11
KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN TAJUK: KAEDAH ‘I-PALM SU VE O’ BAHASA INGGERIS TAHUN 5 PAPER 2 SECTION A NAMA : KHAIRULFAKHRIAH BINTI KAMISAN PANITIA : BAHASA INGGERIS SEKOLAH : SK BAGAN 1.0 PENDAHULUAN 1.1 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Lalu Sebelum membuat semakan kertas peperiksaan, saya beranggapan bahawa apa yang dipelajari oleh murid-murid semasa di Tahun 4 akan digunakan untuk menjawab soalan Section A. Semasa saya membuat semakan kertas peperiksaan pertengahan tahun Bahasa Inggeris Tahun 5 Bijak, saya mendapati bahawa hampir keseluruhan murid kelas tersebut begitu lemah dalam membina ayat bagi Section A (paper 2). Murid-murid membina ayat dengan struktur ayat dan penggunaan “vocabulary” yang tidak tepat. Berdasarkan tinjauan dan perbualan , didapati ramai pelajar di kelas ini tidak memahami , tidak dapat mengingat apa yang telah dipelajari dalam matapelajaran Bahasa Inggeris, dan ada juga yang tidak tahu apakah yang sedang dipelajari oleh mereka. Ini amat merugikan kepada para pelajar jika mereka tidak dapat menguasai kemahiran membuat ayat dalam Bahasa Inggeris . Oleh itu suatu pendekatan perlu diambil agar masalah ini tidak berlarutan hingga ke tahun 6 apabila mereka 0

Proposal Kajian Tindakan 5 Bijak

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Kajian

Citation preview

Page 1: Proposal Kajian Tindakan 5 Bijak

KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN

TAJUK: KAEDAH  ‘I-PALM  SU VE O’ BAHASA INGGERIS TAHUN 5 PAPER 2

SECTION A

NAMA : KHAIRULFAKHRIAH BINTI KAMISAN

PANITIA : BAHASA INGGERIS

SEKOLAH : SK BAGAN

1.0 PENDAHULUAN

1.1 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Lalu

Sebelum membuat semakan kertas peperiksaan, saya beranggapan bahawa apa yang

dipelajari oleh murid-murid semasa di Tahun 4 akan digunakan untuk menjawab soalan

Section A. Semasa saya membuat semakan kertas peperiksaan pertengahan tahun Bahasa

Inggeris Tahun 5 Bijak, saya mendapati bahawa hampir keseluruhan murid kelas tersebut

begitu lemah dalam membina ayat bagi Section A (paper 2). Murid-murid membina ayat

dengan struktur ayat dan penggunaan “vocabulary” yang tidak tepat.

Berdasarkan tinjauan dan perbualan , didapati  ramai  pelajar di   kelas ini tidak

memahami , tidak dapat mengingat apa yang telah dipelajari dalam matapelajaran Bahasa

Inggeris, dan ada juga yang  tidak tahu apakah yang sedang dipelajari oleh mereka. Ini amat

merugikan kepada para pelajar jika mereka tidak dapat menguasai kemahiran membuat ayat 

dalam Bahasa Inggeris . Oleh itu suatu pendekatan perlu diambil agar masalah ini tidak

berlarutan hingga ke tahun 6 apabila mereka perlu menduduki peperiksaan UPSR. Keadaan

ini juga merugikan guru-guru kerana apa yang diajari bagai mencurah air ke daun keladi dan

menggambarkan tahap kualiti guru tersebut sebagai pendidik dan agen perubahan.

Pada pendapat saya soal tidak faham dan tidak  ingat , tidak seharusnya timbul jika

mereka benar-benar fokus kepada isi pengajaran yang disampaikan oleh guru dengan baik .

Kehilangan fokus  dan tidak memahami  bagaimana membuat ayat mudah dalam subjek

Bahasa Inggeris adalah di antara sebab saya terpanggil untuk melaksanakan kajian dalam

lapangan ini. Sekiranya mereka tidak dapat memahami dan tidak dapat  menulis ayat mudah

dalam Bahasa Inggeris bagi soalan 1 ( Paper 2), apatah lagi untuk menulis ‘essay’ bagi soalan

3 ( Paper 2) yang semakin sukar.

0

Page 2: Proposal Kajian Tindakan 5 Bijak

Pelaksanaan tindakan / aktiviti yang dijalankan.

1.0  Objektif Kajian

1.1 Objektif Umum

Meningkatkan kemahiran menulis ayat mudah dalam Bahasa Inggeris.

1.2 Objektif Khusus

1.2.1    Pelajar dapat menulis ayat mudah ‘ Simple Present  Continuous Tense’.

1.2.2    Pelajar dapat mengingati dan menguasai ‘verb’ dan ‘object’ yang dipelajari.

1.2.3    Untuk menarik minat pelajar menulis ayat Bahasa Inggeris yang dirasakan

amat sukar.

2.0 Kumpulan Sasaran :

Seramai 14 orang murid Tahun 5 Bijak. Tahap pencapaian para pelajar kelas ini

dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris  adalah pada tahap sederhanadan  lemah.

3.0 Perlaksanaan Kajian

Beberapa langkah telah dirancang dan diambil untuk memastikan proses kajian ini

berjalan dengan sempurna.

3.1       Tinjauan Masalah

Semasa menjalankan kajian ini, tinjauan masalah dibuat berdasarkan  ujian pra,

pemerhatian di dalam kelas, dan temubual yang telah dijalankan.

1

Page 3: Proposal Kajian Tindakan 5 Bijak

2.0 FOKUS KAJIAN / ISU KEPRIHATINAN

2.1 Isu Keprihatinan / Fokus Kajian

1. Tidak memahami objektif pembelajaran Bahasa Inggeris (mengapa perlu pelajar

mempelajari Bahasa Inggeris)

2.   Tidak tahu bagaimana dan apakah yang perlu mereka fahami dalam membuat ayat.

3.   Mempunyai ‘mind set’ di mana subjek Bahasa Inggeris ini sukar

2.2 Tinjauan Masalah

Analisis Tinjauan Masalah

2.2.1    Ujian Pra

Satu ujian pra telah dijalankan terhadap kelas 5 BIJAK dan hasil  keputusan Ujian Pra

adalah seperti pada Jadual I .

Jadual 1 : Keputusan Ujian Pra bagi sampel kajian Kelas 5 Bijak.

Sampel  Murid 

(S )

Markah

(Jawapan yang betul/ 10)

Catatan

1.      1 3

2.      2 3

3.      3 4

4.      4 2

5.      5 1

6.      6 3

7.      7 1

8.      8 2

9.      9 3

10.   10 3

11.   11 2

12.   12 1

13.   13 4

14.   14 5

2

Page 4: Proposal Kajian Tindakan 5 Bijak

Berdasarkan  jadual Ujian Pra, didapati  tiada  pelajar  yang  mendapat  markah 10. Rata-rata

mereka  mendapat markah dari 1 hingga 5 markah sahaja dalam Ujian Pra ini.

2.2.2    Pemerhatian yang Dilaksanakan di Kelas

Hasil daripada pemerhatian yang dilakukan di dalam kelas, saya dapati

terdapat dua orang  pelajar yang tidak dapat menjawab soalan yang saya

berikan. Majoriti pula memberikan jawapan yang salah. Puncanya ialah

pelajar tidak dapat mengingati konteks isi pelajaran yang dipelajari walaupun

telah diulangi beberapa kali.

2.2.3    Temubual

Hasil temubual awal bersama sepuluh  orang pelajar 5 BIJAK  secara tidak

formal, beberapa jawapan telah saya perolehi dan kebanyakannya adalah

sama untuk kesemua pelajar.

3.3       Tindakan Yang Dijalankan

3.3.1    Penerangan tentang  Kaedah  ‘I-PALM  Su Ve O’

Dalam kaedah ini, guru memperkenalkan kepada penggunaan tapak tangan dalam

membuat ayat Bahasa Inggeris.  Tapak tangan dipilih adalah berdasarkan pemerhatian guru

terhadap pelajar-pelajar semasa mereka menjawab soalan ujian atau peperiksaan. Pelajar-

pelajar yang tidak dapat menjawab soalan biasanya akan bermain-main dengan tangannya

seperti melihat tapak tangan dan  menongkat kepala dengan tangan dan kedudukan tapak

tangan di kepalanya. Pendekata, tapak tangan adalah anggota badan yang selalu diperhatikan

oleh pelajar-pelajar , jadi adalah baik sekiranya pelajar-pelajar dapat menggunakan tapak

tangan untuk mengingati apa yang telah dipelajarinya dalam menjawab soalan 1 ( Kertas 2

Bahasa Inggeris ).

Guru mengarahkan pelajar untuk menulis  di tapak tangan kiri dengan menggunakan

pen hitam  mengikut arahan seperti di bawah :

1.          S 1   -  di tengah tapak tangan  kiri .

2.         Su  -  di ibu jari

3.         is      -   di  jari telunjuk

3

Page 5: Proposal Kajian Tindakan 5 Bijak

4.         Ve   +  ing -   di  jari hantu

5.         O  what   how – jari manis

6.         O  where   when – jari kelingking

Kemudian guru mengarahkan pelajar untuk menulis  di atas tangan kiri pula mengikut

arahan seperti di bawah :

1.          P   - tengah  atas tangan  kiri .

2.         Su  - ibu jari

3.         are    -  jari telunjuk

4.         Ve   +  ing -  jari hantu

5.         O  what   how – jari manis

6.         O  where   when – jari kelingking

Guru menerangkan kepada pelajar  maksud perkataan –perkataan yang di tuliskan di atas

tapak tangan  dan di tangan.

3.3.2    Menulis ayat  dengan ‘I-PALM  SuVeO’

Guru mengedarkan sehelai lembaran kepada pelajar . Lembaran tersebut

mengandungi beberapa buah gambar untuk  pelajar membuat ayat mudah yang berkaitan .

Pelajar diperkenalkan dengan pendekatan membuat ayat mudah dengan

menggunakan  Kaedah  ‘I-PALM SuVeO  dengan mengikut langkah-langkah berikut:

1. Guru bertanya kepada  pelajar beberapa soalan seperti:

  “How many people in the picture?”

  “ Are you going to use S1 or P?”

2.         Berdasarkan gambar di atas pelajar akan menjawab P kerana ada tiga orang budak

lelaki . Oleh itu semua pelajar akan melihat  atas tangan yang di tulis P.

3.         Bermula dengan  ibu jari ( Subject) – The boys , kemudian ibu jari dimasukkan ke

dalam.

4

Page 6: Proposal Kajian Tindakan 5 Bijak

4.         Diikuti dengan jari telunjuk ( are) ,  jari telunjuk akan dimasukkan ke dalam

5.          Kemudian  jari hantu ( Verb) + ing – (  fish + ing  = fishing) , jari hantu dilipatkan ke

dalam.

.           Jari  manis (Object) ( What /  How) – patiently, kemudian jari manis dilipatkan ke

dalam.

7.         Diikuti dengan jari kelingking  ( Object) ( Where/ When ) – at the river . Kemudian

jari kelingking dimasukkan ke dalam.

8.         Tangan pelajar akan  digenggam membentuk satu penumbuk yang membawa erti 

bahawa mereka perlu meletakkan nokhtah atau  titik di hujung ayat.

                             The boys are fishing patiently at the river.

3.3.3    Spelling dan penggunaan ‘ My sayang book’

Pelajar-pelajar  diberi ‘my sayang book’  yang mengandungi vocabulary dan senarai

‘verb’ yang selalu digunakan dalam  membuat ayat. Pelajar-pelajar akan membaca dan 

menghafal  vocabulary ( object) dan  verb . Spelling dan  latihan membuat ayat adalah  kerap

diberikan kepada mereka. Penggunaan ganti nama ‘sayang’ apabila berinteraksi dengan

pelajar-pelajar.

5

Page 7: Proposal Kajian Tindakan 5 Bijak

4.0 Jadual Pelaksanaan

Perlaksanaan kaedah ‘I-PALM Su Ve O’ ini  telah dijalankan  mengikut tarikh dan ketetapan

berikut :

BIL AGENDA Tarikh

1.   Ujian Pra 11 Mei 2014

2.   Pengenalan kepada  kaedah ‘ I- PALM Su Ve O ‘ 14 Mei 2014

3.   Penerangan tentang prinsip ‘ I-PALM  Su Ve O’ (Simple

Present  Continuous Tense) dan perlaksanaannya.

19 Mei 2014

4.   Pemberian ‘My Sayang book’

Pelajar dikehendaki menghafal 5 verb atau 5 noun setiap

hari.

12 Mei 2014

5.   Spelling dan latihan membuat ayat 12 Mei – 22 Mei

2014

6.   Ujian Post 26 Mei 2014

5.0 Kos Kajian

Bil Bahan Bilangan unit Harga seunit

(RM)

Jumlah harga

(RM)

1 Kertas A4 1 12.00 12.00

2 Dakwat cetakan komputer 1 10.00 10.00

3 Pensel warna 1 10.00 10.00

4 Pen marker 5 3.80 19.00

6 Pen Hitam dan 14 1.20 16.80

5 Barangan am - - 20.00

JUMLAH KESELURUHAN 87.80

6

Page 8: Proposal Kajian Tindakan 5 Bijak

SENARAI RUJUKAN

Bahner , S (1995). Short takes  on writing : The 60-minutes collaborative paper. College

Teaching , 43(1), 14-15

Jones , P. Taylor , A & Tate , D. Flip it !  And you  be the judge : Two cooperative –learning

activities to teach foreign languages.

Dean , E.E (1996) Teaching  the proof process : A model for discovery learning .

Halliday , M.A.K (1985) Spoken and Written Language. Geelong , Victoria .Deankin

University Press.

Christie , F. (1984) . Children Writing : A Reader. Deakin University Press.

Bolitho, R & Tomlisson , B ( 1995) Discover English . Oxford : Heinemann.

Martin, J.R & J Rothery ( 1981) Writing Project Report . University of Sydney.

Martin ,J.R (1992) English Text: System and Structure. Amsterdam.John Benjamins.

Moll,L.C (1990) Instructional implications and applications of socio-historical

psychology.Cambridge. Cambridge University Press.

Painter , C. ( 1991) Learning the mother tongue (2nd ed) . Geelong , Victoria. Deakin

University Press.

Website :

http://wwwliteracyhour.co.uk/Literacy/html/lesson.html

7