Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah 2015-Skrip

Embed Size (px)

Citation preview

SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH 2015SK SEBANDI ULU, ASAJAYA

Tarikh: 18 Mei 2015Masa: 8.00 pagiTempat : Dewan Serbaguna Kampung Sebandi Ulu, Asajaya(Skrip Pengacara)

JohanBismillahirrahmanirrahim..Assalamualaikum w.b.t dan salam 1 malaysiaBagi memulakan majlis kita pada hari ini, kita akan bersama-sama menyanyikan lagu Negaraku dan lagu sekolah. Para hadirin diminta berdiri bagi menghormati lagu kebangsaan Negaraku dan lagu sekolah.

Terima kasih diucapkan. Hadirin dijemput duduk.

KamaisHadirin warga dewan yang dihormati sekalian,Bagi menambahkan keberkatan majlis kita pada hari yang penuh bermakna ini, marilah kita sama-sama menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan di bacakan oleh Al-Fadhil Ustaz Mohamad Bin Bunsu.Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Amin Amin Ya Rabbal AlaminMajlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Ustaz Mohamad atas bacaan doa sebentar tadi.

JohanYang berusaha, Puan Guru Besar Sekolah Kebangsaan Sebandi Ulu, Puan Assna @ Asiah Binti Jamali, Yang dihormati Ketua Kaum Kampung Sebandi Ulu, Puan Jama Binti Haji Baylai,Yang dihormati YDP PIBG Puan Zauyah Binti Haji Baylai,barisan penolong-penolong kanan, rakan-rakan guru, para hadirin serta para pelajar yang dikasihi sekalian. Alhamdulillah dan selamat datang ke Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah Kebangsaan Sebandi Ulu Tahun 2015. Dengan berkat restu dan InayahNya kita dapat bersama-sama untuk meraikan perhimpunan yang amat bermakna ini.Guru: Membina Ilmu menyempurnakan akhlakitulah tema sambutan hari guru bagi tahun 2015. Peranan guru adalah menghasilkan modal insan holistik yang berilmu dan berakhlak ke arah kesempurnaan kemenjadian murid. Seperti yang digarapkan dalam PPPM 2013-2025, sistem pendidikan Malaysia berhasrat untuk melahirkan murid berdasarkan enam aspirasi murid iaitu pengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, etika serta kerohanian dan identiti nasional. Justeru, guru merupakan agen ke arah merealisasikan hasrat tersebut.

KamaisHadirin dan hadirat yang dihormati sekalian,Bagi meneruskan majlis, sekarang dipersilakan adik Muhammad Al-Ilhan Bin Sulaiman, Ketua Pengawas SK Sebandi Ulu Sesi 2015 untuk menyampaikan ucapan sebagai wakil pelajar SK Sebandi Ulu sempena hari guru pada tahun ini.Dengan itu, majlis mempersilakan..

Terima kasih diucapkan kepada adik Al-Ilhan di atas ucapan sebentar tadi.

JohanSeterusnya, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Penolong Kanan Ko-kurikulum , Cikgu Suut Bin Haji Adenan untuk membacakan perutusan hari guru 2015 daripada Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia. Dengan itu, majlis mempersilakan.

Begitulah tadi bacaan perutusan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia yang telah dibacakan oleh Cikgu Suut, terima kasih.

JohanBesar langit di tepi busut,Besar tak muat di dalam peti,Besar hajat kami menjemput,Besar niat di dalam hati.

Hadirin dan Hadirat sekalian.

Majlis diteruskan dengan menjemput Puan Assna @ Asiah Binti Jamali ,Guru Besar SK Sebandi Ulu naik ke pentas untuk membaca perutusan daripada Menteri Pelajaran Malaysia dan seterusnya merasmikan majlis sambutan Hari Guru Peringkat SK Sebandi Ulu.

Terima kasih diucapkan kepada Tuan Guru Besar di atas bacaan perutusan dan ucapan perasmian sebentar tadi.

KamaisSudah teradat pahlawan negeriMati berjuang, berundur janganBukan memberi kata dan pujiHanya budi dalam ingatan

Bagi menunjukkan semangat dan kesungguhan para guru, diminta semua guru sama-sama melafazkan Ikrar Guru yang diketuai oleh Ustaz Jaslan Bin Suli dan seterusnya menyanyikan lagu-lagu Hari Guru iaitu lagu Guru Malaysia dan Pendidik Bumi Kenyalang.

Begitulah bersemangat guru-guru kita melafazkan ikrar serta menyanyikan lagu-lagu itu.Terima kasih diucapkan.

JohanHadirin dan Hadirat sekalian,Bagi memeriahkan lagi majlis kita pada hari ini, upacara pemotongan kek Hari Guru akan dilakukan oleh semua guru dengan diketuai oleh Guru Besar SK Sebandi Ulu, Puan Assna @ Asiah Binti Jamali.Dipersilakan.

Terima kasih semua.

KamaisHadirin warga dewan sekalian,Seterusnya bagi memeriahkan lagi majlis ini, marilah sama-sama kita saksikan persembahan Silat dari kumpulan silat..

Begitulah persembahan silat daripada kumpulan silat.Untuk makluman kumpulan silat itu tadi telah memenangi kategori solo putera dan jurus wajib putera dalam pertandingan silat peringkat Bahagian Samarahan yang telah diadakan di SMK Pesantren.

JohanHadirin dan hadirat yang dihormati,Bagi menyerikan lagi majlis ini, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan pelajar-pelajar tahap 1 yang akan membuat persembahan bermukun.Terima kasih diucapkan .

KamaisPohon berangan tempat bertemu,Girangnya rasa si anak dara,Acara kemuncak sudahlah tiba,Pasti sudah tak sabar menunggu.

Hadirin dan hadirat yang dihormati,Majlis kita diteruskan lagi. dengan acara pertukaran hadiah antara staf-staf SK Sebandi Ulu. Dengan ini dipersilakan Puan Assna @ Asiah Binti Jamali, Guru Besar Sk Sebandi Ulu untuk memulakan cabutan. (hingga akhir)

Begitulah tadi aturcara pertukaran hadiah. Terima kasih buat semua.

JohanHadirin dan hadirat yang dirahmati Allah,Inilah dikatakan, umpama belayar telah sampai di pelabuhan, umpama berkayuh telah sampai di muara, umpama berjalan telah sampai di destinasi.Para hadirin sekalian, kita telah pun berada di hujung acara.

Kuning emas masaknya padi,Mawar merah dalam jambanganTerima kasih daun keladiBudi tuan jadi kenangan

Dikesempatan ini, kami mengucapkan sekalung penghargaan dan tahniah buat semua AJK yang terlibat bagi menjayakan majlis ini. Juga jutaan terima kasih atas kerjasama guru-guru KAFA, dan AJK PIBG yang memberi kerjasama terhadap majlis ini. Tahniah dan syabas buat semua.

Kamais

JohanBagi mengakhiri majlis kita pada hari ini, kita sama-sama menyanyikan lagu kebesaran Negeri Sarawak, Sarawak Ibu Pertiwiku.Dijemput hadirin semua berdiri.

Terima kasih. Dengan ini berakhirlah majlis kita pada hari ini.Kami ingin memohon ribuan kemaafan andai ada salah dan silap sepanjang kami mengacarakan majlis ini.

Bunga seroja di atas paraJatuh ditimpa buah beranganAndaikata tersilap bicaraKemaafan jua kami pohonkan

Dari Kedah ke pekan sariBeli suasa di Kota TinggiSelesai sudah tugas diberiDi lain masa bersua lagi.

Para hadirin sekalian, juadah sudah letak di meja, sudilah menjamu selera.

Saya Ustaz Johan Bin Haji Gohet dan saya Cikgu Kamais Binti PandakMengucapkan salam hormat dan jumpa lagi.

2