Upload
komalah-purusothman
View
412
Download
5
Embed Size (px)
Citation preview
8/22/2019 Proposal Kajian Terhadap Stres-sem1
1/26
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
SEMESTER 1SESI 2010/2011
UKP 6013(ASAS KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN)
Pensyarah : Prof. Dr. Othman Lebar
Assignment : PROPOSAL PENYELIDIKAN
TAJUK: KAJIAN TERHADAP STRES DIKALANGAN GURU SEKOLAH
MENENGAH DI KEMAMAN, TERENGGANU DARI ASPEK
PERSONALITI
Nama Pelajar : Komalah A/P Purusothman
No Matrik Pelajar : M20101000079
Kod Program & Program : MT 11- Sarjana Pendidikan (PengurusanPendidikan)
Fakulti : Fakulti Pengurusan Dan Ekonomi
8/22/2019 Proposal Kajian Terhadap Stres-sem1
2/26
KAJIAN TERHADAP STRES
DIKALANGAN GURU SEKOLAH MENENGAH DI KEMAMAN,
TERENGGANU DARI ASPEK PERSONALITI
KOMALAH PURUSOTHMAN
M20101000079
ABSTRAK
Stres dan personaliti adalah perkara yang lumrah dalam kehidupan kita pada masa kini. Oleh yang
demikian, kajian punca dan tahap stres dikalangan guru merupakan satu senario yang agak
subjektif. Ianya merupakan satu kajian tinjauan bagi melihat punca, tahap stres dan tahap stres dari
aspek personaliti dikalangan guru sekolah menengah di Kemaman, Terengganu. Untuk
menjayakan kajian ini, 300 guru sekolah menengah daripada empat buah sekolah menengah di
kawasan ini yang dipilih secara convinence sampling akan dijadikan sebagai responden oleh
penyelidik.Instrumen yang akan digunakan dalam kajian ini ialah set soal selidik, skala likert 5
mata digunakan bagi tahap stres manakala bagi tahap stres dari aspek personaliti skala
berpandukan kepada set ujian Malek Mukamat Said (2004). Data yang akan diperolehi akan di
analisis menggunakan perisian komputer Statistical Packages for Social Science (SPSS 15.0).
Hasil dapatan kajian dinyatakan dalam bentuk diskriptif (frekuensi dan peratusan). Dapatan kajian
akan menunjukkan bahawa guru sekolah menengah mengalami tahap stres yang tinggi dan mereka
juga menghadapi tahap stres dari aspek personaliti yang tinggi. Ini menunjukkan bahawa tahap
stress dipengaruhi oleh personaliti responden. Faktor-faktor seperti bebanan kerja, hubungan
interpersonal dan masalah pelajar mempengaruhi tahap stres guru.
8/22/2019 Proposal Kajian Terhadap Stres-sem1
3/26
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
I PENDAHULUAN
1.0 Pengenalan 1
1.1 Latar Belakang Masalah 1-4
1.2 Penyataan Masalah 4
1.3 Objektif Kajian 5
1.4 Persoalan Kajian 5
1.5 Hipotesis Kajian 5
1.6 Batasan Kajian 5
1.7 Kepentingan Kajian 6
1.8 Definisi Istilah
1.8.1 Guru-guru 6
1.8.2 Stres 6
1.8.3 Punca Stres 7
1.8.4 Personaliti 7
1.8.5 Demografi 7
1.9 Penutup 7
II SOROTAN KAJIAN
2.0 Pengenalan 8
2.1 Kajian-kajian Faktor & Tahap Stres 8-12
2.2 Teori Personaliti 13
8/22/2019 Proposal Kajian Terhadap Stres-sem1
4/26
2.2.1 Teori Personaliti Carl Jung 13
2.2.1.1 Personalti Ekstrovert 13
2.2.1.2 Personalti Introvert 13
2.2.1.3 Personalti Ambivert 13-14
2.3 Kajian Tentang Personaliti 14-15
2.4 Penutup 15
III METODOLOGI KAJIAN
3.0 Pengenalan 15
3.1 Reka Bentuk Kajian 16
3.2 Populasi dan Sampel Kajian 16
3.3 Pembentukan Instrumen Kajian 16
3.4 Insturmen Kajian 17
3.4.1 Bahagian A
- Maklumat Peribadi /Demografi 17
3.4.2 Bahagian B
- Ujian Tahap Stres 17
3.4.3 Bahagian C
- Ujian Stres dari Aspek Personaliti 17-19
3.5 Penganalisaan Data 19
3.6 Penutup 19
Bibliografi
8/22/2019 Proposal Kajian Terhadap Stres-sem1
5/26
BAB I
PENDAHULUAN
1.0 Pengenalan
Seorang ahli psikologi terkenal, Walter Cannon (1920), menyatakan bahawa stres bermaksud
gerak balas lawan atau lari (fight or flight). Hans Selye (1963), telah memberikan maksud yang
baru mengenai stress dengan membuktikan di dalam kajiannya terhadap binatang. Beliau
menunjukkan bahawa stres boleh menyebabkan penyakit, seterusnya penyakit yang dihidapi
seperti tekanan darah tinggi, sakit jantung, dan stork akibat daripada stres yang berlebihan boleh
membawa maut. Ini boleh berlaku ke atas manusia jika berterusan.
Sebenarnya stres adalah sebahagian daripada kehidupan setiap insan, setiap gologan
masyarakat tidak mengira usia akan berisiko untuk mengalami stres, Cuma yang membezakannya
adalah mengetahui kehadirannya atau tidak dan cara mengendalikan stres di dalam kehidupan
seharian seseorang itu.
Menurut kajian yang telah dilakukan oleh Institute Of Stress di New York, Amerika,
didapati bahawa 90 peratus daripada lelaki dewasa mengalami stres yang amat tinggi sekurang-
kurangnya dua kali seminggu, manakala 25 peratus mengalami stres setiap hari.Perangkaan ini
menunjukkan bahawa stres dalam kehidupan seseorang individu yang semakin menjadi trend
semasa. Kebanyakan dari kita hanya mengetahui atau mengganggap stres dari aspek yang
negatifnya sahaja. Ini termasuklah kecenderungan untuk melakukan keganasan serta meningkatkan
risiko penyakit mental. Tetapi jika dilihat dari satu aspek lagi, sebenarnya stres juga mempunyai
kebaikan apatah lagi dalam kehidupan yang serba moden dan canggih kini.
1.1 Latar Belakang Masalah
Peranan guru amat penting kerana mereka mempunyai tugasan utama yang perlu dilaksanakan
dengan penuh amanah dalam proses penerapan dan penyampaian ilmu kepada anak bangsa. Era
globalisasi dalam multimedia, menuntut warga pendidik untuk membangunkan diri sama ada
secara rela atau tidak dalam bidang pendidikan yang sering berubah dan mempunyai pembaharuan
dari masa ke semasa.
Situasi ini secara umumnya telah mengakibatkan warga pendidik terpaksa berhadapan dengan
pelbagai tugas dan tanggungjawab yang lebih mencabar, lebih berat dan semakin terbeban.Justeru
8/22/2019 Proposal Kajian Terhadap Stres-sem1
6/26
itu, stres merupakan satu penyakit yang sering dikaitkan dengan tahap kesihatan mental khasnya,
menyerang warga pendidik. Bahkan selagi manusia bernyawa, setiap daripada kita pasti pernah
merasai pengalaman tertekan atau stres dalam kehidupan seharian.
Di dalam artikel yang bertajuk Tekanan melawan: Pakar Psikitri Kanak-kanak, Remaja dan
Dewasa, Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), yang dipetik daripada Utusan Online oleh
Tajaiyah Ihsan:-
Dr. Subash Kumar berkata,
"Walaupun stres atau tekanan dikategorikan sebagai penyakit yang serius tetapi sayangnya
ia tidak diberi perhatian. Ini mungkin kerana masyarakat bertanggapan bahawa stres hanya
memberikan kesan seketika tanpa menyedari bahawa stres boleh menjejaskan seluruh badan dan
minda.
Beliau juga menyatakan bahawa kanak-kanak boleh mengalami stres, lebih menyedihkan apabila
ibu bapa tidak mengambil peduli atau memberikan perhatian terhadap masalah ini.
Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), kesihatan mental didefinisikan sebagai
kebolehan mengekalkan hubungan yang harmoni dengan orang lain, Kebolehan dalam
mengambil bahagian di dalam aktiviti kemasyarakatan dan kebolehan menyumbang khidmat
kepada masyarakat, (Kempen Cara Hidup Sihat, Kementerian Kesihatan Malaysia). Menurut
Anthony Yeo (1985), berpendapat stress adalah bentuk tekanan yang memberi kesan dalam
kehidupan individu, kesan positif atau negatif bergantung kepada reaksi individu. Selain itu, stres
adalah tindakbalas bagi memenuhi tuntutan bagi menyesuaikan diri ke arah keadaan yang stabil
(Shepherd P.C, 1987). Justeru itu, stres warga pendidik boleh didefinisikan sebagai perasaan tidak
selesa, emosi negatif seperti marah, kebimbangan, tekanan serta kekecewaan yang berpunca dari
aspek kerja sebagai seorang guru (Kyriacou & Sutcliffe, 1978).
Setiap insan diciptakan oleh Tuhan ada keistimewaannya yang tersendiri. Malahan
keistimewaan inilah telah menyebabkan tiada insan yang dilahirkan dengan ciri yang sama.
Kamarudin Hj. Hussin (1996, dalam Yong, 1998), tiada seorang pun termasuk kembar seiras yang
benar-benar menyamai antara satu sama lain khasnya tingkahlaku. Ini menunjukkan bahawa setiap
insan mempunyai personaliti yang tersendiri. Personaliti individu dapat dibayangkan melalui
kecenderungannya untuk bertingkahlaku mengikut cara tertentu. Personaliti adalah sesuatu yang
kompleks dan boleh beubah-ubah mengikut peredaran masa, malahan ianya juga boleh ditentukan
oleh pengaruh luaran dan dalaman.
8/22/2019 Proposal Kajian Terhadap Stres-sem1
7/26
Menurut Asmawati Baharudin dan Norhalim Ibrahim (1996, dalam Yong,
1998), personaliti merupakan natijah kepada interaksi faktor genetik dan faktor persekitaran.
Faktor-faktor dalaman yang mempengaruhi personaliti seperti baka dan keturunan, aspek-aspek
fizikal, fisiologi dan biokimia, pengaruh endokrin, proses pertumbuhan dan kematangan.
Manakala faktor luaran yang mempengaruhi personaliti pula termasuklah pengaruh ibu
bapa dan keluarga, guru-guru, media massa, faktor sosial dan budaya, pengalaman hidup,
kerencatan fizikal dan mental serta reaksi terhadap penyakit. Habibah dan Noran (1997, dalam
Nooraini, 2002) melaporkan bahawa personaliti seseorang bergantung kepada interaksi terhadap
beberapa faktor termasuklah faktor baka dan pengaruh persekitaran yang mempengaruhi cara
didikan keluarga seperti ibu bapa, budaya dan perbezaan kaum.
Secara umumnya personaliti individu boleh diukur dan dikategorikan kepada
11 aspek utama, iaitu asertif, analitikal, keterbukaan, kritik diri, kepimpinan, jati diri, prihatin,
intelektual, pencapaian, integriti, dan ketidakselarasan. Namun aspek ini hanya akan dibahagikan
kepada dua bahagian utama iaitu jenis A meliputi individu yang agresif, bertenaga, bercita-cita
tinggi dan berdaya saing dan jenis B iaitu bagi individu yang penyabar, sederhana dan kurang daya
saing.
Personaliti memainkan peranan penting bagi seseorang dalam menangani stres. Ia
merupakan satu cara bagi setiap individu khususnya guru untuk mengekalkan daya kerja
disamping mengawal emosi melalui trait personaliti yang mereka miliki. Biasanya suasana kerja,
tindakbalas psikologikal (keletihan dan kemurungan), fisiologi (penyakit seperti sakit kepala dan
darah tinggi) dan sikap sering diberi perhatian. Sebenarnya trait personaliti juga turut
mempengaruhi seseorang itu terdedah kepada stres yang kritikal atau sukar diatasi. Seterusnya,
faktor stres turut menyumbang kepada suasana kerja yang kurang memuaskan di ikuti dengan tiada
kepuasan bekerja dan keinginan untuk meninggalkan kerjaya guru semakin meningkat. Akibatnya,
guru menjadi agresif, bimbang mengalami kekecewaan, sifat suka mengelak, tahap kehadiran yang
kurang memuaskan dan prestasi kerjanya juga merosot.
1.2 Penyataan Masalah
Apakah faktor utama yang menjadikan guru stres (lebihan kerja, hubungan interpersonal, dan
persekitaran kerja) dan faktor yang paling dominan mempengaruhi tahap stres yang tinggi.Kajian
ini akan menyelidik sejauh mana personaliti individu mempengaruhi stres dan jenis personaliti
8/22/2019 Proposal Kajian Terhadap Stres-sem1
8/26
yang bagaimana menyebabkan seseorang individu itu mudah terdedah kepada stres. Persoalan
yang sering timbul, personaliti yang dimiliki oleh guru mempengaruhi mereka dalam menghadapi
stres.
Menurut Hans Selye (1963), punca stres berkait rapat dengan masalah rumahtangga dan
juga sosial. Melalui pembacaan pengkaji, didapati tiga punca stress yang dominan berlaku di
kalangan guru.Tiga punca stres itu ialah bebanan kerja, hubungan interpersonal dan masalah
pelajar yang dikenalpasti daripada kajian yang lalu. Apakah faktor ini masih menjadi punca utama
yang menyebabkan guru stress sama ada lebihan kerja, hubungan interpersonal dan masalah
pelajar.
Masalah yang ingin dikaji oleh pengkaji adalah faktor stres iaitu lebihan kerja, hubungan
interpersonal dan masalah pelajar dari aspek jenis personaliti seperti jenis A (agresif, bertenaga,
bercita-cita tinggi, berdaya saing) dan jenis B (penyabar, sederhana, kurang daya saing). Ini
berikutan kedudukan sekolah di Kemaman adalah di pinggir bandar dan memungkinkan fenomena
stres berlaku di kalangan guru. Ini ditambah lagi dengan latarbelakang pelajarnya yang tinggal di
asrama yayasan. Tambahan pula, bilangan guru yang tidak mencukupi berbanding dengan nisbah
pelajar di dalam sebuah kelas. Secara amnya bilangan pelajar dalam sebuah kelas di sekolah
menengah Kemaman di antara 39 hingga 42 orang. Ini menyukarkan guru untuk mengurus dan
melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran secara berkesan dan efektif. Disamping itu,
jumlah waktu mengajar guru juga bertambah dan sekurang-kurangnya 32 waktu seminggu, selain
dari menguruskan hal yang berkaitan dengan tugas pengkeranian, ko-kurikulum termasuklah
organisasi dan persatuan. Malahan ketika musim sukan, guru terpaksa pulang lewat saban hari
semata-mata melatih pelajar-pelajar rumah sukannya.
Kajian ini juga diharapkan agar dapat mengesan serta memperbaiki masalah
stres yang dialami oleh para guru dari aspek personaliti.
1.3 Objektif Kajian
Secara keseluruhannya, kajian ini adalah untuk mengenalpasti faktor, tahap dan stres dari aspek
jenis personaliti yang dimiliki oleh guru. Oleh itu, objektif kajian ini adalah untuk:
1.3.1 Mengenalpasti tahap stres (lebihan kerja, hubungan interpersonal dan masalah
pelajar) di kalangan guru sekolah menengah.
1.3.2 Mengenalpasti jenis personaliti guru sama ada jenis A - agresif, bertenaga,
8/22/2019 Proposal Kajian Terhadap Stres-sem1
9/26
bercita-cita tinggi, berdaya saing atau jenis B - penyabar, sederhana, kurang
daya saing.
1.3.3 Mengenalpasti perkaitan antara tahap stres guru dengan personaliti guru.
1.4 Persoalan Kajian
Persoalan yang dikemukakan di dalam kajian ini:-
1.4.1 Apakah tahap stres (lebihan kerja, hubungan interpersonal dan masalah pelajar)
di kalangan guru sekolah menengah ?
1.4.2 Apakah jenis personaliti guru sekolah menengah yang dikaji?
1.4.3 Adakah terdapat perkaitan di antara tahap stres dengan personaliti guru?
1.5 Hipotesis Kajian
1.5.1 Hipotesis
H0: Tiada terdapat hubungan yang signifikan antara stres dari aspek personaliti.
H1: Terdapat hubungan yang signifikan antara stres dari aspek personaliti.
1.6 Batasan Kajian
Kajian ini dilaksanakan di empat buah sekolah di Kemaman, Terengganu.Responden yang di pilih
secara convience sampling hanya terdiri daripada guru-guru sekolah menengah dan responden
sebenar tidak diketahui lagi. Hal ini kerana, borang soal-selidik akan diisi oleh guru yang ingin
mengambil bahagian sahaja diatas kerelaan sendiri.Tumpuan kajian adalah untuk melihat faktor
stres yang paling dominan di kalangan guru sekolah menengah dan seterusnya melihat adakah
terdapat hubungan di antara stres dari aspek personaliti.
1.7 Kepentingan Kajian
Kajian ini adalah penting kepada para guru, pihak pentadbiran sekolah dalam
pendidikan mahupun di peringkat Jabatan Pelajaran. Ia amat penting kepada :
1.7.1 Guru-guru
Ia boleh dijadikan sebagai panduan dan maklumat kepada warga guru tentang cara menangani stres
dengan berkesan mengikut persekitaran yang dihadapi khususnya mengenai aspek personaliti.
8/22/2019 Proposal Kajian Terhadap Stres-sem1
10/26
1.7.2 Pihak Pentadbiran Sekolah
Dapatan ini dapat membantu pihak pentadbir sekolah membuat pertimbangan dalam merancang
aktiviti-aktiviti staf di sekolah.
1.7.3 Pihak Jabatan Pelajaran
Boleh menggunakan maklumat daripada dapatan kajian ini untuk membantu warga guru
menangani persoalan stres. Selain itu, pihak Jabatan Pelajaran boleh merangka suatu program
secara menyeluruh kepada warga guru dalam menangani stres agar ia akan dijadikan perangsang
serta memberi kesan yang positif dalam memperkasakan profesion perguruan.
1.8 Definisi Istilah
Terdapat beberapa definisi istilah dalam kajian ini dan akan diperbincangkan:
1.8.1 Guru-guru
Guru boleh ditakrifkan sebagai orang yang mengajar, mendidik, pengajar dan pengasuh (Noresah
Bahrom, 1995:420). Dalam Kajian ini guru yang dimaksudkan adalah guru sekolah menengah
tanpa mengira tahap kemasukkan ketika mula mengajar.
1.8.2 Stres
Hans Selye (1963) mendefinisikan stres sebagai suatu tindakbalas tubuh kepada tuntutan dalaman
dan luaran terhadap dirinya sehingga melibatkan kadar Wear and tear of the living
body.Menurutnya lagi, stres merupakan satu komponen kehidupan yang memberikan kesan positif
mahupun sebaliknya terhadap seseorang. Kesan yang positif disebut sebagai eutress dan kesan
negatif pula dipanggil distress. Stres boleh menjadi positif sekiranya dipandang sebagai satu
cabaran yang boleh meningkatkan potensi diri dan produktiviti.
1.8.3 Punca Stres
Punca stres dikenali sebagai stressor adalah rangsangan yang bertindak terhadap seorang
individu yang melebihi keupayaannya atau kebolehannya untuk mengawal, menurut Nariah
(1994).Tanggapan individu terhadap punca stres adalah berbeza-beza di mana suatu peristiwa
boleh bertindak sebagai punca stres kepada individu A, tetapi tidak kepada individu B.Antara
punca-punca stres adalah sesuatu yang berkaitan dengan personaliti seseorang, persekitaran tempat
tinggal, situasi semasa dan peristiwa hidup seseorang itu. Dalam kajian ini, ia merujuk kepada
8/22/2019 Proposal Kajian Terhadap Stres-sem1
11/26
punca-punca stres dari aspek personaliti guru sama ada mereka mudah terdedah kepada stres atau
sebaliknya.
1.8.4 Personaliti
Personaliti biasanya digambarkan sebagai diri individu. Ia berasal daripada perkataan Latin iaitu
persona, yang merujuk kepada topeng yang digunakan oleh pelakon dalam pementasan. Disini
ianya bermaksud ciri-ciri yang dinamik dan tersusun yang dimiliki oleh seseorang yang unik
mempengaruhi kognitif, motivasi dan tingkahlaku dalam pelbagai situasi
(Ryckman,2000).Menurut Allport (1973), beliau mentafsirkan personaliti sebagai keseluruhan
kualiti peribadi yang ada pada seseorang.
1.8.5 Demografi
Demografi yang dimaksudkan dalam kajian ini ialah latar belakang responden yang meliputi
jantina, umur, status, tahap pendidikan dan pengalaman mengajar.
1.9 Penutup
Stres adalah sebahagian daripada kehidupan setiap individu, semua lapisan tidak mengira usia
berisiko untuk mengalami stres, Cuma yang membezakannya ialah mereka mengetahui atau tidak
tentang kehadirannya di dalam kehidupan.Kesihatan individu yang mengalami stres pada peringkat
awal yang tidak dapat mengawalnya atau membiarkannya sahaja akan terjejas.Pengkaji berminat
untuk mengkaji mengenai stres dari aspek personaliti di kalangan guru sekolah menengah
khususnya untuk membantu para guru mengenalpasti personaliti mmereka terdedah kepada stres
atau tidak. Perlu difahami bahawa stres yang berlebihan atau tidak ditangani boleh menjejaskan
kesihatan mental dan fizikal.
BAB II
SOROTAN KAJIAN
2.0 Pengenalan
Di dalam bab ini, kajian-kajian yang lalu berkaitan dengan tajuk kajian iaitu faktor stres, tahap
stres dan personality akan dibincangkan. Kajian yang berkaitan dengan stres atau tekanan memang
banyak dilaksanakan sama ada di dalam mahupun luar negara. Malah ianya dibincangkan secara
8/22/2019 Proposal Kajian Terhadap Stres-sem1
12/26
meluas terutamanya stres pekerjaan dan stres belajar. Kedua-dua cabang stres ini adalah berbeza
dari segi situasi. Walaubagaimanapun, belum ada kajian yang berkaitan tahap stres dari aspek
personaliti dilaksanakan khususnya di kalangan guru sekolah menengah. Tujuan utama kajian ini
dibuat adalah untuk melihat persamaan, perbezaan dan hubungan yang akan didapati dari dapatan
yang akan dijalankan.
2.1 Kajian-Kajian Lepas Faktor dan Tahap Stres
Terdapat banyak kajian terhadap stres telah dilaksanakan tetapi kebanyakkannya di luar negara.
Menurut Gerhard Vossel (1987), peristiwa kehidupan yang berbeza akan membawa kepada konsep
stres yang berbeza. Bagi membuat perbandingan kajian yang lepas masalah ini boleh dilihat dari
aspek yang terhampir, memandangkan tiada kajian terhadap stres dari aspek personaliti terhadap
guru sekolah menengah.
Borget, et al (1991) telah membuat kajian ke atas 1074 orang guru sekolah rendah di Malta
dan mendapati 32.6 peratus atau 710 responden mengakui pekerjaan mereka menyebabkan stres
yang tinggi kepada diri. Justeru itu, Dodge, D. Dan Martin (1993) juga telah menggunakan kajian
yang sama ke atas guru-guru sekolah menengah di Malta dan mendapati bahawa 50 peratus
responden mengalami tahap stres yang sederhana, 30.7 peratus pada tahap rendah dan 15 peratus
responden bertanggapan bahawa pekerjaan mereka mendatangkan stres yang tinggi.
Menurut Freeman, Longan dan Mc Coy (1989) telah menyenaraikan bahawa wanita
bekerja sepenuh masa lebih terdedah kepada stres yang lebih tinggi iaitu 90 peratus manakala bagi
pekerja lelaki pula hanya 10 peratus. Ini mungkin disebabkan atau berpunca dari masalah
kewangan, keadaan tempat kerja, diskriminasi di tempat kerja, bidang tugas, hypertension dan
kesukaran mendapat kepuasan persefahaman yang sama dengan pasangan.
Tidak dapat dinafikan bahawa stres dan pertukaran perasaan (mood) biasanya akan berlaku
serentak. Ia adalah faktor semulajadi, hanya cara individu mengawalnya akan menjadikan ianya
positif atau sebaliknya. Ini telah disokong oleh fakta yang dinyatakan oleh WHO bahawa stres
merupakan pembunuh terbesar penduduk dunia. Statistik menunjukkan bahawa stres adalah
penyakit gaya hidup moden. Kajian stres dari segi pekerjaan dan staf akademik oleh Kyriacou &
Sutcliffe (1978 &1979) di England telah dijadikan sebagai rujukan. Dari kajian ini didapati
bahawa guru mengalami masalah stres iaitu antara 29.3 peratus hingga 30.7 peratus dan seterusnya
mendapati bahawa stres guru wanita lebih tinggi daripada guru lelaki.
8/22/2019 Proposal Kajian Terhadap Stres-sem1
13/26
Fletcherdan Payne (1982) dalam Ahmad Shakri, (1998) telah membuat kajian terhadap
stres di kalangan guru di United Kingdom dan hasilnya didapati bahawa 44 peratus responden
mengalami stres dan ianya boleh diatasi sendiri. Manakala 25 peratus mengalami stres dan
menyukainya. Dua puluh lima peratus lagi yang mengalami stres beranggapan ia sebahagian dari
kehidupan dan selebihnya enam peratus menginginkan stres dalam pekerjaan agar tidak bosan.
Donald Meichenbaum dan Matt E. Jaremho (1983), menunjukkan bahawa punca stres guru
yang paling utama ialah beban tugas. Beban tugas pula boleh dibahagikan kepada dua bahagian
iaitu: Tugas Kuantitatif (jumlah banyak kerja dilakukan) dan Tugas Kualitatif (kurang keupayaan
untuk melaksanakan tugas). Kedua-duanya berbeza tetapi mempunyai perkaitan. Ini bermaksud
bahawa jika seorang guru diberikan tugas yang banyak, kesannya ialah mengalami stres yang
tinggi. Kesannya akan bertambah buruk sekiranya ia berpunca dari daya upaya guru itu sendiri.
Hasilnya stres guru berganda disebabkan guru tidak mampu melakukan beban tugas untuk
dilaksanakan.
Selain itu kajian oleh Mc Cormick & Solmon (1992) di New South Wales, mendapati
bahawa guru-guru yang memegang kelas mempunyai tahap stres lebih tinggi berbanding guru
yang berjawatan pengetua atau penolong kanan. Seterusnya didapati bahawa guru-guru di sekolah
menengah mengalami stres lebih tinggi berbanding guru-guru di sekolah rendah.
Di Malaysia, kajian mengenai stres telah mula dijalankan walaupun sebelum ini tidak ramai
pengkaji yang berminat. Antaranya Siti Radziah (1982), dalam kajiannya ke atas 71 orang guru di
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mendapati bahawa guru-guru mengalami stres pada tahap
sederhana. Chang Fui Chin (1996) pula membuat kajian terhadap pentadbir sekolah di George
Town dan mendapati 3.2 peratus responden mengalami stres pada tahap amat tinggi, 57.1 peratus
alami tahap stres yang tinggi, 38.1 peratus tahap stres sederhana dan 1.6 peratus tahap rendah.
Majalah Skudai Post (Januari 2000) menyatakan, stres boleh mengawal hati, perut dan
tekanan darah. Stres boleh berlaku disebabkan oleh faktor intrinsik pekerjaan seperti panas,
kebisingan, kemudahan yang tidak lengkap atau kurang sesuai. Selain itu, struktur organisasi,
pembangunan karier / pekerjaan yang terhalang, peraturan organisasi yang mengongkong dan
perhubungan di tempat kerja boleh menyebabkan stress.
Steven Bellman, Nick Forster, Leonie, Cary L.Cooper (2002) telah melakukan kajian
terhadap 204 orang pengurus di Australia dan mendapati 55 peratus adalah wanita dengan purata
umur 41.4 tahun mempunyai perbezaan stres dari segi jantina. Selain dari itu, satu kajian yang
8/22/2019 Proposal Kajian Terhadap Stres-sem1
14/26
dilakukan di New York State (1979) mendapati punca stres yang paling tinggi adalah menangani
masalah kenakalan murid, pengurusan yang tidak cekap dan pengawalan diri apabila marah. Ini
sokong dengan adanya satu lagi kajian yang dibuat di Chicago oleh Cichon dan Koff (1980),
mendapati bahawa antara punca stres yang tertinggi di kalangan guru-guru di situ ialah
perpindahan yang terpaksa, masalah murid yang nakal, dan tiada kepuasan kerja.
Satu kajian telah dibuat oleh NUTP, pada tahun 2005 mengenai stres di kalangan
kakitangan perguruan. Seramai 9328 guru telah memberikan maklumbalas terdiri daripada guru
kelas, pengetua, pensyarah dan pegawai jabatan pelajaran. Daripada kajian itu, didapati seramai 69
peratus responden bersetuju bekerja dalam keadaan stres dan faktor utama yang menyebabkan
stres ialah tekanan daripada ibu bapa dan pelajar yang sering menimbulkan masalah sehingga ada
yang ingin menyaman dan membawa kes kesalahan guru ke mahkamah. Faktor lain seperti
bebanan kerja dan prospek kenaikan pangkat yang tidak mencukupi iaitu daripada 320000 orang
guru, hanya 40000 kekosongan sahaja untuk kenaikan pangkat. Oleh yang demikian, ramai guru
yang kecewa sehingga mereka bersara. Ini ditambah lagi dengan ketidakadilan dalam penilaian
kenaikan gaji oleh pengetua sedangkan prestasi guru cemerlang. Akibatnya stres berpanjangan
ketidakpuasan dalam bekerja menyebabkan guru ingin berhenti kerja atau meluahkan
ketidakpuasan melalui tingkahlaku yang tidak sepatutnya.
Senario yang lain pula bergantung kepada indvidu itu sendiri. Ini telah disokong oleh
ungkapan ucapan Y. Bhg. Dato Dr. Abdul Shukor Abdullah (Ketua Pengarah Pendidikan
Malaysia) sempena Hari Guru tahun 1998, yang menyatakan bahawa :
.........warga pendidik selaku tunggak yang akan berdepan dengan pelbagai
masalah tentu akan lebih tabah dan yakin apabila seluruh anggota masyarakat berdiri
teguh dibelakangnya. Warga pendidik sebenarnya tidak perlu bersendirian
memperjuangkan nasib anak-anak didiknya kerana tanggungjawab yang berat itu boleh
dipikul bersama bagi melahirkan generasi pewaris yang kental daya saingnya, berbudaya
ilmu serta berani mengharungi apa jua gelombang yang melanda........
Menurut Schafer (1987), stres boleh dikategorikan kepada empat faktor utama iaitu fizikal, mental
(pemikiran), emosi dan tingkahlaku. Fizikal biasanya merujuk kepada keletihan, kemalasan,
pening kepala, sakit pinggang, hilang selera makan dan sakit perut. Mental atau pemikiran pula
berkaitan dengan kesukaran untk memberikan tumpuan. Emosi merujuk kepada perasaan sedih,
8/22/2019 Proposal Kajian Terhadap Stres-sem1
15/26
bimbang, takut gagal, dan tidak sabar. Seterusnya, tingkahlaku yang sering dikaitkan dengan suka
marah, bergaduh dan sifat yang agresif.
Dilaporkan oleh Berita Harian 30 Mac 1985, lebih 3 000 orang guru di sekolah rendah dan
menengah seluruh Malaysia telah bersara awal untuk berkhidmat di sektor swasta di antara tahun
1982 hingga 1985. Ini disebabkan oleh stress pekerjaan itu sendiri disamping peluang berniaga,
masalah keluarga dan kehendak pasangan. Kesetiaan guru terhadap kerjayanya adalah alat
pengukur kepada tahap stres yang rendah. Manakala dalam satu temuramah bersama Menteri
Pendidikan ketika itu, Dato Seri Najib Tun Razak oleh wartawan Berita Harian pada 5 Februari
1998, beliau menyatakan bahawa;
Kementerian memahami ada guru berasa tertekan (stres) dengan bebanan tugas yang
diberikan terlalu banyak, sehinggakan ianya mengganggu kelancaran proses
pembelajaran di bilik darjah.
Ini menunjukkan bahawa memang terdapat masalah stres di kalangan guru. Secara keseluruhnya,
stres membawa maksud tindakbalas dan bukan rangsangan. Ini adalah petunjuk tekanan
termasuklah aspek fizikal, psikologi, dan sosial. Tahap tekanan pula sebagai tahap amaran, tahap
penahanan yang maksimum dan tahap tenat. Kesan negatifnya boleh menyebabkan manusia hilang
pertimbangan dan membunuh diri. Kaedah psikoterapi boleh digunakan untuk mengatasi masalah
stres.
Kajian oleh NUTP bagi tahun 2006 pula mendapati bahawa inventori stress guru telah
meningkat walaupun masih berada pada tahap sederhana. Jumlah sampel yang terlibat 9300 orang
guru terdiri daipada pelbagai peringkat termasuk guru besar dan pengetua. Malah faktor-faktor
yang menyebabkan stres juga turut bertambah. Ini dapat dilihat daripada jadual di bawah:
8/22/2019 Proposal Kajian Terhadap Stres-sem1
16/26
Lantaran itu, NUTP telah bekerjasama dengan Pusat Perundingan dan Latihan Institut Kefahaman
Islam Malaysia (IKIM) menjalankan satu kursus iaitu Kursus Pengurusan Stres dalam Kerjaya
Perguruan, pada Jun 2006 di Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Kuala Lumpur. Di
antara topik yang diperbincangkan adalah Pengurusan Stres Dalam Organisasi, Kejuruteraan
Semula Sikap Dan Budaya Dalam Menghadapi Stres, Derita Dalam Diam, Stres: Sejauh Mana
Memusnahkan Kehidupan dan Membina Jati Diri Dalam Menangani Stres. Seramai 45 orang
pemimpin NUTP telah menyertai kursus ini dan program ini akan dijadikan acara tahunan serta
terbuka kepada ahli NUTP pada tahun berikutnya. Tanggungjawab Kesatuan (NUTP) untuk
membela nasib warga guru masih membara walaupun menghadapi pelbagai masalah semasa dalam
pendidikan.
2.2 Teori Personaliti
Setiap individu mempunyai cara yang berbeza untuk bertindak mengikut situasi yang dihadapi
oleh mereka. Psikologi personaliti telah mengklasifikasikan sikap dan personaliti manusia kepada
beberapa teori dan model. Ianya wujud disebabkan manusia dan pengkaji terdahulu mempunyai
pendapat dan pandangan yang berlainan. Justeru itu, pengkaji telah mengambil beberapa teori dan
model yang mempunyai kaitan dengan stres dan personaliti bagi melihat hubungan diantara kedua-
duanya.
8/22/2019 Proposal Kajian Terhadap Stres-sem1
17/26
2.2.1 Teori Personaliti Carl Jung
Teori ini telah diperkenalkan pada tahun 1971 yang dikenali sebagai personaliti individu Carl
Jung. Ia boleh dikategorikan kepada 3 kumpulan utama iaitu ekstrovert, introvert dan ambivert
(Jung, 1971). Pengelasan ini memudahkan untuk diperhati perkaitannya dalam kehidupan seharian
seseorang individu berdasarkan ciri-ciri yang
condong kepada sesuatu kategori yang melampau. Manakala individu yang normal pula,
personaliti dizahirkan dalam keadaan yang biasa dilakukan atau menerusi pengalaman lampau
yang dilaluinya.(Alsagoff, 1984).
2.2.1.1 Personaliti Ekstrovert
Individu yang memiliki personaliti ini biasanya akan menonjolkan ciri-ciri yang boleh
menyesuaikan diri dari aspek sosial dan amat berminat dengan orang lain (Alsagoff, 1987 dalam
Ee Ah Meng, 1995). Ciri-ciri lain yang amat ketara seperti: lancar pertuturan, bebas daripada
risiko, tidak mudah malu, konservatif, mempunyai minat kepada aktiviti luar, peramah, cepat
bertindak dan gemar kepada perubahan.
2.2.1.2 Personaliti Introvert
Merujuk kepada individu yang bersifat introvert yang dikatakan sebagai kurang berminat dari
aspek sosial tetapi berminat kepada perasaan dan dirinya sendiri (Alsagoff, 1987 dalam Ee Ah
Meng, 1995). Ciri-ciri individu introvert pula cenderung kepada: lebih baik dalam bidang
penulisan daripada pertuturan, kurang berminat bergaul dengan orang atau bersosial, sentiasa
berfikir sebelum membuat keputusan, mudah merasa bimbang, minat membaca majalah dan buku-
buku serta bersifat pemalu, pasif, sensitif dan suka bersendirian.
2.2.1.3 Personaliti Ambivert
Ambivert merujuk kepada personaliti yang menunjukkan bukti berlakunya perubahan dalam
keadaan yang sebenar, sentiasa berubah dan berkemungkinan seseorang individu itu akan bersikap
introvert dan ekstovert pada waktu lain (Crow & Crow, 1983 dalam Ee Ah Meng 1995). Ini
bermaksud individu yang mempunyai kedua-dua ciri, iaitu introvert dan ekstovert.
2.3 Kajian tentang Personaliti
Holland (1985), melihat faktor keupayaan menyesuaikan diri dengan persekitaran kerja dalam
bentuk jenis personaliti seseorang dengan persekitarannya. Jenis personaliti yang tidak sepadan
dengan persekitaran dianggap sebagai punca kepada sikap tiada minat terhadap kerjaya mahupun
8/22/2019 Proposal Kajian Terhadap Stres-sem1
18/26
perkembangnnya. Faktor-faktor seperti tugas yang dilaksanakan, tanggungjawab, kemahiran yang
diperlukan, peranan yang perlu dimainkan, kemudahan-kemudahan yang disediakan dan individu
di sekitar tempat bertugas perlulah bersesuaian dengan ciriciri personaliti yang ada pada diri
seseorang individu.
Individu yang terlibat dalam bidang pendidikan mempunyai personaliti berbentuk sosial,
menurut Holland (1973). Ini bermaksud warga guru menyukai aktiviti-aktiviti yang melibatkan
memberitahu, memahami, melatih, mengajar dan membantu orang lain. Tetapi hari ini, tidak
semua guru yang ada dalam sistem pendidikan Malaysia mempunyai personaliti tersebut, malah
sebaliknya. Ini berikutan, warga guru menceburi bidang ini hanya untuk mempunyai sumber
pendapatan yang stabil, dan personaliti mereka tidak sepadan dengan persekitaran kerja
pendidikan. Adalah tidak wajar untuk mengharapkan guru yang tidak berminat dalam profesionnya
untuk memperkembangkan kerjayanya kerana pengembangan kerjaya memerlukan pengorbanan
yang besar.
Kajian yang dilakukan sebelum ini lebih memberi penekanan terhadap trait personaliti dan
ciri personaliti dengan pencapaian akademik. Namun yang demikian, terdapat pengkaji yang
mengambil berat tentang stres guru khususnya dari aspek personaliti. Satu laporan dari New Straits
Times bertarikh 29 Mac 1990 menyatakan bahawa, seramai 1175 guru-guru bukan siswazah yang
kebanyakkannya mengajar di sekolah rendah dilaporkan mengalami masalah sakit mental (psikosis
atau neourosis). Walaupun bilangannya kecil tetapi jika dilihat daripada sudut nisbah seorang guru
dengan jumlah murid yang diajarnya maka implikasinya adalah sangat besar dan penting. Guru
merupakan model kepada pelajar. Oleh yang demikian, pemikiran, sikap dan tingkahlakunya
mempunyai kesan terhadap muridnya sama ada secara langsung atau tidak.
Menurut Furhan dan Schaeffer (1984), Albert dan Levina (1990) serta Noraini (1984), telah
mendapati personaliti individu dengan persekitaran kerja akan menyebabkan keupayaan, bakat dan
minat yang dimiliki bukan keupayaan yang sebenar. Oleh itu, cabaran-cabaran dalam tugas yang
terpaksa dilakukan tidak dapat dilaksanakan dengan baik dan sempurna. Seterusnya jika individu
tersebut menghadapi masalah kerja ia sukar untuk menanganinya, ini akan menyebabkan
kekecewaan dan tekanan yang tidak terkawal. Faktor ini juga didapati mempunyai kaitan dengan
tindakan berhenti kerja (mengajar).
8/22/2019 Proposal Kajian Terhadap Stres-sem1
19/26
2.4 Penutup
Bab ini telah membincangkan kajian stres yang lepas dan kajian tentang kerjaya dari aspek
personaliti. Dari kajian-kajian yang lalu didapati bahawa kebanyakkan guru mengalami stres dan
ianya berpunca dari pelbagai masalah. Antaranya ialah tekanan daripada ibu bapa, kenakalan
murid, ketidakadilan dalam kenaikan pangkat atau kenaikan gaji, jawatan yang disandang,
pengurusan yang tidak cekap, bebanan kerjaya yang bertambah dan sebagainya. Dalam kajian
yang akan dilaksanakan oleh pengkaji, pengkaji berminat untuk melihat hubungan stress dari aspek
personaliti.
BAB III
METODOLOGI KAJIAN
3.0 Pengenalan
Metadologi kajian menunjukkan cara yang paling berkesan untuk mendapatkan maklumat yang
berguna dengan kos yang sangat minimum, bagi mendapatkan keputusan sesuatu penyelidikan. Ia
juga merupakan komponen yang penting dalam usaha untuk mencapai keputusan yang objektif,
jelas, tepat dan boleh dipercayai. Bab ini membincangkan kaedah yang digunakan dalam
menjalankan kajian.Ia merangkumi aspek reka bentuk kajian, sampel dan populasi, kaedah
pengumpulan data dan instrumen yang digunakan serta kaedah analisis yang akan digunakan.
3.1 Reka Bentuk Kajian
Simon (1978), menyatakan bahawa analisis data yang baik adalah analisis yang dapat
menunjukkan data-data yang penting dalam bentuk yang mudah difahami oleh pembaca. Kajian ini
berbentuk diskriptif iaitu tinjauan. Kajian tinjauan ini adalah proses pengumpulan data dimana
sekumpulan individu yang rela akan menjawab soalan yang disediakan.
Soal selidik dibina sebagai alat ukur untuk mendapatkan data. Soal selidik merangkumi
aspek yang berhubung dengan latarbelakang responden, tahap stress (yang meliputi faktor-faktor
stres) dan stres dari aspek personaliti. Menurut Mohd Najib (1999), kajian diskriptif hanya untuk
menerangkan keadaan atau perhubungan antara pembolehubah. Melalui kaedah soal selidik, semua
maklumat yang diperolehi diklasifikasikan mengikut aspek yang telah ditentukan seterusnya
ditafsirkan secara kuantitatif.
8/22/2019 Proposal Kajian Terhadap Stres-sem1
20/26
Marshall & Rossman (1995), analisis diskriptif digunakan untuk kajian yang hanya
menjelaskan sesuatu fenomena yang hendak dikaji. Kaedah yang digunakan dalam kajian ini ialah
kaedah korelasi yang menguji hubungan di antara stres dari aspek personaliti. Pengkaji juga
mengkaji faktor stres yang mempengaruhi personaliti dengan melihat perkaitan/ hubungan.
3.2 Populasi dan Sampel Kajian
Kajian dijalankan di beberapa buah sekolah menengah di Kemaman, Terengganu. Jumlah populasi
ialah 300 orang guru tetapi anggaran saiz sampel kajian seramai 250 orang diatas kerelaan diri
masing-masing untuk menjawab soal selidik. Sekolah yang mempunyai ramai guru maka sampel
yang diambil adalah lebih ramai.Kaedah persampelan yang digunakan bagi kajian ini ialah
convinence sampling.
3.3 Pembentukan Instrumen Kajian
Alat ukur tahap stres ialah Job Related Tension Index dibentuk oleh Khn, Wolfe dan Resenthel
(1964) diterjemah oleh Lem Boon (1981) dengan menggunakan markat indeks. Alat ukur stres dari
aspek personaliti pula dibentuk oleh Friedman, M dan Rosenman, R.H dan diterjemah oleh Malek
Mukamat Said.
3.4 Instrumen Kajian
Instrumen ialah cara atau alat untuk mengumpulkan data. Kaedah yang digunakan untuk
mendapatkan data ialah soal selidik yang terbahagi kepada 3 bahagian: - A, B dan C.
3.4.1 Bahagian A: Maklumat Peribadi / Demografi
Bahagian ini mengandungi soalan-soalan yang berkaitan dengan maklumat peribadi atau
latarbelakang responden. Antaranya ialah jantina, umur, status dan pengalaman mengajar.
3.4.2 Bahagian B: Ujian Tahap Stres
Berpandukan kepada Anuar Mohd Som (2000), dengan pengubahsuaian sebanyak 15 item telah
dibentuk berkaitan dengan tahap stres. Pengubahsuian dibuat kerana kajian yang dibuat oleh
pengkaji sebelumnya dijalankan ke atas guru elektrik yang berkhidmat di sekolah menengah
teknik. Semua pengubahsuian item soalan adalah berdasarkan situasi guru di sekolah menengah
yang mungkin berlaku. Semua responden yang terlibat dikehendaki menjawab semua soalan
berdasarkan arahan yang lengkap telah diberikan di dalam borang soal selidik.
8/22/2019 Proposal Kajian Terhadap Stres-sem1
21/26
Skala yang digunakan ialah skala likert 5 mata seperti jadual di bawah:
Secara
keseluruhannya skala likert yang digunakan mempunyai peranannya sama ada ia bersifat positif
atau negatif. Jika responden merasakan merekamengalami stres yang rendah atau sedikit skor 4
atau 5 akan diberikan, tetapisebaliknya jika responden merasakan mereka mengalami stres yang
serius atau kuat skor 1 atau 2 akan diberikan dan ianya bersifat negatif. Skor 3 pula diberikan
sekiranya mereka tidak pasti sama ada mereka mengalami stres atau tidak.
3.4.3 Bahagian C: Ujian Stres dari aspek Personaliti
Berpandukan kepada Malek Mukamat Said (2004), sebanyak 20 item akan diguna pakai sebagai
alat ukur stres dari aspek personaliti. Tiada pengubahsuian dibuat kerana kajian yang dibuat oleh
pengkaji sebelumnya dikhaskan untuk guru. Semua responden yang terlibat dikehendaki menjawab
semua soalan berdasarkan arahan yang lengkap telah diberikan di dalam borang soal selidik. Skala
yang digunakan pula telah ditetapkan seperti berikut:
Responden
perlu tahu keadaan yang mereka alami dan skor 1 akan diberikan sekiranya ia acapkali berlaku
(terlalu kerap), skor 2 jika dialami selalu, skor 3 jika jarang mengalami situasi yang diberikan dan
skor 4 bagi tidak pernah mengalaminya.
8/22/2019 Proposal Kajian Terhadap Stres-sem1
22/26
Cara pemarketan indeks stres dari aspek personaliti telah ditetapkan seperti berikut:
Berdasarkan 20 item yang digunakan untuk mengukur stres dari aspek personaliti responden akan
dikategorikan mengikut skor yang ditetapkan iaitu:
Manakala tret atau ciri personaliti yang dimaksudkan jenis A dan B adalah seperti:
8/22/2019 Proposal Kajian Terhadap Stres-sem1
23/26
3.5 Penganalisaan Data
Program Statistical package of Social Science (SPSS) for Window version 15.0 akan digunakan
untuk mendapatkan kekerapaan dan peratusan. Item-item pada bahagian A diuji berdasarkan ujian
statistik frekuensi bagi mendapatkan nilai kekerapan dan peratusan.Item pada bahagian B pula ia
berkaitan dengan tahap stres yang merangkumi faktor-faktor stres yang telah ditetapkan oleh
pengkaji iaitu beban kerja, masalah interpersonal dan masalah pelajar yang menjadi keutamaan
diuji berdasarkan statistik frekuensi. Pada bahagian C, stres dari aspek personaliti pengkaji melihat
jenis personaliti guru dan mengkategorikannya kepada dua jenis yang utama yang telah ditetapkan.
3.6 Penutup
Kajian ini dilakukan kepada 300 orang responden di kalangan guru sekolah menengah di
Kemaman, Terengganu. Kajian ini berbentuk deskriptif dan penganalisian secara berkomputer
dengan menggunakan perisian Statistical Package Social Science (SPSS) versi 15.0 bagi
peratusan data yang diperolehi tepat dan jitu. Soal selidik yang dijalankan menggunakan mengikut
skala yang telah ditetapkan. Instrumen kajian pernah dijalankan dan diakui kesahannya. Dengan
menggunakan prosedur yang betul dalam kajian ini diharap dapat menepati tujuan penyelidikan
dan menyumbang kepada dunia penyelidikan pada masa hadapan.
8/22/2019 Proposal Kajian Terhadap Stres-sem1
24/26
BIBLIOGRAFI
Allport. (1973). The New Direction in Educational research. Alterable VariablesPhi Delta Kappa
Ahmad Shakri. (1998). Tinjauan Tahap dan Punca Stres Di Kalangan Guru-guru SekolahMenengah Di negeri Perlis. Kertas Projek Sarjana Muda TeknologiSerta Pendidikan, Universiti
Teknologi Malaysia.
Anthony Yeo. (1985). A Helping Hand: Coping With Personal Problem. Singapura : Time Books
International.
Anuar Mohd Som. (2000). Tahap dan Punca Stres Di Kalangan Guru-guru Elektrik SekolahMenengah Teknik, Negeri Johor. Kertas Projek Sarjana Muda Pendidikan, Universiti Teknologi
Malaysia.
Asmawati Baharudin dan Norhalim Ibrahim (1996, dalam Yong, 1998). Ciri-ciri Personaliti danHubungannya Dengan Pencapaian Akademik Pelajar : Satu Tinjauan Di SMK Bahau, Bahau,
Negeri Sembilan. Kertas Projek SarjanaMuda Pendidikan, Universiti Utara Malaysia.
Borget, M. G & Fazlon, J. M. (1991). Sources of Teachers Stress in Maltese Primarys School.
Research in Education. Volume 4: 44-49.
Chang Fui Chin. (1996).Psikologi Pendidikan untuk Perguruan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa &
Pustaka.
Cichon & Koff (1980),An introduction to the sociology of learning. USA: Houghton Mitlin Co.
Crow & Crow. (1980). Psikologi Pendidikan Untuk Perguruan .Kuala Lumpur : Penerbitan FajarBakti.
Dodge, D. & Martin (1993 dalam Anuar Mohd Som 2000). Tahap dan Punca Stres Di KalanganGuru-guru Elektrik Sekolah Menengah Teknik, Negeri Johor. Kertas Projek Sarjana Muda
Pendidikan, Universiti TeknologiMalaysia.)
Fletcher & Payne (1982 dalam Ahmad Shakri 1998). Tinjauan Tahap dan PuncaStres Di Kalangan Guru-guru Sekolah Menengah Di negeri Perlis . Kertas
Projek Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan, Universiti Teknologi
Malaysia.
Freeman, Logan & Mc Coy. (1989). The New Direction in Educational Research. Alterable
Variables Phi Delta Kappa.
Friedman, M & Rosenman, R.H. (1996). Psikologi Pendidikan untuk Perguruan. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa & Pustaka.
8/22/2019 Proposal Kajian Terhadap Stres-sem1
25/26
Furhan & Schaeffer (1984), Albert dan Levina (1990) serta Noraini (1984 dalam Anuar Mohd Som
2000). Tahap dan Punca Stres Di Kalangan Guru-guruElektrik Sekolah Menengah Teknik,Negeri Johor. Kertas Projek Sarjana Muda Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia.
Habibah Elias, Noran Fauziah. (1997, dalam Nooraini, 2002). Gaya Hidup SebagaiCiri Personaliti, Faktor-faktor yang Mempengaruhinya dan Hubungannya Dengan Pencapaian
Akademik. Tesis Sarjana Muda, Universiti TeknologiMalaysia.
Holland, J.L. (1985). Personality dynamics, Development and Assessment.New York : Harcourt,
Brace & World, Inc.
Kamarudin Hj. Hussin (1996, dalam Yong, 1998). Ciri-ciri Personaliti dan Hubungannya DenganPencapaian Akademik Pelajar : Satu Tinjauan Di SMK Bahau, Bahau, Negeri Sembilan. Kertas
Projek Sarjana MudaPendidikan, Universiti Utara Malaysia.
Khn, Wolfe & Resenthel. (1964). The Personality Puzzle. 2nd Edition : New York.
Kyriacou, C & Sutcliffe, J. (1979). Jurnal Pendidikan. The Stress And Satisfaction. Volume 21( 2 ), 89-96.
Kyriacou, C & Sutcliffe, J. (1978).A Model of Teacher Stress Educational Review, Volume 53 (1),27-35.
Lem Boon. (1981).Psikologi Pendidikan untuk Perguruan. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa & Pustaka.
Malek Muhamat Said. (2004). Siri Motivasi : Studi Smart. Kuala Lumpur : PTS
Publication and Distributors Sdn. Bhd.
Marshall, C., & Rossman G. G. (1995). Designing Qualitative Research, 3rd Edition. Thousand
Oaks: Sage.
Mc Cormick & Solmon. (1992). Pengujian Dalam Psikologi dan Kaunseling. Serdang : Fakulti
Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia.
Meichenbaum, D . & E. Jaremho, M. (1983 dalam Anuar Mohd Som 2000). Tahap
dan Punca Stres Di Kalangan Guru-guru Elektrik Sekolah Menengah Teknik, Negeri Johor. Kertas
Projek Sarjana Muda Pendidikan, Universiti TeknologiMalaysia.),
Mohd Majid Konting. (1994).Kaedah Penyelidikan Pendidikan . Kuala Lumpur :
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mohd Najib Abdul Ghafar. (1999).Kaedah Penyelidikan Pendidikan . Skudai :
Universiti Teknologi Malaysia.
8/22/2019 Proposal Kajian Terhadap Stres-sem1
26/26
Nariah. (1994). Pola Pemilihan ResponMenangani Ketegangan Dan Hubungan Dengan Punca
Ketegangan Di Kalangan Guru-guru. Kertas Projek Ijazah Sarjana Pendidikan : Universiti
Kebangsaan Malaysia.
Othman b. Lebar. (2006). Penyelidikan Kualitatif : Pengenalan Kepada Teori dan Metod. TajungMalim : Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Ryckman. (2000).Behavior Modification : What it is and How to do it. EnglewoodCliffs, New Jersey: Prentice-Hall, Inc.
Schafer. (1987). Stress Management for Wellness. Chicago : Holt, Rinehart and Winston, Inc.
Sharifah Alwiah Al- Sagoff. (1990). Sosiologi Pendidikan . Kuala Lumpur : Utusan
Publication and Distributors Sdn. Bhd
Selye, H. (1963). The Stress of Life.N. York : McGraw-Hill Book Co.
Shepherd P.C, (1987). Organize Your Way to Greater Success. 2nd Edition. KualaLumpur : The Credo Trust.
Sidang Pengarang. (2000). Tekanan dan Cara Mengendalikannya Dengan Berkesan. Skudai Post:Universiti Teknologi Malaysia, Skudai ( Januari ).
Simon. (1978), Teacher Stress and Burnout. Organizing Systems to Support Competent Social
Behaviour In Children and Youth : Volume III.
Siti Radziah. (1982). Stress and Mental Health in Society. Singapura : Heinemann Publishers Asia
Pte. Ltd.
Subash Kumar, (2005). Tekanan melawan; Pakar Psikitri Kanak-kanak, Remaja dan Dewasa.
Utusan Online.
Vossel, G. (1987). The Relationship of Home Environment and Home Classroom performance .
London: University of Wisconsin.
Zuria Mahmud et. al. (1999). Perkembangan Kerjaya Dalam Sistem Pendidikan Di Malaysia. .
Institut Aminudin Baki. Jilid 08, Bil 02. 51- 66.