9
Murugan A/L Balasundram Kelas Pk/Pj1 Punca kecacatan bukan lagi faktor baka.... Pengambilan ubat Biasanya wanita hamil mengambil ubat sama ada bagi meneruskan rawatan penyakit yang dialaminya sejak sebelum hamil ataupun meredakan sebarang gejala yang berlaku akibat kehamilan. Kesan ubat-ubatan ke atas janin tidak diketahui dengan jelas. Walau bagaimanapun, segala pendedahan kepada bahan asing dapat memberi kesan pada janin terutama pada peringkat 1 sehingga 3 bulan kandungan. Risiko kecacatan pada peringkat 4 sehingga 9 bulan adalah kurang berbanding pengambilan ubat sewaktu trimester pertama, namun ubat-ubatan masih dapat mengganggu perkembangan normal otak, jantung dan organ-organ lain. Masalah timbul apabila anak dilahirkan. Pada peringkat ini ubat yang terkandung di dalam badan bayi perlu disingkirkan daripada badan melalui proses metabolisme ubat yang berlaku di hati ataupun penyingkiran melalui buah pinggang. Organ-organ ini masih lagi belum matang dan anak itu mempunyai risiko yang tinggi akibat bahan kimia ubat yang digunakan. Wanita-wanita hamil juga memerlukan vitamin dan zat galian tambahan. Walau bagaimanapun, sebelum itu pemeriksaan teliti perlu dilakukan. Ini disebabkan terdapat vitamin jenis larut lemak seperti vitamin A, D, E dan K dapat berkumpul di dalam

Punca Kecacatan

  • Upload
    dinufa

  • View
    17

  • Download
    3

Embed Size (px)

DESCRIPTION

.

Citation preview

Punca Kecacatan

Murugan A/L Balasundram

Kelas Pk/Pj1 Punca kecacatan bukan lagi faktor baka....

Pengambilan ubatBiasanya wanita hamil mengambil ubat sama ada bagi meneruskan rawatan penyakit yang dialaminya sejak sebelum hamil ataupun meredakan sebarang gejala yang berlaku akibat kehamilan. Kesan ubat-ubatan ke atas janin tidak diketahui dengan jelas. Walau bagaimanapun, segala pendedahan kepada bahan asing dapat memberi kesan pada janin terutama pada peringkat 1 sehingga 3 bulan kandungan. Risiko kecacatan pada peringkat 4 sehingga 9 bulan adalah kurang berbanding pengambilan ubat sewaktu trimester pertama, namun ubat-ubatan masih dapat mengganggu perkembangan normal otak, jantung dan organ-organ lain.

Masalah timbul apabila anak dilahirkan. Pada peringkat ini ubat yang terkandung di dalam badan bayi perlu disingkirkan daripada badan melalui proses metabolisme ubat yang berlaku di hati ataupun penyingkiran melalui buah pinggang. Organ-organ ini masih lagi belum matang dan anak itu mempunyai risiko yang tinggi akibat bahan kimia ubat yang digunakan.

Wanita-wanita hamil juga memerlukan vitamin dan zat galian tambahan. Walau bagaimanapun, sebelum itu pemeriksaan teliti perlu dilakukan. Ini disebabkan terdapat vitamin jenis larut lemak seperti vitamin A, D, E dan K dapat berkumpul di dalam badan dan mengakibatkan kesan buruk ke atas bayi yang dikandung. Wanita hamil tidak disarankan mengambil multivitamin ataupun multi-galian tanpa mendapat nasihat doktor ataupun ahli farmasi. Lagipun, pemakanan yang seimbang berupaya memenuhi ke-perluan vitamin dan zat galian ibu.

Penggunaan Aspirin ketika hamil harus dielakkan walaupun pada fasa ketiga kehamilan. Aspirin yang diambil pada dos tinggi dikaitkan dengan kelahiran bayi yang kurang berat badan dan juga mati ketika dalam kandungan. Penggunaan aspirin semasa trimester ketiga dikaitkan dengan pendarahan yang berlebihan semasa melahirkan anak. Lagipun, aspirin dapat mengganggu pernafasan dan fungsi jantung anak yang baru lahir.

Kopi, teh, coklat dan beberapa minuman perasa kola mengan-dungi kafein. Kopi mempunyai kandungan kafein yang tinggi dibandingkan dengan minuman lain. Walau pun tidak terdapat sebarang bukti dan kaitan mengenai kesan minuman kopi dengan kecacatan janin manusia, namun ia memberi kesan pada janin haiwan. Mengurangkan meminum kopi kepada hanya empat cawan kopi sehari sahaja iaitu kurang daripada 600mg kafein adalah dibenarkan.

Bahan-bahan semburan seperti insektisid ataupun dalam bentuk gas, khususnya mereka yang bekerja di tempat di mana terdapat banyak gas seperti di kilang dapat menyebabkan kecacatan bayi. Bahan-bahan pengawet makanan juga dikenal pasti dapat memberi kesan yang sama. Sesetengah daripada bahan-bahan pengawet makanan ini mempunyai kesan tidak baik pada pembentukan jasad bayi di peringkat awal. Oleh itu, wanita yang sedang hamil di peringkat awal digalakkan memakan makanan yang segar yang tidak mengandungi bahan pengawet.

Sinar-XSama ada kita sedar ataupun tidak, tubuh kita sering terdedah kepada radiasi daripada matahari, batu, pasir dan sebagainya. Amat menakutkan jika kita terdedah dengan dos radiasi yang tinggi dan dos ini membahayakan janin sebelum dilahirkan. Pendedahan kepada radiasi yang berlebihan sememangnya mem-bahayakan. Begitu juga dengan dos radiasi yang sedikit tetapi pendedahannya berlarutan, juga membahayakan.

Sinar-X yang dianggap sebagai kaedah terpenting perubatan adalah bahaya kepada janin sebelum dilahirkan. Sekiranya seseorang ibu yang mengandung hendak melakukan Ujian Sinar-X terutama Sinar-X yang kuat bagi mengesan penyakit di dalam perut, penyakit buah pinggang dan sebagainya, mereka hendaklah berbincang terlebih dahulu dengan doktor pakar Sinar-X.

Tarikh haid yang terakhir harus diberitahu kepada doktor. Ini kerana persenyawaan benih biasanya berlaku di pertengahan pusingan haid, iaitu pada hari yang ke-14 selepas hari pertama haid. Jika Sinar X dilakukan selepas hari ke-14 dan ditakdirkan kandungan berlaku, ada kemungkinan janin terdedah kepada pancaran Sinar X dan ia dapat mencacatkan bayi. Menghalakan SinarX jauh daripada bahagian pelvis juga adalah langkah-langkah yang wajar dilakukan. Bahagian pelvis tidak sepatutnya didedahkan kepada Sinar-X walau sedikit sekalipun. Kajian menunjukkan ibu yang terdedah kepada radiasi semasa hamil adalah dua kali ganda berkemungkinan mempunyai anak yang menghidap leukemia.

Jangkitan kumanKuman yang menjangkiti wanita dalam peringkat awal kandungan dapat menimbulkan kecacatan. Masa tiga bulan pertama adalah masa yang terpenting pembentukan jasad dan anggota bayi. Jika terdapat unsur-unsur luar yang dapat mengganggu proses pertumbuhan janin maka kecacatan mungkin timbul. Secara amnya, penyakit berjangkit adalah disebabkan oleh pelbagai organisma halus seperti bakteria, protozoa dan virus. Berbagai-bagai jenis organisma ini berada di sekeliling kita sama ada siang ataupun malam. Organisma ini membiak dan membawa bersama penyakit.

Bakteria ialah organisma yang dapat hidup di mana-mana. Kuman inilah yang menyebabkan batuk kering, jangkitan streptococcus dan staphylococcus, demam skarlet atau demam merah, demam kepialu, sifilis, gonorea dan apendisitis. Protozoa juga sel organisma yang dapat menyebabkan penyakit pada tubuh manusia. Penyakit yang bahaya adalah seperti malaria dan toxoplasmosis. Virus pula berbeza daripada bakteria. Ia memerlukan tisu hidup untuk membiak. Virus menyebabkan penyakit dengan memasuki sel dan apabila terlekat pada sel, ia menyebabkan gangguan. Antara penyakit yang dikaitkan virus ini adalah campak, beguk dan rubela.

Kuman sifilis amat membahayakan bayi. Kuman sifilis boleh aktif dalam darah tanpa menimbulkan tanda pada badan. Apabila seseorang wanita mengandung, maka kuman sifilis dalam darah dapat menjangkiti janin dan merosakkannya menyebabkan janin itu gugur ataupun mati dalam kandungan ataupun lahir cacat.

PemakananKekurangan makanan yang sangat teruk sehingga menyebabkan kebuluran dapat menjejaskan pertumbuhan bayi. Ibu hamil mungkin rasa sihat dan kelihatan sihat tetapi jika pemakanannya berkurangan sedangkan kandungan sedang membesar, janin tetap mengalami masalah kekurangan zat protein. Satu-satunya khidmat ibu yang hamil untuk anak di dalam kandungan adalah menyediakan pemakanan yang baik.

Dadah dan arakWalaupun penagihan dadah di kalangan ibu jarang berlaku namun jika ini berlaku di kalangan wanita yang sedang hamil dan dadah yang digunakan berbahaya seperti morfin, kokain dan sebagainya, ada kemungkinan perkembangan janin boleh terganggu dan salah satu daripada masalah adalah kecacatan janin.

Tabiat merokok juga dapat menyebabkan kecacatan bayi. Asap tembakau yang mengandungi nikotina menyerap ke dalam darah ibu melalui mukus membran di dalam mulut dan tekak dan juga paru-paru. Di samping itu terdapat juga nikotina daripada asap tembakau bertindak pada sel-sel saraf dan pusat pernafasan. Walaupun tidak ada laporan yang menunjukkan nikotina yang terkandung dalam rokok ataupun alkohol dalam arak dapat menyebabkan kecacatan, tetapi ia dapat mengganggu kehamilan serta menjejaskan perkem-bangan bayi dalam bentuk yang berlainan. Nikotina kemungkinan dapat menyebabkan kerencatan pertumbuhan ataupun gangguan pertumbuhan otak bayi.

Cubaan menggugurkan anakAmalan menggugurkan kandungan sangat meluas berlaku. Ada kalanya ibu berkenaan menggunakan pelbagai cara antara dengan memakan tapai, nanas muda, jamu, akar-akar kayu, ubat singse dan seterusnya memakan pil hormon daripada doktor ataupun men-dapat suntikan daripada doktor. Ini kerana mereka percaya cara-cara itu dapat memaksa haid keluar ataupun menggugurkan kandungan. Ramai juga yang gagal memaksa haidnya keluar dan kehamilan berkembang terus tanpa disedari. Percubaan itu mungkin merosakkan pertumbuhan janin serta menyebabkan kecacatan pada anggota janin ataupun lainnya. Perbuatan seperti ini adalah dianggap sebagai penganiayaan pada janin.

Tindakan menggugurkan bayi adalah salah baik di sisi undang-undang mahupun agama. Bagi mereka yang belum bersedia ataupun tidak mahu mengandung, lebih baik menggunakan cara dan kaedah merancang keluarga daripada menyeksa ataupun menganiaya janin.

Umur ibuIbu yang berusia 35 tahun ke atas berkemungkinan mempunyai kesihatan yang kurang baik dan mula menunjukkan tanda-tanda kesihatan yang dikhuatiri. Walau bagaimanapun, mereka boleh mengandung dan tidak perlu bimbang masalah yang berkaitan dengan kehamilan ataupun kemungkinan kecacatan bayi dengan syarat mereka berada di bawah jagaan doktor pakar.

Kejadian bayi cacat, Sindrom Down misalnya hanya meningkat selepas ibu itu berumur 45 tahun di mana kadarnya lebih kurang satu ataupun dua dalam 100 kelahiran. Bagi ibu yang berumur 40 tahun ke atas, risiko melahirkan bayi Sindrom Down adalah satu dalam 200 kelahiran. Tegasnya, kadar bayi cacat, khususnya bayi Sindrom Down di kalangan ibu-ibu yang berumur 40 tahun ke atas tidak begitu menggemparkan. Walau bagaimanapun, sebaiknya ibu-ibu yang ingin melahirkan anak pada umur itu, perlu menjalani ujian biopsi korion dan seterusnya analisis kromosom ketika umur kandungan dua bulan, bagi mengesan kecacatan Sindrom Down. Umur yang paling sesuai untuk mengandung adalah pada usia 23 hingga 29 tahun. Mereka mempunyai peluang yang lebih besar memiliki anak sihat dan normal. Ibu yang berumur antara 17 hingga 23 tahun dikhuatiri akan mengalami anak lahir prematur ataupun mati dalam kandungan, ataupun pertumbuhannya tidak sempurna. Ini kerana sistem pembiakan mereka belum matang iaitu masih di peringkat nubility iaitu masa apabila telur mula dikeluarkan dari kilang dan bersedia disenyawakan. Pada masa ini sistem hormon endokrin bekerja keras melengkapkan semua fungsi organ. Di akhir peringkat ini, barulah kilang pituitari mengeluarkan hormon yang digelar prolaktin. Hormon ini menyebabkan ovari mengeluarkan hormon progesterone yang menyediakan rahim untuk kehamilan. Apabila ini berlaku, sistem pembiakan sudah matang.

Kekurangan oksigenBayi dalam kandungan mendapatkan oksigen melalui uri. Melalui uri ini, oksigen masuk ke tubuh bayi melalui pusatnya. Oksigen ini dibawa ke jantung dan dari sana ia dipamkan ke seluruh tubuh, ke tisu yang sedang bercambah dan terbina bagi membolehkan percambahan terus berlaku. Dengan oksigen yang mencukupi dalam aliran darah bayi yang dikandung, anak itu membesar mengikut ketetapan tertentu.

Kesan kekurangan oksigen atau anoxia yang paling serius kepada anak adalah kerosakan otak. Sebarang kerosakan otak adalah serius, kerana ia berlaku dengan cepat dan kesannya berkekalan. Sel otak lebih mudah rosak berbanding sel-sel lain di dalam tubuh. Apabila sel ini rosak, ia tidak dapat tumbuh semula seperti sel kulit apabila luka. Tidak ada proses penyembuhan pada sel otak. Lagipun otak mengawal pergerakan manusia dan apabila sebahagian otak itu rosak maka bahagian yang dikawal turut rosak.

Cerebral palsi berlaku apabila bahagian otak yang mengawal otot-otot dan koordinasinya rosak. Epilepsi berlaku kerana sistem saraf rosak. Kecacatan mental adalah tanda sesuatu sudah mengganggu perkembangan sempurna pada alatan berfikir. Sesetengah daripada penyakit otak adalah kerana kerosakan pada bahagian otak yang berkenaan. Bukan semua keadaan ini berlaku kerana kekurangan bekalan oksigen. Sekalipun langkah-langkah diambil bagi mengurangkan kes-kes kekurangan bekalan oksigen, kes-kes cerebral palsi, epilepsi dan kecacatan mental tetap berlaku kerana sebab-sebab lain.

KenanKecacatan tidak boleh dikaitkan dengan kenan. Jika ada ibu bapa yang menganggap anaknya cacat kerana kenan atau sebagainya itu tidak benar. Seperti yang dijelaskan, kecacatan anak hanya disebabkan oleh semua perkara di atas terutama baka.

KemalanganKemalangan melibatkan kepala dapat menjejaskan fungsi otak seseorang.