17
454 Prosedur Dan Tempoh Masa Perbicaraan Kes Permohonan Kebenaran Poligami Di Mahkamah Tinggi Syariah Selangor Ana Faiza Md Nor & Zuliza Mohd Kusrin Universiti Kebangsaan Malaysia ABSTRAK Rungutan sebahagian pelanggan di Mahkamah Syariah menyatakan bahawa permohonan kebenaran untuk berpoligami dikatakan lambat dan rigid. Hal ini menyebabkan sebahagian pasangan bernikah di sempadan walaupun telah wujud peruntukan undang-undang di setiap negeri-negeri di Malaysia berkenaan prosedur yang perlu dipatuhi untuk berpoligami. Justeru itu, matlamat kertas kerja ini ialah menganalisis prosedur dan tempoh masa permohonan kebenaran poligami di Mahkamah Tinggi Syariah Selangor. Objektif perbincangan juga mengenalpasti kesesuaian faktor keterangan yang perlu diambil bagi perbicaraan kes permohonan kebenaran poligami di Mahkamah Tinggi Syariah Selangor. Metodologi kajian adalah secara analisis dokumen dengan merujuk kepada peruntukan undang-undang dan kes- kes yang berkaitan. Data-data yang diperolehi dianalisis secara diskriptif dan disusun secara tematik. Hasil penulisan kertas kerja ini mendapati terdapat prosedur permohonan khusus yang perlu dipatuhi dalam permohonan kebenaran poligami di mahkamah. Justeru tempoh masa perbicaraan kes permohonan poligami adalah relevan dan bersesuaian dengan faktor keterangan yang perlu diambil bagi perbicaraan sesuatu kes tersebut. Adalah tidak adil sekiranya tempoh masa yang panjang tersebut disandarkan kepada masalah birokrasi kerana kajian mendapati ianya berlaku kerana mengikut prosedur permohonan yang berpandukan peruntukan undang-undang berkaitan, bertujuan memberi keadilan pada isteri dan juga bakal isteri. Tempoh perbicaraan tersebut juga tertakluk kepada faktor keizinan isteri, keupayaan suami memenuhi syarat ‘patut atau perlu’ untuk berpoligami, kegagalan Plaintif dan Defendan hadir pada tarikh perbicaraan ditetapkan dan permohonan tersebut dicabar di mahkamah. Kata kunci: poligami, kebenaran, mahkamah Syariah, keizinan, keupayaan. Pengenalan Institusi keluarga merupakan suatu tahap yang penting dalam pembentukan masyarakat dan negara yang terlaksana melalui proses perkahwinan yang membentuk rumahtangga. Sebagaimana masyarakat yang besar memerlukan penyusunan yang rapi, begitulah juga masyarakat rumahtangga memerlukan juga penyusunan. Rumahtangga dibentuk menerusi perkahwinan yang bertujuan menjalinkan ikatan teguh antara lelaki dan perempuan melalui akad yang sah. Mendirikan rumahtangga dalam Islam bukan urusan individu seperti yang difahami dalam kehidupan bangsa lain terutama bangsa Barat. Ini kerana rumahtangga dalam Islam merupakan bahagian penting dalam masyarakat. Justeru proses pembentukan rumahtangga perlu akur dengan Sistem Undang-Undang Keluarga Islam sesebuah negara, bagi menjamin syariat dan maslahah pembentukan keluarga tercapai. Begitu jugalah dengan poligami yang berasaskan sebuah perkahwinan di antara lelaki yang telahpun mempunyai isteri atau isteri-isteri dengan seorang wanita yang lain pula. Isu poligami dilihat sebagai isu yang sering menimbulkan tanggapan negatif bagi sesetengah pihak di

Prosedur Dan Tempoh Masa Perbicaraan Kes Permohonan ...ukmsyariah.org/wp-content/uploads/2015/12/36-Ana-Faiza-dan-Zuliza.pdf · Prosedur Dan Tempoh Masa Perbicaraan Kes Permohonan

  • Upload
    hamien

  • View
    363

  • Download
    23

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Prosedur Dan Tempoh Masa Perbicaraan Kes Permohonan ...ukmsyariah.org/wp-content/uploads/2015/12/36-Ana-Faiza-dan-Zuliza.pdf · Prosedur Dan Tempoh Masa Perbicaraan Kes Permohonan

454

Prosedur Dan Tempoh Masa Perbicaraan Kes Permohonan Kebenaran Poligami Di

Mahkamah Tinggi Syariah Selangor

Ana Faiza Md Nor & Zuliza Mohd Kusrin

Universiti Kebangsaan Malaysia

ABSTRAK

Rungutan sebahagian pelanggan di Mahkamah Syariah menyatakan bahawa permohonan

kebenaran untuk berpoligami dikatakan lambat dan rigid. Hal ini menyebabkan sebahagian

pasangan bernikah di sempadan walaupun telah wujud peruntukan undang-undang di setiap

negeri-negeri di Malaysia berkenaan prosedur yang perlu dipatuhi untuk berpoligami. Justeru

itu, matlamat kertas kerja ini ialah menganalisis prosedur dan tempoh masa permohonan

kebenaran poligami di Mahkamah Tinggi Syariah Selangor. Objektif perbincangan juga

mengenalpasti kesesuaian faktor keterangan yang perlu diambil bagi perbicaraan kes

permohonan kebenaran poligami di Mahkamah Tinggi Syariah Selangor. Metodologi kajian

adalah secara analisis dokumen dengan merujuk kepada peruntukan undang-undang dan kes-

kes yang berkaitan. Data-data yang diperolehi dianalisis secara diskriptif dan disusun secara

tematik. Hasil penulisan kertas kerja ini mendapati terdapat prosedur permohonan khusus yang

perlu dipatuhi dalam permohonan kebenaran poligami di mahkamah. Justeru tempoh masa

perbicaraan kes permohonan poligami adalah relevan dan bersesuaian dengan faktor

keterangan yang perlu diambil bagi perbicaraan sesuatu kes tersebut. Adalah tidak adil

sekiranya tempoh masa yang panjang tersebut disandarkan kepada masalah birokrasi kerana

kajian mendapati ianya berlaku kerana mengikut prosedur permohonan yang berpandukan

peruntukan undang-undang berkaitan, bertujuan memberi keadilan pada isteri dan juga bakal

isteri. Tempoh perbicaraan tersebut juga tertakluk kepada faktor keizinan isteri, keupayaan

suami memenuhi syarat ‘patut atau perlu’ untuk berpoligami, kegagalan Plaintif dan Defendan

hadir pada tarikh perbicaraan ditetapkan dan permohonan tersebut dicabar di mahkamah.

Kata kunci: poligami, kebenaran, mahkamah Syariah, keizinan, keupayaan.

Pengenalan

Institusi keluarga merupakan suatu tahap yang penting dalam pembentukan masyarakat dan

negara yang terlaksana melalui proses perkahwinan yang membentuk rumahtangga.

Sebagaimana masyarakat yang besar memerlukan penyusunan yang rapi, begitulah juga

masyarakat rumahtangga memerlukan juga penyusunan. Rumahtangga dibentuk menerusi

perkahwinan yang bertujuan menjalinkan ikatan teguh antara lelaki dan perempuan melalui

akad yang sah. Mendirikan rumahtangga dalam Islam bukan urusan individu seperti yang

difahami dalam kehidupan bangsa lain terutama bangsa Barat. Ini kerana rumahtangga dalam

Islam merupakan bahagian penting dalam masyarakat. Justeru proses pembentukan

rumahtangga perlu akur dengan Sistem Undang-Undang Keluarga Islam sesebuah negara, bagi

menjamin syariat dan maslahah pembentukan keluarga tercapai.

Begitu jugalah dengan poligami yang berasaskan sebuah perkahwinan di antara lelaki yang

telahpun mempunyai isteri atau isteri-isteri dengan seorang wanita yang lain pula. Isu poligami

dilihat sebagai isu yang sering menimbulkan tanggapan negatif bagi sesetengah pihak di

Page 2: Prosedur Dan Tempoh Masa Perbicaraan Kes Permohonan ...ukmsyariah.org/wp-content/uploads/2015/12/36-Ana-Faiza-dan-Zuliza.pdf · Prosedur Dan Tempoh Masa Perbicaraan Kes Permohonan

455

Malaysia terutamanya bagi kaum wanita. Ini kerana, mereka enggan berkongsi kasih dan

dimadukan dengan memberi berbagai-bagai sebab dan alasan. Pensyariatan poligami dalam

Islam adalah berdasarkan al-Quran, ayat 3 Surah al-Nisa’, maksudnya;

“Dan jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap perempuan-perempuan yatim (apabila kamu

berkahwin dengan mereka), maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari

perempuan-perempuan (lain): dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu bimbang tidak akan

berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu) maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja, atau

(pakailah) hamba-hamba perempuan yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat

(untuk mencegah) supaya kamu tidak melakukan kezaliman.”

Ayat di atas diturunkan selepas berlakunya Perang Uhud yang telah mengorbankan banyak

orang Islam dan menyebabkan isteri mereka menjadi janda serta anak-anak mereka kehilangan

kasih sayang seorang bapa. Ini menunjukkan bahawa poligami disyariatkan untuk memenuhi

keperluan-keperluan individu dalam masyarakat dan sebagai jalan penyelesaian masalah

masyarakat dalam keadaan-keadaan tertentu. Ayat ini juga menunjukkan bahawa hukum

poligami adalah harus jika tidak mendatangkan kemudaratan dan penganiayaan ke atas isteri

yang dikahwini. Sekiranya suami tidak dapat berlaku adil dan memudaratkan isteri, memadai

untuk suami beristeri hanya seorang sahaja. Hal ini menunjukkan bahawa keharusan

berpoligami dalam Islam adalah berkait rapat dengan keadilan serta kemampuan pihak suami

membimbing isteri-isteri jika berpoligami.

Walau bagaimanapun, dewasa ini dalam isu poligami, sebahagian masyarakat lebih melihat

kepada perkahwinan sebagai satu yang menyeronokkan tanpa mengambil berat hakikat

perkahwinan yang mengikat suami isteri kepada tugas dan tanggungjawab tertentu. Merujuk

kepada ayat di atas dengan jelas menerangkan bahawa poligami lebih dilihat kepada satu

tanggungjawab dan sekatan untuk memastikan keadilan terhadap balu dan anak-anak yatim.

(Mohd Syarifuddin Sajimin 2006 )

Sejajar dengan pensyariatan keharusan perkahwinan poligami, terdapat peruntukan-peruntukan

khusus dalam Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam negeri-negeri berkenaan permohonan

untuk berpoligami, bagi memastikan poligami yang dilaksanakan tidak bertentangan dengan

prinsip keadilan dan tidak menyebabkan hak wanita diabaikan. Namun demikian, sikap

sesetengah suami yang berpoligami tanpa mengikut saluran perundangan menyebabkan isu

perkahwinan poligami banyak dikaitkan dengan perkahwinan diluar Malaysia atau di

sempadan. Mohd Nasran Mohamad et. al. (2008) dalam kajiannya mendapati faktor poligami

merupakan faktor kedua terbanyak dan antara isu mengapa responden melakukan pernikahan

tanpa kebenaran di luar negara, iaitu Yala Thailand. Hasil kajian ini juga sama dengan kajian

Hamidah Harun (2013) yang bertajuk “ Perkahwinan Tanpa Kebenaran Di Mahkamah Syariah

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur”.Di dalam kajian ini penulis mendapati bahawa faktor

untuk berpoligami merupakan antara faktor utama yang menyebabkan pasangan terlibat

dengan Kahwin Lari yang dilangsungkan sama ada melalui sindikit dalam negara mahupun di

negara luar seperti di sempadan Thailand.

Berdasarkan statistik permohonan kebenaran poligami dan permohonan mendaftarkan

pernikahan poligami bagi 5 tahun dari tahun 2009 sehingga tahun 2013 di Jabatan

Kehakiman Syariah Selangor jelas menunjukkan bahawa pendaftaran nikah poligami lebih

tinggi dari permohonan kebenaran poligami pada tahun 2011 sehingga 2013. Berdasarkan

Jadual 1, seperti dibawah menyatakan pada tahun 2009 permohonan kebenaran poligami

sebanyak 118 kes sahaja dan meningkat sebanyak 155 kes pada tahun 2010. Manakala

Page 3: Prosedur Dan Tempoh Masa Perbicaraan Kes Permohonan ...ukmsyariah.org/wp-content/uploads/2015/12/36-Ana-Faiza-dan-Zuliza.pdf · Prosedur Dan Tempoh Masa Perbicaraan Kes Permohonan

456

permohonan daftar nikah poligami pula sebanyak 102 kes pada tahun 2009 dan meningkat

sedikit sebanyak 124 kes pada tahun 2010. Namun permohonan kebenaran poligami masih

lebih tinggi berbanding permohonan daftar poligami pada tahun 2009 dan tahun 2010. Tetapi

wujud perbezaan statistik mulai tahun 2011 sehingga tahun 2013. Pendaftaran permohonan

kebenaran poligami lebih rendah dari permohonan mendaftar poligami iaitu pada tahun 2011

permohonan kebenaran poligami sebanyak 163 kes. Manakala permohonan daftar nikah

poligami sebanyak 406 kes.

Begitu juga tahun 2012 permohonan kebenaran poligami sebanyak 212 kes. Manakala

permohonan daftar nikah poligami sebanyak 375 kes. Tahun 2013 juga mencatat jumlah kes

yang tertinggi sepanjang 5 tahun statistik ini, yang mana permohonan daftar nikah poligami

sebanyak 413 kes. Manakala permohonan kebenaran poligami hanya sebanyak 202 kes sahaja.

Ini menunjukan ramai dikalangan suami-suami rakyat Malaysia lebih selesa pernikahan dibuat

diluar dan kembali ke Malaysia hanya untuk mendaftarkan sahaja atas alasan permohonan

mengambil masa yang panjang selain wujud masalah birokrasi di mahkamah.

Jadual 1: Jumlah Pendaftaran Kes Sekyen 23(1) EUUKIS & Sekyen 23(2)

EUUKIS

Di Mahkamah Tinggi Syariah Selangor

Sumber: Jabatan Kehakiman Syariah Selangor

Selain daripada perkaitan poligami dengan perkahwinan tanpa kebenaran dan dilangsungkan

di luar negara, kajian Raihanah Haji Abdullah (2009) dengan tajuk Penangguhan Kes Di

Mahkamah Syariah Cabaran Dan Penyelesaian. Analisa beliau untuk keseluruhan kes yang

ada di Mahkamah Syariah seluruh Malaysia. Hasil kajiannya menjelaskan bahawa kelewatan

dalam menyelesaikan kes permohonan poligami lazimnya jarang berlaku jika isteri bersetuju

dengan permohonan suaminya untuk berpoligami. Dalam situasi sedemikian kes permohonan

poligami dapat diselesaikan dalam tempoh yang singkat kerana lazimnya isteri bersetuju

dengan permohonan suaminya untuk berpoligami atau sekiranya isteri tidak bersetuju, suami

akan berkahwin di tempat yang lain kerana suami tidak mahu memanjangkan prosiding

tersebut.

Seterusnya kajian oleh Amir Husin Md Nor dan Siti Safwati Binti Mohd Shari (2003), di

Mahkamah Syariah Muar mendapati bahawa faktor pernikahan tanpa izin berlaku adalah

kerana poligami yang mendapat tentangan dari isteri pertama atau isteri sedia ada dan

mengelak dari diketahui oleh pihak tertentu seperti majikan, keluarga, pihak berkuasa agama

tempatan dan prosedur yang menyukarkan.

TAHUN 2009 2010 2011 2012 2013

SEK. 23(1) ( Mohon

Kebenaran

Poligami )

118

155

163

212

202

SEK. 23(2) ( Daftar Nikah

Poligami )

102

124

406

375

413

Page 4: Prosedur Dan Tempoh Masa Perbicaraan Kes Permohonan ...ukmsyariah.org/wp-content/uploads/2015/12/36-Ana-Faiza-dan-Zuliza.pdf · Prosedur Dan Tempoh Masa Perbicaraan Kes Permohonan

457

Kajian-kajian seperti di atas menggambarkan bahawa permohonan kebenaran poligami agak

menyusahkan atau mengambil tempoh masa yang panjang menyebabkan suami dan

pasangannya bertindak melakukan pernikahan seterusnya berpoligami di luar Malaysia. Justeru

kajian terperinci perlu dibuat bagi menjelaskan berkenaan tempoh masa perbicaraan

permohonan kebenaran poligami. Artikel ini membincangkan prosedur permohonan kebenaran

poligami dan tempoh masa perbicaraannya. Analisis kajian artikel adalah merujuk kepada kes

perbicaraan poligami di Mahkamah Tinggi Syariah Selangor.

Prosedur Permohonan Poligami Di Selangor

Perbincangan berkenaan isu tempoh masa permohonan yang didakwa mengambil masa

panjang sehingga menyebabkan para suami yang berhasrat untuk berpoligami tidak patuh

kepada undang-undang, menyebabkan perlunya analisis dibuat berkenaan prosedur

permohonan poligami tersebut. Fokus kajian ini menjurus kepada permohonan poligami di

Mahkamah Tinggi Syariah Negeri Selangor. Tatacara permohonan poligami di Negeri

Selangor diterangkan dalam seksyen 23 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Selangor)

2003. Permohonan poligami boleh dibuat sebagaimana berikut:-

i- Hendaklah dibuat di Mahkamah Tinggi Syariah di tempat pemohon bermastautin atau

tinggal

ii- Permohonan hendaklah dibuat dengan saman ( Borang MS 2 ) kerana ianya adalah tiada

dalam jadual kedua dalam Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah ( Negeri

Selangor ) 2003

iii- Permohonan mesti dilampirkan dengan :-

1. Satu ikrar yang menyatakan alasan berpoligami perlu atau patut

2. Pendapatan pemohon ketika permohonan dibuat

3. Butir-butir komitmen dan tanggungan kewangan

4. Bilangan orang yang ditanggung oleh pemohon

5. Bilangan orang yang akan menjadi tanggungan pemohon

6. Sama ada pemohon mendapat keizinan atau pandangan untuk berpoligami daripada

isteri atau isteri-isteri pemohon yang sedia ada

iv- Setelah permohonan tersebut didaftarkan di bawah kod 011. Penyampaian kepada

Defendan iaitu isteri atau isteri-isteri hendaklah dibuat selewat-lewat 7 hari sebelum

tarikh sebutan agar pihak defendan bersedia untuk membuat pembelaan setelah

menerima saman tersebut, ini berdasarkan seksyen 59(1) Enakmen Tatacara Mal

Mahkamah Syariah ( Negeri Selangor ) 2003

Menurut subseksyen 23 (5) Enakmen tersebut yang menyatakan:

Page 5: Prosedur Dan Tempoh Masa Perbicaraan Kes Permohonan ...ukmsyariah.org/wp-content/uploads/2015/12/36-Ana-Faiza-dan-Zuliza.pdf · Prosedur Dan Tempoh Masa Perbicaraan Kes Permohonan

458

"Apabila menerima permohonan (suami untuk berpoligami) itu, mahkamah hendaklah

memanggil pemohon, isteri atau isteri-isterinya sedia ada, bakal isteri, wali kepada

bakal isteri, dan mana-mana orang lain yang difikirkan oleh mahkamah memberi

keterangan mengenai perkahwinan yang dicadangkan itu supaya hadir apabila

permohonan itu didengar."

Dalam seksyen ini menjelaskan bahawa prosedur dalam permohonan kebenaran poligami

mengkehendaki keterangan pemohon perlu diberikan di hadapan hakim bagi membuktikan

kemampuan pemohon dalam berpoligami. Selain dari itu keterangan Defendan iaitu isteri atau

isteri-isteri sedia ada diperlukan oleh pihak Mahkamah. Di samping itu keterangan bakal isteri

dan wali kepada bakal isteri akan turut diambil keterangannya oleh pihak Mahkamah.

Berdasarkan peruntukan perundangan tersebut, terdapat empat perkara yang perlu diberi

perhatian dalam permohonan poligami dalam memenuhi kehendak tersebut. Pihak suami perlu

pertamanya membuktikan keupayaannya dengan mengemukakan bukti bertulis seperti laporan

perubatan tentang ketidak upayaan isteri. Keduanya suami perlu mengemukakan penyata gaji

yang menunjukkan beliau layak dari segi kewangan untuk menanggung kesemua isteri dan

anak-anak. Seterusnya, perkara ketiga dan keempat memerlukan keterangan pihak suami

sendiri atau dikemukakan dua saksi lelaki untuk mengesahkan keupayaan pihak suami untuk

memberikan layanan saksama terhadap isteri-isteri.

Beban pembuktian syarat-syarat permohonan poligami ini adalah terletak pada suami dan

suami perlu membuktikannya bukan sekadar secara lisan di hadapan Hakim tetapi juga seperti

yang telah dinyatakan, disokong dengan dokumen bertulis dan saksi-saksi yang dapat

mengesahkan kedudukan dan keterangannya. Berdasarkan setiap langkah-langkah yang perlu

dipatuhi dalam permohonan tersebut jelas menunjukkan permohonan poligami dibuat

mengikut prosedur permohonan yang lazim bagi semua kes-kes di mahkamah Syariah

mahupun mahkamah sivil. Selepas perkara-perkara asas dalam permohonan poligami telah

dipenuhi, barulah mahkamah boleh membicarakan permohonan kes poligami tersebut.

Persetujuan Isteri Dan Syarat ‘Patut Atau Perlu’ Dalam Permohonan Kes Poligami

Antara elemen penting yang ditekankan dalam permohonan poligami adalah item persetujuan

isteri memberi keizinan untuk suami berpoligami. Keupayaan suami memenuhi syarat ‘patut

atau perlu’. Isu persetujuan isteri memberi keizinan kepada suami untuk berpoligami boleh

dilihat dalam kes di antara Muhammad Asraf Mokhtar lwn Zuraini Mohamed Sohor (10400-

011-0467-2012) di Mahkamah Tinggi Syariah Selangor, Defendan telah tidak bersetuju dengan

permohonan poligami Plaintif atas faktor ekonomi yang tidak stabil. Plaintif juga gagal

mengemukakan saksi untuk menyokong kes beliau dan Mahkamah telah menolak permohonan

tersebut.

Walau bagaimanapun, keizinan isteri sahaja bukanlah alasan kukuh untuk menyebabkan

Mahkamah meluluskan permohonan suami untuk berpoligami. Sekiranya isteri telah memberi

keizinan tetapi didapati suami tidak mampu dari aspek ekonomi atau memenuhi nafkah isteri-

isteri, Mahkamah berhak memutuskan untuk tidak meluluskan permohonan tersebut. Menurut

Seksyen 23 (1) “Tiada seorang pun lelaki semasa wujudnya suatu perkahwinan boleh, kecuali

dengan mendapat kebenaran Mahkamah." .Jelas disini , kelulusan kebenaran poligami adalah

bidangkuasa Mahkamah Tinggi Syariah. Mana-mana pihak yang ingin berpoligami perlulah

Page 6: Prosedur Dan Tempoh Masa Perbicaraan Kes Permohonan ...ukmsyariah.org/wp-content/uploads/2015/12/36-Ana-Faiza-dan-Zuliza.pdf · Prosedur Dan Tempoh Masa Perbicaraan Kes Permohonan

459

memenuhi kehendak Enakmen untuk mendapat kelulusan. Penghakiman sedemikian didapati

dalam kes antara Che Muhammad Hafizi lwn Nurul Aini (Kes bil: 10300-011-0437-2011) di

Mahkamah Tinggi Syariah Selangor berkenaan permohonan Plaintif untuk berpoligami.

Walaupun Defendan bersetuju dengan permohonan Plaintif namun dengan pendapatan

sebanyak RM3,500.00 sebulan belum boleh melayakkan Plaintif untuk menanggung seorang

lagi isteri kerana Mahkamah bimbang akan kemampuan Plaintif dan untuk berlaku adil kepada

keduanya.

Seterusnya dalam kes antara Badrol Hisham Hj Muhamad Rashidi lwn Sappiah Salaton (Kes

bil: 10100-011-0246-2010) di Mahkamah Tinggi Syariah Selangor berkenaan permohonan

Plaintif untuk berpoligami. Namun Defendan tidak bersetuju kerana ragu dengan kemampuan

Plaintif dalam menanggung nafkah. Plaintif juga gagal memenuhi keperluan berpoligami

berdasarkan perkara (a), (b), (c) dan (d) iaitu:

(a) bahawa perkahwinan yang dicadangkan itu adalah patut atau perlu, memandang

kepada, antara lain, hal-hal keadaan yang berikut, iaitu, kemandulan, keuzuran jasmani,

tidak layak dari segi jasmani untuk persetubuhan, sengaja ingkar mematuhi perintah

untuk pemulihan hak-hak persetubuhan, atau gila di pihak isteri atau isteri-isteri yang

sedia ada;

(b) bahawa pemohon mempunyai kemampuan yang membolehkan dia menanggung,

sebagaimana dikehendaki oleh Hukum Syarak, semua isteri dan orang tanggungannya,

termasuk orang yang akan menjadi orang-orang tanggungannya berikutan dengan

perkahwinan yang dicadangkan itu;

(c) bahawa pemohon akan berupaya memberi layanan adil kepada semua isterinya

mengikut kehendak Hukum Syarak; dan

(d) bahawa perkahwinan yang dicadangkan tidak akan menyebabkan darar syari’e

kepada isteri atau isteri-isteri yang sedia ada.

Oleh itu apabila Plaintif tidak dapat memenuhi kehendak Enakmen tersebut maka, Mahkamah

boleh menolak permohonan Plaintif untuk berpoligami.

Terdapat juga contoh penghakiman kes yang menunjukkan keizinan isteri yang diperolehi serta

keupayaan suami memenuhi syarat ‘patut dan perlu’, telah menyebabkan hakim meluluskan

permohonannya. Merujuk kepada kes di antara Mohd Safian Abdul Rais lwn Suhaila Mohamad

Anuar (kes bil: 10100-011-0248-2011) di Mahkamah Tinggi Syariah Selangor, Defendan telah

memberi kebenaran kepada Plaintif untuk berpoligami dan disokong pula faktor ekonomi

Plaintif yang kukuh. Plaintif telah memenuhi syarat kehendak dalam Enakmen seperti ‘patut

atau perlu’, berkemampuan, adil dan tidak menyebabkan darar syarie. Oleh itu Mahkamah telah

meluluskan permohonan poligami Plaintif.

Perkataan ‘patut’ itu adalah dengan merujuk kepada penilaian kepada diri si isteri sedia ada

dengan melihat kekurangan yang wujud sepertimana yang dinyatakan dalam subseksyen 23 (5)

(a) EUUKIS 2003 berkaitan dengan kemandulan, keuzuran jasmani, tidak layak dari segi

jasmani untuk persetubuhan, sengaja ingkar mematuhi perintah untuk pemulihan hak-hak

persetubuhan, atau gila dipihak isteri atau isteri-isteri yang sedia ada. Bagi perkataan ‘perlu’

pula adalah dengan merujuk kepada penilaian diri si suami iaitu sebab atau alasan si suami

tersebut yang berkehendakkan kepada poligami tersebut.

Salah satu contoh yang menilai alasan ‘perlu’ ini sepertimana keputusan yang dibuat oleh

Jawatankuasa Rayuan Selangor dalam kes Aishah Binti Abdul Rauf lwn. Wan Mohd Yusof Bin

Wan Othman, JH 7 (2), hlm. 159 iaitu; (thn)

Page 7: Prosedur Dan Tempoh Masa Perbicaraan Kes Permohonan ...ukmsyariah.org/wp-content/uploads/2015/12/36-Ana-Faiza-dan-Zuliza.pdf · Prosedur Dan Tempoh Masa Perbicaraan Kes Permohonan

460

“Sungguhpun di dalam borang akuan dan juga kenyataan di hadapan YA Hakim,

Wan Mohd. Yusof memberi alasan untuk berpoligami bagi maksud menghalalkan

pertalian kasih sayang beliau dengan Noorkumalasari, alasan ini mungkin

mencukupi untuk memenuhi syarat "keperluan” beliau untuk berpoligami, tetapi

pada pendapat kami. ianya tidak ada kena mengena dengan soal "kepatutan" iaitu

justifikasi beliau untuk berbuat demikian tanpa sebab yang munasabah”

Jika berpandukan kepada kes tersebut, alasan yang dikemukakan untuk berpoligami tersebut

telah memenuhi syarat ‘keperluan’ untuk berpoligami. Namun begitu, keperluan itu mesti

dilihat bersama dengan ‘kepatutan’ untuk berpoligami sepertimana berikut ;

“Tidak ada justifikasi atau kepatutan diberi mengapa pemohon patut berpoligami.

Oleh yang demikian. kami berpendapat bahawa pemohon/responden telah gagal

memenuhi syarat (a) di bawah s. 23(4). dan dengan kegagalannya mematuhi syarat

yang satu ini pun sudah cukup bagi YA Hakim menolak permohonan Wan Mohd.

Yusof”

Kes tersebut telah diputuskan oleh Jawatankuasa Rayuan Selangor berdasarkan Enakmen

Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) tahun 1984, di mana subseksyen 23 (4)(a)

menyatakan bahawa ;

“bahawa perkahwinan yang dicadangkan itu adalah patut dan perlu, memandang

kepada, antara lain, hal-hal keadaan yang berikut; iaitu, kemandulan, keuzuran

jasmani, tidak layak dari segi jasmani untuk persetubuhan, sengaja ingkar

mematuhi perintah untuk pemulihan hak-hak persetubuhan, atau gila di pihak isteri

atau isteri-isteri yang sedia ada”

Dalam kes Aisyah tersebut, Jawatankuasa Rayuan Syariah telah memutuskan permohonan

poligami perlu memenuhi kehendak ‘patut dan perlu’ kedua-duanya sekali. Sekiranya suami

hanya didapati patut untuk berpoligami tetapi tidak perlu berbuat sedemikian, maka mahkamah

berhak untuk tidak meluluskan permohonan tersebut.

Walau bagaimanapun perubahan undang-undang yang berlaku menyebabkan peruntukan

subseksyen 23 (5)(a) EUUKIS 2003 yang tertera phrasa ayat ‘patut atau perlu’ menyebabkan

mahkamah hanya menilai salah satu daripada kriteria samada patut atau perlu sahaja bagi

memenuhi kehendak peruntukan subseksyen 23 (5)(a) EUUKIS 2003. Hal ini juga

diperjelaskan oleh Panel Hakim Mahkamah Rayuan Syariah Negeri Melaka di dalam kes Noor

Kamal Bin Mohammad lwn. Rusnah Bt Drauh, (Kes Rayuan Mal No. : 04000-011-0003-2011)

yang menyatakan :

“Soal pembuktian tentang keperluan dan kepatutan perlu dibukti bersama-sama

dalam kes Aisyah perlu dibezakan dari kes di hadapan kami sekarang ini kerana

telah berlaku perubahan dari segi perundangan. Perundangan Negeri Melaka 2002

melonggarkan keperluan subseksyen 23(5) (a) dengan memerlukan salah satu dari

soal ‘patut’ atau ‘perlu’ sahaja dibuktikan. Ironinya, kes Aishah sendiri memberi

panduan bahawa ‘perlu’ itu mencukupi dengan membuktikan “menghalalkan

pertalian kasih sayang”.

Dalam kes Mohammad Shahree Samsuddin lwn Hanita Mohamad Talib (kes bil: 10100-011-

0601-2013) dalam Mahkamah Tinggi Syariah Selangor, Defendan telah tidak bersetuju dengan

permohonan Plaintif untuk berpoligami kerana alasan ekonomi Plaintif yang tidak kukuh. Oleh

Page 8: Prosedur Dan Tempoh Masa Perbicaraan Kes Permohonan ...ukmsyariah.org/wp-content/uploads/2015/12/36-Ana-Faiza-dan-Zuliza.pdf · Prosedur Dan Tempoh Masa Perbicaraan Kes Permohonan

461

itu Mahkamah telah tidak meluluskan permohonan poligami Plaintif kerana tidak memenuhi

seksyen 23(5)(a),(b),(c) dan (d) seperti patut atau perlu, berkemampuan, adil dan tidak

menyebabkan darar syarie.

Elemen lain yang dipertimbangkan juga dalam permohonn poligami adalah kemampuan suami

berlaku adil terhadap isteri-isteri dan juga perkahwinan poligami tersebut tidak akan

menyebabkan berlaku dharar syarie terhadap isteri-isteri.

Seterusnya berdasarkan Seksyen 23 (6) Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri

Selangor telah memperuntukan supaya satu salinan permohonan dan akuan berkanun yang

telah dinyatakan di atas hendaklah diserahkan bersama dengan saman kepada tiap-tiap isteri

sedia ada. Prosedur menetapkan setiap permohonan poligami, saman perlu diserahkan kepada

pihak isteri. Lulus atau tidak adalah kuasa Mahkamah. Namun, jika terdapat mana-mana pihak

yang tidak berpuas hati dengan apa-apa keputusan Mahkamah maka rayuan boleh dibuat ke

atas keputusan itu.

Tempoh masa perbicaraan permohonan kes poligami juga berkait dengan faktor kehadiran

kehadiran Defendan di mahkamah. Contohnya dalam kes bil: 10400-011-0095-2012 di

Mahkamah Tinggi Syariah Selangor di antara Mohd Daip b. Yar @ Hj. Omar lwn Latifah

Kusni. Dalam kes ini Defendan enggan hadir kerana dikatakan sakit mental. Namun Plaintif

sendiri tidak komited dengan kehadiran ke Mahkamah. Setelah beberapa kali kedua pihak tidak

hadir, akhirnya kes ini telah dibuang. Ini berdasarkan seksyen 121 (1) (a) Enakmen Tatacara

Mal Mahkamah Syariah ( Negeri Selangor ) 2003 apabila tiada satu pihak yang hadir,

Mahkamah boleh membuang tindakan itu.

Apabila saman diterima, pihak defendan mempunyai hak di sisi undang-undang untuk

menjawab permohonan suami tersebut. Seksyen 64 Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah

(Selangor) 2003 memberi hak kepada defendan yang mempertikaikan keseluruhan atau

sebahagian tuntutan Plaintif, untuk memfailkan suatu pembelaan mengikut cara yang

ditetapkan. Pembelaan itu boleh difailkan sama ada sebelum tarikh sebutan yang mana si isteri

perlu hadir, atau difailkan pada tarikh sebutan berkenaan, atau pada suatu tarikh lain yang

dibenarkan Mahkamah. Kehadiran Defendan bukan semata-mata untuk membela diri, malah

ia juga untuk kepentingan dan masa hadapan anak-anak. Kehadiran Defendan juga boleh

membantu Mahkamah membuat keputusan dengan adil, yang lebih disukai Allah dan lebih

hampir kepada kebenaran.

Subseksyen 121 (1) (b) Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Selangor) 2003

memperuntukkan: "Jika, apabila mana-mana tindakan dipanggil untuk pendengaran, Defendan

tidak hadir, Mahkamah boleh, tertakluk kepada bukti penyampaian wajar, mendengar dan

memutuskan tindakan itu tanpa kehadirannya. Mahkamah hendaklah, sebelum membuat apa-

apa penghakiman mengenai tuntutan Plaintif di bawah (1) (b), mengikut mana-mana

berkenaan, mengangkat sumpah istizhar ( Mohd Nadzri Abdul Rahman Ibrahim 2010 ).

Sebagaimana kes bil: 10300-011-0294-2014 di Mahkamah Tinggi Syariah Selangor di antara

Rozi Ali lwn Rozeiaidawati Ismail. Dalam kes ini Defendan telah menerima saman namun

enggan hadir dan enggan masuk campur urusan Plaintif. Berdasarkan faktor nafkah atau

kewangan Plaintif telah memenuhi syarat menyebabkan Mahkamah telah meluluskan

permohonan tersebut.

Page 9: Prosedur Dan Tempoh Masa Perbicaraan Kes Permohonan ...ukmsyariah.org/wp-content/uploads/2015/12/36-Ana-Faiza-dan-Zuliza.pdf · Prosedur Dan Tempoh Masa Perbicaraan Kes Permohonan

462

Tempoh Masa Prosedur Permohonan Poligami Di Selangor

Jadual 2 menunjukkan tempoh perjalanan kes permohonan poligami memakan masa yang agak

lama dan tidak konsisten di antara kes-kes. Sungguhpun pihak isteri memberi izin namun

prosedur perjalanan kes masih perlu dipatuhi bermula dari proses penyampaian sehinggalah

pliding sempurna dan proses perbicaraan bermula dengan keterangan Plaintif dan saksi-saksi,

diikuti pula keterangan Defendan yang terdiri dari isteri atau isteri-isteri, keterangan bakal isteri

dan juga bakal wali. Proses ini diteruskan dengan pihak-pihak memberi hujah penutup sebelum

Hakim memberi keputusan dan di akhiri dengan Mahkamah memberi keputusan kes tersebut.

Jadual 2 menunjukkan kes-kes paling minima tempoh diselesaikan dalam masa 2 bulan 22 hari

seperti dalam kes Shamsul Bahrin lwn Norhayati (kes bil: 10100-011-0326-2013) dan maksima

tempohnya pula selama 9 bulan seperti dalam kes Muhammad Asraf Mokhtar lwn Zuraini

Mohamed Sohor (10400-011-0467-2012). Proses ini merupakan prosedur biasa yang perlu

dilalui oleh pihak-pihak yang membuat permohonan di Mahkamah Tinggi Syariah berdasarkan

statut yang diperuntukkan bukanlah masalah birokrasi yang sengaja digembar-gemburkan oleh

sebahagian pihak yang menunjukkan kelemahan pihak Mahkamah yang sengaja melewat-

lewatkan kes. Ini semata-mata hanya untuk menjaga keadilan semua pihak, Mahkamah hanya

menurut sebagaimana yang termaktub dalam undang-undang sahaja.

Jadual 2: Tempoh Kes-Kes Tersebut Semasa Perjalanan Prosiding

Bil: No. Kes Pihak-Pihak Tarikh

Daftar

Tarikh

Selesai

Keputusan Tempoh

Masa

1.

10100-

011-0326-

2013

Shamsul Bahrin lwn

Norhayati

25.6.2013 17.9.2013 Permohonan

diluluskan.

2 bulan 22

hari

2.

10400-

011-0095-

2012

Mohd Daip b. Yar

@ Hj. Omar lwn

Latifah Kusni

30.1.2012 8.8.2012 Kes

dibuang.

6 bulan 8 hari

3.

10100-

011-0601-

2013

Mohammad

Shahree Samsuddin

lwn Hanita

Mohamad Talib

17.12.201

3

17.6.2014 Permohonan

ditolak.

6 bulan

4.

10100-

011-0248-

2011

Mohd Safian Abdul

Rais lwn Suhaila

Mohamad Anuar

29.6.2011 16.11.2011 Permohonan

diluluskan.

4 bulan 17

hari

5.

10100-

011-0246-

2010

Badrol Hisham Hj

Muhamad Rashidi

lwn Sappiah

Salaton

28.7.2010 10.3.2011 Permohonan

ditolak.

7 bulan 12

hari

Page 10: Prosedur Dan Tempoh Masa Perbicaraan Kes Permohonan ...ukmsyariah.org/wp-content/uploads/2015/12/36-Ana-Faiza-dan-Zuliza.pdf · Prosedur Dan Tempoh Masa Perbicaraan Kes Permohonan

463

6.

10400-

011-0467-

2012

Muhammad Asraf

Mokhtar lwn

Zuraini Mohamed

Sohor.

27.4.2012 13.2.2013 Permohonan

ditolak.

9 bulan 16

hari

Sumber : Jabatan Kehakiman Syariah Selangor ( JAKESS )

Kesimpulannya, poligami adalah suatu kelonggaran yang terhad dan bersyarat. Ia bukanlah

hukum asas perkahwinan Islam tetapi jika ada hajat syar’ie sahaja. Lebih besar mudarat

menutup terus pintunya dari membukanya sebagai jalan penyelesaian kepada masyarakat Barat

dan masyarakat lain. Selain daripada itu, Islam juga mengharamkan poligami tanpa batas yang

boleh menimbulkan berbagai masalah keluarga dan penyakit masyarakat. Janganlah poligami

dibenci atas alasan tidak ada lelaki yang mampu berlaku adil, walaupun sebenarnya masih ada

wanita yang rela berkongsi kebahagiaan dengan wanita lain di bawah naungan seorang suami.

Analisis Terhadap Tempoh Masa Perbicaraan Kes Permohonan Kebenaran Poligami

Dari Tahun 2009 Sehingga Tahun 2013

Tempoh masa merupakan lama masa perbicaraan sesuatu kes dari mula pendaftaran sehingga

selesai keputusan diberikan. Isu perbicaraan kes permohonan kebenaran poligami yang sering

dikatakan rigid dan lambat telah mendapat perhatian penulis agar kajian tempoh masa perlu

dijalankan. Dalam analisis terhadap tempoh masa perbicaraan permohonan kebenaran poligami

dari tahun 2009 sehingga 2013 telah mendapati hasil dapatan seperti dalam Jadual 3 yang

menunjukkan statistik antara tahun 2009 – 2013, iaitu dalam tempoh 5 tahun, kebanyakan kes

dapat diselesaikan dalam tempoh tidak melebihi 3 bulan iaitu sebanyak 44% yang mewakili

210 kes menjalani tempoh perbicaraan tidak melebihi 3 bulan daripada 477 kes

keseluruhannya. Tempoh masa paling singkat kes diselesaikan tidak melebihi 1 bulan sebanyak

20% yang mewakili 95 kes telah menjalani tempoh perbicaraan tidak melebihi 1 bulan

daripada 477 kes keseluruhannya. Kajian mendapati tempoh paling singkat adalah selama 3

hari .Manakala tempoh masa paling lama kes diselesaikan melebihi 1 tahun sebanyak 3% yang

mewakili 13 kes telah menjalani tempoh perbicaraan melebihi 1 tahun daripada 477 kes

keseluruhannaya. Kajian mendapati tempoh paling lama adalah selama 2 tahun 9 bulan 5 hari.

Jadual 3: Tempoh masa perbicaraan permohonan kebenaran poligami

Tempoh

Tahun

< 1 bulan

< 3 bulan

< 6 bulan

< 1 tahun

>1 tahun

Jumlah

2009 2 11 14 13 1 41

2010 8 32 22 15 6 83

2011 12 53 33 5 1 104

2012 52 64 11 13 1 141

2013 21 50 22 11 4 108

Jumlah

Keseluruhan

95

(20%)

210

(44%)

102

(21%)

57

(12%)

13

(3%)

477

(100%) Sumber : Jabatan Kehakiman Syariah Selangor ( JAKESS )

Carta 1: Tempoh Masa Perbicaraan Kes Permohonan Kebenaran Poligami

Page 11: Prosedur Dan Tempoh Masa Perbicaraan Kes Permohonan ...ukmsyariah.org/wp-content/uploads/2015/12/36-Ana-Faiza-dan-Zuliza.pdf · Prosedur Dan Tempoh Masa Perbicaraan Kes Permohonan

464

Carta 1 seperti di atas menunjukkan peratusan tempoh masa paling banyak diselesaikan adalah

dalam tempoh tidak melebihi 3 bulan yang mewakili 44% iaitu sebanyak 210 kes daripada 477

kes keseluruhannya. Manakala tempoh masa perbicaraan paling panjang atau lama adalah

melebihi 1 tahun yang mewakili 3% iaitu sebanyak 13 kes daripa 477 kes keseluruhannya.

Tempoh masa paling cepat diselesaikan adalah tidak melebihi 1 bulan yang mewakili 20% iaitu

sebanyak 95 kes daripada 477 kes keseluruhannya.

Analisis juga dibuat terhadap contoh-contoh perjalanan kes permohonan kebenaran poligami

di Mahkamah Tinggi Syariah Selangor tahun 2009 hingga tahun 2013. Hasil analisis

menunjukkan tempoh masa perjalanan kes dari mula pendaftaran sehingga selesai keputusan

adalah seperti yang dinyatakan dalam Jadual 4 menunjukkan perjalanan sesuatu kes tersebut

bergantung kepada pihak-pihak itu sendiri. Sekiranya tiada bantahan dari pihak Defendan,

maka perjalanan kes akan jadi lebih mudah dan cepat, seperti kes Norlizan b. Abdullah dan

Defendan- Nurjannah bt. Abdullah (kes bil : 10400-011-0712-2012) . Fakta dalam kes ini

menunjukkan Defendan tiada bantahan terhadap tuntutan Plaintif. Defendan bersetuju dan

mengizinkan permohonan kebenaran berpoligami dari Plaintif. Kes telah didaftarkan pada

22hb. Jun, 2012 dan pada 25hb. Jun, 2012, mahkamah telah mendengar keterangan Plaintif,

Defendan serta bakal isteri dan juga bakal wali. Seterusnya Mahkamah telah memberi

keputusan pada hari yang sama.

Berbeza pula dengan kes Ibrahim b. Ishak dengan Siti Saoyah bt. Ibrahim ( kes bil: 10300-

011-0166-2009), Defendan tidak bersetuju dengan tuntutan Plaintif. Oleh itu perjalanan kes ini

panjang dan lama kerana pliding perlu dilengkapkan untuk keadilan semua pihak. Keterangan

pihak-pihak juga perlu diperhalusi dan direkodkan dengan sempurna kerana Mahkamah akan

meneliti keseluruhan keterangan pihak-pihak dan dokumen yang akan menyokong

permohonan ini. Oleh itu perjalanan kes ini agak panjang kerana kedua pihak perlu

mempertahankan pendirian masing-masing dengan pembuktian yang kukuh. Kes ini

mengambil tempoh masa selama 2 tahun 9 bulan 5 hari untuk diselesaikan dengan keputusan

diluluskan oleh Mahkamah.

Jadual 4 : Perjalanan Kes Permohonan Kebenaran Poligami

20%

44%

21%

12%

3%

Tempoh perbicaraan kes permohonan kebenaran poligami bagi yang diluluskan dan yang ditolak

dari tahun 2009-2013

Dlm masa 1 bulan Dalam masa 3 bulan Dalam masa 6 bulan

Dalam masa 1 tahun Lebih 1 tahun

Page 12: Prosedur Dan Tempoh Masa Perbicaraan Kes Permohonan ...ukmsyariah.org/wp-content/uploads/2015/12/36-Ana-Faiza-dan-Zuliza.pdf · Prosedur Dan Tempoh Masa Perbicaraan Kes Permohonan

465

Bil.

No. Kes

Pihak-Pihak

Sebutan / Perbicaraan

1.

10400-

011-0712-

2012

Plaintif- Norlizan b. Abdullah

Defendan- Nurjannah bt.

Abdullah ( setuju )

Daftar- 22.6.2012

Bicara & Keputusan- 25.6.2012 ( Lulus )

Tempoh masa: 3 hari

2.

10400-

011-0298-

2013

Plaintif- Mohd Johari b. Sepet

Defendan- Salina bt. Mohd

Hasim ( x setuju )

Daftar- 11.6.2013

Sebutan- 1.7.2013

Sebutan-19.8.2013

Sebutan- 23.9.2013

Sebutan-13.11.2013

Sebutan-15.1.2014

Sebutan- 19.2.2014

Perbicaraan- 19.5.2014

Perbicaraan- 4.6.2014

Perbicaraan- 7.7.2014

Hujah Penutup- 18.8.2014

Keputusan- 25.8.2014 ( Tolak )

Tempoh masa: 1 tahun 2 bulan 7 hari

3.

10100-

011-0094-

2013

Plaintif- Zulhisyam b. Hashim

Defendan- Nirlawita bt.

Mohamad Lazim ( setuju )

Daftar- 22.2.2013

Perbicaraan- 11.3.2013

Keputusan- 25.3.2013 ( Lulus )

Tempoh masa:1 bulan 3 hari

4. 10300-

011-0799-

2012

Plaintif- Mohd Azri b. Deraman

Defendan- Assnim bt. Abd Samad

( setuju )

Daftar- 1.11.2012

Perbicaraan- 8.11.2012

Perbicaraan- 10.12.2012

Hujah Penutup- 21.1.2013

Keputusan- 31.1.2013 ( Lulus )

Tempoh masa: 2 bulan 30 hari

5.

10400-

011-0200-

2010

Plaintif- Faizal b. Shani

Defendan- Hilda Rozita bt. Mohd

Raffali ( setuju )

Daftar- 24.6.2010

Perbicaraan- 25.6.2010

Keputusan- 28.6.2010 ( Lulus )

Tempoh masa: 4 hari

6.

Daftar- 5.4.2011

Page 13: Prosedur Dan Tempoh Masa Perbicaraan Kes Permohonan ...ukmsyariah.org/wp-content/uploads/2015/12/36-Ana-Faiza-dan-Zuliza.pdf · Prosedur Dan Tempoh Masa Perbicaraan Kes Permohonan

466

10100-

011-0129-

2011

Plaintif- Mohamad Zahri b.

Samingon

Defendan- Siti Rohana bt. Saad

( terpaksa setuju & tidak hadir )

Sebutan-19.4.2011

Sebutan- 24.5.2011

Sebutan- 16.6.2011

Tangguh- 13.7.2011 ( MTS pindah )

Sebutan- 16.8.2011

Sebutan- 5.10.2011 ( Dokumen Plantif

tidak lengkap )

Tangguh- 24.10.2011- ( P/D tidak hadir )

Sebutan-14.12.2011- (Hakim Kursus )

Tangguh- 19.1.2012- ( P/D tidak hadir )

Sebutan- 28.3.2012

Perbicaraan- 7.8.2012

Perbicaraan- 24.9.2012

Perbicaraan-22.1.2013

Tangguh -30.4.2013 ( P/D tidak hadir )

Hujah Penutup- 11.6.2013

Keputusan- 29.7.2013 ( Lulus )

Tempoh masa: 2 tahun 3 bulan 24 hari

7.

10300-

011-0143-

2010

Plaintif- S.M. Jamal Asmath

Defendan- Nur Jahan Begum

( setuju & tidak hadir )

Daftar- 5.5.2010

Sebutan- 25.10.2010

Sebutan- 20.12.2010

Tangguh-17.2.2010 ( Hakim mesyuarat)

Sebutan- 13.3.2010

Sebutan- 11.4.2011 ( Mahkamah arah

Plaintif lantik peguam )

Tangguh- 11.7.2011 ( MTS pindah )

Perbicaraan- 15.9.2011

Perbicaraan- 24.10.2011

Hujah penutup- 10.11.2012

Keputusan- 8.12.2011 ( Lulus )

Tempoh masa: 1 tahun 7 bulan 3 hari

8.

Plaintif- Ibrahim b. Ishak

Daftar- 29.6.2009

Page 14: Prosedur Dan Tempoh Masa Perbicaraan Kes Permohonan ...ukmsyariah.org/wp-content/uploads/2015/12/36-Ana-Faiza-dan-Zuliza.pdf · Prosedur Dan Tempoh Masa Perbicaraan Kes Permohonan

467

10300-

011-0166-

2009

Defendan- Siti Saoyah bt.

Ibrahim ( x setuju & hadir )

Sebutan- 9.7.2009

Sebutan-17.8.2009

Sebutan-5.10.2009

Sebutan-29.10.2009

Sebutan-8.12.2009

Sebutan-12.1.2010

Perbicaraan- 4.2.2010

Perbicaraan- 13.4.2010

Tangguh- 19.5.2010 ( Hakim periksa )

Perbicaraan- 22.7.2010

Perbicaraan- 26.7.2010

Perbicaraan- 1.9.2010

Perbicaraan- 27.10.2010

Tangguh- 25.11.2010 ( Hakim cuti )

Perbicaraan-16.12.2010

Tangguh-25.1.2011(Hakim mesyuarat)

Perbicaraan-22.2.2011

Perbicaraan-10.3.2011

Perbicaraan-30.3.2011

Perbicaraan-12.4.2011

Perbicaraan-4.5.2011

Tangguh- 1.6.2011 ( Hakim cuti sakit )

Perbicaraan-26.7.2011

Perbicaraan-7.9.2011

Perbicaraan-12.10.2011

Perbicaraan-17.11.2011

Perbicaraan- 1.2.2012

Hujah Penutup- 8.3.2012

Keputusan- 3.4.2012 ( Lulus )

Tempoh masa: 2 tahun 9 bulan 5 hari

Sumber: dari Jabatan Kehakiman Syariah Selangor

Hasil analisis berkaitan tempoh masa perbicaraan kes permohonan kebenaran poligami

mendapati hanya sebanyak 3% sahaja iaitu mewakili 13 kes yang tempoh perbicaraannnya

melebihi 1 tahun daripada 477 kes. Setelah kajian dibuat keatas fail-fail kes dan temuramah

dengan Yang Arif Tuan Mawardi bin Che Man dan Yang Ariff Tuan Salehan bin Yatim Hakim

Mahkamah Tinggi Syariah (2015), mendapati bahawa faktor-faktor kelewatan dalam

penyelesaian kes permohonan kebenaran poligami adalah seperti kesukaran dalam proses

menyampaian saman terhadap Defendan sebagaimana kes saman no. 10300-011-0143-2010 di

antara S.M. Jamal Asmath dan Nur Jahan Begum. Dalam kes ini Defendan tinggal di

Bangladesh dan proses penyampaian terhadap Defendan memakan masa yang agak lama.

Faktor seterusnya ialah apabila tiada keizinan dari pihak isteri sebagaimana kes saman no.

10400-011-0298-2013 di antara Mohd Johari b. Sepet dan Salina bt. Mohd Hasim. Dalam kes

ini Defendan tidak bersetuju. Oleh itu pliding perlu disempurnakan dan perbicaraan penuh

dijalankan.

Page 15: Prosedur Dan Tempoh Masa Perbicaraan Kes Permohonan ...ukmsyariah.org/wp-content/uploads/2015/12/36-Ana-Faiza-dan-Zuliza.pdf · Prosedur Dan Tempoh Masa Perbicaraan Kes Permohonan

468

Tempoh masa tersebut juga berkait dengan prosedur perbicaraan yang perlu dipatuhi. Bagi

menentukan atau membenarkan suatu tuntutan kebenaran poligami diluluskan oleh Mahkamah,

maka keperluan penilaian kepada 4 aspek yang termaktub subseksyen 23 (5) (a-d) EUUKIS

2003 adalah perlu dilakukan. Semua aspek yang digariskan tersebut mesti dipenuhi satu persatu

sebelum Mahkamah boleh memberi kebenaran untuk berpoligami. Mahkamah perlu menilai

isu kemampuan, patut atau perlu dan perincian terhadap syarat-syarat atau kriteria bagi seorang

suami untuk berpoligami menurut undang-undang hendaklah diteliti sebelum keputusan dibuat.

Seterusnya, perbicaraan menjadi panjang apabila kes ini tiada persetujuan dan menjadi kes

yang berlawan. Lebih-lebih lagi kedua pihak diwakili oleh peguam masing-masing.

Sebagaimana kes saman no. 10300-011-0166-2009 di antara Plaintif- Ibrahim b. Ishak yang

diwakili oleh Tetuan Juraish & Associates dan Defendan- Siti Saoyah bt. Ibrahim yang

diwakili oleh Pn Norlaili dari Unit Guaman Syarie Bahagian Undang-Undang Jabatan Agama

Islam Selangor.

Kesimpulan

Berdasarkan penjelasan berkaitan prosedur permohonan poligami, dan kajian keatas tempoh

masa perbicaraan kes permohonan kebenaran poligami di Mahkamah Tinggi Syariah Selangor

mendapati tempoh masa perbicaraan bagi kes permohonan kebenaran poligami majoritinya

selesai dalam masa 3 bulan. Malah ada yang lebih cepat dari itu hanya selama 3 hari sahaja.

Oleh itu isu kelewatan atau lambat seharusnya tidak timbul dan menjadi tohmahan kepada

Mahkamah Syariah dalam mengendalikan kes permohonan kebenaran poligami.

Mahkamah perlu mengadili kedua-dua pihak sama ada pihak suami mahupun pihak isteri.

Sekiranya kemudaratan lebih maksima daripada kehendak perkahwinan itu sendiri maka

mahkamah perlu membuat keputusan adil dan saksama. Di negara kita, selain suami mesti adil

seperti yang ditetapkan oleh syariat, suami yang hendak berpoligami juga perlu mendapat

kebenaran bertulis dari Mahkamah Syariah. Syarat tambahan yang digubal tidak lain bertujuan

bagi melindungi hak wanita yang terlibat dengan institusi kekeluargaan poligami. Oleh sebab

itu, umat Islam baik lelaki mahupun wanita terutama yang sudah berkahwin diharapkan

meneliti sunnah Rasulullah ini sepenuhnya. Namun perlu diingat, tidak semua lelaki layak

berpoligami selagi mereka tidak boleh mengikut apa yang dilakukan oleh Rasulullah saw.

Rujukan

Al-Zarqa’, Sheikh Ahmad Ibn Sheikh Muhammad, 1989. Syarah al-Qawa’id al-

Fiqhiyyah. Beirut: Dar al-Qalam.

Amir Husin Md Nor dan Siti Safwati Binti Mohd . 2003. Faktor Penyebab Perkahwinan Tanpa

Kebenaran Di Luar Negara: Satu Kajian Di Mahkamah Rendah Syariah Muar. Bangi :

Universiti Kebangsaan Malaysia ( UKM )

Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Negeri Selangor )2003

Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor )2003

Page 16: Prosedur Dan Tempoh Masa Perbicaraan Kes Permohonan ...ukmsyariah.org/wp-content/uploads/2015/12/36-Ana-Faiza-dan-Zuliza.pdf · Prosedur Dan Tempoh Masa Perbicaraan Kes Permohonan

469

Hamidah Harun. 2013. Perkahwinan Tanpa Kebenaran Di Mahkamah Syariah Wilayah

Persekutuan Kuala Lumpur.Bangi : Universiti Kebangsaan Malaysia ( UKM )

Imran Yusuf. 2007. Tip-Tip Poligami. Batu Caves: PTS Publications & Distributors Sdn Bhd

Intan Nadia Ghulam Khan, Hasnizam Hashim, Haliza A. Shukor dan Nabilah Yusof. 2012.

Nikah Sindiket Di Malaysia. Nilai: Universiti Sains islam Malaysia ( USIM )

Mawardi Che Man. 2015. Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Selangor. Temubual, 28

Oktober

Mohamad Som bin Sujimon & Abdul Basir bin Mohamad .2006. Fikah Kekeluargaan. Kuala

Lumpur: IIUM Press.

Mohd Nadzri Haji Abdul Rahman Ibrahim. 2010. Undang-Undang Tatacara Mal Mahkamah

Syariah Prinsip dan Amalan. Kuala Lumpur: Anugerah Cekal Sdn. Bhd.

Mohd Nasran Mohamad et.al 2008 Perkahwinan Luar Negara Tanpa Kebenaran Di Selatan

Thailand. Bangi: FPI UKM

Mohd Syarifuddin Sajimon.2006 .Poligami Menurut Perundangan. Majalah MAIS keluaran

bulan Februari . Shah Alam: MAIS.

Raihanah Haji Abdullah. 2009. Penangguhan Kes Di Mahkamah Syariah Cabaran Dan

Penyelesaian. dalam Jurnal Syariah, Jil.17, Bil. 1

Salehan Yatim. 2015. Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Selangor. Temubual, 9 Oktober

RUJUKAN KES

Aishah binti Abdul Rauf lwn Wan Mohd Yusof bin Wan Othman[ 1991] 7(2) JH 152 & 159

Badrol Hisham Hj Muhamad Rashidi lwn Sappiah Salaton

10100-011-0246-2010

Muhammad Asraf Mokhtar lwn Zuraini Mohamed Sohor.

10400-011-0467-2012

Mohd Daip b. Yar @ Hj. Omar lwn Latifah Kusni.

10400-011-0095-2012

Mohammad Shahree Samsuddin lwn Hanita Mohamad Talib.

10100-011-0601-2013

Mohd Safian Abdul Rais lwn Suhaila Mohamad Anuar.

Page 17: Prosedur Dan Tempoh Masa Perbicaraan Kes Permohonan ...ukmsyariah.org/wp-content/uploads/2015/12/36-Ana-Faiza-dan-Zuliza.pdf · Prosedur Dan Tempoh Masa Perbicaraan Kes Permohonan

470

10100-011-0248-2011

Rozi Ali lwn Rozeiaidawati Ismail.

10300-011-0294-2014

Shamsul Bahrin lwn Norhayati

10100-011-0326-2013

Noor Kamal Bin Mohammad lwn. Rusnah Bt Drauh,

04000-011-0003-2011

Norlizan b. Abdullah lwn Nurjannah bt. Abdullah

10400-011-0712-2012

Mohd Johari b. Sepet lwn Salina bt. Mohd Hasim

10400-011-0298-2013

Zulhisyam b. Hashim lwn Nirlawita bt. Mohamad Lazim

10100-011-0094-2013

Mohd Azri b. Deraman lwn Assnim bt. Abd Samad

10300-011-0799-2012

Mohamad Zahri b. Samingon lwn Siti Rohana bt. Saad

10100-011-0129-2011

Faizal b. Shani lwn Hilda Rozita bt. Mohd Raffali

10400-011-0200-2010

Ibrahim b. Ishak lwn Siti Saoyah bt. Ibrahim

10300-011-0166-2009

S.M. Jamal Asmath lwn Nur Jahan Begum

10300-011-0143-2010