Upload
others
View
43
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
PROJEK PERCETAKAN TERAGIH MYKAD
JABATAN PENDAFTARAN NEGARA
PENGENALAN Latar belakang ringkas perkhidmatan. Projek Percetakan Teragih MyKad adalah satu projek bagi membolehkan percetakan
MyKad dilaksanakan di cawangan-cawangan JPN. Pada tahun Mac 2007, JPN Melaka
dipilih sebagai cawangan perintis pelaksanaan berdasarkan kesesuaian lokasi dan
keperluan semasa.
JPN Melaka sebagai lokasi pilot pertama telah membuktikan rakyat mendapat manfaat
dari projek percetakan teragih ini. JPN Melaka menerima kunjungan rakyat dari negeri-
negeri berhampiran seperti Negeri Sembilan dan Johor. Kapasiti pengeluaran MyKad
juga telah bertambah sehingga 300 MyKad sehari.
Evolusi pengeluaran kad pengenalan telah mengalami banyak perubahan. Pada tahun
60an proses pengeluaran kad pengenalan adalah secara manual. Tempoh masa enam
bulan ke setahun diambil untuk mengeluarkan kad pengenalan. Bermula awal tahun
1990 hingga 2000, pengeluaran kad pengenalan adalah menggunakan sistem semi
manual. Pada tahun 2001 pengeluaran MyKad telah menggunakan sistem automatk
sepenuhnya menggunakan teknologi percetakan terkini dimana tempoh masa
pengeluaran MyKad mengambil masa hanya 10 hari di Semenanjung dan 30 hari di
Sabah dan Sarawak (termasuk tempoh penghantaran daripada Ibu Pejabat ke pejabat
cawangan). Semua percetakan dilaksanakan secara berpusat di Ibu Pejabat JPN di
Putrajaya.
Kini satu lagi evolusi baru telah tercetus dan menyaksikan satu transformasi dalam
pengeluaran MyKad dimana rakyat akan menerima MyKad dalam tempoh 24 jam bagi
permohonan di 44 cawangan JPN.
LAPORAN INOVASI Tujuan Projek Inovasi Tujuan Projek Percetakan Teragih adalah untuk mempercepatkan tempoh pengeluaran
MyKad dalam tempoh 24 jam.
Pelaksanaan Inovasi
Pelaksanaan pembangunan projek adalah secara gabungan in-house dan out-source.
Aplikasi sistem utama front-end adalah secara in-house manakala sistem percetakan
MyKad adalah secara out-source.
Proses sebelum dan selepas Sebelum Projek Percetakan Teragih dilaksanakan permohonan MyKad dari semua 228
cawangan JPN di seluruh Negara dicetak di Ibu Pejabat Putrajaya. MyKad yang telah
dicetak akan dihantar semula melalui Pos Laju ke cawangan berkenaan untuk diserah
kepada pemohon. Tempoh masa MyKad diserah kepada pemohon adalah 10 hari di
Semenanjung dan 30 hari di Sabah/Sarawak.
Proses kerja sebelum dan selepas Projek Percetakan Teragih dilaksanakan adalah
seperti dibawah:
Impak inovasi terhadap kumpulan sasar/perkhidmatan/ jabatan/agensi/Negara :
a) Elemen Inovatif/Kreativiti
Penciptaan nilai/elemen baru/tambahbaik
Untuk meningkatkan sistem penyampaian kepada pelanggan dengan mengeluarkan
MyKad siap dalam tempoh 1 - 24 jam.
Kemudahan cetakan teragih MyKad dengan menggunakan mesin pencetak
berteknologi tinggi ini tidak hanya terhad di Ibu Pejabat Putrajaya tetapi diperluaskan ke
semua Ibu Pejabat Negeri, Cawangan terpilih dan Cawangan UTC seluruh negara
supaya lebih ramai rakyat dapat menikmati kemudahan tersebut.
Elemen mempermudahkan/penyelesaian masalah Sebelum projek, percetakan MyKad hanya dilakukan secara berpusat di Ibu Pejabat
Putrajaya. Serahan MyKad kepada pemohon mengambil masa antara 10 hari di
Semenanjung hingga 30 hari di Sabah dan Sarawak. Tempoh masa untuk memperolehi
Sebelum
Semenanjung : 10 hari Sabah : 30 hari Sarawak : 30 hari
Selepas
Semenanjung : 1 hari Sabah : 1 hari Sarawak : 1 hari
PROSES KERJA SEBELUM DAN SELEPAS PERCETAKAN TERAGIH
Ibu Pejabat Putrajaya
44 pejabat JPN
MyKad menimbulkan kerumitan kepada orang awam untuk urusan rasmi mereka.
Penghantaran MyKad dari Ibu Pejabat ke cawangan juga meningkatkan risiko
keselamatan seperti kemalangan dan hijack.
Selepas projek ini dilaksanakan, orang awam dapat memperolehi MyKad dalam tempoh
1-24 jam yang secara tidak langsung dapat memudahkan mereka melakukan urusan
rasmi lain yang memerlukan penggunaan MyKad sebagai pengesahan Identiti
b) Elemen Keberkesanan
Gambaran faedah yang nyata diperolehi Projek Percetakan Teragih MyKad yang dilaksanakan ternyata dapat mengurangkan
masa menunggu pelanggan dan urusan pelanggan menjadi mudah serta MyKad
diperolehi dengan cepat.
Selain daripada itu, orang awam juga dapat menjimatkan kos pengangkutan mereka
kerana bagi orang awam yang memohon MyKad, mereka hanya perlu menunggu dalam
tempoh 1-2 jam untuk memperolehi MyKad terutamanya di JPN Negeri Sarawak.
Peningkatan produktiviti/kepuasan Kajian kepuasan pelanggan yang telah diadakan pada 6 hingga 17 April 2015 di 34
cawangan JPN yang terpilih. Hasil kajian tersebut adalah seperti berikut:
88% daripada 1,054 responden berpuas hati dengan tempoh singkat memperolehi MyKad.
Tempoh Siap MyKad 24 Jam
90% daripada 1,054 responden bersetuju tempoh siap MyKad 24 jam ini dapat membantu mereka dalam melakukan urusan rasmi lain memerlukan penggunaan MyKad.
Tempoh Siap MyKad Siap 24 jam Membantu Urusan Rasmi
c) Elemen Signifikan
Bagaimana perkhidmatan boleh mesra pelanggan Rakyat boleh mendapatkan gantian MyKad dalam tempoh singkat (kemudahan ini amat
diperlukan disebabkan MyKad adalah dokumen mandatori untuk semua urusniaga
sebagai kad pengenalan diri dan lesen memandu). Selain dari itu, projek ini dapat
menjimatkan masa dan kos pelanggan seiring dengan seruan kerajaan, rakyat
didahulukan pencapaian diutamakan.
Penjimatan masa/kos/sumber manusia
Projek ini dapat menjimatkan tempoh pengeluaran MyKad dimana berlaku peningkatan
percetakan MyKad dari tahun 2012 sehingga tahun 2014 seperti statistik dibawah:
17.95%
33.61%
STATISTIK PERCETAKAN MYKAD DI 34 PUSAT PERCETAKAN TERAGIH BAGI TAHUN 2012 SEHINGGA MAC 2015
Tempoh pengeluaran MyKad masih dapat dipendekkan kepada 1 hari walaupun permohonan semakin meningkat dari tahun ke setahun di 34 cawangan.
Dari kajian yang dilakukan di cawangan, anggaran kos pengangkutan orang awam yang
dapat dijimatkan melalui projek ini adalah seperti berikut:
Bil. Cawangan
Teragih Kawasan
Pelanggan Jenis
Pengangkutan
Tempoh masa perjalanan/ jarak(km)
SEBELUM percetakan Teragih
SELEPAS Percetakan Teragih
Kos dua hala (RM)
Jumlah Kos (RM)
Kos dua hala (RM)
Jumlah Kos (RM)
1 JPN Miri Ulu Baram Sewa 4WD 8 jam sehala 600.00 1,200.00 600.00 600.00
2 JPN Keningau
Pensiangan (Nabawan)
Bot - Kereta sewa
3 jam sehala 400.00 800.00 400.00 400.00
3 JPN Terengganu
Pulau Redang
Feri - Teksi 2 jam sehala 90.00 180.00 90.00 90.00
4 JPN Gua Musang
Pos Gob (kampung orang asli)
Sewa Hilux 1 hari (bermalam)
100.00 200.00 100.00 100.00
5 JPN Perak Grik Motor (orang asli)
115 km 115.00 230.00 115.00 115.00
Sejauh mana ianya memenuhi objektif inisiatif ini diambil Perlaksanaan projek ini telah berjaya:
meningkatkan kualiti sistem penyampaian perkhidmatan JPN;
meningkatkan kepuasan hati pelanggan terhadap perkhidmatan JPN;
meningkatkan imej Perkhidmatan Awam dan Kerajaan.
Elemen Relevan
Sumbangan kepada agenda organisasi/nasional Projek Percetakan Teragih MyKad adalah satu projek yang memberikan impak yang
besar dimana ianya boleh diterima pakai oleh semua lapisan rakyat dan selaras dengan
agenda nasional di bawah dasar “rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan”.
Pengeluaran MyKad dalam masa yang singkat amat diperlukan oleh rakyat
memandangkan ianya adalah dokumen mandatori untuk semua urusan. Selain daripada
menjadi kad pengenalan diri, kemudahan lain yang disediakan dalam MyKad adalah
maklumat lesen memandu, maklumat kesihatan, maklumat passport dan kemudahan
Touch n Go.
Urusan gantian Mykad rosak atau hilang dalam kadar singkat amat relevan dan
diperlukan oleh rakyat. Tanpa kemudahan ini aspirasi Negara supaya rakyat
menggunapakai MyKad dalam semua urusan akan terbantut dan perkhidmatan awam
akan dituduh sebagai tidak efisyen.
MyKad merupakan medium yang digunakan untuk membuat pengesahan diri pemohon
bagi setiap bantuan/subsidi yang diberikan oleh Kerajaan. Secara tidak langsung mem
Contoh yang dinyatakan di atas menunjukkan kepentingan projek dalam menyokong
agenda nasional yang dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh rakyat.
Pengiktirafan Diterima
Selepas projek ini dilaksanakan, JPN menerima pujian daripada orang awam melalui
ePenghargaan, Facebook, Maklumbalas Kepuasan Pelanggan dan ICMS. Antara
penghargaan yang diterima adalah seperti berikut:
Gambar-gambar Berkaitan
Melalui projek ini, 44 cawangan JPN telah mempunyai Bilik Cetak MyKad yang dilengkapi
dengan infrastruktur dan sistem untuk melaksanakan percetakan dalam tempoh 1-24 jam
di cawangan tersebut. Antara keadaan infrastruktur Bilik Cetak MyKad adalah seperti di
bawah:
JPN Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
JPN Shah Alam
JPN Sarawak JPN Johor
Implikasi Kewangan
Projek ini memberi implikasi kewangan yang besar kepada JPN iaitu kos penyediaan Bilik
Cetak bagi satu (1) cawangan adalah sebanyak RM900,000.00. Selain daripada kos Bilik
Cetak, kos kad mentah dan bahan habisguna yang digunakan untuk mencetak MyKad
juga adalah sebanyak RM22.80 bagi setiap keping kad untuk kegunaan Mesin Pencetak
di cawangan JPN.
Walau bagaimanapun, kos yang tinggi ini tidak menjadi bebanan kepada JPN kerana
melalui perkhidmatan ini, JPN dapat memberi perkhidmatan yang cepat, cekap dan
memudahkan orang awam walau di 45 cawangan JPN termasuk Ibu Pejabat Putrajaya.
PENUTUP
Projek Percetakan Teragih MyKad yang mengeluarkan MyKad dalam masa singkat
sudah pasti mampu menjadi penanda aras bagi projek-projek yang seumpamanya yang
telah dilaksanakan oleh organisasi di dalam dan di luar negara dalam usaha
mempertingkatkan kualiti, penggunaan, keberkesanan dan impak sistem.
Hakikatnya, JPN adalah negara pertama didunia yang memperkenalkan kad
pengenalan bercip pelbagai aplikasi. Keunikan sistem pengenalan diri berasaskan cip
menjadikan Malaysia khususnya JPN sebagai tarikan negara-negara luar datang kesini
untuk mempelajari sistem dan teknologi yang digunakan. Sekiranya pelaksanaan
percetakan teragih MyKad ini berjaya dilaksanakan, JPN akan sekali lagi menjadi
tumpuan dunia sebagai peneraju dalam percetakan teragih kad pengenalan diri.
Disediakan oleh:
Nama Pegawai/Unit Terlibat : Maizatul Sheela binti Mohamad
Adilah binti Abdullah
Ummi Fatma binti Zainal Abidin
(Unit Infrastruktur dan Operasi)
Tel. : 8880 7238/8880 7246
Emel : [email protected]/ [email protected]/ [email protected]