Saidina Abu Bakar as-siddiq

Embed Size (px)

Citation preview

SAIDINA ABU BAKAR ASSIDDIQZULFIKRI ZAKARIAH MUHAMAD HAFFIZ RAMLI AHMAT MOHD IKHWANNUTDIN SAINI

LATAR BELAKANG Nama sebenar Abu Bakar ialah Abdullah bin Uthman. Berasal dari suku Taim iaitu suku daripada bani Quraisy. Pada zaman Jahiliyyah nama beliau ialah Abd Kabah

(penyembah kaabah) Merupakan sahabat rapat kepada Nabi Muhammad

SAW dan diberi gelaran as-Siddiq (yang membenarkan). Merupakan golongan yang pertama memeluk Islam.

Beliau berkahwin sebanyak empat kali, Umm Rumman

Bt al-Harith, Qutaylah bt Abd al-Uzza, (diceraikan sebab tidak mahu memeluk Islam), Habibah bt Kharijah dan Asma bt Umays. Dikurniakan lima orang anak, Abd al-Rahman,

Muhammad SAW, Aisyah, Asma dan Umm Kalthum. Wafat pada tanggal 22 Jamadil akhir 13 H iaitu ketika

usia beliau 63 tahun.

MEMERANGI GOLONGAN RIDDAH Riddah lebih dikenali perang Riddah, tindakan

memerangi kabilah-kabilah atau suku-suku murtad dari Islam. Kebanyakan orang-orang Islam yang tinggal di luar kota Makkah dan Madinah belum dapat memahami dan menghayati ajaran Islam yang sebenar. Sesetengah daripada mereka enggan membayar zakat Puak-puak ini mendakwa memandangkan Rasulullah s.a.w. telah wafat maka mereka tidak perlu lagi mengikut ajaran Islam dan mereka telah bebas.

Ada diantara mereka mendakwa bahawa mereka ialah

nabi dan rasul Abu Bakar as-Siddiq melaksanakan langkah awal dengan menghantar para utusan kepada ketua kumpulan supaya mengajar mereka kembali kepada Islam. Abu Bakar telah membentuk 11 pasukan tentera yang diketuai oleh para panglima Islam yang terkenal seperti Khalid bin al-Walid, Akramah bin Abu Jahal, Amr bin alAs dan lain-lainnya.

Gerakan Islam berjaya menundukkan dan

mengembalikan mereka yang telah keluar dari Islam supaya ke pangkuan Islam semula. Saidina Abu Bakar berjaya menghapuskan semua Gol. tersebut yang membahayakan kedudukan Islam.

KETENTERAAN Saidina Abu Bakar pada ketika itu berada dalam dilema

sama ada ingin meneruskan usaha Baginda atau dibatalkan sahaja. Saidina Abu Bakar tetap meneruskan usaha Rasulullah SAW. Dari sudut fizikal, tentera Islam telah memenangi pertempuran walaupun mengharungi selama 40 hari. Sudut spiritual pula, pemberontak-pemberontak seperti puak Zubiyan tidak berani meneruskan usaha mereka untuk memerangi Madinah.

Saidina Abu Bakar juga menghantar panglima-panglima perang Islam ke utara untuk memerangi Byzantine (Rom Timur) dan Empayar Parsi.

PENGUMPULAN/PEMBUKUAN AL-QURAN Ramai penghafaz al-Quran telah mati syahid, ini

menimbulkan kebimbangan akan hilangnye al-Quran. Khalifah Abu Bakar mengambil keputusan untuk menghimpunkan al-Quran, beliau telah mengarahkan Zaid bin Thabit, Ubay bin Kaab, Ali bin Abi Talib dan Uthman bin Affan. Pengumpulan diselesaikan pada tahun ke-13 H dan dinamakan Mushaf. Setelah kematian Khalifah Abu Bakar, Mushaf al-Quran disimpan oleh Khalifah Umar dan kemudian Hafsah. Saidina Uthman Affan melengkapkan aktiviti pengumpulan al-Quran semasa beliau menjadi khalifah.

SUMBANGAN SAIDINA ABU BAKAR AS-SIDDIQ Membasmi golongan riddah/murtad Memerangi negara Rom sebagai membalas tindakan

mereka membunuh utusan Nabi Muhammad SAW ke

Syam Mengembangkan wilayah Islam disempadan Tanah

Arab. Mengumpulkan ayat-ayat al-Quran yang berada

ditangan penulis-penulis dan penghafaz-penghafaznya.