Sejarah Spm Cikgu Renu

  • View
    483

  • Download
    16

Embed Size (px)

Text of Sejarah Spm Cikgu Renu

  • TAJUK-TAJUK FOKUS SEJARAH SPM 1249/2 2015

    1 GC & JU SEJARAH SELANGOR.

    TAJUK-TAJUK FOKUS

    SEJARAH [KERTAS 2]

    SPM 2015

    Disediakan oleh :

    GURU-GURU CEMERLANG

    & JURULATIH UTAMA SEJARAH

    SELANGOR DARUL EHSAN.

    JABATAN PENDIDIKAN SELANGOR

  • TAJUK-TAJUK FOKUS SEJARAH SPM 1249/2 2015

    2 GC & JU SEJARAH SELANGOR.

    TINGKATAN 4

    BAB 1

    KEMUNCULAN TAMADUN AWAL MANUSIA

    SUB TAJUK : TAMADUN HWANG HO(m/s 28-33)

    1. Dimanakah lokasi tamadun Hwang Ho?

    Di lembah Hwang Ho yang subur iaitu Sungai Kuning

    Sungai ini mengalir dari kawasan tanah tinggi di sebelah barat ke Teluk Bo Hai di sebelah timur

    Ciri-ciri fizikalnya yang bergunung ganang dan berpadang pasir menyebabkan tamadun ini bersifat setempat

    .

    2. Senaraikan dinasti yang wujud dalam tamadun Hwang Ho.

    Dinasti Hsia

    Dinasti Shang

    Dinasti Chou

    Dinasti Ching

    Dinasti Chin

    3. Senaraikan ciri negara kota Anyang dalam tamadun Hwang-Ho.

    Petempatan awal berasaskan pertanian membawa kepada kemunculan bandar Anyang

    Terletak di kawasan tanah tinggi di Sungai Huan

    Terdapat istana, kuil dan pusat pentadbiran

    Didiami oleh raja, golongan pembesar dan golongan agama tinggal di bandar

    Dilengkapi tembok untuk menghalang pencerobohan musuh

    Bandarnya dikelilingi perkampungan yang didiami oleh golongan petani

    4. Nyatakan struktur sosial masyarakat tamadun Hwang Ho.

    Terbahagi kepada dua golongan iaitu golongan atasan dan bawahan

    Golongan atasan terdiri daripada raja dan golongan pembesar

    Golongan pembesar mempunyai tentera masing-masing

    Tentera terdiri daripada tentera berkereta kuda dan berjalan kaki

    Golongan bawahan terdiri daripada petani

    Golongan petani mendiami kawasan luarbandar di sekeliling negara kota

    Petani memenuhi keperluan golongan

    Terdapat juga golongan artisan

    Artisan menghasilkan senjata, perhiasan dan peralatan upacara keagamaan

    Golongan bawahan tunduk kepada pembesar

    Golongan paling bawah ialah hamba

    Golongan hamba sebagai tentera paksaan

    Golongan hamba digunakan untuk membantu kerja-kerja perburuhan

    Golongan hamba juga dijadikan korban dalam upacara penyembahan

  • TAJUK-TAJUK FOKUS SEJARAH SPM 1249/2 2015

    3 GC & JU SEJARAH SELANGOR.

    5. Jelaskan ciri-ciri pengkhususan pekerjaan masyarakat Tamadun Hwang Ho.

    Golongan pembesar mempunyai tentera masing-masing iaitu tentera berkuda dan tenteraberjalan kaki

    Petani sebagai tonggak ekonomi dan pentadbiran berperanan memenuhi keperluan golongan atasan

    Golongan artisan mencipta pelbagai barangan tembaga seperti bekas minuman dan makanan, senjata dan barang tembikar

    Golongan hamba sebagai tentera paksaan

    Golongan hamba digunakan untuk membantu kerja-kerja perburuhan

    Golongan hamba juga dijadikan korban dalam upacara penyembahan

    6. Apakah sistem pemerintahan Dinasti Shang?

    Sistem pemerintahan berbentuk beraja / berkuasa mutlak

    Pengganti raja dilantik daripada kalangan saudara yang lebih muda atau anak lelaki raja

    Raja mempunyai wibawa politik, ekonomi, sosial dan agama

    Raja berkuasa di kawasan pusat pentadbiran

    Kuasa raja merupakan mandat daripada tuhan

    Tidak perlu mendapat pengesahan politik kerana mereka adalah daripada keturunan pemerintah agama

    Raja dibantu oleh bangsawan dan pegawai kerajaan yang berhak mentadbir wilayahnya

    Golongan bangsawan berhak mewujudkan pentadbiran sendiri seperti pungutan cukai, pertahanan dan undang-undang

    7. Apakah sistem pentadbiran Dinasti Chou?

    Diketuai oleh raja

    Dibantu oleh ketua menteri

    Raja-Raja Chou membahagikan pemilikan tanah kepada wilayah-wilayah

    Melantik pembesar tempatan di setiap wilayah

    Dibantu oleh enam badan yang menguruskan soal pertanian, tentera, kerja awam, upacara agama, hal ehwal monarki dan undang-undang

    Raja-Raja Chou mengikat pembesar tempatan melalui ikrar taat setia kepada pemerintah, memberikan hadiah seperti kereta kuda, senjata gangsa, hamba dan

    binatang

    Mereka juga diminta melindungi raja dan memberikan bantuan tentera pada masa Perang

    Pembesar tempatan juga diberikan hak untuk bertindak sebagai ketua agama untuk menjalankan upacara pengorbanan

    8. Nyatakan peranan golongan bangsawan di Dinasti Chou.

    Pembesar tempatan dilantik di setiap wilayah

    Pembesar tempatan melalui ikrar taat setia kepada pemerintah

    Pembesar menerima hadiah seperti kereta kuda, senjata gangsa, hamba dan binatang daripada raja

    Pembesar diminta melindungi raja

  • TAJUK-TAJUK FOKUS SEJARAH SPM 1249/2 2015

    4 GC & JU SEJARAH SELANGOR.

    Memberikan bantuan tentera pada masa perang

    Pembesar tempatan diberikan hak untuk bertindak sebagai ketua agama untuk menjalankan upacara pengorbanan

    9. Apakah maksud konsep mandat daripada Tuhan?

    Percaya bahawa jika raja memerintah dengan adil

    Kerajaan dan rakyat akan menikmati kemakmuran dan kesejahteraan hidup

    Pemerintah direstui tuhan.

    10. Jelaskan bentuk kepercayaan tamadun Hwang Ho yang berkekalan sehingga

    kini.

    Animisme

    Penyembahahan roh nenek moyang

    Politeisme

    Menyembah tuhan syurga . Contoh Shang-Ti

    Menyembah tuhan bumi. Contoh Tu

    Penyembahan sungai, bukit dan gunung

    Percaya kepada ramalan / tilikan/tulang oracle

    Upacara penyembahan melibatkan permainan muzik, tarian dan upacara korban

    Diketuai oleh golongan bomoh

    Unsur korban manusia tidak lagi diamalkan

    Diganti dengan unsur makanan, duit kertas dan barang perhiasan

    Konsep Yin dan Yang iaitu kepercayaan kejadian alam semesta daripada dua unsur yangsaling melengkapi

    Konsep Feng Shui berlandaskan falsafah alam yang merujuk kepada hubungan antara manusia dan alam sekitar

    11. Terangkan sumbangan/ kepentingan tamadun Hwang Ho pada peradaban

    dunia.

    Bidang politik/pemerintahan o Sistem pemerintahan berbentuk monarki diteruskan hingga ke zaman Dinasti

    Ching

    o Gelaran raja ditukar kepada maharaja o Raja dikaitkan dengan konsep anak syurga dan mandat dari syurga o Amalan dinasti diteruskan hingga abad ke-20

    Bidang ekonomi o Pembinaan sistem pengairan dengan membina terusan untuk mengairi o Kawasan pertanian dan mengelakkan berlakunya banjir o Kemajuan dalam teknologi pembajakan o Penciptaan cangkul dan sabit o Penggunaan batas untuk tujuan penanaman o Petani menggantikan alat pertanian yang dibuat daripada kayu dengan yang

    dibuat daripada besi

  • TAJUK-TAJUK FOKUS SEJARAH SPM 1249/2 2015

    5 GC & JU SEJARAH SELANGOR.

    Sistem Tulisan o Berkembang secara evolusi dan masih digunakan oleh orang China sehingga

    hari ini

    o Pengunaan tulisan ini adalah meluas dan digunakan dalam bidang penulisan dan

    o percetakan o Tulisan ini juga diajar di sekolah-sekolah China o Terus berkembang dengan penggunaannya oleh orang Korea dan Jepun

    Bidang agama dan kepercayaan o Pemujaan roh nenek moyang o Unsur pemujaan yang dijalankan sejak zaman Shang telah diteruskan

    mengikut kesesuaian masa

    o Unsur korban manusia tidak lagi diamalkan dan digantikan dengan unsur makanan, duit kertas dan barangan perhiasan

    o Konsep Yin dan Yang serta Feng Hsui diteruskan hingga ke hari ini o Orang Cina mempercayai alam semesta dan kejadiannya terdiri daripada unsur

    saling melengkapi iaitu Yin dan Yang

    o Konsep Feng Hsui berlandaskan falsafah Taoisme yang berlandaskan falsafah alam semesta yang merujuk pada hubungan antara manusia dengan alam

    sekitar

    Sistem kalendar o Kalendar dicipta semasa Dinasti Shang. o 30 hari dalam sebulan dan 360 hari setahun. o Raja menggunakan kalendar untuk menentukan musim menanam dan menuai

    untuk menjalankan aktiviti harian.

    o Amalan menggunakan kalendar diteruskan untuk upacara perkahwinan, perburuan danpengkebumian.

    Pengamalan falsafah perang Sun Tzu o Karyanya the Art of War o Membincangkan selok belok perang dan cara menangani musuh dalam

    pelbagai bahasa

    o Falsafah tersebut diaplikasikan sebagait aktik dalam perniagaan

    SOALAN KBAT

    1. Apakah kesan/impak/sumbangan/manfaat/kepentingan peninggalan tamadun

    Hwang Ho kepada peradaban manusia kini?

    Mengamalkan sistem pemerintahan monarki/beraja

    Memperkenalkan gelaran maharaja

    Memperkenalkan sistem pengairan dan terusan

    Memperkenalkan teknologi pembajakan

    Penciptaan peralatan pertanian/cangkul/sabit/besi

    Penggunaan batas untuk pertanian

    Sistem tulisan digunakan oleh orang Korea danJepun

    Mengamalkan pemujaan roh nenek moyang

  • TAJUK-TAJUK FOKUS SEJARAH SPM 1249/2 2015

    6 GC & JU SEJARAH SELANGOR.

    Memperkenalkan konsep Yin dan Yang dan FengHsui

    Pengamalan falsafahperang Sun Tzu diaplikasi dalam urusan perniagaan (Mana-mana jawapan munasabah)

    2. Bagaimanakah anda menyumbang kepada peningkatan ekonomi negara?

    Mengamalkan sikap rajin bekerja

    Menguasai teknologi moden seperti ICT dan jentera moden

    Mengamalkan perpadua