Sejarah tenaga dalam

Embed Size (px)

Citation preview

  • 7/30/2019 Sejarah tenaga dalam

    1/3

    Sejarah tenaga dalam

    Ada yang mengatakan bahawa ilmu tenaga dalam berasal dari Indonesia.

    Sebenarnya mengikut beberapa sumber yang saya kaji, ianya berasal dari Mesir

    kuno dan kemudian barulah tersebar ke negara2 lain termasuklah Indonesia. Ilmu itu

    dibawa masuk oleh orang2 Cina ke Indonesia dan kemudian baru lah Malaysia.

    Sedikit intro tentang tenaga dalam

    Ilmu Tenaga dalam dikenali sebagai Qi Gong dalam masyarakat cina, Rei ki dalam

    masyarakat Jepun, Kundalini dalam masyarakat India dan sebagainya lagi. Tenaga

    dalam itu sendiri dalam bahasa cina = Qi atau Chi , bahasa Jepun = Ki , bahasa

    Sansekerta = Prana , bahasa Polynesia = Mana , bahasa Ibrani = Ruah dan

    macam-macam lagi.

    Tenaga dalam adalah getaran2 yang disalurkan melalui saluran2 darah dan urat.Getaran2 itu berbeza sama ada tenaga panas (positif) atau tenaga sejuk (negatif).

    Kaedah2 untuk menghasilkannya terdiri dari sama ada melalui pernafasan, latihan

    jurus dan juga meditasi. Tetapi di sini, saya harap saudara2 dapat bincang yang

    berkaitan dengan latihan pernafasan sahaja, sesuai dengan topik.

    Pusat tenaga dalam ialah 2 3 cm di bawah pusat kita. Saya pernah buka buku ilmu

    kesihatan, dan saya lihat gambarajah organ2 dalam tubuh manusia, di situ letaknya

    saraf tunjang yang bersambung dari otak. Maka ada logiknya untuk disedut oksigen

    agar sampai ke situ bagi merangsangkannya untuk mewujudkan medan

    elektromagnet.

    Berbagai teknik pernafasan

    Ada pelbagai teknik pernafasan yang sudah saya ketemui. Di bawah ini adalah

    teknik2 pernafasan oleh Tenaga Dalam Asmaul husna;

    1 Menurut jalan keluar / masuk nafas;

    a) Pernafasan hidung iaitu bernafas keluar masuk udara melalui hidung sahaja.

    b) Pernafasan hidung & mulut tarik nafas melalui hidung dan hembus melaluimulut.

    2 Menurut tempat penampungan nafas;

    a) Pernafasan perut tenaga nafas diarah dan dipusatkan ke dalam perut tepatnya

    di bawah pusat, hingga perut kembung sedikit.

    b) Pernafasan dada nafas masuk hingga ke dada iaitu dada sahaja yang kembang

    manakala perut tidak.

    3 Menurut ritma pernafasan;

  • 7/30/2019 Sejarah tenaga dalam

    2/3

    a) Pernafasan perlahan bernafas semakin lambat iaitu sedikit demi sedikit udara

    masuk adalah lebih baik.

    b) Pernafasan cepat

    4 Menurut posisi pernafasan;

    a) Pernafasan setempat bernafas ketika pegun iaitu sama ada duduk, berdiri atau

    baring.

    b) Pernafasan gerak bernafas yang disertai jurus2 tertentu.

    Ada perguruan yang mengajar agar bernafas melalui hidung dan menghembus

    melalui mulut. Ada yang kata itu sebaiknya, tetapi ada pula yang kata itu tidak

    penting. Ada juga yang mengamalkan bernafas 3 kali kemudian yang terakhirnya

    baru hembus melalui mulut. Pendapat2 tentang ini sahaja dah cukup banyak dan

    saya pun tak pasti yang mana terbaik.

    Kebiasaannya, seimbang (balance) dititikberatkan, iaitu masa menarik nafas,

    menahan dan menghembus itu mestilah seimbang. Sebagai contoh tarik nafas

    selama 7 saat, tahan selama 7 saat dan hembus selama 7 saat dan tahan balik

    sebelum menarik nafas juga selama 7 saat. Lagi lama kadar masa yang diambil lagi

    bagus tetapi menurut kemampuan masing2. Saya harap ada yang dapat

    menerangkan lebih lanjut mengapa keseimbangan itu penting dan apa fungsinya

    pada organ2 tubuh?

    Ada juga yang mengajar Power breath, di mana cara menarik nafas nya tidak lembut

    dan perlahan2 seperti kebanyakan latihan2 yoga. Tetapi cara menarik nafas

    dengan Power breath adalah dengan sedaya upaya sedalam2 yang boleh, begitu

    juga menghembusnya.

    Posisi ketika bernafas

    Posisi ketika bernafas juga ada pelbagai, sama ada sambil duduk, baring, berdiri ,

    berjalan, melakukan jurus dan sebagainya.

    Pernafasan yang bagus adalah bernafas hingga ke perut bukannya setakat dadasahaja. Pernafasan ke perut pula ada 2 cara yang biasa digunakan, iaitu;

    1 Normal breathing Menarik nafas sambil mengembungkan perut ketika udara

    masuk dan mengempiskan perut ketika nafas keluar.

    2 Reverse breathing Menarik nafas tetapi mengempiskan perut ketika udara

    masuk dan mengembungkan perut ketika nafas keluar.

    Pernafasan kedua itu lebih kuat dan bagus tetapi saya masih tidak reti2 lagi

    InsyaAllah akan bersambung di ruangan komen di bawah .

  • 7/30/2019 Sejarah tenaga dalam

    3/3

    Rujukan:

    1Buku Tenaga Dalam Asmaul Husna

    2 Risalah2 mengenai Qi Gong