3
TAN SIN YI (921117-01-5588) Refleksi Untuk semester ini, saya telah diwajibkan untuk mengambil subjek WAJ 3112 – Olahraga. Saya telah mendapat banyak pengalaman dan pengetahuan dari subjek ini. Dari kuliah mingguan, saya telah diperkenalkan kepada beberapa kemahiran asas dan mengenali beberapa acara yang kerap dijalankan di Hari Sukan peringkat sekolah. Antaranya ialah lari pecut, lontar peluru, lari berganti-ganti dan lompat jauh. Ini juga merupakan kali pertama saya melibatkan diri dalam sebagai pegawai Kejohanan Trek Padang. Sebelum ini, saya hanya merupakan penonton. Peluang ini amat saya hargai kerana ini merupakan pengalaman yang tidak dapat dirasai di dalam buku. Dengan melibatkan diri saya secara langsung dalam Kejohanan Trek Padang, saya telah mendapat “hands on experience” untuk menganjurkan Hari Sukan di peringkat sekolah. Tugas saya pada Kejohanan Trek Padang ialah marshal. Tugas marshal ialah mengiring perserta ke tempat bertanding. Selepas itu, marshal juga akan memberikan borang perserta kepada ahli jawatan bertugas. Justeru, tugasan ini telah membantu saya untuk menjadi guru yang kompetent. Seterusnya, saya juga dapat mengetahui format penulisan kertas kerja Kejohanan Trek Padang. Saya dapat mengetahui beberapa ahli jawatankuasa yang penting bagi program tersebut. Contohnya, jawatankuasa teknik alatan dan padang, teknik pertandingan, teknik kepegawaian, pegawai bilik panggilan, referi, juru hebah dan lain lain. Semua pelatih guru semester 5 telah membahagikan kerja dengan adil supaya semua orang akan mempunyai tanggungjawab dan kerja pada hari tersebut.

Reflection Olahraga

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Reflection Olahraga

Citation preview

TAN SIN YI (921117-01-5588)RefleksiUntuk semester ini, saya telah diwajibkan untuk mengambil subjek WAJ 3112 Olahraga. Saya telah mendapat banyak pengalaman dan pengetahuan dari subjek ini. Dari kuliah mingguan, saya telah diperkenalkan kepada beberapa kemahiran asas dan mengenali beberapa acara yang kerap dijalankan di Hari Sukan peringkat sekolah. Antaranya ialah lari pecut, lontar peluru, lari berganti-ganti dan lompat jauh.Ini juga merupakan kali pertama saya melibatkan diri dalam sebagai pegawai Kejohanan Trek Padang. Sebelum ini, saya hanya merupakan penonton. Peluang ini amat saya hargai kerana ini merupakan pengalaman yang tidak dapat dirasai di dalam buku. Dengan melibatkan diri saya secara langsung dalam Kejohanan Trek Padang, saya telah mendapat hands on experience untuk menganjurkan Hari Sukan di peringkat sekolah. Tugas saya pada Kejohanan Trek Padang ialah marshal. Tugas marshal ialah mengiring perserta ke tempat bertanding. Selepas itu, marshal juga akan memberikan borang perserta kepada ahli jawatan bertugas. Justeru, tugasan ini telah membantu saya untuk menjadi guru yang kompetent.Seterusnya, saya juga dapat mengetahui format penulisan kertas kerja Kejohanan Trek Padang. Saya dapat mengetahui beberapa ahli jawatankuasa yang penting bagi program tersebut. Contohnya, jawatankuasa teknik alatan dan padang, teknik pertandingan, teknik kepegawaian, pegawai bilik panggilan, referi, juru hebah dan lain lain. Semua pelatih guru semester 5 telah membahagikan kerja dengan adil supaya semua orang akan mempunyai tanggungjawab dan kerja pada hari tersebut. Tambahan, saya juga bertanggungjawab menjaga check point bagi acara menrentas desa. Peluang ini telah memberi saya idea secara sepintas lalu bagaimana acara menrentas desa harus dijalankan. Tugas seorang check point amatlah penting. Secara peribadi, saya merasa tugas ini bukan satu kerja yang mudah. Saya perlu sentiasa peka dengan nombor pelari yang telah berlari melepasi check point saya and merekod nombor itu. Untuk kerja kursus, dalam kumpulan 3 orang, kami telah dikehendaki untuk membina satu rancangan pengajaran untuk acara lompat jauh. Ini merupakan satu pengalaman yang baru kerana saya tidak pernah membina rancangan pengajaran untuk pendidikan jasmani. Frasa bagi setiap peringkat juga amatlah berbeza. Contohnya, frasanya ialah set induksi, ansur maju, kemahiran dan permainan kecil dan penutup. Ansur maju ialah tempoh masa di mana saya telah meminta murid untuk mencari kaki dominant mereka. Manakala di frasa kemahiran, kami telah mengasah melatih murid supaya mereka dapat melakukan kemahiran tersebut. Dan akhir sekali, kami telah menyediakan satu permainan kecil untuk murid. Terdapat beberapa masalah yang saya telah hadapi semasa menyiapkan kerja kursus ini. Pertamanya ialah masalah kekangan masa. Untuk penyelesaian masalah ini, saya telah membuat satu jadual waktu untuk membahagikan masa saya supaya boleh menyiapkan semua kerja kursus pada masanya. Keduanya, masalah yang saya hadapi ialah saya tidak mengetahui bagaimana untuk membuat rancangan harian untuk pendidikan jasmani. Kumpulan saya telah cuba untuk menlayari internet dan mencari informasi dari buku. Tetapi, idea dari hasil penyelidikan kami tidak sesuai untuk dijalankan dalam bilik darjah di Malaysia. Untuk menyelesaikan masalah ini, kumpulan kami telah berjumpa dengan pensyarah kami, iaitu Encik Mokhtar bin Yaakob. Beliau telah mencadangkan banyak idea bernas untuk diletakkan di dalam rancangan harian kami.Akhir sekali, saya amat bersyukur kerana dapat menyiapkan kerja kursus ini tepat pada masanya. Saya juga ingin mengambil peluang inio untuk menyucapkan ribuan terima kasih pada En. Mokthar kerana beliau telah banyak membantu saya dalam menyiapkan kerja kursus ini. Saya menyedari kepentingan sukan kepada murid dan juga diri saya. Untuk mempunyai badan yang sihat, minda juga akan cerdas dan sesi pengajaran dan pembelajaran akan berlangsung dengan lebih lancar. Sekian, terima kasih.