47
PROSEDUR PERBICARAAN Oleh:

Prosedur perbicaraan

Embed Size (px)

DESCRIPTION

 

Citation preview

Page 1: Prosedur perbicaraan

PROSEDUR PERBICARAAN

Oleh:

Page 2: Prosedur perbicaraan

Pada hari perbicaraan…

• Semak kes dengan pembantu mahkamah

• Semak kehadiran semua saksi

• Pastikan anak guam dan semua saksi bersedia

• Berikan sepenuh tumpuan dan perhatian kepada perbicaraan

• Perlu peka dan berfikiran kritis

Page 3: Prosedur perbicaraan

1. Kenyataan Pembukaan

Cth: Bismillahirrahmanirrahim..dengan izin Yang Arif…Nama saya Azizah binti Mat Rashid, peguam syarie bagi Plaintif dalam tindakan ini. Hari ini ditetapkan untuk bicara dan pihak kami bersedia untuk meneruskan perbicaraan Yang Arif…

Page 4: Prosedur perbicaraan

Maklumkan….

• Plaintif mempunyai empat orang saksi dan kami difahamkan defendan mempunyai dua orang saksi yang Arif. Saya percaya semua pihak telah bersedia yang Arif…

Page 5: Prosedur perbicaraan

Jangan lupa….

• sediakan ikatan dokumen yang mengandungi semua dokumen yang ingin dibuktikan di mahkamah seperti

- resit-resit

- surat-surat pengesahan

- dokumen-dokumen pemilikan seperti SNP, geran dan sebagainya

Page 6: Prosedur perbicaraan

2. Pemeriksaan utama

Pemeriksaan utama dilakukan oleh Plaintif degan memanggil saksi pertama untuk memberi keterangan.

Ingatkan saksi supaya menjawab hanya soalan yang ditanya dengan jelas dan menghala ke arah hakim. Jangan terlalu perlahan dan jangan terlalu laju ketika memberi keterangan

Page 7: Prosedur perbicaraan

Contoh peringatan…

• En Ali, saya akan mengemukakan beberapa soalan di peringkat pemeriksaan utama ini, sila encik jawab dengan jelas dan menghadap kepada yang arif hakim…

Page 8: Prosedur perbicaraan

Kemahiran menyoal….

• Mulakan dengan soalan-soalan asas seperti:

i) sila maklumkan nama penuh puan kepada mahkamah

ii) Apa hubungan puan dengan Plaintif dalam tindakan ini?

Page 9: Prosedur perbicaraan

iii) Puan tahu kenapa puan dipanggil pada hari ini?

iv) Sudah berapa lama puan mengenali Defendan?

v) Boleh puan ceritakan apa sebenarnya yang berlaku pada hari tersebut?

Page 10: Prosedur perbicaraan

Ingatan…

• Pastikan soalan yang ditanya berkaitan dengan kes kerana…… pihak lawan berhak membantah sekiranya soalan adalah tidak relevan dengan kes

• Sebaiknya tanya soalan yang memerlukan saksi memberi jawapan tantang fakta kes

Page 11: Prosedur perbicaraan

• Elakkan soalan berbentuk memimpin . Peguam pihak lawan berhak membantah

• Jangan lupa rujuk kepada dokumen-dokumen yang hendak dibuktikan kepada mahkamah

Page 12: Prosedur perbicaraan

Dapatkan izin/kebenaran mahkamah untuk melakukan sesuatu tindakan

• Sentiasa gunakan bahasa dan intonasi yang sesuai

Page 13: Prosedur perbicaraan

• Contoh:

Dengan izin yang arif, mohon untuk merujuk kepada muka surat 3 ikatan dokumen Defendan.(slip transfer RM300)

Page 14: Prosedur perbicaraan

Sambungan…..

• Soalan: En. Nasir,boleh encik maklumkan kepada Mahkamah, dokumen apakah ini?

• Jawapan: slip bank in duit.

• Boleh Encik beritahu mahkamah berapakah jumlah wang yang dimasukkan?

• Jawapan:RM300

Page 15: Prosedur perbicaraan

Sambungan…….

Soalan: Bayaran RM300 untuk siapa?

Jawapan: Untuk anak-anak

Soalan: Encik bayar terus kepada akaun anak-anak?

Jawapan: Tidak, saya masukkan ke dalam akaun bekas isteri saya

Page 16: Prosedur perbicaraan

3. Pemeriksaan balas

• Pemeriksaan balas dilakukan oleh peguam syarie pihak lawan bagi tujuan menggugat keterangan saksi

• Biasanya soalan memerlukan dua pilihan jawapan spt ya/tidak, setuju/tidak setuju, betul/tidak

Page 17: Prosedur perbicaraan

Sambungan……

• Soalan di peringkat ini agak mengelirukan saksi

• Saksi perlu berhati-hati ketika menjawab dan perlu memikirkan implikasi jawapan

• Biasanya, setiap soalan mesti bersebab

Page 18: Prosedur perbicaraan

Contoh…

• Saya cadangkan bahawa puan sebenarnya tidak mendengar secara jelas apa yang diucapkan oleh Defendan

• Setuju atau tidak jika saya katakan bahawa encik sebenarnya tidak pernah tahu di mana anak encik bersekolah?

Page 19: Prosedur perbicaraan

4. Pemeriksaan Semula

• Pada peringkat ini, Peguam syarie boleh menyoal semula anak guam atau saksi berhubung mana-mana soalan peguam syarie pihak lawan bagi membetulkan semula keteranganyang telah diberikan oleh saksi

• Jangan tanya soalan baru/yang tidak ditanya semasa pemeriksaan balas

Page 20: Prosedur perbicaraan

Contoh..

• Soalan: Sebentar tadi, encik mengatakan setuju bahawa encik kerap tidak pulang ke rumah apabila ditanya oleh peguam syarie Plaintif. Boleh encik jelaskan kepada mahkamah, kenapa encik tidak pulang ke rumah?

• Jawapan: Saya mendapat satu projek di Dubai. Jadi saya kerap berulang-alik ke sana untuk memantau projek

Page 21: Prosedur perbicaraan

Pastikan...

• Semua keterangan, pemeriksaan dan jawapan setiap saksi direkodkan dan dicatatkan

• Semua dokumen yang dikemukakan di Mahkamah ditandakan sebagai P1/D1…

Page 22: Prosedur perbicaraan

Mengapa perlu rekod?

• Pihak-pihak perlu menyediakan hujahan selepas perbicaraan

• Hujahan perlu disediakan berdasarkan kepada perbicaraan

• Rujuk semula kepada semua catatan keterangan.

Page 23: Prosedur perbicaraan

HUJAHAN

Page 24: Prosedur perbicaraan

Bagaimana untuk menyediakan hujahan??

• Hujahan boleh dibuat sama ada secara lisan atau bertulis mengikut arahan mahkamah

Lazimnya, pihak-pihak lebih berminat untuk menyediakan hujahan secara bertulis berbanding lisan

Page 25: Prosedur perbicaraan

Kebiasaannya……

• Mahkamah akan mengarahkan pihak Plaintif untuk menyediakan hujahannya terlebih dahulu setelah selesai semua saksi-saksi bagi semua pihak memberi keterangan

Page 26: Prosedur perbicaraan

Seterusnya…..

• Setelah Plaintif memfailkan hujahan dan menyerahkan hujahannya kepada Defendan,

• Defendan perlu memfailkan hujahan balas dan menyerahkannya kepada Plaintif

Page 27: Prosedur perbicaraan

Apa yang perlu ada di dalam Hujahan?

Page 28: Prosedur perbicaraan

Format Hujahan?

• Sebenarnya, tidak ada format yang khusus untuk menyediakan hujahan.

• Ia bergantung kepada cara dan gaya seseorang peguam syarie

• Walau bagaimanapun, ia haruslah jelas, lengkap, teratur dan mudah difahami

Page 29: Prosedur perbicaraan

Contoh Kandungan Hujahan

1. Latar belakang tuntutan – Terangkan secara ringkas fakta kes

2. Isu-isu yang perlu diputuskan di dalam tuntutan

3. Hujahan syarie - berdasarkan kepada keterangan dan bukti-bukti yang dikemukakan bagi setiap isu yang dibangkitkan

Page 30: Prosedur perbicaraan

Sambungan…..

4.Otoriti - Kuatkan hujahan anda dengan mengemukakan seberapa banyak otoriti, dari segi hukum syarak, statu, kes dsb.

5.Pendirian anda berhubung tuntutan

6.Akhiri hujahan dengan membuat permohonan

Page 31: Prosedur perbicaraan

Cara Menyediakan Hujahan

1. Rujuk semula kepada catatan anda berhubung semua keterangan saksi di peringkat pemeriksaan utama, pemeriksaan balas dan pemeriksaan semula.

- Untuk melihat apakah keterangan yang diberikan oleh saksi

Page 32: Prosedur perbicaraan

Sambungan…..

2. Bandingkan keterangan setiap saksi di setiap peringkat pemeriksaan

- Utuk melihat sama ada saksi memberi keterangan yang sama atau berbeza-beza

Page 33: Prosedur perbicaraan

Sambungan….

3. Teliti dan analisa keterangan serta dokumen-dokumen yang dikemukakan.

- Untuk melihat sama ada saksi-saksi bercakap benar atau berbohong semasa memberi keterangan

- Untuk melihat sama ada dokumen yang dikemukakan adalah sah, asli atau direka-reka

Page 34: Prosedur perbicaraan

Sambungan…

4. Hujahkan sama ada keterangan yang diberikan oleh setiap saksi Plaintif telah menyokong tuntutan atau atau sebaliknya

5. Hujahkan sama ada keterangan-keterangan/dokumen-dokumen yang telah dikemukakan oleh Plaintif boleh membuktikan tuntutannya atau tidak

Page 35: Prosedur perbicaraan

Sambungan….

6. Hujahkan sama ada saksi bercakap benar atau tidak dan

7. Hujahkan sama ada keterangan saksi yang dikemukakan boleh diterima atau perlu ditolak

Page 36: Prosedur perbicaraan

Sambungan….

8. Nyatakan prinsip-prinsip yang terpakai bagi setiap hujahan andaContoh jika suami tidak memberi nafkah, suami sebenarnya telah tidak menjalankan tanggungjawab dan ini menyalahi perintah Allah kerana terdapat ayat-ayat Al-Quran yang jelas meletakkan tanggungjawab memberi nafkah ke atas suami

Page 37: Prosedur perbicaraan

Sambungan…

9.Kemukakan otoriti-otoriti seperti dalil Al-Quran, hadis, statut, kes dan sebagainya untuk menguatkan hujahan anda

Page 38: Prosedur perbicaraan

Sambungan…

10.Rumuskan hujahan anda dengan menegaskan pendirian anda sama ada tuntutan perlu dibenarkan atau ditolak.

11.Pastikan hujahan yang disediakan jelas, mudah difahami, lengkap dan teratur.

12.Sediakan sekurang-kurangnya 3 salinan

Page 39: Prosedur perbicaraan

Jangan lupa….

• Sediakan Ikatan otoriti dengan mengumpul dan mengetipkan semua otoriti-otoriti yang dirujuk.

• Sediakan indeks/kandungan dan letakkan muka surat untuk memudahkan rujukan

• Highlight tempat-tempat yang akan dirujuk

Page 40: Prosedur perbicaraan

Apa yang perlu ada dalam Ikatan Otoriti?

• Ayat-ayat Al-Quran

• Hadith

• Statut

• Kes

• Buku rujukan

• Amalan guaman

Page 41: Prosedur perbicaraan

Perlu diingat…

• Hujahan adalah peringkat penting kerana hakim akan membaca apa yang kita hujahkan tentang kes kita/pembelaan kita.

• Di peringkat hujahanlah kita akan membuat penekasan, menjelaskan dimanakah kekuatan kes kita dan menunjukkan dimanakah kelemahan pihak lawan

Page 42: Prosedur perbicaraan

Rasionalnya…..

• Adakalanya, pihak mahkamah mungkin terlepas pandang tentang sesuatu fakta atau menganggap sesuatu perkara sebagai remeh atau tidak penting.

• Maka, di peringkat hujahanlah kita perlu menekankan sesuatu fakta atau perkara tersebut supaya mahkamah menyedari akan kepentingannya

Page 43: Prosedur perbicaraan

Penghakiman…

• Setelah pihak-pihak mengemukakan hujahan sebagaimana yang diarahkan, mahkamah akan menetapkan suatu tarikh baru bagi mahkamah memberi keputusan/penghakiman.

Page 44: Prosedur perbicaraan

Bagaimana hakim membuat penghakiman?

• Mahkamah akan merujuk, menilai, dan mempertimbangkan semua keterangan saksi serta dokumen-dokumen di samping hujah-hujah yang dikemukakan oleh kedua-dua pihak.

Page 45: Prosedur perbicaraan

Kesimpulannya…

• Bagi menjamin kejayaan sesuatu tuntutan atau pembelaan,peguam syarie haruslah bijak menggunakan kemahirannya di dalam membuktikan sesuatu kebenaran kerana mahkamah akan membuat keputusan atau penghakiman berdasarkan apa yang dibuktikan

Page 46: Prosedur perbicaraan

Rayuan….

• Sekiranya mana-mana pihak tidak berpuas hati dengan penghakiman atau keputusan yang diberikan oleh hakim, maka pihak yang tidak berpuas hati boleh membuat rayuan.

Page 47: Prosedur perbicaraan

Kesimpulan…..

• Proses perbicaraan akan menjadi lancar dan teratur sekiranya pihak-pihak melakukan persediaan yang cukup

• Persediaan yang cukup bukan hanya memudahkan pihak-pihak dalam tuntutan malah dapat melancarkan proses penghakiman