Upload
others
View
7
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
SEHARI MAHASISWA/WI UTMKL BERSAMA
PERMATA HATI Pada Hari Sabtu, 7 September 2013, merupakan satu hari yang tidak boleh dilupakan dan
menjadi kenangan bermakna bagi 41 orang mahasiswa/wi tahun 3 daripada Persatuan
Kejuruteraan Awam UTMKL yang telah mengadakan satu program bersama anak-anak permata
hati daripada Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim dan Miskin Sabak Bernam (Paysa).
Pertubuhan ini bertempat di Sekinchan Sabak Bernam Selangor yang menampung seramai 30
orang anak-anak yatim dan miskin di sekitar Sekinchan.
Program Green Charity Day ini bermula dari pukul 10.00 pagi hingga 7.00 petang. Masa
yang singkat ini digunakan sepenuhnya oleh mahasiswa dan mahasiswi UTM bersama anak-anak
Paysa dengan pelbagai aktiviti yang diadakan seperti latihan dalam kumpulan(LDK), sukaneka,
bersama-sama mengecat simen ferro dan bergotong-royong serta menanam pokok buah-buahan
di sekitar kawasan pertubuhan itu.
Simen ferro dibina 2 hari iaitu pada 2 dan 3 September 2013 di makmal konkrit UTM
oleh pelajar-pelajar tahun 3 kejuruteraan awam dengan bantuan 3 orang pensyarah yang menjadi
penyelia pelajar iaitu En Mohd Kamil bin Wan Ahmad, Dr. Mohamad Syazli bin Fathi dan En
Mohd Danial Anuar bin Sulaiman serta turuk dibantu oleh seorang pembantu makmal En Wan
Abdul Fattah bin Wan Abdullah. Proses mengecat adalah pada hari program berjalan 7
September 2013 yang dicat bersama-sama anak-anak Paysa dengan bantuan dan tunjuk ajar oleh
pelajar-pelajar UTM (seperti gambar di bawah)
Dalam setiap aktiviti yang diadakan mahasiswa/si UTM sentiasa bersama-sama
mengdekatkan diri mereka dengan anak-anak Pasya dan sentiasa menberikan perhatian dan kasih
sayang sepenuhnya kepada mereka. Ini telah mewujudkan satu hubungan yang sangat akrab
antara mereka. Setiap kesukaran dan kesenangan dalam mengharungi aktiviti-aktiviti yang
diadakan bersama-sama mereka menepuhinya.
Di dalam usaha mahasiswa/wi untuk menberikan motivasi kepada anak-anak Paysa yang
baru sahaja mengharumi satu peristiwa yang memilukan yang mana pada bulan Ramadhan baru-
baru ini satu-satunya pengasas pertubuhan selaku pengetua Paysa pada ketika itu iaitu Ustaz
Ayob bin Mohamad telah meninggal dunia kerana serangan jantung. Peristawa ini sedikit
sebanyak telah menjejaskan struktur organisasi pertubuhan ini serta turuk menberi kesan kepada
anak-anak Paysa. Oleh yang demikian, ahli-ahli jawatankuasa bagi program ini telah bertungkus
lumus mencari dana untuk menyumbang sedikit sebanyak yang manpu. Sebelum program ini
dijalankan, ajk-ajk program banyak melakukan kajian terhadap pertubuhan ini dan anak-anak di
sini menerusi apa yang mereka mahukan, apa harapan meraka dan sebagainya. Akhirnya ajk-ajk
program telah berjaya mengumpul dana dan terus menbeli keperluan yang diinginkan anak-anak
Paysa seperti pakaian, peralatan sukan yang lengkap dan mencukupi seperti beberapa biji bola
sepak, bola tampar, badminton, permainan-permainan seperti saidina, sahibba, papan kerem dan
pelbagai lagi. Tambahan pula sumbangan daripada mahasiswa/wi UTM seperti menyumbang 2
set kerusi meja simen ferro dan 20 anak pokok buah yang ditanam turuk menambahkan lagi
keceriaan di kawasan pertubuhan tersebut. Sumbangan ini ternyata telah menberikan semangat
dan platform yang baru kepada anak-anak Paysa dan ajk-ajk pertubuhan Paysa. Dengan
senyuman dan ucapan terima kasih daripada pihak pertubuhan Paysa dan anak-anak Paysa telah
menberikan semangat baru kepada mahasiswa/wi untuk meneruskan lagi usaha murni dan
mengadakan program seperti ini lagi di masa akan datang. Yang tidak dapat dilupakan oleh
mahasiswa/wi adalah kebanyakkan anak-anak Paysa menangis semasa majlis perpisahan
dipenghujung program kerana mereka inginkan lagi masa bersama mahasiswa/wi UTM. Walau
bagiamanapun, semua kenangan dan peluang bersama permata hati itu akan sentiasa menjadi
kenangan yang terindah dalam kehidupan peserta mahasiswa dan mahasiswi UTM.
Antara gambar anak-anak Paysa di majlis pembukaan adik Aiman (kanan) dan adik Puteri (kiri).
Antara pensyarah yang mengiringi dan menyelia
pelajar semasa pembinaan simen ferro En Mohd
Kamil bin Wan Ahmad (kiri) dan En Mohd Danial
Anuar bin Sulaiman (tengah).
2 set simen ferro berjaya disiapkan oleh mahasiswa/wi UTM dan anak-anak Paysa yang sangat cantik.
Gambar pembinaan rangka dan menbina simen
ferro oleh pelajar-pelajar UTM.
Majlis pembukaan dimeriahkan lagi dengan ketibaan tetamu terhormat wakil daripada UTM Dr. Mohamad
Syazli bin Fathi (dua dari kiri) yang menjadi pensyarah pengiring dalam program ini.
Antara gambar dalam aktiviti Latihan Dalam Kumpulan yang merupakan aktiviti pertama program ini.
Acara sukaneka yang disertai oleh mahasiswa/wi dan anak-anak Paysa dengan penuh kegembiraan.
Antara kawasan yang di bersihkan dan ditanam pokok oleh peserta program dan peserta menggunakan
peralatan gotong royong yang dibekalkan oleh Majlis Bandaraya Kuala Selangor (MBKS).
Sekian berita daripada saya Che Muhammad Fatihi Hafifi Bin Che Wahid untuk
Program Green Charity Day 2013. Terima kasih.
Pemenang keseluruhan acara sukaneka.
Gambar kenangan kesemua perserta yang terlibat dalam program Green Charty Day 2013 yang diserikan
lagi oleh pengetua Pertubuhan Paysa Pn Fadilah binti Hj Siraj (tengah).