, dan kumpulan PKS yang lebih besar

dan lebih maju, dengan proses, inovasi produk dan

jangkauan pasaran yang lebih baik.

• Pembangunan infrastruktur yang lebih maju dan

meluas dalam ekonomi domestik dan juga dalam

rantau ini. Di Malaysia sahaja, jumlah pelaburan yang

diperlukan di bawah Program Transformasi Ekonomi

dalam tempoh sepuluh tahun yang akan datang

dianggarkan sebanyak RM1.3 trilion dalam projek

berintensif pengetahuan dan projek infrastruktur

besar dan jangka panjang. Paling penting, 92%

daripada keperluan pendanaan ini dijangka diperoleh

daripada sistem kewangan domestik. Sementara

itu, keperluan pembiayaan untuk menyokong

pembangunan infrastruktur secara besar-besaran di

rantau Asia Pasifik juga dianggarkan sangat besar,

sekitar USD8 trilion sepanjang dekad yang akan

datang (Asian Development Bank: Infrastructure for

a Seamless Asia – 2010).

• Integrasi ekonomi dan kewangan global dan rantau

yang lebih kukuh akan membuka peluang dan

pasaran baharu buat sektor korporat dan kewangan

Malaysia.

• Perubahan demografi di Malaysia, dengan lebih

ramai pengguna berpendapatan sederhana yang

berkemampuan, peningkatan bilangan penduduk

yang memasuki usia persaraan, dan pengguna

yang lebih bijak wang.

Sektor kewangan kini berada

pada kedudukan yang kukuh

untuk maju ke hadapan dan

meraih manfaat daripada

pelbagai peluang yang muncul

daripada persekitaran yang

lebih berdaya saing dan

bersepadu

Pe

ng

an

tar

aa

n B

er

ke

sa

n k

e a

ra

h P

em

Be

nt

uk

an

ek

on

om

i B

er

nil

ai

tam

Ba

h t

ing

gi

da

n B

er

Pe

nd

aP

ata

n t

ing

gi

56 |

57

Page 8: Sektor kewangan yang terbaik untuk ekonomi · PDF filemeluas melalui rangkuman kewangan. ... keperluan pembiayaan jangka panjang sektor ... pendanaan yang lebih berasaskan ekuiti dan

Berikutan peningkatan permintaan terhadap perkhidmatan kewangan yang

lebih pelbagai, sektor kewangan perlu meningkatkan dan memperluas

peranannya untuk menggembleng jumlah dana yang lebih banyak daripada

pelbagai sumber dengan lebih berkesan dan cekap – daripada sektor

isi rumah dalam bentuk deposit runcit tradisional dan premium insurans,

hinggalah kepada sumber lebih canggih seperti dana persaraan dan pelabur

institusi – bukan sahaja daripada sumber dalam negeri malah dari rantau

ini juga. Oleh itu, sumber dana perlu diperuntukkan dengan lebih berkesan

mengikut keperluan pembiayaan ekonomi yang pelbagai. Pasaran kewangan

juga dijangka menjadi semakin penting untuk berfungsi sebagai pengantara

utama untuk menjana dana, dan bagi pelabur yang mencari pulangan

pasaran bagi penjanaan, pengumpulan dan pemeliharaan kekayaan. Sejajar

dengan trend yang dijangka ini, institusi kewangan perlu meningkatkan

kapasiti dan keupayaan untuk menawarkan lebih banyak rangkaian produk

dan perkhidmatan kewangan yang boleh menangani segala jenis risiko,

memenuhi permintaan mudah tunai dan pilihan tempoh matang peminjam

dan pelabur. Trend ini akan menjadi lebih penting apabila integrasi kewangan

serantau menjadi semakin hebat. Sistem kewangan Malaysia, yang juga

terdiri daripada institusi kewangan asing dan pasaran kewangan yang lebih

maju, berada pada kedudukan yang kukuh untuk menggembleng simpanan

serantau secara berkesan bagi disalurkan kepada aktiviti pelaburan serantau.

Ini juga meliputi pengantaraan dalam pelbagai mata wang secara berkesan

lagi cekap.

Dari segi pembiayaan, bank perdagangan dan institusi kewangan

pembangunan (IKP) dijangka terus menjadi penyedia utama pembiayaan

tradisional kepada sektor isi rumah dan PKS. Bank pelaburan juga penting

dalam mengatur pembiayaan dan penyelesaian kewangan lain untuk

firma-firma, dengan fokus yang lebih besar terhadap aktiviti pelaburan

besar merentas sempadan dan dalam pelbagai mata wang. Bagi memenuhi

permintaan aktiviti ekonomi yang berteraskan inovasi dan usaha niaga

permulaan, ekosistem modal risiko yang teguh diperlukan untuk menyediakan

saluran pembiayaan melangkaui pembiayaan bank yang biasa. Selaras

dengan jumlah modal lebih besar yang digembleng daripada produk berkaitan

pelaburan, peluang juga terbuka buat institusi kewangan memperluas

skop pembiayaan mereka melangkaui pembiayaan tradisional, iaitu ke arah

pendanaan yang lebih berasaskan ekuiti dan modal risiko. Untuk tujuan ini,

Page 9: Sektor kewangan yang terbaik untuk ekonomi · PDF filemeluas melalui rangkuman kewangan. ... keperluan pembiayaan jangka panjang sektor ... pendanaan yang lebih berasaskan ekuiti dan

akan berlaku peralihan yang lebih besar ke

arah budaya pengambilan risiko yang lebih

seimbang dalam kalangan pembiaya yang

akan membantu usaha niaga baharu oleh

usahawan, sambil menyedari akan kemungkinan

berlakunya kegagalan dalam kalangan syarikat

baharu. Seiring dengan perkembangan ini,

infrastruktur sokongan akan dibangunkan

untuk mengurangkan jurang maklumat

yang tak simetri dan meningkatkan jumlah

penyaluran maklumat, yang penting untuk

memudahkan penilaian kredit yang lebih wajar

dan menggalakkan penentuan kos risiko yang

lebih cekap. Pasaran kewangan juga dijangka

memainkan peranan yang lebih penting dalam

pengantaraan kewangan pada masa hadapan,

dengan perluasan jangkauan dan rangkaian

instrumen kewangan agar simpanan dan

Bagi memenuhi permintaan

aktiviti ekonomi yang

berteraskan inovasi dan usaha

niaga permulaan, ekosistem

modal risiko yang teguh

diperlukan untuk menyediakan

saluran pembiayaan

melangkaui pembiayaan bank

yang biasa

58 |

59P

en

ga

nta

ra

an

Be

rk

es

an

ke

ar

ah

Pe

mB

en

tu

ka

n e

ko

no

mi

Be

rn

ila

i ta

mB

ah

tin

gg

i d

an

Be

rP

en

da

Pa

tan

tin

gg

i

Page 10: Sektor kewangan yang terbaik untuk ekonomi · PDF filemeluas melalui rangkuman kewangan. ... keperluan pembiayaan jangka panjang sektor ... pendanaan yang lebih berasaskan ekuiti dan

pelaburan jangka panjang dapat disuaipadankan

dengan lebih baik. Langkah ini akan dilengkapi

oleh pewujudan persekitaran yang kondusif bagi

membantu pembiayaan besar-besaran untuk

projek jangka panjang, khususnya pembiayaan

infrastruktur.

Seiring dengan langkah Malaysia meningkatkan

lagi hubungan perdagangan dan pelaburannya

dengan negara-negara di rantau ini dan

negara-negara lain, sektor kewangan

berperanan penting dalam menyokong usaha

pengembangan syarikat Malaysia, menjadi

pengantara dana lebihan dari rantau ini untuk

pelaburan yang produktif, dan memudahkan

aliran modal merentas sempadan. Peningkatan

permintaan pengguna, khususnya daripada

penduduk berpendapatan sederhana yang

semakin bertambah di rantau ini, juga menjadi

pemangkin utama bagi rangkaian perkhidmatan

kewangan yang lebih canggih dan komprehensif.

Kehadiran bank Malaysia di rantau ini dijangka

makin meluas dan kukuh, manakala pasaran

kewangan dijangka menjadi lebih teguh dengan

jangkauan antarabangsanya yang lebih luas,

khususnya dalam kewangan Islam. Dalam masa

yang sama, penggunaan dana daripada sumber

merentas sempadan untuk memenuhi keperluan

pembiayaan dan pelaburan ekonomi domestik,

serantau dan antarabangsa, akan banyak

menyumbang kepada usaha memperdalam

sistem kewangan di Malaysia.

Oleh itu, matlamat yang ingin dicapai adalah

untuk membangunkan sistem kewangan yang

teguh dan mampan yang menyokong aktiviti

ekonomi untuk meningkatkan kedudukan

dalam rantaian nilai, memenuhi keperluan

Page 11: Sektor kewangan yang terbaik untuk ekonomi · PDF filemeluas melalui rangkuman kewangan. ... keperluan pembiayaan jangka panjang sektor ... pendanaan yang lebih berasaskan ekuiti dan

Penggunaan dana daripada

sumber merentas sempadan

untuk memenuhi keperluan

pembiayaan dan pelaburan

ekonomi domestik, serantau

dan antarabangsa, akan

banyak menyumbang kepada

usaha memperdalam sistem

kewangan di Malaysia

pembiayaan domestik dan serantau semua

firma merentas spektrum ganjaran-risiko (risk-

reward), dan menyokong pembiayaan projek

besar dan jangka panjang. Kapasiti sistem

kewangan juga akan ditingkatkan agar boleh

menyokong pengantarabangsaan perniagaan

Malaysia dengan lebih baik dan menyediakan

rangkaian penyelesaian yang menyeluruh untuk

mengurangkan risiko perniagaan dan kewangan.

Seiring dengan langkah Malaysia untuk beralih

ke arah ekonomi berpendapatan tinggi, golongan

kelas pertengahan dan paras pendapatan juga

akan bertambah. Oleh itu, dari segi penyediaan

produk dan perkhidmatan kewangan kepada

sektor isi rumah, golongan ini akan memerlukan

produk simpanan dan pelaburan pulangan risiko

(risk-return) yang lebih pelbagai dan terbeza,

serta pilihan pembiayaan untuk pendidikan,

penjanaan, pengumpulan dan pemeliharaan

kekayaan, serta perancangan kewangan.

Permintaan pengguna juga akan merangkumi

rangkaian produk dan perkhidmatan kewangan

berkualiti tinggi yang lebih pelbagai, pada kos

yang efektif dan yang boleh dipercayai, serta

ditawarkan melalui saluran penyampaian yang

lebih senang untuk diakses, mudah dan cekap

dari segi kos. Dengan tambahnya penduduk yang

memasuki usia persaraan, lebih banyak penekanan

akan diberikan terhadap pembangunan produk

dan perkhidmatan yang memenuhi keperluan

persaraan dan perubatan jangka panjang

pengguna. Pembentukan rangka kerja persaraan

yang lebih mantap dan cekap juga akan menjadi

sumber pembiayaan jangka panjang yang penting

bagi projek besar yang utama, yang diperlukan

untuk melancarkan proses transformasi ekonomi.

60 |

61P

en

ga

nta

ra

an

Be

rk

es

an

ke

ar

ah

Pe

mB

en

tu

ka

n e

ko

no

mi

Be

rn

ila

i ta

mB

ah

tin

gg

i d

an

Be

rP

en

da

Pa

tan

tin

gg

i

Page 12: Sektor kewangan yang terbaik untuk ekonomi · PDF filemeluas melalui rangkuman kewangan. ... keperluan pembiayaan jangka panjang sektor ... pendanaan yang lebih berasaskan ekuiti dan

Melangkah ke hadapan, visi yang didukung adalah supaya sektor kewangan

menjadi asas bagi pencapaian transformasi Malaysia untuk menjadi ekonomi

bernilai tambah tinggi dan berpendapatan tinggi melalui pengantaraan

kewangan dalam negeri dan serantau yang cekap dan berkesan, yang

akan menggembleng pelbagai bentuk tabungan secara menyeluruh untuk

disalurkan kepada spektrum aktiviti pelaburan yang meluas di Malaysia

dan merentas sempadan. Sektor kewangan akan dapat menyalurkan dana

daripada entiti yang mempunyai lebihan kepada entiti yang mengalami

defisit, melalui rangkaian pengantaraan, pasaran dan instrumen yang serba

lengkap, serta melaksanakan fungsi pengantaraan sehingga menghasilkan

nilai tertinggi pada kos yang kompetitif. Proses ini akan didorong

terutamanya oleh persaingan yang produktif dan amalan yang lestari, lantas

menyumbang kepada usaha memelihara kestabilan kewangan. Ini akan

dapat dicapai dengan mewujudkan:

• Ekosistem yang cergas dan mampan, terdiri daripada institusi kewangan

yang pelbagai, kukuh dan berdaya saing serta pasaran kewangan yang

pelbagai, yang disokong oleh infrastruktur kewangan yang cekap dan

berkesan, serta persekitaran operasi yang kondusif;

• Keseimbangan yang wajar antara mekanisme pengawalseliaan dengan

mekanisme berasaskan pasaran bagi memastikan pembangunan sektor

kewangan adalah berterusan dalam menyediakan produk dan perkhidmatan

kewangan untuk memenuhi permintaan perniagaan dan individu; dan

• Penglibatan sistem kewangan Malaysia yang lebih giat pada peringkat

serantau dan antarabangsa.

Page 13: Sektor kewangan yang terbaik untuk ekonomi · PDF filemeluas melalui rangkuman kewangan. ... keperluan pembiayaan jangka panjang sektor ... pendanaan yang lebih berasaskan ekuiti dan

Saranan 2.1.1

Meningkatkan keupayaan sektor kewangan

untuk menyokong aktiviti bernilai tambah tinggi.

Ini termasuk memenuhi keperluan kewangan

perusahaan berinovatif sepanjang kitaran

hayatnya, yang meliputi peralihan kepada

peringkat pertumbuhan dan pengembangan,

dan memudahkan jalan keluar yang efisien bagi

pelabur baharu, dengan:

i. Meningkatkan peranan institusi kewangan

dalam membangunkan kemudahan pembiayaan

dan pelaburan bercirikan perkongsian

keuntungan dan risiko, seperti pembiayaan

berasaskan ekuiti dan separa ekuiti. Ini akan

diperlengkap oleh pelindung yang mencukupi

untuk memastikan agar aktiviti sedemikian

tidak dibiayai oleh deposit runcit dalam institusi

kewangan tersebut.

ii. Menggalakkan penawaran pemfaktoran dan

pajakan oleh institusi kewangan dan IKP

untuk memenuhi keperluan perniagaan kecil

dan perniagaan permulaan. Ini termasuk

pemfaktoran antarabangsa untuk membiayai

pengeksport, memandangkan perdagangan

Malaysia amat terbuka.

iii. Menggalakkan rangkaian pembiayaan

sepenuhnya oleh IKP kepada sektor strategik

sasaran, khususnya dalam sektor pertanian,

koperasi dan PKS.

62 |

63

Pe

ng

an

tar

aa

n B

er

ke

sa

n k

e a

ra

h P

em

Be

nt

uk

an

ek

on

om

i B

er

nil

ai

tam

Ba

h t

ing

gi

da

n B

er

Pe

nd

aP

ata

n t

ing

gi

Page 14: Sektor kewangan yang terbaik untuk ekonomi · PDF filemeluas melalui rangkuman kewangan. ... keperluan pembiayaan jangka panjang sektor ... pendanaan yang lebih berasaskan ekuiti dan

iv. Menggalakkan pilihan berasaskan pasaran,

seperti pertukaran belum terima (receivables

exchange) yang membenarkan perusahaan

perniagaan untuk menjual dagangan belum

terima (receivables) kepada pelabur institusi

menerusi lelongan masa nyata, untuk akses

kepada pembiayaan yang lebih berkesan.

v. Menggalakkan pembangunan kemahiran untuk

menyokong bidang pertumbuhan baharu seperti

teknologi hijau, dan amalan pembiayaan yang

lestari dari segi sosial dan alam sekitar selaras

dengan piawaian antarabangsa.

Saranan 2.1.2

Menambah penawaran rangkaian pendanaan

modal risiko swasta untuk semua peringkat

pembiayaan melalui kerjasama dengan Kerajaan

dan agensi lain untuk:

i. Menggalakkan penubuhan funds of funds yang

melabur dalam industri modal usaha niaga

domestik dan serantau, serta menyediakan

insentif bagi pelaburan dalam usaha niaga

permulaan tempatan yang inovatif. Sumber

pembiayaan berpotensi untuk diperoleh

daripada pelabur usaha niaga persendirian tidak

rasmi (business angels) tempatan dan asing,

ekuiti swasta dan dana modal usaha niaga,

serta pelabur institusi.

ii. Membantu penubuhan institusi baharu dengan

kepakaran khusus untuk menyediakan

pembiayaan modal risiko, yang melengkapi

industri ekuiti swasta dan modal usaha niaga.

Kapasiti dan keupayaan IKP untuk memainkan

peranan yang lebih besar dalam pembiayaan

modal risiko juga akan ditingkatkan bagi

menyokong sektor strategik sasaran.

Saranan 2.1.3

Meningkatkan kapasiti sektor kewangan untuk

memenuhi keperluan pembiayaan projek

berskala besar dan jangka panjang domestik

dan serantau, termasuk pembangunan

infrastruktur. Penyediaan produk dengan

tempoh matang yang lebih panjang akan

memenuhi permintaan pelaburan jangka

panjang syarikat insurans dan pelabur institusi,

termasuk dana persaraan. Bagi mencapai

matlamat ini, langkah berikut akan dilaksanakan:

i. Menggalakkan perkongsian strategik antara

institusi kewangan domestik dengan institusi

kewangan asing yang mempunyai kepakaran

khusus dalam pembiayaan projek jangka

panjang. Langkah ini bertujuan memperkukuh

keupayaan domestik.

ii. Menggalakkan penyertaan institusi kewangan

Malaysia pada peringkat serantau untuk sama-

sama menggembleng dan memperuntukkan

modal serantau secara berkesan, di samping

tabungan dalam negeri, untuk projek tempatan

dan serantau.

iii. Menyokong penubuhan institusi baharu dengan

kepakaran khusus dalam penstrukturan

pembiayaan jangka panjang dan besar,

khususnya dana infrastruktur, untuk meraih

manfaat ekonomi ikut bidangan dengan

mendapatkan dana daripada pelbagai pelabur,

serta menggunakan tabungan serantau untuk

dilaburkan dalam projek di dalam negara dan

serantau.

iv. Memperkukuh keupayaan penilaian dan

pengurusan risiko syarikat insurans dan pelabur

institusi, termasuk dana persaraan, agar prospek

Page 15: Sektor kewangan yang terbaik untuk ekonomi · PDF filemeluas melalui rangkuman kewangan. ... keperluan pembiayaan jangka panjang sektor ... pendanaan yang lebih berasaskan ekuiti dan

dan daya maju kewangan projek jangka panjang

dapat ditentukan dengan lebih baik, dan bukan

semata-mata bergantung pada penarafan kredit

bagi instrumen sedemikian.

Saranan 2.1.4

Menyokong penyertaan sektor perniagaan

Malaysia pada peringkat serantau dan

antarabangsa dengan meningkatkan

pengetahuan institusi kewangan Malaysia

mengenai pasaran yang berbeza-beza untuk

menangani cabaran utama maklumat tak simetri.

Ini termasuk:

i. Menjalin perkongsian strategik dengan syarikat

asing untuk memudahkan lagi pertukaran

maklumat, penilaian risiko rakan niaga dan

maklumat pasaran.

ii. Bekerjasama dengan agensi Kerajaan, pakar

industri, IKP, pembiaya, serta persatuan industri

dan pertubuhan perniagaan untuk membina

satu platform bersama untuk pertukaran

maklumat produk dan perkhidmatan kewangan

serta maklumat berkenaan yang lain. Bagi

menghasilkan sinergi yang lebih baik, hubungan

antarabangsa juga akan dijalin dengan entiti

global seperti institusi kewangan asing, agensi

galakan perdagangan asing dan syarikat

multinasional.

iii. Memudahkan kehadiran dan penyertaan lebih

banyak institusi kewangan Malaysia yang layak

di luar negeri, disokong oleh penyelarasan

dan kerjasama merentas sempadan dalam

pengawalseliaan, pengawasan dan pencegahan

krisis serta mekanisme penyelesaian kewangan

untuk memelihara kestabilan kewangan.

64 |

65P

en

ga

nta

ra

an

Be

rk

es

an

ke

ar

ah

Pe

mB

en

tu

ka

n e

ko

no

mi

Be

rn

ila

i ta

mB

ah

tin

gg

i d

an

Be

rP

en

da

Pa

tan

tin

gg

i

Page 16: Sektor kewangan yang terbaik untuk ekonomi · PDF filemeluas melalui rangkuman kewangan. ... keperluan pembiayaan jangka panjang sektor ... pendanaan yang lebih berasaskan ekuiti dan

Saranan 2.1.5

Mewujudkan persekitaran yang kondusif bagi institusi kewangan untuk

membangunkan lebih banyak produk dan perkhidmatan agar syarikat

perniagaan dapat menguruskan risiko perniagaan dengan lebih baik, dengan:

i. Menggalakkan pembangunan dan penawaran rangkaian produk dan

perkhidmatan mata wang asing yang lebih meluas untuk memenuhi

permintaan perniagaan terhadap pembiayaan mata wang asing, perlindungan

nilai bagi penerimaan dan pembayaran dalam mata wang asing, serta

dedahan kepada mata wang asing yang lain.

ii. Menggalakkan pembangunan dan penawaran insurans risiko politik untuk

memastikan perlindungan yang mencukupi bagi sektor perniagaan Malaysia

yang beroperasi di luar negeri.

iii. Memberikan fleksibiliti yang lebih besar kepada syarikat insurans dan

pengendali takaful yang layak untuk menaja jamin bon tanggungan dan

menyediakan insurans jaminan kredit. Langkah ini akan menyediakan sektor

perniagaan dengan pelbagai produk yang boleh mengurangkan risiko, seperti

kontrak yang gagal dan penghutang yang tidak membuat bayaran. Had sedia

ada yang ditetapkan ke atas perniagaan insurans ini akan dimansuhkan

secara beransur-ansur, tertakluk kepada pematuhan kepada keperluan

berhemat dan kapasiti institusi serta kekukuhan kewangan syarikat insurans

dan pengendali takaful.

iv. Memudahkan kemasukan kepakaran asing ke dalam industri broker insurans

dan takaful serta penyelaras kerugian bagi menyokong perniagaan insurans

dan takaful dengan lebih baik lagi, khususnya untuk mengurangkan risiko

firma yang terlibat dalam aktiviti bernilai tambah tinggi.

Saranan 2.1.6

Meningkatkan akses kepada maklumat untuk mengurangkan jurang

maklumat tak simetri dan meningkatkan keberkesanan dan kecekapan

pengantaraan kewangan. Ini termasuk:

i. Memperkukuh rangka kerja maklumat kredit untuk membantu penilaian

kewangan peminjam yang lebih menyeluruh, dengan mengambil kira rekod

prestasi pembayaran balik mereka terhadap tanggungan lain yang tidak

termasuk dalam Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (Central Credit

Reference Information System, CCRIS).

Page 17: Sektor kewangan yang terbaik untuk ekonomi · PDF filemeluas melalui rangkuman kewangan. ... keperluan pembiayaan jangka panjang sektor ... pendanaan yang lebih berasaskan ekuiti dan

ii. Mewujudkan kemudahan khidmat nasihat

teknologi dengan mengumpulkan kepakaran

pengamal dan ahli akademik domestik dan

serantau untuk memperkukuh keupayaan

institusi kewangan menilai cadangan berasaskan

pengetahuan dan teknologi. Daya maju dan

prospek perniagaan akan dinilai melalui satu

sistem penarafan. Penilaian sedemikian perlu

disediakan apabila diminta oleh institusi

kewangan atau diminta sendiri oleh syarikat

perniagaan.

iii. Bekerjasama dengan Kerajaan untuk

menubuhkan platform bersepadu bagi

membolehkan pelabur tempatan dan asing

menjalin hubungan dengan usahawan untuk

meninjau peluang pelaburan. Langkah ini

juga bertujuan untuk menyediakan satu

pusat setempat bagi usahawan memaparkan

idea perniagaan dan membolehkan mereka

mempelajari sendiri kemahiran perniagaan dan

kewangan yang sesuai.

Saranan 2.1.7

Membangunkan industri persaraan swasta

yang teguh untuk meningkatkan kesediaan

rakyat Malaysia dari segi kewangan apabila

bersara dan mencapai usia emas. Industri

persaraan swasta sukarela pada asasnya akan

memperlengkap skim simpanan persaraan wajib

dan jaring keselamatan kebajikan warga emas.

Industri persaraan swasta juga akan menyokong

matlamat teras di bawah inisiatif perubahan

persaraan Kerajaan, yang meliputi perlindungan

terhadap risiko kemiskinan pada usia emas

dan penggunaan yang lancar (consumption-

smoothing) bagi mengekalkan taraf hidup yang

munasabah sejak dari waktu bekerja sehingga

persaraan. Pembangunan industri persaraan

juga dijangka meningkatkan peranan dana

persaraan sebagai sumber pembiayaan utama,

khususnya untuk keperluan pembiayaan

ekonomi jangka panjang dan berasaskan risiko.

Usaha akan ditumpukan ke arah menjadikan

syarikat insurans dan institusi perbankan

sebagai pengantara utama dalam industri

persaraan swasta untuk memperluas jangkauan

produk persaraan. Ini dilakukan dengan

memanfaatkan rangkaian cawangan institusi-

institusi tersebut yang luas. Di samping itu,

usaha juga akan diambil untuk memperkukuh

kesedaran pengguna dengan meningkatkan

keyakinan mereka secara keseluruhan terhadap

produk persaraan dan melindungi dana

persaraan. Ini termasuk:

i. Membangunkan infrastruktur sokongan

dan rangka kerja pengawalseliaan untuk

pembangunan dan penawaran produk persaraan

yang pelbagai dan inovatif, seperti skim anuiti

yang mengurangkan risiko kelanjutan umur

Pembangunan industri per-

saraan juga dijangka men-

ingkatkan peranan dana

persaraan sebagai sumber

pembiayaan yang utama,

khususnya untuk keperluan

pembiayaan ekonomi jangka

panjang dan berasaskan risiko

66 |

67P

en

ga

nta

ra

an

Be

rk

es

an

ke

ar

ah

Pe

mB

en

tu

ka

n e

ko

no

mi

Be

rn

ila

i ta

mB

ah

tin

gg

i d

an

Be

rP

en

da

Pa

tan

tin

gg

i

Page 18: Sektor kewangan yang terbaik untuk ekonomi · PDF filemeluas melalui rangkuman kewangan. ... keperluan pembiayaan jangka panjang sektor ... pendanaan yang lebih berasaskan ekuiti dan

Dengan bertambahnya golongan yang berkemampuan di Malaysia

dan di seluruh rantau ini, permintaan terhadap penyelesaian

kewangan yang inovatif dan direka khas juga akan meningkat untuk

memenuhi permintaan individu yang pelbagai

Page 19: Sektor kewangan yang terbaik untuk ekonomi · PDF filemeluas melalui rangkuman kewangan. ... keperluan pembiayaan jangka panjang sektor ... pendanaan yang lebih berasaskan ekuiti dan

dan inflasi, simpanan ‘terkunci’ (locked-in) yang

mengurangkan pengeluaran sebelum persaraan,

dan penyelesaian kewangan untuk pesara seperti

gadai janji balikan (reverse mortgages).

ii. Bekerjasama dengan Kerajaan untuk

merumuskan insentif yang boleh merangsang

pembangunan industri persaraan swasta oleh

syarikat insurans dan institusi perbankan.

iii. Menggalakkan lebih banyak program pendidikan

pengguna dan menerima pakai taraf penzahiran

dan ketelusan produk yang mudah dan boleh

difahami.

iv. Memperkukuh jaring keselamatan kewangan

bagi produk persaraan untuk meningkatkan

keyakinan dan kebolehjangkaan paras

pendapatan persaraan.

v. Menggunakan parameter pengawalseliaan yang

sesuai, yang terpakai untuk produk persaraan

bagi mengekalkan kemampuan produk

berkenaan memenuhi keperluan kewangan

semasa persaraan.

Saranan 2.1.8

Menambah penyediaan produk dan perkhidmatan

pengurusan kekayaan agar dapat memenuhi

permintaan penduduk berkemampuan yang

semakin ramai dengan lebih baik lagi. Dengan

bertambahnya golongan yang berkemampuan

di Malaysia dan di seluruh rantau ini, permintaan

terhadap penyelesaian kewangan yang inovatif

dan direka khas juga akan meningkat untuk

memenuhi permintaan individu yang pelbagai.

Khidmat nasihat kewangan akan semakin

mendapat tempat dalam perancangan dan

pengaturan urusan kewangan golongan yang

berkemampuan, iaitu daripada pengurusan

harta benda, peruntukan aset, perancangan cukai

hinggalah perancangan persaraan.

Pada masa hadapan, sistem dan infrastruktur

institusi yang menyokong penyediaan produk dan

perkhidmatan pengurusan kekayaan yang lebih

berkesan akan merangkumi langkah berikut:

i. Memperkemas rejim dua pelesenan yang sedia

ada bagi penasihat dan perancang kewangan,

termasuk potensi untuk pengharmonian dan

penyatuan keperluan pengawalseliaan dan

pengendalian bagi perancang dan penasihat

kewangan.

ii. Menggalakkan penubuhan pejabat keluarga

(family offices) agar dapat memenuhi permintaan

individu dan keluarga yang mempunyai aset

kewangan bernilai bersih yang amat tinggi dengan

lebih baik lagi lantas menyumbang kepada

pencapaian aspirasi Malaysia untuk menjadi pusat

pengurusan kekayaan Islam global.

iii. Menggalakkan aktiviti pengurusan dana dan

kekayaan Islam melalui penawaran penyelesaian

kewangan yang inovatif untuk memenuhi

permintaan pelaburan yang lebih canggih daripada

penduduk berkemampuan yang semakin ramai,

termasuk sektor isi rumah di Asia.

iv. Menggiatkan pembangunan perkhidmatan

sampingan penting yang menyokong industri

pengurusan kekayaan, seperti khidmat guaman

dan perancangan harta tanah, melalui kerjasama

dengan agensi pengawalseliaan dan persatuan

industri yang berkenaan.

v. Memudahkan institusi kewangan antarabangsa

yang beroperasi di Pusat Perniagaan dan

Kewangan Antarabangsa Labuan (Labuan

International Business and Financial Centre,

68 |

69P

en

ga

nta

ra

an

Be

rk

es

an

ke

ar

ah

Pe

mB

en

tu

ka

n e

ko

no

mi

Be

rn

ila

i ta

mB

ah

tin

gg

i d

an

Be

rP

en

da

Pa

tan

tin

gg

i

Page 20: Sektor kewangan yang terbaik untuk ekonomi · PDF filemeluas melalui rangkuman kewangan. ... keperluan pembiayaan jangka panjang sektor ... pendanaan yang lebih berasaskan ekuiti dan

Labuan IBFC) untuk menawarkan perkhidmatan

melalui yayasan dan syarikat amanah swasta

kepada pelabur institusi dan individu yang

mempunyai aset kewangan bernilai bersih yang

tinggi.

Saranan 2.1.9

Meningkatkan kapasiti dan keupayaan industri

insurans dan takaful untuk menyediakan insurans

perubatan dan kesihatan bernilai tambah lebih

tinggi. Ini termasuk:

i. Menggalakkan syarikat insurans dan pengendali

takaful untuk menawarkan produk insurans

dan takaful bernilai tinggi dan lebih canggih

untuk melengkapi perlindungan asas yang

disediakan di bawah skim pembiayaan kesihatan

kebangsaan yang akan dilancarkan. Ini termasuk

penyediaan manfaat penjagaan jangka panjang

seperti kehidupan berbantu (assisted living) dan

penjagaan hospis.

ii. Menggalakkan perkongsian strategik yang lebih

kukuh antara syarikat insurans domestik dengan

institusi kewangan asing yang mempunyai

kepakaran khusus dalam insurans dan takaful

perubatan dan kesihatan.

Saranan 2.1.10

Memberikan fleksibiliti operasi yang lebih kepada

institusi kewangan untuk memperkenalkan produk

baharu dan memperluas rangkaian pengagihan

dan jangkauan mereka dengan pengguna,

tertakluk kepada perlindungan yang wajar dan

memenuhi keperluan kehematan. Inovasi dalam

saluran penyampaian yang lalu, khususnya dalam

segmen runcit, telah dirangsang oleh pengenalan

teknologi baharu dan langkah institusi

kewangan mengurangkan kos, menambah

hasil, meningkatkan tahap kepuasan pengguna

dan memperluas jangkauan ke seluruh negara.

Antara inisiatif penting yang akan diperkenalkan

di bawah strategi am ini termasuklah:

i. Memansuhkan secara berperingkat-peringkat,

sekatan terhadap institusi perbankan asing

yang diperbadankan di Malaysia untuk

menubuhkan saluran penyampaian di

luar cawangan, seperti terminal dan kios

elektronik di luar cawangan. Langkah ini

sejajar dengan matlamat untuk menggalakkan

penggunaan kaedah elektronik sebagai

saluran penyampaian penting perkhidmatan

kewangan bagi mempercepat perpindahan

kepada pembayaran secara elektronik (rujuk

bab Pembayaran Secara Elektronik untuk

Meningkatkan Kecekapan Ekonomi). Institusi

perbankan dijangka menggunakan fleksibiliti ini

untuk memperkenalkan saluran penyampaian

perkhidmatan kewangan yang lebih berkesan

kos kepada pelanggan.

ii. Memberikan fleksibiliti yang lebih kepada

institusi perbankan asing yang diperbadankan

di Malaysia untuk membuka cawangan dalam

jangka masa sederhana, untuk menghasilkan

jangkauan perkhidmatan kewangan yang lebih

luas. Fleksibiliti ini akan diseimbangkan dengan

pelindung bagi memastikan institusi perbankan

terus memainkan peranan mereka untuk

mencapai matlamat rangkuman kewangan

(rujuk bab Mengukuhkan Integrasi Kewangan

Serantau dan Antarabangsa).

iii. Menggalakkan syarikat insurans dan pengendali

takaful untuk meningkatkan penawaran

Page 21: Sektor kewangan yang terbaik untuk ekonomi · PDF filemeluas melalui rangkuman kewangan. ... keperluan pembiayaan jangka panjang sektor ... pendanaan yang lebih berasaskan ekuiti dan

produk insurans dan takaful melalui saluran penyampaian di luar cawangan.

Ini bertujuan untuk memperluas jangkauan perkhidmatan insurans dan

takaful menerusi kaedah yang lebih berkesan kos dan menyumbang ke arah

peningkatan kadar penembusan insurans dan takaful di negara ini.

iv. Membenarkan institusi perbankan asing yang diperbadankan di Malaysia

untuk menjalankan perniagaan sewa beli. Ini akan dimudahkan melalui

pindaan yang sesuai terhadap perundangan.

Saranan 2.1.11

Meningkatkan mutu perkhidmatan dalam penyediaan perkhidmatan

kewangan dan pengendalian perniagaan oleh institusi kewangan melalui:

i. Bekerjasama dengan persatuan industri dan institut latihan untuk

membangunkan mekanisme dan program latihan berasaskan pasaran bagi

meningkatkan mutu perkhidmatan dalam sektor kewangan.

ii. Meningkatkan urus niaga yang saksama dalam perkhidmatan kewangan

menerusi pengukuran mutu perkhidmatan yang telus.

Inisiatif yang digariskan dalam bab ini akan dilaksanakan dengan serta-merta,

dengan tumpuan khusus terhadap strategi untuk memperkukuh infrastruktur

kewangan dan membentuk ekosistem kondusif bagi pengantaraan dana yang

lebih berkesan dalam jangka pendek hingga sederhana. Ini termasuk inisiatif

menambah baik rangka kerja maklumat kredit dan menyediakan kemudahan

khidmat nasihat teknologi bagi menyokong penilaian cadangan berasaskan

pengetahuan dan teknologi. Usaha untuk menambah baik struktur institusi

akan dijalankan secara berterusan bagi meningkatkan kecekapan proses

pengantaraan dana. Ini termasuk menggalakkan institusi kewangan untuk

membangunkan pembiayaan alternatif dan mendorong penawaran produk

dan perkhidmatan kewangan baharu untuk memenuhi permintaan demografi

yang semakin berubah.

70 |

71P

en

ga

nta

ra

an

Be

rk

es

an

ke

ar

ah

Pe

mB

en

tu

ka

n e

ko

no

mi

Be

rn

ila

i ta

mB

ah

tin

gg

i d

an

Be

rP

en

da

Pa

tan

tin

gg

i

Page 22: Sektor kewangan yang terbaik untuk ekonomi · PDF filemeluas melalui rangkuman kewangan. ... keperluan pembiayaan jangka panjang sektor ... pendanaan yang lebih berasaskan ekuiti dan
Page 23: Sektor kewangan yang terbaik untuk ekonomi · PDF filemeluas melalui rangkuman kewangan. ... keperluan pembiayaan jangka panjang sektor ... pendanaan yang lebih berasaskan ekuiti dan

Pasaran kewangan mempunyai peranan

yang penting dalam penggemblengan wang

simpanan dan pengagihan modal secara

produktif. Pasaran kewangan yang cekap

juga menyokong pemindahan risiko dan

pengurusan mudah tunai yang berkesan.

Selaras dengan peralihan ekonomi Malaysia

kepada ekonomi bernilai tambah tinggi dan

berpendapatan tinggi, pasaran kewangan

yang teguh, berdaya saing dan berdaya tahan

diperlukan untuk memenuhi permintaan

yang pelbagai dan lebih kompleks daripada

ekonomi yang lebih maju dan bersepadu

dengan ekonomi antarabangsa.

membangunkan

pasaran kewangan yang meluas dan dinamik

72 |

73

Page 24: Sektor kewangan yang terbaik untuk ekonomi · PDF filemeluas melalui rangkuman kewangan. ... keperluan pembiayaan jangka panjang sektor ... pendanaan yang lebih berasaskan ekuiti dan

Pada masa ini, pasaran kewangan Malaysia

adalah antara yang termaju di Asia. Saiz pasaran

sekuriti hutang telah berkembang kepada RM867

bilion atau 105% daripada KDNK pada 2011,

menjadikannya salah satu daripada pasaran

sekuriti hutang yang terbesar di rantau Asia yang

sedang pesat membangun. Pasaran sekuriti

hutang terus berkembang dengan peningkatan

penyertaan penerbit dan pelabur antarabangsa.

Pasaran modal Islam juga telah berkembang dari

segi terbitan ringgit dan mata wang asing serta

rangkaian instrumen kewangan baharu. Penerbit

telah memenuhi permintaan terhadap produk

dan perkhidmatan kewangan Islam yang lebih

inovatif. Kemajuan ini juga dirancakkan lagi

dengan pelancaran indeks sukuk ringgit dan

mata wang asing, hasil usaha sama Persatuan

Institusi Perbankan Islam Malaysia (Association

of Islamic Banking Institution Malaysia),

Bloomberg dan Bank Negara Malaysia. Indeks

ini menandakan satu lagi peristiwa penting yang

dicapai dalam pengantarabangsaan kewangan

Islam di Malaysia.

Pasaran kewangan yang teguh, berdaya saing dan berdaya tahan

diperlukan untuk memenuhi permintaan yang pelbagai dan lebih

kompleks daripada ekonomi yang lebih maju dan bersepadu

dengan ekonomi antarabangsa

Page 25: Sektor kewangan yang terbaik untuk ekonomi · PDF filemeluas melalui rangkuman kewangan. ... keperluan pembiayaan jangka panjang sektor ... pendanaan yang lebih berasaskan ekuiti dan

Pasaran wang dan pasaran pertukaran asing

telah berkembang dari segi kedalaman

dan kecairan. Jumlah purata harian yang

didagangkan dalam pasaran wang dan

pertukaran asing pada tahun 2010 masing-

masing mencecah RM39 bilion dan USD7.3

bilion. Jumlah urus niaga dalam pasaran

pertukaran asing telah meningkat dengan ketara

kepada 3.32 kali jumlah perdagangan barangan

dan perkhidmatan, iaitu lebih tinggi daripada

1.64 kali yang dicatatkan pada tahun 2005.

Saiz pasaran ekuiti turut berkembang, dengan

permodalan pasaran meningkat daripada

RM444 bilion pada tahun 2000 kepada RM1.2

trilion pada tahun 2010.

Sementara itu, aliran keluar masuk pelaburan

langsung dan modal portfolio telah meningkat,

dengan peningkatan trend pelaburan asing

dan pelaburan portfolio di luar negeri oleh

syarikat dan institusi tempatan. Aliran ini, dan

perkembangan berterusan perdagangan serantau

dan antarabangsa, akan mengukuhkan hala tuju

integrasi yang lebih bersepadu antara pasaran

kewangan Malaysia dengan pasaran kewangan

antarabangsa, terutamanya pasaran di Asia.

Sebahagian besar kemajuan dalam pasaran

kewangan mencerminkan hasil gabungan inisiatif

antara Bank dengan pengawal selia dan peserta

pasaran lain. Liberalisasi akaun modal yang

dilaksanakan secara berperingkat-peringkat

serta pembukaan sistem dan pasaran kewangan

kepada kumpulan institusi asing yang lebih

banyak juga merupakan faktor penyumbang

74 |

75m

em

Ba

ng

un

ka

n P

as

ar

an

ke

Wa

ng

an

Ya

ng

me

lu

as

da

n d

ina

mik

Page 26: Sektor kewangan yang terbaik untuk ekonomi · PDF filemeluas melalui rangkuman kewangan. ... keperluan pembiayaan jangka panjang sektor ... pendanaan yang lebih berasaskan ekuiti dan

yang utama. Tambahan lagi, persekitaran pengawalseliaan telah memudahkan

aktiviti pasaran kewangan dan aktiviti sektor benar.

Melangkah ke hadapan, Pelan Sektor Kewangan menjangkakan pasaran

kewangan Malaysia akan berkembang dari segi keluasan dan kematangan,

serta menjadi laluan penting kepada pasaran ASEAN. Dalam bidang kewangan

Islam, Malaysia juga dijangka menjadi pusat kewangan Islam antarabangsa

yang utama. Bagi mencapai matlamat ini, pasaran kewangan domestik akan

ditumpukan ke arah melaksanakan peranan berikut:

• Memenuhi keperluan pendanaan syarikat, institusi kewangan dan pelabur

secara kompetitif merentas rangkaian spektrum kematangan dan kepelbagaian

keperluan pendanaan;

• Memenuhi keperluan pelaburan pelbagai pelabur institusi dan pelabur runcit

melalui produk yang boleh dipasarkan atau disesuaikan dari segi pilihan

instrumen dan kelas aset;

• Menawarkan pelbagai penyelesaian pengurusan risiko bagi memenuhi

pelbagai permintaan pelabur portfolio, institusi kewangan dan syarikat dalam

aktiviti pelaburan, pembiayaan dan perdagangan; serta

• Mengantara secara kompetitif dalam pasaran dalam negeri dan serantau

serta memudahkan pelaburan, pembiayaan, pembayaran perdagangan dan

penyelesaian di rantau ini.

Pasaran kewangan Malaysia akan berkembang dari segi keluasan

dan kematangan, serta menjadi laluan penting kepada pasaran

ASEAN; manakala Malaysia berhasrat untuk menjadi pusat

kewangan Islam antarabangsa yang utama dalam kewangan Islam

Page 27: Sektor kewangan yang terbaik untuk ekonomi · PDF filemeluas melalui rangkuman kewangan. ... keperluan pembiayaan jangka panjang sektor ... pendanaan yang lebih berasaskan ekuiti dan

Faktor-faktor sokongan

Pasaran kewangan yang teguh bergantung

pada pembangunan holistik pasaran wang,

pertukaran asing, bon, ekuiti dan derivatif

serta infrastruktur sokongan. Peningkatan

keupayaan institusi dan perlindungan

kehematan yang sedia ada setakat ini telah

memperkukuh keupayaan dan daya tahan

peserta kewangan serta meletakkan industri

dalam persekitaran yang lebih bersepadu dan

berdaya saing. Institusi kewangan yang kukuh

dan bertaraf tinggi serta disokong oleh sistem

penyelesaian dan pembayaran global yang

bersepadu akan meningkatkan lagi keupayaan

pasaran untuk menawarkan perkhidmatan

yang berdaya saing dan menjalankan aktiviti

kewangan merentas sempadan. Ini termasuk

mengambil manfaat daripada kewujudan

institusi kewangan antarabangsa yang kukuh

dan besar di Pusat Perniagaan dan Kewangan

Antarabangsa Labuan (Labuan International

Business and Financial Centre, Labuan IBFC)

untuk menyumbang kepada pasaran yang

teguh. Dengan diperkukuh oleh rangka kerja

pengawalseliaan, yang akan membolehkan

Malaysia diiktiraf sebagai “netting friendly

jurisdiction”, kos menjalankan urus niaga

pasaran kewangan di Malaysia akan berkurang

dengan ketara.

Liberalisasi pentadbiran pertukaran asing yang

berperingkat-peringkat bersama-sama dengan

komitmen untuk menyokong perkembangan

pasaran kewangan akan meningkatkan

lagi hubungan antara Malaysia dengan

negara-negara serantau dan antarabangsa.

Prasyarat yang telah tersedia akan membuka

laluan kepada ‘pengantarabangsaan’ ringgit

sepenuhnya, iaitu akses kepada pasaran ringgit

oleh bukan pemastautin bagi tujuan selain

penyelesaian perdagangan dan pelaburan akan

diliberalisasikan sepenuhnya. Meskipun langkah

sedemikian akan meningkatkan lagi kecekapan

dalam menjalankan urus niaga kewangan dalam

pasaran ringgit, langkah tersebut turut disertai

risiko aktiviti pertukaran asing spekulatif yang

berpotensi menggugat kestabilan pasaran ringgit.

Oleh itu, prasyarat perlu dipenuhi termasuk

mempunyai pasaran pertukaran asing dalam

negeri dan pasaran wang yang mendalam dan

teguh serta memastikan pengurusan risiko

dan amalan tadbir urus korporat yang mantap

oleh peserta pasaran kewangan. Prasyarat ini

akan memudahkan peningkatan aliran dua hala

dan penghasilan mekanisme dan instrumen

untuk menguruskan risiko. Rangka kerja

pengawasan dan perlindungan kehematan

juga perlu dipertingkat untuk mengurangkan

atau menguruskan risiko tersebut, khususnya

untuk mencegah aktiviti spekulatif yang

berlebihan yang akan melemahkan keseluruhan

makroekonomi dan kestabilan sektor kewangan.

Saranan dalam Pelan Sektor Kewangan ini akan

memberikan tumpuan kepada pasaran wang,

pertukaran asing dan sekuriti kerajaan. Saranan

yang digariskan di bawah akan menjadi teras

inisiatif Bank untuk membangunkan pasaran-

pasaran ini.

76 |

77m

em

Ba

ng

un

ka

n P

as

ar

an

ke

Wa

ng

an

Ya

ng

me

lu

as

da

n d

ina

mik

Page 28: Sektor kewangan yang terbaik untuk ekonomi · PDF filemeluas melalui rangkuman kewangan. ... keperluan pembiayaan jangka panjang sektor ... pendanaan yang lebih berasaskan ekuiti dan

Saranan 2.2.1

Menggalakkan pasaran wang yang cekap dan

berdaya saing yang lebih mendalam dengan

tahap kecairan yang lebih tinggi dengan

menawarkan pelbagai instrumen pasaran wang

dalam ringgit dan mata wang asing, dengan

penyertaan oleh pelbagai peserta. Ini termasuk:

i. Mengurangkan risiko rakan niaga dan

meningkatkan kecairan dalam urus niaga

pasaran wang dengan menggalakkan

peningkatan jumlah urus niaga sekuriti dan

urus niaga berasaskan cagaran. Ini akan

melibatkan pembangunan selanjutnya pasaran

perjanjian belian balik (repo) untuk urus niaga

dalam negeri dan merentas sempadan. Bank

menyasarkan untuk mencapai 70% daripada

urus niaga pasaran wang borong dalam repo

konvensional dan repo berasaskan Syariah

atau sebarang bentuk urus niaga berasaskan

cagaran lain dengan menggalakkan urus

niaga repo bagi pendanaan ringgit dan mata

wang asing, termasuk menggunakan cagaran

merentas sempadan dalam denominasi mata

wang asing. Tambahan lagi, operasi monetari

berasaskan sekuriti dan urus niaga bercagar,

termasuk menerima sekuriti jangka pendek

korporat yang bertaraf tinggi serta sekuriti mata

wang asing yang layak, akan memudahkan

usaha untuk mencapai sasaran tersebut.

ii. Meluaskan penyertaan dalam pasaran wang

borong dengan melibatkan syarikat yang layak

bagi meningkatkan tahap kecairan. Ini termasuk

membenarkan syarikat yang memenuhi

kriteria kelayakan untuk menyertai pasaran

wang borong secara langsung dan meluaskan

peranan pengantaraan broker pasaran wang

untuk memberikan perkhidmatan kepada

syarikat yang layak.

iii. Menggalakkan derivatif kadar faedah yang

mendalam dan cair bagi perlindungan nilai yang

berkesan dari segi kos oleh institusi kewangan

dan syarikat melalui liberalisasi penyertaan

bukan pemastautin dalam pasaran derivatif

kadar faedah tempatan untuk meningkatkan

kecairan di dalam pasaran dan meningkatkan

tahap pengetahuan dan kemahiran bagi

menggalakkan penggunaan derivatif kadar

faedah yang lebih meluas oleh syarikat,

dana persaraan, dan syarikat insurans serta

pengendali takaful.

iv. Meluaskan saiz dan rangkaian instrumen

pasaran wang berasaskan Syariah untuk

memenuhi keperluan pasaran yang berbeza

melalui penyelesaian inovatif yang berlandaskan

Syariah dengan menggalakkan instrumen

berasaskan ekuiti (termasuk instrumen hibrid).

Ini akan dicapai melalui penggunaan instrumen

tersebut dalam operasi monetari Bank, serta

bekerjasama dengan peserta pasaran bagi

mewujudkan mekanisme/platform untuk bank-

bank Islam melindungi dedahan risiko mereka.

Page 29: Sektor kewangan yang terbaik untuk ekonomi · PDF filemeluas melalui rangkuman kewangan. ... keperluan pembiayaan jangka panjang sektor ... pendanaan yang lebih berasaskan ekuiti dan

iv. Memperluas dimensi produk dalam pasaran sekuriti

kerajaan untuk mewujudkan harga tanda aras bagi

instrumen ini dengan memperkenalkan sekuriti

jangka panjang dan sekuriti berkaitan indeks,

menggalakkan sekuriti kerajaan berlandaskan

Syariah yang inovatif dengan menggunakan

kontrak ekuiti dan hibrid serta menerbitkan sekuriti

dalam mata wang serantau untuk meningkatkan

produk yang ditawarkan bagi pasaran sekuriti

hutang dan sukuk mata wang asing di Malaysia. Ini

mungkin juga merangkumi terbitan sekuriti dalam

mata wang serantau melalui Labuan IBFC.

Saranan 2.2.3 Memperluas penyertaan pelabur dalam pasaran

sekuriti kerajaan, dengan:

i. Meneroka pelaburan dan saluran pengedaran yang

berkesan dari segi kos bagi penyertaan runcit

secara langsung dalam pasaran sekuriti hutang

Usaha akan ditumpukan

untuk meningkatkan kecairan,

kedalaman dan penyertaan

dalam pasaran wang, pertukaran

asing dan sekuriti kerajaan, dan

peraturan pentadbiran pertukaran

asing akan diliberalisasikan

secara berperingkat-peringkat

bagi meningkatkan lagi

keberkesanan dalam urus niaga

pasaran kewangan

Saranan 2.2.2

Meningkatkan kecairan dalam pasaran

sekuriti hutang kerajaan dan pasaran sukuk

dengan meningkatkan keluk kadar hasil tanda

aras, meningkatkan penawaran produk dan

memperkenalkan produk derivatif sekuriti

hutang kerajaan. Kecairan yang tinggi dalam

pasaran sekuriti hutang kerajaan akan

membantu mengurangkan kos dan risiko

pembiayaan kepada Kerajaan dan menyediakan

keluk kadar hasil tanda aras yang reflektif, yang

membantu peserta pasaran untuk meletakkan

harga yang sesuai bagi sekuriti hutang

swasta. Ini juga akan membolehkan Kerajaan

menguruskan hutang awamnya dengan lebih

baik dan bagi sektor swasta memperoleh

dana dengan lebih efisien untuk membiayai

inisiatif jangka panjang. Saranan bagi mencapai

matlamat tersebut termasuk:

i. Menjalinkan kerjasama dengan Kerajaan untuk

meningkatkan kekerapan terbitan sekuriti

tanda aras kerajaan pada keseluruhan keluk

kadar hasil dan memastikan saiz terbitan

adalah mencukupi untuk menyokong keperluan

kecairan dan penandaan aras oleh pasaran

kewangan.

ii. Memudahkan belian balik atau penukaran

sekuriti off-the-run kerajaan secara aktif

untuk menyokong keperluan mudah tunai

dan penentuan harga yang lebih telus pada

keseluruhan keluk kadar hasil.

iii. Meningkatkan saiz pengeluaran bil

perbendaharaan kerajaan untuk menambah

baik pengurusan kewangan dan pengendalian

hutang Kerajaan.

78 |

79m

em

Ba

ng

un

ka

n P

as

ar

an

ke

Wa

ng

an

Ya

ng

me

lu

as

da

n d

ina

mik

Page 30: Sektor kewangan yang terbaik untuk ekonomi · PDF filemeluas melalui rangkuman kewangan. ... keperluan pembiayaan jangka panjang sektor ... pendanaan yang lebih berasaskan ekuiti dan

dan pasaran sukuk, terutamanya dalam pasaran

sekuriti kerajaan.

ii. Menjalin kerjasama dengan negara serantau bagi

membangunkan rangka kerja peniaga utama

serantau untuk menjadi penggerak pasaran bagi

urus niaga sekuriti kerajaan merentas sempadan.

Saranan 2.2.4

Mempertingkat mekanisme pengurusan risiko

dan instrumen untuk menguruskan dedahan

risiko. Derivatif dan instrumen pengurusan

risiko lain boleh digunakan untuk melindungi

nilai pelaburan, melindung nilai liabiliti serta

meningkatkan kecairan pasaran sekunder,

dengan:

i. Memberikan lebih fleksibiliti kepada Peniaga

Utama dalam menjalankan aktiviti jualan singkat.

ii. Memperluas skop Garis Panduan untuk Program

Meminjam dan Pemberian Pinjaman Sekuriti bagi

membenarkan bukan Peniaga Utama meminjam

dan memberi pinjaman sekuriti.

iii. Meningkatkan mekanisme dan infrastruktur

yang memudahkan urus niaga repo berasaskan

sekuriti seperti pusat penjelasan untuk urus

niaga repo.

iv. Menstrukturkan terbitan sekuriti kerajaan untuk

menyokong reka bentuk dan spesifikasi kontrak

sekuriti niaga hadapan kerajaan.

Saranan 2.2.5

Perkembangan dalam pasaran pertukaran asing

di Malaysia setakat ini memberikan tumpuan

kepada memenuhi peningkatan keperluan

perdagangan dan pelaburan langsung daripada

sektor benar. Apabila syarikat mengembangkan

perniagaan mereka ke luar negeri dan lebih

ramai rakyat Malaysia melabur pada peringkat

antarabangsa, wujud keperluan untuk

menawarkan pelbagai produk dan perkhidmatan

bagi memenuhi pembiayaan mata wang asing

untuk pelaburan jangka panjang, melindung nilai

penerimaan dan pembayaran, serta pengurusan

risiko lain. Dalam hal ini, saranan adalah untuk

memberikan tumpuan kepada akses dan

peningkatan kecairan dalam pasaran pertukaran

asing serta menggalakkan institusi kewangan

untuk menawarkan rangkaian produk dan

perkhidmatan mata wang asing yang lebih luas.

Oleh itu, saranan untuk memperluas penyertaan

dalam pasaran pertukaran asing dalam negeri

adalah seperti yang berikut:

i. Membenarkan syarikat menguruskan secara

aktif dedahan mata wang asing yang

disebabkan oleh operasi mereka di luar negeri.

ii. Membenarkan dana keinstitusian dan pelabur

runcit untuk berdagang dalam mata wang asing,

termasuklah perdagangan margin, sebagai satu

kelas dan saluran pelaburan baharu, tertakluk

kepada perlindungan yang sewajarnya.

iii. Membenarkan institusi kewangan menawarkan

platform perdagangan Internet dan elektronik

kepada syarikat dan pelabur runcit, tertakluk

kepada penzahiran risiko sepenuhnya, dan

pematuhan kepada keperluan perlindungan

kehematan dan perlindungan pelabur.

iv. Membenarkan penyertaan daripada bukan

pemastautin dalam pasaran derivatif pertukaran

asing dalam negeri tanpa didasari oleh

perdagangan atau pelaburan, tertakluk kepada

had kehematan terhadap pendanaan dan saiz

kedudukan terbuka (open position).

Page 31: Sektor kewangan yang terbaik untuk ekonomi · PDF filemeluas melalui rangkuman kewangan. ... keperluan pembiayaan jangka panjang sektor ... pendanaan yang lebih berasaskan ekuiti dan

Saranan 2.2.6

Menyokong penggunaan mata wang serantau untuk

penyelesaian aktiviti perdagangan dan pelaburan

langsung bagi mengurangkan kos urus niaga

dan risiko dalam urus niaga serantau merentas

sempadan. Ini akan menjurus kepada kewujudan

kelas aset baharu dalam pasaran Malaysia,

bercirikan pelbagai rangkaian produk pelaburan

dalam denominasi mata wang serantau, dengan:

i. Menggalakkan institusi kewangan menyediakan

sebut harga silang pertukaran asing secara

langsung dengan pihak rakan niaga di dalam

dan juga di luar negeri. Bank akan menyediakan

kemudahan mudah tunai mata wang asing dalam

mata wang serantau yang ditetapkan untuk

memudahkan penyelesaian perdagangan.

ii. Membenarkan institusi kewangan memberi sebut

harga silang ringgit kepada pemastautin dan bukan

pemastautin dengan perlindungan yang sewajarnya

untuk menambah baik pautan pengantaraan.

iii. Mempromosikan Malaysia sebagai pusat

operasi perbendaharaan serantau untuk syarikat

multinasional pemastautin tempatan dan untuk

syarikat multinasional asing.

Saranan 2.2.7

Membangunkan infrastruktur dan pengaturan

keinstitusian yang akan menyokong perdagangan

mata wang asing, serta pembayaran dan

penyelesaian dalam negeri yang cekap dan

berkesan dari segi kos. Ini termasuk:

i. Menggalakkan infrastruktur rangkaian sepunya

(common network infrastructure), termasuk

mewujudkan pautan antara sistem Pemindahan

Dana dan Sekuriti secara Elektronik Masa Nyata

(Realtime Electronic Transfer of Funds and Securities,

RENTAS) dengan depositori sekuriti antarabangsa.

ii. Mewujudkan platform perdagangan elektronik bagi

mata wang serantau sebagai pelengkap kepada

penawaran produk dan perkhidmatan kewangan

merentas sempadan yang berkesan dari segi kos.

iii. Bekerjasama dengan industri pasaran kewangan

untuk menubuhkan Organisasi Pengawalseliaan

Kendiri (Self Regulatory Organisation, SRO) untuk

meningkatkan profesionalisme dalam pasaran

pertukaran asing.

Pelaksanaan inisiatif akan bermula serta-merta

dengan memberikan tumpuan kepada peningkatan

kepelbagaian produk dan akses kepada pasaran

kewangan serta meningkatkan integrasi dengan

pasaran serantau dan pasaran global. Pada tempoh

jangka sederhana, pelaksanaan strategi akan

tertumpu kepada pengukuhan keupayaan institusi

kewangan dan peluasan akses kepada pasaran

kewangan untuk lebih banyak peserta. Ini akan

meningkatkan kecairan pasaran dan mewujudkan

lebih banyak peluang perniagaan di samping

menggalakkan aktiviti pasaran. Pada masa yang

sama, infrastruktur pasaran akan dipertingkat untuk

menyokong kecekapan urus niaga kewangan. Pada

tempoh jangka sederhana sehingga jangka panjang,

integrasi pasaran kewangan dengan pasaran serantau

dan global akan terus dipertingkat melalui pemberian

akses yang lebih luas kepada bukan pemastautin.

Dengan wujudnya keupayaan pengurusan risiko

yang lebih kukuh serta perlindungan kehematan dan

mekanisme perlindungan pelabur yang dilaksanakan

dengan sewajarnya, pasaran kewangan Malaysia

akan menjadi lebih bersepadu dengan ekonomi

antarabangsa serta mempunyai hubungan kukuh

dengan ekonomi sedang pesat membangun lain

dan pusat kewangan sedia ada.

80

| 81

me

mB

an

gu

nk

an

Pa

sa

ra

n k

eW

an

ga

n Y

an

g m

el

ua

s d

an

din

am

ik

Page 32: Sektor kewangan yang terbaik untuk ekonomi · PDF filemeluas melalui rangkuman kewangan. ... keperluan pembiayaan jangka panjang sektor ... pendanaan yang lebih berasaskan ekuiti dan
Page 33: Sektor kewangan yang terbaik untuk ekonomi · PDF filemeluas melalui rangkuman kewangan. ... keperluan pembiayaan jangka panjang sektor ... pendanaan yang lebih berasaskan ekuiti dan

perkongsian kemakmuran yang lebih meluas melalui

rangkuman kewangan

Agenda rangkuman kewangan (financial

inclusion) yang dilaksanakan supaya semua

anggota masyarakat mempunyai peluang untuk

menggunakan perkhidmatan kewangan melalui

sistem kewangan formal, akan terus menjadi

komponen utama strategi pertumbuhan yang

terangkum di Malaysia. Rangkuman kewangan

akan membolehkan rakyat, termasuk

penduduk yang berpendapatan rendah dan

tinggal di luar bandar, memperoleh peluang

untuk menjalankan urus niaga kewangan,

menjana pendapatan, mengumpul aset dan

82 |

83

Page 34: Sektor kewangan yang terbaik untuk ekonomi · PDF filemeluas melalui rangkuman kewangan. ... keperluan pembiayaan jangka panjang sektor ... pendanaan yang lebih berasaskan ekuiti dan

melindungi diri mereka dari segi kewangan

daripada kejadian-kejadian yang tidak diingini

dan di luar jangkaan, sekali gus membolehkan

mereka mendapat manfaat daripada kemajuan

ekonomi. Ini selanjutnya akan menyumbang

kepada pertumbuhan dan pembangunan

ekonomi yang mampan dan seimbang.

Pelbagai inisiatif dilaksanakan sejak sedekad

yang lalu telah berjaya menambah baik dengan

nyata rangkuman kewangan di Malaysia. Ini

termasuk pengenalan produk dan perkhidmatan

baharu yang memenuhi pelbagai keperluan

daripada semua segmen. Hal ini diperkukuh

oleh pembangunan rangka kerja pendidikan

pengguna dan perlindungan, serta pengukuhan

infrastruktur kewangan yang diperlukan. Selain

itu, peranan dan keupayaan institusi kewangan

pembangunan (IKP) juga telah diperkukuh.

Hasil daripada inisiatif ini, penggunaan akaun

deposit telah meningkat daripada 1,975 akaun

deposit bagi setiap 1,000 orang dewasa pada

tahun 2000 kepada 2,954 akaun deposit

bagi setiap 1,000 orang dewasa pada tahun

2010. Sementara itu, penggunaan akaun

pembiayaan telah meningkat daripada 310

akaun pembiayaan bagi setiap 1,000 orang

dewasa pada tahun 2000 kepada 858 akaun

pembiayaan bagi setiap 1,000 orang dewasa

pada tahun 2010.

Kejayaan ini telah menaikkan kedudukan

Malaysia dalam pelbagai pemeringkatan

rangkuman kewangan global. Ini termasuk

Malaysia menduduki tangga pertama sejak

tahun 2007 bagi kategori “Mendapatkan Kredit”

Page 35: Sektor kewangan yang terbaik untuk ekonomi · PDF filemeluas melalui rangkuman kewangan. ... keperluan pembiayaan jangka panjang sektor ... pendanaan yang lebih berasaskan ekuiti dan

Usaha yang lebih giat diperlukan untuk mencapai wawasan sistem

rangkuman kewangan yang terbaik bagi memenuhi keperluan

segenap lapisan masyarakat, termasuk golongan yang kurang

mendapat perkhidmatan kewangan, untuk mempunyai akses,

dan dapat menggunakan perkhidmatan kewangan asas yang

berkualiti serta berpatutan bagi memenuhi keperluan mereka, demi

perkongsian kemakmuran yang lebih meluas

dalam indeks “Kemudahan Menjalankan

Perniagaan” oleh Bank Dunia (World Bank)

dan tangga ke-8 daripada 142 negara pada

tahun 2011 untuk “Kemudahan Akses kepada

Pinjaman” oleh Forum Ekonomi Dunia (World

Economic Forum).

Pada masa hadapan, dalam ekonomi yang

semakin didorong oleh pasaran dan lebih

berdaya saing, usaha yang lebih giat diperlukan

untuk mencapai wawasan sistem rangkuman

kewangan yang terbaik bagi memenuhi

keperluan segenap lapisan masyarakat,

termasuk golongan yang kurang mendapat

perkhidmatan kewangan, untuk mempunyai

akses, dan dapat menggunakan perkhidmatan

kewangan asas yang berkualiti serta berpatutan

bagi memenuhi keperluan mereka, demi

perkongsian kemakmuran yang lebih meluas.

Kejayaan untuk mencapai agenda rangkuman

kewangan akan berlandaskan pencapaian

berikut:

• Meningkatkan akses yang mudah kepada

perkhidmatan kewangan, termasuk di kawasan

luar bandar.

• Membolehkan segenap lapisan rakyat

menggunakan perkhidmatan kewangan dengan

lebih berkesan, termasuk golongan yang

kurang mendapat perkhidmatan kewangan,

menerusi pertambahan rangkaian produk dan

perkhidmatan yang memenuhi keperluan mereka.

• Mempertingkat kualiti perkhidmatan kewangan

yang dapat memenuhi keperluan kewangan

segenap lapisan rakyat, termasuk golongan yang

kurang mendapat perkhidmatan kewangan.

Saranan 2.3.1

Menggunakan saluran yang inovatif untuk

meningkatkan jangkauan perkhidmatan

kewangan yang berkualiti serta mampu dibayar

yang lebih cekap dari segi kos.

i. Menyokong perkembangan perbankan ejen

dengan membangunkan rangka kerja perbankan

ejen yang menyeluruh bagi membolehkan

jangkauan perkhidmatan kewangan pada

kos yang lebih rendah. Perbankan ejen terdiri

daripada perniagaan bukan bank (contohnya

pejabat pos, stesen-stesen minyak dan rantaian

peruncitan lain) oleh institusi kewangan untuk

menyampaikan perkhidmatan kewangan.

84

| 85

Pe

rk

on

gs

ian

ke

ma

km

ur

an

Ya

ng

le

Bih

me

lu

as

me

la

lu

i r

an

gk

um

an

ke

Wa

ng

an

Page 36: Sektor kewangan yang terbaik untuk ekonomi · PDF filemeluas melalui rangkuman kewangan. ... keperluan pembiayaan jangka panjang sektor ... pendanaan yang lebih berasaskan ekuiti dan

Dengan memanfaatkan teknologi, perbankan

ejen turut menyumbang kepada agenda

pembayaran elektronik dengan memudahkan

penambahan dalam bilangan kad debit, terminal

jualan (POS) dan perkhidmatan perbankan

mudah alih.

ii. Mempercepat pelaksanaan saluran

penyampaian yang inovatif, termasuk perbankan

mudah alih dengan memanfaatkan kemajuan

teknologi dan mengukuhkan kerjasama antara

pihak berkepentingan yang berkenaan termasuk

syarikat telekomunikasi. Ini akan membolehkan

pengguna menjalankan urus niaga kewangan

dengan mudah pada setiap masa tanpa perlu

mengunjungi pusat akses kewangan fizikal.

Saranan 2.3.2

Menambah kepelbagaian jenis produk dan

perkhidmatan bagi memenuhi keperluan

kewangan rakyat yang berbeza-beza, termasuk

golongan yang kurang mendapat perkhidmatan

kewangan.

i. Menggalakkan produk pembiayaan mikro

yang fleksibel bagi membolehkan pengeluaran

pembiayaan dengan cepat apabila diperlukan

dan membuat prabayaran balik pembiayaan

pada masa senang, bagi memenuhi keperluan

perusahaan mikro yang mempunyai aliran

pendapatan yang tidak tetap atau bermusim.

ii. Mempertingkat penyediaan produk-produk

simpanan mikro jangka panjang berkontrak

dengan komitmen simpanan berkala yang

rendah dan pulangan yang menarik bagi

membolehkan isi rumah yang berpendapatan

rendah memupuk tabiat menabung dan

memenuhi matlamat jangka panjang seperti

memulakan perniagaan, memiliki kediaman,

melanjutkan pengajian dan menjamin persaraan.

iii. Memudahkan industri insurans/ takaful

membangunkan produk insurans mikro/

takaful mikro yang menyediakan perlindungan

kewangan yang mencukupi kepada golongan

yang kurang mendapat perkhidmatan kewangan

daripada kejadian-kejadian tidak diingini yang

tidak diduga dengan cara yang efisien dari segi

kos, mudah diakses dan senang untuk difahami,

menerusi persekitaran pengawalseliaan yang

diperlukan, kapasiti penyampaian yang lebih

tinggi serta kesedaran pasaran dan celik

pengguna yang tinggi.

Saranan 2.3.3

Memperkukuh pengaturan keinstitusian bagi

menyediakan perkhidmatan kewangan kepada

segenap lapisan rakyat, termasuk golongan

yang kurang mendapat perkhidmatan kewangan

di samping mempertingkat keupayaan pengamal

kewangan secara berkesan dan mampan.

i. Memperkukuh peranan institusi kewangan

pembangunan yang khusus dalam rangkuman

kewangan, yang menggembleng tabungan

daripada penyimpan kecil di Malaysia serta

mempertingkat pembiayaan mikro kepada

perusahaan mikro. Ini dapat dicapai dengan

mewujudkan petunjuk prestasi utama (KPI)

yang wajar bagi rangkuman kewangan, jumlah

perwakilan ahli lembaga pengarah yang

mencukupi serta mempunyai kepakaran yang

bersesuaian dalam rangkuman kewangan,

dan keupayaan yang lebih tinggi untuk

membangunkan produk yang inovatif.

Page 37: Sektor kewangan yang terbaik untuk ekonomi · PDF filemeluas melalui rangkuman kewangan. ... keperluan pembiayaan jangka panjang sektor ... pendanaan yang lebih berasaskan ekuiti dan

ii. Menggalakkan penyedia latihan kewangan untuk

menawarkan latihan rangkuman kewangan yang

berstruktur dan berpatutan dari segi kos kepada

ahli profesional daripada institusi kewangan,

koperasi, institusi pembiayaan mikro dan

pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di

Malaysia. Latihan seperti ini juga boleh diadakan

di rantau ini bagi berkongsi pengalaman dengan

pelbagai negara lain.

iii. Mempertingkat pemantauan terhadap kemajuan

rangkuman kewangan melalui rangka kerja

holistik bagi memantau matlamat utama yang

dikehendaki bagi rangkuman kewangan yang

bertujuan untuk mencapai jangkauan yang lebih

meluas dan mudah, penggunaan kewangan yang

tinggi dan bertanggungjawab serta kepuasan

pengguna yang tinggi. Selain itu, kemajuan

rangkuman kewangan juga dipantau melalui

indeks rangkuman kewangan bagi memudahkan

pemantauan kemajuan rangkuman kewangan

secara menyeluruh di Malaysia.

Saranan 2.3.4

Mempertingkat pengetahuan dan keupayaan

golongan yang kurang mendapat perkhidmatan

kewangan untuk menggunakan perkhidmatan

kewangan secara bertanggungjawab.

i. Meningkatkan penyediaan khidmat nasihat untuk

menambah keupayaan perusahaan mikro menjana

pendapatan. Penglibatan yang lebih meluas

daripada pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan

yang mempunyai keupayaan untuk memberikan

bimbingan secara berkesan dan mempunyai

hubungan yang kukuh dengan usahawan mikro

bagi membina kemahiran dan keyakinan komuniti

perusahaan mikro.

ii. Mempertingkat peranan dan jangkauan

perkhidmatan menerusi LINK Bergerak

(perkhidmatan bas dan kaunter bergerak) dan

kerjasama dengan persatuan-persatuan pengguna.

Saranan-saranan bagi semua inisiatif ini akan

dilaksanakan secara berperingkat dalam jangka

terdekat dan sederhana. Dalam fasa pertama,

usaha akan difokuskan kepada penggunaan

saluran inovatif untuk memperluas jangkauan

perkhidmatan kewangan yang sedia ada kepada

golongan yang kurang mendapat perkhidmatan

kewangan. Dalam fasa kedua, kepelbagaian dan

ciri-ciri produk dan perkhidmatan kewangan akan

terus diperluas untuk memenuhi keperluan yang

pelbagai dan berbeza-beza daripada golongan

yang kurang mendapat perkhidmatan kewangan.

Akhir sekali, keupayaan penyedia perkhidmatan

kewangan dan golongan yang kurang mendapat

perkhidmatan kewangan akan dipertingkat untuk

pengantaraan dana dengan lebih berkesan.

Rangka kerja perbankan ejen yang

menyeluruh akan dibangunkan

bagi meluaskan jangkauan

perkhidmatan kewangan pada kos

yang lebih rendah

86 |

87P

er

ko

ng

sia

n k

em

ak

mu

ra

n Y

an

g l

eB

ih m

el

ua

s m

el

al

ui

ra

ng

ku

ma

n k

eW

an

ga

n