Upload
sagilucky
View
356
Download
17
Embed Size (px)
Citation preview
Isi Kandungan
TAJUK…………………………………………………………………………………… 2
ABSTRAK………………………………………………………………………………..2
1.0 PENGENALAN……………………………………………………………………….3
2.0 RANCANGAN PENAMBAHBAIKAN BIDANG PTV…………………………….4
2.1 DASAR SAINS DAN TEKNOLOGI…………………………………………………6
3.0 PTV DAN KAITAN DENGAN PEMBANGUNAN SEKTOR PERINDUSTRIAN………………………………………………………………….7
4.0 RBT DALAM PTV MENGHASILKAN SEBUAH NEGARA PENGELUAR……9
4.1 KEJAYAAN PEREKABENTUK MALAYSIA……………………………………10
5.0 RBT, PELUANG PEKERJAAN…………………………………………………..11
6.0 RBT, MALAYSIA SEBAGAI SEBUAH NEGARA PENGELUAR……………16
KESIMPULAN…………………………………………………………………………17
BIBLIOGRAFI…………………………………………………………………………19
1
Sejauh manakah perkembangan Ptv berkaitan RBT dapat menghasilkan sebuah negara pengeluar. Satu pandangan.
Abstrak
Kertas kerja ini bertujuan untuk mencetuskan pemikiran tentang kejayaan
Pendidikan Teknik Dan Vokasional yang berkaitan dengan reka bentuk dan
teknologi dalam membantu Malaysia menjadi sebuah negara pengeluar. Penulis
memberikan pendapat beliau dalam kertas kerja ini mengenai keberkesanan
Pendidikan Teknik Dan Vokasional yang berkaitan dengan reka bentuk dan
teknologi samada ia selari dengan dasar-dasar kerajaan ataupun tidak.
Seterusnya ia membincangkan tentang perkembangan dan penambahbaikan
dalam Pendidikan Teknik dan Vokasional. Seterusnya kertas kerja ini mengulas
mengenai kaitan antara sektor perindustrian dengan Pendidikan Teknik dan
Vokasional. Isu ini mengupayakan setiap individu yang membaca kertas kerja ini
berfikir mengenai kepetingan Pendidikan Teknik dan Vokasional dalam kurikulum
di sekolah yang sebelum ini dianggap sebagai matapelajaran yang kurang
penting ataupun ‘second class” di mata masyrakat. Selepas itu pula diulas
mengenai peluang pekerjaan yang ada dalam sektor perindustrian dan
pengeluaran di Malaysia. Akhir sekali, penulis membuat rumusan dan
kesimpulan berdasarkan pandangan penulis sendiri terhadap keberkesanan
Pendidikan Teknik Dan Vokasional berkaitan reka bentuk dan teknologi dalam
menghasilkan sebuah negara pengeluar.
2
1.0Pengenalan.
Pendidikan teknik dan vokasional di Malaysia pada satu masa dahulu
tiada matlamat yang jelas. Ini berlaku semasa zaman penjajahan Inggeris yang
mana mereka mengkhususkan pekerjaan kepada pelajar di sekolah vernakular
mengikut kaum mereka. Manakala sekolah teknik yang ada iaitu Sekolah Teknik
Jalan Treacher di Kuala Lumpur pula hanya dikhaskan untuk melatih Pembantu
Teknik bagi Jabatan Keretapi dan Jabatan Kerja Raya. Pada tahun 1917, Akta
Smith Hughes telah diluluskan untuk memajukan pendidikan vokasional. Selain
akta tersebut, Laporan Cheeseman, iaitu Timbalan Pengarah Pendidikan turut
memajukan lagi pendidikan teknik dan vokasional. Antara syor-syor beliau dalam
laporannya ialah menukar Sekolah Tukang kepada Sekolah Teknik Rendah dan
menawarkan matapelajaran amali seperti Seni Perusahaan kepada pelajar lelaki
dan Sains Rumahtangga bagi pelajar perempuan.
Semasa zaman awal kemerdekaan, berlandaskan Laporan Razak (1956)
selain daripada beberapa syor lain, Pendidikan Teknik Dan Vokasional telah
ditumpukan untuk melahirkan pekerja mahir. Pada 1959 pula Laporan Rahman
Talib telah mengesyorkan untuk melatih lebih ramai guru terlatih terutamnya guru
yang mengajar matapelajaran vokasional. Ia adalah untuk memajukan
pendidikan teknik dan vokasional. Ia membawa beberapa perubahan seperti
penubuhan Sekolah Menengah Teknik dan Vokasional. Selepas Laporan
Rahman Talib, Laporan Kabinet dikeluarkan pada 1979. Antara syor Laporan
Kabinet ialah untuk mengkaji semula kurikulum pendidikan teknik dan
vokasional. Selain itu, pada peringkat pendidikan tinggi, kursus yang ditawarkan
di Politeknik, ITM dan KTAR dipelbagaikan dan ditambah bilangannya. Ia adalah
untuk memenuhi keperluan tenaga mahir dan sebagai kursus sambilan calon
yang bekerja.
3
2.0Rancangan Penambahbaikan Bidang Pendidikan Teknik Dan Vokasional.
Dalam Rancangan Malaysia Ke-6 terkandung tahap pertama mengenai
Rangka Kedua Perancangan Prospektif yang mana ia menekankan kepada
Pembanguan Sumber Manusia. Aspek ini penting dalam membantu Malaysia
mencapai tahap negara perindustrian. Perancangan tersebut juga memfokuskan
kepada keperluan untuk menambahbaik pendidikan teknik dan vokasional bagi
memenuhi permintaan tenaga kerja yang meningkat kesan daripada
pembangunan negara ke arah negara perindustrian.
Pada peringkat ini, Malaysia telah banyak melabur dalam pendidikan teknik
dan vokasional. Langkah ini hasil daripada Laporan Jawatankuasa Kabinet
mengenai pendidikan yang juga dikenali sebagai Laporan Mahathir. Dalam
Laporan tersebut, beliau mencadangkan supaya kurikulum di sekolah teknik dan
vokasional diteliti agar ianya bersesuaian dengan kehendak sektor industri.
“ the existing curriculum of the secondary vocational schools (SVSs) to be
reviewed and revamped, appropriate to the pressing demand of rapid
industrialization. It is an appropriate measure to raise the image and the
status of the schools.”
(Ministry Of Education, 1980 para 209.1)
Hasil daripada Laporan tersebut, bilangan sekolah menengah vokasional
telah meningkat daripada 29 buah pada tahun 1982 kepada 70 buah pada tahun
1993. pada tahun 1987, kursus-kursus dan kurikulum telah diperbaharui dan
menjadikan sekolah menengah vokasional tempat yang sesuai untuk para
pelajar meneruskan pendidikan peringkat seterusnya.
4
Perhatian yang diberikan oleh kerajaan terhadap pendidikan teknik dan
vokasional telah membuktikan bahawa betapa pentingnya pendidikan teknik dan
vokasional dalam usaha kerajaan dalam mewujudkan sebuah negara pengeluar.
Ia menunjukkan bahawa terdapatnya keperluan yang mendesak terhadap tenaga
kerja yang mahir dan separa mahir. Dalam usaha ini, secara tidak langsung
kerajaan dapat mencapai sasaran menghasilkan tenaga kerja mahir seramai 2
juta orang menjelang tahun 2020.
Beberapa penambahbaikan lain yang dilakukan ialah dengan wujudnya
kawalan terhadap pendidikan vokasional yang baik dan sistematik oleh Unit
Perancangan Ekonomi dan Kemeterian Pendidikan. Oleh kerana pendidikan
teknik dan vokasional memakan belanja yang amat besar, penelitian terhadap
keperluannya amat penting bagi mengelakan pembaziran. Ia juga penting kerana
teknologi yang sentiasa berubah dan bertambah maju. Ini bagi memastikan
pelajar yang mempelajari bidang ini tidak ketinggalan zaman.
5
2.1 Dasar Sains Dan Teknologi
Dalam menjadikan Malaysia sebuah negara pengeluar dan perindustrian
yang sejajar dengan aspirasi negara dalam Wawasan 2020, Malaysia perlulah
mencapai beberapa kemajuan yang penuh dalam semua aspek kehidupan iaitu
dari segi ekonomi, politik, sosial, kerohanian, psikologi dan kebudayaan. Dalam
Wawasan 2020, hasrat untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang maju
dan bertindak sebagai negara pengeluar hanya boleh direalisasikan jika
sembilan cabaran strategik yang termaktub dalam Wawasan 2020.
Kemajuan dalam bidang Sains dan Teknologi merupakan cabaran yang
keenam dalam sembilan cabaran Wawasan 2020. Untuk mengatasi cabaran ini,
Malaysia perlulah mempunyai kebolehan dan keupayaan untuk
mengorganisasikan sumber-sumber Sains danTeknologi yang ada dalam negara
supaya mencapai hasrat cabaran yang keenam iaitu:
"menjadikan Malaysia sebuah masyarakat yang berasaskan sains dan yang
progresif, iaitu satu masyarakat yang berdaya cipta dan berpandangan jauh,
sebuah masyarakat yang bukan sahaja dapat memanfaatkan teknologi masa
kini tetapi turut menjadi penyumbang kepada kemajuan peradaban sains dan
teknologi pada masa hadapan."
(Wawasan 2020)
Dalam cabaran ini, jelas menunjukkan bahawa antara matlamat
meningkatkan keupayaan teknologi di Malaysia adalah melalui Sains dan
Teknologi adalah untuk meningkatkan tahap ekonomi dan pelaburan
berteknologi intensif yang bergerak ke arah penggunaan teknologi yang canggih.
Dan dalam usaha untuk meningkatkan ekonomi kerajaan telah menumpukan
kepada usaha untuk menjadikan Malaysia sebuah negara perindustrian. Untuk
mencapai tahap negara perindustrian, Malaysia telah mula menjadikan
pendidikan teknik dan vokasional sebagai satu pendidikan yang penting.
6
3.0Pendidikan Teknik Dan Vokasional dan Kaitannya Dengan Pembangunan Sektor Perindustrian.
Pendidikan Teknik dan Vokasional telah menjadi fokus dalam usaha
menjadikan Malaysia sebuah negara pengeluar. Pelbagai usaha telah dilakukan
oleh kerajaan untuk memperbaiki pendidikan teknik dan vokasional sejak
Wawasan 2020 telah diumumkan. Selaras dengan Wawasan 2020, objektif-
objektif pendidikan teknik dan vokasonal ialah:
a) Memenuhi keperluan tenaga manusia.
b) Meningkatkan pilihan individu.
c) Daya motivasi kepada pelbagai jenis pendidikan.
Objektif pendidikan teknik dan vokasional lemudian telah diubah selaras
dengan nama baru Bahagian Pendidikan Teknik Dan Vokasional kepada
Jabatan Pendidikan Teknikal, dan objektif baru tersebut ialah:
“ Menyediakan peluang kepada pelajar yang berminat dan mempunyai
kecenderungan kepada pendidikan teknik dan vokasional dan sains.
Pada masa yang sama dijuruskan untuk dilatih menjadi pekerja
berkemahiran dan berteknologi tinggi seperti keperluan pembangunan
negara.”
Daripada kedua-dua objektif tersebut jelas menunjukkan bahawa
pendidikan teknik dan vokasional lebih menjurus kepada usaha untuk
menghasilkan tenaga kerja bagi memenuhi keperluan dalam sektor
perindustrian. Dari sini, boleh diperhatikan bahawa pendidikan teknik dan
vokasional dan pembangunan sektor perindustrian amat berkait rapat. Jika tiada
pendidikan teknik dan vokasional, maka usaha kerajaan untuk menjadi sebuah
negara perindustrian sia-sia belaka. Ini kerana kurangnya tenaga mahir yang
amat diperlukan dalam sektor perindustrian.
7
Selaras dengan objektif ini, pelajar diajar dengan pelbagai kemahiran
dan ilmu teori dan amali. Selain itu, kerajaan juga berkolaborasi dengan pihak
industri untuk menyediakan pelajar ke arah alam pekerjaan. Ini diperolehi oleh
pelajar dalam Latihan Industri. Semua pernyataan di atas amat jelas
menunjukkan bahawa pendidikan teknik dan vokasional amat berkait rapat
dengan sektor perindustrian.
8
4.0 Reka Bentuk Dan Teknologi dalam PTV Menghasilkan Sebuah Negara Pengeluar.
Dalam sistem pendidikan negara berkaitan dangan Pendidikan Teknik
Dan Vokasional, seseorang pelajar itu tidak semestinya perlu memasuki sekolah
teknik untuk mendapat tempat dalam bidang teknik dan vokasional. Di sekolah
harian biasa juga terdapat banyak matapelajaran berkaitan teknik dan vokasional
yang diajar kepada pelajar. contohnya matapelajaran Kemahiran Hidup di
sekolah rendah dan sekolah menengah. Selain itu terdapat juga kelas kursus
Rekacipta dan Teknologi Kejuruteraan yang ditawarkan kepada pelajar tingkatan
4 dan tingkatan 5. Ini menunjukkan bahawa pendedahan awal telah diberikan
kepada setiap pelajar di Malaysia mengenai pendidikan teknik dan vokasional.
Matapelajaran yang berkaitan dengan Pendidikan Teknik Dan Vokasional
seperti Kejuruteraan Mekanikal dan Matapelajaran Rekacipta banyak membantu
dalam menghasilkan individu yang berdaya cipta. Ini kerana setiap pelajar perlu
menghasilkan sebuah projek dengan mengenal pasti masalah yang sedia ada
pada rekaan yang sedia ada ataupun masalah baru dalam kehidupan seharian.
Ini memupuk pelajar menjadi insan yang inovatif, kreatif dan berdaya cipta.
Walaupun rekaan ini tidak akan dijual tetapi pelajar telah didedahkan untuk
menghasilkan prototaip dan dokumentasi yang amat penting dalam merangka
dan untuk mempatenkan sesebuah rekaan itu. Dengan pendedahan awal inilah
pelajar dapat membiasakan diri mereka untuk terus maju dalam bidang ini.
9
4.1 Kejayaan Perekabentuk Malaysia
Seperti yang telah disebut dalam bab di atas, pendedahan awal yang
diberikan kepada pelajar dalam bidang ini membolehkan pelajar membiasakan
diri untuk terus maju dalam bidang rekacipta. Jika diperhatikan, pelajar-pelajar di
Malaysia juga tidak kurang hebatnya dalam bidang rekacipta. Ini telah dibuktikan
dalam banyak pertandingan yang berasaskan rekacipta seperti pertandingan
rekacipta yang selalu diadakan di peringkar negara pada setiap tahun. Dan jika
pelajar bernasib baik, mereka dapat belajar dan menggunakan mesin CNC
(computer numerical control) untuk meghasilkan ciptaan mereka.
Lihat saja kepada Persatuan Rekabentuk dan Rekacipta Malaysia
(MINDS) yang berusaha untuk meningkatkan kefahaman dan penggunaan
kaedah sains dan teknologi dengan cara yang paling praktikal. Persatuan ini
banyak mengadakan pameran mengenai rekabentuk terbaru pada setiap tahun.
Dan dengan usaha persatuan ini, banyak paten-paten baru yang telah
memenangi beberapa pertandingan di peringkat antarabangsa. Sebagai contoh,
‘smart lamp’ yang telah memenangi pameran antarabangsa di Geneva. Ini
membuktikan perekacipta di Malaysia juga mempunyai daya saing yang tinggi di
peringkat antarabangsa.
Oleh itu amat jelas terdapat banyak sokongan yang diberikan kepada
perekacipta di Malaysia dalam mempatenkan rekaan mereka. Dan juga jelas
bahawa Pendidikan Teknik dan Vokasional di Malaysia banyak membantu dalam
menyumbangkan rekaan terbaru.
10
5.0 Reka Bentuk Dan Teknologi, Peluang Pekerjaan
Sumber: Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia
11
Berdasarkan kepada jadual di atas, jelas menunjukkan terdapat beberapa
kursus yang berkaitan dengan reka bentuk dan teknologi yang ditawarkan dalam
mendaftarkan diri dalam Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (NOSS).
Ini jelas menunjukkan bahawa perkembangan Pendidikan Teknik Dan
Vokasional negara kita tidak ketinggalan berbanding negara lain selain daripada
memenuhi standard piawai yang ditetapkan pada peringkat antarabangsa.
12
Jadual di bawah pula menunjukkan antara peluang pekerjaan yang
disediakan kepada pelajar dalam bidang pendidikan teknik dan vokasional
berkaitan dengan reka bentuk dan teknologi.
13
Jika dilihat pada jadual di atas, semua pekerjaan tersebut melibatkan
teknologi dalam pesawat. Walaupun bidang pekerjaan ini hanya berada dalam
ruang lingkup Kejuruteraan Mekanikal Aeronautik, tetapi lihat sahaja kepada
jumlah peluang pekerjaan yang ditawarkan. Ini memberikan banyak ruang
kepada pelajar untuk memilih kerjaya masing-masing.
Jadual dibawah pula menunjukkan peluang pekerjaan kepada pelajar PTV yang berkenaan rekabentuk dan teknologi dalam sektor perindustrian yakni pengeluaran.
14
Berdasarkan kepada jadual, boleh didapati terdapat banyak peluang
pekerjaan dalam industri pengeluaran di negara ini. Walaupun tidak mewakili
keseluruhan industri pengeluaran negara, tetapi ini sudah cukup memadai
kerana industri perindustrian dan pengeluaran di Malaysia bukan hanya pada
Automotif, malah juga kepada perabot kayu dan hasil pertanian.
15
6.0 Reka bentuk dan teknologi, Malaysia sebagai negara pengeluar.
Tidak dapat diragukan lagi bahawa Malaysia pada masa ini sudah boleh
digelar sebagai sebuah negara pengeluar. Ini boleh diperhatikan berdasarkan
jenama-jenama keluaran Malaysia yang berjaya mendapat tempat di negara luar.
Sebagai contoh, barangan elektrik keluaran Malaysia yang, Khind, telah
dipasarkan bukan sahaja di dalam negara tapi juga di luar negara. Ia juga
membuktikan bahawa masyarakat antarabangsa mulai mempercayai barangan
keluaran Malaysia. Begitu juga dengan teknologi automotif negara. Perusahaan
Automobil Nasional (PROTON) juga sudah mampu untuk mereka bentuk kereta
sendiri. Ini terbukti dengan kelahiran model-model kereta seperti Waja, Gen 2
dan Savvy. Ini menunjukkan bahawa kebolehan jurutera tempatan yang mampu
untuk mereka bentuk kereta malah memasarkannya.
Dari sini jelas menunjukkan bahawa Malaysia telah melahirkan ramai
jurutera muda yang berbakat dan cekap hasil daripada sistem pendidikan negara
yang dinamik dan bersepadu. Perkembangan Pendidikan Teknik dan Vokasional
berkaitan dengan RBT berjaya menghasilkan sebuah negara pengeluar. Bukan
sahaja dari segi teknologi pengeluaran, malah dari segi pembuatan dan reka
bentuk. Paten-paten keluaran Malaysia telah dikenali malah mendapat hati di
peringkat antarabangsa. Rakyat dunia sudah mempercayai barangan rekaan dan
keluaran Malaysia.
16
Kesimpulan.
Sebagai kesimpulan dalam kertas kerja ini, telah jelas bahawa
perkembangan Pendidikan Teknik Dan Vokasional yang berkaitan dengan reka
bentuk dan teknologi di Malaysia amat membantu negara dalam wawasan
negara yakni Wawasan 2020. Jika diperhatikan sekarang pun, negara kita sudah
mencapai separuh daripada Wawasan 2020. Ini hasil daripada usaha kerajaan
dalam meningkatkan taraf Pendidikan Teknik dan vokasional di Malaysia. Pada
separuh fasa pertama dalam Wawasan 2020, kita dapat lihat Pendidikan Teknik
Dan Vokasional diberi perhatian yang serius oleh kerajaan. Dan hasilnya, pada
1983 negara kita telah berjaya menghasilkan produk automotifnya sendiri yang
pertama iaitu Proton Saga. Walaupun begitu pada masa itu kita masih
bergantuing kepada teknologi negara luar.Pada separuh akhir dalam usaha kita
mencapai wawasan tersebut, kita harus mempertingkatkan usaha kita dalam
meningkatkan tenaga kerja dan pengeluaran serta sektor perindustrian.
Walaupun kita masih bergantung kepada teknologi negara luar, kita dapat
melihat terdapatnya peningkatan dalam teknologi. Sebagai contoh telah lahir
lebih ramai jurutera dan perekacipta, selain designer negara yang mampu
membawa hasil kerja mereka ke peringkat antarabangsa samada dalam
pertandingan mahupun barangan jualan.
Oleh itu seharusnya disedari bahawa perkembangan Pendidikan Teknik
dan Vokasional yang tiba-tiba diberi perhatian yang serius oleh kerajaan mampu
untuk menghasilkan sebuah negara pengeluar. Dengan adanya tenaga kerja
mahir dan separuh mahir ini, sudah pasti sektor perindustrian kita dapat
menyumbangkan lebih banyak hasil kepada pertumbuhan ekonomi negara.
Selain daripada tidak memerlukan buruh asing, Malaysia juga mampu berdiri di
atas kaki sendiri jika Wawasan 2020 ini tercapai kerana adanya jurutera-jurutera
17
muda. Ia tidak perlu lagi bergantung kepada teknologi dari negara lain seperti
Jepun, Rusia, German, Perancis dan China. Fenomena ini sudah hampir dapat
dirasai dan dilihat oleh rakyat Malaysia dengan adanya barangan buatan
Malaysia. Ini menunjukkan kita sudah tidak perlu bergantung kepada teknologi
dari negara lain.
18
BIBLIOGRAFI
Eggleston, Design And Technology In Practice, Teaching Design And
Technology, Open University Press, Buckingham, Philadelphia,2001.
http://www.kemas.gov.my/aktiviti/pddkn_kemahiran.htm
http://ppdnet.cdc.com.my/smteknik/noh/mak-vok.html
Mok Soon Sang, Pengenalan: Sejarah Malaysia Sepintas Lalu, Pendidikan Di
Malaysia Untuk Diploma Perguruan,Kumpulan Budiman Sdn. Bhd,
Selangor,1988.
Ucapan DATO' SERI ABDULLAH BIN HAJI AHMAD BADAWI TIMBALAN PERDANA MENTERI di Majlis Penyampaian Anugerah Sains. (1999)
Wawasan 2020. (2005) Terjemahan Teks Ucapan Tun Dr. Mahathir di Majlis Perniagaan Malaysia.
Ucapan DATO' SERI DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD, 16 ogos 1993, Sempena MAJLIS MAKAN MALAM SEMPENA MINDEX.
Yahya Emat, Pendidikan Teknik Dan Vokasional Dalam Reformasi Pendidikan Di
Malaysia, Pendidikan Teknik Dan Vokasional Di Malaysia, ibsBUKU Sdn.
Bhd.Selangor, 2005.
19