Rph Yang Divideokan Berserta Lampiran

Embed Size (px)

DESCRIPTION

tugasan upsi sem 7

Citation preview

  • KPR 3974

    LATIHAN MENGAJAR

    RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

    YANG DIVIDEOKAN

    DISEDIAKANOLEH:

    NAMA NO. ID NO.TELEFON

    NOORLIES BINTI SUKUR

    D20102054887

    0145697242

    KUMPULAN:

    K00396 (A142 PJJ)

    NAMA TUTOR E-LEARNING:

    PUAN ZURAINI BINTI RAMLI

    PROF. MADYA DR. MARIA BINTI SALIH

    TARIKH SERAH:

    18 APRIL 2015

  • RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA MELAYU TAHUN 2

    Tarikh : 14 April 2015

    Hari : Selasa

    Tahun : 2 Standard

    Masa : 60 minit (8.00 9.00 pagi)

    Minggu : 4/8

    Bilangan Murid : 22 (L : 10, P :12)

    Tema : Semangat Perpaduan

    Tajuk : Semangat Kerjasama

    Objektif / HasilPembelajaran : Pada akhir pelajaran, murid dapat :

    1. Berbicara untuk menyampaikan maklumat tentang sesuatu perkara daripada pelbagai sumber dengan tepat dan secara bertatasusila.

    2. Membaca dan memahami maklumat daripada gambar dan frasa dengan betul dan jelas.

    Kadar pencapaian objektif yang diharapkan ialah 90% memuaskan.

    Standard Kandungan

    Standard Pembelajaran

    Fokus Utama

    1.6 Berbicara untuk menyampaikan maklumat tentang sesuatu perkara daripada pelbagai sumber dengan tepat secara bertatasusila.

    Aras 2

    1.6.1 Berbicara untuk mendapatkan maklumat yang tepat tentang sesuatu perkara daripada pelbagai sumber secara bertatasusila.

    Fokus Sampingan

    1.6 Berbicara untuk menyampaikan maklumat tentang sesuatu perkara daripada pelbagai sumber dengan tepat secara bertatasusila.

    Aras 2

    2.4.3 Membaca dan memahami maklumat yang tersurat dengan tepat daripada bahan multimedia yang sesuai.

  • Kemahiran Bahasa : Mendengar, Membaca dan Menulis

    Sistem Bahasa : Sebutan dan intonasi, kosa kata

    Pengisian Kurikulum

    Penyerapan Ilmu : Pendidikan Moral

    Penyerapan Nilai : Bantu-membantu, bekerjasama, baik hati

    Penyerapan KBT : Kemahiran Belajar Cara Belajar

    Pembelajaran Kontekstual

    Pengetahuan Sedia Ada : Murid pernah membantu guru menceriakan perpustakaan

    sekolah dan mengetahui segala keperluan untuk perpustakaan.

    Alat Bantu Mengajar :

    1. Laptop/Pembesar Suara/LCD Projektor

    2. Slaid Powerpoint

    i. Set Induksi- Gambar perpustakaan yang cantik

    ii.Nota cadangan aktiviti keceriaan

    iii.Keperluan sesebuah perpustakaan

    iv.Penutup-Gambar perpustakaan yang unik

    3. Lembaran Kerja

  • Isi Pelajaran

    Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran

    Catatan

    Induksi Set (5 minit)

    1. Guru memperlihatkan gambar-

    gambar perpustakaan yang cantik dan

    ceria.

    Antara Soalan:

    1. Apakah gambar-gambar yang baru kamu lihat tadi? 2. Apakah sumbangan yang kamu ingin berikan kepada perpustakaan di tempat tinggal kamu? 3. Apakah yang kamu boleh lakukan untuk menceriakan perpustakaan?

    ABM:

    i. Laptop

    ii. Pembesar suara

    iii. LCD Projektor

    iv.Slaid Powerpoint 1

    Nilai:

    - Baik hati

    - Rajin

    -Bekerjasama

    2.4 Membaca dan memahami maklumat yang tersurat dan tersirat daripada pelbagai bahan untuk memberi respons dengan betul.

    Langkah 1 (15 minit)

    i. Guru menayangkan slaid powerpoint

    Nota Cadangan Menceriakan

    Perpustakaan Taman Sentosa.

    ii. Guru meminta murid membacakan

    maklumat yang terdapat di dalam nota

    cadangan tersebut dalam dialog

    perbualan 3 orang rakan.

    iii. 3 orang murid bagi setiap kumpulan

    diminta tampil ke hadapan untuk

    membacakan dialog dengan intonasi

    dan sebutan yang betul dengan

    bimbingan guru.

    iv.Guru meminta murid menyatakan apa

    yang mereka fahami tentang isi dialog

    yang baru mereka bacakan.

    ABM:

    i. Laptop

    ii. Pembesar suara

    iii. LCD Projektor

    iv.Slaid Powerpoint 2

    Nilai:

    - Berani mencuba

    - Berdisiplin

    -Bekerjasama

    1.6 Berbicara untuk

    menyampaikan maklumat tentang

    sesuatu perkara daripada

    pelbagai sumber dengan tepat

    secara bertatasusila.

    Langkah 2 (20 minit)

    i. Guru menayangkan slaid powerpoint

    tentang keperluan sesebuah

    perpustakaan.

    ii. Guru dan murid bersoal jawab

    ABM:

    i. Laptop

    ii. Pembesar suara

    iii. LCD Projektor

  • tentang slaid yang dipaparkan.

    iii. Murid membicarakan tentang

    sumbangan yang boleh diberikan untuk

    menceriakan perpustakaan.

    iv.Murid juga menyatakan aktiviti yang

    boleh dilakukan untuk menceriakan dan

    mencantikkan perpustakaan.

    iv.Slaid Powerpoint 3

    Nilai:

    - Bekerjasama

    - Berani mencuba

    2.4 Membaca dan memahami

    maklumat yang tersurat dan

    tersirat daripada pelbagai bahan

    untuk memberi respon yang betul.

    Langkah 3 (15 minit)

    i. Guru mengedarkan lembaran kerja.

    ii.Murid membaca maklumat dan

    menyatakan alatan yang digunakan

    untuk aktiviti keceriaan perpustakaan

    dengan tepat dan jelas.

    iii.Guru membimbing murid

    melengkapkan dialog yang terdapat

    dalam lembaran kerja dgn betul dan

    tulisan yang kemas.

    ABM:

    - Lembaran kerja

    Nilai:

    - Bekerjasama - Tekun

    Penutup (5 minit)

    i. Guru menyemak hasil kerja murid.

    ii. Guru menayangkan gambar-gambar perpustakaan yang unik dari seluruh dunia. iii.Guru membuat rumusan berkaitan pelajaran hari ini dan murid diminta

    menceritakan secara ringkas tentang

    aktiviti menceriakan perpustakaan.

    ABM:

    i. Laptop

    ii. Pembesar suara

    iii. LCD Projektor

    iv.Slaid Powerpoint 4

    Nilai:

    - Bertanggungjawab - Pengetahuan baru - Bekerjasama

    Tugasan : Kerja rumah

    Pengayaan : Cari makna perkataan

    Pemulihan : Tuliskan nama benda

    Aktiviti Susulan (jika Ada) : -

    Integrasi Inovasi yang diterapkan : -

  • LEMBARAN KERJA

    NAMA :_________________________________ TARIKH:___________________

  • PENGAYAAN

    NAMA :_________________________________ TARIKH:___________________

    semangat

    perabot

    bahagian

    ceria

    kerjasama

    penduduk

    sumbangan

    mohon

  • PEMULIHAN

    NAMA :_________________________________ TARIKH:___________________

    Tuliskan nama benda

    di bawah ini.