3
Hasil Kajian Risiko Kecairan Bab ini membincangkan dan menghuraikan tentang hasil dapatan yang telah diperolehi untuk kajian ini. Kajian ini bertujuan bagi mendapatkan maklumat tentang pengurusan risiko kecairan bagi Bank CIMB Berhad dan Public Bank Berhad. Laporan Tahunan Bank dan Penyata Kewangan Bank bagi tahun 2013 telah dianalisis untuk mendapatkan maklumat-maklumat yang berkaitaan dengan kajian ini. Secara amnya, bab ini akan menjawab dan menerangkan soalan kajian yang telah ditetapkan. 4.1 Definisi Risiko Kecairan Menurut CIMB Bank Berhad, risiko kecairan ditakrifkan sebagai risiko semasa atau risiko akan datang terhadap pendapatan, pemegang saham dana atau reputasi bank yang timbul daripada ketidakupayaan bank untuk memenuhi keperluan pembiayaan atau peraturan kewajipan dan boleh menjejaskan operasi hariannya serta mengakibatkan kerugian yang tidak boleh diterima. Public Bank Berhad juga menyatakan bahawa risiko kecairan adalah keadaan di mana bank tidak dapat mengekalkan aset mudah tunai yang mencukupi untuk memenuhi komitmen kewangannya dan kewajipan apabila tiba masanya atau mendapatkan keperluan pendanaan pada kos yang berlebihan. Secara ringkasnya, risiko kecairan ditakrifkan sebagai ketidakbolehupayaan aset bank ditukarkan asetnya semula kepada wang tunai pada masa tertentu atau dalam keadaan yang terdesak serta keadaan ini akan menyebabkan kerugian jika tidak dikawal.

Risiko Kecairan

  • Upload
    meera

  • View
    97

  • Download
    1

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Definisi & Objektif

Citation preview

Hasil Kajian Risiko KecairanBab ini membincangkan dan menghuraikan tentang hasil dapatan yang telah diperolehi untuk kajian ini. Kajian ini bertujuan bagi mendapatkan maklumat tentang pengurusan risiko kecairan bagi Bank CIMB Berhad dan Public Bank Berhad. Laporan Tahunan Bank dan Penyata Kewangan Bank bagi tahun 2013 telah dianalisis untuk mendapatkan maklumat-maklumat yang berkaitaan dengan kajian ini. Secara amnya, bab ini akan menjawab dan menerangkan soalan kajian yang telah ditetapkan.4.1 Definisi Risiko KecairanMenurut CIMB Bank Berhad, risiko kecairan ditakrifkan sebagai risiko semasa atau risiko akan datang terhadap pendapatan, pemegang saham dana atau reputasi bank yang timbul daripada ketidakupayaan bank untuk memenuhi keperluan pembiayaan atau peraturan kewajipan dan boleh menjejaskan operasi hariannya serta mengakibatkan kerugian yang tidak boleh diterima. Public Bank Berhad juga menyatakan bahawa risiko kecairan adalah keadaan di mana bank tidak dapat mengekalkan aset mudah tunai yang mencukupi untuk memenuhi komitmen kewangannya dan kewajipan apabila tiba masanya atau mendapatkan keperluan pendanaan pada kos yang berlebihan. Secara ringkasnya, risiko kecairan ditakrifkan sebagai ketidakbolehupayaan aset bank ditukarkan asetnya semula kepada wang tunai pada masa tertentu atau dalam keadaan yang terdesak serta keadaan ini akan menyebabkan kerugian jika tidak dikawal.

4.2 Objektif Pengurusan Risiko Kecairan Menurut pandangan CIMB Bank Berhad, pengurusan risiko kecairan disediakan untuk mengekalkan kualiti pemantauan dan penyeliaan portfolio aset mudah tunai dan sumber pembiayaannya dalam keadaan pernigaan normal mahupun dalam keadaan tertekan. Menurut Public Bank Berhad pula, menyatakan pengurusan dana dilaksanakan untuk penyelenggaraan portfolio aset mudah tunai bagi melindungi apa-apa gangguan yang tidak dijangka terhadap aliran tunai serta mengisi semula dana apabila ianya matang atau dipinjam oleh pelanggan. Secara keseluruhan, kedua-dua bank menyatakan objektif utama pengurusan risiko kecairan sesuatu bank adalah untuk memastikan bank dapat memenuhi obligasi tunai dengan tepat masanya dan pada kos yang efektif.

4.3 Struktur Organisasi Pengurusan RisikoDalam kedua-dua CIMB Bank Berhad dan Public Bank Berhad beberapa jawatankuasa yang dipertanggungjawabkan untuk mengurus risiko dalam bidang tertentu. Terdapat Jawatankuasa Pengurusan Kumpulan Aset Liabiliti (ALCO) dalam kedua-dua bank yang dipertanggungjawabkan untuk mengawasi risiko kecairan. Mengikut struktur pengurusan risiko, maklumat atau data yang dikumpulkan oleh ALCO akan diserahkan kepada satu Jawatankuasa Pengurusan Risiko Kumpulan Bank (GALCO). Seterusnya, jawatankuasa tersebut akan melaporkan terus kepada Lembaga Pengarah dan Pengurusan. CIMB Bank Berhad dan Public Bank Berhad menyerahkan tanggungjawab mengurus dan mengawal risiko mudah tunai bagi setiap entiti kepada Jawatankuasa Pengurusan Aset & Liabiliti (ALCO). ALCO memainkan peranan sebagai pemantau utama profil kecairan bank yang bekerja rapat dengan Jawatankuasa Perbendaharaan dan Pelaburan dalam pengawasannya kepada keadaan pasaran. ALCO juga dipertanggungjawabkan untuk mengumpul data-data mengenai kecairan bank dan melaporkannya kepada ALCO Kumpulan (GALCO) iaitu Jawatankuasa Pengurusan Aset & Liabiliti Kumpulan. GALCO akan bermesyuarat sekurang-kurangnya sebulan sekali untuk membincangkan profil risiko mudah tunai dan pembiayaan kumpulannya. Ringkasnya, struktur organisasi bagi kedua-dua CIMB Bank Berhad dan Public Bank Berhad adalah hampir sama dan dicorakkan bagi mengawasi dan memantau pelaksanaan strategi dan operasi perniagaan. Dengan struktur ini, bank dapat mengenalpasti punca kewujudan risiko secara mudah dan dapat memperbaiki pengawasan terhadapnya.