18
REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN TAHUN 3 SET INDUKSI : Pengajaran dan Pembelajaran hari ini berjalan dengan lancar. Murid dapat menyebut nama pengangkutan yang ditunjukkan. Murid juga dapat menyebut tajuk pengajaran hari ini. Saya sangat gembira LANGKAH 1 : Pada langkah ini murid diberi dialog. Murid membaca dialog secara pasangan. Semua murid dapat baca dialog dengan intonasi, sebutan yang betul. LANGKAH 2 : Dalam langkah ini murid menjawab soalan berdasarkan jadual.100% murid dapat menjawab soalandengan betul. Semua murid melibatkandiri secaraaktif. LANGKAH 3 : 100% Murid dapat menyenaraikan kata seru dengan betul. Murid dapat mengecam kata seru yang terdapat dalam teks. PENILAIAN : 100% murid dapat membuat latihan dengan betul dan bersaing dengan satu sama lain. Ini membuatkan saya berasa sangat gembira. PENUTUP : Murid mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran hari ini dengan baik. Murid dapat menguasai pengunaan kata seru dalam ayat. Murid membaca dialog dengan sebutan, nada dan intonasi yang betul.

Refleksi Pengajaran Dan Pembelajaran Tahun 3

  • Upload
    anbu

  • View
    30

  • Download
    0

Embed Size (px)

DESCRIPTION

REFLEKSI BOLA TAMPAR

Citation preview

REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN TAHUN 3

SET INDUKSI: Pengajaran dan Pembelajaran hari ini berjalan dengan lancar. Murid dapat menyebut nama pengangkutan yang ditunjukkan. Murid juga dapat menyebut tajuk pengajaran hari ini. Saya sangat gembiraLANGKAH 1: Pada langkah ini murid diberi dialog. Murid membaca dialog secara pasangan. Semua murid dapat baca dialog dengan intonasi, sebutan yang betul.LANGKAH 2: Dalam langkah ini murid menjawab soalan berdasarkan jadual. 100% murid dapat menjawab soalan dengan betul. Semua murid melibatkan diri secara aktif.LANGKAH 3: 100% Murid dapat menyenaraikan kata seru dengan betul. Murid dapat mengecam kata seru yang terdapat dalam teks.PENILAIAN: 100% murid dapat membuat latihan dengan betul dan bersaing dengan satu sama lain. Ini membuatkan saya berasa sangat gembira.PENUTUP: Murid mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran hari ini dengan baik. Murid dapat menguasai pengunaan kata seru dalam ayat. Murid membaca dialog dengan sebutan, nada dan intonasi yang betul.

CONTOH AKTIVITI PEMULIHAN Mengajar semula dengan kaedah yang berbeza Memperbetulkan perlakuan yang salah Menggunakan bahan visual Mempermudahkan dan mempelbagaikan latihan Membimbing murid menyusun maklumat dalam bentuk ringkas

CONTOH AKTIVITI PENGAYAAN Memberi latihan yang lebih mencabar Memberi latihan dalam pelbagai bentuk Membuat projek Membuat kajian

DEFINISI PEMULIHAN Menurut Sharifah Alwiah Alsagoff, 1983 : 371 satu tindakan khusus yang diambil untuk mengatasi keperluan pendidikan murid yang mengalami kesusahan dari segi pembelajaran. - Menurut Pringle (1966) pengajaran yang mempunyai pendekatan khas yang diperlukan oleh semua murid yang mundur dalam satu-satu mata pelajaran serta berkemahuan dan berkebolehan belajar,melalui latihan yang sistematik dan dapat memenuhi keperluan-keperluan mereka. - Menurut Kamus Dewan , pulih bermaksud kembali seperti biasa atau sembuh. Pemulihan adalah sesuatu usaha untuk membaiki sesuatu kekurangan atau membetulkan sesuatu yang tidak betul.

PENGAYAAN Satu proses di mana aktiviti-aktiviti tambahan yang mempunyai aras kesukaran yang lebih tinggi daripada aras aktiviti-aktiviti pembelajaran yang dijalankan di dalam bilik darjah KONSEP PENGAYAAN sejenis aktiviti pembelajaran yang menarik dan mencabar memberi peluang kepada pelajar mengembangkan lagi sifat ingin tahu, semangat berdikari, daya cipta serta bakat kepimpinan mereka. selepas mereka telah berjaya menguasai satu atau beberapa kemahiran asas tertentu

OBJEKTIF-OBJEKTIF PENGAYAAN menggunakan kemahiran-kemahiran yang telah dikuasai dalam pelajaran biasa untuk memperluaskan pengalaman dan pengetahuan mereka dalam pelajaran-pelajaran tertentu. menjalani aktiviti-aktiviti pembelajaran yang menarik dan mencabar untuk mempertingkatkan pencapaian mereka. menggunakan masa lapang untuk memperkembangkan minat dan bakat mereka. memupuk tabiat membaca malalui suatu program membaca dalam bentuk pengayaan dengan tujuan memperolehi ilmu pengetahuan. menyemai sifat berdikari dan minat belajar dalam aktiviti pembelajaran dan seterusnya membolehkan merekan terus mencari ilmu pengetahuan sendiri dalam seumur hidup. memperkembangkan bakat-bakat ciptaan serta keupayaan menilai sesuatu hasil kerja mereka melalui aktiviti-aktiviti pengayaan seperti kerja projek, lukisan, ukiran, binaan dan sebagainya. memperkembangkan bakat kepimpinan kepada peringkat yang lebih tinggi melalui cara kumpulan mengikut pelbagai kebolehan.

CONTOH-CONTOH AKTIVITI PENGAYAAN Di dalam konteks KBSR dan KBSM, aktiviti pengayaan biasanya ditumpukan kepada: bacaan (membaca) tulisan (menulis) kiraan (mengira)

AKTIVITI PENGAYAAN BACAAN (MEMBACA) Sumber bahan bacaan terdiri daripada kad-kad bacaan, buku-buku cerita, majalah-majalah berunsur pendidikan. Kad-kad bacaan mengandungi unsur-unsur Sains, Pendidikan Moral, Hal-Ehwal Tempatan, Geografi dan Kesihatan. Bahan bacaan yang sesuai digunakan ialah bentuk penerangan , pantun , teka-teki , dialog , cerita dan berita .

AKTIVITI PENGAYAAN TULISAN (MENULIS) Biasanya disediakan dalam bentuk lembaran kerja. Untuk menarik minat murid-murid mengeja dan menulis perkataan, biasanya disediakan dalam bentuk silang kata atau gambar-gambar yang menarik.

AKTIVITI PENGAYAAN MATEMATIK (MENGIRA) 1 . Permainan - Ular dan tangga, domino, cantuman nombor dengan bilangan benda, aktiviti juaI beli. 2. Teka-teki - Meneka nombor, waktu, operasi. 3. Projek - Melukis corak dan pola berdasarkan bentuk geometri membina objek daripada tiga matra, melukis graf gambar, graf turus dan graf melintang .

PENYEDIAAN BAHAN AKTIVITI PENGAYAAN 1. Isi kandungan hendaklah sesuai dengan kemahiran-kemahiran yang baru dikuasai oleh murid-murid. 2. Peringkat kesukaran hendaklah sesuaikan dengan kebolehan murid-murid, tanpa memerlukan banyak bimbingan daripada guru. 3. Bentuk aktiviti pengayaan haruslah menarik dan mencabar.

STRATEGI PELAKSANAAN AKTIVITI PENGAYAAN Mengikut rancangan KBSR dan KBSM, aktiviti pengayaan boleh dilaksanakan dengan tiga cara: 1. Aktiviti pengayaan untuk semua murid melalui kumpulan mengikut kebolehan . 2. Aktiviti kumpulan menjalankan aktiviti pengayaan dengan kumpulan menjalankan aktiviti pemulihan. 3. Aktiviti pengayaan untuk semua melalui kumpulan pelbagai kebolehan . Kumpulan cerdas Kumpulan sederhana Kumpulan lambat4. Aktiviti pengayaan Aktiviti pemulihan dan Aktiviti pengayaan dilaksanakan serentak dengan aktiviti pemulihan Membina contoh soalan pengujian dan penilaian berdasarkan aras tertentu.soalan bahasa melayu berdasarkan aras Taksonomi bloom.

Peringkat pengetahuan.

1. Apakah nama ibu Negara Malaysia?

A. Kuala LumpurB. JakartaC. MelbourneD. New Delhi

2. Di manakah letaknya Tasik Bera?

A. Negeri KedahB. Negeri PahangC. Negeri SelangorD. Negeri Terengganu

Peringkat kefahaman.

1. Perkataan seerti bagi gigih ialah

A. TegapB. TekunC. TekadD. Tegas

2. Nyatakan kesan akibat merokok.

A. Merosakkan paru-paruB. Kencing manisC. Darah tinggiD. Demam denggi

Peringkat Aplikasi

1. Bagaimanakah pemburu itu selamat daripada dibaham oleh harimau?

A. Pemburu itu baring di atas tanah dan berpura-pura matiB. Pemburu itu menembak dengan pantas harimau tersebutC. Pemburu itu memanjat pokok yang terdapat di situ.

2.Ani dan Ida ialah kawan yang rapat. Mereka saling mengenali antara satu sama lain sejak dibangku sekolah rendah lagi. Setiap hari, mereka akan sentiasa bersama-sama untuk pergi ke kelas atau ke perpustakaan . Mereka juga saling bantu membantu antara satu sama lain terutamanya dalam pelajaran.

Berikan peribahasa yang sesuai dengan situasi dalam petikan di atas.

A. Bagai kacang lupakan kulitB. Seperti si buta mendapat tongkatC. Bagai api dalam sekamD. Seperti aur dengan tebing

Peringkat Analisis

1. Pemuda itu bertungkus lumus ___________air yang memasuki perahunya akibat hujan lebat.

A. MenimbaB. MenuangC. MengepamD. Menyimbah

2.Ketika berjalan ke sekolah untuk menghadiri latihan sukan, aku terjumpa sebuah dompet. Aku membuka dompet itu untuk mengetahui pemilik dompet tersebut . Di dalam dompet tersebut terdapat wang yang banyak dan dokumen yang penting. Aku berfikir sejenak sambil melihat sekeliling sekiranya ada orang yang sedang mencari dompetnya.Tiba tiba rakanku datang dan aku memberitahunya tentang dompet tersebut. Dia menyuruh aku mengambil sahaja dompet itu. Aku tidak berani untuk berbuat demikian. Aku teringat akan pesanan ibu bapaku agar tidak mengambil barang kepunyaan orang lain.Aku membuat keputusan untuk menyerahkan dompet tersebut kepada guru bertugas, iaitu Cikgu Rani. Beliau telah membawa aku berjumpa dengan guru besar. Guru besar memuji tindakan yang telah aku lakukan itu.

Berikan lima nilai yang dapat kamu peroleh daripada petikan di atas______________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

Peringkat sintesis

1. Selepas makan tengah hari, kami sekeluarga duduk di ruang tamu sambil berbua-bual. Tidak lama kemudian, sebuah teksi berhenti di hadapan rumah. Aku menjenguk keluar. Aku melihatMulakan cerita kamu dengan:Aku melihat________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

2. Murid-murid sekolah digalakkan mengikuti kelas tambahan. Nyatakan faedah-faedah mengikuti kelas tambahan. _________________________________________________________________

Peringkat penilaian.

1. Pada pendapat kamu, adakah tinggal di asrama lebih baik daripada tinggal di rumah?Jelaskan.

2. Berbagai faktor yang menyebabkan gejala vandalisme semakin berleluasa dalam kalangan remaja pada masa kini. Bincangkan.

Soalan Latihan bagi Kata Nama Am

Soalan Latihan Pengayaan

Isi tempat kosong dengan kata nama am yang sesuai.bukuanjingbungapadangsungai

1. Suri memetik sekuntum ____________ di halaman rumahnya.2. Mereka bermain bola sepak di ____________________.3. Cikgu Suzi menghadiahi Min Er sebuah __________________.4. Muthu menemui seekor _____________yang cedera di tepi longkang.5. Datuk menjala ikan di ________________yang berhampiran rumahnya.

Soalan Latihan Pemulihan

Suaikan kata nama am dengan gambar yang betul.

1.

2.

3.

4.

sisuguruarTulis suku kata yang sesuai berdasarkan gambar yang diberi.

pa1.

nab2.

ru3.

ke4.

AKTIVITI PEMULIHAN Aktiviti pengajaran dan pembelajaran ditumpukan kepada kelemahan murid. Langkah penyampain hendaklah daripada yang kongkrit kepada abstrak. Menggunakan alat bantu mengajar untuk membantu murid memahami konsep. Simbol atau istilah hendaklah dikaitkan dengan pengalaman murid supaya murid dapat mengenal pasti kesilapan yang dilakukannya. Latihan bertulis harus diadakan selepas sesi pengajaran. Mengadakan penilaian selepas latihan bertulis untuk menentukan sama ada objektif pengajaran pemulihan tercapai atau tidak.

MENGADAKAN PENGAJARAN PEMULIHANProgram pemulihan dijalankan dlaam kelas biasa. Murid-murid lain membuat latihan atau menjalankan aktiviti pengayaan. Masa pengajaran 10-15 minit. Langkah-langkah pengajaran seperti berikut TINDAKAN SUSULANSekiranya murid-murid bermasalah telah berjaya dalam program pemulihan itu, mereka dibolehkan mengikuti pelajaran baru bersama murid-murid yang lain, jika sebaliknya guru menggunakan senarai semak untuk mengkaji punca kegagalan program pemulihan yang dijalankan.PENGELOLAAN PENGAJARAN PEMULIHAN DALAM KELAS BIASA.Pengelolaan pengajaran pemulihan dalam kelas biasa meliputi.Menentukan objektif pengajaranObjektif pengajaran pemulihan haruslah ditentukan. Objektif biasanya berdasarkan kepada punca masalah yang murid hadapi.

Merancang langkah-langkah dan strategiPerancangan langkah-langkah mengajar haruslah berdasarkan kepada objektif pengajaran yang ditentukan. Langkah-langkah disusun daripada yang kiongkrit kepada yang abstrak serta menggunakan pelbagai aktiviti dan alat bantu mengajar yang sesuai.

Melaksanakan aktiviti pengajaran pemulihanPenghajaran hendaklah berdasarkan kepada perancangan yang dibuat. Semasa aktivit pengajaran dijalankan, murid-murid lain akan menjalani aktiviti pengayaan. Kadang-kadang murid yang cerdas dan berkebolehan menolong murid-murid yang bermasalah membuat aktiviti pengukuhan.

Membuat penilaianPenialain boleh dijalankan dengan tiga cara; Pemerhatian semasa aktiviti pembelajaran murid. Soal jawab selepas aktivit pengajaran guru. Pemeriksaan hasil kerja murid.