2
Resepi Ayam Masak Merah Resepi Ayam Masak yang sedap dimakan bersama nasi tomato, Ayam Masak Merah adalah hidangan istimewa di setiap kenduri dan juadah berbuka puasa. Ditulis oleh : Che' Nom Masa: Penyediaan: 15 minit | Memasak: 20 minit | Keseluruhan: 35 minit Jumlah Hidangan : 4 Bahan-Bahan: 1/2 ekor ayam 1 cawan santan (optional) Bahan-Bahan kisar ( kisar halus ): 1 biji bawang besar 3 biji bawang merah 3 ulas bawang putih 1 cm halia 2 cm lengkuas 1 ulas kecil kunyit 1 batang serai hiris nipis 10-12 tangkai cili kering yg direbus dan dibuang biji

Resepi Ayam Masak Merah.docx

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Resepi Ayam Masak Merah.docx

Resepi Ayam Masak Merah

Resepi Ayam Masak yang sedap dimakan bersama nasi tomato, Ayam Masak Merah adalah

hidangan istimewa di setiap kenduri dan juadah berbuka puasa.

Ditulis oleh : Che' Nom

Masa:

Penyediaan: 15 minit | Memasak: 20 minit | Keseluruhan: 35 minit

Jumlah Hidangan : 4

Bahan-Bahan:

1/2 ekor ayam

1 cawan santan (optional)

Bahan-Bahan kisar ( kisar halus ):

1 biji bawang besar

3 biji bawang merah

3 ulas bawang putih

1 cm halia

2 cm lengkuas

1 ulas kecil kunyit

1 batang serai hiris nipis

10-12 tangkai cili kering yg direbus dan dibuang biji

Page 2: Resepi Ayam Masak Merah.docx

Bahan untuk ditumis :

1 biji bawang besar (dihiris nipis)

1 Kulit kayu manis

Satu tangkai daun kari

Cara Penyediaan:

1. Potong ayam kepada beberapa bahagian sederhana besar.

2. Gaulkan dengan garam dan kunyit. Goreng separuh masak.

3. Dalam kuali berasingan, panaskan 1 senduk minyak. Apabila minyak sudah panas,

masukkan bahan tumis.

4. Kemudian masukkan pula bahan kisar halus dan masak hingga pecah minyak.

5. Masukkan ayam, santan (jika anda suka) dan kacau sedikit hingga kuah mendidih

serta menjadi pekat.

6. Akhir sekali perasakan dengan garam dan gula. Sedia untuk dihidang

Tips:

Pastikan sambal dimasak sehingga betul-betul masak dan pecah minyak kerana kuah

sambal yang tidak dimasak sempurna akan kurang sedap rasanya

Sumber: http://iresipi.com/resepi/ayam-masak-merah/show