rasuah

Embed Size (px)

DESCRIPTION

moral

Citation preview

Kegiatan rasuah semakin berleluasa di negara kita dan menjadi ancaman kepada imej negara. Terdapat beberapa faktor dan langkah-langkah drastik yang perlu dilakukan untuk mencegah kegiatan rasuah ini.

Pengenalan Rasuah merupakan perbuatan memberi atau menawarkan sebarang bentuk ganjaran bagi mempengaruhi tindakan dan keputusan seseorang. Fenomena rasuah sering dikaitkan dengan istilah tumbuk rusuk atau makan suap Semakin tinggi kadar rasuah di sesebuah negara itu maka semakin rendahkan persepsi masyarakat luar terhada kemampuan rakyat negara terbabit untuk melakukan sesuatu terutama dalam aspek ekonomi. Jelaslah, fenomena sosial ini mempunyai pelbagai implikasi, punca dan langkah yang efektif untuk menanganinya.

IsiHuraian isi

1.faktor( Kelemahan individu ) Kelemahan peribadi ini mungkin disebabkan oleh kurangnya didikan agama dan moral seseorang. Sikap ingin hidup mewah dan tamak menyebabkan golongan yang mengambil rasuah ini sanggup mengetepikan ajaran agama. Mereka hanya memikirkan kesenangan sementara tanpa sedar balasan dan hukuman yang bakal diterima kelak.

2. faktor(kelemahan kepimpinan dan pengurusan organisasi) Kepimpinan yang tidak cekap dan lemah menyebabkan kurang penyeliaan dan pemantauan ke atas golongan pekerja. mendorong aktiviti rasuah berlansung secara berleluasa dalam sesebuah organisasi. golongan pekerja merupakan golongan yang mudah terjebak dalam gejala rasuah.

3.langkah(Kuatkuasa undang-undang) langkah untuk mengatasi gejala rasuah ini seperti memperkuatkuasakan undang-undang dan hukuman. memastikan pengamal rasuah akan berfikir dua kali sebelum melakukan rasuah. Hukuman yang berat perlu dijatuhi kepada pesalah rasuah agar mereka serik untuk melakukan gejala rasuah di kemudian hari. Melalui langkah ini, masyarakat akan sedar betapa bahayanya aktiviti rasuah ini.

4. langkah(Pendedahan awal) Seterusnya,pendedahan awal tentang bahayanya gejala rasuah sejak di bangku sekolahlagi merupakan langkah yang bijak bagi menangani gejala rasuah. Generasi yang dididik agar membenci gejala rasuah Mereka akan lebih bersikap telus, jujur dan amanah semasa menjalankan tugas mereka. Pendedahan awal tentang gejala rasuah ini boleh diterapkan dalam sukatan pelajaran di sekolah dalam mata pelajaran Pendidikan Islam, Pendidikan Moral, dan Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan.

5. langkah(kemudahan ICT) Langkah lain ialahmempermudahkan urusan menggunakan kemudahan teknologi maklumat (ICT). Proses yang panjang dan sukar semasa melakukan urusan harus dipermudahkan menggunakan kelebihan ICT. Melalui cara ini, seseorang induvidu lebih cenderung berurusan dengan menggunakan perkhidmatan atas talian yang lebih cepat dan cekap membendung gejala rasuah yang mudah berlaku seperti sogokan semata-mata untuk mempercepatkan prosedur proses urusan.

Kesimpulan Kesimpulannya, semua lapisan masyarakat perlu berganding bahu bagi membanteras gejala rasuah ini agar imej negara bersih dari gejala rasuah. Hal ini juga akan menjadikan ekonomi negara kita bertambah maju tanpa rasuah.

2