Upload
gptd-unisel
View
35
Download
2
Embed Size (px)
DESCRIPTION
Salam Perantauan. Kami dari GPTD UNISEL telah melaksanakan misi bakti Turun Ke Desa (TURDA) di negari Sabah pada bulan Disember 2014. Berikut merupakan keluaran khas RIMA bagi edisi TURDA.*
Citation preview
1
KE ARAH MENJANA INSAN ADABI
DIS 2014
2
Disember 2014 MENJEJAK,MENELADANI,MEMIMPIN
RISALAH MADANI
Penasihat
En.Izwan Suhadak Bin Ishak
Editor Nur Balqis Hannah Bt Mohd Jamil
Kolumnis Edisi Disember
Anis Nur Syuhada Bt Safuan
Eka Sri Wahyu Bt Iman
Muhammad Fakhrul Amiruddin B. Hamdan
Ummahatul Hamimah Bt. Yatim
Diterbitkan Oleh :
GRUP PENGKAJI TAMADUN
DUNIA (GPTD) UNISEL
TEL : 013-3917122
FB : Gptd Unisel
E-mel : [email protected]
3
Assalamualaikum ...
Pada edisi kali ini, Risalah Madani dengan berbesar hatinya telah mengeluarkan isu
khas sempena Misi Turun ke Desa (TURDA) 2.0 Isu kali ini lebih mengfokuskan
tentang tujuan para aktivis untuk menjalankan misi khidmat pendidikan dan kajian
sosio-budaya.
Seramai 18 orang relawan telah bersedia untuk memberikan khidmat sepenuh tenaga dan bakti dalam menjalani
misi TURDA yang akan berlangsung selama 15 hari ini ( 17-31/12/14). Penurut perancangan daripada pengarah
program, saudari Ummahatul Hamimah, program pada kali ini akan dijalankan di Ranau, Sabah dan bertempat di
tiga buah kampung ;- Kampung Sumbilingon, Kampung Tanid dan Kampung Malinsau Darat.
Syukur ke hadrat Ilahi, kerana saya juga turut diberi ruang dan peluang untuk mengikuti Misi TURDA 2.0 pada kali
ini. Antara program yang akan kami para relawan akan jalankan , adalah termasuk Kem Kecermelangan kepada
anak-anak kampung, Kem gaya hidup sihat, kelas fardhu ain dan juga sesi pembelajaran santai bersama masyara-
kat kampung disana.
Semoga permusafiran para relawan TURDA kali ini dapat memberi 1001 makna dalam diri setiap yang mengikuti
program ini dan mendapat manfaat yang maksima dalam setiap aktiviti yang akan dijalankan di sana. Semoga para
relawan juga dapat memperbetulkan niat untuk mencari kebaikan semata-mata kerana Allah, kerana hidup di dunia
ini juga ibarat musafir yang bermula dengan "tiada" dan akan kembali menuju kepada "tiada".
Sesuai dengan ayat Allah dalam Surah Al Mulk (67: 15) bermaksud: Dialah yang memjadikan bumi untuk kamu yang
mudah dijelajahi, maka jelajahilah di segala penjurunya dan makanlah sebahagian daripada rezekiNya. Dan hanya
kepadaNyalah kamu (kembali setelah) dibangkitkan.
Disember 2014 Tutur Editor!
Salam Misi TURDA,
-Editor Risalah Madani -
MISI TURDA 2.0!
4
Disember 2014 MENJEJAK,MENELADANI,MEMIMPIN
Gejala bejat dalam masyarakat yang kian terserlah di hadapan kita seharusnya di tangani dengan segera.
Sesungguhnya inilah cabaran masa kini, dekat yang meminta kita menelusuri kehidupan masyarakat dengan lebih
teliti sekaligus memberi penyelesaian praktikel terhadap permasalahan yang dihadapi oleh masyarakat.
Pelajar adalah hati nurani dan jiwa masyarakat. Kita adalah pencetus dan pencorak perubahan dalam
masyarakat. Program sosial mestilah merangkumi seluruh aspek kehidupan masyarakat kerana ia merupakan
nadi dan degupan yang bakal tercerna. Dimensi sosial gerakan pelajar menuntut pengelibatan dan penyertaan
secara serius dalam kerja sosial. Kerja sosial bukan kerja part time, malahan ia adalah kerja on call yang
memerlukan persediaan awal serta sentiasa bersedia untuk tidak bersedia berkhidmat pada bila-bila masa dan
berbakti dengan penuh ketekunan.
Tema kerja sosial gerakan pelajar mestilah berorientasikan gerak kerja (action-oriented), dan bukan
dengan memperbanyakkan kajian ilmiah yang terlalu bersifat akedemik dan terlalu statitiskal sehinggakan
masyarakat sendiri tidak mengerti apa yang dimaksudkan. Penderitaan masyarakat mestilah diatasi dengan
pembelaan amali serta program alternatif yang bersifat operatif dan tidak terlalu menggunakan lisan. Proses
melahirkan insan yang sedar dan mempunyai nilai-nilai keinsanan yang tinggi adalah berteraskan kepada sistem
pendidikan yang dilaluinya. KBSR dan KBSM adalah pencetus kepada lahirnya generasi yang baru serta komited
dan bertanggungjawab.
Gerakan pelajar harus sensetif dengan keadaan di sekelilingnya. Mereka seharusnya berperanan
menjadikan institusi pendidikan seperti sekolah, maktab, dan universiti sebagai medan bagi melahirkan generasi
yang dikehendaki. Segala ilmu yang diterima di dalam bilik kuliah seharusnya diterjemah dalam konteks
kehidupan masyarakat bagi mengelakkan kecanggungan apabila berada dalam komuniti yang sebenar.
Iltizam serta yakin bahawa islam akan kembali menguasai dunia. Rentetan peristiwa yang berlaku dengan
kejatuhan ideologi Komunis-Russia dan kejelikan umat terhadap tamadun barat-Amerika melambangkan bahawa
islam akan kembali menguasai dunia. Rantau Alam Melayu adalah rantau yang menjadi idaman pelbagai
kelompok musuh ketika ini. Zionis Yahudi dan Kristian Nasara mengembeling tenaga demi merosakan
kebangunan Islam yang telah terbina. Inilah cabaran lingkungan yang terpaksa kita hadapi.
Sesungguhnya jangkauan gerakan pelajar mestilah lebih lebar dan luas. Gerakan pelajar hanya akan
mampu bertahan di pangkalan kemelut cabaran umat dengan memiliki pengikut yang setia, petugas yang
amanah, pendakwah yang berkualiti dan pemimpin yang berwibawa.
GERAKAN PELAJAR DALAM
PEMBANGUNAN MASYARAKAT PENULIS: MUHAMMAD FAKHRUL AMIRUDDIN BIN HAMDAN
Presiden Grup Pengkaji Tamadun Dunia UNISEL
-Timbalan Pengarah TURDA 2014-
Penulis merupakan Aktivis GPTD dalam
Jurusan ISM Sains Industri tahun Pertama
5
Disember 2014 FOKUS- TEMA BULAN INI
TURUN KE DESA (TURDA) Penulis: Ummahatul Hamimah Bt Yatim
Pengarah TURDA 2014
Pendidikan merupakan antara aspek yang terpenting
bagi memajukan dan merubah
sesebuah masyarakat ke arah lebih baik.
Pendidikan yang dimiliki sesebuah kelompok masyarakat
akan menentukan posisi mereka dalam negara. Dalam
usaha untuk mengorak langkah seiringan dengan mem-
bangunnya negara maka pendidikan masyarakat harus
ditingkatkan tidak terkecuali bagi masyarakat di kawa-
san pedalaman. Di atas kesedaran terhadap perkara
inilah, Grup Pengkaji Tamadun Dunia (GPTD), terasa ter-
panggil untuk mengadakan projek TURDA dalam erti
kata untuk memberikan khidmat pendidikan dan juga
melaksanakan kajian sosio budaya.
Oleh itu, dengan program ini juga secara tidak langsung
akan mengeratkan lagi jalinan kerjasama serantau, dalam
misi kita untuk menjadi sebuah negara yang maju, selain
dapat menabur bakti pada masyarakat di sana. Dalam
erti kata yang lain, kunjungan ke Sabah ini juga akan
dapat membentuk dan membina seorang mahasiswa
Unisel yang mempunyai spiritualisme, intelektualisme dan
aktivisme yang tinggi sekaligus melahirkan mahasiswa
yang seimbang dari sudut fizikal, mental dan spiritual
serta mampu untuk menjadi modal insan yang berkualiti.
Di dalam melaksanakan program ini, kami telah mengfo-
kuskan kepada empat buah objektif yang ingin dicapai
diakhir program inai. Antaranya adalah :-
1. Membina jalinan antara mahasiswa Unisel dan penduduk di Sabah.
2. Memberi khidmat pendidikan kepada masyarakat di Ranau Sabah.
3. Melatih mahasiswa yang terlibat untuk menjadi maha-siswa yang mandiri serta mampu berperanan dengan baik dalam masyarakat.
4. Membina jaringan antara mahasiswa Unisel dengan mahasiswa Universiti Malaysia Sabah (UMS). Program ini juga ingin dilaksanakan mengikut beberapa buah justifikasi yang menjadi penanda aras bagi setiap relawan yang turut serta dalam program kali ini. Anta-ranya ialah :- 1. Membina mahasiswa yang berfikiran kreatif dan ino-vatif.
2. Menjalin kerjasama sosial diantara mahasiswa Unisel dan masyarakat di Sabah.
3. Membentuk modal insan yang berkualiti di dalam diri mahasiswa .
4. Melahirkan mahasiswa yang seimbang fizikal, mental dan spiritual.
6
Disember 2014 MENJEJAK,MENELADANI,MEMIMPIN
Dakwah adalah usaha membawa manusia kepada agama Allah. Ia meliputi proses menyampai, men-
gajak atau menyeru manusia mengenali, menerima dan menghayati Islam yang dilaksanakan melalui
kaedah, teknik dan pendekatan tertentu. Nabi Muhammad SAW bersabda :
Sampaikanlah daripadaku walaupun satu ayat dan ceritakanlah riwayat daripada Bani Israel dan se-
siapa mendustai aku dengan sengaja, disediakan tempat baginya daripada api neraka. (Riwayat al-
Bukhari)
Dalam konteks menyampai, mengajak dan menyeru bukanlah satu proses ringkas dalam kondisi yang
nyaman dengan kemudahan pendingin hawa dan fasilitator yang lengkap. Tambahan pula, Sabah me-
rupakan antara negeri di Malaysia yang masih memerlukan perhatian serius untuk dibangun dan di-
majukan. Kedudukan kampung yang sebahagian besarnya masih tidak dapat dikesan satelit peta
membuktikan betapa besarnya ranjau yang bakal dan akan dilalui dengan merentas pendalaman dan
menelusuri sungai.
Justeru itu, kekuatan fizikal dan mental amat diperlukan bagi merealisasikan tujuan utama dalam
usaha menjadikan misi Rahmatallilaalamin. Kekuatan fizikal yang dapat disimpulkan dengan kecer-
dasan tubuh badan dan kecerdasan minda sangatlah penting sebagai keperluan utama yang perlu
diambil perhatian oleh para pendakwah. Kekuatan mental dan rohani adalah tunjang bagi segala ke-
kuatan yang dizahirkan. Analogi mengecas bateri di waktu malam sebagai keperluan untuk keesokan
harinya mempunyai perkaitan yang sangat rapat dengan konsep Qiammulail. Pelaksanakan solat su-
naat tahajud yang telah diamalkan sejak sekian lama dahulu oleh salafussoleh perlulah dipraktikkan,
kerana kekuatan yang hadir kerana ketaqwaan lebih diperlukan untuk membina kesihatan lahiriah.
Kekuatan rohani yang dapat dilahirkan melalui qiam ini mampu membina syarat yang diperlukan oleh
seorang dai'. Konsep 4S iaitu senyum, syukur, sabar, sayang yang telah ditonjolkan oleh junjungan be-
sar Rasulallah SAW adalah yang terbaik, buktinya kita sendiri merasai nikmat Islam dan Iman itu
sendiri. Keperibadian beliau sebagai utusan Allah itu telah mengambarkan betapa indanya agama is-
lam itu sendiri. Dengan kekuatan nikmat iman dan islam inilah yang telah memberi kekuatan kepada
para daie untuk menyebarkan dakwahnya dikawasan pendalaman.
Membawa Misi Rahmatanlilalamin di Negeri di
Bawah Bayu.
7
Disember 2014 MENJEJAK,MENELADANI,MEMIMPIN
Konsep dakwah yang membawa pendekatan menyeru, menyampai dan mengajak adalah le-
bih berkualiti jika konsep itu sendiri dihadam oleh para daie.
Memulakan konsep dakwah kepada diri sendiri amatlah diperlukan kerana secara amnya,
ubah dunia dalaman, anda akan mengubah dunia. Dr. Muhaya Haji Mohamad seorang pakar
transformasi diri seringkali menegaskan "kita tidak boleh ubah orang, yang kita boleh ubah
adalah diri kita". Justeru itu, konsep dakwah itu adalah menjadi lebih mudah sekiranya kita
mempraktikkan sendiri dalam diri kita.
Bilangan gereja yang terlalu banyak di Sabah yang dinisbahkan setiap dua rumah orang kam-
pung satu geraja,dan bilangan masjid yang juga boleh dikatakan setiap 20km baru menjum-
pai masjid. Bagi kita sendiri yang setiap hari didedahkan oleh pendedahan agama dari setiap
sudut bermula dengan mata pena sehinggalah ke media elektronik, mengalami graf iman
yang turun naik, apatahlagi mereka yang secara jelasnya daif dari segala sudut bermula dari
pembangunan lahiriah dan batin.
Tetapi yakinlah kita bahawa Allah berfirman, Aku tidak membebani kamu dengan sesuatu
yang diluar kemampuan kamu, dan ingatlah pertolongan Allah itu sangatlah hampir". Jelas
disini tiada permasalahan yang tiada penawarnya kecuali mati. Oleh yang demikian menjadi-
kan Rasullah sebagai pencetus semangat modul dakwah adalah jalan terbaik bagi permasala-
han ini. Megajar mereka mengenal Allah dan Rasulnya dengan menerapakan sunah-sunnah
yang boleh diamalkan dalam kehidupan seharian. Bermula dari bangun tidur sehinggalah
tidur kembali, pengajaran yang telah dididik oleh Rasullulah itu sangat indah, jelas sekali ke-
praktisan yang berkesan boleh diterima dengan mudah oleh mereka.
Secara jelasnya, perjuangan ini menjadi lebih mudah apabila kita mengantungkan sepenuh
rasa tawakal kita yang tidak berbelah bagi kepada Allah bahawa kunci utama segala perma-
salahan adalah peluang utuk kita mencapai Radiah dan Mardiah iaitu aku reda kepada Allah,
dan Allah reda keatas kamu. Menjadikan doa dan tidak berputus asa sebagai senjata utama
adalah antara ciri-ciri yang diperlukan oleh seorang daie supaya misi Rahmatilalamin dapat
dicapai, In shaa Allah.
Penulis merupakan Aktivis GPTD dalam Jurusan ISM Psikologi
Industri Tahun kedua
8
Disember 2014 FOKUS ! - ANTARABANGSA
Tips Bermusafir dalam Kumpulan PENULIS: Nur Balqis Hannah Bt Mohd Jamil
-Relawan turda 2014-
Mengembara didalam kumpulan- kawan-kawan,
rakan sekerja, atau bersama ahli keluarga meru-
pakan sebuah aktiviti yang sangat dinantikan bagi
setiap invindu. Selalunya aktiviti sebegini dapat
mengikatkan tali-tali persaudaraan antara kita dan
orang yang kita pergi bermusafir bersama. Sebelum
memulakan sesebuah pengembaraan bersama
kumpulan tidak kira di dalam kumpulan yang besar
atau kecil seharusnya terdapat beberapa perkara
yang boleh diambil bagi memudakahkan perjalanan
pengembaraan kita nanti.
1.Berbincang Perkasa asas yang harus dilaksanakan sebelum
memulakan sesebuah pengembaraan. Cuba
mengumpulkan sebanyak mungkin ahli kum
pulan kita untuk berbincang tentang perjalanan
yang bakal dihadapi. Dari situ kita boleh menen
tukan seorang ketua untuk mengetuai perjalan
an dan mengambil kira pandangan dan idea dari
setiap ahli kumpulan. Tambahan juga beberapa
cadangan aktiviti boleh di susun secara kasar
bagi memberikan input yang menarik dalam
pengembaraan itu nanti
2. Berkongsi pengetahuan anda Digalakkan untuk setiap ahli kumpulan untuk
melakukan kajian sedikit tentang tentang tem
pat yang bakal dikunjungi nanti.Sangat penting
dalam sesebuah pengembaraan kumpulanuntuk
berkongsi maklumat dan informasi agar setiap
ahli mendapat gambaran kasar tentang keadaan
kawasan yang bakal dilawati nanti dan apa yang
perlu dilakukan dan tidak perlu dilakukan seti
banya di kawasan itu nanti
3. Bersuara, tetapi menjadi pendengar yang baik
Seringkali di dalam pengembaraan berkum
pulan, akan berlakunya salah faham dan
ketidak puasan hati.
Oleh itu, kita sebenarnya di galakkan untuk
melontarkan idea dan cadangan
jika kita ingin memberi penambah baikan dalam
pengembaraan . Selain itu kita haruslah
juga menjadi pendengar yang baik untuk
memastikan setiap ahli kumpulan kita merasa
dirinya dihargai. Contohnya kita harus peka
dengan keadaan ahli kumpulan kita yang lain
seperti mereka ingin berehat sebentar atau
ingin makan. Ia supaya perjalan kita itu
nanti akan menjadi lebih ceria dengan tidak ada
yang bermasam muka. Walaupun keperluan
setiap ahli itu berbeza-beza, namun ia dapat
dilaksanakan jika setiap ahli mempunyai sifat
timbang rasa antara satu sama lain.
4. Mempunyai cadangan tambahan
Sesungguhnya rancangan Allah itu lebih
menarik daripada kehendak manusia itu sendiri.
Oleh itu,jika perjalanan kumpulan kita tidak
dapat di laksanakan seperti yang dirancang,
haruslah kita mempunyai pelan cadangan yang
lain bagi mengisi masa sekiranya pelan asal
tidak dapat dilaksanakan. Antaranya merancang
aktiviti, jadual perjalanan dan tempat yang
bakal dikunjungi dengan lebih awal bagi
Penulis merupakan Aktivis GPTD dalam
Jurusan ISM TESL dalam tahun kedua
9
Disember 2014 GPTD SANA SINI
Berbicara soal dakwah, sudah pasti banyak cabaran
yang perlu ditempuhi. Berdakwah ini bukanlah
suatu perkara yang mudah tetapi bukan juga se-
suatu yang sukar untuk dilaksanakan. Yang paling
penting apabila seseorang
memilih jalan ini, jangan
mengimpikan untuk sen-
tiasa disanjung atau dipuji.
Antara halangan
buat pendakwah adalah
permasalahan jiwa. Seseo-
rang pendakwah perlulah pandai mengawal emosi,
jangan sesekali mencampur adukkan masalah peri-
badi dalam menguruskan kerja-kerja dakwah. Seba-
gai contoh, seorang pendakwah ini sangat gelisah
dengan masalah yang berlaku di rumahnya dan dia
menzahirkan keresahan itu kepada masyarakat
tetapi ini semua harus diketepikan buat sementara
waktu kerana masyarakat dahagakan bimbingan
dan ilmu.
Pendakwah juga adalah manusia biasa yang tidak
akan lari dari merasakan kejenuhan atau letih.
Antara sebab mereka menjadi letih adalah mereka
kerja secara infiradiyah (single fighter) atau pemba-
hagian bidang kepakaran yang bukan dalam kon-
teks bidangnya. Tetapi, seseorang pendakwah bo-
leh melaksanakan dakwahnya jika dia melakukan
pembacaan dalam bidang tersebut, memahami,
dan memastikan sumber-sumber ilmu tersebut dari
sumber yang sahih seperti Al-Quran dan Hadis.
Sejarah masa lalu juga
akan menjadi suatu
penghalang kepada seo-
rang pendakwah anta-
ranya ialah latar belakang
agama keluarga atau peri-
laku jahiliah masa lalu. Tidak semua pendakwah itu
dilahirkan dalam keluarga yang mengamalkan se-
penuhnya ajaran Islam atau lemah dalam ilmu pen-
getahuan Islam atau mungkin dia pernah melaku-
kan perkara bersifat jahiliah ini semua menjadi ha-
langan buat pendakwah. Oleh itu, seorang pendak-
wah itu haruslah menutup segala kekurangan
tersebut supaya masyarakat dapat meningkatkan
keyakinan mereka terhadap dakwah yang disam-
paikan.
HALANGAN BUAT PENDAKWAH Penulis : Anis Nur Syuhada bt Safuan
-Relawan TURDa 2014-
10
Disember 2014 MENJEJAK,MENELADANI,MEMIMPIN
Penulis merupakan Aktivis GPTD dalam Jurusan ISM Psikologi
tahun dua di UNISEL
Halangan seorang pendakwah di tempat baru pula adalah masalah bahasa. Setiap negeri
mempunyai dialek bahasa yang berbeza bahkan dalam suatu negeri juga mempunyai gaya ba-
hasa yang berbeza. Oleh itu, sebaiknya pendakwah perlu mempelajari atau mengetahui gaya
bahasa yang digunakan di tempat tersebut agar mesej yang ingin disampaikan berkesan.
Akhir sekali,halangan kepada pendakwah di tempat baru adalah budaya masyarakat.
Setiap lapisan masyarakat mempunyai budaya yang berbeza, mungkin daripada asal kawasan
tersebut mahupun daripada nenek moyang mereka. Pendakwah perlu memahami budaya atau
adat masyarakat setempat supaya dapat diselaraskan dengan pengisian dakwah yang berse-
suaian.
Kesimpulannya, senjata paling ampuh untuk memiliki daya tahan dalam dakwah adalah
kesabaran. Kesabaran merupakan kunci utama bagi seorang pendakwah iaitu sabar dalam
menghadapi masalah jiwa (emosi), permasalahan merasa letih, masalah bahasa dan kejutan
budaya. Semua ini harus dihadapi dengan penuh kesabaran kerana Allah menyebut di dalam
kalamNya: Wahai orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran
dalam mengerjakan perkara kebaikan), dan kuatkan kesabaranmu dan bersedialah serta ber-
takwalahkamu kepada Allah supaya kamu berjaya. (Surah Ali Imran:200).
11
Disember 2014 MENJEJAK,MENELADANI,MEMIMPIN
Dewasa ini, kerja-kerja sukarela sudah tidak asing lagi dalam kelompok masyarakat khususnya di negara kita. Kita dapat melihat perkembangan yang sihat
serta kesedaran yang semakin meluas dalam kalangan masyarakat. Namun begitu, ada sestengah individu mahupun kelompok yang masih gagal memaknai erti sebenar kerja sukarelawan. Ada
kalanya kerja sukarela hanya dijadikan sebagai aktiviti pengisi masa lapang bagi sesetengah individu. Seharusnya individu yang terlibat memaknai erti
sebenar kerja sukarela agar kerja-kerja sukarela yang dibuat mampu memberikan impak yang maksima bukan sahaja kepada masyarakat tetapi kepada diri
individu itu sendiri.
Kerja sukarela (voluntary work) atau khidmat sukarela (voluntary service) ialah kegiatan yang
dilakukan secara sukarela, ikhlas tanpa
mengharapkan sebarang pulangan mahupun balasan serta haruslah mampu memberikan manfaat kepada golongan sasaran. Kerja sukarela terdiri daripada pelbagai bidang merangkumi pendidikan, penyelidikan, kesihatan, pengupayaan komuniti, hak-hak asasi, ketatanegaraan, keagamaan, pemulihan, sukan dan rekreasi, pembangunan, pendidikan dan sebagainya.
Bidang yang luas ini membuka peluang yang besar kepada masyarakat untuk terlibat dengan kerja
sukarela berdasarkan bidang serta kepakaran mereka. Jadi sudah tidak releven seseorang menjadikan alasan idak terlibat dengan kerja sukarela kerana tidak mempunyai kepakaran dalam satu-satu bidang kerana mereka boleh menyumbang dalam
bidang mereka sendiri.
Bidang ataupun jenis kerja sukarela ini telah dikategorikan kepada empat bahagian utama iaitu bantuan kendiri (self help), kedermawan (philantrophy) atau perkhidmatan, penyertaan (orang
ramai/masyarakat/ awam), dan pembelaan atau
kempen (advocacy or campaigning). Pelaksanaan kerja-kerja sukarela ini boleh dibuat melalui pelbagai cara seperti melalui perkongsian ataupun
menyumbang daripada segi masa, idea, material, tenaga fizikal, kemahiran, pengalaman, ilmu
pengetahuan dan banyak lagi.
Dari segi sasaran kepada kerja sukarela mensasarkan kepada individu mahupun masyarakat yang memerlukan seperti mangsa-mangsa bencana, orang kelainan upaya, pelarian, mangsa peperangan,
mangsa penindasan serta mana-mana golongan yang memerlukan bantuan. Sasaran ini biasanya ditentukan sendiri oleh pihak ataupun agensi yang mengetuai
satu-satu misi sukarela tersebut.
Kesimpulannya tidak boleh dinafikan lagi kerja sukarela merupakan satu keperluan dalam
masyarakat bukan sahaja dalam Negara tetapi di
seluruh dunia umumnya. Tanpa kesedaran daripada masyarakat kerja sukarela tidak akan dapat dilaksanakan. Masyarakat harus memaknai kerja sukarela serta berpartisipasi dalam dalam pelaksanaannya untuk memastikan kesejahteraan masyarakat sejagat. Kalau bukan kita siapa lagi, dan kalau bukan sekarang bila lagi. Bersama-samalah kita memikul tanggungjawab ini untuk mewujudkan
masyarakat yang lebih sejahtera.
Memaknai Kerja Sukarela Penulis: Ummu Huda
Penulis merupakan Aktivis GPTD dalam Jurusan ISM
Matematik Statistik di tahun Kedua
12
Disember 2014 SEJARAH? OH SEJARAH!
Sejarah Sabah Sumber: blogzzpejuangbangsa.blogspot.com /
ms.wikipedia.org/wiki/Sejarah_Sabah
Sejarah Sabah boleh dijejaki semula pada kira-kira 23
30,000 tahun dahulu dengan terdapatnya bukti penempatan
manusia wujud di negeri ini. Sejarah Sabah juga termasuk
dalam sejarah Brunei dan sejarah Malaysia yang sebelum ini me-
rupakan sebahagian dari Brunei dan kini Malaysia. Sejarah ter-
awal yang direkodkan di Sabah ketika tamadun bermula adalah
pada abad ke-15 ketika eraKesultanan Brunei. Sebelum ini, pen-
duduk awal hidup dalam masyarakat yang berpuak dan puak-
puak ini terus wujud sehingga abad ke-19.Bahagian timur Sabah
telah diserahkan kepada Sultan Sulu oleh Sultan Brunei kerana
membantu menewaskan musuh Brunei, namun banyak sumber
mengatakan ianya tidak pernah diserahkan. Sehingga akhir
abad ke-19, kedua-dua kawasan dimiliki oleh Sultan Brunei dan
Sultan Sulu yang akhirnya diberikan kepada British. Sabah men-
jadi naungan United Kingdom pada 1888, kemudiannya menjadi
tanah jajahan mahkota sehingga tahun 1963, ketika itu ia dike-
nali sebagai Borneo Utara. Pada 16 September 1963, Sabah
bergabung dengan Malaya, Singapura untuk memben-
tuk Persekutuan Malaysia.
Asal-usul nama Sabah dipercayai berasal daripada sejenis tana-
man iaitu pisang yang dikenali sebagai pisang Saba iaitu sejenis
buah pisang yang dipanggil "SABBAH " atau "SAPPAH" oleh
masyarakat Bajau yang sangat popular dibuat pisang goreng.
Pisang ini banyak ditanam di sepanjang pantai barat Sabah
sebagai sumber makanan. 'Pisang saba' juga dikenali sebagai
'jaba' oleh masyarakat Bajau di negeri tersebut. Kini 'pisang
saba' lebih dikenali sebagai pisang menurun.
Nama 'Sabah' pertama kali digunakan pada abad ke-15 oleh
para pedagang yang mengembara di antara Kepulauan Borneo
Utara hingga ke kepulauan Sulu di Selatan Filipina. Kesimpu-
lannya nama 'Sabah' telah pun digunakan sejak sebelum ke-
datangan Syarikat Berpiagam Borneo Utara dan British lagi.
Dalam peta Portugis Melaka 1604, Kota Kinabalu disebut seba-
gai Api-Api.
Setelah negeri Sabah diambil alih oleh Syarikat Berpiagam Bor-
neo Utara, nama 'Sabah' telah ditukar kepada 'Borneo Utara'
secara rasmi pada tahun 1881. Walau bagaimanapun, nama
'Sabah' kembali digunakan pada tahun 1963 ketika pembentu-
kan Malaysia.
Catatan puisi Jawa Nagarakertagama yang dikarang oleh Pra-
pancha pada tahun 1365 menyebut Sabah sebagai 'Seludang'.
Dalam catatan Marco Polo sewaktu beliau singgah di Borneo,
Sabah ketika itu dikenali sebagai "BURNI" yang mungkin meru-
juk kepada Brunei.
13
Disember 2014 MENJEJAK,MENELADANI,MEMIMPIN
Pada waktu sebelum abad ke-6, kawasan yang kini dikenali sebagai Sabah, Brunei dan Sarawak adalah berpusat pada kerajaanBrunei dan kerajaan Brunei juga merupakan pusat perdagangan dengan China. Wilayah ini sebaliknya dipengaruhi oleh dua kuasa besar pada waktu itu, iaitu Srivijaya di Sumatra dan kemudian Majapahit di Jawa.
Bagaimanapun, pada awal abad ke-15, Empayar Melaka di bawah pemerintahan Parameswara telah menyebarkan pengaruhnya dan seterusnya mengambil alih perdagangan Brunei. Perubahan ini menyebabkan agama Islam tersebar di wilayah Brunei oleh pedagangnya pada akhir abad ke-15. Kejatuhan Melaka ke tangan Portugis pada tahun 1511 telah menyebabkan Sultan Brunei mengambil alih kepimpinan Islam dari Melaka. Semasa pemerintahan Sultan Bolkiah, kerajaan Brunei telah memperluaskan pen-garuhnya ke utara sehingga ke Luzon dan Sulu serta di sebelah selatan dan barat Borneo.[4] Kecuali dari Eropah, pendatang asing yang berurusan dengan Sabah (Borneo Utara) tidak meninggalkan sebarang rekod bertulis tentang kegiatan mereka di kawasan ini. Penduduk tempatan juga tidak memiliki sebarang rekod bertulis kecuali sejarah dan tradisi lisan mereka.
Pada 600 tahun masihi, orang-orang Cina telah datang untuk membuat perdagangan dan hubungan diplomatik dengan Borneo
Utara. Rekod Sejarah Brunei (Brunei Annals) telah merakamkan tentang penempatan mereka di kawasan Kinabatangan. Bukti-
bukti Arkeologi iaitu seramik yang ditemui di Borneo Utara menunjukkan bahawa orang-orang Cina ada menjalankan perdagan-
gan secara bertukar barang, antara seramik orang-orang Cina dengan rempah ratus dari penduduk tempatan.
Pada amnya keadaan negeri Borneo Utara adalah aman dan tenang sehingga tahun 1960-an apabila wujudnya kesedaran politik. Keinginan kemerdekaan seperti yang dicapai oleh negara lain telah sampai ke Borneo Utara. Penyebaran semangat ini bermula dengan pengumuman yang dilakukan oleh Perdana Menteri Malaya, Tunku Abdul Rahman pada tahun 1961 berkaitan dengan pembentukan Persekutuan Malaysia yang terdiri daripada Malaya, Borneo Utara, Sarawak, Brunei dan Singapura.[8] Malaysia telah wujud dengan rasminya, tanpa Brunei, pada 16 September 1963 dan nama Borneo Utara telah ditukar kepada Sabah. Terlebih dahulu dari itu, Borneo Utara telah membentuk pentadbiran peralihan sementara bagi bergabung dengan Persekutuan Malaysia. Walaubagaimanapun, ini tidak bermaksud bahawa Sabah telah menjadi se-buah negaramahupun merdeka secara hakiki, berikutan ketiadaan pengiktirafan daripada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Pada tahun 1965, Singapura keluar daripada Persekutuan Malaysia.
Penglibatan negeri Sabah dalam Persekutuan ini banyak membawa perubahan dari aspek pentadbiran, politik, sosial dan seba-
gainya. Sabah terus mengalami pembangunan yang pesat dan seterusnya memasuki era baru yang lagi mencabar sebagai se-
buah negeri dalam Persekutuan Malaysia.
14
Disember 2014 MENJEJAK,MENELADANI,MEMIMPIN
Bahasa Melayu Sabah
Sumber: Wikipedia, ensiklopedia bebas
Bahasa Melayu Sabah ialah Bahasa Melayu yang ditutur oleh masyarakat
umum Sabah. Bahasa Melayu Sabah mempunyai persamaan yang banyak
dengan Bahasa Melayu piawai (Bahasa Melayu baku), namun terdapat
perbezaan dalam perkataan-perkataan tertentu, penggunaan perkataan,
serta cara penyampaian.
Penggunaan Bahasa Melayu Sabah banyak dipengaruh oleh penggunaan Bahasa Melayu Indonesia serta Brunei, Bahasa Kadazandusun, Bahasa Inggeris dan terdapat juga pengaruh Cina Hakka. Beberapa contoh:
* bilang - cakap, berkata - Siapa bilang?
* cincai - tidak teratur
* limpang - baring
* limpas - lepas(masa), atau lintas (seberang)
* lugai-lugai - tak tentu arah
* ndak/inda - tidak
* ping - ais
* sikul - sekolah
* aisboks - peti sejuk
* palui - bodoh
* sot - gila
Penggunaan Kata tambah -bah
Salah satu penggunaan kata yang membezakan Bahasa Melayu Sabah dengan Bahasa Melayu piawai, ialah kata tambah -bah yang sering diguna dalam percakapan. Kata tambah -bah mempunyai fungsi seperti berikut:
Kata penyudah untuk menguatkan ekspresi kata
- Iya bah. - Iya, lah
Penggunaan "anu"
"anu" di dalam Bahasa Melayu piawai, bermaksud panggilan untuk orang ketiga. Biasanya perkataan ini digunakan untuk mengelakkan penggunaan nama sebenar. Contoh penggunaan Dia keluar dengan si"anu" semalam.. Bagaimanapun, per-kataan "anu" dalam Bahasa Melayu Sabah mempunyai penggunaan yang luas.
Selain digunakan untuk merujuk kepada orang ketiga, "anu" juga digunakan untuk merujuk kepada barang. Contoh: "Kau sudah ambil itu anu?". Penggunaan anu biasanya merujuk kepada perkara yang diketahui oleh pembalas.
Pada kebiasaannya perkataan "anu" diguna untuk mengganti perkataan "apa"
dalam Bahasa Melayu piawai.
Cara penyampaian Bahasa Melayu Sabah agak berbeza dengan Bahasa Melayu piawai. Ini dapat diperhati dari segi sebutan bagi huruf vokal(a,e,i,o,u) dalam perkataan Melayu piawai.
Pertukaran 'e' (seperti 'e' dalam "pemuda") kepada se-butan 'i'
* pigi - pergi * sijuk - sejuk * bisuk - besok
Pertukaran 'e' (seperti 'e' dalam "pemuda") kepada se-butan 'a'
* kamarin - kelmarin * paning - pening * bali - beli
Pertukaran 'o' (seperti 'e' dalam "botak") kepada se-butan 'u'
* bula - bola * urang - orang * buduh - bodoh * munyit - monyet
Penggunaan Berbeza
Terdapat juga perkataan Melayu yang jarang digunakan dalam Bahasa Melayu Piawai. Penggunaan perkataan-perkataan ini telah diganti dengan perkataan-perkataan lain.
Contohnya:
* Sia (saya) - Saya
* aku - saya
* kau - awak
* Nda payah - tak perlu
* ta'usah (tak usah) - jangan
* minta puji - berlagak (sombong)
15
LIRIK LAGU TURDA * Mengikut rentak lagu Aku Anak Kampung
MEMANG KEJAYAAN TAK MUDAH DIKECAPI
TIADA KEJAYAAN TANPA USAHA YANG GIGIH
JIKA KAU BERUSAHA, TIDAK PUTUS ASA
KAU PASTI BERJAYA...
AKU ANAK DESA PUNYA CITA HARAPAN 2X
SEDIA UNTUK BELAJAR, TIDAK CARI ALASAN
INGIN CAPAI CITA
BERJASALAH BHA KAU , PADA NUSA BANGSA
TERSENYUM DALAM LANGKAH, KUATKAN TEKAD HATI,
JANGAN PUTUS ASA, HADAPI DENGAN TABAH
MAJULAH KE HADAPAN, CAPAI KEJAYAAN
SAMA KAWAN KAWAN,
KITALAH PERMATA, KITALAH HARAPAN,
MELAKAR KEJAYAAN, MEMBANTU MASYARAKAT,
BUDAYA TERANCANG KITA PERKASAKAN,
TANGGUNGJAWAB KITA~
16
relawan turda 2014
NAMA: MUHAMMAD FAKHRUL AMIRUD-DIN BIN HAMDAN - 21 -UNISEL -ISM Teknologi Industri, -PEN. PENGARAH TURDA
NAMA : NUR BALQIS HANNAH BT MOHD JAMIL - 21 -UNISEL -ISM. BAHASA INGGERIS -relawan turda
NAMA : Umma-hatul Hamimah Binti Yatim - 21 -UNISEL -ISM Matematik dan Statistik -PENGARAH TURDA
NAMA : MUHAM-MAD REDHUAN B. MOHAMMAD DAUD -19 -UNISEL -ISM Matematik dan Statistics -relawan turda
NAMA : SITI KHADI-JAH WONG SOOK LI - 22 -UNISEL -ISM. PEND.AWAL KANAK-KANAK -relawan turda
NAMA : ANIS NUR SYUHADA BINTI SAFUAN -21 -UNISEL -ISM PSIKOLOGI I NDUSTRI -relawan turda
NAMA : Izwan Suhadak Ishak -32 -UNISEL -PENSYARAH FAKULTI SAINS KOMPUTER DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT -PENASIHAT TURDA 2014
17
NAMA : Muhammad Ahnaf Fikri Bin Husin - 20 -UNISEL -ISM SAINS KOMPUTER -relawan turda
NAMA: NORHAFIZAH BT AHMAD - 25 -UKM -Master Peng. Islam Quran &
sunnah
-relawan turda
NAMA : NUR AIN AMIRAH BINTI ANUAR - 21 -UNISEL -Diploma Bahasa Inggeris -relawan turda
NAMA : EKA SRI WA-HYU BINTI HAJI IMAN SYAIFFUDIN - 21 -UNISEL -ISM PsIKOLOGI INDUSTRI -relawan turda
NAMA : NUR ATIKA BINTI SAMSANUR - 20 -UNISEL -ISM PEND. AWAL KANAK-KANAK -relawan turda
NAMA : MUHAMMAD ZULFADZLAN B MOHD FADZIL - 21 -KIPSAS -DiplomaSyariah & Undang-undang
-relawan turda
NAMA : NUR SHAKIYA BINTI USSEN - 20 -UNISEL -ISM. PEND. AWAL KANAK-KANAK -relawan turda
NAMA : JUNAIDAH BTE ISMAIL - 25 -SMK DURIAN TUNG-GAL - PEMBANTU TADBIR -relawan turda
18
NAMA : Muhammad Muadz b. adnan - 26 -warden pusat jagaan kanak-kanak yatim rukaiyah -relawan turda
NAMA : Muhammad najib b. basri - 15 -sek.men. Keb dato abu bakar baginda -relawan turda
19
GPTD UNISEL membuka keahlian kepada mana-mana individu yang berminat menjadi sukarelawan GPTD.
Sesiapa yang berminat boleh emailkan (nama, no matrix, nombor telefon dan email) anda ke
[email protected] ataupun sms
ke nombor:
013-3917122