Upload
hoangdung
View
364
Download
4
Embed Size (px)
Citation preview
Tel: 603-8319 4000 • Faks: 603-8319 4001
PERMATA Negara
Jabatan Perdana MenteriW101 Tingkat 1, Blok 3440,Enterprise Building One (EBI),Jalan Teknokrat 3, 63000 Cyberjaya,Selangor Darul Ehsan, Malaysia
PERMATAProgram Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak Permata Negara
“setiap anak
permata negara”
LIRIKLAGUPERMATA
Semenjak di dalam kandungan lagiDibekalkan tuhan bakat tersendiriSeawal usia perhatian harus diberiDewasanya kelak teguh peribadi
Kanak-kanak PERMATA berhargaJika digilap pasti bercahayaUmpama benih disemai dibajaKecenderungannya usah dipersia
Program Asuhan danDidikan Awal Kanak-kanak PERMATA Negara
ISIKANDUNGAN
Kanak-kanak PERMATA bahagiaKamilah harapan Malaysia tercintaSiapa kami di masa hadapanAsasnya didikan serta dorongan
Kanak-kanak PERMATA bahagiaKamilah harapan Malaysia tercintaSiapa kami di masa hadapanAsasnya didikan serta dorongan
Pencipta : Pak NgahLirik : Habsah Hassan
Seulas Pinang 02 • Bagaimana Kami Bermula 03 • Falsafah dan Fokus PERMATA Negara 06 • Rasional PERMATA Negara 07 • Struktur Kurikulum PERMATA Negara 08
• Teknik Pembelajaran PERMATA 10 • Keistimewaan Program PERMATA 08 • Struktur Pelaksanaan Program PERMATA Negara 12 •
Program Asuhan danDidikan Awal Kanak-kanak PERMATA Negara
PERMATA NEGARA
SEULASPINANGSalamSejahteradanSalam1Malaysia
Program PERMATA menawarkan satu alternatif dalam asuhan dan didikan awal kanak-kanak di bawah umur lima tahun kepada rakyat Malaysia. Pendekatan dibuktikan di beberapa buah negara maju telah berupaya merangsang perkembangan pesat kebolehan intelek, kognitif dan komunikasi kanak-kanak serta meningkatkan kestabilan emosi mereka. Penekanan ini diberi kepada rangsangan minda dengan kaedah meneroka, mencuba dan mengalami (experimentation, exploration and experiential) melalui permainan. Pendekatan ini amatlah bersesuaian dan menyeronokkan kanak-kanak dan perkembangan positif program ini telah dapat dilihat pada anak-anak setelah satu tempoh dalam Program PERMATA.
Ucapan terima kasih dan penghargaan saya rakamkan untuk semua pihak yang telah sama-sama meluangkan masa dan mencurahkan khidmat bakti bagi melaksanakan program ini. Setitik budi tuan setinggi gunung intan bagi saya dan anak-anak PERMATA. Saya berdoa agar usaha murni kita diberkati Allah Subhanahu Wata’ala dan bersama membawa perubahan positif berpanjangan kepada kehidupan anak-anak di masa hadapan.
Adalah menjadi harapan saya juga agar program ini mendapat sokongan padu yang berterusan dari semua pihak.
Alhamdulillah Program PERMATA kini telah dilaksanakan di 25 buah lokasi dengan kerjasama kerajaan-kerajaan negeri, agensi-agensi kerajaan dan juga komuniti-komuniti setempat.
Salam hormat.
Datin Paduka Seri Rosmah MansorPengerusi JawatankuasaKerja Penyelarasan Program PERMATA
Program Asuhan danDidikan Awal Kanak-kanak PERMATA Negara
PERMATA NEGARA
BAGAIMANAKAMIBERMULA
Setiap Anak PERMATA Negara
Penggerak utama yang mendorong kepada
tercetusnya idea untuk menjalankan Projek
Perintis PERMATA Negara ini datangnya
daripada Y.A.Bhg. Datin Paduka Seri Rosmah
Mansor bersama kumpulan beberapa orang
profesional, pendidik, ahli akademik, pakar
perubatan, pegawai polis, peguam, pegawai-
pegawai kerajaan bagi membincangkan
cadangan penyelesaian kepada masalah dan
gejala sosial yang kian melanda para remaja
yang sungguh membimbangkan. Perbincangan
profesional dalam pelbagai bidang, kepakaran
dan latar belakang ini telah senada bahawa
proses pembentukan insan yang cemerlang
seharusnya dimulakan sejak awal lagi dan
ianya akan lebih berkesan sekiranya dimulakan
sejak lahir. Inilah yang telah membawa kepada
lahirnya sebuah konsep yang begitu murni iaitu
dengan menganggap bahawa setiap anak yang
dilahirkan di bumi Malaysia yang bertuah ini
adalah sebutir permata untuk negara yang akan
bersinar menerangi kegemilangan negara di
masa akan datang. Dari ini lahirlah “Setiap Anak
PERMATA Negara” bagi menzahirkan suatu
hasrat untuk memastikan setiap anak sejak dari
awal lagi mendapat peluang permulaan hidup
yang terbaik.
Dari situ tercetus idea untuk melaksanakan
Program Asuhan dan Didikan Awal Kanak-kanak
PERMATA bagi memberi peluang khususnya
kepada kanak-kanak di bawah umur 4 tahun
untuk mengalami proses pembelajaran awal
yang berkualiti dalam suasana pembelajaran
yang menyeronokkan.
Program Asuhan danDidikan Awal Kanak-kanak PERMATA Negara
PERMATA NEGARA
BAGAIMANAKAMIBERMULA
Kanak-kanak berumur 0-4 tahun adalah satu
kumpulan yang amat penting dan mereka mesti
melalui satu proses perkembangan yang teratur.
Sebagai modal insan yang sangat bermakna
kepada masa depan negara, perlu ada satu
program atau perancangan yang teratur, fokus
dan bersepadu daripada mereka mula lahir hingga
memasuki alam persekolahan sebagai satu strategi
nasional, tambahan pula banyak negara-negara
lain di dunia terutamanya negara-negara maju
sudah menjadikan pendidikan awal kanak-kanak
sebagai satu pelan nasional yang bersepadu.
Maka dengan itu Projek Perintis PERMATA
Negara mula dilaksanakan pada tahun 2007,
hasil dari pemerhatian yang dibuat pada
program asuhan dan didikan awal kanak-kanak
di negara-negara maju seperti Perancis, Amerika
Syarikat, Australia dan New Zealand. Daripada
pemerhatian, didapati negara-negara maju telah
lebih awal memberikan penekanan kepada
kaedah ‘pembelajaran yang menyeronokkan’
dan didikan mengikut kecenderungan kanak-
kanak terbabit.
Program Asuhan danDidikan Awal Kanak-kanak PERMATA Negara
Sehubungan itu, kurikulum PERMATA telahpun
digubal dengan diadaptasi dari model Pen
Green Centre sebagai contoh amalan terbaik
dan kemudiannya disesuaikan dengan budaya
masyarakat setempat dan Falsafah Pendidikan
Negara bagi memantapkan lagi kandungannya.
Tema ‘Setiap Anak PERMATA Negara’ juga
telah dipilih untuk menggambarkan kesungguhan
kerajaan dan agensi-agensi pelaksana untuk
menggubal satu dasar pendidikan awal kanak-
kanak yang bersepadu dan menyeluruh. Hasil
dari kesungguhan ini, Dasar Asuhan dan Didikan
Awal Kanak-kanak Kebangsaan juga telah
diluluskan oleh kerajaan ke arah menyediakan
pendidikan yang sempurna dan berkualiti dan
menyeluruh kepada kanak-kanak.
Hasil kejayaan pelaksanaan Projek Perintis
Program PERMATA Negara, pelaksanaannya
telahpun diperluas dan diperkasakan ke seluruh
negara bagi memastikan lebih ramai anak akan
mendapat peluang untuk diberi permulaan terbaik
dalam kehidupan mereka sebagai persediaan
menghadapi cabaran masa hadapan.
Program Asuhan danDidikan Awal Kanak-kanak PERMATA Negara
PERMATA NEGARA
FALSAFAHDANFOKUSPERMATANEGARA
Asuhan dan didikan awal kanak-kanak bertujuan mengembangkan potensi SETIAP ANAK PERMATA NEGARA secara holistik bagi mewujudkan modal insan negara yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi, jasmani, sosial dan komunikasi. Usaha ini memerlukan kerjasama antara pendidik, ibu-bapa dan komuniti.
• Program PERMATA Negara memfokuskan pada asuhan dan didikan awal untuk kanak-kanak yang memenuhi kriteria berikut:
i. Berumur satu hingga empat tahun
ii. Menetap di pinggir atau luar bandar
iii. Keluarga berpendapatan rendah
iv. Berbilang kaum dan agama
• Penglibatan ibu bapa dan komuniti adalah penting dalam pembelajaran anak-anak dan mempunyai matlamat secara keseluruhannya untuk meningkatkan kesediaan kanak-kanak memasuki alam pra dan sekolah rendah dengan persediaan pelbagai aspek perkembangan.
• Fokus kepada merangsang perkembangan holistik dan intervensi awal kanak-kanak dari lahir hingga ke usia pra persekolahan.
Program Asuhan danDidikan Awal Kanak-kanak PERMATA Negara
PERMATA NEGARA
RASIONALPERMATANEGARA
a. Kaj ian pembangunan psikopatologi terhadap perkembangan sel-sel otak bahawa terdapat satu tempoh kritikal dalam pembelajaran di peringkat awal umur kanak-kanak di mana lebih banyak sinaps dapat dibentuk dan dikekalkan sekiranya sel-sel ini dirangsang dari peringkat awal.
b. Bukti dari kajian neurosains menunjukkan 3 tahun pertama adalah penting dalam perkembangan otak kanak-kanak.
c. Dengan rangsangan yang betul dalam keadaan ceria dan gembira, otak kanak-kanak akan berkembang segar.
Program Asuhan danDidikan Awal Kanak-kanak PERMATA Negara
PERMATA NEGARA
STRUKTURKURIKULUMPERMATANEGARA
TAhAP-TAhAP KRiTiKAl DAlAM PERKEMbANgAN KANAK-KANAK
11-12 tahun
7-10 tahun
6 tahun
5 tahun
4 tahun
3 tahun
2 tahun
1 tahun
Lahir
Belum lahir
(Sumber: Eliot, 1999)
Perg
antu
ngan
Sos
ial
Kaw
alan
Em
osi
Peng
lihat
an
Perk
emba
ngan
Mot
or
Mot
or H
alus
Perb
enda
hara
an K
ata
Asas
Peng
uasa
an B
ahas
a Ke
dua
Kebo
leha
n M
uzik
al
Mat
emat
ik d
an L
ogik
±90% perkembangan otakkanak-kanak berlaku dengan pantas semasa MEREKA BERUMUR DI BAWAH 5 TAHUN.
• Perkembangan fizikal dan mental kanak-kanak bermula sejak dari dalam kandungan lagi.
• Setelah dilahirkan, hubungan emosi dan sosial yang dibina dengan mereka memainkan peranan penting ke arah pembentukan personaliti mereka yang tenang, aman dan penyayang.
• Perkembangan perbendaharaan kata kanak-kanak boleh dipertingkatkan sekiranya mereka selalu dilayan bercakap. Perkembangan perbendaharaan kata kanak-kanak dalam bahasa kedua juga bermula sejak mereka bayi lagi.
• Perkembangan deria penglihatan kanak-kanak berlaku di paras maksimum semasa mereka berumur 2 tahun dan di peringkat umur ini juga mereka sudah boleh dirangsang untuk berfikir dan menyelesaikan masalah.
Program Asuhan danDidikan Awal Kanak-kanak PERMATA Negara
a. Mirip kepada program seumpamanya yang dilaksanakan di negara-negara maju contohnya the United Kingdom’s Sure Start/United States’ Head Start
b. Program Asuhan dan Didikan Awal kanak-kanak yang komprehensif untuk kanak-kanak 1 hingga 4 tahun dan menekankan kepada penglibatan ibu-bapa dan komuniti setempat dalam proses pembelajaran kanak-kanak
c. Memberi penekanan kepada pembangunan kanak-kanak secara keseluruhan (holistik) dalam aspek kemahiran kognitif, sosio-emosi, berkomunikasi dan fizikal. Antara lain ciri-ciri penting dalam kurikulum ini ialah:-• Kasih sayang dan belaian• Interaksi dan komunikasi• Pemikiran dan bacaan• Memberi kuasa (empowerment) kepada
kanak-kanak melalui pembelajaran secara bebas
• Mendorong kebolehan dan potensi kanak-kanak
• Belajar melalui bermain• Menghayati muzik dan seni, nyanyian
dan pantun, tarian dan lakonan
d. Kurikulum ini digubal dengan berpaksikan falsafah pendidikan kebangsaan Malaysia se r ta mengandung i enam b idang pembelajaran dalam model konseptual seperti berikut:-
Program Asuhan danDidikan Awal Kanak-kanak PERMATA Negara
PERMATA NEGARA
TEKNIKPEMBELAJARANPERMATA
Teknik pembelajaran PERMATA menekankan pada rangsangan minda kanak-kanak melalui kaedah meneroka, mencuba dan mengalami melalui aktiviti permainan. Kaedah ini sesuai untuk mewujudkan perasaan minat dalam diri kanak-kanak melalui persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan.
Belajar melalui bermain
Fizikal
Awal Matematik dan Pemikiran Logik
Deria dan Pemahaman Dunia Persekitaran
Program Asuhan danDidikan Awal Kanak-kanak PERMATA Negara
Kreativiti dan Estetika
Bahasa, Komunikasi dan Literasi Awal
Sahsiah, Sosio-emosi dan Kerohanian
Program Asuhan danDidikan Awal Kanak-kanak PERMATA Negara
PERMATA NEGARA
SEULASPINANGPERMATA NEGARA
KEISTIMEWAANPROGRAMPERMATA
Program Asuhan danDidikan Awal Kanak-kanak
a) Aktiviti pembelajaran yang dirancang oleh pendidik mengikut kreativiti mereka untuk dilaksanakan bersama bayi dan kanak-kanak bersesuaian dengan tahap perkembangan dan kebolehan kanak-kanak mengikut peringkat umur mereka
b) Garis panduan diberikan kepada Pendidik PERMATA bagaimana merancang aktiviti untuk merangsang proses pembelajaran yang efektif berdasarkan kepada 6 komponen pembelajaran – berkait dengan perkembangan seimbang dan holistik
c) Penekanan diberikan kepada kombinasi dan kesepaduan antara kualiti penjagaan asas kanak-kanak dan penggarapan elemen pendidikan yang diterap secara tidak langsung melalui aktiviti dan amalan harian pusat asuhan
d) Tertumpu kepada bagaimana untuk menggarap potensi semula jadi yang ada dalam diri seseorang kanak-kanak. Ini bertujuan untuk melahirkan anak-anak yang:
• Holistik dan seimbang
• Mempunyai akhlak dan sahsiah yang mulia
• Berintelek tinggi
• Mahir berkomunikasi dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris
• Bijak bergaul
• Sihat jasmani
• Suci rohani
e) Penglibatan ibu-bapa sebagai pemangkin asuhan dan didikan kanak-kanak di mana kesinambungan pengasuhan perkembangan dan pendidikan di pusat asuhan dan di rumah adalah ditekankan. Ibu-bapa
memainkan peranan penting dalam Program PERMATA, di mana komitmen dalam penglibatan aktif dan berterusan mereka dipastikan melalui satu surat aku janji bahawa mereka akan menyumbang 4 jam sebulan kepada aktiviti-aktiviti Pusat Anak PERMATA Negara. Antara aktiviti yang boleh mereka melibatkan diri ialah:
• berbincang dan menilai perkembangan kanak-kanak;
• member i makan , memand ikan , membaca, bercerita dan memasak dengan kanak-kanak;
• menyertai lawatan sambil belajar bersama kanak-kanak
• menyertai program kesihatan dan kaunseling; dan
• memastikan kesinambungan kaedah pembelajaran PERMATA semasa di rumah.
f) Pelaksanaan program PERMATA adalah secara bersepadu dengan penglibatan ibu bapa, komuniti dan pelbagai agensi dalam konteks pengasuhan, kesihatan, pemakanan dan kaunseling. Ia merupakan satu kolaborasi yang efisien dengan kerjasama para pakar dan profesional dalam pelbagai bidang berkaitan kanak-kanak
g) Menitikberatkan aspek keselamatan dari semua sudut
h) Menitikberatkan peningkatan kemahiran profesional pendidik yang mendidik anak-anak selaras dengan teori perkembangan kanak-kanak dari pakar-pakar asuhan dan didikan awal kanak-kanak diiktiraf di dunia
Program Asuhan danDidikan Awal Kanak-kanak PERMATA Negara
PERMATA NEGARA
STRUKTURPELAKSANAANPROGRAMPERMATA
MenteriMenteri Pelajaran, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Menteri Pengajian Tinggi, Menteri Penerangan, Komunikasi, Kesenian dan Kebudayaan, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat;
AgensiKetua Setiausaha Perbendaharaan atau wakil, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam atau wakil, Timbalan Ketua Setiausaha Kanan, Jabatan Perdana Menteri atau wakil, Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia, Naib Canselor Universiti Sains Islam Malaysia, Naib Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris;
Ahli yang dilantikY.A.Bhg. Datin Paduka Seri Rosmah Mansor, Pengerusi Jawatankuasa Kerja Penyelarasan PERMATA, Pakar Kanak-kanak (Child Development), Pakar Kanak-kanak (Child Psychology), Persatuan TASKA, Wakil badan-badan bukan kerajaan, Persatuan Pelajar Pintar.
Urus setia : PERMATA Negara, Jabatan Perdana Menteri
Majlis Pelaksanaan ProgramPERMATA
Pengerusi
Y.A.B. Dato’ Sri Mohd. Najib
Tun Haji Abdul Razak
Fungsi
melaksanakan dan
merancang strategi
pelaksanaan Program-
program PERMATA.Keahlian
PERMATASENI PERMATAINSAN PERMATANEGARA PERMATAPINTAR PERKASAREMAJA
CARTA PELAKSANAAN PROGRAM PERMATA
Program Asuhan danDidikan Awal Kanak-kanak PERMATA Negara
PERMATA Remaja
PERMATA NEGARA
Agensi PERMATA Negara, Jabatan Perdana Menteri
Objektif• memberi khidmat keurusetiaan kepada Majlis dan Jawatankuasa
di bawahnya;• menyelaras penubuhan Pusat Anak PERMATA Negara secara
projek perintis bagi setiap negeri;• mengurus pelaksanaan dan pengoperasian 25 Pusat Anak
PERMATA Negara sedia ada yang bertaraf projek perintis di seluruh negara;
• memberi khidmat pengurusan dan sokongan dalam pelaksanaan Program PERMATA Negara.
Kumpulan SasarAnak 1 - 4 tahun
PERMATA PINTAR
Agensi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
ObjektifMengenal pasti pelajar pintar, cerdas, dan berbakat seawal mungkin supaya potensi dan kebolehan mereka dapat dibangunkan secara optimum.
Kumpulan SasarPelajar umur 9 – 15 tahun
Program Asuhan danDidikan Awal Kanak-kanak PERMATA Negara
PERMATA NEGARA
STRUKTURPELAKSANAANPROGRAMPERMATA
PERMATA SENI
Agensi PERMATA Seni Koir di Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara dan PERMATA Seni Muzik di Istana Budaya
ObjektifMengenal pasti kanak-kanak yang mempunyai bakat dan tahap potensi yang tinggi dalam bidang seni supaya dapat mempertingkatkan kecemerlangan mereka.
Kumpulan SasarPelajar umur 8 – 12 tahun
PERMATA INSAN
Agensi Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
ObjektifMelahirkan ilmuwan agama, tenaga profesional, teknokrat dan saintis yang memahami, menghayati dan mengaplikasikan al-Quran sebagai perundangan hidup.
Kumpulan SasarPelajar Sekolah Agama Rendah berumur 7 – 12 tahun
Program Asuhan danDidikan Awal Kanak-kanak PERMATA Negara
PERKASA REMAJA
Agensi Kem PERKASA Remaja, Komuniti PERKASA Remaja, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
ObjektifMengupayakan/memperkasakan remaja melalui pendekatan yang holistik dalam konteks pembangunan remaja.
Kumpulan SasarIndividu 18 – 25 tahun
Program Asuhan danDidikan Awal Kanak-kanak PERMATA Negara
PERMATA PRESINT 16
Putrajaya
PERMATA Putrajaya
PERMATA TambunTulang, Perlis
PERMATA ChiniPahang
PERMATA MempagaPahang
PERMATA Subang Jaya
Selangor
PERMATA Kepala Batas
Pulau PinangPERMATA Dungun
Terengganu
PERMATA Chembong
Negeri Sembilan
PERMATA NEGARA
PUSATANAKPERMATANEGARA
Program Asuhan danDidikan Awal Kanak-kanak PERMATA Negara
PERMATA Pasir MasKelantan PERMATA Bercham
Perak
PERMATA Kota Samarahan
Sarawak
PERMATA Bukit PeringgitMelaka
PERMATA TuaranSabah
PERMATA BesoutPerak
PERMATA Bagan PinangNegeri Sembilan
PERMATA DengkilSelangor
PERMATA Batu Pahat
Johor
PERMATA NEGARA
PUSATANAKPERMATANEGARA
Program Asuhan danDidikan Awal Kanak-kanak PERMATA Negara
PERMATA NEGARA
PUSATANAKPERMATANEGARA
PERMATA Parit
Guntong, Johor PERMATA Kuala KetilKedah
PERMATA FElDA TenggarohJohor PERMATA Jeli
Kelantan
PERMATA FElDA Raja AliasNegeri Sembilan
PERMATA FElDA ChikuKelantan
PERMATA FElDA Kerteh
Terengganu PERMATA Felda Tenggaroh Johor
PERMATA Felda Chiku
Kelantan
Program Asuhan danDidikan Awal Kanak-kanak PERMATA Negara