3
Refleksi Kendiri : Rahel Henry Bakim 921028-13-5924 Pertama sekali, saya berasa sangat bersyukur kepada Tuhan kerana saya bersama ahli kumpulan saya akhirnya dapat menyempurnakan tugasan projek ini iaitu berkaitan dengan pengurusan bilik darjah. Saya akui bahawa tugasan ini memerlukan kerjasama yang kukuh dari sesama ahli kumpulan. Saya, Rahel Henry Bakim, bersama dua orag rakan saya yang setia bersama saya dalam menyelesaikan tugasan ini iaitu Nur Azryn Bt Mohd Dahalan dan Nurdiyanah Bt Jinli. Saya sangat berpuas hati dengan kerjasam mereka berdua. Kami telah bersama untuk bersetuju memfokuskan kajian kes kami kepada kes dimana seorang pelajar yang mengakibatkan gangguan di dalam bilik darjah serta memberikan kesan buruk pada proses pengajaran dan pembelajaran, dan, seorang guru yang baru sahaja mengajar di sekolah tersebut yang berhadapan dengan pelajar yang bermasalah itu. Saya turut akui banyak ilmu telah saya peroleh sepanjang menyiapkan tugasan projek ini lagi-lagi sebagai bakal menjadi guru iaitu pengurus bilik darjah yang baik dan berkesan. Berkat kesungguhan dan dorongan daripada ahli sekumulan serta rakan-rakan, syukur, akhirnya kami berjaya menyiapkan tugasan ini. Tidak lupa juga saya ucapkan penghargaan kepada pensyarah pembimbing,Puan Hariyanti Bt Abdul Hamid yang banyak memberi tunjuk ajar dan kata-kata semangat bagi kami untuk menyiapkan tugasan projek ini. Sebelum melaksanakan tugasan, saya telah membaca secara ringkas terlebih dahulu model-model disiplin yang telah diperkenalkan oleh tokoh-tokoh seperti Skinner dan Asertif Canter. Model Modifikasi tingkah Laku Skinner telah diperkenalkan oleh Burrhus Frederic Skinner (1904-1990) manakala Model Disiplin Asertif Canter pula diperkenalkan oleh Lee dan Marlene Canter pada tahun 1976. Saya turut membaca berkenaan dengan murid dan alam belajar. Semua ini adalah berkaitan dengan pengurusan bilik darjah. Tugasan sebegini sebenarnya memberi banyak kebaikan dalam usaha meningkatkan prestasi dalam profesion perguruan. Dikala proses menyiapkan kerja kursus ini, secara langsung atau tidak langsung telah

REFLEKSI EDU 3104

Embed Size (px)

DESCRIPTION

EDU 3104

Citation preview

Page 1: REFLEKSI EDU 3104

Refleksi Kendiri :

Rahel Henry Bakim

921028-13-5924

Pertama sekali, saya berasa sangat bersyukur kepada Tuhan kerana

saya bersama ahli kumpulan saya akhirnya dapat menyempurnakan tugasan projek

ini iaitu berkaitan dengan pengurusan bilik darjah. Saya akui bahawa tugasan ini

memerlukan kerjasama yang kukuh dari sesama ahli kumpulan. Saya, Rahel Henry

Bakim, bersama dua orag rakan saya yang setia bersama saya dalam

menyelesaikan tugasan ini iaitu Nur Azryn Bt Mohd Dahalan dan Nurdiyanah Bt Jinli.

Saya sangat berpuas hati dengan kerjasam mereka berdua. Kami telah bersama

untuk bersetuju memfokuskan kajian kes kami kepada kes dimana seorang pelajar

yang mengakibatkan gangguan di dalam bilik darjah serta memberikan kesan buruk

pada proses pengajaran dan pembelajaran, dan, seorang guru yang baru sahaja

mengajar di sekolah tersebut yang berhadapan dengan pelajar yang bermasalah itu.

Saya turut akui banyak ilmu telah saya peroleh sepanjang menyiapkan tugasan

projek ini lagi-lagi sebagai bakal menjadi guru iaitu pengurus bilik darjah yang baik

dan berkesan. Berkat kesungguhan dan dorongan daripada ahli sekumulan serta

rakan-rakan, syukur, akhirnya kami berjaya menyiapkan tugasan ini. Tidak lupa juga

saya ucapkan penghargaan kepada pensyarah pembimbing,Puan Hariyanti Bt Abdul

Hamid yang banyak memberi tunjuk ajar dan kata-kata semangat bagi kami untuk

menyiapkan tugasan projek ini.

Sebelum melaksanakan tugasan, saya telah membaca secara ringkas

terlebih dahulu model-model disiplin yang telah diperkenalkan oleh tokoh-tokoh

seperti Skinner dan Asertif Canter. Model Modifikasi tingkah Laku Skinner telah

diperkenalkan oleh Burrhus Frederic Skinner (1904-1990) manakala Model Disiplin

Asertif Canter pula diperkenalkan oleh Lee dan Marlene Canter pada tahun 1976.

Saya turut membaca berkenaan dengan murid dan alam belajar. Semua ini adalah

berkaitan dengan pengurusan bilik darjah.

Tugasan sebegini sebenarnya memberi banyak kebaikan dalam usaha

meningkatkan prestasi dalam profesion perguruan. Dikala proses menyiapkan kerja

kursus ini, secara langsung atau tidak langsung telah menambahkan lagi ilmu

Page 2: REFLEKSI EDU 3104

pengetahuan melalui rujukan, perbincangan dan juga kajian yang telah dilakukan.

Seterusnya, menerusi proses pencarian sumber maklumat dan rujukan untuk kerja

kursus ini individu berjaya mendisiplinkan diri untuk mendekatkan diri dengan

perpustakaan yang merupakan gedung ilmu. Hal ini sejajar dengan sikap yang

sepatutnya adapada setiap guru dan sebagai bakal guru saya berasa bangga dan

bersyukur kerana berjaya mengubah sikap. Seterusnya, sewaktu proses

pembelajaran topik yang perlu dikaji pula, saya telah bertanya kepada rakan dan ini

merupakan satu usaha yang baik kerana melalui proses ini saya bukansahaja dapat

bertukar buah fikiran malahan dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim yang

sedia ada.

Saya turut lebih mengenali dan memahami tentang bilik darjah dan murid.

Bilik darjah yang mempunyai peralatan asas iaitu papan hitam, papan kenyataaan,

dan ruang yang selesa, meja dan kerusi untuk guru dan murid, almari,yang dihiasi

dengan penyediaan bahan-bahan bacaan, dan bahan bantuan mengajar serta

peralatan sokongan serta dihiasi dengan keceriaan dan kebersihan. Murid sebagai

sumber manusia yang akan dijelmakan menjadi murid yang berpengetahuan dan

berkemahiran dan berketrampilan manakala guru pula berperanan sebagai pencetus

idea, pembimbing, fasilitator bagi melahirkan suasana pembelajaran yang mencakupi

semua bidang kemahiran sebagai sumber kepada pembinaan modal insan.

Persediaan untuk menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan

merupakan sebahagian daripada pengurusan bilik darjah dinamik. Persediaan yang

merangkumi pelbagai alatan dan bahan untuk kegunaan guru dan murid. Ada

kalanya murid tidak memberi perhatian atau berkelakuan di luar daripada nilai-nilai

murni yang hendak digarap boleh dilihat berpunca daripada tidak terdapat

kesinambungan dalam pelajaran disebabkan persediaan guru dari aspek bahan,

perlatan, pengetahuan dan kemahiran yang kurang mantap.

Berpaksikan matlamat pengurusan bilik darjah utama iaitu penghasilan

suasanabilik darjah yang kondusif dan bilik darjah sebagai pusat untuk melahirkan

murid yang aktif dan produktif, maka guru perlulah memastikan bilik darjah berada

dalamkeadaan yang selamat, menyeronokkan dan ada suasana demokratik dimana

murid boleh bergaul sesama mereka bagi menggalakkan interaksi murid.

Page 3: REFLEKSI EDU 3104

Secara ringkasnya, pengurusan bilik darjah yang menyeluruh melibatkan

pengurusan fizikal, peralatan dan sumber, pengurusan murid, pengurusan

organisasi, pengurusan masa dan pengurusan pengajaran dan pembelajaran serta

penilaian. Seterusnya, kaedah yang menjadi asas dalam sebuah bilik darjah adalah

susunan fizikal yang baik dalam bilik darjah, peraturan am yang ditetapkan oleh

gurudan disiplin murid sewaktu berada di dalam kelas. Seperti sedia maklum, bilik

darjah merupakan tempat murid menuntut ilmu dan kriteria seperti selamat,

menyeronokkan,bersih, ceria dan selesa sebenarnya hanya berpaksikan kepada

matlamat utama bagi menghasilkan bulik darjah yang efektif iaitu bagi menghasilkan

suasana bilik darjah yang kondusif dan bilik darjah sebagai pusat untuk melahirkan

murid yang aktif dan produktif. Akhir sekali, dalam usaha menguruskan kelas supaya

dapat memenuhi kriteria yang bersesuaian seorang guru perlulah terlebih dahulu

memastikan saiz bilikdarjah yang digunakan, sistem pencahayaan yang ada di dalam

bilik darjah itu samaada mencukupi atau tidak, pengaliran udara yang baik supaya

murid selesa danperalatan bagi memudahkan murid dan guru dalam sesi

pembelajaran dan pengajaran kelak.

Melalui tugasan ini, saya telah mengetahui kaedah yang sepatutnya

menjadi asas dalam pengurusan bilik darjah. Selain itu, saya juga berjaya mendalami

matlamat atau kepentingan mengenai pengurusan bilik darjah ini. Melalui kerja

kursus ini, saya juga mengetahui prinsip-prinsip asas yang praktikal dan kos efektif

dalam mereka bentuk bilik darjah dan penyusunannya. Hal ini secara langsung dapat

memberi persediaan awalkepada saya untuk bersedia pada masa hadapan supaya

saya dapat menguruskan sebuah bilik darjah dengan baik dan seterusnya

melahirkan individu murid yang berketrampilan dan produktif.

Kesimpulannya, pelbagai ilmu dan pengalaman yang bermanfaat dapat

saya perolehi melalui tugasan projek ini. Pengurusan bilik darjah yang berkesan

sangat berkait rapat dengan kaedah, teknik dan pendekatan yang digunakan dalam

proses pengajaran dan pembelajaran dan gabungan yang mantap ini akan

menyebabkan objektif dan matlamat tercapai dengan jayanya. Akhir sekali, saya

berharap ilmu dan pengetahuan yang saya perolehi melalui tugasan projek ini dapat

membantu saya untuk menjadi guru yang cemerlang dan seterusnya menjadikan

generasi akan datang sebagai generasi yang berilmu pengetahuan yang tinggi

selaras dengan hasrat wawasan 2020.